CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 30, 2012

PENATNYAAA PINDAH!

ASSALAMUALAIKUM...

wuuuuuuuuu
penat! sobbsssss~
minggu ni xblk kampung
sbb nak pindah umah
konon jumaat nak kemas brg kt umah mak ema
seronok berehat sampai syg nak tinggalkan tillam
elok mood nak mengemas dtg, hujan lebat pulak
ohhh sambung berehat
wuhuhuhuhu
at last lps asaq baru aku keluaq
singgah happy home beli brg
then trus ke umh mak ema lipat2 apa yg ptt
almost 7pm aku ke as mall beli makanan
then blk umh, terasa penat amat
mlm amat bosan keseorangan
tgk tv, baca novel, on9

sabtu, dgn x disangka2 suami nak dtg
wehhhhhuuuuuuuu!
sempat tido kejap sblm suami sampai
then bila suami sampai trus ke umah mak ema
smentara aku kms umh, suami jumpa syapit
kemas punya kemas at last aku lapaq
sampai xmampu dh nak buat pape
trus aku baring, tnggu suami sbb kami janji nak jumpa pkl 2
mmg aku xtahan sgt bila lapaq, trus jd flat

lps makan, kembali ke umah mak ema
kali ni suami tlg aku kemas
suami aku mmg tiptop kalo bab mengemas
bila dia mengemas, kejap je setel
ohhhhhhhh leganya aku rasa!
lps mengemas singgah kedai perabot beli rak baju dan rak buku
sampai umah ck, dok proses nak pasang rak2 plak
aku mmg dh xlarat sgt
aku baring dulu sementara suami yg psg rak2 tu

ya sjk preknen ni mmg aku cpt letih
bayangkan la, basuh pinggan pon aku rasa letih yg amat dah
apatah lg kemas brg utk pindah umah
mmg aku lemau btl!
lps dh setel semua rak dipasang, brg disusun baru suami blk
bilik kat umh ck pon suami yg tlg kemaskan, then susun brg2 aku
tu pon aku soh dia biarkan nanti aku nak kemas btl2

dan semalam mmg lembik la
dah la xmkn
pg ni rasa sgt x selesa
yaaaa sgt!
rasa mcm nak pengsan
rasa mcm nak blk skrg jgk
penat!!!
:((

Thursday, September 27, 2012

CHUCK

ASSALAMUALAIKUM...

sapa yg kenal aku tau la apa cita fevret aku ni
sampai suami aku pon xleh nak kata apa dah
even najwa yg malas nak layan aku pon slalu remind aku psl chuck
kalo hari rabu aku mmg sanggup bersengkang mata semata2 nak tgk cita ni
kalo ngantuk skalipon aku akan tido dlu then kunci jam utk bangun tgk cita ni
sbbnya cita ni tayang lewat mlm
kena tunggu hindusetan abes dlu batu cita ni tayang
kalo kena hindusetan yg berjela pukul1.30 baru abes, naseb la!
grrrrrrr sgt!

chuck yg musim baru ni, mmg sgt ohsem!
chuck dah jd perisik sebenar, dah berani
lg byk action & saspen
xpasal2 morgan pon terlibat
devon pon terlibat
pergh pergh pergh mmg best la

~ daniel shaw & chuck : mana lebih kacak? ~

nak pulak ada daniel shaw yg kacak-gila-nak mati tu
walopon dy jahat tp dy kacak!
kahkahkahkah
hanna pulak gila gojes-hot-meleleh kalo tgk
tp syg watak dia kejap aja

~ hanna yg super duper gojes. lebih gojes dr sarah i guess ~
now sarah dah declare couple dgn chuck
yg best smalam ellie dah terlibat dgn ring. omg!
x sabaq nak tggu minggu depan!

***suami saya slalu jeles sbb saya terlalu adore chuck =p

MENU

ASSALAMUALAIKUM...

selasa : setelah malam tu aku lemah x berdaya, pg tu aku cuba jgk makan apa yg ptt. dlm kol11pg aku beli roti coklat. alhamdulillah berjaya jgk makan walaupon x abes. rasa lega sgt sbb perut terisi. dah tu bila lunch bos belanja makan kat mak wan. aku ambek nasi separuh, makan separuh dr tu. huhuhu~ jadi la kan, asalkan ada jgk nasi masuk dlm perut. lega sgt.
blk keja singgah pasar malam. geramnyaaaa tgk kat pasar mlm makanan semua murah2, sedap2 belaka. tp syg aku x berselera. aku beli megi grg & rangka ayam. blk umah mcm besa tertido dulu. lps isyak abru bangun mandi then makan. megi makan dlm 2 sudu ja. ayam cubit2 sket. xpela asalkan makan. lgpon siang dh makan :)


rabu : pagi mkn nasi lemak yg abg mi bawak. lega blh makan jgk sket2. tghri xmkan, tp bila ptg mula lapaq. beli nasi grg kampung. mak aihhhhhhh banyak gila! padan la dgn harga rm4.90. yg bestnya aku berjaya makan walaupon x abes, tp aku rasa byk jgk la aku mkn. blk keja singgah beli tomyam. lps tu mcm besa tido dlu. dah bangun baru pk psl makan =p
aku  panaskan tomyam dan meratah sementara tunggu chuck. masa tu dah pukul11.30 mlm. 12.30 baru chuck tayang. kol1.30 tido

kesimpulannya, lps kejadian aku xlarat tahap teruk tu, sampai xleh bangun, muntah2, aku dh blh jamah makanan seket2. lega sgt. walopon xkenyang, sekurang2nya xdela aku menggelupur sbb lapaq


