CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MUHAMMAD UMAR FAIQ. Show all posts
Showing posts with label MUHAMMAD UMAR FAIQ. Show all posts

Friday, June 12, 2015

MUF : SUSU FORMULA~

ASSALAMUALAIKUM...

sebagai mak, mesti kita nak bagi yg terbaik utk anak kita. Tapi, tahukah anda bagi kategori susu ni, istilah 'TERBAIK' itu adalah subjektif? Maksudnya kalau dia kata susu A ni the best, tak semestinya susu tu the best utk anak kau. Mungkin utk anak kau susu B yg the best. Faham tak? Alahhh mak mak mesti faham. Dan satu lagi, tak semestinya susu yg mahal tu yg paling bagus ok. Bagi aku senang je, susu formula ni semua sama je. Asalkan susu je. Kalau nak susu terbaik cuma susu ibu. Setel. Huuuu
Untuk umarfaiq, mmg dari awal target susu murah2 je. Bukan berkira dgn anak, tapi mcm aku ckp la, susu semua sama ja huuu. Murah ke mahal, yg penting sesuai dgn anak. Tapi mestilaaa kalau blh cari yg murah2 sudah. Hohoho

Dok nampak yg murah ni cuma dutch lady dan dugro. Jenama lain blh tahan harganya. Sebelum ni umarfaiq minum susu2 sample ja. Nampak gaya umarfaiq ni mmg mudah dari segala segi. Bagi susu cap apa pon semua dia bedal. Dah tu susu2 sample plk mestila yg mahal2 kan. Risau jgk umi ni haaa buatnya dia dah besa minum susu mahal, direjectnya susu murah. Jenuhhh!



nak dijadikan cerita, masa umarfaiq warded sbb demam dulu masa tu laaa stok susu sample nak abes pon! maka pesan kat abi la beli susu anak. Abi pon blurrr la nak beli susu apa kan dah tak penah2 beli. Masa kat kedai abi call aku tanya nak susu mana so aku cakap cari yg murah. Abi baca satu2 brand mana yg blh dipertimbangkan as murah tu kan huhu. Dlm kekalutan tu aku main sebut ja dugro. Dan alhamdulillah umarfaiq blh terima dugro even sblm ni dah besa minum susu mahal huhu...

Bila dah habes paket tu kena la beli yg baru kan. Aku lupa nak rekod sepaket tu tahan brapa lama. So call kakcik tanya biasanya sebulan brapa paket diperlukan. Kakcik ckp lbh kurang 4 paket. Kiranya kalau 3 paket tak cukup, kalau 4 paket ada lebih. Tercekik sat aku dengar. Banyaknyaaaa??? Errr...selama ni dah biasa takde bajet utk susu, tetiba nak kena spent utk susu jadi terkejut tak tahuan hohoho.


Kali ni aku sendiri yg pilih susu, still stick dgn dugro sbb ada yg perasa madu. Dah ada madu, sedap sikit la kot kan? Mmg saja taknak ambek perisa coklat. Kalau perisa sayur/buAh pulak mahal. So ambek perasa madu. Kali ni aku catat bila tarikh mula buka susu dan tarikh habes. Utk paket 900g tu tahan 2minggu ja dgn umarfaiq,tu pon kdg tak sampai 2minggu. Nangesss!

masa mula2 bagi susu kat umarfaiq, aku tak ikut sukatan yg diberi. Kalau tak silap 1sudu = 1oz air, tapi aku buat 3sudu = 7oz sbb nak jimat. Kalau ikut sukatan dia parahhh laaa. Lagipon bila pekat sangat tak sedap, umarfaiq buat muka pelik. tapi bila ikut sukatan yg aku buat tu susu jadi ceroi la. Sampai la suatu hari masa balik merbok, aku tgk susu uwais dan muhammad punya la pekat. Tu pon depa minum tak habes pon slalu. Tapi anak aku ni bagi susu ceroi susu murah pon telan ja tak byk bunyi. Terus aku rasa bersalah :(

maka lepas pd tu aku tukar sukatan jadi 4sudu lebih susu utk 7oz air. Baru la nampak elok sikit rupa susu tu. Tak ceroi tak pekat, just nice.

Masa mula2 diperkenalkan dgn susu botol, aku agak kekok sikit. Terkejut bila umarfaiq kerap mintak susu. Aku taktau itu normal ke tidak. Bayangkan even tido malam pon setiap 2jam dia akan mintak susu. Gila apa wehhh jenuh la! Bayangkan kalau dia tido dari pkl1-10 pg, lebih kurang 4-5 kali dia mintak susu. Nangesss umi haaa! pampers sampai bocor sejak dia amalkan susu botol ni. Dah kerap sgt minum. Dan selera makan pon berkurang sikit bila dah amal susu botol ni, tapi dia still makan. mcm uwais, makan pon tak brapa, susu pon tak brapa minum sgt. tapi umarfaiq ni tak pernah minum susu tak habes. 7oz tu mmg sekali teguk ja. alhamdulillah mmg tak pernah membazir la. kadang dia mintak susu lagi umi cakap susu habesss abi tak beli kahkahkah!


cuma sekarang ni baru la nampak normal sikit. kalau sebelum tido dia dah minum susu, esoknya dalam waktu subuh mcm tu baru dia minum pulak. kadang kalau umi bermurah hati, dlm pukul10 pg tu umi bagi lagi. kalau tidak, umi buat dekkk je haha. kalau dulu pantang terjaga ja akan merengek nak susu. now kalau terjaga masih boleh dipujuk tepuk2 sampai lena tanpa susu.

alhamdulillah, bab susu formula pon dipermudahkan. umarfaiq mmg anak yg mudah dan memudahkan. kadang2 kalau umi terlupa bawak susu dia or susu dia tetiba habes masa kat kampung, umi 'pinjam' ja susu uwais. tak pon bagi je apa2 air letak dlm botol, pon dia ok. :)




Friday, June 5, 2015

KESAN MENGAMALKAN SHAKLEE ESP SOY PROTEIN

ASSALAMUALAIKUM...

now dah almost 4 pagi, baru siap design sebuah kufi. konon je nak stop ambek tempahan, tapi bila sahabat merayu mula laaa nak lemah. grrr. takpela, anggap ja tu rezeki. rezeki mana boleh tolak. sepanjang mengandung ni walaupon mulut tak henti cakap tak larat tak larat, tapi still mampu siapkan tempahan. yg lebih amazing, proses design sekejap je. means Allah bagi ilham dgn mudah. Alhamdulillah. 

anak pulak kemain tadi buat kejutan pukul12.30 dah ajak tido. eh? biaq betoi? selalu pukul2 tak lena lagi hewhewhew. memula abi nak tidokan anak, tapi umi mcm rinduuu pulak so takpe biar umi je tidokan. anak nampak umi masuk bilik terus meloncat suka, "mi...lok mar" (umi, peluk umar). peluk punya peluk pukul1.15 jugak baru lena grrr. abi letak kepala terus hanyut. hampehhh~ mujoq umi tak hanyut sekali, kalau tidakkk, tak siap la tempahan umi ni. umi nak siapkan segera supaya sempat siap sebelum selasa. selasa umi nak pi penang boleh cod skali. tapiii kalau terberanak awal, abi la yg kena setelkan hihihi. at least umi dah siap design, abi dah boleh take over :)

so sebelum tidoq mai nak up entry sedaihhh. taktau nak cerita apa. mai kita cerita benda ringkas dan padat. ok umi nak share pengalaman umi mengamalkan ESP SOY PROTEIN by SHAKLEE. im sure kaum ibu mesti familiar punya la kan? masa mengandungkan umarfaiq umi amal dari 3rd trimester sampai lepas beranak. dan utk adik ni pon sama, inshaallah akan konsisten amalkan selagi terdaya. masa umarfaiq dulu lepas berhenti kerja umi pon stop minum dah sbb umi minum utk banyakkan susu. bila berhenti kerja dok direct bf, tak ambek supplement pon mmg susu melimpah. alhamdulillah.

utk adik ni umi ambek sbb HB rendah hari tu la. tapi umi tak amal secara disiplin sgt sbb yela kalut dgn umarfaiq warded hari tu kan, so setakat ni HB still sama, tak turun tak naik. tapiii kesan yg umi dapat masih sama mcm dulu. kesan apa?

1 - yg umi perasan, sejak minum ESP ni, kulit umi bertambah cantik. bukan nak perasan ok, tapi kita mesti tau hal diri kita ye dok? kulit tangan umi ni mmg jenis kering mcm nenek2, tapi bila consume ESP ni kulit jadi cantik la sikit dari sebelum ni. mmg boleh perasan benda ni.

