CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 30, 2014

MUF - TIDUR

ASSALAMUALAIKUM...

dah lama nak cerita pasal tabiat tidur umarfaiq ni, tapi tak ter-cerita. Dah lepas beberapa fasa dah baru nak cerita.

Sebenarnya dulu umarfaiq ni pesen tido lambat. Paling paling awal pon pukul1.30 pagi baru dia tido. Itupon sgt2 jarang. Biasanya dia akan tido pukul2 lebih. Atau kadang2 pukul3-4 pagi baru dia tido wehhh!

Dulu stress jugakla umi ni ha. Ada kala sampai nanges2 sbb tension anak takmau tido. Atau kadang2 umi bebai, abi la yg take over cuba tidokan anak. Bukan apa, seksa tau dok bagi susu punya lama tapi anak tak lena2 jugak. Puas gilir kiri kanan sampai badan kita dah lenguh2 tapi mata dia dok bersinar elok lagi. 

Dushhh! penah jugak umi buat2 tido, tapi langsung dia tak heran. Dia siap bangun merayap lagi. So bahaya. Nak taknak umi kena tidokan dia dulu baru umi blh pejam mata dgn aman.

Tapiii sejak 2bln lepas entah mcm mana dia dah start tido awal. Umi pon tak ingat dah hewhew. Tapi memang awal dari kebiasaan. Dalam pukul12-12.30 dia dah tido. Sesekali pukul11.30 dia dah tido. Magic sangat! atau paling lewat pon pukul1-1.30 dia tido, Tapi jarang2 sangat la.

Dulu bagi susu badan baru lena. Tapi lepas tu umi ajar pakai botol pulak. Bagi susu fm plus milo sikit. Kalau bagi fm saja dia takmau. Mungkin sbb rasa totally different dari susu umi so dia tak boleh terima. Kalau campur milo baru dia minum.

Umi kalau boleh nak ajar anak umi tido dengan mudah. Macam contoh yong & muhammad. Depa tu senang sangat nak tido. Bagi botol, baring, terus lena. Tak payah dodoi tak payah dakap. Tapi umarfaiq ni dakap bagi susu pon payah lena, apatah lagi nak tido semudah tu. harapannn sangat.

So bila dah mula bagi susu botol, terpaksa la dodoi dia dalam buai dulu bagi lena. Bila dah lena, biar.dlm 10-15minit baru abi angkat masuk bilik dan letak atas tilam. Masa awal2 dulu bila angkat tu dia terjaga jugak. So kena bagi susu kejap bagi dia lali pastu baru tepuk bagi lena.

Tapi lama2 bila dah biasa, bila angkat dari buai dia dah tak jaga. Kalau jaga pon dah tak payah bagi susu, just tepuk2 then dia akan lena. Alhamdulillah senang je lena.

Tapiii sejak minggu lepas ni, tetiba dia dah pandai tido sendiri. tanpa susu badan tanpa buai! jumaat lepas saja la umi bawak dia masuk bilik sbb umi tau dia memang ngantuk. Bagi hp pasang ya hanana, bagi botol, dia hisap tak dan habis pon tengok2 dah lelap. Masa tu abi takde sbb abi buat keja kat ruang tamu. Alahai tercapai jugak hajat umi.

Umi ingat dia boleh tido sendiri sbb dia betul2 ngantuk. Tapi esoknya, masa tido di merbok umi cuba kaedah tu berjaya jugak. Cuma lambat sikit dia nak tido sbb dia golek2 dulu. Umi bagi botol dia cakap panas, so dia tak minum. Tapi dia dok golek2 habes satu katil sambil pegang ya hanana, last2 terlena sendiri.


Esoknya lagi, abi pulak try. Balik dari merbok Umi tak brapa sihat so umi berehat dlm bilik. Dua hero tu lepak depan tv sambil tengok bruce lee. Abi letak anak dekat sofa bed dia, abi pon tumpang sekaki. 

