CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 29, 2015

BIRTHDAY ANAK - DIY DOORGIFT

ASSALAMUALAIKUM...

Lupakan seketika entry majlis, sbb takdan nak edit gambaq lagi hehehe. so kita buat part by part ye. mulakan dgn bab doorgift.

umi ni kalau bab DIY memang semangat. dari awal lagi memang dah plan nak bagi doorgift utk tetamu. tapi tetamu kanak2 jela. sebab majlis ni untuk anak umi, so 'kawan2' anak adalah tetamu KHAS. memangla kebanyakan 'rakan sebaya' umarfaiq tu kecik lagi tak tau pape pon, tapi niat di hati umi utk meraikan mereka jugak. even doorgift tak seberapa, tapi tidak lah nampak kosong sangat kan depa mai jauh2? elehhhh kita yg mak2 ni pon kalau pi kenduri sebok nak ambek doorgift, inikan pulak bebudak ye dok?


pening jugak mikir nak bagi ape. 1st benda yg umi beli adalah set pensel dan pemadam ni. sebab SALE dan sof course sbb corak bola2 tu. anak umi kan fanatik dgn bola, kemainnn dia suka tengok benda ni. sampaikan umi kena sembunyi lah dalam almari, kalau tidakkk habes dia korek!


apollo ni saja beli. kot2 nak bubuh dlm doorgift. kalau tak bubuh pon boleh je hidang masa kenduri. ada 24pcs semuanya. 

memula niat nak beli air kotak je. pastu ikat pensel + apollo kat air kotak tu guna reben. bagi gitu je tak payah letak bag dah. jimat kan?


tapi bila terjumpa cawan dok tersengih comel kiut gila ni terusss jatuh hati! terus sambaq. dgn warna striking plus colourful dan comel, rasa mcm sesuai sangat utk bebudak! kalau air kotak, sekali sedut dah habes. kalau cawan ni, sangat la berguna kan?



dah bagi cawan ni mula pikir kena letak dalam bag sbb nanti takut pensel, pemadam dan apollo tercicir. last minit buat label utk bag. buat dlm masa 5min je! memang sungguh2 last minit haaa. 

bajet nak print atas kertas pastu tempek pakai gam je atas paper bag. tapi bila pi print saja tanya samada kedai tu ada kertas sticker ke tak, sekali dia jawab ada daaa. terus proceed sbb harga kertas tu cuma rm1, tambah kos printing rm1.50 (dulu rm1 ja huhhh!) jadilah rm2.50 utk label. cucukp2 pulak 25pcs dapat dlm sekeping a4 tu.


masa pi kedai barang plastik utk beli pinggan cawan bagai, tetiba ada lampu menyala atas kepala, tinggg! dapat idea apa kata goorgift tak payah bagi dalam paper bag. why not guna plastik je. cawan2 comel2 camtu, letak dalam plastik baru nampak daya tarikan sebenar. tetiba umi rasa umi bijak gila sbb mampu pikir mcm tu secara tetiba kahhh. mujoq jugak dah print sticker, so senang jela nak tempek atas plastik. umi guna plastik saiz 12x5 inci kalau tak silap. memang la agak membazir sbb plastik tu jual paket, ada berapa ratus keping ntahhh tapi plastik tu kan boleh guna semula nanti. kot2 nak packing makanan ke. see, umi bijak kan? wakakakakaka :D


so, inilah benda2 dalam goodies bag. pensel 2 + pemadam 2 + apollo + cawan

boleh ja nak tambah gula2 or jajan bagi nampak full. tapi umi pikir, umi pon kurang berkenan anak umi makan jajan/sweets, takkan umi nak bagi kat anak org pulak ye dok? so kita bagi benda yg nampak mcm berfaedah sikit haha

masukkan semua ke dalam plastik dan ikat reben


tadaaaaaaaaa

inilah hasilnya. comel ke tidakkkkkkk? bahaha. syok sendiri umi ni ye dok? geram jer tengok benda2 ni dok tersusun berwarna warni. mcm ni punya kiut bukan takat bebudak je geram tengok, mak2 budak pon mesti jeling2 je kannn nak jugak. sorry makcik2/tokcik2, ini khas utk kawan2 umarfaiq je tau! kalau nak jugak, sila lah bawa kanak2 hewhewhew~


umi sangat puas hati dgn doorgift ni. asalnya umi ingat nak bagi set stationary, takpon air kotak, tapi bila dapat ilham mcm ni umi puas hati. cawan tu bebudak boleh guna, tak kira usia. mak2 pon boleh tumpang guna. kalau tengah marah kat anak or stress anak meragam ke apa, tengok cawan ni dan senyumlahhhh kehkehkeh

cawan ni pon cukup2 24pcs, sesuai lah dgn apollo. tapi pensel + pemadam dapat 18 set ja, sbb mmg dah habes stok pon. bermakna tak cukup lagi 6 la kan?


kebetulan sangattt, umi memang beli bubbles ni 6pcs. asalnya saja ja beli habuan bagi anak2 menakan tiup bosan2. tapi dah alang2 tak cukup ni, umi gantikan bubbles ni ke dalam doorgift. setel, cukup 24pcs doorgift semuanya :)

yg ada bubbles ni umi priority kan kat bebudak yg sebaya umarfaiq yg tak pandai guna pensel lagi huhu. tapi kalau tak cukup or kalut2 main sambaq ja la bagi yg mana pon huuu. takpa la, janji tak balik dgn tangan kosong ye anak2?