2 - umi ni ada masalah tumit merekah. tapi bila amalkan ESP ni, kejap je tumit merekah tu berkurangan. hampir 80% tau masalah tu hilang. kiranya yg tinggal rekahan manja je. padahal umi amal baru sebulan, dan tak regular pon hari2.

yg tu kesan utama bila amalkan masa umarfaiq dan masa sekarang. dari segi tenaga umi tak reti nak describe sbb umi tak pasti sangat haha. 



tapiii masa mengandungkan umarfaiq dulu, umi mmg tak minum air kelapa ke apa, just minum ESP tu ja. hasilnya, keluaq la seketol bayi yg gebu gebasss! erkkk puji anak sendiri haha! ya, umarfaiq mmg ada kulit yg gebu dan cantik sejak lahir. dan sampai skrg dia tak pernah ada masalah ruam ka gatal nappy rash ka apa. kulit mengelupas pon takdak. semua jenis sabun dia blh pakai, takdak alah apa2. even rambut panjang pon dia tak pernah ada masalah kulit or gatal2.

dan ramai yg puji kulit dia lembut. umi pulak bila org puji anak mesti la nak berdalih sikit kan "eh mana ada, baby2 mmg semua kulit lembut"

depa kata dak, ada baby yg tak lembut jgk. kulit umarfaiq mmg lembut. even dah berusia 2 tahun lebih pon masih ada yg puji kulit dia lembut. especially bila depa pegang tangan dia hikhikhik. alhamdulillah. bukan umi saja2 puji naaa, ni worang cakap la bkn umi cakap. bila worang cakap baru umi perasan eh betul la tangan anak umi lembut LOL~ 

apa pon semua ni kurniaan Allah. bkn lah kalau minum ESP tu dijamin anak gebu. kalau tak minum anak legam. no no no. ni semua kebetulan, semua tu Allah dah tetapkan. gebu tak gebu pon anak kan, mesti laaa comel, sayang sepenuh hati. apa pon anugerah Allah kita mesti redha. 


Thursday, June 4, 2015

MUF : WEAN OFF~

ASSALAMUALAIKUM...

Hajat di hati memanglah kalau boleh nak susukan anak selama yg boleh. aku mmg tak tetapkan 2 thn ke brapa tahun, kalau boleh selagi mampu umi nak bagi yg terbaik buat umarfaiq. enjoy kot my breastfeeding journey. pengalaman paling indah menjadi umi, menyusukan anak. hadiah tak ternilai dari umi utk anak, anugerah berharga dari Allah. 

tapiii apakan daya. ditakdirkan aku mengandung. yes, mmg boleh je mengandung dan menyusukan anak. ramai je mak mak yg tandem nursing. menyusukan 2org anak serentak. tapi itu mereka, bukan aku. ditakdirkan masa awal pregnancy aku alahan teruk. langsung tak makan, muntah2, pening loya semua cukup. lalu bagaimana aku nak menyusukan anak???



aku terpaksa...terpaksa berkorban...sedih Allah je yg tahu. rasa bersalah sangat2 pada anak. org lain usaha mcm2 nak susukan anak, aku yg ada susu ni pi stop pulak. rasa down. rasa berdosa. rasa mcm dah rampas hak anak. mujoq laaa aku dapat sokongan dari kawan2. dapat sokongan dari geng group wassap. depa la yg bagi kata2 semangat. bukan saja2 nak berhentikan susu anak, kesihatan umi kena jaga, dan lebih penting kesihatan anak dalam perut. kalau dah umi sendiri kurang zat, apatah lagi anak dalam perut. dalam islam pon melarang kita mudaratkan kesihatan sendiri.

perlahan2 aku terima hakikat. biasala 1st time mommy mcm ni mmg over sikit. drama semacam nak stop susu je pon huuu. maafkan umi umarfaiq. umi harap umarfaiq dah dapat yg terbaik sepanjang umi menyusukan umarfaiq. huuu. 


ramai yg tanya apa tips nak wean off? jawapannya TIADA. Alhamdulillah Allah kurniakan aku anak yg sangat mudah dan memudahkan. mak cerita pengalaman mak mcm2 mak buat nak stop kan kami menyusu dulu. letak pencelup, letak milo, letak itu ini, letak cabai pon pernah! punya payah nak stop!

tapi umarfaiq, aku cuma cakap, "umarfaiq...umar dah tak boleh minum susu umi tau...umarfaiq dah jadi abang, susu ni adik punya..."


dgn kuasa Allah, umarfaiq seolah2 faham. dia tak mintak. bagi susu botol, dia minum je tak banyak soal. padahal masa tu dia baru setahun 7bln mcm tu. tapi aku tak berhenti secara drastik. siang je bagi susu botol, malam sebelum tido masih bagi susu badan. pelan2, sampai la dia dah boleh tido sendiri. sampai akhirnya dia sendiri tak request. memang mudah sangat nak berhentikan susu dia, tak sampai sebulan pon. cuma kadang2, dia mcm rindu. tengah2 main, dia mai kat umi dan tepuk2 dada umi. Allahuakbar, masa tu rasa sebak sangat. dia teringin tapi dia tau dia dah tak boleh ambek, yg tu adik punya. mak tok yg tengok pon sebak huuu. budak pandai, budak cerdik, budak besaq nak jadi abang, kata maktok. 

walaupon berhenti boleh kata dgn cara drastik, tapi umarfaiq boleh adapt. dia tak mengamuk pon. dia paham. biasanya org kalau stop bf akan mengalami bengkak susu or sakit2 breast. tapi alhamdulillah aku mmg takde masalah langsung. takde sakit2 apa. semuanya berjalan dgn lancar. semua ni dgn pertolongan Allah.


Saturday, May 30, 2015

MUF : ABANG~

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah...Allah kurniakan umi anak yg baik, yg mudah dan memudahkan. masa memula preknen dulu risau jugak pasal umarfaiq kan. takut itu takut ini. tapiii, apa yg terjadi sebaliknya. apa yg umi risaukan takdak masalah pon. nanti la kita cerita bab tu heee...nanti tu ntah bila la kan hekhekhek

umarfaiq masa umi memula preknen dulu, ada la jugak cabarannya. dia ada perangai yg dia tak pernah buat, tapi dia buat. tapi umi tau dia buat tu bukan sbb protes memberontak nak jadi abang, bebudak besaq tu tau ka tunjuk tak puas hati kena jadi abang??? hahaha. tapi pada umi tu semua naluri semulajadi sang anak... alaaa mcm kita mak mak ni ada naluri keibuan, gitu laaa hahaha


masa awal2 preknen dulu, trimester pertama tu umi memang alah teruk. so tak berdaya sangat la nak melayan umarfaiq. tapi umarfaiq pulak tetiba jadi MANJA terlebih. dia nak perhatian. dari perhatian tu menjadi pulak nak main2 kerap dgn umi. tapi main cara dia, memang tak sesuai laaa utk ibu mengandung. dia nak main wrestling dgn umi wehhh! setiap pagi bangun tido nak panjat badan umi. paling teruk, nak duduk atas perut umi lompat2 buat kuda!!! gila apa, masa tu awal pregnancy kot hahaha. jenuh alih perhatian dia main benda lain. bermula dari situ la umi dok bagitau dia "umar tak boleh main mcm ni dah tau...dalam perut umi ni ada adik...nanti umar duduk, kesian adik sakit..."

bila suruh wrestling dgn abi dia taknak, nak umi jugak. huuu...anak pon ada 6th sense gamaknya.


