CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KAMI BLOGGER UTAGHA. Show all posts
Showing posts with label KAMI BLOGGER UTAGHA. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

MAMA FANA E-DAY

ASSALAMUALAIKUM...

1 FEBRUARI 2015 - tarikh pertunangan mama umarfaiq, si doktor farhana tu a.k.a mamafana. hek eleh baru sebulan berlalu ye dok? belum basi lagi nih...hekhekhek

sebelum dia bertunang tu kemain kalut la dia kan, sebok tanya itu ini. seksaited letewww~

iols pon tumpang seksaited, tapi berlagak cool aje la hekhekhek.

awal2 dah dikabo kena pakai baju PINK. abi mmg dah ada baju pink, anak pon dah ada yg mamafana bagi dulu, tinggal umi jela kena beli baju baru. alasan sangat.memula ingat nak pakai dress, barulah persis bidadari kan. tapi taknak la nanti mamafana tenggelam pulak so umi pakai baju kurung jew, baru lah ayu persis ibu mithali. gituuu


anak sebenarnya demam dari sabtu lagi, tapi disebabkan  nak jugak pegi e-day mamafana tu maka umi bagi ubat bontot kat dia dgn harapan panas badan dia turun. alhamdulillah berkesan, tapi dia masih lemah. tak aktif tak ceria. kami pon agak lambat jugak sbb tunggu solat zohor dulu baru keluaq. tak jadi pakai baju yg mamafana bagi sbb anak demam so pakaikan kemeja supaya senang nak bukak butang in case badan dia panas. lagipon nak jugak melaram baju baru dia pon. kebetulan jumaat tu uncle Lan belanja baju baru heee.  act baju tu pon pink jugak, tapi tak berapa nampak sgt sbb jalur2 halus. maka sbb nak match kan dgn anak abi pon kena la pakai kemeja hekkk


masa kami sampai rombongan dah sampai dan tengah makan. apa lagi terus umi masuk bilik dan bergambar sedas-dua dulu bahahaha. kesian anak, mampu tengok je mama dia pakai lawa2. ada mummieh dgn omma pon dia diam je. dah la jarang jumpa, bila jumpa tak boleh beramah mesra pulak sobs.


kawan dia si fateh uwais tu ada pon dia buat dekkk je, tak berminat nak kawan. sedangkan kalau dia sihat mau habes dia ligan anak orang. takpe nak, ada hikmah nya tu. sbb awak nampak sangat bersopan di majlis org huhu.


lepas bergambar sedas-dua, tiba masa org sarung cincin. masa ni umi curi peluang untuk keluar rumah dan pi makan. anak passing ke abi pulak. nasi tak berapa lalu so umi meratah ayam je banyak. mujoq ayam sedap hewhew. nahhh tengah makan sempat la curi2 bergambaq dgn adik ipaq. sila cari hewww


lepas rombongan dah balik, apa lagi......masanya untuk kita bergambaq pulak hewhewhew! anak duduk dengan abi kat luaq sbb abi nak bagi anak dia kena angin dan takut anak bosan tengok perangai umi depan kamera hekhekhek.


tapi, umi rasa umi masih sopan. berbanding mummieh. anak memang kena elak tengok gambaq2 mummieh ni. takut berjangkit. tak percaya nanti sila cekidaut!


tengok tu, org lain rilek jeee, dia je over the top. ntah pape. syok terlebih kot nak dapat abang ipaq engineer. gituuuuuuuu



hantaran punya laaa banyak kalah hantaran kawen haaa. tak sempat nak ambek gambaq satu2. cuma yg bangga hasil tangan umi terselit di celah2 hantaran2 gah itewww herherher


tahniah mamafana, dah maju setapak ke hadapan. wuuuuuu sedihlaaa nanti dah kawen sapa nak belanja anak dan umi wuuuuuu...mujoq adik ada masa beberapa bulan untuk manja2 dgn mama sebelum mama manja dengan suami.*tercekik*


love the simple majlis. pelamin sweet light2 gitu. baju pon simple tapi manisss. mekap natural. minimalis sangat!


