CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label SOLID FOOD. Show all posts
Showing posts with label SOLID FOOD. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

RESEPI MAKANAN BAYI SETAHUN~

ASSALAMUALAIKUM

Tajuk mcm x kena je grammar, biaq pi la haha! Rasanya dah lama x kongsi pasal makanan anak, padahal hari2 aku sediakan makanan anak.

Untuk kali ni nak share pasal nasi goreng, jengjengjenggg! resepi ni main hentam ja sebenarnya. Maklumlah bila dok umah sendiri ni semua nak kena pikir sendiri. Kdg tgh kesuntukan masa, xtau nak masak apa, tu yg blh keluaq idea spontan. Padahal benda simple je pon, tapiii anak mkn sampai licin okayhhh!

NASI GORENG TELUR

Bahan :-
telur (dikacau dgn sedikit susu cair)
nasi putih
bawang putih (dicincang)
unsalted butter (aku pakai marjerin besa ja.opsss)

Cara menyediakan :-
Panaskan kuali dan masukkan butter.
Tumis bawang putih yg telah dicincang sampai naik bau.
Masukkan nasi.
Tuangkan telur yg sudah dikacau ke atas nasi.
Kacau dgn segera supaya nasi dpt bergaul mesra dgn telur.
Kacau hingga telur masak.
Siap untuk dihidangkan.

Nota : aku guna setengah biji je telur utk satu hidangan. Kalo telur byk sgt nanti 'tenggelam' pulak nasi



NASI GORENG AYAM

Bahan :-
Ubi kentang (direbus)
ayam (dicincang halus)
bawang putih (dicincang)
Unsalted butter
nasi putih

Cara menyediakan :-
lenyekkan kentang yg telah direbus.
Gaulkan kentang tadi dgn nasi putih supaya sebati.
Panaskan kuali dan masukkan butter.
Tumis bawang yg telah dicincang sehingga naik bau.
Masukkan ayam yg telah dicincang, kacau hingga masak.
Masukkan nasi yg telah digaulkan dgn ubi kentang.
Kacau hingga sebati
Siap untuk dihidangkan.

Amacam, senang tak? Bahahaha! sekejap je buat ni, tak sampai 5 minit pon! tapi hasilnya, anak kenyang dan suka. Kdg2 kita pon blh teringin nak sikitttt :p

~SELAMAT MENCUBA~

Friday, November 29, 2013

SNACK TIME FOR BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

sejak usia umarfaiq 6bln umi dh start bg snack kt dia. tp bkn bg regularly sgt, bg bila perlu je. maksudnya kalo hari tu dia makan terlalu awal, so gap sementara nk masuk waktu makan lg sekali umi bg la snack kt dia. tp snack ni sebenarnya lbh kpd 'alas perut' la fungsinya. maksudnya kalo umi keluar joging ke, makan ke, beli brg ke, makan kenduri ke, apa2 jela yg melibatkan keluaq rumah bawak anak, umi akan standby snack ni. dulu slalu bg toys bila keluaq, now prefer snack ni lg sbb at least dy blh makan berbanding toys haha. dan kalo travel snack ni mmg wajib la kan.


snack pilihan umi adalah banana bites ni. berkenan tgk uwais makan, nak jugak! haha. first tym bg umarfaiq mkn benda ni, licin dia bedal! gud job anak umi! x sesia abi beli. jarang sgt dia nak jatuhkan (bazir) benda ni. pandai sungguh dia makan. second tym umi beli perasa sayur pulak. alhamdulillah, dia still suka. mkn macam besa.


utk biskut, umi pilih milna rusk perasa mix fruits. alhamdulillah licin jgk umarfaiq bedal. biasnyaa umi bg biskut ni kalo umarfaiq bgn awal umi bg tym brekpes. yela xkan pepagi buta dh nak makan bubur nasi kannn. ataupon kalo nampak dia mcm lapar padahal dh makan, umi akan bg biskut ni sbg alas perut. dan kalo pegi jalan2 yg dekat tp lambat balik, umi prefer bwk biskut sbg bekalan. dgn syarat sblm keluaq tu mesti dh makan nasi sesiap.

kali kedua umi try heinz perasa banana pulak. yg ni dia mcm x berapa suka. dia makan, tp mcm terpaksa dan selalunya x abes. compared to milna rusk dulu dia suka sgt. xtaula kenapa dia x suka,padahal perasa pisang, sama je mcm banana bites dulu. so later pn umi akan back to milna rusk semula.