manja yg lain, bila nak tido dlm buaian selalu umi henjut buaian mcm biasa ja. tapi bila umi preknen dia jadi manja nak tangan umi ada di dada dia sambil henjut buai. dia sendiri akan tarik tangan umi letak kat dada dia. kalau umi tarik dia akan tarik balik. sampai dia betul2 lena baru boleh alih tangan. sebak pulak umi rasa time tu. kalau tido malam2 pulak, dia nak berdakap. "mi...luk mar..." (umi, peluk umar)

dia sendiri yg request tu. bila dah peluk, dia akan kelebek telinga pulak. mak aihhh geliii weiii tapi tahan ja demi anak tercinta hekhekhek. act dia tetiba ada prangai nak gigit telinga umi. macam2 la hoi! telinga org lain dia tak mau, dia nak telinga umi jugak! gigit mesti 2-2belah. pas gigit tu baru dia peluk dia belek telinga umi sampai lena. kalau tak lena jugak dia sambung pulak kelebek bibir umi. kadang2 dia tarik kulit bibir umi sampai tercabut. ntah apa pesen ntah -.-

kadang2 sambil belek tu sambil dia cium umi bertubi2. hati umi mana yg tak cair??? lalu sbb tu la umi biarkan aje dia nak buat apa, selagi umi boleh tahan, tahan jela haha~


pernah jugak masa trimester kedua, dia ada satu perangai suka gigit umi. saja2 dia akan mai gigit umi, tak kira la kat tangan ka perut ka paha. tapi gigit pelan jela. saja2 tau, mai gigit pastu blah. adoi la. umi ingat umi je ada perangai pembawakan budak, rupanya umarfaiq ada perangai pembawakan adik, gitu? huhuhu

dan sejak awal mengandung umi dah bagitau dalam perut umi ada adik, dia pon paham. dari perut kempis lagi umi dah ajar dia panggil adik dalam perut. bila dia panggil "adikkk" umi akan pura2 gerakkan perut. pastu dia pon gembira tak tahuan hahaha~

bila umi ajar mmuah adik, dia ikut ja. sampaila bila perut umi dah nampak baby bump, dia mcm pelik. mungkin dia baru percaya adik ada haha. dia sendiri yg akan request nak cium adik. tengah main syok2 dia akan mai kat umi dan mintak nak kiss adik. saja2.

bila dah masuk trimester ketiga, perut umi pon dah makin jelas, kali pertama dia tengok dia mcm terkejut lagi. pastu spontan keluaq kat mulut dia "adik mokkk" adik gemuk! kahkahkah


bila umi sarat ni lagi la kerap dia request nak cium adik. kadang2 tgh golek2 berdua dia suruh umi selak perut, nak main dgn adik. kadang dia usap perut umi, tepuk2, kiss byk2 kali. kadang tu dia selak pastu dia cakap nak tido dgn adik sambil dia peluk perut umi. alahaiii~ 

ada sekali tu masa trimester kedua, umi tak larat dan berehat la atas kerusi malas kat umah mak sambil bersandar. umar mai nak main2, umi cakap jangan kacau, adik nak tidoq. terus dia letak jari kat bibir dia sambil buat bunyi "shhhhh....adik doq...nanananana" pastu dia tepuk2 perut umi. rupanya dah umi cakap adik tidoq dia pon dodoi sambil nyanyi ya hanana. aduhaiii anak umi awat bijak sangat ni?

skrg ni makin kerap dia panggil adik. "adikkk...laq...men bang ni..."  (adik, keluaq la, main dgn abg ni) sambil tunjuk diri dia hehe


itu part2 yg sweet. alhamdulillah umarfaiq nampak teruja nak terima adik. mungkin sbb ada adik2 sepupu jadi dia dah biasa dgn baby. walaupon dia ada jugak jeles kalau umi dukung baby lain, tapi dlm masa yg sama dia suka baby. stakat ni baby paling kecik, haziq (adik uwais). bayangkan bila nampak haziq ja terus dia terkam nak kiss, even masa tu dia tgh main. dia suka belek2 baby. kalau sebelum ni apa2 yg dia cium semua dia cakap busuk (tu ja dia tau sebut), tapi bila dia cium haziq tetiba keluaq dari mulut dia "mmm...anginya" (mmm...wanginya)

tapi kalau part sedih, bab dukung. sejak awal mengandung umi kan alah, so jarang la dukung dia. pastu bila dah sarat tak larat dukung pulak. memang jarang sesangat dukung dia. sampai la satu hari lepas mandikan dia, mcm biasa pakaikan tuala pastu dia cakap "mi...kong mar...?" (umi, dukung umar)

gaya dia tu seolah2 meminta izin umi. Allahuakbar sebaknya umi rasa. umi ingat dia tak perasan, rupanya dia memang terasa yg umi dah lama tak dukung dia. sebak sungguh hati umi. sejak hari tu, ada jugak beberapa kali dia request dukung lagi, tapi jarang2 la. ada kala umi dukung, ada kala bila umi tak larat sgt umi bagitau dia umi tak boleh dukung umar, umi sakit. pastu dia akan jawab "umi akit aa? cian mi..." (umi sakit ka? kesian umi)

Allah...


Wednesday, May 20, 2015

MUF : KRONOLOGI PEMBEDAHAN ( PART 2 )

ASSALAMUALAIKUM...

selepas buat keputusan utk tidak ke hospital lagi, kami menjalani kehidupan seperti biasa. yes, bengkak tu makin besar, tapi masih terkawal.

3/5/2015 ( ahad ) - bangun pagi ni tetiba aku nampak bengkak di dada umarfaiq dah mula timbul 'mata' utk air bisa keluaq. ok ini serius. terus wasap fana. dia cakap pegi spital asap. tapiii kami tak terus pegi. sebab hari tu sangat bizi. kami setelkan dulu segala urusan, dan decide utk pegi malam selepas kenduri. sementara tu, umarfaiq dah mula nak garu2 kat tempat bengkak tu. maklumlah bila keluaq air bisa tu mestila dah mula gatal kan. jenuh jugak nak tahan dia dari garu huhu. dia pon bukanlah boleh garu kuat pon sbb sakit kan, tapi tangan tu la takut kuman kang masalah pulak huhu.


sementara tunggu abi balik kuliah, sembang2 dgn mak metua & biras. sambil2 tengok umarfaiq bermain. tengok dia punya happy tu, rasa bersalah sangat. dia tak tau kejap lagi nak hantaq dia pi spital. tengok dia punya happy, rasa pilu sesangat bila mengenangkan yg dia tak tau pape. dia taktau dia bakal dapat sakit. sungguh umi sebak. mujur mak metua dan biras yg bagi semangat. demi kebaikan umarfaiq. maafkan umi, sayang :(


10.30 pm - gerak dari merbok. mashaAllah, hujan lebat yg amat. memang tak nampak jalan. tawakkal ja kami. alhamdulillah dlm pukul11 gitu sampai spital. sampai2, terus rasa nak pitam tengok ramai sungguh umat manusia. sangat ramai dari yg aku penah tengok sebelum ni. redha jelaaa


sementara tunggu turn tu abi la yg melayan umarfaiq. main mainan, main lukih2. tapi lama2 bila dia bosan, mula la dia tunjuk taring. berlari sana sini dlm spital tu sambil mulut bising pot pet pot pet. bila ambulance mai dia lari keluaq tengok ambulance. dia langsung tak duduk. memang setiap masa berlari. can you imagine??? sampai abi kena berdiri dekat entrance utk perhati dia. semua org dok tengok dia pelik. dada bengkak kemain tapi berlari sana sini even dah pagi. ramai yg tanya dia sakit apa, tak percaya letewww haha!

4/4/2015 ( isnin ) - lebih kurang pukul 2 pagi baru sampai turn kami, fuhhh! doktor tengok pon dah bagitau memang kena masuk ward. yes, kami memang dah ready pon. masa doktor pegang nanah umarfaiq tu, abi nampak airmata dia bergenang sbb tahan sakit. anak umi memang mcm tu. kalau sakit dia tahan je. takde nak meraung meracau.  im proud of you my mujahid! btw sebenarnya masa dok tunggu turn ni umi dah perasan bengkak umarfaiq tu dah mula naik 'mata' nanah.

~ keadaan bengkak masa sampai hospital ~
masa odw masuk ward, umarfaiq masih ceria mcm biasa. pot pet tak kenal letih even dah pukul 2 lebih masa tu. bila dapat katil je terus melompat. wahhh kau ingat kita check in hotel ke? masa doktor mai 'interview' pon kemain sebok dia menjawab apa doktor tanya.

setel urusan warded, umi suruh abi turun ambek barang cecepat. sebab umi tau umarfaiq bila 'terkurung' mcm ni mulalah nak mengantuk. sementara abi turun tu umi main dgn dia, alih perhatian. tapi tu pon dia dah mula merengek. mujoq abi pantas.