belon ni pon memang niat nak bagi kat bebudak. umarfaiq sendiri pantang tengok belon, apatah lagi nanti time majlis ada banyak belon mesti bebudak lain pon geram kan. so saja la buat 12pcs belon ni habuan tarik je bagi bebudak. sapa cepat dia dapat la kan. 

bila dah tiup cecantik mcm ni rasa sayang pulak nak tarik. ingat nak letak buat props, tapi risau pulak kanggg bebudak langgar pasu tu. pasu tu dari russia oi!

so simpan dalam bilik jela. dan seperti yg diduga, memang bebudak geram pon tengok belon. memang permintaan tinggi belon ni. tak sia2 umi tiup sampai semput hahaha!

alhamdulillah puas hati sangat bila tengok bebudak happy dan enjoy dgn apa yg dah umi sediakan. moga semua anak2 bergembira lah ye :)



umarfaiq pon kemain geram tengok doorgift yg dah siap. mulut tak henti dok sebut "anteknya mi...anteknyaaa"

pantang lepa dia sambaq. tapi mujoq laaa anak umi ni boleh kompromi. umi cakap "yg ni tak boleh main...yg ni utk kawan2 umar, nanti umar bagi kat kawan2 tau..."

dia pon paham dan letak balik. mulut dok sebut "kawan umar...kawan umar..."

sama la belon pon, sabaq ja dia bila umi tak bagi dgn alasan nanti umar main dgn kawan2. heee

alhamdulillah hajat umi nak menggembirakan anak dan kawan2 dia tercapai :)


Tuesday, April 28, 2015

FAMILY PHOTOSHOOT~

ASSALAMUALAIKUM...

act dah lamaaa sangat nak ambek gambaq satu family ni. tapi tu la, bukan senang nak berkumpul full set kan. kadang bila raya tu, kang ada pulak yg takdak certain2 waktu.

yela abg sulung kadang raya kat pahang. abg kedua dok sabah. bilanya nak berkumpul ramai2? bila berkumpul pon sekejap2 jela, dah tu mestila aktiviti penuh kan. 

targetnya raya tahun ni la nak bergambaq. tapiii abang pit pulak kena balik sabah dalam bulan posa. tak sempat jugak beraya bersama. aku pulak dalam pantang kannn, mestila susah. so mak cadangkan pegi ambek gambaq time tak raya hahaha


mak la yg nak sangat gambaq satu family ni. sbb dah lama sangat kami takdak gambaq ramai2 full set. last ambek gambaq family masa semua anak2 belum kawen dulu huuu

kebetulan tahun ni abg pit kena kursus kat sini lama, so lama la depa stay sini. tu yg gagah jugak nak ambek gambaq. dah nama pon ambek gambaq time tak raya, so takdela baju sedondon nya haaa. semua main pakai je apa yg ada. 

tapi mujoqla walaupon tak sedondon, tapi colour still dlm kategori yg sama. maksudnya takde nampak caca marba sangat. takde campur hijau kuning merah ke ungu ke apa haaa. 


memula of course la gambar semua sekali. inilah keluarga kecik kami, tak ramai sangat pon. tapi payah nak berkumpul completely hehe. 14 org semuanya. kira sekali laaa adik dalam perut kannn hahaha! 


lepas tu gambar mak abah dan anak2, means family induk kami sahaja. kemain lagi mak, "menantu2 sila keluaq dulu" ewahhh hahaha!

mak abah, kami 4 beradik. 2 lelaki 2 perempuan. 3 dah kawen, sorang je belum. sbb beza umur aku dgn najwa kan 12 tahun huuuu~

dari kiri najwa, aku, abg sulung dan abg kedua.


okey, pastu mak abah dah family anak2. dimulakan dgn mak abah dan family abg sulung.


mak abah dan family abg pit. depa ni yg memenuhkan studio, ramai! haha


mak abah dan family anak perempuan mak yg gojesh dan vogue ehemmm!

anak umi ternganga tu pasaipa?


mak abah dan anak bongsu. nanti dia kawen kena mai lagi ka mcmana?


then gambaq datuk nenek dan cucu2. saja kannn sebut datuk dan nenek, sbb photographer tu sebut mcm tu hahaha!

ambek gambaq bebudak ni jenuh la dok agah bagi tengok kamera. cucu pompuan tunggal tu ja tak payah ajaq, memang kaki camwhore ponnn~

cucu2 tok dan tokwan : FARIZZA, FAKHRUL, FAIQ & FARIS :)

adik nak kena F jugak keee???


then gambaq kami family by family. abang dgn kaklong takmau ambek sbb pakai baju tak lawa katanya. nanti nak mai lain pakai baju penganting terus hahaha!

family abg pit, depa ja sedondon semua oren. sakit mata tauuuu


family kecik kami. ishhh nanti adik keluaq kena mai lain kot? kesian adik posing sensirang kat dalam

anak pakai baju yg mama fana bagi sbb nak sedondonkan sgn abi. lepas tu balik basuh simpan dlm lemari semula sbb nak simpan pakai raya hahaha

umi saja je tak pakai sedondon. sbb umi rasa lebih yakin bertudung hitam huihuihui

alhamdulillah, setel bab bergambaq. lepas ni kalau dipanjangkan usia kita berkumpul lagi. kali ni pakai semua kain satu kayu. ekkkk~



Monday, April 27, 2015

MERAIKAN ANAK~~

ASSALAMUALAIKUM...

