CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

ASSALAMUALAIKUM...
bila buat entry utk contest semalam,aku kembali teringat kenapa aku suka mengamalkan membaca al-mathurat.ada byk al-mathurat kat umah,tp aku meneten pakai al-mathurat yg aku gunakan sejak di sekolah menengah,yg ada lambang sekolah.aku selesa dgn font dan susunannya.
byk sgt kelebihan membaca al-mathurat ni sebenarnya.bila baca,cuba hayati terjemahannya.rasa damai,sayu...

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
moral : bacalah sebelum tiba 5 perkara

Monday, May 30, 2011

MO NAK BAGI HADIAH,HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

ASSALAMUALAIKUM...



AKU INGIN BERUBAH,KERNA AKU PERNAH BERUBAH

Seawal usia 13thn,aku telah dihantar ke sekolah berasrama.SMK AGAMA BALING.
aku ikut je kerna aku mmg anak yg patuh.tak byk soal.tp dlm hati tertanya2,kenapa SMKA???
aku seringkali t'dengar jawapan abah bila kwn2 beliau bertanya ke mana arah aku slps UPSR.abah mesti jawab, "SMKA,dpt kat baling.saja la,hantaq pi sana.mati nanti ada jgk anak yg nk baca yasin kt kepala kita......"
itu jawapan WAJIB abah.baik abah,ceq pi.oh sungguh solehahnya aku ketika itu!

dan ternyata abah bijak membuat penilaian.mmg ramai yg pertikai ttg attitude pelajar sekolah agama.ada yg begitu,begini,blablabla.....
tp percayalah.bg aku,belajar di sekolah agama adalah satu takdir yg amat bernilai.krn di sini aku mula belajar menjadi insan yg benar2 berilmu.yg membuat aku rasa amat bersyukur krn diberi peluang merasai nikmat hidup yg sebenar.

seawal pagi dah bangun,mandi.solat subuh.blk sekolah,solat zohor dulu.begitu jgk solat2 fardu yg lain.SEMUA solat aku tunaikan di surau.sebelum mkn or apa2,solat wajib didahulukan.tym rehat je cpt2 gi surau utk buat solat sunat dhuha.blk sekolah pulak serbu surau lagi utk solat zohor dulu even perut lapar dan badan letih.selepas asar sedaya upaya curi waktu utk baca al-ma'thurat sebelum pergi riadah.selepas mkn mlm pulak terkejar2 ke surau sbb nk baca al-quran sementara tunggu maghrib.bkn solat fardu je,solat sunat ba'da & qobla pon aku tunaikan.selepas soat isyak pulak akan disusuli dgn solat sunat hajat & solat sunat taubat.kemudian diakhiri dgn membaca surah yasin.balik asrama,pukul11 wajib membaca surah al-mulk beramai2.sebelum tidur,wajib berwuduk & baca doa berjela2.begitulah rutin aku ketika itu.semua amalan ni dh mcm wajib bg aku.mmg xleh nak tinggal.dan semua ini bkn atas dasar paksaan atau undang,tp atas kerelaan jua.

setiap kali selepas maghrib,aku dihodangkan dgn kuliah,tazkirah,hafazan,dan lain2 xtvt keislaman.pada hari minggu wajib menghadiri kuliah subuh.kalo hari jumaat plak mesti punya aku join jemaah buat sujud sajjadah.qiamullail,hampir setiap minggu.eh,mcm2 lagi la...

pemakaian,haruslah ala muslimah.tudung bawah siku,sarung kaki x bleh tinggal baju besar longgar.dulu aku byk pakai baju mak konon2 nk baju yg besar dan longgar.jeans mmg xdak dlm kamus hidup.kuar dpn pintu umah pon bertudung litup.kalo blk cuti,mmg akan terperap kat umah,x penah nk jalan2 cari psl ke apa.wayang,kaoq,bowling,semua tu mmg aku xtau apa benda.waaahh,innocent sungguh!

tapi...selepas PMR,aku mula memberontak nk pindah sekolah.hancur luluh hati abah tym tu,tp aku ttp berkeras.dan abah ikut kehendak aku. bila masuk sekolah biasa ni,aku pon gunting la sket tudung aku yg paras siku dulu.aku ni ada la bakat menjahit sket maka aku guna ke arah itu,aku gunting sket2,lama2 tinggal la takat bahu.malu kononnya dulu org gelar aku ustazah.bila p besday party,aku sorang ja  bertudung & berseluar bkn jeans.mula la nk rasa rendah diri.
dari situ mula la belajar pakai jeans,selak tudung sket2,tempek2 bedak sket.bajet hottt sgt lah tu!dah mula blajaq tgk wayang,karoq,boling dll.yelah kalo x ikut nanti kawan2 kata apa pulak kan...takut kena kutuk dr takut dosa..........hmmmm