Wednesday, September 26, 2012

SITE VISIT - RMS OFFICE

ASSALAMUALAIKUM...

lunch kelmarin bos belanja 1 opis. makan kt mak wan jer. sbb lps tunak melawat tapak opis baru RMS yg tgh hangat dibina. layan gambaq jela~

~ mengada dak? p site siap posing2 bagai ~

~ ni pon sama. fyi, pelan itu berada di tangan aku sempena kamera dihalakan ke arahku ~
~ last but not least, the most poyos pic on tha day! muahahaha semua org dengki dgn gambaq ni sbb aku terlalu bergaya dgn plan di samping aku kelihatan amat kurus ~

sekian

^___^


Tuesday, September 25, 2012

100 HARI MENYULAM CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

tajuk mcm tajuk filem dak? 
muahahaha


alhamdulillah, hari ni genap 
100 hari aku dan suami diijabkabulkan
100 hari bercinta secara halal
100 hari berkongsi hidup
100 hari berkasih sayang
100 hari menunaikan tanggungjawab suami-isteri
100 hari menempuh suka duka kehidupan berumahtangga

dalam 100 hari, muncul pulak tanda cinta yg tak ternilai
harta dunia akhirat mengatasi apa jua harta duniawi

syukur atas anugerah yg tak terhingga
syukur atas segala rasa bahagia
syukur atas pengalaman indah yg tak ternilai

semoga rumahtangga ini terus terpelihara
semoga rumahtangga ini dilindungi
semoga jodoh ini berkekalan hingga syurga
semoga kasih sayang dlm hati ini sentiasa mekar
semoga ALLAH memberkati kami
aamiiin...

LEMAH

ASSALAMUALAIKUM...

Dah beberapa ari aku x makan
khamis, tghri mkn megi goreng
alhamdulillah walaupon x abes, tp still dpt alas perut
tp malam, mmg xlalu
even ada suami pon, still xlalu
jumaat, makan roti canai tym brekpes
tghri xmakan
mlm, buat piza teloq
skali suap, trus rasa nk muntah
at last suami yg habeskan =_=
sabtu, pagi x sarapan
tghri meratah sup (mak buat koteow&bihun sup)
mlm, langsung xmakan


mlm sabtu tu suami blk merbok sbb ada kuliah
kira berpisah la mlm tu
aku tgk tv sorang2 sambil msg2 suami
ada cita best, hit & blast
kalo suami ada mesti best tgk sama2
suami tnya nak dia temankn ke?
mestila xperlu kan...dah la cita dh nk abes
almost pkul 1 pg baru aku nak solat isyak
sambil2 tu ngadu kt suami rasa nak muntah
suami soh buka pintu, dy nk temankan
aku ingtkan bergurau, rupanya mmg suami dh ada dpn pintu :))

yg bestnya, elok suami masuk umah je
terus aku berlari ke bilik air dan muntah
muntah kluaq ayaq ja, tp byk
angin la tu... :(
lega sbb suami ada, kebetulan sgt
lps dh selesai baru ambil wuduk semula dan solat
then mkn nasi lemak yg suami tapau kat ija
sedappppp sgt! tp aku masih xdak selera sgt
aku mkn sket2 je
almost kol2 suami blk merbok semula
sbb suami dtg singgah kejap je
dia ada hal

ahad, pg mkn jambu batu
tghri mkn bubur mekdi separuh
mlm langsung xmakan
pesan kat suami soh tapau moi sup, tp langsung aku xmkn
akibatnya, lps suami hantaq aku ke umah naqiah
terus aku muntah
sama, muntah ayaq
sbb angin sgt2
at last xtahan sgt sakit, aku mkn buah delima utk alas perut
xmau baby sakit :(

semalam pon sama
aku langsung xmakan
cuma mkn tembikai susu sepotong je
mlm, blk keja trus terjelopok kt tilam
bangun solat maghrib dh pkul8 then sambung tido blk
sampai pkl10.30
nak bangun mmg x terdaya sgt
sejam aku cuba tenangkan diri dan kumpul tenaga utk bangun
ikutkan hati nak je tido trus
tp aku x solat isyak lg
kena bangun jgk!

lps bangun, basahkan badan sikit then solat
lps tu makan almond london 2biji
sbb xnak perut kosong
pkul2 baru tido smalam
tp smalam mmg rasa lemah sgt
airmata meleleh je sbb xtahan sakit
badan pon panas
tp demi baby terpaksa aku kuatkan semangat
:(