15 APRIL 2015 - mcm biasa laaa setiap kali birthday anak mesti umi yg berdebar2 tak ketahuan. eksaited sangat tunggu besday anak, ntah pape punya sindrom -.-

nak pulak kali ni memang dah ada epoimen nak keluaq, berganda eksaited tu. maktok pon berganda eksaited nampaknya, sbb bagitau nak bawak lunch kat penang, gituuuu. kalau ikut hati umi nak bawak anak lunch kat abi di queensbay nuh, tapi abi tak bagi. jauh katanya. risau la nak biar umi drive sendiri kan. fine lah, takat seberang jaya dah la. sbb nak COD frame kat customer paling disaster huahuahua~

anak pulak kemainnn besday dia tapi tido tak nak bangun. sampai umi dah siap mani semua baru kejutkan dia. itupon dia tgh sedap tido lagi. bila dia bangun terkebil2 tengok umi dah segak (ehemmm). 


umi cakap "umar, bangun...hari ni besday umar...kita nak pi makan...tengok umi dah pakai baju cantik..."

dia pon belek baju umi. "umi...anteknya..." haha cantik tu, maksudnya tu baju baru. dia tak penah tengok umi pakai sbb tu dia puji. sweet sangat tau anak teruna umi ni!

pastuuu boleh pulak dia cakap "baju umar abes..." sambil tunjuk badan dia. tu maksudnya, dia nak bagitau dia takdak baju baru. adoilaaa pandai demand dah sekarang.

mujoqla umi memang dah spare baju baru kat dia. beli masa dia keluaq ward dulu as a reward, tak pakai2 lagi. so alang2 pakai masa birthday la. kemain laaa dia dapat pakai baju baru seronok la. dah pandai anak umi, tahu beza dah huuu.

~ maktok dgn cucu, sama2 malu takmau ambek gambaq ~

siap2 terus pi ambek maktok. maktok dah siap tunggu dah pon. dah kata maktok lagi eksaited! dlm pukul12.30 gitu gerak ke seberang jaya, terus ke sunway carnival mall. alhamdulillah rezeki kami, senang dapat parking.

umi plan nak makan kat chicken rice shop je, tapi maktok kemain, "mai jauh2 makan nasi ayam ja???  baik tak payah"

ewah maktokkk kemain. fine! jom, kenny rogers kahhhhh *menangis poket*


tak lama pon kami sampai pastu mummeyhhh pon sampai dgn kelam kabutnya. org penting TNB ni, memang gitu lahhhh~


anak bila awal2 jumpa mummeyhhh mcm besala malu2 kucing. suruh ambek gambaq muka masam. tapi bila tengok muka sendiri dlm cermin kemain senyum sorang2. coihhhhhhhhhh

umi sebenarnya siap bawak a slice of cake lagi, sbb nak celebrate besday anak dgn mummeyh. april babies kannnn~


dah lewat masa tu, anak pon dah lapaq, siap mintak "nak kek...nak kek"

last2 tak habes pon kek tu, sebab tak sedap. heran jugak kenapa tak sedap. tak gebu tak lembut mcm selalu grrrr! tapi tak kisahla, janji boleh buat props utk acara suap2 kek.

mummeyhhh suap anak, kemain lagi anak pon bila suruh suap mummeyhhh pandaiiiii dia suap. sweet sungguh tau!


mummeyhhh order ayaq ja. sbb dah makan katanya. umi pulak order ala carte, biaq maktok ja ambek set. sbb tau dah, maktok takkan makan abes punyaaa. umi tau sangat selera maktok. tapi dah dia nak try makanan retis mcm umi kan, kita bagi chance hahahaha! 

last2 maktok cakap "tak sedap!!!" 

kehkehkeh. siap tapau bawak balik lagi. adoilaaa tak pernah dibuat org.  pastu bebel cakap tak kenyang kahkahkah


dah la nak order ayaq kaler2 kat maktok, depa kata takdak lagi. cisss. last2 ambek light coke je. mujoq la mak iols ni mmg suka ayaq gas.

umi dah lapaq tahap gaban. seketul ayam tu memang licin. lantak laa maktok kenyang ka dak hahahaha. anak, mummeyhhh yg suapkan. ewahewahewah~

~ birthday boy ~
~ macam besa, dia tibai habeh salad buah ~


dah kenyang, dah puas sembang, sambil nak balik mummeyhhh ajak singgah house of mini. yeayyy anak dapat kek lagi!


tuuuuu tengok tu bila suruh pilih nak yang mana, taknak kalah tu!

tunjuk ikut sedap dia ja~

dah setel beli, tiba saat berpisah. sobsss~

tq mummeyhhh, hope u enjoyed the date. ehhhh

umi ni ingat lepas makan nak balik la kan. tapi maktok kemain,"ehhh takkan nak balik teruih? jom la menyinggah"

ewah sangat maktok ni tau!


lalu umi decide ke kedai ECO RM2 (btw lepas gst jadi rm2.12 okkayyyy) kat bertam yg baru bukak tu. memang umi dah lama tringin nak pi pon hahaha! dah alang2 pi situ, tetiba tertarik dgn barang2 kat situ terus ja beli perkakas utk majlis besday anak nanti. senang. SETEL!