dah penat bergambar, sempat lagi laaa bergosip 3 org ni kan. pantang jumpa sangat. tapi bergosip dalam keadaan terkawal dan sopan. lakonan harus mantop. tak boleh la nanti terkeluar saka mamafana nanti, namo namo namo!


candid! ni antara geng KBU yg hadir. gitulah gamaknya. gamborrr aje kejanya. tengok si anith tu, kalah official photo-g tau. pro sangat! mementang la kamera lenovo dia boleh buat gambaq umi segak serta merta..........


tengok mummieh...umi buat muka menyampah kat mummieh tu...uols jangan salah paham k. umi tak pandai posing duckface bagai


ni cubaan umi nak posing diva mcm mummieh. amboi dia sakan sangat posing acah2 sweet sangat. apa ingat umi tak mampu???


selain anith, umi jugak ada kamera power sebenarnya. abi's baby purple namanya. gituuuuuu. kau ado???


akhirnya...jumpa jugak gambaq mummieh yg sopan dan tak merosakkan gambaq. dalam ni ada 2 mak orang,  1 bini orang, 1 tunang org dan 2 gadis yg masih mencari cinta sejati. sweet2 belaka. untuk 2 gadis tu boleh pm for details k.


last but not least, tahniah mamafana! moga dimudahkan urusan nanti. tak sabaq nak jadi bridesmaid anak dua yg paling gojesh! kau mampu??? last but not least, nahhhhhhhhh gambaq paling win


Monday, March 31, 2014

CUTI CNY II~

ASSALAMUALAIKUM...

1/2/2014 - memandangkn ramai ahli keluarga yg berkumpul, kmi decide utk ke pasar sabtu. Org kampung panggil pekan nat. Kau penah dgq? Hahaha i oso dunno y depa pggl mcm tu. Brekpes pg tu ditaja oleh pakcik. Lps brekpes baru pakat2 p. Pekan nat ni lbh krg psr tani la. Semua ada juai. Kmi x byk membeli pn. Lbh kpd cuci mata ja.

Blk umh tok, pakat bersiap utk ke kenduri sedara kmi plk. Konon jeee nk pegi kenduri sedara ni awal sbb ada byk lg kenduri. Last2 dkt pkl1 baru pegi. Akhirnya sblm bertolak blk kmi solat zohor sesiap kt masjid dkt umh tok. Abg n kaklong tlg jaga anak. Masa kmi odw blk selisih dgn mak abah. Tu maknanya kmi dh lewat. Pondan2 tu dok tepon tnya bila nk sampai. Depa dh lama ada kt sana. Sabaq ponsss, org penting mmg suka p lambat.

~ super duper love this gambaq! umarfaiq's mom ~

Dh sampai yan, pokok plk tumbang menghalang jln. Dugaan sgt! buang masa dh kt situ. Mujoq masa sampai pondan2 masih berkeliaran di situ. Lama hoiii x jumpa! sambil kenduri sambil gath sambil luahkan gosip terpendam. Gitewww!


ramai yg hadir walimah gk ni. Dpt la jumpa bbrpa muka yg selama ni hanya knl nama ja. Tp ramai jgk muka2 yg aku x kenal. Maaf sgt2 pd yg aku x tegoq. Yela x semua aku kenal mcmna nk tegoq. Bkn iols sombong ok! jgn salahkan iols  kalo uols tu yg x glemer. Blogger suam2 kuku gitew wakakaka *baling botol*



Anak, mood btl2 x elok hari tu. Heran sungguh! dia x penah mcm tu tau! biasanya dia ok je dgn sapa2 pon. Tp hr tu, dgn sapa pon dia xmau. Siap nanges meraung lg. Dgn mamafana ja dy ok, tu pon x lama. Bak kata kak shida, dia kenal mama dia sejak dr dlm perut lg hewhewhew. So achik2 yg mencuba nasib tu maaf la ye sbb anak x bg kerjasama. Maka itu jgk slh satu sbb knapa aku x blh nk bersosial beramas mesra sgt.

