CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label SAYANG FAMILY. Show all posts
Showing posts with label SAYANG FAMILY. Show all posts

Monday, October 19, 2015

HOTMAS WITH PARENTS~

ASSALAMUALAIKUM...

2 OKTOBER 2015 - dah lama teringin nak belanja parents makan kat hotmas, tapi tak berkesempatan. sebab mak abah tak penah try lagi tu yg teringin nak bagi depa rasa. jumaat tu kebetulan malas masak (hahaha) abi pulak balik lewat so pi umah mak. umi haruslah nak keluaq cari makan malam so saja ajak2 mak then mak setuju. abah malas pi sebab ada game bola kedah. iols cakap hotmas ada tv berlambak haha!



so kami pergi la berlima, tanpa abi. saja nak bagi maktok try chicken chop kat situ, besaq dan sedap!!! haaa jenuh maktok makan memang tak habes! 


umar just share dengan maktok,kemain laaa merap tok & wan dia tu! mujoq laaa cucu kesayangan, layan ajerrr



 banyak dan besar portion ayam ni. memang berlaloi (as alaways). mak tok sampai kena tapau la sbb tak larat nak habeskan


abah makan nasi & tomyam campur. ponnn tak habes. tapi tomyam pada aku so-so je, tak lah sedap mana. kami memang tak pernah order pon selama ni. tapi bahan boleh tahan banyak

yg ni pon abah makan tak habes, tapau jeee. rugi hoi hahaaa!



umi, nasi goreng kampung plus teloq dadar. sedap, tapi umi rasa nasi goreng ikan masin win lagi. huuuu

mcm biasa portion besaq, memang kenyang la even dari siang tak makan nasi.


ubayy elok umi nak makan mula la dia nak merengek. memang dia ngantuk pon. at last umi dodoi dia atas meja tu kemain nyenyak ok jer hahaha!

untuk abi umi tapaukan nasi goreng heeee~

alhamdulillah ada jugak rezeki utk belanja parents :)

Tuesday, April 28, 2015

FAMILY PHOTOSHOOT~

ASSALAMUALAIKUM...

act dah lamaaa sangat nak ambek gambaq satu family ni. tapi tu la, bukan senang nak berkumpul full set kan. kadang bila raya tu, kang ada pulak yg takdak certain2 waktu.

yela abg sulung kadang raya kat pahang. abg kedua dok sabah. bilanya nak berkumpul ramai2? bila berkumpul pon sekejap2 jela, dah tu mestila aktiviti penuh kan. 

targetnya raya tahun ni la nak bergambaq. tapiii abang pit pulak kena balik sabah dalam bulan posa. tak sempat jugak beraya bersama. aku pulak dalam pantang kannn, mestila susah. so mak cadangkan pegi ambek gambaq time tak raya hahaha


mak la yg nak sangat gambaq satu family ni. sbb dah lama sangat kami takdak gambaq ramai2 full set. last ambek gambaq family masa semua anak2 belum kawen dulu huuu

kebetulan tahun ni abg pit kena kursus kat sini lama, so lama la depa stay sini. tu yg gagah jugak nak ambek gambaq. dah nama pon ambek gambaq time tak raya, so takdela baju sedondon nya haaa. semua main pakai je apa yg ada. 

tapi mujoqla walaupon tak sedondon, tapi colour still dlm kategori yg sama. maksudnya takde nampak caca marba sangat. takde campur hijau kuning merah ke ungu ke apa haaa. 


memula of course la gambar semua sekali. inilah keluarga kecik kami, tak ramai sangat pon. tapi payah nak berkumpul completely hehe. 14 org semuanya. kira sekali laaa adik dalam perut kannn hahaha! 


lepas tu gambar mak abah dan anak2, means family induk kami sahaja. kemain lagi mak, "menantu2 sila keluaq dulu" ewahhh hahaha!

mak abah, kami 4 beradik. 2 lelaki 2 perempuan. 3 dah kawen, sorang je belum. sbb beza umur aku dgn najwa kan 12 tahun huuuu~

dari kiri najwa, aku, abg sulung dan abg kedua.


okey, pastu mak abah dah family anak2. dimulakan dgn mak abah dan family abg sulung.


mak abah dan family abg pit. depa ni yg memenuhkan studio, ramai! haha


mak abah dan family anak perempuan mak yg gojesh dan vogue ehemmm!

anak umi ternganga tu pasaipa?


mak abah dan anak bongsu. nanti dia kawen kena mai lagi ka mcmana?


then gambaq datuk nenek dan cucu2. saja kannn sebut datuk dan nenek, sbb photographer tu sebut mcm tu hahaha!

ambek gambaq bebudak ni jenuh la dok agah bagi tengok kamera. cucu pompuan tunggal tu ja tak payah ajaq, memang kaki camwhore ponnn~

cucu2 tok dan tokwan : FARIZZA, FAKHRUL, FAIQ & FARIS :)

adik nak kena F jugak keee???