bila form 4,blajaq bercinta pulak dahhh..adoi la bdk2 zaman skrg.abes lingkup aku punya SPM.sama2 lingkup la jgk.pastu gatai dok teriak plak.rasa mcm nk hentak je kepala dua2 org (mention diri sendiri & beliau).aku masih ingat lagi muka kecewa mak masa aku bgtau result SPM.itu saat plg menyentap tangkai hati....
dgn result kais pagi mkn esok tu,aku masuk poly.nun jauh di pahang.apa lagi weyhhh,naik tanduk la.kalo dulu sblm maghrib dh ada kat umah,bila kat poly ni,pukul2-3 pagi pon slamber jer kuar.kadang2 pukul5 pagi baru blk,xde rasa bersalah langsung.yer mmg aku xbuat salah apa,keluar dgn kawan2 saja,tp elok ka anak dara kuar waktu mcm tu???
ahhh,masa tu aku pedulik hapa???jiwa tgh membara!

Oh kalo nk cita ttg kejahilan aku,sampai bila pon x sudah.byk sgt dah dosa rasanya.walaupon aku masih cuba menjaga aurat,solat,tingkah laku dll,tp masih belum cukup utk aku kembali seperti dulu.dan aku x pernah berhenti berdoa agar aku mampu jd seperti dulu.cuma bila masa dan ketikanya,aku belum pasti.
baru2 ni kuar dgn abah pergi ceramah,balik around pukul 2 pagi.tiba di traffic light,ada sebuah motosikal yg ditunggangi 2org gadis di hadapan kami.tiba2 abah ckp,
"nak p mana la anak2 dara ni waktu2 mcm ni?iskkkk"
nahhhh sentapppp aku weyh!!!!mcm penumbuk abah singgah kat pipi!
semoga aku kuat utk berubah~~~

Friday, May 27, 2011

REDAH JAMBATAN - AMAZING!!!

ASSALAMUALAIKUM...

oke hari ni aku nk story xtvt aku di hujung minggu (minggu bila ntah).act baaanyak sgt xtvt menarik yg aku lalui tp xde masa nk updet.demmmm!
seperti yg telah aku war2kan sblm ni bahawa Mrs.BenQ aku mengalami demam malaria.maka aku bernekad utk megahwinkan beliau dgn Mr.Viao.
akan tetapi sblm itu abg aku selaku sponsor meminjamkan Miss Compaq beliau dahulu coz aku urgent nk guna.then kebetulan tym tu beliau blk umah mentua di pahang.
selama 2minggu jgk la aku bermesra dgn Miss Compaq.dlm masa yg sama aku serahkan Mrs. BenQ kpd amiridwan utk dibaikpulih dan dijadikan harta pajak gadai.ececece :p

amiridwan dgn semangatnya bwk ke klinik utk direpair tp malangnya klinik tutup.maka beliau membawa Mrs.BenQ bersama ke penang.elok je sampai umah,perkara pertama yg dilakukan oleh beliau adalah cubaan meng-ON Mrs.BenQ
tiba2 beliau msg mintak password.oh aku dah curious!xkan la dh blh on???
tiba2 beliau msg lagi tnya apa masalah kekasih hatiku itu?nothing wrong pon???
terus aku loncat2!demm Mrs.BenQ buat prangai lama dia blk.upanya nk dok penang kot Mrs.BenQ ni,ngada!

maka aku pon merancang utk merampas semula harta paling bernilai aku tu.gila weyh sayang sgt tau menatang alah ni!!!jumaat aku gerak pi umah abg mcm besala.najwa sebokk nk ikut sbb mmg tetiap minggu aku bawak dia.tp kali ni aku x bg sbb aku nk dating.buleh tegha tu????akakakakaka!xla b4 tu aku gath dgn KBU.(saja malas wat entry psl KBU~~lalala)
mlm tu aku sampai umah abg dh 10.30,sempat la tgk MAHARAJA LAWAK! ekekeke :D

tp sepanjang mlm tu hati aku jd berdebar nape ntah.aku bingung dok pk nk p penang esok nak naik moto ke keta.benda kecik je pon tp buat aku x tido mlm dok pk.pelik bebenor!!!pukul4 pg baru tido tp still xtau nk p nek moto ke keta.

~merempit dgn kasut tebal sejengkal.kau hado???~
tp pg tu aku bangun,b4 abg & kak long kuar umah,tetiba aku mintak kunci moto.alasan "malasla nk p penang nek keta sorang2..."
fine abg bg tanpa byk soal.alasan nk p penang sgt kukuh,NAK AMBIK LAPTOP.hahaha padahal dlm hati dh plan nk pi shoping.oh abg nape bg LC jerr,mai la NINJA!!!demmm!

seawal pagi aku dah siap2,semangat gila nk p penang sorang2,bajet hottt lah! tp si samdol amiridwan tu blh plak x bgun tido lg kan!terpaksa tunggu dia bangun baru aku berani gerak.kang x psl2 aku cangak sorang2 kt pulau tu!aku nek highway sg.dua,terus pecut ke jambatan.