Monday, September 24, 2012

JADILAH DIRI SENDIRI~

ASSALAMUALAIKUM...

topik mcm serius la plak kan.sejak bila pulak la jusiza ni suka ckp hal2 serius. muahahaha!
hmmm apa yg aku nk ckp ttg jd diri sendiri ni, ialah lbh kpd hipokrit. percayalah, seumoq hidup aku, aku pernah didatangi manusia hipokrit. jd sbb tu bt aku terfikir, kenapa mesti hipokrit?

aku, pada pandangan aku sendiri, xpernah terpikir nk jd hipokrit. sbbnya aku tau, benda tu akan memakan diri sendiri. suatu masa nanti pasti org akan tau kebenaran. jd utk apa aku menjerat diri sendiri?
prinsip aku, kalo takmau mengaku keburukan diri sendiri, sekurang2nya jgn canangkn kebaikan sendiri (yg blm tentu baik sgt)

oke aku bg contoh. memandangkan skrg ni aku byk kawan di alam maya (kawan alam maya lebih jujur dr kawan yg dh bertahun kenal), so aku bg cth menggunakan kawan alam maya yer~

Farhana Norsham : kau rasa aku hipokrit tak? aku kan slalu ckp kat kau aku ni manusia mulia, baik, ahli surau...mesti kau percaya! mesti kau rasa aku sgt muslimah kan???

Erin Azizan : kau rasa aku hipokrit tak? yela, kan slalu aku tegaskan yg aku ni suci, x buat maksiat. nauzubillah, maksiat tu kan harommmmmmmmm (no kapel2 dlm islam kannnnnnn)

Lina J : kau rasa aku hipokrit tak? kan berkali2 aku tegaskan yg aku ni solat 5waktu tak tinggal, amalan sunat dah sebati dlm diri...mesti kau respek aku kan?

Anith : kau rasa aku hipokrit tak? mesti kau anggap aku budak nerd kan sbb aku slalu menegaskan yg aku xkan pijak tempat2 maksiat such as pawagam, karoke, pusat games, etc.

Naqiah : tak boleh terlibat sbb dia dah kenal aku lama.hahahaha


oke so now bff, apa komen  uolls? did ever told u like that?
uolls xkenal i kan?kita cuma jumpa di alam maya, so apa yg i ckp mesti uols percaya kan?
muahaha! kalo uols percaya, uolls mmg B hahaha! 
sbbnya, aku adalah manusia yg ssh nak percayakan org. especially org yg tunjuk alim tak bertempat ni. mmg pantang betoi aku!hahaha
jgn ingat bila aku diam, maknanya aku percaya semua yg org ckp. tidak oke! aku lg suka perhatikan org mcm ni. yg suka tunjuk baik, tunjuk alim. then aku akan perhatikan, btoi dak dia ni sama mcm yg dia canangkan. kalo sama, alhamdulillah. kalo x sama, aku x terus pulaukan org tu. aku still kawan mcm besa, sbb aku tau lambat-laun org akan tau perangai sebenar dia. walaupon mulut aku laser, aku xnak org tau kejahatan org tu dr mulut aku. biar masa yg akan tentukan. sbb aku percaya apa yg Allah tetapkan.

so sapa2 yg berkawan dgn aku, jgn bimbang. sbb uols tak perlu jd baik pon utk kawan dgn aku. xpayahla sebok nak bagitau aku yg kau ni geng surau ke, anti couple ke, jadah apa semua tu. aku xmau tau pon. yg penting, uols JADI DIRI SENDIRI! kawan dgn ikhlas. tak perlu tunjuk baik sgt sbb takut nti bila terkeluar perangai yg tak baik, kawan2 kita terkejut beruk pulak. kalo dr awal tunjuk white & black side dlm diri kita kan senang, org blh adapt dgn kita.

contohnya kalo aku pertama kali kenal kak syakira yaakub katakan. dari entry2 aku ni dy rasa aku ni manusia plg sopan yg pernah dia jumpa. skali tym bila bertentang mata, aku keluarkan tawa syaiton aku ni. tak ke terkejut beruk kak kira tu????

atau mungkin kak shida ni, baca entry aku terus jatuh cinta dgn bahasa2 indah aku. terpukau dgn ayat2 falsafah aku. sekali bila berjumpa, aku cakap wa-lu-wa-lu siap carut bagai. apa korang rasa kak shida pikir?

oke dah la contoh mengarut2 ni. kesimpulannya aku ni berkawan x pilih bulu. asalkan org tu JUJUR (jadi diri sendiri) dan terima perangai aku seadanya. bkn senang nak jumpa kawan yg blh masuk kepala dgn kita. aku tak memilih pon kawan ni kerja apa, asal mana blablabla. even org tu pernah bunuh org kerat lapanblas pon aku x kisah, asalkn bila berkawan dgn aku, dia jaga hubungan sesama kawan. contoh, aku ada jiran. dia ni penagih dadah, keja keluaq-masuk pusat serenti ja. tp aku x penah benci dia, sbbnya dia sgt menghormati org tua, dan tahu hormat org lain. berbanding jiran aku sorang lg yg keja cikgu, tp nampak org tua buat xtau ja!

oke sudahla dgr jusiza merapu. kalo paham bagus la. kalo xpaham dok diam2!

kesimpulan : jusiza baik kan??? kahkahkahkahkah


JUMPA BABY!