then gambaq kami family by family. abang dgn kaklong takmau ambek sbb pakai baju tak lawa katanya. nanti nak mai lain pakai baju penganting terus hahaha!

family abg pit, depa ja sedondon semua oren. sakit mata tauuuu


family kecik kami. ishhh nanti adik keluaq kena mai lain kot? kesian adik posing sensirang kat dalam

anak pakai baju yg mama fana bagi sbb nak sedondonkan sgn abi. lepas tu balik basuh simpan dlm lemari semula sbb nak simpan pakai raya hahaha

umi saja je tak pakai sedondon. sbb umi rasa lebih yakin bertudung hitam huihuihui

alhamdulillah, setel bab bergambaq. lepas ni kalau dipanjangkan usia kita berkumpul lagi. kali ni pakai semua kain satu kayu. ekkkk~



Monday, April 13, 2015

BIRTHDAY BBQ~

ASSALAMUALAIKUM...

berdasarkan entry2 lepas, ramai yg salah sangka ye. sebenarnya cerita mak kena warded tu memang cerita lama. maklum lewww iols kan suka boh cerita2 basi. act nak cerita pasal anak kena warded, tapi kena mula dgn mak dulu sbb kejadian tu berlaku berturut2. tapi sekarang malas pulak nak sambung. mood takde la pulok. kita cerita bab lain dulu, nanti baru sambung bab2 sakit ni okayhhh~

hmmm... cerita pasal bbq lah. tapi ini pon cerita basi kahkahkah~

cerita pada 28 FEBRUARI yg lalu. besday yong, anak menakan yg sulung tu. kebetulan jatuh pd hari sabtu. act bukan nak celebrate besday sangat, tapi saja nak berkumpul family kami. bukan senang ni nak ada lengkap semua. time family abg pit balik dari sabah mcm ni jela nak berkumpul ramai2 pon. selalu kami akan pegi makan ramai2. tapi kali ni saja buat kelainan. memandangkan kejayaan bbq sebelum ni kat rumah aku, maka sekali lagi rumah aku dicadangkan sebagai tempat bbq.


takde panggil sapa2 pon, family kami ja. cuma kak ila dgn haney jela tetamu jemputan, tu pon sebab nak kena tolong aku haha. depa pon sponsor bihun goreng. kak long sponsor kek. abg sponsor kambeng. abah sponsor ikan siakap, mak sponsor ayam dan ikan temenung, bangpit sponsor udang. aku? sponsor ayaq dan tempat, buleh tegha tu? hahaha. 

pagi tu abg mai singgah hantaq kambing yg dah siap perap, alahhh dia pon beli yg siap perap dah hahaha. pastu depa culik anak bawak pegi jalan, maka kami laki bini pon apa lagi, ambek kesempatan utk keluaq naik moto cari apa2 brg yg perlu. senang naik moto ni nak menyinggah merata. balik umah mak terus pi makan kenduri sat. 


pastu tolong mak buat bahan perapan. memula aku ingat aku yg nak perap sesiap kat umah aku. tapi mak nak tolong buat. last2 kami pakat buat kat umah mak. bila ramai2 ni cepat la keja siap. siap perap aku balik ke rumah setel hal umah pulak. kami ni pulak jenuh la kelam kabut nak kemas umah bagai. maklum la bila org mai umah baru nak kemas2 bagai kan. itu yg bestnya bila ada tetamu nak mai, dan dan jadi rajin kan. 


sebelum maghrib semua tetamu sudah tiba. sbg appetizer utk menyabarkan kanak2, abg belanja aiskrim dulu. kanak2 konon, yg tua2 ni la rebut sekali. aku pulak sibuk buat nasi goreng dan sambal kicap utk cicah. yg lelaki sibuk hidupkan api. yg perempuan jaga kanak2. gituuu. memang riuh rendah la kan walaupon budak2 ada berapa ja tapi bila berkumpul seronok2 mcm tu mmg riuh. 

elok dah siap api dah jadi arang, tetiba hujan turun. nangessssssssss! kelam kabut alihkan tempat bakaq ke bawah bumbung pulak sobbsss. so bbq tak berapa nak feel sgt sbb tak boleh bakaq kat tepi rumah hahaha! jadi la kannn janji boleh makan. 


dah pukul10 besday gurl dah ngantuk nak tidoq. so terpaksa keluarkan kek. seprais la konon. syok la budak tu tetiba ada kek mengejut gitu kannn. kemain la potong kek bagai. saja je kek tu, utk hiburkan kanak2 gituuu. btw abah takdak malam tu. sbb last minit abah kena pi penang, ziarah kawan abah sakit. dan ditakdirkan meninggal dunia malam tu jugak, jadi abah dan beberapa jiran kena uruskan urusan bawak balik jenazah sbb jenazah tu muallaf. 


