CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label SYURGA CINTA. Show all posts
Showing posts with label SYURGA CINTA. Show all posts

Friday, October 2, 2015

SABTU WITH LOVE~

ASSALAMUALAIKUM...

5 SEPTEMBER 2015 - tak balik merbok sbb abi ajak pi kuliah maghrib ustaz fawwaz di masjid sembilang. so siang tu masak ala kadar je. buat nasi minyak + sambal teloq. satu lagi lauk apa ntah lupa dah hewhew.

lepas makan, umi kalut pulak sediakan bahan nak buat bread lasagna. kemain time kalut ni la sebok nak buat grrr. setel buat 'inti' terus bawak bahan2 lain pi umah mak. sebab nak bakar guna oven mak. lagipon buat makan ramai2 baru syok. sampai umah mak terus buat. dlm pukul5.30 baru siap kalut nak makan pulak. at last pukul6 lebih baru balik umah kami. pastu mula la kalut bersiap nak pi kuliah pulak. sambil2 tu sidai baju dlm umah.

umi konon nak keluaq betul2 lepas asar sbb nak pi kedai eco rm2. at last pukul6.30 jugak la baru boleh keluar. sampai sana shopping pon kalut2 wuuu tak best! :(

sampai masjid sembilang kuliah dah start separuh. maghrib pon dah hujung2. kalut la solat. adik pon time2 tu la nak berry sampai bocoq pon. umi tukaq baju & pampers dlm keta jela. abang umar pulak dekat2 nak sampai masjid tadi baru nak lena. so umi decide dengar kuliah dari dalam keta jela sebab abi parking betul2 depan masjid. tapiiii baru umi tersedar yang umi terpakai selipar masjid masuk keta daaaaa! adoi kena masuk jugak la masjid.

mujoq kebetulan bila abi mai kat keta abang umar pon dah jaga. so abi ambek abang, umi bawak adik masuk masjid. dapat dengar kuliah kejap jela lepas tu dah masuk isyak kuliah tamat. pelik jugak kenapa mcm rushing je kan. selalu kalau ada kuliah isyak mmg extend lambat sikit.

rupa2nya ustaz fawwaz ada forum kat masjid seberang jaya pulak. ada ustaz syaffi pulak tu! terus decide nak pegi. masa kami sampai forum baru nak mula, maklum la kami kan 'follow' ustaz hewhew. mujoq senang dapat parking alhamdulillah.


ubayy mcm biasa, senang je kalau dibawa ke kuliah. diam tak kacau. bila lena umi letak je atas tilam dia dan umi blh dgr kuliah dgn aman. abang umar duduk dgn abi. masjid luas so dia tak la bosan sangat.

masa dengar kuliah perut umi mula berkeroncong. maklum lah pesen umi sekarang ni mana boleh tahan tak makan lama2. kena sentiasa mengunyah. dalam hati umi dah terbayang kapitan tak pon de pauh garden. wahhh kemain selera kau kan! tapi umi pendam dalam hati ja sebab taknak susahkan abi. mana2 abi bawak umi ikut je (walau selalunya abi tetap mintak umi pilih )


elok masuk keta mcm biasa abi tanya nak makan kat mana, dan mcm biasa jugak umi jawab dgn malu2 alah, ikut abi la nak makan apa. tetiba abi cadang de pauh garden. ternganga sekejap umi sebab mcm tak percaya abi pilih tempat tu. satu sbb mcm tau2 je kan batin umi menjerit. satu lagi sebab abi jarang makan kat restoran mcm tu, abi lagi suka warung. umi ok jewww mana2 pon kehhh!

bagai org mengantuk disorong bantal la kan terus teruja! walau dah lewat tempat ni masih ramai umat manusia. paling penting menu maintain je available. umi order nasi goreng belacan, abi nasi goreng cina EXTRA. makan cecepat sbb taknak ubayy tunggu lama. tengah makan abi tanya "kalau b order lagi sayang boleh makan lagi tak?"


sekali lagi bagai org mengantuk disorang katil king! malu2 umi angguk. maka abi order koteow goreng pulak. maka makanlah kami sampai kembung. bahagia je rasa dapat spent time mcm tu. suasana kat situ pulak aman je dgn view acah2 natural, damai je rasa. 


hari tu rasa penat sangat sebab terkejar2 sana sini but end up dapat makan sama2 pon dah rasa nikmat. sampai umah dekat pukul 2 jugak la. penat tapi berbaloi :)

seronok pi kuliah ke seronok makan ni sebenarnya? :p





AKTIVITI MALAM JUMAAT~

ASSALAMUALAIKUM...

Khamis lepas, ye ni citer khamis lepas. i mean, bulan lepas. 10 SEPTEMBER 2015 ( KAHKAHKAH ) umi tgk fb, ada kuliah ustaz fawwaz malam tu di masjid sg layar. terus sms abi. abi ok je nak pi. cuma kalau ikutkan abi nak ajak pi kuliah ustaz Abdullah khairi di lahar yoi. tapi takpela, pilih yg dekat.

tapi ptg tu umi tengok umarfaiq mcm demam. badan panas. tak aktif. nampak gaya cancel la. anak dah dua nak pegi mana2 kena utamakan anak. kalau dah anak demam kesian la nak heret dia kan.
hari tu siang umi makan nasi goreng waktu pagi. utk umarfaiq pon buat nasi goreng jgk. senang. bahaha! petang time anak2 tido baru umi masak. sempatla masak sotong masak thai, teloq goreng dan bayam goreng. abi balik so makan sama2 dgn abi. memandangkan tak jadi pi kuliah abi decide dgr kuliah rakaman kat YouTube ja. konon nak dengar lepas maghrib. tapi biasala banyak 'roadblock' hewhewhew.


at last abi terlelap. umi layan anak sambil tengok tv. pukul brapa ntah baru abi bangun. tukar syif jaga anak pulak hewhew. dah pukul12, adik pon dah tido umi biasala mula lapaq. terusss buat cekodok cheese. kemain tauuu cekodok pon nak di-cheese-kan. pastu bancuh teh.

