ASSALAMUALAIKUM...
2/2/2014 - ini antara hari yg kami sgt nanti2kan. Buat julung2 kalinya Pas cwgn tmn sri wang akan mengadakan hari keluarga. Abi AJK bhgn pemuda. b4 event ni dia la plg sibuk meeting sana meeting sini cari bahan bagai. Akhirnya hari ni tiba jua. Pepagi lg kami sekeluarga dah bersiap. Manusia plg kalut, laki aku lewww. Aku siap2kan anak dlu pstu bg ke abi bawak pegi padang dulu baru aku blh bersiap.
![]() |
| ~ pembahagian kumpulan ~ |
Memula skali pendaftaran. Pastu perasmian, makan. Then bahagi kumpulan. Aku dgn abi sama geng, umah hijau gitewww. Memandangkan anak x cukup tido, ngantuklah dia. Mintak abi blk ambek tikaq utk hamparkan dia atas tu. Aku bawak toto ja, tikar lupa bawak. Selamber ja aku susukan dia kt situ. Mintak org cover line sket. Kejap je anak dah lena. Letak ats tilam tu tidoq terbungkang. Baikkk je anak x kacau umi abi beriadah. Letak kt tikaq tu biaq maksu dan kawan2 tgk2 kan dia. Umi abi sibuk hoi!
abi lah urusetia abi lah yg masuk acara. Yelaaa ramai org tua dgn bebudak je. Yg sweet 20-an mcm kami ni x byk. Mujoq abi ada bini cekap mcm rosmah. Yg teguh membantu suami dlm segala urusan. Gituuu. Abi kena rekod pemenang bg setiap acara. Acara plk berlangsung serentak dlm satu2 masa. Laku aku dgn cekapnya tlg rekodkan mana2 acara yg abi x sempat. Wakakaka puji shendiri
Umi masuk acara bowling kelapa. Gaya aku biasala, buat semua org gerun. Maklum la aku je peserta muda, yg lain makcik2. mesti depa seram tgk aku, mesti anggap aku pesaing. Tgk gaya lah kan. Tapi semua tu propa ja. Aku lah satu2nya makhluk yg lempaq haram satu pon tak kena. Malu beb! malu jeee kt makcik2 yg sekali lempaq je jatuh semua botol. Abi kemain sorak bg semangat. Tp tetap x berhasil. Blerghhhh memalukan sungguh! Tp pedulik hapa la kan. Sbb sapa yg masuk semua dpt hadiah. Wakakakakakaka marah makcik2 tew
![]() |
| ~ see menantu - pak metua berganding bahu ~ |
abi masuk acara larian. Nak masuk kategori org tua, nanti sure la menang ke abi. Nak masuk kategori remaja, sure la abi kalah. At last abi kena masuk kategori remaja. Bersaing dgn anak2 muda yg masih segar bugar staminanya. For sure la abi kalah LOL. tp xpa. Abi kalah tipis jewww. Umi tahuuu abi herooo!
Najwa masuk 1 acara jew, trus juara bahaha. Acara kutip kacang hijau guna chopstick. Mak masuk 1 acara je tp x menang. Abah masuk acara apa ntah tetiba dpt no 2. kemahennn. Pastu masuk gusti lengan for sure la abah kalah bahaha. Gusti lengan ni dok nampak cik napi laaa cempyen. Tgk badan sasa kemahennn.
Tp abah masuk tarik tali. Sakan sungguh tarik. Mak risau abah sakit ja dok over sgt tarik2 tu haha. Abi pon masuk tarik tali. Alaaa kuat kew tew hewhewhew. Cecomelll jew dok tarik2 tali bagai. Abi dgn abah sama ja dpt no 3&4. penentuan main baling dadu ja haha.
Di hujung2 tu ada acara utk laki bini. Yg ni kami masuk la kata sweet kapel kannn. Act kmi agak menjadi perhatian sbb kami antara psgn muda yg ada. Yg lain baya2 mak abah ja. Kalo ada pn yg muda, x kawen lg. So kemahen laaa bebudak tu dok usik kami konon sweet kapel. Nak2 plk tym abi tlg suap aku makan sbb aku tgh riba anak tido. Gituuu gigihnya lakibini nih.
acara lakibini ni yg main lambung2 belon tu. Nebes jgk nih. Takut sgt kalah awai. Td dah malu baling boling nyoq x kena sasaran. Ni kalo kalah awal ni malu berganda la kat pasangan makcikpakcik nih. Baling2 punya baling dpt jgk no 3. tu pn x prasan. Bila tiba part kmi terkeluaq tgk tggal lg 2 pasangan ja ada. Maknanya kami dpt no 3 la kan? terusss catat nama shendiri sbg pemenang tempat ke-3 lol.
Cabutan bertuah plk, mak abah abi semua dpt hadiah. Aku JE yg tak ong hoi. Gewammm sgt tau! Aku dok genggam je number, siap target pemanggang ajaib. Last2 habuk pon xdak. Sekali lg malu berganda. Tumpang hamper abi jew laaa.
Alhamdulillah program hari tu berjalan dgn lancar. Terasa kemenangan di pihak kami. Kami ni cuma kawasan ja, tp mampu anjur hari keluarga mcm ni. Walaupon skop komuniti kecik tp kami berjaya anjur benda besaq. Kami dapat sponser dr byk pihak. Hadiah pn ada org sponser. Makanan pon ada org sponser. Siap ada kaunter check mata percuma dr syarikat optometris.
Agak kesian kat anak. Bila tiba masa tido utk kali kedua, dia tak selesa nak tido. Org ramai, bising. Dia mengantuk tp xdpt tido. Kesian tgk muka dia. Tp dia tak meragam. Baik je. Ramai yg tlg mengasuh. Sampai la ke acara kemuncak, akhirnya dia tertido atas riba umi. Nyenyak sungguh. Maka kami x join jamuan. Abi blk ambek keta dan angkut kami blk. Selain sbb Anak tido, kami perlukan kereta utk angkut hadiah LOL. blk umah, ank sambung tido dlm buai sampai ptg. Lama dia tido, letih sgt la tu. Umi abi lepak2 dpn tv. Nak tido, x lena plk.