pukul 1 baru abah sampai. kesian abah. dia yg paling semangat nak bakaq sotong dan ikan siakap. last2 makan sorang la huuu. malam tu semua org tido kat umah kami kecuali mak abah dan najwa sbb esoknya najwa sekolah.

memang meriah la. seronok sangat! walaupon rumah kami dekat ja dgn umah mak, depa ambek kesempatan malam ni tuk tido kat umah kami. acah2 mcm jauh kan. bila lagi nak merasa tido umah adik depa ni kan. happy sangat dapat tetamu ramai2 mcm ni, penuh rumah! rasa mcm raya pon ada. ada terselit sedikit sayu di hatiku. moga ukhwah kami berkekalan. moga kami terus diberi nikmat utk luangkan masa bersama :)


Sunday, April 12, 2015

MAKTOK WARDED - PART 3

ASSALAMUALAIKUM...

jumaat 30/1/2015 - tengahari aku tak pi sebab abah dah pi. terpaksa bergilir sbb hari ni abah pulak kena jaga cucu hewhewhew. petang, bagi anak tido sesiap baru aku bertolak pi kat mak. pi sebelum asar lagi. so ptg ni abah tak dapat la jumpa ak sbb kena jaga cucu hahaha! seronok pi awal, boleh sembang lama dgn mak. ada beberapa kwn2 mak yg mai. abang pon mai. seronok teman mak sembang. memang la mak takde apa pon. warded tu utk masuk air dan ambek darah je. tapiii mestila mak bosan kan. takdak sapa yg suka duduk terperuk kat spital tu. malam ni pulak najwa tak boleh temankan mak sebab esoknya dia ada sekolah ganti. kesian mak, tido sorang lagi huuu.

Malam ni Lan ajak kami keluaq. sebelum tu abah, abi dgn anak pegi masjid. balik masjid baru kami keluaq makan. macam biasa la Lan teringin nak belanja kami, kahhh! makan kat pekan ja. aku konon teringin nasi lemak. beli kemain nasi lemak ayam berempah, at last makan sesuap je wuuu :(

lepas tu pegi uptown. uncle Lan belanja anak baju, yeayyy Alhamdulillah :)

balik dah dekat pukul 12. anak pon bukannya mengantuk lagi. sakan main. setiap malam aku sms mak mcm sms boipren. tu je cara aku boleh temankan mak. bila sms bagitau cucu dia tak tidoq lagi, terus mak call. kesian mak, sunyi letew :(

puas sembang dgn cucu dia, walaupon cucu masa tu cakap melayu arab pelat kedah kahhh! aku pon sembang2 dgn mak kejap. dalam pukul 1.30, elok rasa nak lena, bangpit dgn abg pulak sampai. dahhh tak jadi lena lagi. terbantut pulak tidur tu kan. 

sabtu 31/1/2015 - tengahari kami pi melawat mak. kali ni kena bergilir la dgn abi. jenuh jugak nak kepung dia kat bawah tu. abi pon kemain la sembang apa lama sgt dgn mak metua tu kan. kata abi, kesian kat mak. saja sembang lama dgn mak. elok nak turun nurse pulak mai, dia tunggu sampai nurse sudah keja pulak. 

balik dari spital singgah umah fana sat bagi hantaran. janji nak mai tolong2 tak kesampaian. sorry pana, kita hanya merancang wuuuu. lepas tu terus ke masjid taman peruda sbb dah pukul 3 lebih tak solat zohor lagi. anak sebenarnya dah mengantuk tapi dalam masa yg sama kami tak makan lagi. dalam dilema sebenarnya nak balik tidokan dan tapau makanan or mcmana. at last kami pilih makan kat luaq, sekali harung ja sbb kot mana pon abi memang nak kena keluaq dgn Lan. teman Lan beli laptop.



lepas solat terus ke CS. disebabkan dah lewat anak pon dah lapaq, sbg tanda minta maaf umi belanja KFC ye anak. tapi tapau ja sbb abi nak makan nasi. anak pon mesti nak nasi jugak. so tapau kfc then makan kat cemara. abi order nasi ayam. umi makan kfc, pastu teringin koteow sup. order la, tapi langsung makan tak banyak sbb tak sedap. umi yakin memang tak sedap bukan sbb tekak pembawaan budak hoho.

anak pulak, kemain laju makan kfc dan nasi. banyakkk dia makan! lapaq sangat la tu wuuuu sorry anak biar awak kelaparan. tengah kami dok makan tu Lan sampai. lepas tu abi dgn anak teman Lan pegi beli laptop, umi curi2 ke bahagian baju anak kahkahkah. sambaq seluaq sehelai utk majlis mama fana esoknya. lagipon seluaq anak memang semua tak muat dah, sbb anak umi ni cepat tinggi wuuuu.