~ abaikan 'deco' kat belakang ~

elok nak ngadap YouTube adik pon jaga. takpela. layan YouTube sambil menyusu anak sambil makan. sedap sangat cekodok kan, kuliah baru mukadimah cekodok dah habes. hewhewhew makan je lebih choiii!

~ sepah la apa pon takpa asalkan tak kacau umi abi dengar kuliah hewww ~

kuliah pertama yg kami dengar dari ustaz fawwaz. kuliah tentang zaman pemerintahan khulafa ar rasyidin. umarfaiq makin sihat so dia mula nak membuas kan. jenuh juga la nak layan dia bagi dia diam. umi abi gilir2 dukung ubayy. kemain ubayy pon dengar kuliah. sejam lebih jugak la.

~ tukar panggung sebab battery weak. tapi seat maintain, VIP ~

pastu mula la nak sambung sikit lagi. buka forum pulak. bila adik dah tido di ribaan abi, umi lipat baju sambil dengar kuliah tu. dengar forum seround ja, pastu masuk bilik sbb abang umar dah ngantuk. abi tidokan adik dalam buai, umi dodoi abang sampai lena. 

~ tukar tempat lagi ~

then sambung lagi forum dari ustaz Abdullah Khairi dan ustaz dr izhar. dah buka sekali memang mula la mak buka lagi dan lagi. konon nak buka sekejap seround ja at last tunggu sampai habes jugak. pukul 3.30 pagi juga la.abi tu dah la keja esoknya. huhu


gitulah salah satu cara kami habeskan masa bersama. itu pon kena curi masa. bukan senang nak ada masa rilek2 bersama. apa pon caranya, asalkan bersama yg tersayang inshaAllah kita akan happy :-)


Thursday, September 17, 2015

HE KNOWS ME WELL~

ASSALAMUALAIKUM...

blerghhh dah lebih sebulan tak update blog. banyak cerita nak cerita tapi takdan. dok takdan tu yg lama2 mula la timbul cerita basi. atau lebih sedih bila tak ter-cerita langsung. cerita bukan sekadar utk pembaca, sebenarnya blog ni mcm diari umi. bila tak update nanti masa akan datang lupa pulak kenangan2 tu wuuu :(

untuk warming up umi nak bebel pasal besday gift hari tu. memandangkan entry last pasal besday maka marilah kita sambung sambil panas2 line sikit kehkehkeh


to be honest memang tak expect apa2 surprise pon dari abi. seriously! setiap tahun ada je 'hadiah' dari abi, tak kira murah ke mahal. yang penting SURPRISE. yes, surprise. abi ni biasa2 je, takdela romantik tahap bulan bintang tapi setiap tahun birthday umi/anniversary mesti dia buat surprise. dan abi punya bakat yg sangat tinggi sebab even selalu buat surprise tapi umi tetap 'terkejut' sebab idea abi lain2. grrr sangat tau!unexpected gitu! so tahun ni umi tak harap apa2 pon dari abi sebab baru lepas beranak + raya kan, duit banyak melayang so maybe abi takde bajet la kan. lagipon dah bajet nak belanja family, umi target yg tu jela. tapi alhamdulillah, ada jugak rezeki umi ye, dan paling manis tahun ni anak hensem umi tu yg tukang deliver, memang terkejut habesss~

macam tak percaya abi ada bakat buat semua ni. sungguh umi kagum!!! abi balut benda ni kat umah mak. abi kata jenuhhh tahan tangan budak kecik tu dari merampas cekelat2 tu. tahniah abi sebab berjaya, tahniah abang umar sbb bersabar hahaha! sebenarnya di sebalik chocolate bouquet made by abi tu ada kisah tersendiri



ANDES - ni chocolate favourite umi. sbb ada rasa MINT. umi memang sukaaa segala benda yg ada rasa mint. abi tau umi suka chocolate ni masa kami nak bertunang dulu. sebab umi request nak chocolate ni. setahu umi chocolate ni ada kat langkawi je. puas cari jugak aaa masa nak bertunang dulu. tapi abi dapat jugak cari kat tesco/giant ntah. tak sangka abi masih ingat pasal chocolate ni. memang agak surprise.



HERSHEY'S - yang ni bukanlah favourite sangat, tapi sedap. bermula bila officemate abi bagi chocolate ni kat umar. umi rasa dan cakap sedap, tapi umi cakap umi suka yg ada kacang. yg umar dapat tu plain. apa2 chocolate pon umi suka kalau ada kacang. tak sangka abi concern pulak.



CRUNCH WAFER - yg ni la pencetus sebenarnya. abi beli kat anak, umi makan makan tengok sedap, terus jeles! so request kat abi yg umi nak jugak. umi ingat abi lupa. rupanya abi tunggu masa ni nak bagi ye. nahhh sepaket besar terus, padan muka umar hahaha!

sungguh2 tak sangka abi ingat apa yg umi suka. im not a chocolate lover, sbb umi tak suka manis2. but sometime je umi makan. tapi bila dapat mcm ni, terus rasa nak makan hari2. dan baru tau yg chocolate boleh buat orang gembira dan kurangkan stress. wahhh!!!


Saturday, June 13, 2015

3 TAHUN KITA~

ASSALAMUALAIKUM...

