CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label GULA-GULA CINTA. Show all posts
Showing posts with label GULA-GULA CINTA. Show all posts

Saturday, June 6, 2015

BERTIGA SEBELUM MELETOP~

ASSALAMUALAIKUM...

2 JUN 2015 : SELASA - pepagi buta dah dapat sms dari mama fana tanya dah beranak ke belum. kalau belum nak ajak ronda. umi sebenarnya ada planning dgn maktok, tapi ptg la. setelah di-adjust, ok set! sbb umi nak pi dream on butik. mama pon cepat ja sampai. janji pukul11 tepat pukul11 la dia sampai. anak tgh tido pon umi kejut sbb nak keluaq. bila nampak mama terus menggeletis.

~ kemahennn lepak tunggu umi shopping yerrr ~

wahhh rupanya mama datang bawak baby baru. berbaloi la kita ronda jauh sikit. so kali ni kita test baby city pulakkk. anak tak sempat makan, bawak bekal makan dlm keta jew haha pulun sangat. sampai je dream on terusss sambaq apa yg umi nak. fuhhh mujoq dapat! nanti umi cerita bab ni.


umi dok belek-test baju, dia kalut cari mama mana, mama mana? ewahhh tak boleh berenggang nampak? ngaderrr~ dah 'dapat' mama boleh pulak selfie kannnn~
overrrrnya muka tu kannn


dah dapat apa yg umi nak terus balik sp. kesian mama tak makan lagi. tak tau nak makan apa, mama decide nak makan kat blackwood. umi ikut je sbb umi dah sarapan nasi lemak sambal sotong. skrg ni umi wajib ambek sarapan kalau tidak perut masuk angin pastu kentut put put put erkkk~

umi selalu dok lalu ja tepi blackwood ni, dok bau kopi dia kemain sedappp je menusuk hidung. tapi tak berani nak masuk sbb takut tak mampu bayaq kahkahkah. yela tgk kedai mcm eksklusif kannn. so bila mama ajak ok la kan at least blh try.


kemain la anak tuuu mentang2 ada sofa dan bantal, dia siap minum sambil baring. memang santai habes. ingat ni rumah kita ke nak oiii?


dah tu mama tanya nak makan apa pepandaiii je tunjuk kek red velvet. ewahhhhh! umi nak tiramisu la! tapi dah dia pepandai tunjuk RV takkan umi nak gaduh dgn anak?


aussie latte
umi ni dah lama tringin nak minum kopi ada lukih2 ada buih mcm ni wahahaha! tapi taktau kat mana nak carik. mujoq la at last jumpa jgk. rasa kopi sama ja. rupa tu yg penting. cuaca sejuk2 mcm tu pekena hot coffee perghhhh!


red velvet cake
sedap, tak muak, besaqqq! RM11.50/slice tapi berbaloi sbb tinggi berlapis2 huhu


anak tuuu kemain pilih kek mcm dia nak makan sangat. makan laaa 2-3 suap pastu main ja lebeyyy! tempat luas kan sesuka hati dia ja merayau dlm tu grrr. at last umi yg terpaksa makan. see terpaksa ok?


lepas makan mama hantaq kami balik rumah. mcm besa la anak suruh mama masuk umah, tak bagi mama balik. adoi la. tapi mama tak masuk la dah kami nak kena keluaq dgn mak tok pulak kan. tu pon punya la lama da dok berdrama dlm baby city sebelum mama balik.

tq mama bawak kami jalan2. baru perasan yg kita pi dream on kat seberang jaya nuhhh semata2 nak beli baju umi ja. ingatkan mama nak shopping jugak wuuu. rasa bersalah pulak :(


lepas ni ntah bila boleh santai2 mcm ni lagi. sebelum ni masa bujang tetiap minggu jumpa. dah kawen pon kerap jumpa lagi. dah ada anak ponnn kerap dating dgn anak. tapi lepas ni anak berganda2 mcmana agaknya nak lepak2 mcm ni lagi? nanti hujung tahun mama pulak kawen, lagi laaaaa terbatas masa kita.

oh sebaknya! T___T

Wednesday, April 8, 2015

SWEET LUNCH ESCAPE~

ASSALAMUALAIKUM...