ASSALAMUALAIKUM...

semalam 'jumpa' baby
subhanallah, sgt comel!!!
then bila dokter tunjuk her/his heartbeat
rasa mcm nak nanges!
alhamdulillah, syg umi dah bernyawa
syg umi sihat kat dalam :)

mmg rasa nk menitis airmata masa pertama kali tgk kamu, sayang! T__T

Thursday, September 20, 2012

CANTIK MENGALAHKAN LISA SURIHANI!

ASSALAMUALAIKUM...

masa cuti kawen hari tu kan aku ajak suami teman aku pi salun rambut
sbbnya mmg dh lama nak p, tp xjumpa salun  yg utk muslimah
ada terjumpa satu salun muslimah yg bkenan di hati
tp tiap kali call nk p ada je alasan
cuti raya la, p kursus la, pekerja blk sarawak la blablabla
at last aku fed up
nekad p de touch
aku tau de touch mmg ada tempat khas utk muslimah
tp si tukang gunting tu x tentu lg muslim
besala salun2 high class ni kannnn #mh

malas nk p lagenda height, kami p de touch tmn sejati
mujoq ada tukang gunting muslim
walaupon pakaiannya....ermmmm

so aku ditempatkan di ruangan khas utk muslimah
means tertutup la
dan mrk suruh suami temankan aku di dlm
mungkin melihatkan inai di jariku yg masih merah
tu yg depa tau kami baru kawen


awalnya niat aku lain
tp bila depa kata ada promosi cut + wash + treatment cuma rm50
aku pon ok jer
dan mintak tlg suami tlg keluarkan duit kat atm sebelah
korang nak tau kenapa muka suami aku jd mcm gambaq di atas?
bkn sbb bosan tauuuuuuu
tapiiiiiii.....arghhhhh

sbb dy segan dgn tukang gunting tu!
uolss bayangkn tukang gunting tu pakai skirt atas paha
baju nampak lurah
pastu gunting rambut aku sambil duduk tertunduk2 plk
perghhhh! tergugat iman lettewwww hahaha
yg bestnya tukang gunting tu blh plk ckp
"suami akak tu pendiam ja...dy segan kot kan"
"eh, xlah...dy mmg pendiam"
padahal dlm hati aku
"tau pon dy segan! segan tgk ang la!"
muehehehe

masa nak kluar dr bilik tu utk p atm
suami sempat msg aku
"jap g b xmasuk means b tggu kat luar ek...
huhu 1st tym tgk org pompuan gunting rambut canggih mcm ni"
hahahaha
ada satu masa tu si tukang gunting ni keluar kejap
then dy masuk bgtau
"akak, hasben akak pesan kt saya suruh buat rambut akak cantik2. 
dy x sabaq nak tgk"
ohhh malunyaaa aku!
bila dh siap si tukang gunting tu pon kluaq then suami aku pulak yg masuk =p
dan dy mmg berpuas hati dgn rambut baru ni

blh kata hari2 dy puji rambut aku
minggu lps ada suatu pagi aku bangun tidoq
suami cakap
"cantik isteri b buat rambut mcm ni. kalah lisa surihani"
aku dah senyum tahan hidong
tetiba blh dy cakap
"lisa surihani tu bkn lawa pon"
aku tersentak
"what???so u bandingkan i dgn pompuan yg x cantik la??????"
"ehhh bkn mcm tu! bkn mcm tu!'

=p

MENANTU KESAYANGAN~

ASSALAMUALAIKUM...

act dah lama x blk merbok
almost 2weeks kalo x silap
sbb, blk sp aja sbb yong & muhammad ada
so minggu ni planning blk merbok 

td suami ym, ckp mak (metua) asyik dok tanya psl aku ja
2 hari lps tym makan nasi mak ckp
"ni sayur tauhunn ni mesti jus suka.. hari tu dia ambik makan ratah ja"

smalam tym fon suami bunyi mesej-mesej mak mai kat suami
"msj dgn isteri ka..?"

pagi td plk masa suami nak p kja mak ckp
"lam kalau nak bwk jus blk msj mak siap2...mak nak p kemas bilik ampa..kesian kat jus bilik berhabuk"

hmmm...kesian mak
rasa bersalah pulak
dah la aku langsung x msg / call mak
nak msg mmg x brapa best
nak call pulak suara msh spt ramli sarep
:(

***mak, mlm ni kami tido kat merbok yeee

Wednesday, September 19, 2012

WW - TIPS MENDIDIK ANAK

ASSALAMUALAIKUM...