3.30 am - selesai tukaq pampers, bancuh susu semua, umi perasan nanah umarfaiq mula pecah. so sebelum dia tido better la bawak jumpa doktor. doktor lap dan 'tutup' dada dia supaya tak meleleh. masa doktor dok 'proses' dia kepala dia keras je mcm robocop sbb tahan sakit / seriau. umi nampak dia mcm tak puas hati kat doktor, siap jeling dan jegil kat doktor lagi haaaa!

umi ingat abi nak balik, esok mai pulak. rupanya abi tetap nak teman kami sampai pagi. memanglah umi konon2 kesian kat abi, tapi sebenarnya umi legaaa bila abi ada. bukan umarfaiq ja perlukan umi utk teman, umi perlukan abi hekhekhek.

umi dakap umarfaiq, tapi dia dah mula meracau. aduhhh. dia mengamuk suruh bukak kapas kat dada dia tu. dia meracau tapi mata pejam. ngantuk sangat dah la tu. akhirnya umi bukak jugak supaya dia tido dgn selesa. lepas bukak kapas tu terus dia lena dgn nyenyak nya. memang muka letih habes. maklumlah penat berlari sakan tadi.


masa dia tido ada doktor mai. doktor bagitau pukul 4 pagi umarfaiq kena start posa. pukul 8 pagi akan masuk nama utk operation dan inshaallah kalau ada kosong dlm pukul 10 pagi gitu dah boleh operate. fuhhh alhamdulillah! umi dgr boleh operate esok terus rasa lega. bukan apa, umi kalau boleh nak setel benda ni cecepat. leceh sgt kalau kena warded tunggu turn bagai weh.

4.50 am - umi tak boleh lena pon. lelap kejap ja dlm 5minit gitu. ntah, ngantuk letih tapi mata takmau pejam. dok kelebek anak dan abi ja huuu. doktor kata pukul 4 nak cucuk ambek darah, mujoq la doktor mai lewat. sempat la anak umi lena dulu. kesian la dia, baru nak tido dah kena bangun. bangun utk disakiti pulak tu :(

pelan2 umi kejut anak, mujoq dia tak nanges. bawak pi bilik cucuk, dia dah tau tu bilik cucuk. dia mula gelisah. tapi sementara doktor dok prepare tu dia terlena balik. aduhhh jenuh jugak nak bagi dia jaga. bukan apa, umi taknak la depa cucuk dia time tido, nanti dia terkejut.


tu pon dia dlm mamai masa depa cucuk. apa lagi, meraung la dia. mujoq la sekali cucuk dah berjaya. tapi lambat jugak proses tu sbb doktor tu tengah ajar doktor sorang lagi. aduiii. kesian anak umi mcm2 perkataan dah keluaq dari mulut dia. jenuh umi pujuk, abi pegang badan takut kalau2 dia kelupoq. setel ambek darah dan masuk jarum, abi dukung balik ke katil semula. umi bagi jugak susu even dah lebih masa (puasa) sbb kesian ke anak. anak pon lena semula dgn senang. dah memang ngantuk dan letih, senang la dia lena.

~ nanah mula keluar sikit sikit masa umarfaiq tido ~
lepas pada tu memang anak lena sungguh. cuma sesekali dia sedar dia meracau panggil abi. sebab? masa cucuk tadi dia cakap takmau kawan dgn umi, dia menangis panggil abi. dia ingat umi geng dgn doktor sbb tu takmau kawan dgn umi, nak kawan dgn abi. padahal dia tak nampak abi dok pegang badan dia hahahaha. mujoq la dia meracau mcm mengigau ja, lepas tu lena balik.

abi tunggu sampai lepas subuh. dlm pukul 7 lebih mcm tu ada nurse tu baru masuk bertugas, dia halau abi. katanya ni ward org pompuan. ohhh kamonnn dia sangat kerek ok! abi pon keluaq ntah ke mana. elehhh kalau dia tak halau pon memang abi nak keluaq. cuma tak kena masa ja.

~ muka suci yg tak tau apa apa ~

masa abi tak dak umi tunggu umarfaiq tido je. memang nyenyak sungguh. kesian sangat tengok muka dia, letih. masa dok tunggu tu ada doktor mai bagi borang kebenaran pembedahan utk umi sign. pehhh berdebar debar dada umi nak sign hewhewhew. rasa mcm dewasa sangat dah umi ni, tak sangka! haha

lepas tu mcm biasa doktor round ward. umi diberitahu benda yg sama, cuma pukul berapa operation akan dijalankan umi taktau. actually umi tak selesa sangat. adik menendang kaw kaw punya. mungkin adik nak teman umi. tapiii masalahnya umi sakit sangat. duduk serba tak kena. org keliling tengok umi semacam je. lantak laaa. umi nak baring, tapi umi taknak kacau umarfaiq tido nyenyak. lagi pon biaq dia tido dgn selesa, kang umi tumpang jadi sempit huuuu.

dah la umi lapaq adoiii. ok nanti la sambung cerita. dah panjang sangat rasa.


Saturday, May 16, 2015

MUF : KRONOLOGI PEMBEDAHAN ( PART 1)

ASSALAMUALAIKUM...

sebenarnya aku sendiri taktau nak describe sakit umarfaiq tu nama apa. benda tu sebenarnya bermula masa umarfaiq berumur 8bulan lagi. ya, 8bulan, lama kan? cuma masa tu timbul 'mata' mcm jerawat tu. bila picit keluaq nanah yg busuk.

kenapa dah lama baru bertindak? sebab dah beberapa doktor kami tanya pasal tu, doktor cakap "takde pape tu..."

jadi kami pon dah doktor cakap mcm tu, nak kata apa lagi ye dok?

benda tu menten je ada kat dada umarfaiq, tak besaq2 pon. cuma bila usia dia meningkat, dah pandai cakap, umi nak picit dia tak bagi la, sakit katanya. masa dia warded dulu pon umi ada tanya PAKAR masa pakar paeds tu round ward. dia pon cakap takdak apa. dah pakar pon kata mcm tu, kami nak kata apa lagi kan?

cuma lepas keluaq wad tu, umi perasan ada ketulan timbul kat dada umarfaiq kat area 'mata' nanah tu. dan ketulan tu mmg obvious. umi tanya beberapa kawan, ramai yg cakap suruh refer klinik dgn segera. benda tu mmg nampak gaya kena buang. kena warded masuk OT bagai kalau didapati ada nanah. omaiii aku dah stress masa ni. dok cari waktu yg sesuai nak bawak pi klinik. memang takmau pi swasta sbb dah tau nak kena operate baik berurusan dgn klinik kesihatan sesiap. akhirnya aku pilih utk pi sama2 dgn tarikh check up adik.

28/4/2015 ( selasa ) - pergi checkup adik sebenarnya, tapi alang2 bawak umarfaiq utk check sekali. masa tgh tunggu turn tu tetiba aku perasan kat dada umar faiq tu MERAH! tunjuk kat mak, mak pon terkejut. ntah bila jadi merah (tapi merah sikit je) mcm tu. mcm tau2 je nak jumpa doktor kan. tapi masa jumpa nurse, bagitau pasal dada umarfaiq tu nurse suruh mai ptg nanti or esok hari je sbb dah lewat.

setelah berbincang dgn mak (memang bawak mak utk teman sbb takut aku tak larat kawal umarfaiq sorang2, tq mak!) kami decide nak pi ptg tu jgk. bukan apa, alang2 dah mai kan, biaq setel cepat. kami pon pi lunch dulu sementara tunggu pukul2. lepas ambek najwa kat sekolah, kami ke klinik semula. tidak la lama sgt menunggu nak jumpa doktor.


umarfaiq nampak je doktor (pakai mask) muka cuak la haha! doktor mintak baringkan dia utk check, baik je dia tak menggelupur ke apa, takut punya pasal kan. lama jugak berbincang dgn doktor, mujoq la ada maksu dia masuk jugak utk teman, takdela dia mengamuk kebosanan.

doktor bagi surat refer ke pakar terus. katanya kalau nak scan apa bagai nanti result lambat, aku dah la sarat mengandung kan. so doktor bagi surat refer ke PAKAR PEMBEDAHAN terus. biaq pakar tgk sendiri. utk sementara waktu doktor bagi antibiotik dulu utk 'hilangkan' kesan merah tu. kata doktor, merah tu sbb jangkitan kuman dah merebak. wahwahwah elok sgt tau nak jumpa doktor dan dan la naik merah jangkitan kuman.