~ cari budak tersembunyi LOL ~

 Abi kata, dia dah bisik kat anak "umarfaiq, nt kalo kawan2 umi dukung terus nanges tau!" - FINE ABI
org lain dok kalut camwhore aku kalut susukan anak. Mummieh dgn mama cover line. Gitew la naseb seorang umi. Sbb tu aku xdak byk gmbaq kt mjls tu. Gmbaq pengantin lgsg xdak. Pengorbanan tu namanya. Tp dlm dok berkorban tu sempat jgk lg. Mamafana punya keja. Sambil menyusu sambil camwhore. Gitulaaaa nama blogger bijak *baling kerusi*

~ anak boikot umi nak fefeeling zaman gadishhh ~
~ with tokcu sofi LOL ~
~ last but not least, le moms. buat2 x nampak pakcu ~
x dpt duduk lama kt situ. Anak buat perangai, umi pn mula rasa x sihat. Plan asal lps kenduri gk nk p kenduri kwn abi kt perda plk. Nampak gaya kena batal sbb dh lewat. Ramai yg kata jalan jem. Dan plg penting umi x sihat. Sakit kepala sgt. Maka kami blk merbok aja. Blk2 terus umi pengsan. Tido x sedaq diri sbb sakit kepala sgt2. anak, maklong & kak majdina yg jaga. Untunggg sgt ada depa :)


Monday, December 16, 2013

BABIES KBU

ASSALAMUALAIKUM...

berikut adalah senarai baby kbu mengikut umur berdasarkan pemerhatian umi

1. wildan hakimi
2. syabil iman
3. MUHAMMAD UMAR FAIQ (kenapa mesti capslock?)
4. fateh uwais
5. annur khalisa
6. aqil najmi


coming soon, baby of :

ezmaliza
tatia
syahada fouzi
fadil penyu


ada lg x yg tertinggal? betul x susunan tu? btw anak kak shida anwar umi x kira yeee sbb dh out of kategori BABY kehkehkeh! *larikkklelaju*

dan baru2 ni walimah naqiah umarfaiq sempat le bertemu dgn wildan hakimi & fateh uwais. hakimi dh jumpa beberapa kali b4 ni.


umi dr dulu lg gewwam sgt dgn hakimi ni sbb badan dia mmg bersemangat. sumpah rasa nak geget! bila kecik bulat kemain comel. skrg bila dh 'besar' sikit makin tampan plk umi tgk. sasa ala2 aaron aziz. makin putih plk tu. eeeee comel! paha & tangan dia berketul2. dh la hensem! tp yg x best nya bila dh besaq ni dh x mau kt org. hakak juicy nak dukung pn dia dh xmau skrg. amboiii dia eksyen nooo! yg best masa nak ambek gmbaq dgn umarfaiq, hakimi mcm takut2 je dgn anak umi ni. dia dok ushaaa je, kekonon "kau pehal?" haha. yela umarfaiq ni kan mcm umi dia agresif semacam je. sampai hakimi 'takut' dgn dia. so gambar mmg out hahahaha!


si fateh uwais ni umi tgk dlm gambaq mcm bulat debab je. tp bila jumpa depan2 x la 'sebesar' yg umi sangka. masih di porpotion yg btl huhu. cuma pipi dia mmg pau (ummi dia yg ckp), kena tambah inti je baru lazat nak geget2 hiiii. masa nk ambek gambaq sesama si fateh uwais ni ilekkk cool je, yg umarfaiq dh mula kelupoq sbb ngantuk. haishhh pon sama mcm hakimi, gambaq x berapa nk cantek, byk gegaq ja haha.
kesimpulannya, setakat ni baby kbu mmg majoriti besaq adalah boboi. blh geng ni hoi! hopefully dpt la jumpa semua babies ni nanti. syabil iman hakak juicy jumpa masa dlm perut jewww dulu!