:)

ONE STEP CLOSER - VERSI ORG LAIN

ASSALAMUALAIKUM...

hek-hek-hek
mulakan entry dgn gelak kekuat tetapi sopan dahulu
muahahaha
*gelak yg tertahan sejak semalam*

semua org tahu kan (eh bajet popular pulaks) yg b4 ni aku guna label ONE STEP CLOSER utk semua perkara berkaitan aku & AR slps bertunang. even di fb punya album pon berlabelkan ONE STEP CLOSER. sampai ada kawan2 yg perli "ang kan dah ONE STEP CLOSER"
tuptuptup kannnnn ada jgk org yg berminat dgn tagline tu kan
kebetulan? yeeee anggap la tu satu kebetulan
macam kau sorang je blh guna kan jusiza kan? piiiiirahhhhh #mh
kahkahkahkah
ekau takdo tagline lain ke? muahahaha
sekian

Monday, September 17, 2012

NASI OH NASI~

ASSALAMUALAIKUM...

ptg khamis, lps abes keja trus ke as mall
motif, nak mkn jagung =p
bila blk umh naqiah, kak nurul ajak makan nasik
amazingly aku mkn nasi weeehu!
kenyang sgt walopon mkn sket je :)
kak nurul beli sambal sotong, rasa sbijik mcm masakan mak!

almost 9pm baru suami sampai
trus gerak blk sp since aku x rasa nk mkn
kmi x ikut jln yan sbb ujan, ikut heway blk sp
masa odw singgah rnr gurun, tapau kuih pau
kesian suami lapaq hikhikhik


Thursday, September 13, 2012

SEMAKIN BAIK~

ASSALAMUALAIKUM...

pagi kemarin spt biasa lg beli nasi lemak 
tp kali ni ikan bilis lebeyhhh
sbb? kan ummi cuma makan ikan bilis & telor kuning ajeww =p
then pukul 11 makan pelam
(act pelam tu aku makan 2 bungkus)
pastu rehat xmakan sbb rasa mcm full lg
maka tidoqla spt biasa~ =p


bangun tidoq, lps cherry berry tu, perut mula rasa kosong
nak makan, rasa apa pon xleh masuk
di samping perut yg x selesa
ptg tu termuntah sket
kluaq buih & ayaq ja (sbb dah buang abes lps lunch td)
so blk keja trus serbu kfc
hajat di hati nak bli cheezy wedges + jagung kukus
tp bila p kfc tu terpegun plk tgk snack box
so ambek snack box yg ada ayam + kentang
dan jgk cheezy wedges (konon2 wajib beli)


sampai umh naqiah trus makan
mmg lapaq tahap gaban sbb perut dah kosong
alhamdulillah, licin aku makan :))
lps mkn tertido (buruknyaaaaaa)
kol8 baru solat maghrib
then sambung tido blk (ehhh)
kol11 baru bangun =__=
then bangun baca novel, dgr lagu, sementara tggu chuck
sementara tggu chuck tu terasa tringin nak rasa nasi goreng kak nurul
so makan  la 2 sudu
rasa mcm "eh, blh plk telan nasi?"

pg td pon b4 p kja try mkn lg 2 sudu
ok jgk, blh je makan
so td rehat niat asal nk ke kfc
tp disbbkan ujan lebat, try bli nasi kat bawak opis
ambek nasi sket, ikan pari bakaq, sayur
dan alhamdulillah, habes la bberapa suap nasi
hasilnya, amat berpuas hati sbb dh blh makan nasi

tengkiu syg sbb bg ummi makan nasi!
ummi dh cergas! yayyyyyyyyyy ^__^

CHERRY BERRY YG MENGINSAFKAN~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam kannnn makan pelam tau
siap letak kuah rojak lg
makan around pkul11 pg giteww
makan sampai licin

after lunch, perut mula rasa x sedap
then, berulang-alik ke toilet
4x cherry berry tau!
huwarkkkkkkkkkkkk
dan perut rasa sakit sgt
rasa mencucuk2 T___T



after selesai 4x cherry berry tu perut mmg feeling x best
mmg langsung xleh bt keja
dan mmg meletihkan
uwarrrkkk
lps ni serik
xmo makan pelam dahhhhh! :(

Wednesday, September 12, 2012

PETUA HILANGKAN ALAHAN

ASSALAMUALAIKUM...


Tip-tip Untuk Kurangkan Loya dan Muntah Semasa Hamil
  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah


Cara mengatasi alahan


Makanan
  1.  Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  1.  Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  2. Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  3. Berat badan anda menurun dengan banyak.
  4. Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  5. Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  6.  Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.


Tip-tip untuk mengurangkan simptom alahan


  • Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
  • Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan
  • Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
  • Bila bangun dari katil, bangun dengan pelahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
  • Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
  • Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermin. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
  • Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
  • Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.






Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.