~abes senget2 tudung aku.muka hitam2 lekat habuk.~
mak aihhh tym merempit tu aku rasa syiokkk gila!feeling best cane ntah!dgn moto yg mmg terbaekkkk buat aku rasa mcm penunggang handalan umpama Sapok Biki. (???)
eh tak,aku rasa mcm WAZI ABDUL HAMID!!!weeehuuuuuuuu!

~jaket tu buat amiridwan kagum dgn aku.maaf itu jaket abg yg aku sambar.helmet juga abg punya.demmm sakit pala pakai helmet tu!~
blh plak aku dok gelak sesorang,jerit sesorang atas moto coz nikmat sgt2 merempit.aku bedal pi cilok kiri kanan padahal boleh je dok kiri,kahkahkah!***pls don't try dis at home
aku rasa aku amek masa 10minit je kot utk sampai jambatan,gila lelajunya!!!masa aku sampai amiridwan belum sampai!demmmm
but bila dia sampai terus senyum sampai kepala!sbb??? dia ckp aku mcm minah rempit!
ho la mangkukkk,baru tau ka???awekmu mmg ganaz okeh!hahaha

~belaiau pakai baju yg aku aku bg.demmm swittt!~
 then terus kitorang breakfast kt mekdi.bajet nk amek yg set lunch yg RM4++ tu tp ntah mcmana jd mahal.terus aku bad mood,dok membebel kat mekdi.
amiridwan yg mmg mud tgh bunga2 sbb dpt umpa awek kiut dia tu dok sengih ja then ckp "alaahh,biar la mahal skit ja,kan i belanja.dah mkn..."
ok fine terus aku mulut laser aku nan satu ini terkunci.pastu aku kebas semua benda alah kt mekdi spt fine sugar,creamer,blackpepper,jem,dll.baru puas hati aku!dpn2 pekerja dia aku slumber je masukkan semua tu dlm beg.berani marah aku????kahkahkah


pastu haruslah menyempurnakan misi.act amiridwan gedix nk belikan aku baju raya.so kitorang heading to bukit jambul mall.walaweyhh best situ byk baju!
aku yg pd mulanya xmau baju raya kononnya "xpala,baju raya i dah 4 pasang dh" terus sambar jgk sepasang.demmm!kahkahakh
pastu niat konon nk cuci mata ja.tp tiba2 aku trjumpa sepasang kaftan yg amat cantik gila!harga agak terlampau but aku sgt teruja dh tgk baju tu.dpt ke x baju tu?xyah cita kat sini la!hahaha

around pukul 1 gerak ke queensbay semula dan berpisah di situ.oh sgt touching nk tinggalkan amiridwan ketika itu!***mood sayu***
dlm panas lit-lit tu jgk aku rempit semula ke penaga.gila panas aku xkesah,tp tangan ayu ku ini abes hitam weyhhhh!!demmmm!
dah tu ntah mcmana aku silap kuar tol.terpaksa pusing blk.panassss hati aku!sampai je umah abg,ambek brg then ambik keta plak gerak blk sp.

sampai umah dan la beramah mesra dgn family sat then shoot pi pendang plak.singgah umah wani then jenguk anith pulak.pastu merendek kt PENDANG LAKE RESORT sat.pastu baru  shoot p alor setar.adoii letih la mlm tu!

Thursday, May 19, 2011

EDISI KHAS HARI GURU : SEKOLAH BERASRAMA

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah menamatkan fasa pertama sbg pelajar,aku melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING. Di sini aku menetap di asrama.walaupon jodohku di sini hanya 3thn,tapi aku amat rapat dgn guru2 kat sini.err,rapat tu x la,tp aku selesa dgn mereka.

SIR AZIZI
Ini adalah juara carta guru aku.sangat baik,sampai kdg2 aku rasa ada pelajar yg amil kesempatan t’hadap kebaikan beliau.bila b’cakap terrrsangatlah lembut! nak marah2 jauh sekali yer.beliau cikgu BI.
Oleh krn aku ni salah sorang pelajar yg bising…err,sebenarnya satu2nya pelajar pompuan yg bising ketika itu,maka aku sering m’dapat perhatian drp beliau.
Suatu hari kami berbicara ttg bising/murai/byk mulut or pape jela aku dah x ingat.apa lagi bdk laki mula la kecoh nk tuding jari kat aku,bajet nk kutuk aku.mmg silap byk la wehhh sbb sir azizi dgn bangganya membela aku “ok apa ada sorang kawan kita yg berperangai mcm ni,sekurang2nya blh m’ceriakan kita”.aku x pasti beliau ckp dlm BI or BM,tp maksudnya lbh kurang begitu la.
Hahahaha gila bangga wehh tym tu!padan muka mereka yg beniat jahat itu! :p
Dan plg aku xleh lupa,tym besday aku.kebetulan sir bertugas hari tu.selepas beliau meronda mengawasi kami prep,tiba2 beliau dtg bagi beberapa bungkusan besar apollo layer cake.then beliau suruh agihkan kpd semua bdk klas,tp kat ‘besday gurl’ kena lebih.
terkedu aku tym tu weh!!!beliau ckp “sory x dpt beli kek,kedai kek dh tutup sbb skrg dh lewat”.ohh mau menitis dol airmataku.patut aku yg celebrate beliau tp ni terbalik plak.
Sampai skrg masih terngiang2 panggilan ‘besday gurl’