uncle lan ni kalau shopping bukannya sikit. org ber-wang la katakan. kata je nak beli laptop, tapi last2 segala benda dia beli. sampai satu tahap anak dah tak larat, dah ngantuk dan memang bateri warning dah. at last kami terpaksa mintak diri dulu.

hasilnya, malam tu anak demam. badan panas. umi dah la letih semalam tido lambat kurang rehat bagai, pastu malam terpaksa berjaga pulak sbb anak demam sobs. sedih sgt tgk keadaan anak bila dia tak larat  :(


Friday, April 10, 2015

MAKTOK WARDED - PART 2

ASSALAMUALAIKUM...

khamis 29/1/2015- esoknya, haruslah aku nak melawat mak kan. walau mak kata mak takde pape, tetap lah rasa nak pegi jugak. rindu. risau. hati tak tenang bila mak takdak di rumah. mak tak bagi aku mai sebenarnya. sbb takut menyusahkan. hospital sp ni budak2 bwh 12tahun tak boleh masuk. 

tapi aku degil. aku tetap nak jumpa mak. umarfaiq, aku tinggalkan dekat makngah ila dia. makngah ila pon tengah keja sebenarnya, cuma dia keja ada office sendiri duduk sorang2 so dia boleh jaga. lagipon katanya umarfaiq ni bukan susah pon nak jaga. seronok lagi ada la. makngah pon memang dah biasa sgt dgn dia. kalau ada masa memang dok bawak dia pi lepak opis makngah pon. so umi bagi bekal makanan sesiap dah tinggalkan dia dgn makngah. langsung dia tak nanges bila umi pegi. dia faham bila umi cakap umi nak pi tengok maktok sat huuu.


sampai sana, cari parking mcm besa laaa memang seksa. mujoq ada rezeki aku jugak. naseb laaa pakai kereta comel kan, selit ja mana2 suka. hambooihhh full sgt kan, hambekkk kau aku parking hahaha!


masa sampai abah ada dok teman mak. sembang2 dgn mak kejap pastu aku curi2 pi ziarah anak kakjat pulak yg baru bersalin kat spital yg sama. lepas tu baru naik kat mak semula. masa tu abah dah balik. tengok mak tengah tido, rasa sayu sangat hati. mak tak pernah kena warded seumur hidup dia. mak sentiasa sihat alhamdulillah. 1st time mak kena warded pon masa bersalin kat najwa ja. 

sembang2 dgn mak kejap, sampai habes waktu melawat baru aku turun. itupon siap extend lagi. berat hati nak tinggalkan mak. kalau boleh nak temankan mak setiap masa. masa mak sihat pon kami sentiasa borak2 sesama, apatah lagi time tak sihat mcm ni kan. mesti mak bosan duduk sini sorang2. sbb mak duduk wad 2nd class, satu bilik 2org. org katil sebelah pulak tak boleh cakap huuuu.


mak la yg suruh aku balik cepat, kesian kat umarfaiq katanya. bila sms kak ila tanya keadaan anak, dia cakap anak happy ja dok tengok lorry. naseblaaa tempat keja makngah banyak lori huuu...sebelum balik umi singgah makan sesiap kat kafe spital tu. btw memang ni la peluang umi sbb makanan kat kafe ni boleh tahan sedap hewhewhew.

sampai opis makngah tengok anak happy ja duduk dgn makngah. alhamdulillah. dulu mak yg mengasuh kak ila ni, dari lepas pantang. semua depa 4beradik mak yg mengasuh. sekarang dia pulak mengasuh anak aku hehe. makngah kata budak baik ni tak susah pon nak jaga. tengok lori ja pon dah happy sampai sudah haha. umi upah belon kat anak sbb kena tinggal dan sebab baik sangat huhu. 



balik, singgah umah kak fazren kejap. selain nak khabarkan berita mak masuk ward, rindu dekat anak2 menakan sebenarnya. seronok umarfaiq blh jumpa kazen2. balik umah, tak sempat sampai umah mak, anak dah terlena sambil berdiri dlm keta. kesiannya, letih rupanya. padahal dia bangun tido tadi dah dekat pukul12.

petang, abah pi melawat mak lagi. tapi aku tak boleh pi la kan sapa nak jaga umarfaiq lagi. takkan nak suruh makngah ila dia lagi, melampau laaa huuu. kalau boleh setiap masa nak melawat mak :(

so aku bawak umarfaiq ronda2 petang. kesian dia bosan. selalu ramai melayan dia. tapi petang tu tinggal kami berdua jela dah semua pakat pi melawat mak. maktok pon rindu cucu tak sangga dah. saling merindu la depa. 


abah balik dah maghrib. pastu pi pulak sbb nak hantar najwa, dia nak temankan mak malam ni. dah tu tetiba bukan saja kak ila, adik2 dia pon ikut sekali nak pi melawat. malam2 pon hentam jaaa janji boleh masuk haha. mak memang rajin melayan bebudak kat umah tu. bila kita baik dgn org, see, org pon akan baik dgn kita :)


Thursday, April 9, 2015

MAK TOK WARDED - DENGGI

ASSALAMUALAIKUM...