27 REJAB yg lalu, bersamaan 16 Mei lepas genaplah usia perkahwinan kami yg ke-3 menurut kalendar Islam. hehehe. untung kawen time cuti ni, senang nak ingat heee. memang la kalau ikut hati nak cari tarikh yg cantik2, tapi kebetulan kalut sgt nak menikah kan time tu, belek2 kalendar tgk israk mikraj. selain sbb cuti, kita nak abadikan tarikh tu la kan.

tetiap tahun (mcm dah berpuluh tahun je kawen kan) kalau anniversary mmg kalut laki bini ni pakat nak buat seprais huu. tapi tahun ni slow down sikit. bukan sbb kasih sayang dah tak mekar, tapi sbb nak beranak kannn. tak pikir dah pasal kami, fokus kat anak2 je. 

awal2 tu umi ingat jugak tarikh tu dah dekat, tapi jumaat tu tetiba lupa. tgh malam dah masa dok bersiap nak tido dah tetiba ternampak iklan israk mikraj kat tv terus sambaq tangan abi, "b...syg lupa esok israk mikraj...happy anniversary..." spontan je cakap mcm tu huuu. abi pulak senyum lain mcm pastu terus bangun pi mana ntah melilau dlm umah.


bila umi bangun nak ke dapoq tgk abi mcm terkejut. terus abi suruh masuk bilik, konon2 bilik ada bau something. ekkk. umi rasa biasa je ponnn. bila umi keluaq bilik baru abi hulur kad. rupanya abi sembunyi kad dlm peti ais! bajet comel la tu? bahaha. dah tu siap rembat gambaq kami yg tergantung dlm bilik utk selit dkt kad tu. kad pulak kosong je, takde tulis apa pon. kata abi supaya blh recycle utk guna tetiap tahun. hampehhh sangat perangai kannn.

terkejut jgk umi. selalu abi tak ingat yg tarikh 27 rejab ni. kata abi saja ja bg kad tu. takde apa pon. takde serius2 celebrate mcm tahun2 lepas. act pagi jumaat tu umi mimpi abi romantik. terus gitau abi. abi ckp mcm pelik pulak tetiba nak mimpi2 bagai. so dia ingat tu signal dari umi laaa nak suruh ingat tarikh tu. padahal umi tak ingat pon. huuuu


mcm 1st anniversary dulu, umi dlm pantang. kebetulan hari tu abi cuti. mak abah pulak takde. tinggal kami je kat umah mak. umi hairan tgk abi keluaq umah wal pagi, balik siap tlg siang ikan bagai. rajin terlebih sgt. bila umi masuk bilik tgk sejambak bunga ungu dah ada dlm pasu. terharuuuuuuuuu sangat! ingatkan abi buat seprais sbb anniversary la. padahal kata abi dia saja ja beli bunga tu utk umi, tak ingat plk pasal anniversary. grrr. kiranya dia dah ter'selamat' la haha.


alhamdulillah tahun ni dpt spent tym sama2 sbb cuti jgk kan hari sabtu. kebetulan mmg dah plan nak ke penang. 2in1 la kiranya. syukur masih dapat luang masa bersama dua anak hiksss. 

masih byk yg perlu dibaiki. moga jodoh kita kekal hingga syurga. 


Wednesday, May 20, 2015

WW : TAK SEMUA FAHAM~

ASSALAMUALAIKUM...

senyum ja baca benda ni. sebenarnya tak ramai yg faham / tahu pasal ni. atau lebih tepat buat2 tak faham huhu. ego lelaki kata kannn~



tapi mujoq abi tak mcm tu. tak pernah memaksa kalau umi tak masak. tak pernah merungut kalau umi tak masak. malah kadang2 abi pulak yg akan belikan sarapan. tetiba je tgk ada 'parcel' tersangkut kat pintu gril, comel sangat!

kalau nak milo, mmg umi akan request kat abi. abi buat sedapppppp :)

kadang2 angin memasak abi mai, dia akan buatkan kami nasi goreng.

kadang2 kalau dia nak makan fries / nugget / sosej, dia tak suruh umi buat. dia akan goreng sendiri

dan yg paling penting, hari2 abi akan tanya, "sayang nak makan apa hari ni?" :)

tapi tu tak bermakna umi tak pernah masak. pada umi, benda ni give and take. yes, memang la isteri memasak tu adat dari dulu2, dah memang gitu sejak turun temurun kan. kena la masak utk suami. kang suami lagi suka lepak kedai siam kau jugak nak meroyan!

cuma, sekali sekala kalau suami yg sediakan makanan, beli makanan, apa salahnya. baru terasa sama2 'berusaha' :)


Tuesday, June 17, 2014

1st ANNIVERSARY~

ASSALAMUALAIKUM...

1st anniversary - taktau la nape aku rasa nebesss sangat. Mcmana aku teruja nak lahirkan anak dulu mcm tu jugak aku teruja counting days utk 1st anniversary dulu. Hari2 masa drive pi keja balik keja otak dok pikir mcm2 pasal tu. Nak buat seprais itu ini nak celebrate itu ini. Kepala otak geliga & kreatif sgt mcm ni la, last2 satu pon tak menjadi hahaha!

Kebetulan hari tu kami sama2 ambek cuti sebab nak bawak anak check up utk 2 bulan. Alhamdulillah setahun perkahwinan sudah dikurniakan mujahid penyeri rumahtangga, hadiah paling besar buat kami. Terima kasih ya Allah kirimkan hadiah ini :)


pepagi bawak anak pi klinik dulu utk checkup. Balik tu terus pegi village mall utk lunch. Makan kat fevret place, the chicken rice shop bukan sekadar nasi ayam krok krok krok. Ni 2nd tym keluaq makan bertiga. 1st tym dulu makan ala kadar laju2 ja, kali ni nak menguji umi abi la tatatertib makan bila ada anak.


Tak ingat pulak kami ambek set apa, tapi semestinya ayam braised. Dalam set tu ada sup sayur + sayoq toge + tauhu. Umi abi dah la dedua kelaparan, nak makan tak sabo2 lalu letak anak atas kerusi panjang. Biasala selalu makan sama2, ni ada anak mana reti nak bergilir. Comel je anak baring situ sambil mata meliar merata. Sambil makan sambil agah anak. Org sekeliling usha semacam je kan. Dan mungkin org ingat aku bengong letak anak kat situ. Tak kesahla janji aku tau aku awasi anak aku.


Umi abi pulak makan bukan tau sekejap. Nak meratah la nak tambah nasi la, lama2 anak bosan dan nanges. Hahhh masa ni la baru nak bergilir. Umi dukung abi makan, umi makan abi dukung. Yang paling cute bila anak tertido atas abi. Aaaaa subhanallah comel sangat both my heroes ni! Anak manja yee dgn abi!


lepas makan tak ingat dah pegi mana. Maklumlahhh entry anniversary jadah tahun ni baru nak up, memang sah2 la lupaaa! adui laaaaa sesejak ada anak gitu laaa takdan nak update blog setegar dulu. Gituuuuu!