maktok pon kemain capai itu ini.

then singgah kompleks kailan, mcm biasa la maktok, keja membeli kain jeee. nak singgah umah abg, depa tak balik keja lagi. so kami balik umah terus. 

hantaq maktok dan anak, dgn harapan anak akan tido. umi pegi COD frame pulak kat customer. balik singgah beli sosej dan fries utk majlis besday nanti jugak.



balik umah tgk anak tak tido lagi. abi pon dah sampai umah. so bawak anak balik umah.

tengok abi dok kemas laman umah, dia pon sama naik sibuk tu. kalut la mengemas jugak.

maghrib elok abi nak pi surau tetiba paksu mai. rupanya paksu balik keja singgah sini semata2 nak bagi hadiah besday kat umarfaiq. tak nyempat tunggu sabtu ni dah, nak bagi hari jugak yeayyyy! kemain la suka dia kan.



isyak bila abi pi surau, mula la dia bosan mula la nak mengantuk. yelaaa seharian dia tak tido, sakan sambut besday kannn~

abi balik, buatkan nasi goreng special utk kami. terasa comel je sambut besday anak dgn makan nasi goreng air tangan abi haha. sedap! tapi abi buat tak pedas sbb khas utk anak. so utk umi kena potong cabai la nak bagi pedas.

masa abi tengah masak anak terjaga. kelam kabut la abi siapkan nasi goreng, takut anak dia lapar. alhamdulillah banyak anak makan. abi masak dgn kasih sayang, mestilah sedap huuuu.



alhamdulillah hari ni sangat sempurna pada umi. anak dikelilingi oleh insan2 kesayangan di hari istimewa dia. semestinya dia happy dari siang sampai malam jumpa wajah2 kesayangan dia.

semua org sayang awak tau. besar nanti jangan lupa berbuat baik kat semua org, hormat org sekeliling.

SELAMAT HARI LAHIR

MUHAMMAD UMAR FAIQ BIN AMIR RIDWAN



Sunday, April 26, 2015

TRIMESTER KETIGA~

ASSALAMUALAIKUM...

subhanallah, dalam tak sedar rupanya dah beberapa minggu umi memasuki trimester ketiga! langsung tak sedar wuuuuuuuuu~ 

sebenarnya umi lupa trimester ketiga tu start bila haha. rupanya 28w dah masuk trimester ketiga. omak aiii. terus nebessss. apa yg umi perasan, umi sekarang dah masuk fasa LEMAU. memang hari2 rasa tak larat sesangat. buat keja sikit, semput. cepat penat. cepat letih. asyik nak banyak baring, rehat. 

patutla...dah masuk trimseter ketiga pon. mcm doktor cakap, kepala baby dah kat bawah. patut laaa umi kerap sangat senak kat bawah perut. dok saja2 tetiba sakit. tapi umi malas nak mengadu kat abi sangat kang nampak mcm mengada je kan. rupanya memang sakit sbb baby tolak wuuu. sakit tu paling tak tahan. bila senak tu memang umi akan baring. kadang2 tgh makan pon boleh sakit.



perut pulak asyik mengeras. memang sangat2 kerap mengerassss. sampai terasa kejang kulit perut hahaha. merata adik bergerak, kadang sampai ke tepi pinggang ni haaa.

selera makan masih on-off. kalau musim lalu memang makan je apa pon. tapi bila tak lalu mcm besa la muka pon stress ja. makan itu tak kena makan ini tak kena. biasanya kalau time tak lalu makan, makanan paling 'selamat' ialah roti segala jenis roti takpun biskut cicah milo.

Alhamdulillah setakat ni takde masalah pape (kecuali hb rendah) dan baby sihat2 aje. cuma umi jelaaa mandom semacam je wuuu~


Saturday, April 25, 2015

TERJAH ADIK! ~

ASSALAMUALAIKUM...

cerita birthday abang hold dulu, nanti banyak pulak nak bebel. huhuhu

19 APRIL 2015 (AHAD) - bangun pagi tu terus umi kemas2 apa yg patut. sbb malam tu abi dah kemas sorang2, semua dia buat sampai umi kena merayu suruh berhenti hahah. umi malas nak kemas malam tu sbb penat. kemonnn ahad la kita kemas ye dok? memandangkan semua abi dah setelkan, umi cuma basuh sikit2 je benda dlm sinki dan basuh baju dan sidai.

tetiba abi tanya pukul berapa nak keluaq, kata nak scan baby kan. ehhh. segan pulak heee. tq abi sbb ingat dan concern huuu. so lepas abi siap mandikan anak semua kami ke umah mak. lepas makan duduk kejap, umarfaiq tu main dgn tok dia. abi blh pulak tido balik kannn grrr sangat! pukul 3 lebih baru keluaq.

seriously umi have no idea nak pi scan kat klinik mana kat sp ni. teringat klinik an-nisa kat bpj, bila pi tak bukak pulak. boleh pulakkk rehat dari pukul1.30 - pukul4 kannn. tak koserr umi nak tunggu. taktau nak ke mana, masa tgh jalan tetiba rasa nak call klinik dr aishah. fuhhh berjawab! Bukan apa, umi dah give up dgn klinik ni sbb tiap kali call tak pernah berjawab, so umi ingat dah tak bukak la klinik ni huuu. rupanya masih beroperasi, mungkin time umi call depa cuti or dah tutup. sbb hari tu pon mujoq umi sempat, pukul5 depa tutup dah. sampai sana dalam pukul 4 lebih gitu, org pon tak ramai sangat. 