January lepas, mak demam beberapa hari. tapi aku tak berpeluang nak balik umah mak even dekat jeee sebab aku pon tak sihat masa tu. rabu, 28/1/2015 - lepas aku dah makan ubat dah sihat, baru pegi umah mak. memang niat nak jaga mak dan tolong2 apa yg patut. keadaan mak bukan makin sihat tapi makin menjadi pulak demam mak tu. mak tak boleh bangun, cirit birit, muntah2, pening. kesian :(

makan apa pon mak tak lalu. memang mak lemah la. dlm pukul 3 ptg mcm tu mak ajak pi spital. i know my mum. mak takkan menyusahkan aku kalau keadaan dia tak teruk. yela aku ni dgn mengandung dgn ada anak kecik lagi, agak kelam kabut la nak bawak mak pi spital. act mak tunggu abah balik utk pi spital, tapi abah ada keja luaq, so balik lambat. mak tak tahan sangat la tu yg ajak aku jgk. at last mak ajak chaq, jiran belakang rumah teman kami. kiranya aku ni driver jela bawak mak, nanti urusan kat spital chaq yg setelkan sbb chaq memang cekap dan boleh diharap.

aku ni takdela rasa menyusahkan pon setakat nak bawak mak pi spital tu. aku siap tanya lagi "mak tak percaya kat cheq ka?" hahaha

mak kata bukan tak percaya, tapi mak tau la keadaan aku mcmana dgn mengandung dgn anak kecik lagi. kalau ada chaq tu boleh jugak buat peneman huhu.


dalam pukul 4 baru kami bertolak. sampai sana memang chaq yg uruskan semua, ambek kerusi roda, tolak mak, daftar bagai. chaq memang cekap bab2 spital ni. aku cuma tunggu kat luaq sambil jaga anak huhu. memula dia lincah main, jenuh la nak ligan. pastu dah bosan mula la mengantuk pulak. sampai tertido dia kat situ. alahaiiii kesiannya anak umi!

mak suruh kami balik dulu sbb kesian kat cucu dia. lagipon nanti abah balik abah pulak mai ambek. jadi sebelum balik chaq pi jumpa doktor. kemain tau chaq ni! doktor bagitau mak suspected denggi so kena warded dan tak boleh balik. mak bukan tau lagi keadaan dia sebenarnya. sebab depa dok bagi mak berehat dan masuk air. bila dah kata mcm tu, aku tunggu abah sampai la as long as abah pon dah odw.

sebelum balik, aku curi2 bawak masuk umarfaiq dalam bilik kecemasan tu. kesian umarfaiq dok tanya mana maktok dia :(

bagi dia tengok mak, terus muka dia lain. dia tau maktok sakit. mak pon rindu cucu haaa nak kena warded kan. lama jugak la kami duduk dalam tu. dekat maghrib baru kami balik, tinggal abah pulak tunggu kat situ utk urusan masuk wad. 

balik umah, tugas aku kena kemas barang2 mak utk dibawa ke spital. segala keperluan pakaian makanan dll pepandai la aku bungkus huuu. lepas isyak baru aku dgn suami pi hantaq kat mak. tapi aku tak masuk, bagi chance suami masuk pulak sbb suami tak jumpa mak lagi. lagipon masa tu abah dgn abang ada dekat mak, so biarlah mereka geng lelaki je naik. aku kena jaga anak la kat bawah. bawak dia tgk ambulance, dah sudah taknak balik pulak hahaha


dah setel semua baru singgah kedai makan. lapaq wehhh, penat satu hal. aku pilih chicken grill je sbb masa tu itu je yg lalu masuk tekak. anak pon kemain happy bila makan. mcm dia tak letih langsung, ceria je! umi anggap anak ok la. lepas makan ke stesen bas pulak, hantar tiket kat makteh umarfaiq tu. pastu tunggu sampai dia naik bas, dah pukul12 lebih.

balik umah, lepas salin baju pampers semua tgk anak dah lena. rupanya anak letih, tapi dia berlagak kuat. yela, kami pon rasa letih sesangat pi mai pi mai, apatah lagi dia yg kecik tu kan. kami tido umah mak sbb nak temankan abah. bukan apa, abah biasa tido bertemankan mak. memang la abah ok je, tapi sbg anak aku tetap risau. sbb abah pon bukannya sihat sangat. at least kalau kami ada tak risau sangat kalau jadi apa2.