Memula dengar la mulut anak dok bising. Abi cakap anak tengok bruce lee dok tumbuk anak pon tumbuk abi. Grrr. Pastu lama2 umi perasan suasana sunyi je. Sekali pi tengok 2-2 dah hanyut. Heee

Esoknya lagi, abi tidokan anak lagi. Habes milo sebotol, anak pon lena. Tapi yg pasti abi la lena dulu hakhak.


dan begitulah jugak malam2 seterusnya. anak memang lena tanpa buai tanpa susu badan. bagi milo sebotol, ya hanana, tepuk2 terus lena. dah try di rumah sendiri, merbok, umah mak abah, semua senang je lena.

Alhamdulillah berkat kesabaran umi melalui malam2 mencabar anak takmau tido, akhirnya Allah balas dengan mudah anak senang tido. Pakej tido awal lagi. Syukur.

Anak umi ni sah2 bab tido ikut umi. Kalau ikut abi letak kepala je terus hanyut. Bom bunyi pon tak sedar. Kalau umi mcm tu la. Sebelum tido tu baca segala ayat pon tak lelap2 lagi. Huhu


Thursday, November 27, 2014

ANTARA AKU DAN EMAS~

ASSALAMUALAIKUM...

Ini bukan kisah dongeng, walaupon tajuk mcm poyo je bahaha.
Ini kisah benar, antara aku dan emas.

Sebagai wanita, paling tidak pon mesti ada jugak sekerat emas nembaluti tubuh. Ye dok? tapi tidak aku. Aku takdak secebis emas pon kat badan.

Sebenarnya aku dah fed up dengan emas. Banyak sejarah hitam antara aku dengan emas.

Dulu kecik2 mak ada belikan aku rantai emas. Maklumlah tiga org anak laki, tetiba lahirnya aku. Eksaited mak abah belikan rantai even aku masih baby. Masa aku berumur setahun lebih (kot), mak kata aku GIGIT rantai tu sampai PUTUS. kau mampu? Bahahaha

Masa umur 4tahun (kalau tak silap) aku pakai cincin emas. Suatu hari masa tengah dok main kat luar rumah, ada lori apa ntah lalu. Kalau tak silap aku lori sampah kot  eksaited nak tengok lori punya pasal, aku letak tangan kat pagar zink. Aku syak cincin aku tersangkut kat pagar zink tu lalu jatuh. Sebab aku sendiri tak sedar bila cincin tu hilang. Balik umah masa mak basuhkan tangan aku mak yg perasan eh mana cincin? cerita kat mak kat mana aku main tadi. So mak try cari kat tempat tu tapi takde. Apa pon cincin ni masih misteri sbb aku sendiri tak ingat bila dan di mana sebenarnya cincin tu jatuh. Sobsss

Masa umur 5 tahun, hari pertama kami berpindah ke taman sri wang. Aku masih ingat, hari Isnin. Hari pasar malam di taman sri wang. Eksaited la ni nak pi pasar malam. Seumur hidup tak penah pi pasar malam. Memula aku jalan dengan mak abah. Pastu mak nak beli bawang, mak soh aku ikut abah. Abah pimpin tangan aku. Masa tengah berjalan tu aku terasa rantai aku cuba ditarik dari belakang beberapa kali. Aku pusing belakang. Aku nampak sorang laki cina (aku agak) berseluar pendek warna koko dan berbaju merah. Masa tu aku budak lagi, baru pindah pulak tu. Mana la aku tau dia nak ragut rantai aku. Kalau aku tau aku dah terajang anu dia.

Tapi tu semua KALAU. sebab hakikatnya aku hanya mendiamkan diri. Entah. Budak lah katakan. Taktau apa erti RAGUT. Sungguh aku taktau. Akhirnya dia berjaya meragut dan terus bergegas jalan laju2 melarikan diri. Aku pulak, elok rantai tu cabut je terusss nanges kuat2 bagai nak gila. Abah panik dan heran la. Yelaaa tengah jalan elok2 tiba2 melalak, tak ke abah cuak???