CIKGU MAD DALI AWANG
Amboii panjangnya nama aku bg kan!hahaha
Ni lg 1 slh sorang cikgu yg kamceng ngan aku.kalo dlm klas x sebut nama aku x sah.sgt suka bergurau dgn aku.bila be’cakap je mesti nk loyar buruk.hohoho.
sampai skrg bila t’serempak dgn aku pon beliau masih ingat aku.sbb?aku suka tulis huruf I dlm k’daan t’balik (!).
Beliau ni dulu ketua warden kalo x silap.so ramai la bdk laki x suka kt beliau kan.tp aku ble plak p kamceng kan.sampai dulu marka pon jeles la sbb baik sgt dgn beliau sdgkan beliau ni sgt x suka marka lama aku tuh.hohoho naseb la kan!
Lagi satu,beliau ni x pernah nk ingat nama aku.setiap kali jumpa aku mesti panggil “siti ju………….siti nurhaliza”! haisshhh,sampai ke sudah la x reti sebut nama aku!

USTAZ SHAMSURRY YAHYA
Guru kelas aku tym form3.ustaz yg saaaaangat best!sgt kelakar tp tegas!
Anak2 beliau semua comel2 belaka!isteri pon baik,kami panggil ummi.
Aku pernah kena denda dgn beliau.sampai skrg aku xpuas hati,waaaa!
Sbb aku x salah pon!aku dituduh tidak hadir ke kuliah sedangkan aku hadir dan blk ke asrama semula then dtg blk surau utk ambil kedatangan.tp beliau tidak mempercayaiku langsung!x pasal2 aku kena tulis “saya berjanji tidak akan onteng kuliah lagi” sebanyak 500x.waaaaaaaa!!!

PUAN SAADIAH SHARIAT
Beliau bagaikan ibu bagiku.tegas bila mengajar,nampak mcm garang tp sebenarnya tak kot.mengajar KHB/ERT.
Tym kelas jahitan dulu,aku terlupa bawa hasil jahitan aku.maka takut kena marah aku pinjam jahitan mimi (bespren aku).then beliau pon check satu2.
Masa tu jahitan kia.beliau tarik2 kain jahitan tu,then nampak mcm nk t’koyak dah.maka komen beliau “kalo jahit sp**d*r mcm ni dh lama terkoyak!”.hadoii pecah perut aku!ruginya x bawa jahitan aku yg kemas bergaya tu!
Beliau jgk pernah komplen kat aku “sepanjang saya mengajar KH,xda sorang lg pon yg m’cemarkan buku rekod saya dgn warna merah.awakla org pertama”.aku plak jawab, “kalo gitu cikgu guna la pen biru”, sambil tersengih.kahakahkah mcmana la aku blh fail KH!
Tym ambek result PMR,beliau tenung aku.aku x pasti apa maksud renungan itu.bangga / kecewa?bila aku nak pindah sekolah,aku jumpa beliau then ckp nk pindah.beliau terus ckp “GATAL!”. Waa,maafkan daku!huhuhuh

PUAN ZUWINA ISMAIL
Cikgu BM,kecik molek orgnya.suara pon best!hehehe
Suatu hari bila balik asrama,kawan2 semua dok gitau aku yg cikgu ni dok puji2 aku.heran la jgk kan.aku tnya la apa ygbeliau dh ckp.diorang kata beliau ckp “tgk jusiza tu.x sangka walaupon mulut murai tp pandai buat karangan wawancara!”
Err,sampai skrg aku t’tanya2 itu pujian atau perlian.mulut murai???
Penah jgk suatu hari aku dipanggil oleh beliau ke bilik guru.tym tu aku nakal,so aku bajet dh buat salah la.pucat lesi muka aku,siap b’peluh2 lg.pinat la yg dok tenteramkan aku spy cool &jgn gelabah.
Bila masuk je bilik guru…cehhh,rupanya beliau nk suruh aku baca puisi kat dpn kelas minggu dpn.hahaha,penat jer glabah!