*to be continued.....sbb anak berak pulak hahaha*


Monday, June 23, 2014

SANAH HELWAH YONG~

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu dah celebrate bday pak long, hari ni bday yong plk. Bday dia 28/2/2014 tp celebrate sabtu 1 mac sbb paklong maklong ada. Mak buat mee kari.

Baru ingt nk mntk tlg umi beli kek, tgk2 mak long blk bwk kek dah. Kemahen call mak long cakap "maklong, kakak nak kek besaq...."



sekali maklong bwk mai kek kecik komplen pulak -.-


lps asaq pakat2 makan. Xdak jemput sapa pon, kami2 ja. Saja la habuan budak tu seronok. Lagipon complete family kami berkumpul, tu yg buat makan2.


Sedap sgt mi kari maktok. Umi makan x peduli anak dah. Mak long yg take over, sampai maklong x blh makan haha! paklong plk suap kek ke anak. Makan sakan anak umi ni. Semua benda dia x tolak grrrr!

Kejap je yong dh besaq. Dia anak menakan yg sulung. So masa kak fazren mengandungkan dia tu umi ni heksaited kemainnn! masa baby baru 5bln dlm perut umi dh start beli baju kt dia. Siap stress bagai sbb nak beli baju tp xtau baby boy ka gurl haha! mmg umi byk betoi beli baju kat dia.


Maktok pn apa kurangnya. Masa tu umi kat pahang, maktok siap msg kata dok berangan psl cucu 'boi ka gel'. jenuh umi pikiaq gel apa, rupanya 'girl' -.-

umi ingat lg detik2 kelahiran yong. Masa tu umi kat johor, tido umah paklong. Kami p jomheboh d melaka. Maktok kabo kak fazren dah masuk wad. Umi kejap2 msg tanya "dah beranak ke blm???". Nebesss sgt! sampai stress dan x senang duduk selagi x beranak haha.


Dan sbb yong la umi kerap blk sp. Setiap minggu blk kedah! jenuh tok wan supply duit tiket. Anak menakan sulung, gitu la. Dia nak apa semua umi layan. Ada masa umi bawak pi taman or makan kfc.
Dulu dia x suka kat umi. Dgr umi cakap fon terus lempaq fon abah dia kata. Geram iols! Tapi bila dah besaq dah pandai dia ok la. Siap sayang umarfaiq mcm adik sendiri, pandai kakyong!


kejap je dah besaq. Dah ada adik 2 org pulak tu. Moga jadi kakak yg baik. So dlm 4-4 cucu maktok, dia ajelah pompuan. Wahhh diva la kau! ada 3 adik laki wohoho!

Dah tu pulak dia ni salah satu makhluk pesen zaman sekarang, kaki SELFIE. mana dia belajaq xtaula. Setahu umi mama dia bkn kaki bgambaq. Abah dia apatah lagi. Umi pon bkn kaki selfie. Tetiba mai dia kemahennn! hari tu umi belek kamera, dia cakap "umi mai sat, kakak nak ambek gambaq kakak". 


haaahhh umi paham dah! sbb dlm kamera fon maktok & wan dah penuh gambaq dia selfie. Umi bg kamera pastu buat2 bz x tgk dia, saja nak tgk dia buat apa. Sabaq jelaaa, gaya kemainnn dgn silang kaki segala. Padahal yg nampak muka ja pon. Lps dia selfie, belek kamera jenuh tepuk dahi tgk pose dia. Tu kalo selfie. Kalo org lain yg pegang kamera pon sama. Tak payah mintak dia senyum ka posing, dia nampak org pegang kamera dia sendiri yg akan posing. Masalah betoi! bajet hottt


happy besday nur hanis farizza bt mhd hafidzul yg ke-5.

Saturday, April 26, 2014

SANAH HELWAH PAK LONG~

ASSALAMUALAIKUM...

7/2/2014 - kebetulan, bday paklong jth pd hari jumaat. Kaklong kabo ke abg yg aku dgn suami & umarfaiq ja akan mai umah depa mlm tu sbb nk tgk maharajalawak mega final. Padahal mak abah najwa yong semua nak p. Celebrate bday abg.kebetulan sgt! Ngadeeeeenya tua2 nk sambut bday kan? :p



mak buat masi grg, aku buat popia. Mak abh semua btolak lps asaq. Aku tunggu abi blk dlu baru p. Solat maghrib dlu, pkl8++ jgk baru gerak. Kesian depa lapaq dah hahaha. Bila kami sampai trs start makan. Kak long beli pizza. Dan sebijik kek pandan layer, seprais la konon. Kahkahkah!


Lps makan pakat tersadai la kenyang. Depa blk umah sbb mmg x bajet nak tidoq. Kami bertiga ja stay sbb mmg malas nk blk dan nak layan MLM final hehe. Sepahtu u deserved it!

Friday, April 25, 2014

SANAH HELWAH UWAIS~

ASSALAMUALAIKUM...