Tuesday, October 2, 2012

TAKZIAH ADAM~

ASSALAMUALAIKUM...

td bukak fb
sgt tkejut! 
ada tag dr adam
mengatakann yg wife dia keguguran
subhanallah, sgt terkejut!
sbb aku sgt teruja dgn twin baby adam
dan aku penah cita kat suami psl adam nk dpt twin
sbb suami aku sgt eksaited dgn baby twin!

rasa simpati sgt kt adam
sbb aku penah baca status dia yg mengatakan x sabaq nak jumpa 'babies'
waaa sedihnya!
aku jua sdg membawa bayi di dlm rahim
aku tahu mcmana perasaan seorang bakal ibu
mcmana perasaan bila kita tahu tanda cinta kita sdg membesar di dalam rahim
jgk aku tahu mcmna terujanya seorang lelaki
bila bakal bergelaar ayah
tak terungkap dgn perasaan

adam, kuatkan semangat!
insyaallah, Allah uji kita sbb Allah ada rancangan yg lbh baik utk kita
adam kena kuat, demi wife!
salam takziah dari kami & suami~

Thursday, March 22, 2012

KBU - PREPARATION

ASSALAMUALAIKUM...


sepanjang minggu ni, mmg semangat nak blk. sbb dh janji nak pi besday party anak kinah. tp td pi opis, awal2 lg bos dh tanya drawing. kak not pulak call nak detail drawing by monday. terus otak asek pk kerja. dan bila pk kerja, mula la x senang hati nk balik sp. so terlintas di fikiran malas blk sp, sbb ingat sabtu nk ot/buat keja kat umah. tp takut jumaat tu aku bosan plak dok nganga sorang2 dlm bilik lagenda tu. so cuba2 nasib la tanya geng kbu, kot2 la depa nk mai lockstuck, blh la lepak2 sekejap


 

sekali depa ajak pi pendang, bkt perak pulak tu! mmg cantik sgt la! sbb aku rasa aku mmg perlukan ketenangan, release kepenatan bekerja. so kalo enjoy2 dgn alam semulajadi mmg terbaek la! x ramai pon xpe, asalkan ada dua-tiga kerat pon dh oke sbb ni jz for fun. dok baca komen depa, mmg aku eksaited la tunggu esok! nampak mcm bkn stakat berkelah. dan ada jgk beberapa org yg blh join. kompom best!





so aku offer diri utk bt sandwic. benda paling senang n simple sbb aku xdak kelengkapan memasak sgt. blk keja td terus serbu tsb, cari bahan utk sandwic. coihhhh mcmla byk sgt brg kan! eh, apesal nampak mcm ada bihun tu??? hehhhh jgn nk perasan aku nk bawak bihun esk! bihun tu utk dinner mlm ni dan mlm esok. simple punya, goreng pakai perencah ja. sadisssss dak??? so kak shida esok sila masak sedap2 utk lunch spya saya rasa berbaloi meninggalkan sp~


 


ni mmg habit aku sejak di poly lagi. aku mmg suka tester food. apa2 yg ada tester mmg aku suka serbu. selain sbb bentuk yg comel (sbb selalunya depa buat kecik ja) aku mmg suka buat benda mengarut tu. so tadi maggi promosi 'maggi cukup rasa', depa bt mi goreng. masa aku pi tu depa tgh goreng. so bila nak blk aku sambaq 1, panas2 lg oi, dah la byk! :D


so kpd mereka yg bakal terlibat esok, sila buat persiapan sepulun saya krn saya mmg bersemangat kalo bila saya serius. cant wait nak jumpak uolllsss esok~


***gksb sila menanges membanjiri kl werkkkkkkkkkkkkkkkk :D

Tuesday, June 21, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY NEW BBFF!!!