29/4/2015 ( rabu ) - walaupon doktor tak bagi tarikh spesifik, esoknya aku terus ke HSAH. memang kalau boleh aku nak setelkan benda ni dgn segera. taknak tangguh2. sekali lagi, bawak mak sebagai peneman. kami mai dah dekat pukul11, nampak mcm org ramai gilaaaa tapi kejap je tunggu turn. mungkin dah lewat kan, kami ni kira patient stok2 akhir la kan wahahaha.

tunggu dlm sejam gitu je, dah sampai turn kami. masa jumpa doktor ni umarfaiq relax jeee sbb dia tak tau tu doktor. doktor pakar kan, mana pakai white coat / mask hewhew. doktor tak bagi ubat pape sbb kemarin doktor KK dah bagi antibiotik. so continue makan antibiotik tu, tengok kesan merah tu hilang ke tak. lagi 2minggu (12/5/2015) datang jumpa pakar semula utk tengok bengkak tu surut ke tak. lepas tu baru boleh decide nak operate (masuk OT) or just minor surgery which is boleh buat kat ward je, hiris sikit utk buang 'mata' nanah tu. so maksudnya apa pon jadi tetap lah kena buang benda tu. cuma bergantung pada keadaan laaa. tak boleh nak buang time dia tengah bengkak mcm tu.

TAPI if bengkak tu MAKIN BESAR / MAKIN MERAH, umarfaiq DEMAM, or nanah tu PECAH, kena pegi kecemasan terus utk rawatan lanjut. maksudnya tak payah tunggu 2minggu baru jumpa doktor, terus ja bawak pi kecemasan.

kalau diikutkan, memang keesokan harinya bengkak tu memang makin obvious pon. taktau nak kata makin besar ke makin merah, tapi yg pasti mmg makin jelas kelihatan. aku dalam dilema sebenarnya nak pegi spital terus or mcmana. sebabnya abi cuti direct 4 hari masa tu ( hari buruh bersambung sampai ke wesak ).

pilihan 1 : jumaat abi start cuti terus pegi kecemasan. in case kalau kena warded or kena operate or apa2, abi ada dan tak perlu apply cuti.

tapiii aku takut tindakan aku tu terburu2. yela baru je makan antibiotik kan, baru je jumpa doktor takut nanti depa 'reject' pulak or kena warded semata2 nak continue ubat. baik tak payah, baik makan ubat kat umah je. nampak mcm berlagak pandai kan pikir sendiri, tapi kebimbangan aku berasas. ingat syok ka dok ward? dgn keadaan aku ni, mmg aku tak larat dan aku pon takmau menyusahkan sapa2 kalau boleh.

~ jumaat : perhatikan dada. nampak kan? ~
lagi 1, kalau ikut mak abah memanglaaa tak bagi kami pegi spital. kesian kat budak tu kata nyaaaa. depa masih terbayang saat2 umarfaiq warded dulu, mcmana seksanya kena cucuk bagai. depa takmau la umarfaiq sihat walafiat (sbb umarfaiq takde demam ke apa, cuma dia tak bagi sentuh bahagian bengkak tu, sakit katanya) kami pi serah kat spital nanti depa buat mcm2. sayang cucu gitulaaaa.

abi pulak ikut je apa2 keputusan aku. katanya aku yg jaga umarfaiq, dia tau aku tentu nak yg terbaik utk umarfaiq. sungguh aku dalam dilema. satu lagi dilema aku ialah, cuti panjang ni patutnya kami balik bermalam di merbok. sbb dah lama sgt tak bermalam di merbok. selalu balik hari je. kalau pegi spital nanti kena admit bagai, bila lagi kami nak bermalam kat sana? lepas ni aku sibuk nak uruskan hal adik, dan sebenarnya memang mcm2 benda yg berserabut dlm kepala aku. nampak mcm hek elehhhh je kan, tapi sbg menantu mithali mmg benda tu mmg antara yg aku risaukan. bkn tak sayang anak, tapi aku cuba nak buat yg terbaik utk semua. kesian la mak metua dah lama main dgn cucu dia puas2. nanti kalau operate ntah mcmana pulak kan.

akhirnya aku memilih utk tangguh. demi kebaikan semua. demi cuti yg jarang2 sekali nak dapat, bagi aku biarlah kami nikmati cuti ini puas2 sebelum umarfaiq dioperate. naluri aku mengatakan yg bengkak tu memng takkan surut. bkn aku putus harapan, tapi memang nampak gaya mcm tu. aku redha andai umarfaiq kena operate. demi kebaikan dia. biarlah sakit sekali ni asalkan lepas ni benda ni 'habis'. lagipon umarfaiq tak demam, cergas mcm biasa. cuma bengkak tu jela nampak makin jelas. aku decide samada ahad/isnin kami akan ke hospital jua.

takat ni dulu lah cerita. adik ni haaa tak henti2 menendang, umi is sakittt duduk lama2. nanti umi sambung lagi. utk kenang kenangan umi :)

Friday, May 15, 2015

SEGALANYA DIPERMUDAHKAN~

ASSALAMUALAIKUM...

sesiapa yg follow fb umi tau la yg mujahid umi baru saja menjalani pembedahan. ramai yg terkejut bila umi update gambar umarfaiq kena operate. sbb memang takde sapa pon yg tau pasal ni. umi tak sempat nak inform kat sapa2 pon, semuanya berlaku terlalu pantas. cuma sempat maklum kat family dan mama fana ja, mintak doa segalanya dipermudahkan. 


nanti la umi citer mcmana asal usul benda ni jadi ye. pendek kata, umi tau yg anak umi memang kena operate utk buang nanah kat dada dia tu, cuma umi dok stress la pikir kan benda ni. dgn umi yg tengah sarat, dengan anak nak kena operate, nak kena ulang alik spital bagai, umi memang stress pikir benda ni. mcmana kalau umarfaiq kena operate time umi bersalin/dlm pantang? mcmana kalau umi tak boleh jaga umarfaiq? haihhh mcm2la pikir


tapi tu la kan. kita hanya merancang. berkat selalu doa mintak Allah permudahkan, akhirnya Allah permudahkan sungguh. segalanya berlaku terlalu pantas. bengkak umarfaiq tetiba membesar, nanah pecah. pegi kecemasan, terus warded dan esoknya terus operate. tido spital 1 mlm then boleh discharge. Allahuakbar, lega sungguh.


rasa mcm tak percaya apa yg umi runsingkan apa yg umi risaukan, semuanya dah berakhir. semuanya dah selesai dalam sekelip mata. mcm tak percaya! dan sekarang umarfaiq dalam proses penyembuhan luka. luka operate agak besaq so memerlukan masa jugak utk sembuh tu. 

sekarang ni rutin umi hari2 cuci luka umarfaiq. umi cuci sendiri je. alhamdulillah, mujahid umi ni memang kuat sekuat namanya. tak pernah dia menangis sebab sakit. dia tau hari2 umi kena cuci luka dia, balut luka dia. kekuatan dia buat umi sebak.


sakit2 dia pon dia masih aktif macam biasa, tak mcm org sakit. org2 sekeliling pon kagum dgn kekuatan dia. depa yg tgk luka dia siap nanges2, tapi dia cool ja melompat mcm biasa. tengok senyuman dia, siapa sangka dia menanggung sakit yg bukan sikit.

dia la punca kekuatan umi. kekuatan dia buat umi malu dgn diri sendiri. kalau umarfaiq sendiri boleh kuat, kenapa tidak umi, ye dok?


bila semua dah selesai ni, barulahhh umi boleh fokus hal adik. sebelum ni tak dapat nak setel hal adik sbb dok pikir mcm2 hal abang. bila abg dah selesai ni rasa lega sangat, dapatlah umi tumpukan bab adik pulak. pelan2 nak kena setel semua secepat mungkin!


Tuesday, March 24, 2015

MUF - MEMBACA

ASSALAMUALAIKUM...

umarfaiq ni sejak kecikkk lagi memang dah suka membaca. umi mula detect minat dia tu bila dia hari2 baca katalog tesco. alkisahnya umi penah ambek katalog kat tesco yg berbentuk buku, mcm katalog ikea tu. saja la umi ambek. katalog tu dok tersadai ja kat umah. entah sejak bila dan mcmana umarfaiq start 'baca' katalog tu. dia bukak katalog tu, then dia tunjuk satu2 benda yg dia kenal.


yg paling dia kenal sekali, cerek. sbb cerek dalam katalog tu warna hijau, samaaa mcm cerek umi tu haaa. bila dia tgk part cerek tu, dia akan panggil umi then tunjuk cerek umikat dapoq pastu dia tunjuk buku tu semula sambil buat bunyi cerek menjerit. dasat sangat tau bila sel2 otak dia berhubung!!! so umi paham la, maksud dia cerek dlm buku tu sama mcm cerek umi. atau nak lebih glemer, cerek umi masuk buku. eh?