elok scan je terus doktor kata "haaa tu diaaa nampak dah ***** dia!" 

umi pon mana?mana? tunjukkannnnn!

tapi bila doktor nak tunjuk tetiba dah hilang. lama jugak la doktor godek2 perut umi sbb nak bagi nampak jugak jantina yg dia nampak tadi. tapi malangnya adik dah kepit. terkejut letewww kena terjah tetiba dgn doktor! umarfaiq pulak kemain risau muka dia sbb doktor dok tekan2 perut umi, tak henti mulut dia cakap "umi akit...umi akit..."

sampai doktor pulak kena pujuk dia "dak...doktor tak cucuk umi pon...umi tak sakit pon" hahaha

doktor kata abang umarfaiq pandaiii cakap! maunya tak pandai doktor oiii, tak larat layan aih ramah jenuh punya ni! :p

due date yg sepatutnya 21/6/2015. tapi dr aishah kata tengok gaya umi mcm akan bersalin awal. doktor bagi 16/6/2015 as due date. kata doktor kepala baby dah turun bawah dah, dah duduk elok dah. omaiiiiiiiiii patutlaaaa umi selalu sangat sakit dan senak kat bawah perut!!!! doktor kata tu sbb baby dok tolak letew. dari gaya doktor tu mcm umi ni akan bersalin cepat. 

"dulu bersalin mudah kot?"

"sakit brapa jam lepas induce?"

"puan rajin berjalan sangat kot ni?"

tu antara komen2 doktor huuu. terussssssss umi rasa seram! doktor kata banyak kali kemungkinan akan bersalin awal fuh fuh fuh.

lepas scan terus ke sp plaza utk beli baju baby. umi target at least beg adik utk labour room mesti kena siap. beg spital takpe pelan2 kita setel huuu. tapi umi pon dah lupa apa yg kena prepare. umi beli baju 2 pasang, booties n miitens satu set, wet tisu dua. tu je dulu. pampers abi dah beli lama sebelum gst hek hek hek.

umarfaiq pon kemain laaa syok shopping. semua dia grab ikut dan ja. sampai jatuh luka kepala baru nak dok diam. fuhhh!

balik tu cadangnya nak pekena ais kacang. tapi hujan pulak, dan dah lewat. anak pon dalam keta tertido. maklumlah bangun awal. balik umah mak dulu tidokan dia dalam buai, tinggal kat maktok. kami balik umah solat dan ambek barang kembali ke umah mak. sbb malam tu abi nak balik merbok, mcm biasa ada kuliah.

anak punya la mengantuk, umi dah angkat dari tido pon, dia blh sambung tido kat ruang tamu lagi. umi tinggal pi solat maghrib. lepas maghrib umi kejut dia taknak bangun, last2 umi yg tido wakakakaka! harap maktok n wan yg jaga dia.depa yg bagi makan, tukaq pampers baju semua huuu. umi pulak yg lemau semacam. 


Friday, April 24, 2015

CHECKUP - HB RENDAH

ASSALAMUALAIKUM...

14/4/15 (SELASA) - monhtly checkup utk adik. eh sebenarnya bkn monthly lagi dah, dah twice a month. fuhhh! 

mcm besa bab ke klinik ni umi cukup liat. anak pulak kemain bangun awal cam tau2 je umi nak keluaq. terpaksa bagitau dia umi nak pi cucuk, umar kena duduk dgn maktok. huhu.

mcm biasa anak umi ni memang baik takde masalah, faham je walaupon mata dok jeling2 jugak. umi siap sarapan dulu sebelum pegi sbb abah dah beli koteow goreng utk umi wuuu ni yg best jadi pregnant lady hahaha~

sampai klinik dekat pukul11 dah haha! mcm besa timbang dulu. berat mcm tu la, 56.9kg. then check urine dan hb. hb drop mendadak, jadi 10.4 gitu. 

masa tunggu nak jumpa nurse punya la lama mak aihhh. mementang dah lewat slow pulak flow patient yg depa panggil. cisss!

ada akak yg sama2 tunggu turn tegur umi. berbasa-basi la kekdahnya. mungkin dia heran tgk umi buat apa kat situ. kan umi tak nampak mcm mengandung pon. bila bagitau usia kandungan terus dia tanjattt. usia kandungan kami sama je, due date pon lbh kurang, tapi dia dah boyot huu. umi kata la memang jenis perut kecik huuu.

dekat pukul 12 baru nama umi dipanggil. kali ni nurse lain, bukan nurse rossita. tapi nasib nurse ni pon baik. walaupon dia suka bebel, tapi dia bebel sbb concern. heartbeat apa semua ok. cuma bab hb.

kalau nurse rossita dia 'pejam mata' je bab hb ni. tapi nurse siti kalsum ni concern bab ni. dia terangkan apa kesan hb rendah. nahhhh tetiba terasa seram sejuk. terus jadi stress. nurse bagi panduan pemakanan, dan nasihat2 berguna. untuk kebaikan umi dan adik jugak. 