ASSALAMUALAIKUM...

mai sini nak publish BBFF aku.apa menatang BBFF tu? oh bukan Birthday Boy For Free yer. tapi BestBoyFriendForever oke!


tadaaaaa! oh mak kau terjun! *ayat latah aku yg lazim*
kenapa,x percaya? yer, ni boipren baru aku,x caya jgk??? hahahaha
sila translate maksud BBFF tu dlm bahasa melayu oke. tolong rujuk kamus.


kami kenal melalui KBU. baru sgt berkenalan.
tapi rapat + mereng mcm dh kenal sejak kecik. luckily dua2 masuk kepala.
*ada lagi ahli musalman tp kita fokus pada besday boi dulu ye*

~nampak sgt gambaq curi~
mula2 kenal...takut nak tegur mamat ni. muka siyes mcm tok mudim,ngeri-ngeri-malu nak tegur.
but once try cuba nasib, tgk oke aja. sepoting la jgk.
at last,oh,mereng bersama rupanya~
abg naim ni jgk hot oke! x caya??? aku ada bukti oke.
bak kata erra pajira, "bangganya kita dpt layanan spesel dari abg hot ni!"

SELAMAT HARI LAHIR KE-25

~with anith~
  SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI
*ucapan stended tp ikhlas*

~with CK~

SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP


~with kak SHIDA~
 SEMOGA BERBAHAGIA SELALU

~with GKSB~
SEMOGA SEGERA MENDAPAT JODOH
*mengapa mesti ucap pada gambaq GKSB???*

~with ERIN~
SEMOGA IMPIAN & HARAPAN TERLAKSANA


akhir kata dari kami,semoga abg naim sentiasa berbahagia menjalani onak duri kehidupan ni.
sedih,gembira,kecewa, adalah mainan dunia. semuanya terletak pada kita utk menanganinya. kita yg akan menentukan hala tuju hidup kita! so kita enjoy! *bajet nora danish*

~sweet kan???~
tapi yg ni lagi suwittt!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


~HAPPY BIRTHDAY ASYRAFULNAIM~

Sunday, June 12, 2011

9 JUN 2011 - ABIL?????

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni mmg aku free, tp amat bz. *x paham sudah*
Segala2nya bergantung kpd meeting. So dah almost 1 pm aku tgk meeting mcm oke je, maka aku msg ABIL lg utk lunch. Ekceli geng opis pon p lunch reramai. Tp aku x join sbb nk lunch dgn abil. Abes aku kena kutuk! Huwarghhh!

~abil teruja tgk aku pakai selendang. malu aku ditenung oleh abil~
~sbb dia kata aku nampak selekeh pakai tudung bawal! amboiii stetmen melodi tu~
Tym kuar tu,hujan rupanya! Coih! Terpaksa redah jgk sbb dah janji. Kali ni mmg aku niat nk mkn mekdi. Skali mekdi penuh la…terpaksa la p foodcourt. Mak aihhhh,penuh jgk! Tp redah jgk la sbb aku rushing. Memula aku nampak nasi tomato,terus serbu! Perghh,lama kot ngidam! Skali tym tgh beratur tu aku nampak mamat sebelah mkn nasi goreng ayam. Mak aihhh,mabelless semacam je aku tgk. Mata aku x kelip jerr tenung nasi brader tu. Akhirnya aku rasa mcm iman x kuat jer, terus aku p beratur kat nasi goreng ayam plak. Siap order ayam lebih lg! mmg terbaekk la,Muahahaha! Kali ni tercapai jgk hajat aku nk belanja si Abil ni.

~sedap amat! x sia2 aku tunggu lama~


Lama gila kot tunggu nasi tu. 1.50pm baru dpt nasi. Sempat mkn jela, tu pon kalut2. Then dah nk balik mcm besa la harus bergambar. Persyaitonkan mata2 dengki yg memandang. Si abil ni pulak saja je tau dok buat "sweet" dgn aku. Terharu oke! Dah tu bila aku nk blk dok buat ayat sedih & muka sedih plak.haisshh,sabo jela. Mujoq aku ni kental, kalo x dah lama banjir kat situ.hahaha

~abil sdg peluk aku ketat2~

Wednesday, June 8, 2011

7 JUN 2011 - LUNCH WIF ABIL~

ASSALAMUALAIKUM...