PUAN SALEENA FAZAL
Ini jgk cikgu BI.tym ngajar aku tu beliu masih muda remaja-x kawen lagi.
Maka selalu la beliau kena buli dgn bdk laki yg nakal+gatal. Aku pulak suka menjawab & loyar buruk dgn beliau. adoiii kesian!
Mentang2 la beliau ni lemah lembut,aku ambek kesempatan yer!err,act hampir semua guru aku berloyar buruk,hehehe
Hinggalah sampai saat aku nk pindah,aku salam dgn beliau.waaa,touching plak.beliau baekkk sangat! Aku mcm besala minta maaf la say thanx bagai.then beliau ckp “saya halalkan kenakalan kamu”. Waaa,sampai begitu skali aku yerk!
Then tym wedding beliau kwn2 ckp dia pesan soh aku dtg.tp apakan daya tym tu aku xpandai lg nk pegi jauh2 ni.hmmm……..

CIKGU ABDULLAH MD NOOR
Waaahhh aku sgt suka cikgu ni!beliau ni agak veteran la.gaya beliau pon oldskool jer.best sgt tgk,cumil!
Beliau ngajar SEJARAH.kami semua suka kelas beliau sbb beliau akan belanja roti,aiskrim or pape jela tym kelas.huhu
Ayat beliau yg aku x leh lupa sampai skrg, “JGN KERANA SEMANGKUK MEGI,ABES TERGADAI BODY”. :D

PUAN MUSLIANI
Ini pon cikgu BI.sangat suka cara beliau mengajar.tiba2 rasa mcm aku mat saleh,paham jer apa beliau ajar.
Tym pegi rombongan mandi sungai mana ntah,aku mengadu lapar,tiba2 beliau usap pipi aku & ckp “aloh kesian……” ohh tersentappp mak noks!

USTAZAH SALWA
Sgt keibuan orgnya,ngajar BAHASA ARAB.ajaran beliau sgt mudah difahami.
Xpernah tinggi2 suara,sgt comel!xde byk kenangan dgn beliau sbb aku x pandai nak loyar buruk dgn beliau,huhuhu

CIKGU SUHAIMI
Ngajar math tym kelas tambahan kalo x silap.beliau sgt tegas tp bila mengajar sgt best!mesti ada gelak2 punya.
Tp suatu hari entah macamana aku tertidur dlm kelas beliau.dgn perlahan beliau ckp “oi,aku ngajaq tera ni pon ada org tidoq lagi no…”
Terus semua mata memandang aku.waaaaa

USTAZAH UMMUL HUSNA
Mengajar PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH.sgt suka beliau sbb muka beliau ada iras mak…………

USTAZ YAHYA
Oiiii sapa yg x kenal dgn ustaz ni???marka lama aku suka cita pasal beliau,kelakar la!huhuhu
Walaupon beliau x ngajar aku,tp aku ada kenangan dgn beliau!hahaha
Pagi2 beliau la yg akan kejutkan kami solat subuh.sgt rindukan rotan beliau!

PUAN NORHAYATI MAJID
Ini cikgu MATEMATIK yg plg garang.huhuhu.
Aku mmg x berani nk memain punya dgn beliau.satu hari aku x tau nape,samada aku xdpt jwb soalan or x buat homework,kena kna berdiri atas kerusi.bkn aku saja,tp ramai lg/semua,ak pon x pasti.waaaa malu tym tu!

PUAN ZURAIDAH
Cikgu MATEMATIK jgk,merangkap cikgu biasiswa.maka haruslah berbaik2 dgn beliau kan???beliau ni kelakar in her own way (alamak xtau nk ckp dlm BM la).


Dan jugak utk semua guru lain…
PUAN MAHANI ABD GHANI,PUAN CELIMAH IBRAHIM,PUAN FAZLINA ZAINI,PUAN NOORHASHIMAH,PUAN NOORLIZA,ENCIK MAT JUDIN,ENCIK ROMZI,ENCIK RASHIDI,PUAN NORZIHAN,CIK NURAZLINIE,PUAN HALIJAH DIN,USTAZAH MAHFUZOH,USTAZAH SHOLIHAH,USTAZ ALAUDDIN ABD HAK,USTAZ OTHMAN, dan semua warga SMKAB!


TERIMA KASIH ATAS JASA BAKTI KALIAN.

EDISI KHAS HARI GURU : SEKOLAH RENDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Semasa di SEKOLAH KEBANGSAAN PETANI JAYA,aku rasa mcm aku ni budak baik.hahaha.ntah la.mungkin sbb masa tu aku anak bongsu.pegi sekolah baik jer gayanya.hahaha
tym ni mmg ramai cikgu yg ngajar aku sbb aku skolah kat sini  selama 6 thn okeh!

CIKGU ROHAYAH ABBAS
ini cikgu terbaikkk aku!sgt2 baik & penyayang.x pernah marah2,garang2 dan sgt keibuan.
sgt pembersih & cermat.beliau ngajar aku BM tym darjah 1&2K.
sepanjang itu jgk lah kelas aku sentiasa mendapat hadiah kebersihan kelas.sbb beliau ni sgt menjaga kebersihan & keceriaan kelas,mcm2 yg dihias kt kelas tu.kelas K jer yg kena buang kasut sbb beliau pasang tikar getah dlm kelas.beliau x nak kotor2 ni.
beliau jugak yg ajar aku supaya beri duit ketika beli makanan mestilah dgn tangan kanan.
suatu hari kat kantin,aku beli makanan dgn menghulurkan duit guna tangan kiri.aku mmg dah terbiasa begitu sbb aku ni kidal.beliau yg ketika itu kebetulan sdg lalu kat situ,panggil aku dan menegur aku.maka sampai skrg aku ingat!