masuk keta terus sms abi. mulai sekarang nak amalkan pemakanan sihat, taknak skip susu, taknak makan pelik2, banyak makan buah, blablabla. dan lepas birthday abang umarfaiq, esok tu terus nak pi scan tengok jantina apa pastu beli baju dan kelengkapan paling ASAS utk bersalin. sbb patutnya waktu2 mcm ni dah prepare beg semua dah dlm keta, tapi umi dok ralit lagi. stress bila pikir setiap minggu bizi, takdak nak setel barang baby :(

bila balik, kebetulan dlm fb ada org share pasal bahaya hb rendah. terus bagi abi baca. bukan nak bagi abi risau ke apa, cuma umi yg stress. dah tu nak cerita kat sapa mestila cerita kat laki sendiri kan huhu. lagipon umi mula gelabah sbb kandungan dah nak masuk trimester ketiga, tapi umi masih abaikan bab makan dan vitamin. kesian adik :(

beberapa hari kemudian abi terus belikan ESP Shaklee. wuuuuuu terharu. umi cerita kat abi bukan nak bagi abi risau, saja je share. abi cakap abi pon rasa bersalah, patut abi pon kena ambek tau keperluan baby. hmmm padahal umi ni yg tak berdisiplin. rasa nak minum susu / makan vitamin ikut suka je. kalau rajin makan, kalau malas buat dekkk je. makan pon ikut dan je, tak pikir ada khasiat ke tak. so mulai saat itu setiap malam tugas abi buat ESP utk umi, sama mcm mengandungkan umarfaiq dulu. hari2 abi akan ingatkan pasal makan vitamin. dan umi pon dah tak minum teh/nescafe. milo minum kalau terdesak je huuu. kadang2 balik keja abi akan belikan umi buah. tapi kena beli lebih laaa sbb anak teruna sorang tu biasala pantang nampak buah jugak huuu~

moga2 adik sentiasa sihat. kami semua sayang adik :)


Thursday, April 23, 2015

KURANG SIHAT~

ASSALAMUALAIKUM...

rasa lama betul tak on9, padahal baru 3-4hari je dah gelabah coih hahaha!

ahad ritu tido umah mak, sbb isnin tu posa. isnin malam tu balik umah tetiba internet problem. arghhhh~ 

selasa malam baru buat report sbb umi tak sihat. tak kuasa nak cakap dgn operator huuuu

rabu malam balik umah alhamdulillah dah boleh guna.

act isnin tu umi dah rasa mcm sakit tekak sikit. selasa tu bangun pagi tetiba rasa tak sedap badan. rasa tak larat sesangat. anak bangun, bawak anak pi makan kfc kat giant. yg tu ja yg umi rasa paling mudah dan dekat pon huuu. balik makan, makin sakit pulak perut memulas2. siap cirit pulak adoiii. umi terbaring je kat sofa tahan sakit. anak mcm biasa, kalau umi sakit dia dok diam. tak kacau umi tak merap. main sorang2. wuuu tq anak!

petang, tidokan anak, umi pon tido sekali. sakit perut sakit kepala sakit tekak sakit badan semua. aduhai. petang abi balik main dgn anak. umi layan tengku zaril. ewahhh tak sihat pon tetappp setia tgk tengku zaril ye~


lepas solat maghrib umi baring je. mmg tak larat. tunggu abi habes mengaji pastu solat isyak sesama. umi dalam dilema nak makan apa sebenarnya. at last abi suggest hotmas. pegi hotmas alhamdulillah org tak ramai. order koteow goreng. mak aiiii banyak gilaaa. kompom la tak habes. 


dah tu umi makan koteow sikit je, bedal nasi grg ikan masin abi pulak huuu. balik umah malam tu memang abi la yg setel segalanya. umi tido dulu sbb tak larat. masa nak tido rasa sakit menjadi2.


esoknya, rabu, bangun tido masih rasa tak sedap badan. lipat baju cecepat, sidai baju pastu siap2 anak terus ke rumah mak. risau kalau tunggu lama nanti makin tak larat sudahnya terperangkap dua2 org kat rumah haaa. mak buatkan bubur bila tau anak dia demam. huu... umarfaiq pon mak yg uruskan. umi banyak baring je.

hari ni pon still rasa tak berapa sihat betul. haishhh. umi banyak keja nak buat. tempahan kufi, nak kemas umah, nak kemas barang2 kenduri, nak kemas barang baby. tapi bila tak sihat mcmni memang satu keja pon tak jalan :(


Wednesday, April 15, 2015

SANAH HELWAH, ANAK~

ASSALAMUALAIKUM...

assalamualaikum mujahid umi abi....

hari ni, pukul 10.02pagi tadi genaplah usia awak 2thn. tapi awak masih sedap tido yeee. takpe2, tido laaa sbb satgi kita nak pi celebrate hewhewhew~


dah besoq hero umi ni ye. tengok balik gambaq2 awak sejak baru lahir, sampai sekarang, memang dah berubah. sayu je bila teringat, bila masa awak membesar??? kenapa umi tak perasan pon? huhuhu. seriously. sedangkan hari2 umi yg jaga awak, tapi umi sendiri tak perasan bila awak berubah membesar. nanti sedar2 awak dah balik calon menantu. ketahuilah anakku, masa tu umilah manusia paling sedih (tapi tetap gembira utk awak) sbb awak dah ada wanita lain di hati awak sobsss. umi akan pastikan dia tak rampas awak dari umi, umi tetap no. 1, kahhhh! 