Malam plan untuk dinner pulak. Kabo ke abi nak pegi makan tempat jauh sikit. Lepas maghrib keluaq umah. Abi ikut je direction aku bagi. Alah naik heway senang lah. Kami ke de pohon kitchen. Alhamdulillah mujoq kedai bukak. Kalo tidak nanges aaa mai jejauh tgk kedai tutup!

kedai memang tiptop memang romantik habesss! makan dalam dangau atas pokok uols! eh takdela atas pokok, tapi tinggi la. Kena panjat tangga. Abi memang tak bagi dan suruh makan bawah ja, tapi aku ketegaq jugak. Mai jauh2 sebab nak mak makan atas pokok. Sekali lagi buat keja gila, usung anak panjat dangau hekhekhek!


Kami berdua order chicken gril dan ayaq apa ntah tak ingat. Kalo tak silap ayaq ambra. Sedap! masam2 maneh gitu. Sekali lagi kami prektis makan kat luaq bila bawak anak haha. Memandangkan kami duduk kat dangau ni ada la privacy sikit. senang aku nak menyusukan anak. Pastu dia lena pelan2 aku letak dia baring kat bawah.


Tapi tempat2 mcm ni haruslah banyak nyamuk kan. Mujoq la aku ada bawak lilin. Sebenarnya lilin ni aku bawak kengkonon nak pasang ala2 candle light dinner la kan. Bajet nak makan dalam suasana romantik. Tapi last2 malu nak buat hahaha! mujoq ada jugak guna lilin ni. Aku pasang habuan halau nyamuk la supaya anak aku blh tido nyenyak dan kami boleh makan dengan aman. See aku terlajak bijak kan? Bahahaha!




"sampaiiiii hati depa makan tak ajakkk saya!"

makanan tu sedap sangat atau sikit kot sampai kami berdua makan kejap ja habes. Pastu rasa tak puas. Abi cakap order la lagi, makan bagi kenyang bagi puas. Memula malu2 kucing last2 panggil waiter bawakkan menu. Belek punya belek kami order kids platter meal. Untuk umarfaiq kan kan kan? Waiter tu tanya 2x, macam tak percaya. Makan 2 org tapi makanan ada 3. Rilek la dik, takkan tak biaseee!
Anak tido kejap pastu terjaga. Eh ke kami yg makan lama?bahaha! Elok la kami pon dah nak balik masa tu. Mai jauh2 harus la makan banyak dan lama, baru berbaloiii kannn! 


Balik umah, setelah berhempas pulas tidokan anak yg sememangnya susah nak tido, aku buat akai mintak tolong abi pi dapoq kot. Kalo tak silap aku suruh dia bancuh ESP utk aku. Padahal aku nak lengahkan dia supaya keluaq bilik. Saja tunggu dia dah nak lena baru mintak yg bukan2 supaya dia rasa malas tapi terpaksa jugak buat hahaha!

masa abi keluaq aku pon cecepat kemaskan meja tepi katil dan letak hadiah & kad kat situ. Pastu pasang lilin. Perghhhh habeh romantik sgt la tu???


Pastu buat2 tido supaya bila abi masuk dia akan terkejut & terharu gituuuu! saja buat2 lena dan biarkan dia baca kad aku yg berjela2 tuuu. lepas tu abi kata apa ntah tal ingat wuuu. Baru bukak mata sebab malu dgn ayat2 cinta sendiri hekhek.

Tu jela yg sempat buat utk 1st anniversary. Maklumlah nak buat apa pon kena pikir situasi anak dulu. Kalo ikut aku nak pakat dgn org restoran tu. Nak bagi depa yg bawakkan hadiah tu. Tapi takde masa nak singgah2 nak plan utk itu. Pastu konon nak buat akai letak hadiah dlm bonet supaya masa tgh makan pura2 suruh abi ambek brg dlm bonet lalu dia pon terkejut melihat hadiah di situ. Tapi cancel sbb nanti aku tak dpt lihat reaksi dia pulak. Macam2 lah plan sebenarnya tapi satu pon xdan nak realisasikan bahahaha!


apa pon semua tu sampingan ja. Kebetulan ada rezeki dan ada masa, dapatla buat mcm kita nak. Padahal kalo ikutkan aku tak kesah pon pasal hadiah pasal sambutan. Yang penting kasih sayang antara kami makin kukuh dan sentiasa mekar, itu dah cukup. Sebab kasih sayang suami yang melimpah ruah adalah satu nikmat dunia yang terindah.


Baru satu tahun - banyak lagi halangan dan dugaan yang menanti kami di hadapan. Entah apa rencana Dia buat kami di masa akan datang. Moga kami saling menghargai masa yang dipinjamkan. Setiap hari yang dipinjamkan, moga kami dapat nikmati sebaik2nya.



Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

terima kasih kerana menjadi lelaki hebat buat kami. terima kasih atas kenangan kita bersama.