***amacam petua last tu, uolls berani try ke???

***maaf, sumber lupa link-kan =_=
ASSALAMUALAIKUM...

pg kemarin, skali lg aku beli nasi lemak
dan spt biasa, aku cuma makan ikan bilis + teloq kuning  =_=
smalam baca satu artikel ni ttg pemakanan ibu hamil
ada bagitau yg menyarankan ibu hamil makan makanan yg mudah cerna
contohnya, jagung, blablablabla
eh, jagung??? hohhh mcm sedap je kan???


so tghri kemaren tringin sgt nk mkn jagung kukus tu
tp kalo nk mkn jagung kna kluaq la tym rht
kena korbankan masa tidoq auchhhh
tp disebabkan lapaq, aku pilih mkn
so tym rehat, merempit ke as mall
beli jagung kukus, pastu gagah tambah flavour bagai
aku tambah garlic cheese
puiii x sedap pon! better yg original
ayaq, mmg pilih cool blog
sbb dah lama tringin nak kunyah2 buble teww
so aku pilih chocolate cool blog, mmg tiptop!
habes aku kerjakan semua ni, alhamdulillah~


blk keja, singgah more & safe beli pen
pen khas semata2 nak tulih diary hekhekhek
then dah sampai separuh jalan, tetiba kt trefik light terfikir
eh mcm sedap plk kalo dpt makan koteow th'ng
terus aku u-turn patah blk ke medan kota
sanggup tu patah blk demi baby! =_=

bila sampai umah, terus makan moi seket utk alas perut sbb mmg dh lapaq sgt
pastu kak nurul plk beli piza kat myfc
aku makan sekeping, sedap tau!
pastu sementara tggu isyak aku terlelap kejap, sbb mmg letih
pkul9 bangun, tgk bukan bidadari~

lps tu baru sambung mkn moi
aku panaskan moi then tambah sayoq sket
ohhh sehatnyaaa menu kan! hahaha
alhamdulillah aku berjaya habeskan moi tu

hurmmm kuatla aku lps ni sbb dah makan nasi! :))

Tuesday, September 11, 2012

MASAK TAUCU~

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam teitiba tringin nak explore ttg taucu
so gugel aje la kan
dan baru aku tau yg taucu ni ada kt mesia hahahaha
ni pon sbb aku baca kt sini
jd bila tau yg benda ni possible utk didapati maka semalam lps keja terus aku p cari
aku pi as mall, sbb yg tu plg dekat
(sjk preknen ni aku rasa tesco tu mcm jauh sgt)
aku carik2 taucu, dan jumpa
aku x ambek yg original, aku ambek spicy taucu sauce, jenama yeos
then aku beli cendawan n sayur kailan, ayam sket

so blk smalam mcm besa la tido dlu
lps maghrib aku masak
aku campoq semua bahan yg aku beli
aku hentam ja masak ikut kepala aku hak-hak-hak
alhamdulillah sedap jgk
sayoq taucu tu aku mkn besama moi yg aku bt semdiri
alhamdulillah blh la gagah
walaupon moi cuma mampu mkn 3 sudu
tp sayoq tu abes jgk la aku meratah :)
tp at least masuk jgk makhluk berunsur nasi dlm perut aku, syukur sgt!


naqiah pon masak jgk
ayam masak tomyam kalo x silap (gelak sket)
dan sayoq sawi jepun


makan ramai2 sambil layan maharku untukmu
sobbbbsss sedih sgt!
lps tu sambung tgk perempuan tanpa rahim
then naqiah tidoq, aku plk ber-sms dgn suami
around kol 1.30 kot baru tidoq

UWERKKKK

ASSALAMUALAIKUM...

baru semalam aku cita pasal muntah
dan pasal aku yg tak muntah tym preknen
tp pg td aku termuntah
akibat 'mabuk' ubat gigi hewhewhew
tp muntah kluaq air semata2, hehehe

MAKANAN DAN IBU HAMIL

ASSALAMUALAIKUM...

Di antara makanan yang telah dikenalpasti banyak mengandungi bakteria yang membahayakan ibu hamil dan janin dalam kandungan termasuklah:
keju lembut, daging yang kurang masak, jus segar yang cara penyediaannya kurang bersih, sushi (ikan mentah), dough biskut yang mentah, salad campuran, tiramisu buatan sendiri yang menggunakan telur tak dipasteur, ikan yang mengandungi merkuri berlebihan, sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh terlebih dahulu, taugeh mentah, makanan laut yang dibakar atau disalai, cangkerang mentah, ikan dari perairan tercemar dengan bahan kimia dari industri dan aktiviti petanian, makanan potluck kerana terbiar terlalu lama di luar peti sejuk, susu mentah yang tidak dipasteur, kafein yang berlebihan, alkohol, dan makanan bungkus/pek yang lama berada di luar peti sejuk. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil tidak digalakkan mengambil makanan-makanan tersebut.


Kebanyakan ikan dan kerang-kerangan adalah selamat dimakan semasa kehamilan, dengan syarat ia dimasak dengan betul. Beberapa jenis sushi (seperti ketam kukus dan belut yang dimasak) boleh dimakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengelakkan daripada makan semua jenis makanan laut mentah. 

