CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 29, 2014

PENING

ASSALAMUALAIKUM...

malam tu, lepas publish entry NI, tetiba sakit kepala menjadi2. bila baring, terus rasa dunia berputar. rasa di awang-awangan. kekadang mcm best jugak, mcm terbang je rasa. hekhekhek. so umi baring je. bila baring ok, bila bangun terus pusing2 kepala lagi. anak, bila umi sakit dia mcm faham je. dia akan duduk dekat umi, cium2 pipi umi, bila umi cakap umi sakit dia akan gosok2 umi. dia duduk diam je. muka risau, mcm faham je. semua urusan abi yg setel. bancuh susu, kemas dapoq, tukaq pampers anak. (elehhh kalau tak pening pon memang abi selalu tolong buat pon hahaha)

masa dah get ready nak tido, anak pulak susu dah habes sebotol tapi tak lena lagi. umi bangun nak buat susu standby utk anak, tapi tetiba pening. abi yg dah hampir terlena masa tu terus offer diri utk tolong. tapiii masalahnya umi rasa nak terkencing la pulak. so terpaksa bangun jugak dgn bantuan abi kena papah umi. anak bila tengok sakit dia pon kalut ikut kami keluaq bilik. baru sampai dapur, umi dah rasa nak muntah. rasa tak tahan, terus terhambur muntah depan bilik ayaq. mujoq laaa sempat jugak sua mulut dlm bilik ayaq, even badan kat luaq. kalau tak jenuh laaa abi nak mop muntah pulak.

umi muntah daging burger yg baru makan sebelum tu. perit sangat sbb daging tu kan ada lada, sos, serbuk kari dan lain2. sakit sangat2 nak muntah pon. muka abi dgn anak semacam je. risau ke geli tu? bahaha. taktaula kenapa tetiba nak muntah mcm tu. sebelum ni memang selalu makan daging burger malam2. abi cakap kena stop makan benda tu dah. ehhh sebelum ni ok je? wuuuuuu~

lepas muntah terus umi baring. abi buatkan susu dan dodoikan anak. kesian abi haaa anak nak kena dodoi, umi nak kena jaga. 

Tuesday, December 23, 2014

LUNCH DENGAN ABI~

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni abi half day leave. sbb nak habeskan baki cuti tahunan. elok sangat la, boleh temankan umi. temankan umi? konon je.

mementang lah hujan, kemain sedap je hero2 tu tido. umi pon pegi klinik sorang jelah, senang. balik klinik, siap barang nak masak utk lunch pulak. dah siap, bosan pulak. terusss join hero2 tu tido. wahhh nikmatnyaaa tido pepagi dlm hujan dgn kesayangan, terus teringat cameron! bahaha

pukul 10.15 umi bangun, arghhh malasnyaaa nak bangun! dah la dah lewat, sakit perut la pulakkk! pukul 10.30 ngam2 sampai klinik. setel urusan, pi kedai frame pulak siapkan tempahan customer. balik umah tengok anak dah gebu gebas tunggu umi depan pintu. alololo omeyyy anak umi bahaha!

tenyeh2 anak sat, pastu umi terus bersilat kat dapoq. mula2 ingat nak masak kat abi dgn anak ja. masak lemak bayam & ayam goreng pon dah cukup. pastu dok pikir nak buat ke tak sambal hijau bilis. sebab umi belum tentu lalu makan. kang buat penat je. tapi at last umi buat jugak, sbb pikir boleh bagi 'pedas' kat abi jugak. mintak tolong abi yg tumbuk cabai dan basuh semua perkakas memasak hehehe. pastu goreng telur jugak utk hero kecik.



pukul12.30 kami makan. abi sebenarnya tak suka masak lemak. umi cakap try la dulu, masak lemak dgn sambal bilis ni memang bergabung meletoppp. sekali abi try, haaa baru dia tau langit tinggi ke rendah hekhekhek. bersemangat abi makan. hero kecik pon, kemain suka masak lemak. dan yg lebih pelik, umi tetiba boleh makan nasi. omaiiii! ambek nasi lbh kurang 3 sudu, habes. so mintak abi tambahkan nasi. MAGIC ok!!! 

rasa mcm nak nanges je bila boleh makan nasi setelah beberapa bulan tinggalkan nasi. rasa nikmatnyaaa dpt makan masakan sendiri pulak tu. cakap kat abi "b kena cuti hari2 la kalau mcm ni, barulah syg boleh makan nasi". abi senyum je. takut nak jawab letewww hahaha! abi cakap start minggu ni sampai hujung tahun abi keja selang sehari huhu. kemarin keja, hari ni cuti. esok keja, khamis cuti krismas, jumaat keja balik. isnin depan keja, selasa cuti. rabu keja, khamis cuti new year pulok haha. umi suka!suka!suka! :)

dah kenyang, abi pon siap2 pi keja. yg peliknya anak tak nanges pon bila abi pi keja. puas dah kot abi ngasuh dia tadi. elok sampai opis abi call cakap mak call suruh pi makan. mak masak banyak ingat kami nak makan kat sana dah kata abi cuti. adoilaaa kesian mak huuu.

masa anak tido ptg, umi tido sekaki. mmg letih & ngantuk sangat. sebelum balik abi singgah pasar malam taman ria. umi order pita ayam, tapi tak juai pulak. kecewa! abi belikan nasi lemak ayam berempah, ayam lebih hahaha. umi makan nasi sikit je, then meratah ayam. abi makan nasi sbb nak habeskan lauk siang tadi. tak henti mulut abi cakap sedap, alhamdulillah. 


sempat solat maghrib berjemaah di rumah, isyak ingat nak berjemaah kat surau. sekali pi tengok ada ustaz daaa. sempat join kuliah kejap je la. lps isyak pi umah mak, sbb abi nak makan kat umah mak pulak. jangan tak tau ye laki aku mmg juara makan NASI! pkl 10.30 baru balik umah kami. abi layan arrow, umi on9. anak main sorang2 pastu kacau abi tgk tv kekeke.

***erkkk tetiba tengah update blog ni sakit kepala la pulakkk :(

Monday, December 22, 2014

CINTA DI TANJUNG DAWAI~

ASSALAMUALAIKUM...

ewah ewah tajuk taknak kalah!

padahal dah lama pon kejadian ni berlaku, hujung september lepas nu. krikkk krikk krikk. tapi saja nak update jugak sbb malas karang entry baru. nak update lelaju sbb anak tgh tido pastu umi nak join dia tido kehhhkehhh.

act mmg dah lama sgt nak lepak2 petang kat tanjung dawai. dekat je pon dgn merbok tapi tiap kali balik merbok mesti la mcm2 keja nak kena buat. ni pon kami curi2 keluaq tiga beranak, dah lewat pulak tu. tapi dah umi teringin sangat abi gagah jugak bawak even dah pukul 6 lebih. 


~ tuuu tangan tu curi2 kuis pasirrrr ~

sampai je tanjung dawai kemain anak teruna tu yg teruja lebih. dia mana blh tengok pantai, kira nak terrrkam ja! jenuh kepung dia pulak. takdan pon nak cintan cintun dgn abi, dok jaga hero kecik tu je sambil snap gambaq.



alhamdulillah rezeki dapat tgk sunset. subhanallah cantik sangat. i love sunset  :)


memang singgah kejap je pon, tak sampai 10min pon sbb jap gi maghrib abi nak kena pi surau pulak kan. sebelum balik singgah kedai2 kat tanjung dawai tu. uols kalau mai sini sila pastikan bawak duit banyak tauuu sbb kompom korang meroyan tengok mcm2 jenis keropok kat sini. tengok ikan bilis dan ikan masin pon aku boleh meroyan dah hahaha!