CIKGU FATHILAH ISMAIL
mak aihh,ini cikgu aku banyak gerun wooo...huhuhu
beliau cikgu kelas aku tym darjah 3,ngajar BM jgk.
tym tu ckgu ni dh berusia jgk.x lama lps tu beliau dh pencen.
tym kelas cikgu ni mmg aku menikus jer.gerun sgt la konon.
masa form 1 aku t'serempak dgn beliau dkt Econsave.
aku tegur beliau dan beliau peluk aku.waaa,terharu!

USTAZAH NORA
ini ustazah yg ajar aku tym darjah 4.beliau muda & x kawen lg tym tu.
org t'ganu.swet2 gitu tp sekali marah dia x ckp byk dah,bedal jer!
yg aku ingat ustzah ni ajar aku supaya tadah tangan rapat2 bila berdoa.
kalo tadah tangan luas2 (mcm yg org lelalki slalu buat tu) nanti doa jatuh b'terabur kt tgh2. :p

SIR TEOH
aku lupa nama penuh beliau,tp beliau seorang chinese.
ngajar aku BI darjah 4.adoiii sir ni mmg lawak!
bkn beliau buat lawak tp gaya dia yg slalu buat aku gelak.
apa2 sikit kalo marah mesti dia sebut "macam taik ini orang"!
hahaha.kalo masuk AF nanti aku nk guna trademark ni! :D

CIKGU MOHAINEE
ohh,ini pon cikgu best!ngajar BM darjah 4.agak garang tp aku x takut pon :p
sbb aku sentiasa siapkan kerja oke!ahaha
beliau sampai skrg x pdt pronounce nama aku dgn btl. JUSIZA dibantai jd JUSNIZA.
aku sgt suka kalo beliau ngajar sbb aku cpt paham.byk benda yg beliau ajar yg aku masih ingat sampai skrg.
slalu jgk aku dpt markah tertinggi dlm pemahaman &penulisan.jauh benor beza dgn anak beliau kahkahkah (gelak keji)
yg best beliau suka bg hadiah kpd pelajar2 yg dpt A dlm exam.oh haruslah aku slalu dpt kan???sila jeles naqiah!hahaha (lebih keji)
beliau sentiasa senyum (patut naqiah suka sengih) tp bila garang muka bengis ooo...

MADAM LIM
antara cikgu BI pebret aku.beliau ajar BI darjah 5.
beliau pon x reti pronounce nama aku dgn btl jgk.maka nak senang,beliau panggil aku JUICY jer.dulu aku x suka sgt panggilan tu,tp skrg bila pk blk rasa mcm sweet plak. werkkk :p
beliau tym ngajar sentiasa semangat dan sentiasa ceria.

MISS WANG
cikgu muzik aku dr darjah 4 sampai darjah 6 sbb dia sorang je cikgu muzik tym tu.huhuhu
aku ni ahli pancaragam sekolah sama mcm naqiah.slalu la terlibat dgn miss wang ni.
setahu aku miss wang ni xkawen sampai skrg.dulu2 bila aku tnya nape dia x kawen,dia kata "lelaki skrg manyakkk jahat"!
masa form 1 aku jumpa beliau,terkejut benar beliau tgk aku.sedap2 jer beliau ckp aku sudah gemokkkx!auww!

USTAZAH AZIZAH
ofkos la ngajar PENDIDIKAN ISLAM kan,darjah 5 & 6 kalo x silap.
sgt baik & lembut orgnya.pon best beliau ngajar.
beliau jgk yg nampak bakat aku utk dibawa ke pertandingan2 yg berunsurkan agama.

CIKGU AHMAD FATHI
ohhhh inilah satu2nya cikgu lelaki yg sgt rapat dgn aku.beliau ngajar MATEMATIK darjah 6.
beliau sgt kelakar bila mengajar tp sgt tegas orgnya!jgn memain dgn beliau hokay!
aku sgt2 ternanti2 kelas math sbb best beliau ngajar dan sgt paham.
aku x tau camna aku blh rapat gila dgn beliau.
semua kwn2 ckp dia garang tp dgn aku dia x garang pon.kalo nk minta tlg apa2 mesti dia cari aku.
aku anggap beliau mcm ayah sendiri.teringin sgt nk jumpa beliau lagi :(