3/4/2015 - jumaat lepas kena kidnap dgn mama terusss ke seberang jaya nun utk ber-lunch dgn mummieh. kalau nak lunch better pi hari jumaat la sbb staff tnb tuuu rehat 2 jam. boleh la memondan lama sikit. eh?

anak mcm biasa laaa kalau mula2 jumpa tu pura2 malu dgn mama. behave sangat! dalam keta pon baekkk ja. cuma bila kat highway tu penuh dgn kenderaan berat mula la mulut dia riuh sikit. dah sampai sunway carnival mall tu dah mcm boleh adapt dgn mama. tetiba mummieh pulak muncul, terusss diam utk kali ke-2 HAHAHA


setelah pusing utk beberapa ketika, kerana menghormati tekak ibu mengandung, akhirnya kami memilih kenny rogers roaster sebagai lokasi memenuhkan perut. lapaq gedik2 dah hoi! kemain tauuu umi bawak rm20 jaaa tapi ada hati nak makan kenirojers KAHKAHKAH


anak sampai2 ja terusss 'mengemas' meja. dia memang suka la 'mainan' kulinari mcm tuuu. meleleh ayaq lioq punya ralit menyusun bagai. dah tu tetiba bila time nak order "nak nacikkk" wahwahwah!


maka orderlah ayam mcm biasa, sideline nasi + coleslaw + fruit salad. ayaq, depa 2org ambek light coke jew. ibu mengandung tak boleh tiru, so order caffe latte iced. 

~ mummieh posing arabian ~

kemainnn tak padan dgn tak bawak duit ada hati order ayaq lagi mahai. tapiii kannnnn ayaq kat sini memang semua nama indah khabar dari rupa ke??? dulu dah terkena sekali. kemain panjang nama ayaq, sekali mai rasa hampeh. ayaq ni pon sama laaaa takdak rasa pon! anak pon tak mau ayaq tu T___T


alhamdulillah mujoq laaa baby sukaaaaa sangat kenirojers. sedapnyaaa rasa! mcm tak makan setahun pulak. rasa tak cukup pulak ayam tu dah la kena share dgn anak hewhewhew. anak propa jew nak nasik, makan la tak sampai 10suap pastu nampak buah apa lagiii dia bedal la. habes buah dlm pinggan umi dia pau buah dlm pinggan mama pulak coih!


yg mummieh kemain lapaq. dapat ja makanan makan tak ingat dunia. pastu dah kenyang tolak pinggan dgn girang lalu tersandar kekenyangan. keji sangat tauuu! 



masing2 dah kenyang sempat la bergosip barang seketika. mcm biasa la banyak benda nak diluahkan bila bergabung meletop mcm ni. anak pon kemainnn sebok nak bercerita! dapat la mama dan mummieh tgk perangai sebenar dia. itu belum termasuk bab selfie dan menyanyi. dengan nak melayan dia bercerita pot pet pot pet, jenuhhhh!


3org makan almost rm100 wehhh! umi mintak ayaq panas segelas utk buat susu anak pon kena cas, kuanghajau sangat tauuu! mujoq laaaa mummieh dgn mama belanja. sempena bday treat la kot kan (padahal mummieh pon april baby) sbb nanti depa cannot attend masa bday celebration anak nanti. naseb baik kannn. kalau harap umi yg ada rm20 ni mau kena mop lantai kat situ T__T


lepas dah kenyang dah setel gosip setel bil, mummieh mengundurkan diri utk bertugas. muah cikeddd! wahahaha! lalu mama dan umi meneruskan perjalan bertawaf dalam mall pulak. memula teman mama beli kasut. ya rabbi mama sebok pilih kasut dia ponnnnn sebok pilih sama weh!!! siap tunjuk kat mama yg mana cantik siap dia pon try mcm2 jenis kasut. itu belum bab dia tolong salesgirl susun kasut. nangessssssssss! T___T


lepas tuuu part paling best sbb mama ajak anak shopping baju, hadiah bday in advance lah gituuu. tapi kannn anak bila dah naik bahagian baby tu ternampak bahagian mainan, terusss menghilang ke bahagian mainan. tinggallah mama sorang2 pilih baju sbb umi jenuh kepung budak tu tak bagi pi kat mainan. haiyakkk! dia tau kat umi takkan dapat mainan, dia tarik tangan mama pulak sambil merengek manja "amma...amma..." ewahwah! no tetap no ok!