~ pi sat pon dan lagi dia teran berak kat situ. coihhhhhh! ~


sempat jugak sambaq eskrem habuan anak. hihi.bukan apa, pada kami waktu bersama tu sangat penting. tak kira cara apa sekalipon nak luang masa bersama, asalkan memasing happy tu pon dah cukup. tak perlu pergi jauh2, yg penting kita sama2 bahagia. gituuuuuuuuuuuuuu

tu je, bai! =p


Friday, December 19, 2014

MENGESAN KEHADIRAN SI KECIL DI DALAM RAHIM~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam saja la belek2 draft. nahhh tetiba ternampak entry ni. baru prasan yg aku tak update secara rasmi pon pasal mengandungkan umarfaiq dulu. tup2 keluaq entry alahan. diva sangat kau!

nahhhh flashback tahap melampau tentang mcmana kami mengesan kehadiran si kecil ni dalam rahim :)

7 Julai 2012
Masa tu kami kat Pahang, makan kenduri dan hanimun. Gituuu~ mmg dah tau kalo ikut kiraan waktu tu aku ptt period. Tp rancangan nak ke Pahang tu mmg dh lama plan, so xkan nak cancel. Alaaa lgpon perkataan hanimun tu sebenarnya blh membawa maksud mcm2, jgn asyik pikir ituuu je! Tgk tv berdua pon dikira hanimun bg aku tau!
Walaupon tau waktu ni ptutnya aku period, tp aku ttp berdebar2. yela, kalo x period tu tandanya mengandung la ye dok? Amboiii typical sgt pemikiran aku kan. Gedik sgt nak berdebar bagai padahal baru nikah x sampai sebulan, xdak sapa nak tanya pon dah ada isi ke blom, kahkahkahkah! Dan spt yg dijangka, mmg aku period. Sobbsss sedih la konon. Masa bgtau suami tu, bkn bgtau aku period tp bgtau “syg x preknen, wuuuu”. Sgt mengada! Tak sampai sebulan lg nikah oiiiii!

24 Julai 2012
Waja, kereta kesayangan kami hilang. Tp xtaula kenapa, masa keta kami hilang, dlm hati aku terdetik, “ni mesti Allah nak bg rezeki anak kat kami”. Ya, mmg benar itulah yg aku rasa. Aku rasa Allah ‘ambek’ harta dunia kami sbb nak gantikan dgn harta dunia akhirat, iaitu anak. Pada aku Allah nak uji kami sbb kami terlalu byk ‘jln mudah’ sepanjang bertunang, menikah, bulan madu, gaji naik, dll nikmat yg Allah dh bg. Jd pd aku mungkin Allah nk uji kami dulu sblm bg kami nikmat lg. sungguh aku pikir mcm tu, aku sendiri xtau knapa.
Tp aku x suarakan hal ini kat suami. Yela kang dia berharap, tp x betul, frust pulak. Itukan Cuma andaian aku…..
Dan andaian aku tamat di situ. Sjk aku period hari tu mmg kami xde langsung bercakap psl anak dah. Aku pon tak pikir psl anak dah. Bkn maksudnya kami takmau anak, tp x sempat nak sembang bab2 anak ni. Lgpon kami kan PJJ, masa yg kami ada utk luang bersama x byk, bila jumpa pon ada je xtvt bersama famili masing2. jd soal anak sepi seketika~

2 Ogos 2012
Aku blk sp. Masa kami berbuka puasa, tetiba suami tanya aku, bila pttnya aku period. Tersentak aku masa tu! Sbb b4 ni suami penah pm aku masa kami dok chatting, tanya bila aku cuti. Aku yg bendul ni pon ingatkan cuti raya ke apa. Rupa2nya cuti period. Aku pon jawab tanpa syak apa2. dan hari ni suami tanya lg. sungguh aku pelik. Bila aku jawab “patutnya kemarin, takpon hari ni”.

Suami senyum, dan terus cakap “haaa kalo mcm tu syg dh lekat laaaa” (nada suara dan intonasi suami masa tu, sumpah aku xkan lupa sampai bila2). Aku terkejut dgn stetmen suami! X sangka sampai ke situ suami pikir. Sungguh aku berdebar sgt masa tu. Aku menyangkal sekeras2nya. “alaaaa ni blm kira period lewat laa. Mungkin esok lusa mai la period tu. Mmg benda ni x tetap”.

Suami masih tersenyum. “xpela, b nak seronok jgk”. Aku dah susah hati… susah hati sbb tgk suami terlalu teruja. Yela, kalo x btl nanti, aku takut suami frust! Suami siap letak telinga kt perut lg! maka mlm tu Aku slow talk dgn suami… “b, blm tentu syg preknen laaa. Period ni mmg x tetap sgt, tambah2 kita baru kawen. Hormone pon x stabil. Lagipon baru lewat sehari je…b jgnla berharap sgt, nanti b jgk yg frust”…aku bersuara dgn serius.

Suami masih senyum “alaaa x pela b nak seronok suka2 je…kalo x preknen pon xpe, b x kisah pon. Awal lg kan…tp biaqla b nak seronok dulu”. Ah sudah! Mcm angau pon ada laki aku ni. “tp syg takut b yg frust nantiiiiiii”.

Suami pujuk aku, “insyaallah, b x akan frust. Kan b ckp td, b saja je suka2 nak seronok. Kalo ada alhamdulillah, kalo xdak lg b redha je. Syg jgn bimbang, k?”
Fine, aku mengalah. Lgpon aku xtau nak ckp apa lg.


3 Ogos 2012
Ada date berbuka puasa dgn erin & fana. Pada mereka aku luahkan apa yg tjadi. Fana, selaku doctor peribadi yg aku suka2 mengaku, ‘memantau’ tahap kesihatan aku. Mengikut firasat beliau, berdasarkan jawapan kpd soalan2 yg dia lontarkan, kemungkinan aku mengandung. Hahhh lg berdebar2 aku! Tp aku still x bukak mulut kt suami. Yela, benda x sahih lg kan…

4 Ogos 2012
Demam makin menjadi2, tp demam ni rasa lain mcm. Aku jd berat kepala dan x blh bangun. Plg teruk, aku pitam. Mujoq suami sempat ‘sambut’ aku. Sepanjang hari mmg aku baring ja.

5 Ogos 2012
Jumpa doktor. Act masa ni doktor dh syak kata preknen, tp doktor xmau test lg sbb period baru lewat 4-5hari. Masih terlalu awal utk detect, takut false –ve je. Tunggu seminggu baru check, sbb masih terlalu awal. Aku faham, sbb fana pon ckp benda yg sama. Cuma aku terpaksa jgk jumpa doktor hari ni sbb xlarat, nak mc. Doktor just bg ubat demam, pening, loya dll.


Nak buat seprais kt suami, mmg xla kan. Ofkos la suami sebok nak tau doktor ckp apa. Dah mmg dr awal dy yg eksaited lbh. Tpaksa jgk bgtau “doktor syak syg preknen, tp msh tlalu awl utk check. so, jgn berharap sgt. Sbb kemungkinan jgk mungkin syg mmg demam/letih/hormon ke apa.”

6 Ogos 2012
Mcm besala kan mesti refer kt dokter fana. Dia pon syak aku preknen, tp jgn terlalu yakin. Tp dlm masa yg sama dia dah nasihatkan spya aku mula jaga pemakanan, jgn angkat benda berat, dan lain2 nasihat yg mmg khusus utk ibu mengandung.


Dan aku yg terlalu eksaited, mula membeli pregnancy test kit. Hajat hati nak beli yg digital tu, konon sgt. Skali kt farmasi area opis aku tu ada 1 jenis ja. Rm6, bedal jelaaa~


Lps bukak posa terusss test! Kemainnnn~ p aku tgk jalur yg kedua mcm kabur. So aku x berharap sgt. Fana suruh wasap gambaq result tu. Dan lg 1, fana tanya “ada tak dia habaq suruh test masa 1st urine in the moning???” wahahaha mana aku tau! Eksaited sgt nak test sampai x baca arahan dah coihhh!!!

7 Ogos 2012
Wasap gambaq kt fana. Tau apa dia ckp??? “weyyy mcm ni mengandung la bengonggggggg!!!” haaaaaaaa mana aku tau!!! Xpenah mengandung kannnn #mh
katanya dia tunjuk kt semua kawan2 dia kt spital, semua kta preknen. ohhhh mana aku nak letak muka? malu la aku dgn dokter2 kt situ. mcmana nak branak kt situ nanti??? (mai tampaq aku sedaih, bajet depa kenai aku, bajet aku fasha sandha/diana danielle, booo)
Apa pon syukur sgt. Tp still ‘berhati2’, xbgtau sapa2 lg termasuk suami. Fana pon pesan jgn heboh2 lg, sbb benda masih baru. Bab2 preknen ni bkn blh suka2 hati nak heboh kt org, sbb benda ‘xnampak’.