lepas dari tu, satu per satu benda yg dia nampak kat luar dan ada dalam katalog tu, dia akan tunjuk kat umi. lama2 umi pon 'baca' sama2 katalog tu dgn dia. dah mcm kamus jadinya, bila semua benda dlm katalog tu dia mula kenal. bkn katalog tu je, apa2 katalog yg dia nampak semua dia akan 'baca'. rasa mcm kesiannnyaaaaaaa anak aku baca katalog je kan? kehhhhhh 

tapi umi memang terharu sangat2 sbb bukan umi yg ajar dia membaca, dia sendiri yg cari ilmu. belajar sendiri. bila umi buat keja, dia akan main mainan pastu selang seli dgn membaca. boring2 dia akan 'membaca'. kalau nanges ke apa kdg umi pujuk dgn tunjuk benda2 dlm katalog. wahwahwah pengawas pusat sumber sangat perangai kannnn! 


lalu umi decide utk belikan buku kat dia. Masa pesta buku hasani hujung tahun lepas umi usung dia pi pilih buku, seronok kemain laaa dia bila dapat buku! dalam keta lagi dah study. tapiiiii masalah dia ni bila baca buku, dia akan baca 'bab' yg dia minat jaaa. contoh, part binatang, transport dan bola. jenuhhhh hahaha! bila umi tunjuk kaler ka number ka dia takmau, nak bukak part yg dia suka ja. adoi laaa. tapi takpe la asalkan suka membaca pon umi dah bahagia tengok.

semua org tau dia suka buku. pi mana2 mesti bawak buku. balik kampung ka, pi jalan2 ka, masuk wad ka, semua mesti bawak buku. keletah dia bila baca buku sgt comel. bila kat umah je dia paksa umi 'baca' buku dgn dia. bila balik kampung, nasebbb laaa sapa yg kena temankan dia baca buku hahaha! 


memandangkan minat dia tu, baru2 ni makngah dia hadiahkan buku pulak. memang buku yg dia minat je makngah bagi. haaaaaaa suka sungguh dia! apa lagi hari2 nak baca buku. jenuh weyyy umi dok ulang 'baca' benda samaaa T___T

apa2 pon umi suka tengok anak umi macam ni. bukan takat mainan je dia panai main, tapi buku pon dia pandai baca. harap2 lepas ni boleh baca al-quran pulak. moga Allah permudahkan urusan anak umi, difasihkan lidahnya agar mudah membaca. aamiin :)



Tuesday, February 24, 2015

MUF - TERJELUAK/MUNTAH

ASSALAMUALAIKUM...

mommies,perasan tak baby2 selalu terjeluak susu kan? kalau org kedah ada yg panggil ter-muak. alaaa lebih kurang mcm muntah susu lepas minum tu.

tapiii yg peliknya umarfaiq TAK PERNAH terjeluak. haaa boleh percaya tak? hoho. dulu aku pon pelik jugak kenapa anak aku tak pernah terjeluak. siap risau bagai sbb aku ingat baby2 wajib terjeluak hoho.

tips taknak bagi baby terjeluak, biasa je. lepas minum susu sendawakan dia. tepuk2 belakang bagi baby sendawa. kalau ikut cara yg betul memang kena tepuk kuat2 tau. tak percaya kau tengok nurse buat mcmana. gedebuk2 dia buat haaa. tapi ada teknik la. kau jangan nak gedebuk sebarangan pulak. mcm aku dulu mmg aku tepuk agak kuat (tapi tak sekuat nurse buat haha) sampai ramai yg tegur. tapi aku buat dekkk je sbb aku tau kuat tu tahap mana hoho. hasilnya, berkesan apa sbb baby mmg tak terjeluak pon.


pernah SEKALI ja dia terjeluak itu pon masa kami bawak dia pi opis kat alor setar. masa tu umur dia dalam 3-4bulan mcm tu kot. bagi dia minum susu masa dlm keta, elok sampai loqstaq terus terjeluak. saja tauuu nak sabotaj umi yg tgh vogue kan? sekali tu jela dia terjeluak, mungkin sbb pening abi pecut keta gila2 sbb takut tak sempat berbuka posa huhu.

disebabkan dia tak pernah terjeluak jugak la dia sentiasa berbau wangi. agaknya la kan. sbb ramai yg cakap umarfaiq ni wangi, bau baby2 masih 'ada' even dia dah 10bln mcm tu. bau baby tau bukan wangi bedak ke apa. ni bukan aku cakap ok ni org yg cakap. bukan aku puji anak sendiri ok. (alah kalau puji anak sendiri pon awatnya hewhew)


tapiii baru2 ni masa warded, dia ada batuk2 sikit. bukan batuk berkahak tapi mcm batuk sbb gatal kerongkong atau org kedah sebut garai rengkong. bila tidur je dia terbatuk2, sedih sgt umi tgk dia tido mcm terseksa je. satu hari tu umi bagi dia susu sebotol then umi tinggalkan dia dgn abi sbb umi nak ke toilet. tetiba dari dlm toilet umi dengar anak umi batuk dan tersedak. terus umi keluar. rupa2nya betul, anak umi MUNTAH wey! habes katil & lantai penuh dgn susu yg dimuntahkan. lepas minum susu dia batuk, batuk tu la buat dia termuntah. mujoq abi sentiasa ada temankan umi jaga anak kat spital. kalau anak sorang2 masa tu xtaula apa akan jadi. mujoq abi pantas angkat anak dan tepuk2. wuuuu
balik dari spital, batuk anak mcm tak hilang. dia masih batuk2 time tido. umi cuma standby urut2 belakang dia takut termuntah. 


suatu hari masa tido siang (dalam buai) dia batuk lagi. itu biasa. tapi bila nampak gaya mcm tak surut umi pi tepuk2 belakang dia. then umi angkat kepala dia sikit dan tepuk lagi. tak lama lepas tu zasss abes dia muntah susu. memang banyak. maklumlah sebelum tu dia minum susu 7oz. luluh hati umi tengok anak muntah mcm tu. even dia muntah susu je dan dia pon tak nampak 'payah' / sakit umi tetap sedih huuu.

dan ahad baru ni masa tido malam pulak dia batuk2 lagi. act batuk tu memang sentiasa ada dan yg peliknya jadi time tido je huuu. dalam pukul4 lebih mcm tu dia minum susu. elok habes sebotol susu tu dok batuk2. umi pulak dok mamai lagi, tepuk2 belakang dia sambil mata terpejam hekhek. lama jugak dia batuk sampai mengganggu mimpi umi baru umi terbangun dan tepuk/urut belakang dia. then umi angkat kepala dia sambil gosok belakang badan dia terusss muntah susu selambak. mujoq umi mmg dah standby halakan mulut dia ke tilam dia. batuk dia mcm tak hilang lagi. umi terus2 gosok/urut belakang dia, 3kali jugak dia muntah. memang banyak. alahaiii nak nanges umi tengok anak umi muntah gitu. walaupon dia cool je tapi umi pulak lebih2 sebaknya. then terus angkat dia pi basuh badan, kesian dia sejukkk gedik2 pukul5 pagi kena ayaq hoho. then umi peluk dia sampai dia tido semula, kesian betul anak umi ni.


mujoq kebetulan kemarin abi kena masuk opis pukul11, feng shui katanya hahaha. umi dah angkut toto umarfaiq masuk bilik air dan sembur utk buang muntah. satu umi dah masukkan dalam mesin basuh. ni untung beli mesin basuh besaq siap2, time emergency mcm ni mmg senang. selebihnya abi yg basuh. abi tonyoh guna tangan,kasi betul2 bersih kahhh. then keringkan guna mesin dan sidai. tengkiu abi. bayangkan toto umarfaiq tido ada 4 helai,umi lipat kasi tebal. yg atas sekali kena paling banyak, yg lain semua kena sipi2. haaa jenuh basuh!

umi taktau la di mana silapnya sampai muntah2 mcm ni. maktok kata cacing.umi pulak syak sbb batuk tu ja. dia geli tekak, batuk2 sampai tak terkawal then terrrmuntah sbb baru lepas minum susu. kadang umi pikir mungkin tak boleh minum susu sambil tido sbb susu tak sempat hadam sbb tu bila batuk senang muntah. tapi mcm tak logikkk je sbb selama ni baby memang minum susu sambil tido hoho. cuma selagi mampu, bila dia lepas minum susu umi akan gosok2 belakang dia. malam tu jeee umi tgh mimpi apa ntah best sangat tu yg tak gosok hahaha.

so mak2 sekalian, anak uols mcmana? selalu ke muntah mcm ni?