Friday, November 8, 2013

CARA BUAT BUBUR NASI UNTUK BAYI~

ASSALAMUALAIKUM...

haaa sebijik2 tajuk aku bagi! ada banyak cara utk bagi makan anak ni. I mean nasi la. Ada yg masak moi mcm biasa, pastu blender bila nk bg kat anak. Ada lg cara lain kalo x silap tp aku malas sebut. Yg aku nk kongsi ni cara aku hoho.


Memula, basuh beras, jgn lupa selawat tau! Sesambil tu doa2 la moga2 anak mudah mdengar kata, dilembutkan hatinya. Gituuu ye mak-mak sekalian. act nak masak apa pon kena selawat sambil berdoa, termasuk masak utk suami or sapa2 shj.


Lepas basuh, tos dan biarkan kering kejap. Lepas tu sangai (btl ke istilah ni ntah???) atas api. Maksudnya goreng beras tadi dlm kuali TANPA MINYAK sampai beras tu mcm kekuning2an. Biarkan sejuk, kemudian blend sampai btl2 halus.

~ beras ~
Pastu buat stok ikan bilis plk sbg perasa. teknik yg sama mcm buat beras td. Basuh, sejat, then goreng tanpa minyak sampai agak2 garing. biaq sejuk, blend sampai halus. Ikan bilis ni pastikan betul2 HALUS ok! sila pastikan bersih dr najis (btl ke istilah ni?) & tulang.
Bila 2-2 dah halus (beras & ikan bilis) aku gaul sekali bg sebati. Act aku nk asingkan je,nk masak nt baru letak stok ikan bilis tu. Tp mak laaa yg soh gaul sekali je,senang dan jimat ruang.

~ ikan bilis ~
Ok dh siap stok moi segera ni. So nti bila nk guna, tuang je air panas, tutup dan biarkan kejap bg kembang. Siappppp! tp memandangkan aku x keja dan aku yg handle sdri mknan anak, bila nk guna aku campurkan air dan serbuk nasi ni pastu renehkan seketika. tutup api, gaulkan pulak dgn puree brokoli/carrot/keledek/kentang or apa saja yg kau sukeee! :)

Cara yg aKu guna ni bkn cara malas okeee tapi cara BIJAK! hahaha sendiri mengaku pon biaq p la kan. Bijak sbb sgt mudah nk handle. Xde risiko basi dan membazir. Dan sgt senang nak handle. Kalo nak travel or blk kampung, senang je boh dlm tupperware kecik2 tu. So kalau nak hantar kt pengasuh pon sama la, letak dlm bekas kedap udara. X perlu risau basi ke apa. Sgt2 mudah!!! 

~ bila dah campur ~
dan yg sebenarnya aku x suka cara masak moi pastu blend. Kena masak hari2 tu satu hal, satu hal lg aku x berkenan sgt nak blend moi yg dh masak tu. Rasa mcm 'geli' sbb basah2 kan haha. Maaf ye ni pendapat aku je tau. Bkn geli sbb kotor ke apa tapi...geli la...tak tau nk explain mcmna. Tp sekali sekala kena jgk tukar style bubur pon. Macamana nak tukar, kalau rajin aku kongsi lg. Hewhewhew

Thursday, November 7, 2013

TIPS BAGI ANAK MAKAN~

ASSALAMUALAIKUM...

nahh tajuk xdak grammar langsung! Haha xpela janji uols paham. Act ni bkn la tip sgt pon. Just sharing from my experience

Mood - nak bg makan anak, jgn main bg je. Ikut mood anak, jgn ikut mood kita. Kang kita yg eksaited beriya nak feeding anak, sedangkan anak x mau makan pon. End up nt kita yg frust. So kalau tgk anak dok mengamuk ke, dok garu sana garu sini ke, jgn bg makan lg. biasanya aku akan pastikan mood umarfaiq dlm keadaan baik, ceria bergelak ketawa atau tenang, cool, baru aku bg makan.