Makanan laut segar dan mentah amat berisiko tinggi sebab ia mengandungi parasit seperti cacing pita yang jika menjadi terlalu besar akan merampas nutrien dari badan anda yang diperlukan oleh bayi anda. Membeku dan memasak akan membunuh parasit. Oleh sebab ini, kebanyakan restoran Jepun yang mengkhusus dalam sushi menggunakan ikan yang dibekukan berbanding dengan ikan segar. Anda boleh bertanya pada pihak restoran jika mereka membekukan ikan sebelum menghidangkannya secara mentah. Kebanyakan restoran menyelar sedikit ikan di bahagian luar, kemudian hidangkannya mentah tetapi anda akan lebih selamat jika anda memesannya supaya masak sepenuhnya. 

Tiram, kerang, lala dan kerang-kerangan lain perlu dielakkan semasa kehamilan, kecuali ia adalah sebahagian daripada hidangan masakan panas dan dimasak dengan sepenuhnya. Ini adalah sebab, apabila mentah atau separuh masak, jenis-jenis makanan laut ini mungkin dicemari dengan bakteria dan virus berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Wanita hamil mudah kena keracunan makanan sebab kehamilan akan merendahkan sistem imuniti. Bakteria and virus selalunya dibunuh dengan cara masak yang sempurna yang membuatkan kerang-kerangan ini selamat dimakan. 

Untuk keselamatan makanan laut di rumah, anda perlu masak kebanyakan makanan laut hingga suhu dalaman sebanyak 63 darjah C/145 darjah F selama 15 saat. Jika anda tidak mempunyai termometer, garis panduan yang disenaraikan di bawah akan membantu anda menentukan sama ada makanan laut itu sudah masak sepenuhnya atau tidak. 

• Bagi ikan: masukkan hujung tajam pisau ke dalam isi dan tarik ke tepi. Bahagian tepi sepatutnya legap dan bahagian tengah sedikit jernih dengan serpihan akan mula terasing. 

• Biarkan ikan selama tiga hingga empat minit untuk masak sepenuhnya. 

• Udang dan udang galah akan bertukar ke warna merah apabila telah masak; isinya akan menjadi legap dan berkilau. Kekapis akan berwarna putih susu atau legap dan padat. Kerang tidak akan mempunyai darah. 

• Bagi lala, kupang dan tiram, perhatikan tempat bukaannya yang menandakan ia sudah masak sepenuhnya. Buangkan semua yang masih tertutup selepas memasak. 

• Apabila memasak makanan laut menggunakan ketuhar gelombang mikro, pusingkan hidangan beberapa kali untuk memastikan masak dengan rata. Selepas membiarkan hidangan seketika, periksa makanan laut di beberapa poin dengan termometer untuk melihat sama ada ia telah mencapai suhu yang sepatutnya. 

Satu kebimbangan mengenai masakan laut, mentah atau dimasak, ialah pencemaran oleh pencemar persekitaran seperti PCB (poliklorin bifenil) dan dioksina. Disarankan supaya wanita hamil mengelakkan daripada makan terlalu banyak ikan berminyak sebab ia cenderung mengandungi pencemar ini berbanding dengan ikan isi putih. Walau bagaimanapun, anda perlu makan sedikit ikan berminyak sebab ia mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin dan nutrien lain yang baik untuk anda dan bayi anda yang sedang membesar. Hadkan pengambilan ke dua hidangan seminggu. Terdapat banyak pilihan, termasuk ikan-ikan:
  • salmon
  • trout
  • kembung
  • hering
  • sardin
  • pilchards atau sardin jenis besar
  • salai
  • belut
  • teri
  • tuna segar
  • bilis
Wanita hamil perlu elak dari makan ikan yu, ikan todak dan ikan mersuji sebab kandungan tinggi merkuri dalam ikan-ikan ini yang boleh membahayakan pembentukan sistem saraf bayi anda. Anda juga perlu menghadkan jumlah tuna yang anda makan sebab ia mengandungi jumlah merkuri yang tinggi secara relatif.





Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk: 
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

    Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.


    Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:
  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

  • Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. 
  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar. 

Monday, September 10, 2012

KENAPA SAYA KAYA?

ASSALAMUALAIKUM...

amboi kemain tajuk kau kan, xnak kalah!
hakhakhak saja ja bikin panas
act semalam aku baru teringat smthng!
selama ni aku dok heran knapa gaji bln ni aku x sentuh langsung
sedangkan aku rasa aku byk belanja bln ni
then semalam baru teringat!
b4 kenduri tu aku terrr-pinjam duit suami!
gara2 malas nak ke atm cimb, maka pinjam dlu duit suami
then buat2 bizi, buat2 lupa hakahakhak (x,mmg lupa pon)

semalam aku utarakan hal ini kepada suami

her : b!!! syg utang b kan b4 kenduri hari tu???? ***konon ayat terkejut gila
him : hutang pe...?
her : duit la...ada kan?
him : ada tp x kesah pon...
her : ekkk???? ***konon terkejut lg
him : wuuu...xpew...papa cyunk mama ketat2 gitew...