Friday, May 17, 2013

11 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...

apa yg 11bulan? mengandung 11bulan??? noooooooo~

17 JUN 2012 - 17 MEI 2013



11bulan dah jadi isteri. syukur alhamdulillah~ bulan depan dah setahun. tadi jenuh berangan ttg plan bln dpn. tetiba eksaited semacam! weeehuuu x sabaq nk tunggu bln depan!


syukur alhamdulillah, 11bln bergelar suami isteri, kami sgt bahagia. nak pulak dgn kehadiran si kecik ni, bertambah seri laaaaa perkahwinan kami ni!

x blh nak hapdet bebanyak sgt, anak baru tido ja, so umi pon kna laa tido sbb dh lewat! tp tetap jgk nak hapdet. hurm...sepanjang berkahwin ni, aku sentiasa cuba memperbaiki diri. maksudnya cuba ubah mana2 perangai yg x elok sblm ni supaya menjadi isteri yg lebih baik. gituuuuuuuu! tp biasa la kan manusia ni, adakalanya terlupa, terikut perasaan, tak terkawal. nak pulak awal2 lg suami dh label aku ni manja, maka haruslahhhh mcm2 peel yg keluaq.


aku rasa, pada pemerhatian aku la kan, sejak mengandung & beranak ni, aku dh dpt kawal marah & rajuk aku. mmgla masih suka marah2 & rajuk, tp xla seteruk awal2 dulu. ni apa yg aku perasan la,xtaula suami perasan ke x. sbbnya, bila mengandung & ada anak ni, aku cuba kawal perasaan, bersabar setiap kali ada bunga2 merajuk or marah tu dtg. selagi aku blh sabar, aku sabar. plg tidak pon aku marah/merajuk kejap je, pastu aku cuba berlagak biasa semula walaupon sebenarnya masih marah/merajuk.


sebabnya, aku takut nak merajuk lama2. bila merajuk ni besala, suami ckp pon jwb sepatah je, nak senyum kat suami pon berat je, layan suami pon ala kadar je so aku rasa sgt berdosa kalo merajuk lama2. pada aku zaman bercinta & bertunang blh laaa nak buat prangai keras hati keras kepala ego bagai, sbb dia bkn sapa2 lg. tp skrg dh jd suami, rasa berdosa sgt merajuk dgn suami. plg tidak pon aku rasa rugi jaaa sbb byk pahala terlepas. contohnya, senyum kat suami pon dh dpt pahala berganda2 kann, so rugi laaa suami blk dok buat2 tgk tv, buat bz jaga anak semata2 sbb nk tunjuk rajuk =p


alaaa suami mestila x prasan yg aku dh berubah (ewah mengaku pulak) sbbnya dia bkn tau yg aku masih marah/merajuk. dpn suami tunjuk senyum manehhh laa sbb nak kutip pahala, nak jaga perangai konon isteri mithali hahaha! marah/rajuk simpan dlm hati ja. pastu pelan2 usir laaa sendiri marah/rajuk tu sbb semua tu mai dr syaiton laaa yg suka sgt tgk kalo kita gaduh kannn~ hihihi


tp kalo xdak marah2 sayang or rajuk2 manja ni x blh jgk kan. nanti flat jee rumahtangga tu. semua ni perlu jgk sbgai penambah perisa. yela kalo merajuk lps tu suami pujuk dan baik semula, laaaaagi comel tahu??? apa pon hrp suami dpt bersabar dgn karenah saya :)

***dah subuh tp umi langsung x tido lagi.siap la kena bletiaqqq dgn mak tok!

Saturday, April 13, 2013

300 HARI MENYULAM CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

syukur alhamdulillah, mahligai cinta yg dibina masih kekal utuh hingga ke hari ni, 300 hari kami sah sbg suami isteri. dan hari ke-300 ni istimewa sbb kami akan menunggu kelahiran si kecil yg telah 9bln menghuni rahim aku. perasaan suami, kemain eksaited. tp aku, haaaa sampai skrg x dpt tido, takut & nebessss sgt! sbb nya aku kena serah diri kt spital, kena paksa bersalin. xpela paksa ke apa, janji baby keluaq dgn selamat.


utk hari ke-300 ni, aku nak dedikasikan entry ini khas buat sang suami yg telah byk bersusah-payah sepanjang perkahwinan kami, terutama ketika aku mengandung. sungguh, beliau adalah SUAMI TERHEBAT! hebat bkn sbb gagah & tampan, tp hebat krn peribadinya sbg seorang suami kpd isteri mengandung yg amat mengada hewhewhew~

sepanjang mengandung, hampir 50% tugas aku sbg isteri suami yg ambek alih. kdg2 bkn atas pmintaan aku, tp suami sendiri yg buat, dan telah menjadi kebiasaan sampai skrg. bab basuh baju, aku cuma perlu basuh baju, tp suami yg akan sidai dan kutip bila kering. kalo aku lambat lipat, suami yg akan lipatkan. sedangkan dia baru blk keja, dia pulak yg buat semua tu. kdg2 kalo hari jumaat aku x basuh baju lg, sabtu pasti suami akan tlg basuhkan =.=


hari2, setiap masa, kalo aku nak bangun dr tidur/duduk, suami lah yg akan bantu aku bangun. x kira lah samada 'tarik' tangan atau peluk bahu. nak dukung mmg xla kannn sbb aku lg berat dr suami. kalo aku ni kecik molek mcm nora danish kot la suami mampu dukung kannn hahaha!

kalo bab makanan, sebut jela apa pon, pasti suami beli. kdg2 x perlu mintak pon, jz sebut ja pasti suami dapatkan. sbb tu tym ngandung ni kena hati2 bila sebut pasal makanan. kalo tidak nanti suami susah-payah carikan. bayangkan lah hampir hari2 suami kena belikan makanan utk aku. jarang sgt2 aku mkn kt umah. dah jd rutin harian suami kena tanya aku nak makan apa atau melayan order dr aku. tgh hujan/panas pon suami akan dptkan. jauh mcmana pon mesti suami belikan. dan x kira masa, pg2 buta or tgh malam, pasti suami layan je aku nak makan apa. TAK PERNAH sekalipon suami menolak permintaan aku :l
dan kdg2 suami yg suapkan aku makan, mcm budak kecik~

~ yes, bcoz u'r mine! ~
suami juga sgt memahami kdaan aku yg mengandung. x pernah suami komplen bilik bersepah ke, bini dia selekeh bau minyak angin ke, malas masak ke, dll. malah siap pesan lg kalo x larat xpayah kemas umah, x payah masak. rehat je bebanyak, jgn risikokan diri & baby. sepanjang hamil ni mmg makan pakai suami akan terabai. terabai maksudnya ada ketika aku x sempat sediakan sarapan utk suami. kalo dulu suami nk pi keja / surau aku yg letakkan baju tp skrg smua suami ambek sendiri.

malam2 dh la suami letih bekerja, terpaksa pulak urut isteri dia yg kejap sakit itu kejap sakit ini. lagi aku x kata berhenti lg tu laaa dia mengurut. sampai aku kena stopkan dia. plg segan bila suami urutkan kaki. rasa segan pulak sbb rasa mcm 'krg sopan', tp suami yg offer kann. dan lbh segan bila suami yg tlg pakaikan sarung kaki kat aku sbb aku xlarat tunduk, berlaga perut bila nak pakai sarung kaki.