15 Ogos 2012
aku ambek cuti hari ni. terpaksa. lantak le bos nak kata apa. pagi, pi interview dgn mak abah. syukur ada mak abah yg sentiasa jaga anak perempuan depa ni haaa even dah ada suami. balik tu, tengahari terus aku laju2 pi klinik. memula pi klinik azhar kat taman ria. sekali doktor rehat daaa. pukul3 baru ada doktor. coihhh. aku tgk kat senarai cawangan, ada cawangan kat taman keladi. terus aku call dan buat appoinment kat tmn keladi je, dekat sikit. tak kuasa aku nak mai taman ria jauh2 lagi haaa.

rezeki aku, kat cawangan taman keladi tu ada doktor pompuan. terus terang aku cakap period lewat dan tak sedap badan. doktor suruh buat urine test. jawapan doktor sgt rock, "mengandung ni cheqqq oi". bahahahaha. aku mintak nak scan, doktor takmau. rugi duit ja katanya sbb kandungan baru 5minggu lebih, tak nampak apa lagi haaa.

petang tu kami ada xtvt berbuka puasa dgn bff kat damiral's perda. aku pi dgn fana, abi balik keja terus singgah, yg lain2 dtg masing2. balik dari iftar tu, sepanjang jalan dok sembang hal ni je la dgn fana. dok cerita planning iols nak buat seprais haha. oh ya sempat order mc flurry kat suami. hikhikhik.

malam tu, masa suami pi tandas aku letak upt test yg doktor kat klinik tadi bagi, beserta kad ucapan ringkas. "tahniah, u'll be a father! :)" 

sweet tak iols? act dlm kepala ni mcm2 idea lagi nak buat seprais haaa. tapi semua ada dlm kepala jelah haha

pastu aku keluar. bila suami masuk, aku curi2 intao kat luar. dah agak dah, suami aku bukan tau upt test tu menatang apa, tak penah tengok kekdahnyaaaa kahhh. thats y aku selitkan kad jugak bagi dia paham.

bila suami dah baca, aku nampak suami mcm kaku. terus aku masuk bilik sambil senyum. suami tetiba peluk dan cium aku dgn air mata berlinang. sungguh reaksi suami benar2 di luar jangkaan aku. yelah suami kan memang dah syak aku preknen, so aku tak expect la dia nak terkejut sangat. tapi sangkaan aku meleset. suami betul2 sebak dan menangis dalam kegembiraan. sampai aku pulak terdiam dan kaku, taktau nak kata apa.

rupanya begitulah lelaki. nampak di luar biasa2 je, nampak mcm tak kisah nampak cool. tapi bila bab hati dan perasaan ni, kalah perempuan!

alhamdulillah. syukur ya Allah atas kurniaMU.




Thursday, December 18, 2014

AL-MULK & AL-MATHURAT

ASSALAMUALAIKUM...



Saja nak kongsi, tentang amalan membaca surah al-mulk dan al-mathurat


mulakan dgn al-mulk, secara ringkasnya diketahui dgn mengamalkan membaca surah al-mulk sebelum tidur dapat menghindarkan kita dari seksa kubur. subhanallah.

tahu kan macamana azabnya seksaan di alam barzakh sana? sapa yg boleh tolong kita? suami/isteri tercinta? ibu bapa yg kasihkan anaknya? kawan karib yg setia? TIDAK! hanya amalan kita yg dapat menolong kita di sana nanti.


Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”




Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

***sumber google


satu lagi amalan yg sering kita terlepas pandang adalah al-mathurat. tapiii jika kita tahu akan kelebihan mengamalkannya, pasti kita akan berlumba2 mengamalkannya. tak percaya? nanti masa baca, bacalah maksud/terjemahan sekali. pasti rasa sebak. sebab al-mathurat umpama doa lengkap yg kita minta dari Allah, agar dilindungi siang dan malam.

waktu bacaan al-mathurat : selepas subuh / selepas asar / sebelum maghrib


Kelebihan mengamalkan Surah Al-Mathurat :
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
***sumber google


biasala kan bukan senang kita nak amalkan kan? selalu terlepas. tips dari aku yg boleh dicuba ialah mula2 kita cuba buat dulu. take a first step. buat dulu sehari. kemudian pelan2 kita cuba amalkan. ada masa lapang cuba buat. bila kita dah rasa 'lazat' beramal, kita akan curi masa jugak utk buat. lama2 inshaallah kita akan cuba sedaya upaya utk istiqamah. sampai kita akan rasa tak lengkap hidup kita sehari tanpa mengamalkannya. inshaallah. laman sosial berjam2 kita boleh hadap, takkan saham akhirat 5minit takde masa ye dak?

inshaallah kita sama2 cuba buat yg terbaik :)

Wednesday, December 17, 2014

DATING DENGAN MAMA~

ASSALAMUALAIKUM...

ahad tu mama sms

"jusiza. Aku  nak balik sp esok. esok aku p singgah rumah hg nah. standby anak. nak gomol sampai lebam."

so isnin tu umi pon dok teragak2 nak pegi umah mak ke tak. Memandangkan anak pon bangun lambat, baju pon nak kena sidai,umi decide malas pi umah mak.

Korek peti ais cari apa yg boleh dimakan utk anak teruna tu. Umi makan daging beger semalam je. tu je lalu pon sobsss. Mujor ada sosej, tu pon tinggal satuuu ja. Terus umi buat moi boh sosej kat anak. Nak keluaq beli, malasss. Makan je apa yg ada.

Dalam pukul4 mama fana sampai. Mcm besa la kalau mama mai mesti bawak buah tangan kat anak. Kali ni choc bar stroberi. Anak tengok mama terus kaku tak bergerak. Maklum leee lama tak jumpa.


Dia pulak kalau dah pakai cantik2 terus nak keluaq. Masa mama fana mai tu dia tunggu kat pintu. Campoq dgn terkejut pulak, keras kejung dia berdiri kat pintu tu sambil peluk choc mama bagi. Kami ni baru dok sembang2. tak berganjak dia berdiri di situ, ralit sampai nak terbalik haaa!

at last kami pon keluaq la. Lagi tak keluaq lagi tu la dia jadi patung kat pintu tu haaa. Memula kami pi kg huma. Mama fana nak tengok haa benda pa juai kat situ. Tengok2 pon penuh bakul jugak. Anak pon mama belanja keropok kacang peace fav dia tu. Sapa mai sini mmg kompom menggelupoq haaa nak beli semua!


Lepas tu taktau nak makan kat mana, mama cadangkan ke de sabai. Ok jeee sbb milo kat situ sedap. Pehhh. Mama fana order set A, mcm biasa la menu fevret kami tu. Tapiii umi x blh la nak order kali ni. Tau dah tak abes. Nanti umi meratah kerabu je, rugi. Pikir punya pikir umi order nasi goreng siam. Gamble je nih. Air mcm besa la, milo special gituuu. Anak pulak mama orderkan nugget utk dia.


Masa dlm keta tadi baru anak mula nak mesra2 dgn mama. So dah sampai de sabai boleh la dia tunjuk perangai dia. pastu waiter pulak dok agah2 dia. Ewahhh kemain gatai la dia. Mengekek suka. coihhh sangat. Makan nugget seketol pon tak abes. Main punya pasal. Kami laaa nak kena perabeh pulak.



Umi gamble je order nasi grg siam tu. Mujoq alhamdulillah blh telan. Sbb nasi grg tu ada serai bagai so takde la muak sgt. Pulun gigih makan, mampu makan separuh je. Itu pon pecah rekod tau. Setakat ni paling byk umi makan kiranya tu. Syukur. Kenyang perut haaa ditambah dgn milo sedap tu. order sky juice kat anak kemain tak mau, nak jugak rebut milo umi.


Dlm pukul6.30 gitu baru sampai umah. Umi keluar pi buka pintu umah, tinggal anak kat mama. Sekali bila umi mai tengok dah lena haaa atas mama. Tinggal 2min je dah lentok. Ngantuk sangat la dah dia tak tido petang tadi. Umi angkat pon tak gerak dah. Letak atas tilam pon takde effect.


Lepas maghrib umi pon join anak tido. Letih dan kekenyangan. Abi pi surau balik surau pon kami tak sedaq haha. At last abi beli masi bungkus je hihi. Sbb umi makan nasi grg separuh tu, kenyang sampai pagi esok haaa!

Tq mama belanja kami!