umi pon taktau apa yg mama beli sbb mama pilih sendiri. balik rumah baru tengok terussss meloncat! alhamdulillah rezeki anak. memang dia perlukan baju2 baru sbb baju2 lama dah mula tak muat. suka kemain laaaaa umi. umi yg syok lebih sbb duit umi selamat boleh jimat dari beli baju anak hewhewhew. tengkiuuuuuuuu mama!

~ ishhhhhhhh rasa nak tampaqqqq mengadanyaaaaa ~

lepas shopping anak dah mula mengantuk. wahhh diva sangat kan dah dapat baju dan dan mengantuk! jalan pon melelong ja. tapi sempat jugak teman mama pi body shop jap pastuuu mama belanja baskin robin pulak. memula juai mahai takmau makan bila mama suap. sekali dah sedap makan sampai terlena kahhh! memang dia ngantuk sungguh, letih 'senaman' merata.

~ anak buat muka menyampah tengok mommies buat muka ~

tengkiuuu mama dan mummieh for this treat. happy sesangat haaa bukan senang nak berkumpul mcm ni. umi, abang & baby love uols lahhh hewhewhew~

rasa mcm dejavu pulak. teringat dulu mengandungkan umarfaiq pon lepak kenirojes jugak, bezanya dulu ada bonda. nampaknya adik pon mcm abang jugak, suka kenirojers. parokkk!

rindunyaaa kenangan lalu ohhh!

rasa mcm nak makan lagi la. sapa nak belanja pulak lepas ni? *jeling bonda & deddieh*


Tuesday, March 3, 2015

MAMA FANA E-DAY

ASSALAMUALAIKUM...

1 FEBRUARI 2015 - tarikh pertunangan mama umarfaiq, si doktor farhana tu a.k.a mamafana. hek eleh baru sebulan berlalu ye dok? belum basi lagi nih...hekhekhek

sebelum dia bertunang tu kemain kalut la dia kan, sebok tanya itu ini. seksaited letewww~

iols pon tumpang seksaited, tapi berlagak cool aje la hekhekhek.

awal2 dah dikabo kena pakai baju PINK. abi mmg dah ada baju pink, anak pon dah ada yg mamafana bagi dulu, tinggal umi jela kena beli baju baru. alasan sangat.memula ingat nak pakai dress, barulah persis bidadari kan. tapi taknak la nanti mamafana tenggelam pulak so umi pakai baju kurung jew, baru lah ayu persis ibu mithali. gituuu


anak sebenarnya demam dari sabtu lagi, tapi disebabkan  nak jugak pegi e-day mamafana tu maka umi bagi ubat bontot kat dia dgn harapan panas badan dia turun. alhamdulillah berkesan, tapi dia masih lemah. tak aktif tak ceria. kami pon agak lambat jugak sbb tunggu solat zohor dulu baru keluaq. tak jadi pakai baju yg mamafana bagi sbb anak demam so pakaikan kemeja supaya senang nak bukak butang in case badan dia panas. lagipon nak jugak melaram baju baru dia pon. kebetulan jumaat tu uncle Lan belanja baju baru heee.  act baju tu pon pink jugak, tapi tak berapa nampak sgt sbb jalur2 halus. maka sbb nak match kan dgn anak abi pon kena la pakai kemeja hekkk


masa kami sampai rombongan dah sampai dan tengah makan. apa lagi terus umi masuk bilik dan bergambar sedas-dua dulu bahahaha. kesian anak, mampu tengok je mama dia pakai lawa2. ada mummieh dgn omma pon dia diam je. dah la jarang jumpa, bila jumpa tak boleh beramah mesra pulak sobs.