~ layan aja karenah umi, termasuk suka buat muka gegeh ~
hari2, setiap pg dan malam tugas suami adalah buatkan susu utk aku. mengada sgt! saja nak suami yg buatkan, ala2 manja gituuuu. kdg2 kalo aku bangun lambat dan x sempat kemaskan katil, suami yg akan kemaskan. kalo nak tido, suami yg siapkan tempat tido, sapu2 kibas2 habuk then baru bg aku tido. tak lupa jgk suami sentiasa temankan aku ke klinik/hospital kalo temujanji jatuh pd hari ahad. kdg2 aku kesian bila tgk cuti hujung minggu suami langsung x dpt rehat, sebaliknya sebok pi mai pi mai utk aku.

kalo nak cerita semua mmg x cukup ruang nak cerita. cukuplah sekadar serba sikit coretan ni utk membuktikan yg aku sebenarnya x pernah lupa apa yg suami dh buat utk aku. yg sebenarnya betapa aku menghargai setiap kebaikan suami buat aku. walaupon kdg2 bibir ni x terucap kata terima kasih, tp hakikatnya aku menghargai & mengingati setiap kebaikan suami. krn setiap perlakuan suami kt aku, buat aku sebak dan terharu. sbb tu kdg2 cuma mampu ucap terima kasih dlm hati je.

~ maafkan umi ~
utk b....
terima kasih krn menjadi suami terhebat utk syg. sayang yakin anak kita bangga mempunyai abi mcm b. syg nak anak kita tau yg walaupun umi yg mengandung, tp abi jugak punya peranan besar sepanjang umi mengandungkan dia...mcmna b nak anak kita hormatkan umi sbb telah susah-payah kandungkan dia, mcm tu jgk la syg nak anak kita hormatkan abi yg sentiasa berusaha yg terbaik utk kami. tanpa b mungkin syg x kuat utk melalui detik2 sukar yg dtg.....
maafkan segala kekurangan syg sepanjang menjadi isteri b...insyaallah, syg akan cuba perbaiki kelemahan syg di masa akan dtg, sbg isteri & umi dlm keluarga kita...


* nanges *
* maaf sbb buat b tertido kt ruang tamu sbb tunggu syg on9 =p *


Thursday, February 14, 2013

SUAMI DAN BOLA~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam almost 12am baru suami pulang, wuuuu lapaq tau! bajet cinderella sgt suami i ni kannnn~ sblm tu mmg dh bajet nk denda suami sbb blk lewat, denda buatkan milo ais. tp belum sempat buka mulut suami dah offer, "nak milo ais x?" hohoho mestilah nak, tp x jd denda la kan sbb suami sendiri yg offer. tgh2 mlm turun mkn kat dapur. betapa lahapnya aku pekena burger daging cheese, sampai tak tunggu suami dh. aku mkn sementara suami bancuh milo. gitewww mithalinya! elok suami sdh bancuh milo aku pon siap mkn hahaha!

lps tu teman suami makan nasi pulak. sambil tu sembang2 merapu mcm besa. act aku x kesah pon kalo suami tido umah zaidi smalam, sbb aku blk pon nak rest ja. kalo kesah pon sikit ja. baby yg kisah kot. hihihi~ tp mujoq la suami aku bijak kan, cancel dgn zaidi dan blk utm teman umi & baby katanya. baby cepat tendang tanda suka! muahahaha! aku ingatkn suami nk tido umah zaidi tu sbb mmg depa dh besa kalo zaidi blk mesti spent tym sesama. rupanya smalam ada agenda lg besaq. depa nak pi tgk bola katanya. hahhh bola jadahnya pulak kan. suami kata smalam ada perlawanan penting, umpama mcm malaysia vs indon contohnya. coihhh penting la sgt!

perlu ka aku rasa bersalah? sbb b4 ni kalo suami nak keluaq tgk bola aku bg je, x kesah pon. tp smalam aku xtau ttg game tu, huhuhu. at last aku rasa aku x perlu pon rasa bersalah. sbb bola dgn aku, sapa lg penting??? kihkihkihkih~ act aku agk terkejut bila tau suami aku ni minat jgk bola luaq negara ni. sbb aku ni just minat bola dlm mesia ja, hat luaq mmg aku x minat LANGSUNG! yg aku tau dia minat bola pon bila suatu hari dy 'mintak izin' nk tgk bola kat mamak dgn siblings. heran aku, sjk bila dy minat bola luaq ni. katanya dy mmg minat laaaa. coihhh aku ja yg taktau. dan mmg takmo ambek tau pon. suami ada bgtau team fevret dy, tp aku langsung tak ingt. haaa tu mmg tanda xmo ambek tau sgt laaa tu hahaha.

bila kita x ambek tau senang la sket. xdela nak rasa bersalah sgt bila kita tau ada game. buat2 tak paham suami nk tgk bola, buat2 mcm xtau pape kan. suami pon mesti la rasa serba salah nak keluaq umah kan. hahaha. tp aku mmg x kesah sgt pon suami nk keluaq lewat pg utk tgk bola. aku bkn jns mengongkong. cuma kna tgk kdaan jgk la kan. kalo aku sihat walafiat xde pape pegi jela. tp kalo dr awal si isteri dh x sedap badan, xkan suami  nk keluaq jgk kan. mmg cari gaduh tu namanya. hohoho~

Thursday, January 31, 2013

THAIPUSAM YANG MEMBAHAGIAKAN~

ASSALAMUALAIKUM...