5/2/2014 - genap setahun dah umur uwais. Kejap jeee masa berlalu! teringat lg saat2 sama2 mengandung dulu. Teringat yg maknjang org pertama jumpa muhammad uwais bin mohamad hazuan.

Last minit kakcik gitau nak buat kenduri sempena bday uwais. Mujoq kak ila ada, ajak dia teman. Anak plk ntah apa penyakit, xmau kat makngah ila dia. Beriya punya xmau. Dan ntah kenapa sepanjang perjalanan ke kulim tu anak menangis dasyat2. Bila makngah pujuk makin menjadi. Sahhh mmg dia xsuka kat makngah. Anak oiii jgn berlagak sgt! makngah tu laAa yg hari2 jenguk awak tau!

Nak berhenti bg susu pon kena pk byk kali sbb jalan kat situ sunyi. Dengar je laaaa anak dok nanges, sabo jela makngah tahan. Umi bwk keta pn mcm nk gila. Sampai kat satu deretan kedai baru umi berani berhenti utk bf kan dia. Itupon lps bf diam sekejap je, pastu mengamuk balik. Tgk muka makngah ja mengamuk. Aduiiii


Aku ni dh la mmg fail jalan KULIM. campak la aku ke daerah mana pn sblm ni, in sha allah aku reti je pegi sorang then gamble cari jalan.tp kulim ni pegi berkali2 pn ttp fail. Dushhh! bawak kak ila dgn harapan dia dpt tlg tunjukkan jalan. Tp ntah kenapa aku rasa lain mcm je jalan yg dia tunjuk tu. Jauh bebeno! ambek masa dlm 1jam setengah utk sampai kulim je. Dushhhh!

Sampai sana, majlis dah bermula. Tp mujoqla belum potong kek lg hehe. Laksa sedap sgt aaa best. Sate pn ada. Makanan sampingan lain pn byk. Masa sampai tu mak ayah dan alawiyah dh sampai (padahal masa bertolak td lbh krg je wuuu) bangmet pn dh ada sana tp kena blk awal sbb nk masuk keja pkl7. abi plk sampai dlm lbh krg pkl7, dtg dr office penang.

Abi blk bertolak sama2 dgn mak ayah, sblm maghrib. Aku saja blk lps maghrib sbb malas nak singgah2 surau. Lps solat tunggu kakcik pack makanan utk kami, sampai pkl9++ jgk baru bertolak blk. Wuuu lewat! :(

Time blk alhamdulillah anak behave sgt. Naik keta kejap je trs lena sampai SP.
Selamat ulangtahun kelahiran uwais syg. Moga jd anak yg soleh. Mak njang syg mujahid maknjang!

Tuesday, February 11, 2014

TEMPAT MANDI SUNGAI PALING BEST~

ASSALAMUALAIKUM...

25/12/13 - cuti krismas. wahhh bestnyaaa abi ada kt umah! tp x best sbb anak x berapa sihat. tp planning utk mandi sungai tetap jalan. dah lama janji dgn yong nk bawak dia mandi kt umah ayah cik dia ni ha. umah abi kt merbok lew, kan ada sungai. so kali ni kena tunaikan janji la.


kami keluaq dulu, singgah merbok ambek na join. mak dgr kami nk p mandi terus bg bekal makanan mcm2. sweet tau mak metua iols ni. memula p candi batu pahat dulu usha tempat. hari cuti, ramai sgt org. lagipon candi lbh kpd air terjun. air cetek. x sesuai utk kami mandi manda. utk umarfaiq main2 air ok la.


so kami patah balik ke damai park resort. sini mmg terbaik da bomb! air dalam ada air cetek ada. proceed! umarfaiq ponnn asal mai sungai je yayak kannn. aiyakkk! so kena mandi jgk. umi dgn abi berebut2 nak mandi. yela kena gilir2 sbb sorang mandi sorang pegang anak.


semua enjoy semua sukaaa main air. kecuali muhammad. penakut. buas kemain tp takut air coihhh! dia ddk tepi tgk jeee kami bersukaria. dia teringin tp dh takut, tunggu jela tepi tu.


dua budak tu pulak keja nak makaaaan je. memula rajin la aku melayan. tp bila suap kanan kiri mintak, suap kiri kanan mintak, x kuasa aku nak melayan. mujoq la ayah cik depa ni penyabar dan rajin melayan. dia la tukang suap bebudak tu,


kami mandi x lama pon. before asar dh blk sbb umarfaiq x sihat. kami blk dulu tinggal bangpit sekeluarga. xtaula pkl brapa baru depa nak blk. aku puas hati dpt tunaikan janji. dan aku pon terlalu seronok mandi sungai. saaangat best!


Thursday, January 23, 2014

DINNER AT KUALA PERLIS~

ASSALAMUALAIKUM...