~ mood happy ~
susu - kdg2 mmg anak lapaq, tp dia x mau makan. So jgn paksa. Susukan dia dulu, bg alas perut, bg dia tenang dulu. Agak dia dh x meragam, baru suap makanan. Tp janganla susukan sampai dia btl2 kenyang, kang dia xmau makan plk hewhewhew

Mengantuk - kalau anak mengantuk, jgn paksa nak suap. Bg dia tido dulu. Mcm umarfaiq pnah jd, mood elok je so aku suap la makanan. Bila bg makanan dia xmau makan pastu nanges2. Risau jgk kenapa kan, aku masak x sedap ke apa. Try tidokan dia dulu. Bila bangun sambung suap makan baru dia berselera.

~ mengantuk ~
Identified - kenalpasti selera anak. Sbg mommies kita mesti blh detect apa yg anak kita suka apa yg anak kita x suka. Yela some babies memilih jgk, ada rasa yg dia xmau, ada yg xmau yg frozen, dll. Tp umarfaiq setakat ni Alhamdulillah, xdak apa yg dia xmau. Semuaaaaa dia makan habes!

variety - pelbagaikan makanan. Aku mmg bg macam2, tp makesure la makanan tu sesuai dgn anak. No allergic, no sembelit or no cirit. Bg dia pelbagai rasa. Bila dh lps 4 days rule, aku mix kan puree. Mcmana nak mix, next entry ye. For now aku dh start introduced finger food kt umarfaiq for his snack tym.

Jangan paksa - macam yg aku tekankan tadi, JANGAN PAKSA kalau anak takmau makan. Kenalpasti dulu dia tgh lapaq susu ka mengantuk ka apa. Bg dia makan dlm keadaan tenang dan mood elok.

~ tengah mengunyah ~

Sabar - dlm nak feeding anak ni kena byk sabaq. Maksudnya kalau 1st tym bg makan tu dia mcm xmau ka x habes ka jgn give up. Mcm aku, kekadang nampak mcm dia dh xmau makan (x habes), dia 'main2' air dlm mulut atau mungkin dia luah blk makanan, aku akan hold dulu. Sat g biar 2-3min aku suap lg. So setakat ni mmg x penah umarfaiq makan x abes. Jgn terburu2 nak paksa anal habeskan makanan, dia bkn makan lahap mcm kita okkayyy! Kdg2 kalau dia mcm x brapa minat nak makan, dia lg suka main2, kdg2 dia akan 'tertepis' makanan. Yela kdg tu kakitangan dok godek2 mmg terkena la. So jgn nak naik angin.
Atau kdg2 dia happy pon dia akan kelupoq smpai 'tertendang' sudu huuhuhu. Sabooo jela!

~ muka kenyang ~

Tahap kelaparan - kenalpasti tahap kelaparan anak. Mcm umarfaiq, kalo dia lapar biasa2 je, bila kita suap dia akan telan pelan2. kdg2 dia 'kunyah2' dulu baru telan. Tapi kalau dia lapaq gila, kita lambat suap dia 'marah' haha. Dia akan telan laju, maksudnya sekali kita suap dia trs telan. Suap pn laju mcm robot. Atau kadang2 dia lapaq sgt, bila aku suap dia akan telan dan gelak tanda gembira. Setiap kali aku suap dia mcm sukaaa. Bila dh kenyang, dia akan kemam makanan, xmau telan. Kdg2 dia semboq. Tp aku gigih. Aku guna taktik td, biaq dulu 2-3min kemudian aku akan suap lg sampai habes. Tp kalau anak kau btl2 dah xmau jgn la paksa sgt!

so, setakat ni tu jela yg dpt aku kongsi bdasarkan pengalaman aku hampir 2 bln bg umarfaiq makan. Puasss hati sgt bila anak makan dgn berselera. Mcm aku ckp dulu, nak bg makan anak ni sama mcm nak bg suami makan. Bila suami makan dgn berselera bertambah2 apa yg kita masak, kita akan rasa satu kepuasan. Sama jgk mcm anak. Bila anak makan makanan yg kita buat sendiri rasa puas hati sgt. Setiap kali umarfaiq 'happy' bila kenyang, aku rasa puas hati. Kdg2 rasa sayu pon ada huuuu~