Ohhhh..hari ni aku saaaangat letih oke!
kenapa??? ni aku nk cita la ni...adehhh

ok pagi2 sampai opis depa dok kecoh dpt kupon diskaun utk set brekpes KFC.pakat decide la nak beli.tp at last semua nk mekdi sbb kepsi pnya brekpes mcm x menarik. so kalo benda2 mcm ni ofkos la aku yg kena beli sbb aku pakar. aku blh bgtau harga sekali dgn tax oke! hahaha
mereka ni mcm besa order berger yg teloq tu,muahaha *mekdi ada crabby patty x???*

sebelum tu aku ke pejabat pos utk bayar bil air. 15min aku tunggu giliran,skali sampai turn aku. aku tunjuk bil & bg duit, org tu ckp "bil ayaq x leh bayaq kat sini dik"
WTFish!!! penat oi tunggu,dh la lewat dah. mekdi murah takat koi 11 ja!
*ampa penah dak bayaq bil ayaq kat pejabat pos???*
terus aku blah dgn hati yg membara *sebenarnya malu tu yg lebih*
pastu sampai City Plaza, kena MBAS dulu utk selesaikan beberapa hal.

after that baru terjah mekdi,mujoq sempat! aku order 8 set semuanya. mcm besala aku mintak sos lebih. then akak tu bgtau "creamer & gula blh ambik kat sana ye"
aku pon angguk "ya timakaseh"
padahal akak tu xtau yg aku dah kutip semua gula & creamer dlm plastik asing. skali dgn jem aku kebas!muahahaha!!! 
ko bayang kan la beb aku bawak 8 set mekdi tu nek moto.mmg tunggang langgang la. hahaha.
errr sebenarnya 8 set td tu x termasuk aku ya hadirin sekalian. aku pon xtau nape lately ni aku mcm loya ja dgn mekdi. rasa mcm x berminat langsung nk mkn. so aku singgah kat gerai beli nasi utk aku. mulia kan aku bersusah-payah angkut mekdi tu padahal aku x mkn pon T___T *oke blh lempang saya kalo mau*

elok aku sampai jer opis,tetiba"Anith" msg aku tanya ada mana bagai. aku bajet mesti dia wonder pasaipa aku x muncul kat twit lg *gila perasan nk mampoihhh*
skali ABIL daaa yg msg. rupa2nya dia nk ajak aku lunch. ohhh aku sdh mkn kot. dan paling penting aku bz amat oke! malas nk kuar sbb nanti take tym. tp bila pk pasal bdk abil tu, jd x sampai hati pulak. kang x jumpak kang nanges plak dia kt bandaraya lockstuck nun.oh x sanggup aku hampakan peminat cilik itu!
maka koi 1++ aku pecut lelaju p CT PLAZA. parking pon men hentam ja.

suka aku bila nampak abil eksaited jer gaya dia *mesti syiok sgt dpt jumpa kak kan???* bluekkksss
disebabkan aku dh kenyang kami minum2 je. oh lupa menu kami!!!
jeng jeng jeng jeng

v
v
v
v
v
v
v
v
v


uuudiaaa! eskacang! sumpah sedap tp aku x brapa suka sgt makanan2 manis ni *konon jaga kesihatan*
aku jgk x mkana benda apa ntah yg bulat2 warna-werni tu. abes aku mkn apa??? mkn ais + kacang sahaja!!!


abil dtg bawak kawan sorang,tp kawan dia ni senyap jer. mesti kes terkedu dgr aku bercakap nih! muahaha! x dan nk gossips sgt dgn abil,sbb aku mmg rushing. ckp pon lelaju jer. 
abil ni sebenarnya dtg tuisyen. so alang2 dia ajak la aku jumpa. rindu lattteww! ahaks! aku agak terharu oke!
sambil lepak tu aku ternampak kak yan on the way nk pi keja. aku ingat dia cuti rini.demm!