CIKGU ARPAH
cikgu ini tiada tandingan bg aku,sama mcm cikgu math.
cikgu ni pon x reti pronounce nama aku,so beliau panggil aku SITI jer.
ohhh aku sgt x suka panggilan itu,mcm x glamer je.huhuhu.
cikgu ni x penah marah aku.aku heran bila semua kawan2 takut dgn beliau,kononnya beliau ni garang.
aku ingat lg suatu ketika dulu aku jarang masuk kelas krn ada latihan pancaragam.tp keputusan exam tak terjejas.bila aku masuk kelas semua kawan2 pandang aku.pelik btl! 
rupa2nya cikgu arpah pesan tym aku xda spy bila aku masuk suruh tepuk tangan kat aku dan ucap "tahniah dan terima kasih krn telah mengharumkan nama kelas".tp kwn2 x buat pon,hampeh!
paling aku xleh lupa,kenangan UPSR.besala aku budak mentah lg tym tu,mana tau nk study ke apa.then bila pg exam UPSR sebenar nk berlangsung,aku salam dgn cikgu arpah dan tiba2 beliau ckp "saya btl2 harap awak dpt 5A  tau"
mak aih tergamam aku masa tu,terus kaku.then mula la rasa nk nangis sbb rasa mcm tanggungjawab tu terlalu berat.masa tu nyesal sgt sbb x study betul2,tp malangnya dah terlambat.
hari result UPSR keluar,semua pelajar yg bajet cemerlang berpusu2 serbu papan kenyataan.tapi tidak bg aku!tym tu aku termenung kt koridor sorang2,airmata dah bergenang,aku nebes sgt2.selain disbbkan hal itu,aku jgk takut menghampakan harapan cikgu arpah.
tiba2 aku nampak cikgu arpah berlari2 anak dari tingkat bawah,dan menuju kat aku.bila nampak aku terus beliau sebut "siti...siti..."
aku pon ntah mcm mana mendapatkan beliau sambil menyebut "cikgu...."
tym tu airmata dah gugur.dan x semena2 beliau peluk aku sambil ckp "tahniah siti awak dpt 5A!".sumpah aku terkejut! selain terkejut dgn result,aku sebenarnya terkejut dipeluk begitu.lama aku menangis kat bahu beliau,sampai basah baju beliau.
sampai skrg aku x leh lupa kenangan tu.........

utk semua guru2 SKPJ,



SELAMAT HARI GURU

Wednesday, May 18, 2011

EDISI KHAS HARI GURU : TADIKA

ASSALAMUALAIKUM...

umur 5&6 thn,aku bertadika di TADIKA PERPADUAN TAMAN BERSATU - sesi pagi
tym tu ada 2 org cikgu : CIKGU SUZANA & CIKGU HABIBUNNISA
mereka ni adalah guru terawal aku selepas mak & abah

CIKGU SUZANA
cikgu ni x garang dan baik sgt.tak pernah marah.
dan aku sgt rapat dgn cikgu ni.lps dh abes tadika pon aku still berhubung dgn cikgu ni melalui fon.maklum la masa tu xdak marka lg,nk gayut ngan sapa ye tak.mmg kerap sgt la kami berhubung.
masa tu cikgu ni baru nk kawen.lps dia kawen terus hilang khabar berita.
setelah lebih 10thn,aku menghubungi cikgu semula.masa tu terkejut beruk aku bila dpt tau yg cikgu dh ada 3 anak,yg sulung dh tadika pon!elehh,pura2 terkejut.mmg patut la dh mmg aku lama x contact dia.hadoiii

CIKGU HABIBUNNISA
cikgu ni plg digeruni ketika itu.garang ooo...huhuhu
aku ingat lg pd suatu hari,cikgu tgh ckp kt dpn kelas.ckp saja2,mcm ceramah gitu.
then aku tiba2 gi mkn coklat yg aku bawa.
pastu cikgu ckp "blh ka cikgu tgh bercakap,kita mkn?"
aku yg mmg hati batu tym tu blh plak x terasa kan.hahaha
pastu cikgu rampas coklat aku.tp esoknya dia bg blk.
so,aku dpt pengajaran dr situ.
tym cuti sem 2009,aku keja part tym kat mini market.tym tu aku cikgu nisa mai beli brg kt aku.mula2 aku x berani tegur.tp kali kedua aku tegur,bgtau yg aku ni murid dia.bkn main syiokkk lg cikgu tym tu ^__^

***bersambung

Sunday, May 15, 2011

EDISI KHAS HARI GURU : KENANGAN PAHIT

ASSALAMUALAIKUM...