***ohhh terbayang2 milo special tu. Nak pi hari2 jenuh bankrap :l


Sunday, December 14, 2014

RINDU MASAKAN SENDIRI~

ASSALAMUALAIKUM...

dah sebulan lebih aku gantung periuk. I mean, tak masak. Langsung.

Sebulan lebih tu jugak dok pi umah mak ja. Anak dan suami makan kat umah mak ja. Tapi kami belikan barang dapur la.

Dah lama tak masak. Penah jugak risik2 kat suami, nak korek reaksi dia sebenarnya.

"kesian b, syg dah lama tak masak. Dah lama b tak makan masakan syg..."

"takpa b tak kesah pon...cuma b kesah 1 benda ja... Nasi goreng syg..."

Owhhh rupanya dlm diam2 suami, dia rindu masakan aku. Tapi dia pendam je. Nasi goreng mmg fevret laki aku. Kalau bagi bekal nasi goreng hari2 pon takpa. Sampai aku dah buntu nak pelbagaikan nasi goreng apa lagi haaa.

Ahad minggu lepas balik merbok. Dah jumaat tu petik buah terung pipit, nak tak nak kena masak jugak. Takkan nak biar lama2.

dah nama pon kat merbok, takkan kau nak order kat mak metua pulak "mak, saya nak makan sambal terung pipit dgn udang dgn ikan bilis"

wahhh gitu ke?

Haruslah tidak. Pagi2 lagi terus gagahkan diri memasak sementara anak mandi sungai dgn abi. Seumur hidup tak pernah masak pon terung pipit ni haaa, main hentam ja. Alhamdulillah menjadi.

Masa dok masak tu tetiba rasa rinduuu sangat pada masakan sendiri. Terus keluar flashback lauk2 yg pernah aku masak. Paling teringat, ayam masak pedas thai. Haihhh la sedap sungguh!

Balik dari merbok, mak pulak demam teruk. So mak pon tak larat masak. Jadi aku, larat ke tak larat kena jugak gagahkan diri masak.

Beberapa hari jugak la aku masak. Alahhh masak simple2 je mampu ponnn. Baru je dok rindu masakan sendiri Allah dah bagi peluang utk masak. Tapi bila lama tak masak ni jadi kekok sikit hehe.

Dan alang2 masak, hari2 jugak aku masak bekal utk abi. Bekal nasi goreng. Syok la abi! aku? Masak pastu ambek bau je. Ambek bau pon dah tau mesti sedap. Kahkahhh

Friday, December 12, 2014

ANAK IKAN || REMINDER DARI ABI

ASSALAMUALAIKUM...

malam tu masa tgh isi2 barang dlm keta kat merbok nak balik sp, abi mai 'bisik' kat umi.
"keta ada problem..."

Aku ni dah cuak dah. Ya Allah problem apa pulak niii.
"power window rosak"

aku macam, ohhh power window je ponnn hahaha!

abi cakap penting la, power window rosak means tak blh buka tingkap la. Aku cakap senang je, tak payah la bukak. Hahaha

Nampak tak beza laki dgn pompuan? Laki kalau bab keta calar sikit pon mau nanges peluk keta *ok tipu*
kalau pompuan pi gesel keta kat pagar pon "eh kemek SIKIT JE ni"

padahal hati sang lelaki dah remuk seremuk kereta itu bahaha. Ni aku cakap bagi pihak isteri yg guna keta suami. Sbb byk dah kes mcm ni berlaku sekeliling aku. Tapi si suami nak buat cemana kannn, syg bini punya pasai kahkahhh

ok berbalik pada anak ikan kami. ni kerosakan pertama sepanjang kami bersama 2 tahun. Ok la tu, well behave sangat kan. Kalau b4 ni mungkin problem2 kecik je (tapi problem kecik pon kalau melibatkan kereta boleh menyebabkan hati sang suami tak tenang tau!)

malam tu muka abi pon x berapa manis sbb geram keta rosak. Masa odw  balik sp tu aku usap2 belakang abi

"b... Relaks arr...power window jew ponnn. Ni banyak lagi rezeki Allah bagi kat kita ni haaa. Org lain takde rezeki mcm kita walaupon keta depa canggih"

terus abi sengih. Abi sengih bkn apa, baru sedar 'keterlanjuran' dia dok pk pasal keta kot. Padahal benda kecik ja pon. Lagipon mmg dah biasa mcm tu, asal nak dapat bonus ja mestiii ada benda jadi. Biasala tu kan...Allah bagi lebih kat sini Allah tarik kat situ...takkan semua nak longgok kat kita ye dak?




tapiii kalau dah nama abi tu, yg memang seorang yg TELITI, siap buat reminder kat umi haaa. Takut sangat umi terrrbukak tingkap. Hek elehhh over tau. Aku dah cakap tak payah la nak buat nota bagai, malu kat org.

Abi ckp abi buat kecik je takut umi lupa. Aku cakap nak cabut nota tu abi x bagi. Tapi aku derhaka jugak. 

Buat nota tampal kat tingkap mau nya aku tak cabut! aku lekat kat suis power window tu. Function jgk apa teknik aku tu? bahaha. Yg kat stereng tu je aku x cabut. Lantak kau lah b! heeee


Thursday, December 11, 2014

SUSU FREE~

ASSALAMUALAIKUM...

utk susu formula umarfaiq, setakat ni takde susu official lagi. Sebab umi start bagi fm guna susu2 sampel je wakakaka. Umi ni kalau bab sampel cukup suka haaa.

Dulu penah shopping kat manjaku ada susu sampel, semua umi ambek termasuk susu utk ibu mengandung padahal tak mengandung pon. Dah kata suka sampel gitu la. Pastu dapat susu sampel dari s26. Masa org s26 call tu sebenarnya umarfaiq masih fully bf. Dia cakap nti bila dah ready nak bg fm call depa utk dapatkan sampel. Umi cakap takpe bagi je sekarang huahuahua. Dapat 3-4 paket ntah. Then masa besday umarfaiq dapat lagi gift dari s26 beserta sampel susu.


Baru2 ni dapat sms dari friso gold pulak soh tebus hadiah besday berupa susu friso 2x350g. vahvahvah. Sms dpt dah lama tapi on closing date baru umi terhegeh2 redeem. Mujoq sempat. Berbunga2 hati bila abg posmen call cakap nak hantaq barang. Nah sekotak susu haaa.

Kelebihan rajin collect susu2 sampel ni, kita boleh tengok susu mana yg anak kita suka. Umi ada anmum, s26, dugro & friso so dlm byk2 ni boleh nilai mana yg umarfaiq lebih suka. Setakat ni memang umi tak pernah lagi beli sendiri susu formula hehe save dah bajet abi. Gitulahhh isteri cerdik yg solehah hikhikhik *panggggg*


selain susu anak, susu umi pon tak kurang hebatnyaaa. Masa kutip susu2 anak tu umi buat2 tanya susu utk ibu mengandung takde ke. Budak cashier tu pon bagi la haa sampel anmum materna mango. Mmg dah lama teringin nak rasa yg mango ni haaa. Tanya dgn penuh yakin padahal tak preknen pon. Gitu emosi tu penting utk membentuk keyakinan.

Dan baru2 ni redeem lagi anmum materna mango via internet. Nah berpaket2 anmum hantar. Suka suka suka!

:)

Tuesday, December 9, 2014

SUSU IBU vs SUSU FORMULA

ASSALAMUALAIKUM...

isu ni memang femes sesangat. Aku sebagai umi, kadang bosan dgn gelagat sahabat2 yg suka timbulkan isu ni. Come on lah, kita sama2 kaum ibu sama2 ada anak. Mesti kita tau perasaan masing2 ye dak.

Pada aku, takde beza pon bf or fm. Yesss memang susu ibu adalah susu terbaik kat dunia ni. Tapi tak bermakna anak kau minum susu ibu confirm bijak pandai boleh jadi profesor, anak dia minum fm nanti jadi kuli. Kau faham dak maksud aku?

Kebanyakan yg menjengkelkan aku ni (sorry to say) mak2 yg berjaya bagi susu ibu la. Tak salah nak berkongsi (kalau benda tu bermanfaat) kat satu dunia pasal hang punya bf tu. Tapi kalau dah KERAP sangat hang dok post, lama2 org pon raya annoyed. Aku pon PERNAH post pasal susu ibu ni tapi bukan KERAP. so sila faham beza dua benda tu naaa.