kawan dia si fateh uwais tu ada pon dia buat dekkk je, tak berminat nak kawan. sedangkan kalau dia sihat mau habes dia ligan anak orang. takpe nak, ada hikmah nya tu. sbb awak nampak sangat bersopan di majlis org huhu.


lepas bergambar sedas-dua, tiba masa org sarung cincin. masa ni umi curi peluang untuk keluar rumah dan pi makan. anak passing ke abi pulak. nasi tak berapa lalu so umi meratah ayam je banyak. mujoq ayam sedap hewhew. nahhh tengah makan sempat la curi2 bergambaq dgn adik ipaq. sila cari hewww


lepas rombongan dah balik, apa lagi......masanya untuk kita bergambaq pulak hewhewhew! anak duduk dengan abi kat luaq sbb abi nak bagi anak dia kena angin dan takut anak bosan tengok perangai umi depan kamera hekhekhek.


tapi, umi rasa umi masih sopan. berbanding mummieh. anak memang kena elak tengok gambaq2 mummieh ni. takut berjangkit. tak percaya nanti sila cekidaut!


tengok tu, org lain rilek jeee, dia je over the top. ntah pape. syok terlebih kot nak dapat abang ipaq engineer. gituuuuuuuu



hantaran punya laaa banyak kalah hantaran kawen haaa. tak sempat nak ambek gambaq satu2. cuma yg bangga hasil tangan umi terselit di celah2 hantaran2 gah itewww herherher


tahniah mamafana, dah maju setapak ke hadapan. wuuuuuu sedihlaaa nanti dah kawen sapa nak belanja anak dan umi wuuuuuu...mujoq adik ada masa beberapa bulan untuk manja2 dgn mama sebelum mama manja dengan suami.*tercekik*


love the simple majlis. pelamin sweet light2 gitu. baju pon simple tapi manisss. mekap natural. minimalis sangat!


dah penat bergambar, sempat lagi laaa bergosip 3 org ni kan. pantang jumpa sangat. tapi bergosip dalam keadaan terkawal dan sopan. lakonan harus mantop. tak boleh la nanti terkeluar saka mamafana nanti, namo namo namo!


candid! ni antara geng KBU yg hadir. gitulah gamaknya. gamborrr aje kejanya. tengok si anith tu, kalah official photo-g tau. pro sangat! mementang la kamera lenovo dia boleh buat gambaq umi segak serta merta..........


tengok mummieh...umi buat muka menyampah kat mummieh tu...uols jangan salah paham k. umi tak pandai posing duckface bagai


ni cubaan umi nak posing diva mcm mummieh. amboi dia sakan sangat posing acah2 sweet sangat. apa ingat umi tak mampu???


selain anith, umi jugak ada kamera power sebenarnya. abi's baby purple namanya. gituuuuuu. kau ado???


akhirnya...jumpa jugak gambaq mummieh yg sopan dan tak merosakkan gambaq. dalam ni ada 2 mak orang,  1 bini orang, 1 tunang org dan 2 gadis yg masih mencari cinta sejati. sweet2 belaka. untuk 2 gadis tu boleh pm for details k.


last but not least, tahniah mamafana! moga dimudahkan urusan nanti. tak sabaq nak jadi bridesmaid anak dua yg paling gojesh! kau mampu??? last but not least, nahhhhhhhhh gambaq paling win


Thursday, January 22, 2015

DATING DENGAN OMMA~

ASSALAMUALAIKUM...

mcm biasa, masih tak move on dengan cerita basi. ni kisah tahun lepas. gituuu. 20/12/2014, sabtu. hari ni abi nak bawak anak pegi kenduri kat baling. depa pi dgn bangteh. aku tak ikut? sebab malas. tak larat. masa ni masih dok alah lagi. so dengaq 'baling' pon dah rasa jauh semacam. tak nak pi!