sepanjang umi jaga awak, umi terasa umi lah wanita paling istimewa dlm hidup awak. sbb awak sentiasa utamakan umi. nak tido dgn umi, peluk umi, main telinga umi, sedih cari umi, rindu umi. awak bagi peluang umi merasa semua nikmat tu. terima kasih anak!


terima kasih anakku sbb jadi anak yg sangat menyenangkan memudahkan umi abi dan semua org. awak antara budak yg disukai ramai disebabkan sikap awak. keep it on ok, kekalkan peribadi mulia sampai akhir hayat. membesar jadi insan yg berguna dan disenangi. 

nantilah umi buat entry panjang2. sekarang umi kena bersiap2, kena kejutkan awak sbb jap gi kita nak keluar celebrate besday awak. umi nak pegi celebrate kat penang dgn abi, tapi abi tak bagi sbb risaukan keselamatan umi nak drive jauh2 huu. takpe nak malam jap gi abi balik ye. 


umi tak mampu bagi kebendaan but i promise u son, selagi umi mampu umi akan lakukan yg terbaik utk awak. mungkin awak kecik lagi awak tak paham, nanti besaq awak belek blog umi awak tau la apa yg umi buat utk awak hewhewhew. selagi terdaya umi usahakan. andai suatu hari umi tak mampu bagi apa2 kat awak, ingat satu benda. duniawi ni tak kemana. kasih sayang antara kita jugak yg kekal hingga syurga.


salam sayang,
umi vogue~


Monday, April 13, 2015

BIRTHDAY BBQ~

ASSALAMUALAIKUM...

berdasarkan entry2 lepas, ramai yg salah sangka ye. sebenarnya cerita mak kena warded tu memang cerita lama. maklum lewww iols kan suka boh cerita2 basi. act nak cerita pasal anak kena warded, tapi kena mula dgn mak dulu sbb kejadian tu berlaku berturut2. tapi sekarang malas pulak nak sambung. mood takde la pulok. kita cerita bab lain dulu, nanti baru sambung bab2 sakit ni okayhhh~

hmmm... cerita pasal bbq lah. tapi ini pon cerita basi kahkahkah~

cerita pada 28 FEBRUARI yg lalu. besday yong, anak menakan yg sulung tu. kebetulan jatuh pd hari sabtu. act bukan nak celebrate besday sangat, tapi saja nak berkumpul family kami. bukan senang ni nak ada lengkap semua. time family abg pit balik dari sabah mcm ni jela nak berkumpul ramai2 pon. selalu kami akan pegi makan ramai2. tapi kali ni saja buat kelainan. memandangkan kejayaan bbq sebelum ni kat rumah aku, maka sekali lagi rumah aku dicadangkan sebagai tempat bbq.


takde panggil sapa2 pon, family kami ja. cuma kak ila dgn haney jela tetamu jemputan, tu pon sebab nak kena tolong aku haha. depa pon sponsor bihun goreng. kak long sponsor kek. abg sponsor kambeng. abah sponsor ikan siakap, mak sponsor ayam dan ikan temenung, bangpit sponsor udang. aku? sponsor ayaq dan tempat, buleh tegha tu? hahaha. 

pagi tu abg mai singgah hantaq kambing yg dah siap perap, alahhh dia pon beli yg siap perap dah hahaha. pastu depa culik anak bawak pegi jalan, maka kami laki bini pon apa lagi, ambek kesempatan utk keluaq naik moto cari apa2 brg yg perlu. senang naik moto ni nak menyinggah merata. balik umah mak terus pi makan kenduri sat. 


pastu tolong mak buat bahan perapan. memula aku ingat aku yg nak perap sesiap kat umah aku. tapi mak nak tolong buat. last2 kami pakat buat kat umah mak. bila ramai2 ni cepat la keja siap. siap perap aku balik ke rumah setel hal umah pulak. kami ni pulak jenuh la kelam kabut nak kemas umah bagai. maklum la bila org mai umah baru nak kemas2 bagai kan. itu yg bestnya bila ada tetamu nak mai, dan dan jadi rajin kan. 


sebelum maghrib semua tetamu sudah tiba. sbg appetizer utk menyabarkan kanak2, abg belanja aiskrim dulu. kanak2 konon, yg tua2 ni la rebut sekali. aku pulak sibuk buat nasi goreng dan sambal kicap utk cicah. yg lelaki sibuk hidupkan api. yg perempuan jaga kanak2. gituuu. memang riuh rendah la kan walaupon budak2 ada berapa ja tapi bila berkumpul seronok2 mcm tu mmg riuh. 

elok dah siap api dah jadi arang, tetiba hujan turun. nangessssssssss! kelam kabut alihkan tempat bakaq ke bawah bumbung pulak sobbsss. so bbq tak berapa nak feel sgt sbb tak boleh bakaq kat tepi rumah hahaha! jadi la kannn janji boleh makan. 


dah pukul10 besday gurl dah ngantuk nak tidoq. so terpaksa keluarkan kek. seprais la konon. syok la budak tu tetiba ada kek mengejut gitu kannn. kemain la potong kek bagai. saja je kek tu, utk hiburkan kanak2 gituuu. btw abah takdak malam tu. sbb last minit abah kena pi penang, ziarah kawan abah sakit. dan ditakdirkan meninggal dunia malam tu jugak, jadi abah dan beberapa jiran kena uruskan urusan bawak balik jenazah sbb jenazah tu muallaf. 