Kalau hg rasa benda tu tak membantu org lain pon, rasanya baik hg tak payah post kerap2. faham tak kerap2? Hg ingat org nak sangat baca pasal hg punya journey yg tak berfaedah tu? I mean, hari ni dpt brapa oz, hari ni nanges susu drop, esok susu meriah, lusa bengkak susu, tulat stress susu tak keluar. Kalau post tu berfaedah, contoh susu hg meriah so hg kongsi makan supplemen apa. Aku boleh consider lagi la. Ni setakat buat status dok cerita pasal susu hg, better hg simpan. Sebab fb tu TERLALU umum bagi aku. Lainlah kalau friendlist hg cuma 25org dan semua PEREMPUAN, aku tak kesah sangat la hg nak cerita pasal susu.

Bagi aku, blog dgn instagram agak privacy utk berkongsi. Sbb ig aku dah tapis followers. Blog, memang tempat org cari info so tak salah nak berkongsi di situ selagi tak melampaui batas la kan. Ni kalau dok pos kat fb cerita pasal susu kita, ishhh malu lah! pada kita mungkin rasa biasa, tapi bayangkan yg baca tu mungkin sepupu kita yg berusia 10tahun or sahabat lelaki kita yg belum berkahwin or cikgu/pensyarah lelaki yg dah berusia. Apa rasanya?

Yes memang kita bangga dapat bagi susu ibu kat anak kita tapi biarlah kena dgn caranya. Jangan mendabik dada, itu rezeki dari Allah buat anak kita. Bersyukurlah kita terpilih utk dapat. Bukan syarat utk kita berlagak dgn kawan2 lain.

Umarfaiq sampai sekarang masih ada susu utk dia. Tapi rasanya ramai kawan2 aku yg TAK TAHU akan hal itu. Sebab pada aku tak perlu berbangga pon. Melainkan kalau ada yg mintak tips, ok aku share. Dan kdg2 aku pm/wassap je sbb pada aku benda2 melibatkan payudara ni tak perlu nak open sangat. Haaa ambek keluaq dah bahasa aku.

Sorry, ni pendapat PERIBADI aku.

Dan utk yg terpaksa bagi fm pulak, tak payah buat teruk nak stress bagai. I mean, stress mmg la stress. Tapi tak payah nak emo nak bebai sampai gaduh2. Kita sebagai ibu, kita tahu kita dah usaha yg terbaik kan. Makan supplemen, makan benda yg blh banyakkan susu, power pumping, tapi kalau dah takdak nak buat mcmana kan? Bukan berdosa pon bagi susu formula.

Kalau 'terasa' dgn mak2 yg berjaya bf ni, istighfar bebanyak. Ingat yg bagi fm tu tak berdosa pon. Bukan susu tu yg menjamin akhlak anak2 kita. Kita sama2 mahu yg terbaik buat anak, tapi kalau kita sendiri 'terlibat' dgn isu remeh mcm ni, berbaloi ke?

Monday, December 8, 2014

KULIAH - PERINGATAN BUAT SUAMI ISTERI

ASSALAMUALAIKUM...

perkongsian dari kuliah Ustaz Fawwaz Md Jan di Masjid Kg. Raja pada 3 Disember 2014
sekarang ni banyak sangat kes cerai dilaporkan di malaysia. Pulau pinang mencatatkan rekod perceraian tertinggi.

Ustaz bagi pesanan utk suami dan isteri, dan mintak disampaikan pada anak2. Ibu, pesan kat anak2 perempuan. Ayah, pesan kat anak2 lelaki.

Dalam rumahtangga, suami perlu pegang 2 perkara. Isteri perlu pegang 1 perkara. In sha allah, dapat mejaga keharmonian rumahtangga dan mengelakkan perceraian.

Suami - yg pertama, kalau isteri berletiaq ka kata apa2 ka, jgn menjawab. Senyum or cakap ok je. Jangan sekali2 menjawab. Mungkin sbb nak elak pertelingkahan.

Yg kedua, jangan sekali kali sebut perkataan CERAI. Jangan sebut. Sebab kalau besa dok sebut nanti tak boleh silap sikit nak sebut. So jadikan perkataan CERAI tu sbg haram utk disebut.

Isteri - satu ja yg isteri kena buat. Apa yg suami suruh, buat ja jangan banyak bunyi. Contoh pukul3 pagi suami suruh buat teh ais, buat ja. Jangan berleter jgn bersungut.

Mungkin sbb nak elak pertelingkahan jgk. Sbb bila kita dah biasa bertelingkah dlm rumahtangga, nanti benda tu jadi amalan. Lama2 kedua2 hilang hormat antara satu sama lain. Ni pendapat aku la.
Sekian, moga bermanfaat dan selamat beramal

Sunday, November 30, 2014

MUF - TIDUR

ASSALAMUALAIKUM...

dah lama nak cerita pasal tabiat tidur umarfaiq ni, tapi tak ter-cerita. Dah lepas beberapa fasa dah baru nak cerita.

Sebenarnya dulu umarfaiq ni pesen tido lambat. Paling paling awal pon pukul1.30 pagi baru dia tido. Itupon sgt2 jarang. Biasanya dia akan tido pukul2 lebih. Atau kadang2 pukul3-4 pagi baru dia tido wehhh!

Dulu stress jugakla umi ni ha. Ada kala sampai nanges2 sbb tension anak takmau tido. Atau kadang2 umi bebai, abi la yg take over cuba tidokan anak. Bukan apa, seksa tau dok bagi susu punya lama tapi anak tak lena2 jugak. Puas gilir kiri kanan sampai badan kita dah lenguh2 tapi mata dia dok bersinar elok lagi. 

Dushhh! penah jugak umi buat2 tido, tapi langsung dia tak heran. Dia siap bangun merayap lagi. So bahaya. Nak taknak umi kena tidokan dia dulu baru umi blh pejam mata dgn aman.

Tapiii sejak 2bln lepas entah mcm mana dia dah start tido awal. Umi pon tak ingat dah hewhew. Tapi memang awal dari kebiasaan. Dalam pukul12-12.30 dia dah tido. Sesekali pukul11.30 dia dah tido. Magic sangat! atau paling lewat pon pukul1-1.30 dia tido, Tapi jarang2 sangat la.

Dulu bagi susu badan baru lena. Tapi lepas tu umi ajar pakai botol pulak. Bagi susu fm plus milo sikit. Kalau bagi fm saja dia takmau. Mungkin sbb rasa totally different dari susu umi so dia tak boleh terima. Kalau campur milo baru dia minum.

Umi kalau boleh nak ajar anak umi tido dengan mudah. Macam contoh yong & muhammad. Depa tu senang sangat nak tido. Bagi botol, baring, terus lena. Tak payah dodoi tak payah dakap. Tapi umarfaiq ni dakap bagi susu pon payah lena, apatah lagi nak tido semudah tu. harapannn sangat.

So bila dah mula bagi susu botol, terpaksa la dodoi dia dalam buai dulu bagi lena. Bila dah lena, biar.dlm 10-15minit baru abi angkat masuk bilik dan letak atas tilam. Masa awal2 dulu bila angkat tu dia terjaga jugak. So kena bagi susu kejap bagi dia lali pastu baru tepuk bagi lena.

Tapi lama2 bila dah biasa, bila angkat dari buai dia dah tak jaga. Kalau jaga pon dah tak payah bagi susu, just tepuk2 then dia akan lena. Alhamdulillah senang je lena.

Tapiii sejak minggu lepas ni, tetiba dia dah pandai tido sendiri. tanpa susu badan tanpa buai! jumaat lepas saja la umi bawak dia masuk bilik sbb umi tau dia memang ngantuk. Bagi hp pasang ya hanana, bagi botol, dia hisap tak dan habis pon tengok2 dah lelap. Masa tu abi takde sbb abi buat keja kat ruang tamu. Alahai tercapai jugak hajat umi.

Umi ingat dia boleh tido sendiri sbb dia betul2 ngantuk. Tapi esoknya, masa tido di merbok umi cuba kaedah tu berjaya jugak. Cuma lambat sikit dia nak tido sbb dia golek2 dulu. Umi bagi botol dia cakap panas, so dia tak minum. Tapi dia dok golek2 habes satu katil sambil pegang ya hanana, last2 terlena sendiri.


