Tip-tip Untuk Kurangkan Loya dan Muntah Semasa Hamil
- Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
- Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
- Hindarkan diri dari wangian
- Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
- Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
- Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
- Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Tip-tip untuk mengurangkan simptom alahan
Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
***amacam petua last tu, uolls berani try ke???
***maaf, sumber lupa link-kan =_=
- Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
- Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
- Kunyah makanan perlahan-lahan
- Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
- Bila bangun dari katil, bangun dengan pelahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
- Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
- Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermin. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
- Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
- Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.
Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.
***amacam petua last tu, uolls berani try ke???
***maaf, sumber lupa link-kan =_=







1 comment:
wah...wah...wah...makin menarik nmpk?
Post a Comment