22/12/13 - Alkisahnya ahad tu bgpit & kak fazren akan blk dr langkawi. Kak ana & family plk nak ke langkawi. Bangteh akan hantar  kak ke kuala kedah. Asalnya abah yg nak ambek bgpit kt kuala kedah. Tp masa odw blk dr kenduri pinat tu aku cadang kt abi nak tlg p ambek bgpit. Sajaaa gatai nak jalan2. Alang2 blh lambai2 kak ana skali. Lagipon abah baru blk keja, kesian la. Abi pn ok jeee.


Elok kami sampai taman sri wang selisih dgn abah yg baru nk keluaq p ambek bgpit. Abah kata bot bgpit pkl5.30. Kmi offer nak p abah pon ok je. So kami blk solat asar dulu. Dlm pkl6.15 baru kami keluaq dr umah. kelam kabut jgk la bwk keta. Asalnya nak ikut jln yan trs x jadi. Naik heway sbb nk cpt. Abi pon kemain pecut. Kalut bkn sbb takut bgpit dh sampai. Tp takut kak ana dh naik bot. Bot kak ana dijadualkan pkl7.


memula ingat x sempat dah sbb kmi sampai kuala kedah pn dlm pkl7.10 gitu. Alhamdulillah rezeki kami kak ana belum bertolak sbb bot blm sampai. Kami siap sempat solat maghrib kt jeti tu lg. bot bgpit delay sbb tu sampai lambat. dan kak ana bakal naik bot yg sama. kiranya bila bgpit sampai baru kak ana akan bertolak. dkt pkl8 dh baru bot sampai.

kami ikut p hantaq sampai ke laluan org nk naik bot. bila bgpit sampai kami cross jela. org usha kami pelik jee haha. bgpit sdri tkejut tgk kami kat situ. i told u lenkali kalo nak p langkawi tym musim cuti sekolah kena ada iman yg kuat. sbb mmg org raaaaaamai sgt! nak naik bot pon jenuh beratoq panjang.


bgpit nak belanja kami mkn. ingt nak pau dia makan kt resak ja. sekali dia sebut kuala perlis uols. gila nak tolak! kami ni kesian kt depa takut depa penat. tp dh depa yg beriya nak belanja, xkan nk tolak kann. x bahekkk tau kecik ati depa nanti haha. kami mkn kt koma laut tu. tgk org ramai gila. jenuh menunggu. mmg lambat. umi x bawak bekal makanan anak pon la. mana expect nk blk lambat kan. mujoq laaa ada teloq kenduri td. habesss sebijik anak makan haha!


kami order menu simple je. ketam masak cili, ikan jenahak 3 rasa, kailan ikan masin, kerang bakar & telur dadar. itu pon dah cecah rm115 semuanya! gilaaaa mahai! tp ramai kwn2 aku yg mai sini semua ckp mmg mahai makan kt kuala perlis. tp puas hati laaa sbb sedap. kami makan kt kedai lynn. ketam tu plg power sampai teringat2. ketam dh la besaq, isi padat dan manis! aummm sgt! ikan & kerang pon fresh. 

kami punya pulun dok makan, sampai x sedaq rupa2nya tinggal kami jeeee kt restoran tu! org yg ramai2 td semua dh blk. org yg mai lambat dr kami pn dh blk. terkejut aku bila tgk tinggal kami je kt situ. melantak sampai x sedaq apa. sedap sgt meratah ketam auchhh! pkl2 pg baru sampai umah. letih!


Tuesday, January 14, 2014

PERNIKAHAN PAKTEH~

ASSALAMUALAIKUM...

Xtvt kawen diteruskan dgn psng berikutnya, bangteh pulok. Pagi tu kelam kabut semua bersiap. Yela nak nikoh pagi katekauuu! umarfaiq pon bgn awal je. Kitorang bg makan dan siapkan anak dulu baru kitorang blh bersiap. Abi pegi plg awal sbb pegi dgn pengantin. Rombongan lewat sket xpe haha.


Anak pulak elok sampai masjid je nak nyusu pastu tido. Hah tido jela dia sampai majlis selesai. Lps akad nikah terus jalan kaki ramai2 ke rmh pengantin perempuan, ada walimah terus. Setel kenduri, pakat blk merbok plk. Umi abi blk berdua je, blk lewat sket sbb nak kena angkut hantaran. 


Anak, passing ke makngah baru hahaha blh la kami dating. Werkkk! sblm blk nampak keta salwa kt opis dia so singgah kejap borak2. Kejap je jumpa salwa sbb nk blk jumpa anak.


Lps semua sedara-mara blk, anak pon dh tido, umi abi pon turut sama tertido. Anak, pakngah dia yg jaga buai. Umi abi sedap lena kat ruang tamu hahaha! Sedaq2 dh asaq. Puas tido. Penat hoi! lps asaq pi ambek pokteh kt umah kenduri bwk blk umah. Cerita lps tu, next entry. Kahkahkah

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...