tekak teringin sangat nak merasa dominos pizza yg konon rm5 je tu. so kena pi kat area amanjaya mall tu haaa. alang2 nak pi sana set nak jumpa naqiah, tapi tak jadi sbb dia dah balik tualang. bosan pulak bila hero2 takdak. terusss rindu wuuuuu.


masa bosan2 lepas zohor dok on9 sensorang tu ternampak omma anith post gambaq. rupanya dia ada kat SP. terus contact dia dan set utk berjumpa. dah la 2-2 org takdak kredit hahaha! on the spot je set terus keluaq. lagipon aku ada benda nak bagi kat omma haa, dah lama tertangguh. memang nak jumpa sat ja. satu sbb aku tak larat, satu lagi aku nak balik awal. keluaq rumah pon dah pukul4 lebih haaa. 


omma cakap takpe, jumpa habuan selfie jadi laaaaaaa. dan memang, kami jumpa, selfie2, pusing seround terus balik LOL. omma berhajat nak selfie dgn anak, tapi anak kan ikut abi. umi meng-gadiskan diri hari tu. 



kebetulan hari tu ada vendor festival, siap ada pelamin bagai haaa. eloklahhhh selfie situ jelaaaa. sesuaiiiiii sangat!


thank you omma bagi gift kat umarfaiq. sebelum balik umi tapau la dominos tu. petang tu makan dgn anak dan abi. anak tak boleh makan pizza. makan donut yg omma bagi je. kemainnnnn jari haluih tu sebok kutip cekelat ja. siap berebut dgn abi pulak sbb abi kutip mashmelo haha!


Thursday, November 28, 2013

WALIMATULURUS SYUKRI & RABIAH SERTA SANTAI BERSAMA BOYFRIENDS~

ASSALAMUALAIKUM...

AHAD 17/11/2013


Pagi tu tunggu anak bangun baru blh bersiap2. Sementara tu kemas bg setakat yg blh. Abi ajak ronda kampung, rasa malas sbb blm mandi haha! Dlm pkl9 anak bangun, terus bg makan biskut dulu. Lps siap2 semua, pkl10++ baru blh gerak. Memula ambek tunang bangteh pastu hantar ke stesen bas. Memandangkan erin soh mai lewat sket, kami pon dh alang2 lalu tmn sri wang, so singgah dulu. Curi2 sidai baju, bg anak makan nasi sesiap so jap g blh jalan2 dgn aman. Pkl12.45 baru gerak terus ke umah erin. Letak keta kt umah dia, naik keta besaq dia utk ke umah syukri (janggalnyewww nak sebut syukri!!!) plk. Sampai je umah kenduri terusss serbu meja rombongan pengantin. Hehhh mana kami tau tu meja rombongan.


Memula terjumpa nadh & kira, tatia & hasben. Si tembam fateh uwais tu tido pulakkk. X duduk lama pon dgn depa sbb depa nak blk dah. Tgh dok sembang tu tetiba muncul gksb, kak shida & finaz bersama nasi. Ewahhhh mai lambat pon dah ambek nasi. Tu laaa aku dgn erin mai awai tp kalut menyembang. Pastu slamber plk pi dok bersembang kt meja rombongan pengantin haishh diva sgt prangai!


Memula aku biaq abi makan dulu, gilir2 jaga anak kannn. Pastu baru aku makan dgn erin dan 3 gadis KBU tadi. Ok masa ni first tym jumpa shada fouzi (betoi ka eja) wahwahwah bawak berita gembira. Hai shada, selamat berkenalan, saya juicy. Kenapa berblog? Hwhwhw~ pastu tu muncul pulak encik angah. Lama dah dia kt situ tp xdak sapa prasan. Lain beno angah, makin sasa dan kekar, beza sgt dr mula2 jumpa dulu sbb tu x cam.


Then dtg pulak si adi & daus. Ohhh geng masa zaman bujang dulu nih haha! Tembamnyaaa adi. Kemain erin tunggu adi mai sampai berpeluh2, lambat beno! Pastu baru muncul kak aimaa & eva natasha. Ok ni kali ke2 jumpa eva hohoho. So, Am I missed any name of you?