pukul 1 baru abah sampai. kesian abah. dia yg paling semangat nak bakaq sotong dan ikan siakap. last2 makan sorang la huuu. malam tu semua org tido kat umah kami kecuali mak abah dan najwa sbb esoknya najwa sekolah.

memang meriah la. seronok sangat! walaupon rumah kami dekat ja dgn umah mak, depa ambek kesempatan malam ni tuk tido kat umah kami. acah2 mcm jauh kan. bila lagi nak merasa tido umah adik depa ni kan. happy sangat dapat tetamu ramai2 mcm ni, penuh rumah! rasa mcm raya pon ada. ada terselit sedikit sayu di hatiku. moga ukhwah kami berkekalan. moga kami terus diberi nikmat utk luangkan masa bersama :)


Sunday, April 12, 2015

MAKTOK WARDED - PART 3

ASSALAMUALAIKUM...

jumaat 30/1/2015 - tengahari aku tak pi sebab abah dah pi. terpaksa bergilir sbb hari ni abah pulak kena jaga cucu hewhewhew. petang, bagi anak tido sesiap baru aku bertolak pi kat mak. pi sebelum asar lagi. so ptg ni abah tak dapat la jumpa ak sbb kena jaga cucu hahaha! seronok pi awal, boleh sembang lama dgn mak. ada beberapa kwn2 mak yg mai. abang pon mai. seronok teman mak sembang. memang la mak takde apa pon. warded tu utk masuk air dan ambek darah je. tapiii mestila mak bosan kan. takdak sapa yg suka duduk terperuk kat spital tu. malam ni pulak najwa tak boleh temankan mak sebab esoknya dia ada sekolah ganti. kesian mak, tido sorang lagi huuu.

Malam ni Lan ajak kami keluaq. sebelum tu abah, abi dgn anak pegi masjid. balik masjid baru kami keluaq makan. macam biasa la Lan teringin nak belanja kami, kahhh! makan kat pekan ja. aku konon teringin nasi lemak. beli kemain nasi lemak ayam berempah, at last makan sesuap je wuuu :(

lepas tu pegi uptown. uncle Lan belanja anak baju, yeayyy Alhamdulillah :)

balik dah dekat pukul 12. anak pon bukannya mengantuk lagi. sakan main. setiap malam aku sms mak mcm sms boipren. tu je cara aku boleh temankan mak. bila sms bagitau cucu dia tak tidoq lagi, terus mak call. kesian mak, sunyi letew :(

puas sembang dgn cucu dia, walaupon cucu masa tu cakap melayu arab pelat kedah kahhh! aku pon sembang2 dgn mak kejap. dalam pukul 1.30, elok rasa nak lena, bangpit dgn abg pulak sampai. dahhh tak jadi lena lagi. terbantut pulak tidur tu kan. 

sabtu 31/1/2015 - tengahari kami pi melawat mak. kali ni kena bergilir la dgn abi. jenuh jugak nak kepung dia kat bawah tu. abi pon kemain la sembang apa lama sgt dgn mak metua tu kan. kata abi, kesian kat mak. saja sembang lama dgn mak. elok nak turun nurse pulak mai, dia tunggu sampai nurse sudah keja pulak. 

balik dari spital singgah umah fana sat bagi hantaran. janji nak mai tolong2 tak kesampaian. sorry pana, kita hanya merancang wuuuu. lepas tu terus ke masjid taman peruda sbb dah pukul 3 lebih tak solat zohor lagi. anak sebenarnya dah mengantuk tapi dalam masa yg sama kami tak makan lagi. dalam dilema sebenarnya nak balik tidokan dan tapau makanan or mcmana. at last kami pilih makan kat luaq, sekali harung ja sbb kot mana pon abi memang nak kena keluaq dgn Lan. teman Lan beli laptop.



lepas solat terus ke CS. disebabkan dah lewat anak pon dah lapaq, sbg tanda minta maaf umi belanja KFC ye anak. tapi tapau ja sbb abi nak makan nasi. anak pon mesti nak nasi jugak. so tapau kfc then makan kat cemara. abi order nasi ayam. umi makan kfc, pastu teringin koteow sup. order la, tapi langsung makan tak banyak sbb tak sedap. umi yakin memang tak sedap bukan sbb tekak pembawaan budak hoho.

anak pulak, kemain laju makan kfc dan nasi. banyakkk dia makan! lapaq sangat la tu wuuuu sorry anak biar awak kelaparan. tengah kami dok makan tu Lan sampai. lepas tu abi dgn anak teman Lan pegi beli laptop, umi curi2 ke bahagian baju anak kahkahkah. sambaq seluaq sehelai utk majlis mama fana esoknya. lagipon seluaq anak memang semua tak muat dah, sbb anak umi ni cepat tinggi wuuuu.

uncle lan ni kalau shopping bukannya sikit. org ber-wang la katakan. kata je nak beli laptop, tapi last2 segala benda dia beli. sampai satu tahap anak dah tak larat, dah ngantuk dan memang bateri warning dah. at last kami terpaksa mintak diri dulu.

hasilnya, malam tu anak demam. badan panas. umi dah la letih semalam tido lambat kurang rehat bagai, pastu malam terpaksa berjaga pulak sbb anak demam sobs. sedih sgt tgk keadaan anak bila dia tak larat  :(


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...