Wednesday, November 6, 2013

MIX PUREES~

ASSALAMUALAIKUM...

mix purees ni adalad alternatif bila umi rasa buntu nk bg anak mkn apa. I mean still kna bg puree, tp xtau nk bg puree apa dh. So umi try mix la mana2 puree yg blh. To be honest, umi xtau apa yg blh di-mix or not. So umi hentam ikut suka haha!

~ kurma + brokoli + keledek + kentang + epal ~
mix sebab lebihan buat stok untuk 2 minggu
rasanya ada byk cara utk mix purees ni. Ada mommies yg mix sesiap masa blend. Ada yg bt puree asing2 then nk mkn baru mix masa nk serve tu. Tp umi prefer mix masa nk serve tu supaya blh variety. Cth umi buat 3 puree, brokoli, avocado & kurma. Hari 1st serve bg brokoli+avocado, 2nd serve bg brokoli+kurma, 3 serve bg avocado+kurma. So itu apa yg umi maksudkan dgn variety. Kalo mix sesiap masa blender, mmg satu jns tu ja la.

~ brokoli + keledek ~
X cukup dgn tu, umi tambah cara baru plak - cara sukahati haha! Umi mix masa nak bekukan tu. Konon2 nt bila beku jd mcm eskrem layer kahkah! yg ni mmg sukahati umi je mix, xde pantang larang. Cuma klo blh mix la 2 bhn yg different colours, baru nmpk layer haha.

~ carrot + brokoli ~

~ epal + brokoli ~

amacam menarik dak eskrem puree umi buat??? hewhewhew~
- selamat mencuba - 



Tuesday, October 29, 2013

PUREES FOR BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

18/9/13 - Umarfaiq dh start mkn solid food di usia 5bln 3hari. Its better than 3months mak tok dh kalut nk bg mkn pisang ok! Eksaited nk bg anak mkn, kemain sgt feeling dia. Start bg mkn ptg due tu masalah x sempat sbb siang tu pegi klinik cucuk 5bln pastu balik baru beli keledek & carrot. Masa anak tido mula la bersilat kt dapoq. Feeling berbunga2, sama mcm feeling tym nak masak kt asben LOL!

~ ini abi yg suapkan ~
Setakat ni umarfaiq dah start makan bermula dgn keledek, carrot, epal, pear, kurma, labu, zucchini & avocado. Hari pertama umarfaiq start mkn, tunggu abi blk keja baru bg. Berdebar2 sgt ok nk tgk reaksi anak! maktok tlg pegang anak, umi suap, abi rakam, maksu tlg tgk. Dh mcm nak bersunat plk ramai2 dok bt kalut mcm tu. 1st tym makanan masuk mulut, anak buat muka pelik! hahaha! yelaaa kan asyik minum susu je tetiba mkn benda asing mestila dia rasa lain sgt!



 memula umi bg separuh je dr bekas baby bullet tu. So satu bekas baby bullet tu cukup la utk sehari. Tp makin lama nampak umarfaiq mcm 'x puas' je mkn. So umi bg satu bekas utk sekali mkn. Sehari 2x mkn, pg dlm pkl11-12 dan ptg dlm pkl7. even umi x kerja, kenapa buat frozen puree? sbb sekali blend tu xkan nk blender sikit2 kan. so umi buat sesiap stok makanan utk seminggu. lagipon, kau ingat umi x keja so goyang kaki je kt umah? hehhhh