Lama jgk la lepak sana. Lepak sambil makan kuih cakoi yg sedap gilooo panas2 fresh from belanga. Abi tabah je layan anak yg kepanasan hehehe. Mcm besa kalo pi umah org kawen haruslaaa lenjan pelamin depa kannn. Ohhh btw shakir saaangat comel laaa hakak gewammm!


Last but not least, ni aku xtau la macamana laki aku pon blh terjebak posing bajet shomelss mcm ni. Masa photoG soh buat posing cemtu aku saja tgk laki aku buat ke x, sekali tgk slamber je dy buat, aku gelak jee sorang2 kt situ. Tahniah abi hikhikhik!


Kami pulang before pkl4. Sempat singgah masjid utk solat zohor. Awal td nak solat kt umah erin tp ayaq xdak plk. Xsangka nak dok umah kenduri lama cemtu. Mujoq la sempat jgk solat. Anak punyalaaa letih, sampai masa solat tu aku letak dekat seat pon langsung x jaga! tgk la gaya tidoq dy tu, bkn kira apa dah kaki sebelah ke lain sebelah lg ke lain. nyenyak. Baekkkk je dia dok dgn mummeyh! Mujoq anak x nanges, kalo tidakkkk mendapat laaa mummeyh nak cari susu kehkehkeh. 

~ ehhh plisss laaa umi tergoda ~
Sampai umah erin singgah kejap nak salim pampers anak. Konon la kejap, siap sempat on9, tgk sivaji the boss & minum kopi bagai. Syok laaa anak, tokcik haslina layan dia. Masa odw blk abi tanya nak pi mana2 x. eh segan laaa nak ajak p mana2, takut abi penat. Tetiba abi ajak pi pantai robina. Teusss lompat bintang hakhakhak!

~ im happy that he enjoyed the scenery ~
Saja bawak anak lepak tepi pantai. Elehhh padahal umi abi yg nak datinggggg! Bestttt tau lepak situ ptg2, angin sejukkk jeee. Anak pon kemain sukaaa dok tepi pantai nan nyaman. Kena ajar anak mengahayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Subhanallah, maha suci Allah.


Macam2 yg umi abi bualkan walaupon dating sat ja, rasa tenang & lega sket. Duduk tepi pantai ni blh buat kita rasa relax dr penat lelah bekerja. Eh umi pon kerja jgk okayyy! Lagipon mmg dh lama aku ajak abi pi pantai, saja2 nak sembang. Tp bila plan slalu x menjadi. Tp bila unplanned macam ni baru jadi.

~ tuuuu kemain silang kaki ~
Lps tu singgah umah abg kat penaga. Singgah tumpang solat asar, sempat layan maharaja lawak sat hoho. Anak pulak, 2-3 poo poo sampai bocoq kena seluaq. Haishhh dah la umi x bawak baju spare sbb mati2 ingt nak blk terus lps makan kenduri.mak long yg mandikan anak, tp lps tu pakai baju & pampers ja sbb xdak baju spare haha! Kemainnnn manja dgn maklong yeee! Lps maghrib baru gerak blk sp. Elok nak blk anak poo poo lg, haishhh kesian anak umi sakit perot.

~ macam wajib pulak posing atas superbike pak long nih ~

Sampai umah, layan ligalawak dulu. Penat sangat2 so relax2 dulu sambil layan ligalawak. Kat umah abi pulak yg basuh poo poo anak. Umi relax jeee haha! Lps mandi solat semua, pkl11 baru keluaq plk pi makan. Hahaha kesian, lapaq! Tadi nak p makan terus x blh sbb anak x pakai seluaq. Pi makan kat taman ria ja. Sempat la tgk final AF, tym nak umum pemenang tu. Oh fyi aku x minat AF ponnn ok! 


Alhamdulillah selesai satu hari yg panjang yg sgt memenatkan tapi sangat puas hati. x henti2 ckp mekasih kt abi sbb gembirakan kami hekhekhek. semoga akan datang diberi peluang sebegini lg. tahniah pengantin baru!!!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...