Abah tanya aku "awat?awat?"

Aku jerit sambil nanges "nak rantaiii...nak rantaiii..."

abah dengar tak jelas "haa? nak sate?? Ok tapi janganlah teriak"

bahahaha. Hadoi. Lastly aku tak ingat mcmana abah paham ayat aku. Bila abah tanya sapa ambek aku tunjuk arah laki tu pegi. Abah ligan sambil dukung aku, tapi haruslah si jahanam tu dah takdak.

Jenuh abah usung aku merata sambil aku masih meraung. Semua pakat tanya kenapa kenapa, abah pon mcm dah hilang arah habaq aku kena ragut kat semua org. Dah la tak kenal sapa2. Masa tu kes ragut kira rare la, tu yang semua pakat kecoh.

Aku taktau la at last mcmana aku diam dan mcmana malam tu berakhir. Apa pon aku memang takkan lupa kenangan tu. Ngeri kot. Dah la rantai tu special. Ada loket huruf J lagi tau. Sobsss :(

Lepas tu aku tak ingat dah apa barang kemas yg aku pakai. Bahaha.

Then sebelum bertunang dulu, mak ada buat seprais haa kalau tak silap lebih kurang time birthday aku. Mak belikan gelang emas. Kemain suka haaa mcm mami jarum. Tapi masa tu zaman aku pi keja naik moto. Hari2 pakai-bukak sweater. So gelang selalu tersangkut kat sweater, lalu putus. Memula pegi kedai semula utk sambungkan. Pastu putus lagi, mak ikat dengan benang. Pastu putus lagi kat tempat lain pulak, aku fed up. At last aku tak pakai dah.

Cincin tunang dan kawen. Memula pakai elok la. Pastu mengandung dan melahirkan umarfaiq, aku kurus teruk. Sampai longgar habes semua cincin. Bayangkan tengah makan nasi lemak kerang tetiba cincin terjatuh. Mujoq aku tak telan cincin tu sbb ingatkan kerang. So sebelum keadaan lebih parah baik aku stop pakai yg longgar tu.

Tinggal satu lagi cincin. Lama2 pakai, jadi allergi lah pulakkk. Habesss jari aku jadi gatal2. Makin garu makin sodap. Dari 1 jari berjangkit ke jari lain. Memang teruk. Sampai kena air pon kelupoq. Nak masak seksa. Makan apatah lagi. Memang pakai sudu ja. Nasi, mintak tolong abi yg masak sbb yg jadi kat tangan kanan. Dah mcm2 ubat try. Kejap lega, pastu jadi balik. Lama jugak la benda ni. Start jadi gatal tu aku dah stop pakai cincin.

Dan yg paling latest, tinggal rantai je masih kukuh aku pakai. Tapiii sekali lagi nasib malang menimpa. Tengah aku dok sikat rambut, aku ter-sikat sekali dengan rantai dan PUTUS. duhhh. Apelah nasib aku ntah.
Akhirnya aku takdak satu pon barang kemas. Sobbsss.

Masyarakat hari ni pulak bukan kau tak tau, kalau perempuan tak pakai barang kemas je mula la nak pandang serong. Ewah ewah! hg ingat semua pompuan suka pakai emas? Ada yg rimas dgn brg perhiasan tau. Hg ingat semua pompuan 'boleh' pakai emas? Ada yg allergi gatai2 bila pakai emas. Hg ingat semua mampu pakai emas? Ramai yg tak mampu tau. Setiap org ada alasan tersendiri.

So tak payahla nak sibuk "ish kesian dia seurat emas pon takdak kat badan dia". besa yg kepoh2 mcm ni makcik2 la. Sebok sungguh kalau org tak pakai emas. Macam emas tu wajib sangat. Siap perli2 lagi. Aku pernah je sound sedara yg 'kalut' bila aku tak pakai emas. Hambekkk dgn aku. Rimas tau tak pesen hat dok kalut ni.