Tuesday, February 17, 2015

MUF - UMI ABI

ASSALAMUALAIKUM...

wahhh lama betoi tak hapdet. byk benda yg terjadi lately. lupakan seketika segala masalah, mari cerita tentang kebahagiaan sajo hohoho.

act sejak dari dalam perut lagi kami suami isteri memang tak sabarrr dan selalu berangan, nanti anak kami baru mula2 nak belajar cakap mesti comelll gilos. tambah2 part nak belajar panggil umi abi. kami terbayangkan mesti dia panggil "mmmmiiiii...." "bbbbiiii" tekan dgn qalqalah gitewww



tapi sekarang bila umarfaiq dah belajar cakap, lainnn pulak bunyinya. umi lupa pulak bila tarikh sebenar dia mula panggil umi abi, tapi rasanya dlm bulan 12 tahun lepas. suatu malam masa kami baru balik dari rumah mak, umi kat dapur, anak kat ruang tamu dan abi kat luar. anak dok intai abi. umi panggil abi banyak kali tapi abi tak dengar. pastu umi dengar anak jerit2 kat pintu gril, "ti....!!! ti....!!!" 

ohhh rupanya anak pon tolong umi panggil abi! dgn tangan dok gawang2 kat abi tapi yg kesiannya abi tak faham hahaha. rupanya anak tak pandai sebut huruf 'B' lagi kot, tu yg hentam ja bunyi 'ti' pon. lalu dah panggil abi haruslah ajar panggil umi pulak kannn. pon dia tak boleh sebut huruf 'M' maka disebutnya umi sebagai "ni..." pon bolehlaaa anak janji pandai hahaha

tapi lama kelamaan bila kami dok ajar, eloklah lidah dia menyebut dgn sempurna. Ya Allah sebaknya rasa bila dengar anak panggil "bi...." "mi...." 

comel gilossss tahu!


tak mcm yg kami bayang pon ada qalqalah ada idgham bagai, elok je dia sebut haha. cuma 'abi' jela kdg2 dia lupa dia panggil 'ti' jugak. tak kisahlah nak, kami paham.

comel betul bila dia panggil kami. kadang kami saja menyakat, buat2 tak dengar supaya dia panggil banyak kali hekhekhek

rasa bahagia melimpah ruah bila anak dah pandai seru kita, rasa bahagia bila anak panggil kita tambah2 di saat dia PERLUkan kita.

terima kasih Allah atas anugerah ini :)


Sunday, November 30, 2014

MUF - TIDUR

ASSALAMUALAIKUM...

dah lama nak cerita pasal tabiat tidur umarfaiq ni, tapi tak ter-cerita. Dah lepas beberapa fasa dah baru nak cerita.

Sebenarnya dulu umarfaiq ni pesen tido lambat. Paling paling awal pon pukul1.30 pagi baru dia tido. Itupon sgt2 jarang. Biasanya dia akan tido pukul2 lebih. Atau kadang2 pukul3-4 pagi baru dia tido wehhh!

Dulu stress jugakla umi ni ha. Ada kala sampai nanges2 sbb tension anak takmau tido. Atau kadang2 umi bebai, abi la yg take over cuba tidokan anak. Bukan apa, seksa tau dok bagi susu punya lama tapi anak tak lena2 jugak. Puas gilir kiri kanan sampai badan kita dah lenguh2 tapi mata dia dok bersinar elok lagi. 

Dushhh! penah jugak umi buat2 tido, tapi langsung dia tak heran. Dia siap bangun merayap lagi. So bahaya. Nak taknak umi kena tidokan dia dulu baru umi blh pejam mata dgn aman.

Tapiii sejak 2bln lepas entah mcm mana dia dah start tido awal. Umi pon tak ingat dah hewhew. Tapi memang awal dari kebiasaan. Dalam pukul12-12.30 dia dah tido. Sesekali pukul11.30 dia dah tido. Magic sangat! atau paling lewat pon pukul1-1.30 dia tido, Tapi jarang2 sangat la.

Dulu bagi susu badan baru lena. Tapi lepas tu umi ajar pakai botol pulak. Bagi susu fm plus milo sikit. Kalau bagi fm saja dia takmau. Mungkin sbb rasa totally different dari susu umi so dia tak boleh terima. Kalau campur milo baru dia minum.

Umi kalau boleh nak ajar anak umi tido dengan mudah. Macam contoh yong & muhammad. Depa tu senang sangat nak tido. Bagi botol, baring, terus lena. Tak payah dodoi tak payah dakap. Tapi umarfaiq ni dakap bagi susu pon payah lena, apatah lagi nak tido semudah tu. harapannn sangat.

So bila dah mula bagi susu botol, terpaksa la dodoi dia dalam buai dulu bagi lena. Bila dah lena, biar.dlm 10-15minit baru abi angkat masuk bilik dan letak atas tilam. Masa awal2 dulu bila angkat tu dia terjaga jugak. So kena bagi susu kejap bagi dia lali pastu baru tepuk bagi lena.

Tapi lama2 bila dah biasa, bila angkat dari buai dia dah tak jaga. Kalau jaga pon dah tak payah bagi susu, just tepuk2 then dia akan lena. Alhamdulillah senang je lena.

Tapiii sejak minggu lepas ni, tetiba dia dah pandai tido sendiri. tanpa susu badan tanpa buai! jumaat lepas saja la umi bawak dia masuk bilik sbb umi tau dia memang ngantuk. Bagi hp pasang ya hanana, bagi botol, dia hisap tak dan habis pon tengok2 dah lelap. Masa tu abi takde sbb abi buat keja kat ruang tamu. Alahai tercapai jugak hajat umi.

Umi ingat dia boleh tido sendiri sbb dia betul2 ngantuk. Tapi esoknya, masa tido di merbok umi cuba kaedah tu berjaya jugak. Cuma lambat sikit dia nak tido sbb dia golek2 dulu. Umi bagi botol dia cakap panas, so dia tak minum. Tapi dia dok golek2 habes satu katil sambil pegang ya hanana, last2 terlena sendiri.


Esoknya lagi, abi pulak try. Balik dari merbok Umi tak brapa sihat so umi berehat dlm bilik. Dua hero tu lepak depan tv sambil tengok bruce lee. Abi letak anak dekat sofa bed dia, abi pon tumpang sekaki. 

Memula dengar la mulut anak dok bising. Abi cakap anak tengok bruce lee dok tumbuk anak pon tumbuk abi. Grrr. Pastu lama2 umi perasan suasana sunyi je. Sekali pi tengok 2-2 dah hanyut. Heee

Esoknya lagi, abi tidokan anak lagi. Habes milo sebotol, anak pon lena. Tapi yg pasti abi la lena dulu hakhak.


dan begitulah jugak malam2 seterusnya. anak memang lena tanpa buai tanpa susu badan. bagi milo sebotol, ya hanana, tepuk2 terus lena. dah try di rumah sendiri, merbok, umah mak abah, semua senang je lena.

Alhamdulillah berkat kesabaran umi melalui malam2 mencabar anak takmau tido, akhirnya Allah balas dengan mudah anak senang tido. Pakej tido awal lagi. Syukur.

Anak umi ni sah2 bab tido ikut umi. Kalau ikut abi letak kepala je terus hanyut. Bom bunyi pon tak sedar. Kalau umi mcm tu la. Sebelum tido tu baca segala ayat pon tak lelap2 lagi. Huhu


Wednesday, June 25, 2014

PENYERI HIDUP~

ASSALAMUALAIKUM...

MUHAMMAD UMAR FAIQ - bukan saja penyeri hidup umi abi, tapi dia penyeri bagi semua orang yg menyayangi dia.

Dari kecik lagi dia punya banyak akai yg boleh buat orang terhibur. Ada jaaa akai baru dia tunjuk saban waktu. Sampai semua orang suka dia. Jiran, saudara, kawan, semua suka 'mai' cari dia.

Dia saaaangat ramah! semua orang dia boleh join sbb tu orang pon suka dia. Macam2 telatah dia 'tunjuk' yang buat org 'geram' sesangat dgn dia.


Baru2 ni bila cuti sekolah start, kak ana & na balik kampung. Dan semua balik merbok jugak, kecuali kami sebab abi ot. Hari2 berkali2 na tanya bila umarfaiq nak balik merbok. Wuuu! bila kami sampai ja depan umah depa dah siap buka pintu pakat sua muka ramai2 sambut kedatangan kami. Meriah sangat bila semua berkumpul!

semua pakat berebut nak dukung umarfaiq. Pakat dok kerumun depan pintu. Tetiba dengar pintu dihempas, gedegum!!! rupa2nya uwais yg tutup pintu. Dia jeles sebab semua org bagi perhatian kat umar hahaha! mak long ana cakap "padan muka uwais sombong sangat". sebenarnya uwais jenis tak mau kat orang langsung. Org nak main dgn dia pon takmau, apatah lagi nak dukung. Dia mau dgn mama babah dia & pakngah ja. Kak ana & na bosan la, nak main dgn dia macamana.