AHAD : 27.1.2013 - hari ni thaipusam. tp kedah x cuti. maka aku kena pi keja laaa wuuuu. bertolak dr merbok. sampai2 opis, ada jaaaa hal yg menyakitkan hati! pastu bukak wassap, nahhh fana send printscreen gambaq yg mmg mengundang caci! maka pagi tu operasi caci-maki sempena thaipusam pon bermula. kebetulan semua geng pondan ada (kecuali embun) maka kami pon riuh-rendah la dlm wassap dan twitter (lagipon embun mana ada twittewwwrrrr). maka dgn kehadiran melati dan teratai itu sedikit sebanyak hatiku terubat.

~ cuba teka mana satu kek aku??? ~
ptg, semua pakat ngantuk. mmg x tahan sgt2. pastu kaknot kata "jom pekena kopi kat bawah". ingatkan kaknot memain. aku saja turun nk beli nescafe je. pastu saja usha kek kt kedai bawah. skali btoi daaa depa nk mkn kt situ. siap order nescafe panas lg. aku pon turut terjebak laaa! puasss dpt pekena hi-tea mcm tu. wahhh mengebat!

pastu dekat2 nk blk dah suami tanya malam ni nk makan apa, tomyam? aikkk kemain tanya mcm la dia nk tlg beli! aku pulak terasa mcm nk makan bihun pama je, sbb tpengaruh dgn fana gila tu.  dok wassap gambaq bihun pama dgn teloq, dia ingat aku heran dgn teloq dia tu??? puiiii~
pastu suami dok tanya ot ke x, balik pkl brapa. last2 suami antaq msg ni :

~ nampak tak betapa gediknya perkataan 'benci' itu diluahkan??? ~
uwaaaa terus kemas brg then, zassssss blk! turun je bawah, nampak suami & sapit dh tunggu kt keta. then bila nampak aku suami terus pegi kt moto, dan dtg kat aku bawak...

~ saiz asal ~
ya, rose! setangkai pink rose, x berbalut. suami hulur mcm tu je. owhhh sumpah segan! aku tgk sekeliling, ramai jgk org. dan ramai jgk yg pandang. aku ragu2 nak ambek. jd kaget camna ntah, rasa mcm dlm filem hindusetan (lapaq kaki). sampai suami ckp "nah laaa ambek bunga ni". aku pon ambek dan senyum sampai hidong. x jadi nak salam suami sbb malu. dlm keta baru salam =p

~ beberapa jam kemudian, dah mula kembang ~
then tinggal moto suami kt opis, nek keta ke pknk dan jumpa pakdin. aku sorang je pompuan wuuu. asalnya malas nk ikut org laki melepak, tp aku malas nk blk umah pastu kang nk keluaq pulak. lgpon kesian la kalo nk biaq suami naik moto. lps jumpa pakdin, singgah masjid zahir solat maghrib. pastu blk opis ambek moto, then simpan kt umh sewa aku. pastu kami sama2 nek keta then lepak kt tepi marina.

~ saja letak gambaq yg bulan terlindung ~
aku la ni, konon nak lepak tepi pantai. rupa2nya marina tu xde hape ponnn, dah la xdak lampu jalan. mujoq laaa kami ni dh kawen. tp mmg enjoy la, duduk sesaja pon tp kalo dah bersama suami terrrrsayang, for sure la indah kan? sapit pulak dok pasang lagu2 jiwang sbb dia patah hati, tp kami berdua pulak layannn je lagu jiwang tu sbb tgh bahagia~ kahakahkah! mcm2 benda kami bualkan, sambil bayu pantai bertiup, bersaksikan bulan purnama. bulan penuh mlm tu, sgt cantik!

~ koteow goreng gemilang, sumpah sedap! ~
then kami ke gemilang jln stadium utk makan. aku order fries je sbb kononnya xlalu makan, dan masih rasa muak kek yg ptg td. tp bila koteow grg suami sampai, kemain kami share 2 org, sampai abes. then order sepinggan lg! muahahah! ok la, sbb sambil tggu order sambil tggu pakdin dgn wife dia mai. abes licin koteow kedua pon, kami share. bini pakdin, yanie, tgh tggu hari je nak bersalin. besaq perut dia! kami menyembang sampai pkl 1 pagi, ayaq xtaula brapa kali tambah order  =p

~ muka dah pucat, tp syiokkk ~
sumpah mlm tu letih sgt. dah la mai dr kampung, pastu blk kja trus kluaq sampai pkl1 pg. sampai umah sewa pkl1.30, solat, on9, baca novel, pkl3 baru tidoq. mmg lemau. muka dlm gambaq pon sememeh jaaa =.=
suami tidoq umah sapit mlm tu. sbnrnya selain dr nak sepraiskan aku, tujuan suami dtg adalah sbb nk luangkan masa dgn sapit dan pakdin la. sbb lps kawen ni suami lgsg xdak masa utk kawan2. jd mlm ni, walaupon letih, tp kami sgt puas hati sbb objektif tercapai =p
tp percayala, dlm letih tu sebenaqnya happy tiada bandingannya. dlm rumahtangga, sesekali buat seprais, atau apa saja perbuatan yg bukan dilakukan hari2, adalah sgt penting dlm mengeratkan kasih syg~ gitewww nasihatnya!

ISNIN : 28.1.2013 - pg ni dah la kena pi klinik pkl8 pg. lps tu pi opis awai gila la kan, skali kak lin xmai lg, tayar pancit plak. mujoq kak ema ada, lepak dlm keta dia tunggu kak lin hohoho. ptg lps lunch, suami mai ambek kunci keta sbb nak ke jitra. elok dia blk elok aku pon dh nak blk, so mari kita pulang sesama ya abi? sblm tu abi teman aku check bsp kt farmasi.