ohhhhh sebenarnya ayat last tu ada lg sambungannya
tp disebabkn terlampau gedik, aku x sanggup nk taip dah
suami aku kalo angin gedik dy mai mmg unexpected =p

apa pon tq ye abg, mintak halal dunia akhirat yerk =D

MUNTAH~

ASSALAMUALAIKUM...

slalu kalo bercakap pasal mengandung, dlm kepala kita mesti terbayang2 muntah kan?
mcm muntah tu adalah perkara wajib utk menandakan kita mengandung
atau lebih tepat, perlu muntah utk mengesahkan kita mengandung
alaaaaa mcm dlm drama tv tewwww
asal muntah je preknen, asal preknen je muntah
dah tu preknen plk mesti 2bln
phewwwwww
sampai aku sendiri percaya yg mmg kena muntah baru blh tau preknen ke tak
and kna tggu 2 bln baru blh detect preknen ke tak =__=


hingga la aku sendiri yg mengalaminya
baru la aku paham betapa bohongnya drama2 melayu
bila aku utarakan hal ini pada dokter, ini jawapan yg aku terima
"hang tau dak dlm tv tu xdak satu pon yg logik dr sudut perubatan???"
muahahaha~

pada aku, sepanjang disyaki hamil ni langsung aku x muntah
loya2 tu biasala sbb b4 kawen lg pon aku mmg slalu loya sbb angin, xmkn or minum nescafe dll
tp pg kemaren pecah rekod, 1st tym aku muntah
lps mandi, nak siap2 gi keja tiba2 aku rasa xleh tahan
termuntah dlm bilik kami kt merbok
tp xbyk pon, sikit ja
muntah pon kluaq buih semata (sbb aku kan xlalu mkn)
tp tetap bt aku rasa x selesa =.=

TIDO ZZZZZ~

ASSALAMUALAIKUM...

baru td ckp tak ngantuk kan
td rehat saja la tidurkan diri jgk
spy ptg ni x terganggu keja
tido pkul 1, sedaq2 pukul 2.30pm???
hakhakhakhak
rehat sampai pkul 2 ja
tp aku terlajak tido
xtaw la knapa
nak kata ngantuk, xngantuk sgt pon
nak kata letih, pon x letih sgt pon
dlm tido tu siap mimpi mcm2 lg hakhakhak

BABY BEHAVE!~

ASSALAMUALAIKUM...

pagi ni baby sgt behave! oh sukanya umi!!! :)
pg td tapau nasi lemak dkt area umah naqiah
mmg sdp gila but i can't eat nasi yet
so meratah telur kuning + ikan bilis je
ok la utk alas perut

tp pagi ni my lil syg ni mmg gud-gud ja
no sakit2 perut, no lapar2
no muntah2, no pening2
plg penting no ngantuk2 =p

haaa hari2 mcm ni kan bagus syg! :))

tp jap g kita tgk bby nak makan apa
sbb now dh almost 1 tp apa pon x rasa tringin ni
lapaq pon dak

baby, behave selalu oke! :))

MAKAN BANYAK~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam sunday blues~ hekhekhek
plus baby yg mmg xmo makan 
plus mengantuk-gila-nak m
agak tertekan la kemarin
teringin nak mkn buah, tp lori buah plk x menega

pg kemaren suami hantaq dr merbok
since aku xnak brekpes, MIL bekalkan aku sebungkus nasi lemak serta air mineral, siap bersudu
takut aku lapaq nanti, katanya
ohhhh terharunya @__@
bila sampai opis, ternyata aku mmg xleh go on dgn nasi
aku cuma makan telur kuning dan suap nasi sesudu
then kol11 mula la lapaq blk!
dah lori buah xdak, aku tapau sayoq bayam grg belacan
makan meratah mcm tu ja
perghh kompom la x kenyang
geng opis pakat beli nasi grg ayam zefee
perghh bau semerbak tp sikit pon x menggoyahkan nafsu mkn aku :l
at last aku beli bun ikan bilis + milo
legaaa sbb tekak aku blh terima
rasa mcm happy gila hahaha

mlm, xtaw nak makan apa
rasa mcm nak meratah daging berger ja
so aku order oblong daging tanpa roti 1
bila tauke berger tu tanya "1 ja?" aku jd serba salah pulak
dahla xnak roti beli satu ja pulak
aku pon buat2 tanya oblong ayam ada ke x
bila dy ckp ada, aku soh dabel je bolong daging+ayam without roti

bila sampai umh naqiah, aku lapaq gila
cubit sket oblong td, selebihnya simpan utk dinner la konon
pastu  meratah sayoq yg naqiah masak, suka!
pas maghrib tertidoq sat
bila bangun, mandi solat then rehat2
terasa perut x selesa, xtau kenapa
then suami soh cuba makan pelan2
baiklah aku cuba~

makan oblong sambil sembang-layan fb dgn naqiah
alhamdulillah berjaya jgk makan 
even x habes separuh, tp at least aku  mkn byk
suka hati sgt smalam sbb berjaya kenyangkan perut
tq baby! umi abi loves u! :))

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...