Tapi umarfaiq pulak lain sesangat. Dgn semua org dia mau. Semua org dia ok. Ramah like umi letewww hekhekhek. Dia baru sampai pon dah byk 'perangai' dia tunjuk. Yang best bila berkumpul ni, biasanya akan ada ole2 utk dua hero tokwan ni, umar & uwais. Mak long ana belikan keta bouncing utk depa, makngah pakngah belikan sepasang baju yg sama, paknjang (abi) belikan baju jugak yg sama corak tapi lain kaler. Apa2 mesti beli dua utk depa. Best sangat! untunglaaa!

Bayangkan bila kami sampai malam tu, semua pakat berkumpul semata2 nak tgk gelagat umar & uwais. Padahal masing2 lapaq, tapi sanggup tak makan sbb dok layan karenah umar & uwais. Yang mencuri tumpuan umarfaiq la kan. Dulu kecik2 uwais suka 'buli' umar. Tapi sejak umarfaiq pandai 'jerit', memang uwais pulak takut kat dia.


Depa pakat dok perati gelagat cucu2 tokwan tu. Kelihatannya uwais lebih banyak 'berundur'. umar nak kawan dgn dia tapi dia lari. Kalo mama babah dia dukung umar, mau dia meraung sebab jeles. Bila pasang keta bouncing yg maklong ana bagi, uwais lari sbb takut. Sedangkan umar siap angkat keta tu nak belek mcmana keta tu boleh bouncing hahaha! uwais asyik menempek dkt mama babah dia ja, yg umar pulak pi merata langsung tak heran pon kat umi abi dia. Umar main dgn semua org, uwais duduk diam ja. Umar suka approach uwais tapi uwais 'lari'.


Banyak hari kami kat merbok maka banyak lah perangai sebenar umarfaiq yg depa dapat lihat. Uwais byk duduk diam ja, umarfaiq ni mcm besa la lagi ramai org lagi dia ligat. Semua org dok tgk karenah dia ja la. Dia LANGSUNG tak duduk diam! ada satu malam tu mcm biasa, pakat dok berhimpun tgk gelagat 2 hero. Tapi uwais duduk kat baba dia. Umar la dok buat show sorang2. Macam2 dia buat yg buat depa tergelak. Tapi bila dia buat ekspresi muka pelik2 dia yg pelbagai tu, semua tergelak besaq!!! selama ni depa dengaq ja umi cerita pasal muka pelik umar tu, kali ni depa dpt tgk sendiri. Pakcik kata dasyat umar ni, bukan satu muka ja dia buat, macam2 muka dia boleh buat. Makcik pulak suruh kami record aksi umar dan hantar ke world funniest record. Bahahaha! umarfaiq pulak bila semua org bagi perhatian kat dia lagi sakan laaaa dia tunjuk hero!


pastu umi bagitau yg dia jugak boleh buat muka sebek yg pelbagai. So pakcik pon usik dia, pura2 marah dia. Umar pon apa lagi, sebek la. Dia buat muka sebek pon lawak! Sebelum nak teriak tu dan lagi buat muka sebek mcm2 pastu baru teriak. Jenuh depa gelak kat dia. Tapi sekali dia teriak memang susah nak berhenti sbb dia sedih la kan dia tgh syok tetiba org marah dia. Umi taktau mcmana depa pujuk dia sbb umi lari pi mandi masa tu.


Kami balik dari ahad - selasa. Riuh dan meriah di merbok bila semua ada. Tapi hari selasa, semua pakat balik serentak, tinggal la mak ayah berdua wuuu. Kesian mak ayah. Bila ramai2 riuh tetiba semua balik serentak terus sunyi. Umi sempat bawak kak ana singgah umah kami sebelum balik kl. Umarfaiq pon mesti 'terasa' jugak kesannya. Dah biasa ramai yg layan dia tetiba kena dok berdua ja dgn umi.
Umi puas hati sgt sebab balik kali ni semua boleh tgk telatah umarfaiq. Byk hari depa spent tym dgn dia, main dgn dia. Sukaaa sgt bila depa terhibur dgn gelagat dia.

moga awak membesar menjadi insan yg disenangi. Jangan sakitkan hati orang. kalo kita tak dapat bagi sumbangan kat org sekalipon sekurang2 nya jadilah insan yg menyenangkan hati org.

setakat ni mmg takdak gambaq umar&uwais bersama, sbb uwais selalu larikan diri takmau kawan dgn umar hahaha! kecik2 takpa, besaq nanti kena kawan bebaik tau. jadi mcm abi dgn paklong zaidi!

Sunday, June 15, 2014

MUF - SI KAKI PANJANG

ASSALAMUALAIKUM...

panjang - itu yg selalu org rumuskan ttg anak umi. Kurus & tinggi, pakej model gituuu bahaha!  Masa mula2 lahir pon memang dah nampak ciri 'panjang' dia tu, mmg dari kecik xde debab2 lemak berlebihan haha.



Hari dah cerita bab baju kan, macamana untungnya bila anak kurus. Baju new born pon masih muat sbb anak kurus. Tapiii berbeza dgn hal kasut & stokin. Sbb anak umi ni kaki dia kurus panjang. Dari baby2 lagi, booties dia byk yg tak muat. Pakai sekali-dua gitu ja. Sama jugak stokin. Bila beli, blh pakai 2-3x ja, pastu mula la tumit dok kat tapak kaki huuu.

~ bila abi lipat baju gini la jadinya. umi tgh berpantang masa ni ~
Sampai akhirnya umi malas dah nak beli stokin. Kalo beli yg saiz besar kang longgar plk. Bila longgar dia tak selesa mula la nk buang plk. Last umi beli stokin pon masa nak pi cameron ritu. Itupon pakai sekali tym kat cameron tu ja la, lps tu xblh pakai dah. Sbb tu sejak brapa bln ntah umi dah stop bagi dia pakai stokin. Pi jalan memana selamber ja bawak anak berkaki ayam. Mmg nampak krg kemas tapi kesah apa hahan lagipon cuaca panas kannn koserrr nak stokin bagai.


Kasut pon sama la jgk tapi umi x byk belikan dia kasut. Setakat ni cuma ada 5 pasang ja, setiap saiz ada sepasang ja. Tau dah pakai sat2 ja. Kalo dah stokin pon x pakai kasut apatah lagi la kan. P memana mmg kaki dogol ja. Waktu2 tertentu ja bagi pakai kasut, tu pon kalo rajin bahaha. Cuma bila dia dah blh jln ni ja baru konsisten nak bagi pakai kasut, itupon kasut sandal ja bkn kasut bertutup.

Disebabkan tinggi jugak, byk seluar anak yg cepat singkat sampai atas lutut. Baju besar elok dah, mai tang seluar singkat pulok. Lawak benor -.-

Thursday, June 12, 2014

MUF - ABC

ASSALAMUALAIKUM...

Isnin lepas, masa umi tgh masak sambil2 tu umi main la dgn dia. Pastu umi nyanyi A-B-C dgn 'pitching yg betul' kat dia. dia dgr umi nyanyi terus dia tunjuk2 kat playpen dia. Umi pon angkat la dia masuk dalam playpen tu. Rupa2nya dia cari buku ABC dia. Bila dah dapat terus dia hulurkan kat umi.

Ohhh anak awak dah faham rupanya! tak sangka anak umi dah pandai! B4 ni umi dok nyanyi lagu ABC kat dia dgn pelbagai gaya. Sampaikan kalo dia tgh nanges pon blh gelak kalo umi nyanyi lagu ABC. umi nyanyi dgn gaya dan lagu sambil tunjuk buku tu, kemain sukaaa la dia. Sampai kadang tu umi rasa klakorrr dgn diri sendiri bahaha! anak punya pasal memang semua mak sanggup buat apa saja hoho



Rupa2nya anak bukam takat suka tgk umi menyanyi & menari, tapi dia faham rupanya. Tak sia2 umi tunjuk bakat kat awak ye anak. Moga Allah terangi hati awak dgn ilmu. Moga dimudahkan urusan awak dalam menuntut ilmu. Umi sentiasa doakan, itu je senjata umi.

I love u, anak!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...