Esoknya lagi, abi pulak try. Balik dari merbok Umi tak brapa sihat so umi berehat dlm bilik. Dua hero tu lepak depan tv sambil tengok bruce lee. Abi letak anak dekat sofa bed dia, abi pon tumpang sekaki. 

Memula dengar la mulut anak dok bising. Abi cakap anak tengok bruce lee dok tumbuk anak pon tumbuk abi. Grrr. Pastu lama2 umi perasan suasana sunyi je. Sekali pi tengok 2-2 dah hanyut. Heee

Esoknya lagi, abi tidokan anak lagi. Habes milo sebotol, anak pon lena. Tapi yg pasti abi la lena dulu hakhak.


dan begitulah jugak malam2 seterusnya. anak memang lena tanpa buai tanpa susu badan. bagi milo sebotol, ya hanana, tepuk2 terus lena. dah try di rumah sendiri, merbok, umah mak abah, semua senang je lena.

Alhamdulillah berkat kesabaran umi melalui malam2 mencabar anak takmau tido, akhirnya Allah balas dengan mudah anak senang tido. Pakej tido awal lagi. Syukur.

Anak umi ni sah2 bab tido ikut umi. Kalau ikut abi letak kepala je terus hanyut. Bom bunyi pon tak sedar. Kalau umi mcm tu la. Sebelum tido tu baca segala ayat pon tak lelap2 lagi. Huhu


Thursday, November 27, 2014

ANTARA AKU DAN EMAS~

ASSALAMUALAIKUM...

Ini bukan kisah dongeng, walaupon tajuk mcm poyo je bahaha.
Ini kisah benar, antara aku dan emas.

Sebagai wanita, paling tidak pon mesti ada jugak sekerat emas nembaluti tubuh. Ye dok? tapi tidak aku. Aku takdak secebis emas pon kat badan.

Sebenarnya aku dah fed up dengan emas. Banyak sejarah hitam antara aku dengan emas.

Dulu kecik2 mak ada belikan aku rantai emas. Maklumlah tiga org anak laki, tetiba lahirnya aku. Eksaited mak abah belikan rantai even aku masih baby. Masa aku berumur setahun lebih (kot), mak kata aku GIGIT rantai tu sampai PUTUS. kau mampu? Bahahaha

Masa umur 4tahun (kalau tak silap) aku pakai cincin emas. Suatu hari masa tengah dok main kat luar rumah, ada lori apa ntah lalu. Kalau tak silap aku lori sampah kot  eksaited nak tengok lori punya pasal, aku letak tangan kat pagar zink. Aku syak cincin aku tersangkut kat pagar zink tu lalu jatuh. Sebab aku sendiri tak sedar bila cincin tu hilang. Balik umah masa mak basuhkan tangan aku mak yg perasan eh mana cincin? cerita kat mak kat mana aku main tadi. So mak try cari kat tempat tu tapi takde. Apa pon cincin ni masih misteri sbb aku sendiri tak ingat bila dan di mana sebenarnya cincin tu jatuh. Sobsss

Masa umur 5 tahun, hari pertama kami berpindah ke taman sri wang. Aku masih ingat, hari Isnin. Hari pasar malam di taman sri wang. Eksaited la ni nak pi pasar malam. Seumur hidup tak penah pi pasar malam. Memula aku jalan dengan mak abah. Pastu mak nak beli bawang, mak soh aku ikut abah. Abah pimpin tangan aku. Masa tengah berjalan tu aku terasa rantai aku cuba ditarik dari belakang beberapa kali. Aku pusing belakang. Aku nampak sorang laki cina (aku agak) berseluar pendek warna koko dan berbaju merah. Masa tu aku budak lagi, baru pindah pulak tu. Mana la aku tau dia nak ragut rantai aku. Kalau aku tau aku dah terajang anu dia.

Tapi tu semua KALAU. sebab hakikatnya aku hanya mendiamkan diri. Entah. Budak lah katakan. Taktau apa erti RAGUT. Sungguh aku taktau. Akhirnya dia berjaya meragut dan terus bergegas jalan laju2 melarikan diri. Aku pulak, elok rantai tu cabut je terusss nanges kuat2 bagai nak gila. Abah panik dan heran la. Yelaaa tengah jalan elok2 tiba2 melalak, tak ke abah cuak???

Abah tanya aku "awat?awat?"

Aku jerit sambil nanges "nak rantaiii...nak rantaiii..."

abah dengar tak jelas "haa? nak sate?? Ok tapi janganlah teriak"

bahahaha. Hadoi. Lastly aku tak ingat mcmana abah paham ayat aku. Bila abah tanya sapa ambek aku tunjuk arah laki tu pegi. Abah ligan sambil dukung aku, tapi haruslah si jahanam tu dah takdak.

Jenuh abah usung aku merata sambil aku masih meraung. Semua pakat tanya kenapa kenapa, abah pon mcm dah hilang arah habaq aku kena ragut kat semua org. Dah la tak kenal sapa2. Masa tu kes ragut kira rare la, tu yang semua pakat kecoh.

Aku taktau la at last mcmana aku diam dan mcmana malam tu berakhir. Apa pon aku memang takkan lupa kenangan tu. Ngeri kot. Dah la rantai tu special. Ada loket huruf J lagi tau. Sobsss :(

Lepas tu aku tak ingat dah apa barang kemas yg aku pakai. Bahaha.

Then sebelum bertunang dulu, mak ada buat seprais haa kalau tak silap lebih kurang time birthday aku. Mak belikan gelang emas. Kemain suka haaa mcm mami jarum. Tapi masa tu zaman aku pi keja naik moto. Hari2 pakai-bukak sweater. So gelang selalu tersangkut kat sweater, lalu putus. Memula pegi kedai semula utk sambungkan. Pastu putus lagi, mak ikat dengan benang. Pastu putus lagi kat tempat lain pulak, aku fed up. At last aku tak pakai dah.

Cincin tunang dan kawen. Memula pakai elok la. Pastu mengandung dan melahirkan umarfaiq, aku kurus teruk. Sampai longgar habes semua cincin. Bayangkan tengah makan nasi lemak kerang tetiba cincin terjatuh. Mujoq aku tak telan cincin tu sbb ingatkan kerang. So sebelum keadaan lebih parah baik aku stop pakai yg longgar tu.

Tinggal satu lagi cincin. Lama2 pakai, jadi allergi lah pulakkk. Habesss jari aku jadi gatal2. Makin garu makin sodap. Dari 1 jari berjangkit ke jari lain. Memang teruk. Sampai kena air pon kelupoq. Nak masak seksa. Makan apatah lagi. Memang pakai sudu ja. Nasi, mintak tolong abi yg masak sbb yg jadi kat tangan kanan. Dah mcm2 ubat try. Kejap lega, pastu jadi balik. Lama jugak la benda ni. Start jadi gatal tu aku dah stop pakai cincin.

Dan yg paling latest, tinggal rantai je masih kukuh aku pakai. Tapiii sekali lagi nasib malang menimpa. Tengah aku dok sikat rambut, aku ter-sikat sekali dengan rantai dan PUTUS. duhhh. Apelah nasib aku ntah.
Akhirnya aku takdak satu pon barang kemas. Sobbsss.

Masyarakat hari ni pulak bukan kau tak tau, kalau perempuan tak pakai barang kemas je mula la nak pandang serong. Ewah ewah! hg ingat semua pompuan suka pakai emas? Ada yg rimas dgn brg perhiasan tau. Hg ingat semua pompuan 'boleh' pakai emas? Ada yg allergi gatai2 bila pakai emas. Hg ingat semua mampu pakai emas? Ramai yg tak mampu tau. Setiap org ada alasan tersendiri.

So tak payahla nak sibuk "ish kesian dia seurat emas pon takdak kat badan dia". besa yg kepoh2 mcm ni makcik2 la. Sebok sungguh kalau org tak pakai emas. Macam emas tu wajib sangat. Siap perli2 lagi. Aku pernah je sound sedara yg 'kalut' bila aku tak pakai emas. Hambekkk dgn aku. Rimas tau tak pesen hat dok kalut ni.

Abi pon selalu je cakap "kesian sayang...b tak mampu bagi emas kat sayang..."
hek elehhh pekebendeee emas! baik belanja aku makan sedap2, belanja shopping or vacation. Sbb for now aku tak rasa perlu lagi emas tu. Tunggu la dah tua2 sikit baru rasa nak pakai kot.