~ alahaiii kesian sgt tgk expression umarfaiq masa ni~
Alhamdulillah setakat ni umarfaiq mmg lgsg x memilih makanan. Apa yg umi bg semua dia redha ja hahaha! Xde nak memilih even frozen ke fresh ke apa. Cuma setiap kali beralih puree dia bt muka pelik. Yelaaa rasa lain2 kan. Kelakar sgt tgk muka anak! lps tu bila dia dh 'sedap' mkn dia akan 'marah' kalo kita lambat suap. Bila dia dh kenyang je dia mcm xmau telan tp bila umi 'paksa' dia telan jgk. Mmg selalunya dia mkn sampai habes. Setiap kali lps makan dia akan 'menjerit2' tanda suka hahaha comelll sgt! Utk permulaan, dia mmg xpandai makan kalo x betul2 halus. Nk mkn kena guna 'bantuan' air masak. 1st tym, buat puree keledek & carrot tu umi x pandai nak agak lg so puree pn mcm x brapa nak halus. So serdak2 yg x brapa halus tu umarfaiq mcm susah sgt nk trima. Maka utk puree berikutnya umi potong dadu dgn lbh halus dan blender dgn lbh lama.

~ puree keledek ~
Cara2 buat puree - mula2 kupas kulit. Pastu potong dadu. Then steam / rebus. Tp umi prefer steam sbb zat dia dpt dikekalkn. Lps tu blender dgn breastmilk or air masak. mudah kan??? so mommies, apa lg alasan anda? =)


puree carrot
umi rasa umarfaiq x sesuai mkn carrot. sbb dia poo poo keras dr biasa. first tym tgk najis dia lps mkn carrot ni terus umi gelak, sekeping-sekeping keluar. hahaha! so umi decide utk hold dulu carrot ni


puree epal
umi x pasti samada sesuai ke x dgn umarfaiq. sbb umi x ikut 4 days rule. jadi 2-3 hari je sbb stok habes, sbb umarfaiq dh start mkn 2x sehari


puree pear
pon sama mcm epal. umi just habeskan stok yg ada. rasanya mcm umarfaiq kurang poo poo jugak. masa mula2 makan, umarfaiq buat muka pelik haha!

puree kurma
kena buang dulu kulit kurma tu ye mommies sbb takut terlekat kt lelangit anak. rasanya kurma plg bagus sbb lps makan umarfaiq x sembelit dan poo poo lancar. tp puree kurma ni likat pekat melekat, kena guna byk air. dan kurma ni mcm cpt kenyang, mkn sikit pon dh kenyang
*tak sempat snap pic*


puree zucchini
percayalaaa yg umi pon xtau apa itu zucchini. men gugel jaa pastu mujoq la kt tesco ada label kahkah! zucchini ni mcm timun ja lbh kurang. dia mcm byk air so bila blend jgn letak air banyak sgt.


puree avocado
avocado x payah steam. just belah tgh, buang biji then korek isi dia, blend with some water. kata org, avocado ni sgt berkhasiat. aku rasa, mcm tawar je tp lemak2 gitewww. alhamdulillah even tawar, umarfaiq xde pulak buat muka pelik mcm masa mula2 dia makan pear / epal.


puree labu
ok je kot dgn umarfaiq. rasa manis2 buah giteww. cara buat sama je mcm puree lain.


tp overall punya makanan mmg buat umarfaiq kurang poo poo. mungkin sistem penghadaman dia x berapa lancar. yelaaa 1st tym try makanan selain susu umi kan. antara buah yg x perlu steam adalah avocado, pisang & betik. blender / mashed mentah2 gitu je.

ok itu dulu utk bab puree. kalo ada masa umi will update about mixed puree & cereal for umarfaiq.



Saturday, September 28, 2013

PERSEDIAAN SOLID FOOD~

ASSALAMUALAIKUM...


umarfaiq baru masuk 5bln tp dh kena makan solid food. Kena ok kena! mmgla nak exclusif bf sampai 6bln, tapi tapi tapi...bila ddk dgn parents ni fhm2 jela. Dari umor 3bln lg depa dh bebel soh bg mkn pisang la nestum la apa la. Baru lps bersalin lps discharged dh kalut nk bg airmasak. Besala org tua2 ni, depa dh besa mcm tu masa zaman depa. Setiap kali aku larang mesti mak jwb "hampa dulu semua dlu mkn pisang tu laaaa besaq elok sampai la ni"

haishhh jenuh la nak terangkn kt depa. Satu lg mak ragu mcmna aku nk bg breastmilk only sdgkan aku bekerja (dulu), mak takut susu x cukup takut anak x kenyang. Tp bila mak tgk stok susu yg aku buat b4 start keja dulu mak pon yakin la. Tp mak still x puas hati, still nk bg mkn jgk. Haiyarkkk!