Abi pon selalu je cakap "kesian sayang...b tak mampu bagi emas kat sayang..."
hek elehhh pekebendeee emas! baik belanja aku makan sedap2, belanja shopping or vacation. Sbb for now aku tak rasa perlu lagi emas tu. Tunggu la dah tua2 sikit baru rasa nak pakai kot.

Dan satu lagi kalau kau rasa nak tayang2 barang kemas kau kat aku baik tak payah. Sbb aku sikit pon tak herannn dgn emas kau tu. Ada je sedara aku hat pesen jakun pakai brg kemas mai dok kipas2 tangan depan org nak bagi org tengok. Helllowww hg ingat ni zaman komunis ka org nak heran tengok emas hg hat ciput tu? Mcm nenek2 ja perangai coihhh

Kesimmpulannya, tak payah sebok2 dgn harta org. Jaga harta sendiri sudah la. Tak ke mana pon harta duniawi ni.


Thursday, November 20, 2014

BERTEMU DI SYURGA~

ASSALAMUALAIKUM...

9/11/2014 - cik man, kawan baik abah merangkap jiran aku telah kembali ke rahmatullah setelah terlantar sakit hampir setahun. Pagi tu kami sempat ziarah jenazah.

Masa ziarah tu ternampak anak tunggal cik man, fatihah tgh sarat mengandung. Rupanya due fatihah just around the corner.

Aku cakap kat mak...kesian cik man, tak sempat jugak jumpa cucu. Kalau baru preknen lain la, ni dah mmg tengah tunggu masa ja nak bersalin tapi takdak rezeki jugak nak jumpa cucu dia.

19/11/2014 - dalam pukul9.30 mlm dapat call bagitau anak fatihah meninggal dunia. Allahuakbar gigil aku dengar. Jenazah nak dikebumikan malam tu jugak. Aku cakap kat abi aku nak pi ziarah. Ntah. Hati aku meronta2 sangat nak tengok anak syurga tu.

Kebetulan abah takde, abah OT. So mak tak boleh pi la. Boleh la mak jaga umarfaiq dan wakilkan kami ja utk ziarah. Kami pi naik moto 2 org. Masa kami sampai anak syurga tu tengah dimandikan. Agak terkilan tak sempat tengok sebelum anak syurga dimandikan. Teringin nak cium dan belek2 wajah dan jemari dia.

Bila selesai mandi, kelihatan Nizam (suami fatihah merangkap ayah jenazah) dukung anak syurga bawak keluaq bilik air. Allahuakbar...kecikkk je haa tengok nizam dukung.

Depa letakkan anak syurga tu di ruang tamu rumah utk dikafankan. Masa tu lah aku sempat tengok muka (sahaja) anak syurga tu. subhanallah...suci sungguh wajah penghuni syurgaMu. Tenang dalam lena yg panjang. Kecik comel mulus jeee muka tu. Muhammad Naufal nama diberi. Nama tu muncul dlm mimpi cikgu zah (mak fatihah) masa kandungan berusia 2-3bulan.

Proses kafan sekejap ja. Masa tengok wajah anak syurga tu meleleh airmata aku, apatah lagi bila nizam dan cikgu zah kucup pipi anak syurga buat kali terakhir. Kucupan yg lama. Sebak sungguh hati ibu aku ni melihat. Terbayang andai aku di tempat mereka. Entah aku punya kekuatan ke tidak.

Usai kafan, jemaah lelaki solatkan jenazah di ruang tamu rumah. Selesai solat, terus anak syurga dibawa ke tanah perkuburan yg sama cik man disemadikan. Kelihatan nizam menggendong jenazah anak syurga dalam kain batik.

Nizam ja yg uruskan jenazah. Fatihah masih lagi di hospital ditemani mak nizam. Aku kata kat mak...ishhh...kalau aku mau aku lari dari hospital dah nak tengok urusan terakhir anak aku...huuu...