Dan satu lagi kalau kau rasa nak tayang2 barang kemas kau kat aku baik tak payah. Sbb aku sikit pon tak herannn dgn emas kau tu. Ada je sedara aku hat pesen jakun pakai brg kemas mai dok kipas2 tangan depan org nak bagi org tengok. Helllowww hg ingat ni zaman komunis ka org nak heran tengok emas hg hat ciput tu? Mcm nenek2 ja perangai coihhh

Kesimmpulannya, tak payah sebok2 dgn harta org. Jaga harta sendiri sudah la. Tak ke mana pon harta duniawi ni.


Thursday, November 20, 2014

BERTEMU DI SYURGA~

ASSALAMUALAIKUM...

9/11/2014 - cik man, kawan baik abah merangkap jiran aku telah kembali ke rahmatullah setelah terlantar sakit hampir setahun. Pagi tu kami sempat ziarah jenazah.

Masa ziarah tu ternampak anak tunggal cik man, fatihah tgh sarat mengandung. Rupanya due fatihah just around the corner.

Aku cakap kat mak...kesian cik man, tak sempat jugak jumpa cucu. Kalau baru preknen lain la, ni dah mmg tengah tunggu masa ja nak bersalin tapi takdak rezeki jugak nak jumpa cucu dia.

19/11/2014 - dalam pukul9.30 mlm dapat call bagitau anak fatihah meninggal dunia. Allahuakbar gigil aku dengar. Jenazah nak dikebumikan malam tu jugak. Aku cakap kat abi aku nak pi ziarah. Ntah. Hati aku meronta2 sangat nak tengok anak syurga tu.

Kebetulan abah takde, abah OT. So mak tak boleh pi la. Boleh la mak jaga umarfaiq dan wakilkan kami ja utk ziarah. Kami pi naik moto 2 org. Masa kami sampai anak syurga tu tengah dimandikan. Agak terkilan tak sempat tengok sebelum anak syurga dimandikan. Teringin nak cium dan belek2 wajah dan jemari dia.

Bila selesai mandi, kelihatan Nizam (suami fatihah merangkap ayah jenazah) dukung anak syurga bawak keluaq bilik air. Allahuakbar...kecikkk je haa tengok nizam dukung.

Depa letakkan anak syurga tu di ruang tamu rumah utk dikafankan. Masa tu lah aku sempat tengok muka (sahaja) anak syurga tu. subhanallah...suci sungguh wajah penghuni syurgaMu. Tenang dalam lena yg panjang. Kecik comel mulus jeee muka tu. Muhammad Naufal nama diberi. Nama tu muncul dlm mimpi cikgu zah (mak fatihah) masa kandungan berusia 2-3bulan.

Proses kafan sekejap ja. Masa tengok wajah anak syurga tu meleleh airmata aku, apatah lagi bila nizam dan cikgu zah kucup pipi anak syurga buat kali terakhir. Kucupan yg lama. Sebak sungguh hati ibu aku ni melihat. Terbayang andai aku di tempat mereka. Entah aku punya kekuatan ke tidak.

Usai kafan, jemaah lelaki solatkan jenazah di ruang tamu rumah. Selesai solat, terus anak syurga dibawa ke tanah perkuburan yg sama cik man disemadikan. Kelihatan nizam menggendong jenazah anak syurga dalam kain batik.

Nizam ja yg uruskan jenazah. Fatihah masih lagi di hospital ditemani mak nizam. Aku kata kat mak...ishhh...kalau aku mau aku lari dari hospital dah nak tengok urusan terakhir anak aku...huuu...

Besar sungguh ujian mereka. Beberapa bulan sebelum ni, ayah Nizam kembali ke rahmatullah. Lepas tu bulan ni ayah fatihah. Dan sekarang anak mereka pulak. Allahuakbar. Ternyata mereka hamba yang kuat hingga dipilih utk melalui ujian ini. Beruntunglah ada anak syurga yg akan menunggu ibu bapanya di pintu syurga. Sangat beruntung. 9bulan membawa kandungan, bertarung nyawa melahirkan, dibayar dengan ganjaran syurga.

Aku cakap kat mak...patutlah baby takmau keluaq jumpa tokwan dia. Rupanya depa nak jumpa kat 'sana'....

sungguh...perancangan Allah adalah yg terbaik. Allah sebaik2 perancang.

Wednesday, November 5, 2014

TM WIFI~

ASSALAMUALAIKUM...

memang dah lama abi plan nak pasang wifi kat umah. Dah lama bagi details, tapi baru bulan Oktober register sbb bulan lepas kalut pi cameron. Mintak tolong kak ana register so taknak push dia,ikut la bila2 dia free. Dah register sebelum raya haji. abi plan nak call depa utk install tym weekend sbb abi ada.

Tapi selasa 7/10, lepas cuti raya haji tu tetiba abi call cakap org tm dah nak mai. Kelam kabut la kami sbb tak ready. Rupanya lepas register ada tempoh 3 hari bekerja je utk install. Kalau lepas dari tempoh tu tak install jgk kena masuk waiting list. Itupon kami dah tolak cuti raya haji tu yg diberi peluang lama jugak.

So nak tak nak kena bagi depa install jugak la. Bukan apa, kalau abi ada yakin sikit kan. Masa depa pasang, aku dgn anak dok kat luaq. Anak main ayaq, aku cabut2 rumput. Sampaila depa siap pasang baru aku masuk. Mula2 mmg rasa takut jgk, tapi bila dah yakin, terus aku laju2 buatkan air kat depa. Rasa bersalah pulak kalau biaq ja depa balik mcm tu ja. Memang la aku perlu berhati2 (abi pesan tunggu kat ruang tamu je) tapi rasa segan pulak tak hidang air huhu. Inshaallah,yakin takde pape.


Beberapa jam pertama tu ok lagi boleh on9. Tapi bila aku off, then ptg nak guna pulak dah tak blh. Connected, tapi tak boleh surfing. Duhhhh stress! Sampai ke malam pon mcm tu jgk. Abi blk keja eksaited nak guna tapi tak boleh. Abi try cari punca tapi tak dapat bahaha.

Esoknya, call tm then diorang soh call installer yg mai kemarin. Aku tak risau sangat sbb org tu memang janji nak mai lagi sebaaaabbb aku tak bayaq lagi pon duit install tu bahaha. Kan dia mai mengejut, abi tak tinggal duit la utk tu. Dia kata takpa bayaq bila2 pon boleh. Tapi bila call dia cakap tak sempat mai hari ni. Uwaaa dah rugi sehari tak boleh on9. Itulah bila pasang tm terus berlagak pi habeskan data internet kat fon. Padan muka!

khamis la baru depa mai. Org yg sama. Depa mai cuit yg tu cuit yg ni maka bolehlah guna. Depa pon taktau apa punca tak boleh guna internet tu sbb tepon function elok ja. Line pon ok siap connected lagi tapi tak boleh guna.

Dan aku pon setel bayaq rm50 utk upah install. Yang lawaknya abi, bila bagitau internet dah ok terus pesan "haaa downloadla apa2 pon,download byk2". Ek eleh mcmla kita sewa wifi tu. Esok2 pon boleh download. 

Saja abi teruja tak ketahuan bahaha

So perasan tak aku rajin komen blog korang sekarang ni?kahkahkah


Thursday, October 30, 2014

CERITA AIDILADHA~

ASSALAMUALAIKUM...

mcm biasa entry basi bahaha!

sabtu - sehari sebelum raya tu kami agak sibuk. Pagi tu kaklong dtg terjah rumah dan 'culik' umarfaiq. Sejam lepas tu baru kami pi umah mak. Lepas zohor kami nak kena keluar. Memula kami ingat nak tinggal anak kat kaklong je sbb kami nak keluar naik moto. Tapi elok nak keluar je hujan turun pulokkk. Terpaksa la naik keta. Rezeki awak la anak oih.

Memula singgah kedai gambar sbb umi ada fotoshoot. Boleh tara tu? Bahaha! umi ambek gambaq ic lah! pakai selekeh aja aduhhh. Pastu singgah sana singgah sini atas urusan bisnes umi. Lastly singgah kedai keta betulkan tayar.