Dan aku dpt tau b4 ni mak abah ada curi2 bg mkn kt umarfaiq uwaaaa! so sbg langkah pencegahan,sblm kdaan lbh parah, lbh baik aku yg start bg solid food dulu. Smntra aku blm bkerja, smntra aku free, better aku yg mulakan. Blh aku atur sdri menu, jadual mkn, cara penyimpanan mknan, allergic, respons anak thadap solid food dll. Plg penting aku dpt lalui sendiri moment2 comel bila umarfaiq memula kenal solid foods.


kenapa semangat sgt ttg solid foods? sbb aku kalo blh nak beri yg terbaekkk utk umarfaiq, kalo blh nk bg homemade solid foods. Selain terjamin kebersihan at least aku tau apa yg keluar-masuk dlm perut dia. Kata org nak pikat suami kan melalui perutnya, sama la anak pon nak kena jaga perut jgk. Ok xdak kaitan hahaha! selagi aku ada masa dan mampu sedaya upaya aku nak jaga dan pantau pemakanan umarfaiq ni. Kalo blh xmau la sesuka hati dok suap itu suap ini. Mujoq suami jgk sentiasa menyokong usaha murni aku ni lps aku bg ceramah psl kesan buruk kalo bg makan kat anak ikut suka. Bear in mind, makanan kita bkn makanan anak. Makanan anak kalo gatal nk makan jgk silakan hahaha. Semoga kami dpt bertahan utk bg homemade foods kt umarfaiq. Mak kemain lg "alaaa mak mengasuh dulu mak depa bg nestum dgn biskut jaaa besaq elok ja pon"

Semangat btl kami nk start bg umarfaiq solid foods, beriya beli 'keperluan' dia. Antara yg penting, floor mat (tp aku x beli pon, pepandaila cover) utk elak mknan tumpah. Bip, elak baju anak kotor. Tp kalo Pakai sapu tgn besa pn ok dah. Mangkuk, cawan & sudu khas (tp cawan umi lupa beli grrr) yg BPA free ok. Mmg rambang mata tgk brgn baby ni. Tp yg x bestnya semua mahal2. ada SUDU yg berharga rm30++ satu! Perghhh sudu je kot. Itu blm lg pinggan mangkuk haha kelasss kau baby! tp umi beli yg murah2 je. Sudu 2 batang rm6.50, cap disney. Umi bkenan sbb (selain sbb kaler hijau) pmukaan lengkung dia x tlalu dlm. Pastu bila guna mmg best sbb bila panas sudu tu akn brubah kaler (jd makin pudar) so kita blh tau mknan tu tlalu pns atau x (sesuai ke tidak) utk diberi pd bayi. Bila suhu normal kaler dia pn jd normal blk hewhewhew~ tp mak mcm besala, kalo kmi beli brg umarfaiq yg mahal sikit or yg khas utk umarfaiq mst dia nk kondem. "mak mengasuh lbh 10org dahhh semua suap pakai sudu kfc tu jaaa"


sblm tu apa yg lbh penting (pada aku) adalah blender. Kau jgn pepandai nk share blender yg kau guna kt umah tu utk blender makanan anak ye. Kang lekat habes bau cabai bagai. B4 ni penah dgr ttg baby bullet tp tau gitu2 je xpenah gugel pn. Suatu hari kak cik (kak ipaq aku,kakak suami aku) tnya nak baby bullet x, tgh ada offer. Kalo beli 2 lagi murah. Aku OK jeee padahal masa tu (umarfaiq baru 2bln ++) aku lgsg xtau apa benda baby bullet tu. Malas nk survey dh psl food processor ni kang makin survey makin xtau nk beli apa so ok kan saja. Sekali bila tym nak bayaq kak cik ckp xpayah,dia mmg niat nak belanja pon. Ohmakk sukanyaaa dan bsyukur sgt! kau tau x yg baby bullet ni saaaaaaaangat lah comelll!!! nanti kalo rajin aku review hikhikhik :)


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...