Besar sungguh ujian mereka. Beberapa bulan sebelum ni, ayah Nizam kembali ke rahmatullah. Lepas tu bulan ni ayah fatihah. Dan sekarang anak mereka pulak. Allahuakbar. Ternyata mereka hamba yang kuat hingga dipilih utk melalui ujian ini. Beruntunglah ada anak syurga yg akan menunggu ibu bapanya di pintu syurga. Sangat beruntung. 9bulan membawa kandungan, bertarung nyawa melahirkan, dibayar dengan ganjaran syurga.

Aku cakap kat mak...patutlah baby takmau keluaq jumpa tokwan dia. Rupanya depa nak jumpa kat 'sana'....

sungguh...perancangan Allah adalah yg terbaik. Allah sebaik2 perancang.

Wednesday, November 5, 2014

TM WIFI~

ASSALAMUALAIKUM...

memang dah lama abi plan nak pasang wifi kat umah. Dah lama bagi details, tapi baru bulan Oktober register sbb bulan lepas kalut pi cameron. Mintak tolong kak ana register so taknak push dia,ikut la bila2 dia free. Dah register sebelum raya haji. abi plan nak call depa utk install tym weekend sbb abi ada.

Tapi selasa 7/10, lepas cuti raya haji tu tetiba abi call cakap org tm dah nak mai. Kelam kabut la kami sbb tak ready. Rupanya lepas register ada tempoh 3 hari bekerja je utk install. Kalau lepas dari tempoh tu tak install jgk kena masuk waiting list. Itupon kami dah tolak cuti raya haji tu yg diberi peluang lama jugak.

So nak tak nak kena bagi depa install jugak la. Bukan apa, kalau abi ada yakin sikit kan. Masa depa pasang, aku dgn anak dok kat luaq. Anak main ayaq, aku cabut2 rumput. Sampaila depa siap pasang baru aku masuk. Mula2 mmg rasa takut jgk, tapi bila dah yakin, terus aku laju2 buatkan air kat depa. Rasa bersalah pulak kalau biaq ja depa balik mcm tu ja. Memang la aku perlu berhati2 (abi pesan tunggu kat ruang tamu je) tapi rasa segan pulak tak hidang air huhu. Inshaallah,yakin takde pape.


Beberapa jam pertama tu ok lagi boleh on9. Tapi bila aku off, then ptg nak guna pulak dah tak blh. Connected, tapi tak boleh surfing. Duhhhh stress! Sampai ke malam pon mcm tu jgk. Abi blk keja eksaited nak guna tapi tak boleh. Abi try cari punca tapi tak dapat bahaha.

Esoknya, call tm then diorang soh call installer yg mai kemarin. Aku tak risau sangat sbb org tu memang janji nak mai lagi sebaaaabbb aku tak bayaq lagi pon duit install tu bahaha. Kan dia mai mengejut, abi tak tinggal duit la utk tu. Dia kata takpa bayaq bila2 pon boleh. Tapi bila call dia cakap tak sempat mai hari ni. Uwaaa dah rugi sehari tak boleh on9. Itulah bila pasang tm terus berlagak pi habeskan data internet kat fon. Padan muka!

khamis la baru depa mai. Org yg sama. Depa mai cuit yg tu cuit yg ni maka bolehlah guna. Depa pon taktau apa punca tak boleh guna internet tu sbb tepon function elok ja. Line pon ok siap connected lagi tapi tak boleh guna.

Dan aku pon setel bayaq rm50 utk upah install. Yang lawaknya abi, bila bagitau internet dah ok terus pesan "haaa downloadla apa2 pon,download byk2". Ek eleh mcmla kita sewa wifi tu. Esok2 pon boleh download. 

Saja abi teruja tak ketahuan bahaha

So perasan tak aku rajin komen blog korang sekarang ni?kahkahkah


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...