Kesian abi. Dah la posa, kena temankan umi ke sana ke mari. Umi pulak dah mula lapaq. Tapi segan nak ajak abi g beli. Tapi abi kan hero, dia paham je kehendak umi. Lalu abi bawak umi cari makanan. Last2 sampai ke taman ria mencari. Memandangkan umi dah lama teringin nak try kedai masakan indon kat situ, so abi bawak la ke restoran langkasuka namanya. Agak impressed jgk la sbb ada byk menu kat situ. Dan umi nak try nasi ayam penyet. Abi jaga anak, umi makan. Kesian abi :(


Masa nak balik, ternampak pulak ada org jual goreng pisang cheese. Eh dah lama mengidam la. Abi pon belikan kahkah. Balik makan ramai2 kat umah mak. Lepas solat asar umi buat nasi goreng utk abi berbuka. Biasala esok nak raya semua org sibuk.

Malam tu, abi balik merbok dgn anak. Umi tak ikut sbb tak sihat. Anak tu dah la ngantuk. Sah2 la tido dalam keta. Bila abi balik merbok bawak robot kecik tu kemain la semua org teruja. Mcm2 dia tunjuk akai kat depa. Sampai pkk12.30 am anak dgn abi tak balik lagi. Mula la umi gelisah. Rindu sebenarnya. Maklumla umi tak biasa berpisah dgn anak. Almost pkl1 am baru depa sampai.


Elok sampai je kemain riuh mulut dia bercerita itu ini. Alahaiii anak. Sebak pulak umi tengok. Baru umi sedar anak umi dah besar. Mulut tak pandai bercakap lagi tapi bercerita kemain riuh. Dia tunjuk duit2 raya dan baju raya yg dia 'kutip' dari merbok. Ye nak umi faham cerita awak :))

malam tu pkl3 pagi baru dia tido. Yela dah tadi dia dah tido masa nak balik merbok. Tapiiii esoknya dia bangun awal dari umi. Pkl6.30 dia dah bangun hoi. Abi yg mandi dan siapkan dia hehehe. Pastu bila org nak pi solat mula la dia ngantuk. So umi tak pi la solat.


Dalam pkl11 lbh baruuu anak bangun tido. Terlepas la peluang dia nak tengok lembu kena korban sobbsss. Masa kami pi tu dah siap masak dah nak makan pon. anak mcm pelik je tengok ngape org ramai sgt haha. Tapi bila dah warm up abes satu surau ditawafnya, jenuh ligan.

Kemain dia makan nasi sendiri. Act nasi dgn kuah sup je tapi dia makan banyakkk sebab syok umi bagi dia makan sendiri. Dia suap penuh hati2, tak tumpah pon! bijak laaa anak umi lahaiii!


Dalam pukul4 baru kami semua gerak ke pendang pulang. Memula kampung abah, lepas asaq ke kampung mak pulak. Lepak2 kat kampung bersama warga emas, gitu. Oh sebelum balik umah tokwan mcm besa singgah umah lan. Rezeki kami, ada bihun sup ayam sedap peh peh. Lepas makan terus balik sbb dah maghrib dan anak ada dgn maklong kahkah padan muka anak sapa soh ikut maklong. Mujoq uncle lan kirim jgk duit raya utk dia hehe.

Malam pkl10 lebih baru gerak balik sp. Fuh letih sangat rasa badan. Tapi alhamdulillah puas dapat beraya bersama saudara jauh dekat.

Raya ke-2, pepagi bangun awal sebab nak kena balik merbok ada kenduri akikah uwais. Nak tolong2 apa yg patut. Itupon pkl10 baru sampai merbok, sempat la tolong jugak sikit2 alhamdulillah.

Best tengok umar dengan uwais main sama2. Dah la pakai baju sama sebab kakcik hadiahkan. Tambah pulak umairah (sepupu uwais) ada. Comel je 3U main sama2. Umar, uwais & umairah :)




Alhamdulillah kenduri berjalan lancar. Malam tu kami semua pakat pulang ke destinasi memasing.
Syukur alhamdulillah masih dapat meraikan aidiladha bersama keluarga tersayang. Penat tak terkata tapi masa untuk bersilaturrahim tak ternilai :)

Tuesday, October 14, 2014

SHOPPING MACAM MAK JEMAH

ASSALAMUALAIKUM...

wahhh rasa lamanyaaaa tak menaip blog guna laptop uolls! asyik dok hupdate pakai hp ja sobbsss~

ni kisah kemarin. umi bangun awal, buatkan sarapan utk abi. teman abi sarapan. pastu bila abi dah pi keja anak merengek, kena la susukan dia. pastuuu umi ter-krohhh skali kehkehkeh! pukul11 baru terjaga. tu pon sebab anak yg kejut. saja umi buat2 takmau bangun, nak usik dia. kesian tgk dia berusaha keras nak kejutkan umi hahaha. sampai buat muka fed up kehkehkeh. rupanya dia nak soh umi bukakan stokin dia ja. lepas umi buka terus dia tak kacau umi dah.

bangun2, terus siapkan makanan anak dan umi. masak simple2 utk kami berdua sahaja. lepas mandikan, teman anak makan pulak. lepas tu anak pulak temankan umi solat hoho. last minit plan dgn kak ila nak keluaq. pukul 2.30 kak ila datang pick up weols.

~ sementara tunggu makngah ila mai ambek ~
memula pi CS, teman kak ila isi borang apa ntah. sementara tunggu kak ila tu mcm besa laaaa umi kalau mai cs ni memang pi bahagian baju baby je. tapi hari ni haney on duty, so sembang2 dgn dia. haney kan jaga bahagian toys, anak apa lagi, menggelabah tgk mainan banyak! hasil gelabah tu dapatla jugak mainan utk dia satu set. umi tanya nak baju ke nak toys??? tapi umarfaiq tak boleh jawab lagi. kalau dah besaq pandai cakap nanti mesti pilih toys. tapi sebab tak pandai cakap lagi, dapat 2-2 kahhhh! untunglaaa

dah dapat toys, umi bawak ronda cari baju pulak. mcm besa haney la kena tolong jaga dia sebab dia aktiffff sangat! umi nak pilih baju pon susah. dah umi ni kalau pilih baju berjam2. maklumlah nak yg murah tapi lawo, kehhhh!




haney umpan dia dgn ball sebijik, riuh la dia dalam the store tu. habes dia sepak ball buat mcm kat stadium grrr! promoter2 kat situ pakat usik la dia. geram tgk dia yg over tu tau!


dapat la dia 2 pasang baju. grrr sangat umi yg keja anak yg shopping bahaha! tengok la dia kemain kalut sambaq barang2 dia, syok umi beli hadiah kat dia. pandai tauuu kecik2 lagi dah shopping mcm mak jemah! huhhh! umi ni mampu tengok jelaaaa

bila kak ila dah setel, kami ke SP fastprint pulak. mujoq la umi bawak bekal milo dalam botol susu dia. habesss sebotol dia bedal. ha tau pon letih berlari dalam the store! dia dah ngantuk sebenarnya sebab dah sampai waktu tido dia. tapi kedai tu dekat ja so tak sempat tido dah sampai. umi sorang je turun, anak tinggal dgn kak ila. nanti aku buat entry KHAS utk sp fastprint ni utk servis dia yg mcm PUAKA tu ok. buat aku tertunggu mcm tunggul dlm tu sampai lbh setengah jam. mmg biadap sgt. nanti laaaaa!


bila aku masuk keta tgk anak dah tertido. sayu hati aku tgk anak mcm tu. aku mmg takkan maafkan staff sp fastprint yg sgt biadap tak pikir pasal org lain. mujoq ada kak ila. kalau tidak jenuh aku nak angkut anak masuk kedai tu dok tercongok kat situ dgn anak ngantuk. 

lepas tu kami pi ambek mak kak ila kat tempat keja, hantar balik umah. aku pon solat asar dulu, baru kami gerak ke taman jubli pulak. nak makan coq udang lah konon! elok kami sampai ja, hujan turun. kesian anak, tak boleh la beriadah. takpe nak kita riadah mulut je hewhewhew! 


pegi pukul6 lebih, coq udan pon dah sold out sobbs! frust! mujoq ada ubi kentang yg lebih2, boleh la order habuan anak. umi dgn kak ila order ABC dan laksa, share 2 org. sbb kami dah kenyang tapi saja gatai nak lepak2 kunun hekhek. anak pon makan banyak. kemain happy lagi dia!


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...