so bila dh almost 2pm tu aku larik kejap pi Guardian. selain nk jumpa kak yan aku juga sebenarnya nk beli something utk Anith, kakak si abil ni. rindu kat dia & kesian dia sbb x leh ikut sesi bertemu retiss hari tu.
bila aku come back,terus ajak depa blk sbb mmg dh lewat. aku pon beriya la nk p bayaq sbb mmg aku dh niat nk belanja abil. skali dia ckp dah bayaq??? eeeee,sumpah aku geram. padan muka abil kena tamparan manjaku tadi. 
x patot tau abil belanja, dia bdk lg. dia kata dia yg ajak, so dia kena belanja. iskkk,nonsense! aku terasa spt membuli kanak2 bwh umur plaks! adehhh

apa pon sgt happy dpt jumpa adek ipaq ni even kejap. harap2 terubat la rindu dia kat kak ipaq dia yg lovely neh~ 
*lantakkk lah aku nk batak pon*


p/s : hari ni aku happy gilak sbb aku sangat hebat ketika men bolink tad. nantikan kisah benar ini~

Sunday, April 3, 2011

BERGADAI NYAWA DEMI SINAR HARIAN

ASSALAMUALAIKUM...

AMARAN : ini entry basi! kalo takut keracunan makanan jgn dekat!

dgr tajuk entry mcm bangang je kan
tp tlg la percaya,ini lah yg aku telah lakukan
30 MAC 2011  : gambor aku masuk paper weyh
sinar harian ok <--- gila bajet gempak
muahahaha
jgn kutuk lebih2! aku x bangga pon
cuma syok sikit2 je
sbb benda ni bkn aku sorang,tp melibatkan ramai lagi geng KBU yg sama2 menjayakan program ni
program apa??? <--- belum ada mood utk buat entry :p

alkisahnya ptg tu naqiah ajak lepak kedai dia
dlm masa yg sama kak yan ajak shoping
dua2 aku reject dgn alasan kena o.t
skali bos & para arkitek xde
maka berhanimunlah aku <--- lari balik awal
tp suasana masa tu hujan <--- x lebat tp cukup utk membasahkan aku
alang2 dh basah aku redah jgk gi kat naqiah
atas alasan nk isi minyak

sampai kedai minyak aku nampak paper sinar harian masih byk 
terus aku sambar coz b4 that aku dh cari kt kedai bwh opis tp dh abes
yg menyakitkan hati nuraniku adalah si cashier di stesen minyak itu
dah aku beli sinar harian,mintak lah plastik
yer takut gambar aku lunyai kena hujan
dgn bangangnya dia blh tanya
"hujan ka?" <--- dgn reaksi "xpayah plastik la!"
adehhh...xnampak ke aku ni pakai helmet <--- maknanya aku penunggang motosikal
helmet aku basah2 <--- itu bkn bukti hujan ke???
dia ada mata <--- xkan x nampak hujan???????

sabo jela...semuanya demi sinar harian
demi nk tunjuk bukti yg anak mak keluar dr pg sampai mlm sabtu lepas sebenarnya utk tujuan baik :)


ha amek ko gambo terhangat di microwave
nk tunjuk sgt la tu pulun dia tuh...hiskkk

 

opppsss!mkn gelojoh sampai mayonis tumpah atas tudung pon x sedar :p
then sampai kedai naqiah terus order potato spring dgn sombongnya then sentap laptop dia buat mcm laptop sendiri sambil online sampai pukul9
gila gangster dgn kawan sendiri kan


sapa yg xtau tu,sahabat aku si naqiah othman ni ada buka gerai jual potato spring & otak2 johor kat stadium darul aman


so sapa yg ada dekat2 tu bleh la singgah2 sini
sumpah sedap aku x tipu <--- naqiah tlg bayar komisen!


ini la sahabat aku merangkap usahawan muda :p

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...