sempena HARI GURU ni,aku nk beri penghargaan kpd semua guru yg telah mendidik aku.jasa mereka,tak terbalas di dunia ni.
aku ni ada byk sgt kenangan dgn cikgu2.aku xtau nk kategorikan aku ni mcm mana.anak murid kesayangan cikgu,murid nakal,murid paling diam atau apa.semua kot :D

dlm byk2 kenangan,ada satu kenangan yg aku x blh lupa sampai bila2.aku xde feeling pape masa tu coz masih budak2,tp peristiwa bg kesan besar dlm hidup aku.benarlah,ALLAH sentiasa bersama org2 yg benar.
tragedi ni berlaku masa aku darjah 5.masa tu ada latihan rmh sukan.aku tgh sembang2 dgn kwn aku,natasha & nisa.aku x ingat apa yg kami bualkan.tapi yg pasti kami ada menyebut nama CIKGU R*****H.
cikgu ni terkenal dgn sikapnya yg garang.dia slalu rasa semua murid x suka dia,takut kat dia.tp sumpah aku ckp,aku langsung x benci dia.sbb aku tau dia sebenarnya baik.tp disebabkan hal2 tertentu,dia bersikap demikian.even aku masih mentah ketika tu,tp aku mampu berfikir mcm org dewasa.ekceli cikgu ni mcm takut dgn bayang2 sendiri.
dia yg prejudis terhadap diri sendiri padahal bkn aku saja,tp murid2 lain pon semua suka & hormat dia.tp sikap dia sendiri yg rasa mcm murid2 dok kata mcm2 kat dia menyebabkan dia rada tersisih.

ok back to the story.tgh kami sembang2 tu tiba2 cikgu ni mai lalu berkata :
"hai hai,sy dgr ada org dok sebut2 nama saya ni.pasaipa dok sebut2 nama saya???" <---dgn gaya nk telan org
masa tu nisa & natasha dah undur blakang.abes aku nk watpa??????damn!!!so kat sini aku tetap nk ckp aku hero sejak kecil! lantakk lah kau x setuju pon :p
aku yg tergugup-gagap masa tu terus jawab something yg disalahtafsirkan oleh cikgu itu.dia tuduh aku fitnah dia.aku pon angguk.dia marah2 aku tgh2 padang.semua org kerumun & tgk aku.

hati aku masa tu...tuhan yg tahu.bayangkanlah hati si kecil mcm aku ketika itu,sayunya meruntum kalbu.tp setitis air pon x gugur dr tubir mata aku.aku pendam dlm hati. 
lps abes sesi maki hamun aku,dia pon blah.aku pon pergi ke satu pondok dan duduk di situ.semua org mai tanya aku apa yg jadi.aku cerita apa ntah kat depa,tp riak aku masih tersenyum.x sikit pon aku tunjuk muka gundah kat depa.sedang hati aku tunggu masa nk pecah!
bila blk,sikit pon aku xcita kat mak.aku nanges sorang2 dlm bilik.sayu!!!sedih!!!
aku sedih bkn sbb kena maraha.tp aku sedih sbb aku x bersalah.bg aku x wajar seorang guru berkelakuan demikian.kata terpelajar tapi........

dan kisah tu x berakhir di situ...
esoknya aku p skolah,dia panggil aku plak tampil ke depan kelas.dia soh cita apa yg jd smalam.aku terpaksa ngaku.then dia smash aku lagi.skali lg aku pura2 tabah.buat muka cool dpn kawan2.tp aku lansung x berani tgk muka kawan2.aku MALU! sambil bercerita mataku menghala ke luar jendela.dgn hati yg kerdil aku memohon kekuatan dr ALLAH pada masa tu.dlm dia dok bebel2 kat aku tu,aku tenung jendela lalu berSUMPAH dlm hati "YA ALLAH,KALAU BETUL AKU X BERSALAH,AKU BERSUMPAH YG AKU AKAN DAPAT 5A DLM UPSR WALAU AKU X PANDAI"...

selepas dr tu mmg dia x pernah nk berbaik dgn aku,sebaliknya aku yg terhegeh2 kt dia.sbb masa tu aku x tau apa ertinya dendam.yg aku tau,AKU TAK SALAH.
setahun berlalu,akhirnya keputusan UPSR diumumkan.aku berdebar2.bkn sbb aku takut dpt result x bagus tp aku berdebar nk tgk dpt 5A ke x......
hasilnya???
ternyata ALLAH BERSAMA ORG2 YG BENAR~~

bila aku dh dewasa,aku mula pikir di mana matangnya sikap seorang guru itu.cikgu tu pernah kata kat salah sorang pelajar dia "KALAU SAYA MATI JGN TGK MAYAT SAYA".
hadirin sekalian............
wajarkah seorang guru berkata demikian kpd pelajarnya yg hanya berusia 11 tahun???
kamon!aku bkn x tau beza mana cikgu garang mana cikgu tegas. tp yg ni...aku x tau ketegori apa. 

p/s : xdak sapa penah tau psl ni.xdak sapa tau hati seorang insan sekecil aku ketika itu.
kpd para guru/bakal guru : tlg jgn ada sikap sebegini

harap maaf.
SELAMAT HARI GURU

***bersambung
(maaf mulakan edisi khas dgn cerita x best)

10 SOLAT YANG DITOLAK

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
 
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
 
Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t..”  Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

 ***semoga amal ibadat kita diterima ALLAH~~

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...