~ candid dr tingkap keta ~
then aku ajak suami makan jagung fevret baby aku skrg ni, kt tesco tu. suami pon follow dr balakang. sampai sana, makan jagung sama2 kat foodcourt (sumpah sweetttttt, se-sweet jagung itewww ). lps tu aku terus ke highway blk sp, dan suami pulak blk merbok melalui jln yan.  sampai umah, solat, mandi then tunggu suami blk trus ke klinik plak check bsp. pastu, tapau berger sedap kt area fatimah bakery. aummm mmg sedap!

lps tu terus bukak laptop, suami tlg aku buatkan keja yg aku tapau dr opis, sbb esoknya aku nk emel kat opismet utk compose. aku pulak mmg xlarat dah. wuuu. sementara suami buat keja, aku baring kat sebelah, teman la konon kannnn. at last pkl 2 baru tido. wuuuuuuuuuuuuuuu kesian suami! (maceh abi!) pg tu x larat sgt, dan x mampu nk sediakan sarapan buat suami :(


Wednesday, January 16, 2013

WEEKEND : MINGGU 24 - KULIM

ASSALAMUALAIKUM...

KHAMIS : 27.12.12 - hri ni mc sbb kna pi klinik dan mmg demam teruk. blk klinik mmg lembik, terus tido sampai pkl 2 baru bangun. baru kalut nak mandi solat semua. ptg tunggu suami blk sb nak ajak pi pasar malam. tp suami pi surau pulak. wuuuu xkan nak halang. tp b4 suami keluaq pi surau terpaksa jgk la bgtau yg sebenarnya umi teringin yong tau foo. jd lps bacaan yasin suami balik, dan kami ke pasar malam nek moto. wuwuwu sweet! beli yong tau foo dan terung, sbb suami request nak mkn terung tetiap minggu :)
blk umah, aku mkn yong tau foo, suami makan nasi. pastu pakat dok menyembang pulak kt dapoq tu, bajet romantik pulak.
lps tu aku layan DON dgn abah, suami konon x minat hindusetan, pi dapoq teman mak buat tapai. haa elok bini tgk tv, suami kt dapur giteww. mmg dasar menantu kesayangan mak kan, dok tlg mak buat tapai! aku tgk tv pon dlm kdaan yg sgt lemah sbb sendi2 terasa sakit sgt, kepala berat, hidung dan mata berair. oleh krn x tahan sgt aku mkn jgk panadol.

JUMAAT : 28.12.12 - oleh krn tetiba mood nak beli tilam baby dtg membuak2, ptg ni jgk aku ajak mak pi beli tilam kat jln bpj-kuala ketil tu. kami gamble ja sbb tmpt makcik jual brg kekabu tu skrg org tgh upgrade buat jalan. skalipi, mmg btl. dah xdak jual kt situ. so kami singgah makan sbb aku xmkn lg, wuuu. aku makan bihun sup. sedappp tp aku tp mkn x abes. hoho. dah mkn, taktau nak pi mana. alang2 dh kluaq, so pi cari jgk tilam baby. kali ni gamble pi kat tikam batu pulak. jd keja kan dr bpj tu ke tikam batu. then sampai sana pon sama, kedai tu dh xdak. at last tpaksa mengalah. msg suami, ajak tgk kt kulim (sbb kak cik beli kt kulim). suami ckp   kalo beli nk pi kulim, mlm ni tido umah kakcik. aku on je =p

dr tikam batu singgah hasani pekan baru. ada pesta buku kannnn. memandangkn aku pi menonong ja tanpa survey dlu, mula la pening nk beli buku apa. at last beli ikut kata hati jew, then belanja mak satu buku. lps tu lajak pi kamdar & nagoya kt pekan sp sbb nak beli sarung tilam baby. mmg xleh tunggu dh sbb eksaited sgt nk beli, nk bg mak metua jahit. memandangkn bby tak tunjuk jantina lg, jd umi belikan set cadar hijau-gila. muahahaha!


sampai umah dh dkt maghrib. suami pi surau + kuliah, aku bersiap apa yg ptt. bila blk, teman suami mkn, tgk beto sampai abes, pkl 10mlm baru bertolak ke kulim. mak aiiii sunyi dan menggerunkn jln ke kulim iteww. bila sampai sana, borak2 sambil mkn ringan2 sampai pkl 2 jgk baru tido.

SABTU : 29.12.12 - lps sarapan, kak cik & hazwan bertolak ke taiping. tinggal la kami berdua berhanimun kt situ. konon nk blk sblm zohor. memula layan conan kejap, pastu nak tido kejap. memandangkn letih semalam x ilang lg, maka terlajak tido. at last lps zohor jgk baru gerak  =.=

bila dah sampai kulim tu, mula la berhajat bukan2. hahaha sebenarnya aku dh lama tringin nk jalan2 kt kulim, sbb aku mmg lost psl kulim ni. so ajak suami, mestila dia on ja apa yg umi mintak kan~  lgpon x puas hati shoping kt hasani kemarin, mcm x byk pilihan je. so target nak pi hasani kulim plk. kebetulan hasani kulim terletak dkt giant, cantekkk! memula kami singgah kedai tilam kekabu dulu. mmg xdak niat nak beli lg sbb target yg dkt bpj tu. jd saja2 je nk survey, nak tgk sendiri, nak belek. then ambek no fon. pastu terus ke giant kulim, wakakaka! kami pi pon berpandukan singboard ja.


dah pkl 3 baru kluaq dr umah kakcik, mmg lapaq tgedik2 la. tu yg bedal ja secret recipe. mula2 survey sizzling, tp tgk mcm x menarik je tu yg pi secret recipe. wuuu. lps makan, pusing2 giant tu then masuk hasani yg lamanya. pon sama, xtau nak beli buku apa. at last terjumpa novel yg aku mmg tringin nak baca, PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. satu lg novel aku ambek GURAUAN BERKASIH, sbb tebal gila hahaha! then jumpa 1 lg buku yg dh lama aku cari, iaitu 40 HADIS PALSU. cukup la dulu utk hari ni hahaha.

pastu blk umah, mak dh tersedia nak bakaq ayam. nak makan ramai2 katanya sbb abg & kak long ada. so malam tu, makan ramai2 la kami hohoho! then layan cerekarama je.

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...