CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 29, 2014

SANAH HELWAH, ANAKKU~

ASSALAMUALAIKUM...

15 APRIL 2014 - Bday anak umi. Umi dh pesan ke abi kalo blh jgn ot. Abi ckp ada apa, umi kabo rahsia kekeke! pg tu b4 p keja abi pesan soh bangun awal. Yela biasa aku sambung tido dgn anak kehkehkeh. Katanya ada seprais. Aku ni heksaited la seprais apa kan. Kot2 la abi nk bg hadiah sbb melahirkan umarfaiq ke apa kan. Hamboihhh tinggi angan2. tu mahligai cinta sebesaq tu hadiah kau dh lg mau bising!

umi pn dgr abi ckp mcm tu haruslah x jd sambung tido. Sempat on9 kejap. Mujoq on9, ada org nk cod rainbow cookies. So umi pn mandi, sidai baju dan bersiap keluaq. Anak tido lg so tggl ke maktok. Abi pesan sblm jmpa kwn singgah umah kami jap. Katanya shahir nk pinjam helmet. Bila sampai sana, tadaaaaaa abi in da house!!!! gegeh tau. Seprais la sgt. Abi ambek cuti katanya. Nak spend masa dgn anak bini di samping nk menyelesaikan beberapa perkara.

Lps jumpa abi tu trs kami ke nasi kandaq subaidah jumpa kwn umi yg nk cod rainbow cookies. Kesian dia minum sorang2. umi x blh la join sbb abi tggu dlm keta. Tu pn umi temankan dia sampai dia habes minum. Hmmm x sempat borak panjang. Dah la berpuluh thn dah x jumpa. Kwn sekolah rendah kot! sblm blk dia bg kek ke anak umi sempena bday dia. Aaaaa murah rezeki awak anak. Kek mocha fevret umi ok! Tq farahanim, umarfaiq sukaaa sgt2 ok! katanya tringin nk jumpa si kacak umi tu. Dia ingt umi bawak. Xdak rezeki nampaknya sbb anak bujang umi tu hensem tp suka bgn lmbat. Blerghhh!

blk tu singgah pekena roti canai sbb umi lapaq gilaaa. Dah lepak warung tu harusla lama, terlajak sembang. Gituuu! blk trs siapkan anak dan keluaq semula. Kami ada byk benda nak dibuat kekeke. Abi nk angkat mesin basuh hr ni. Nk trs pegi kedai yg kmi booking peti ais dlu utk beli mesin basuh plk. Umi cadangkn y not kita survey dlu kedai2 yg dkt. Sbb nk bli cash, kot2 ada tawaran yg lbh menarik. Ada 2-3 kedai yg kmi survey. Pastu singgah ika warehouse utk beli beberapa brg. Then baru ke lagenda height plk. Sempat singgah bli dadih. Aummm. Pastu survey kt kedai2 kt area lagenda height, tmasuk kedai beli peti ais tu. Tp azren yg sllu incharge kmi tu xdak. So xblh nk main harga sgt. Kmi try kedai sebelah, dpt harga lbh rendah. Memula abi kata nk survey dlu. Tp bila masuk keta, abi ckp rasa mcm nk bg setel trs. So trs ke bank keluarkan duit dan kembali bayar harga mesin basuh tu. Dan jgk setelkan bayaran peti ais. Nt aku ceritakan psl dua benda alah ni kalo ada masa kakaka



So lega bila benda penting dh setel. Masa odw blk singgah buat allignment tayar keta plk. Kesian anak sampai bosan menunggu. Tp berbaloi sbb setel jgk hal keta. Asyik tertangguh ja nak buat. Blk umah singgah tapau nasi ayam utk anak. Anak sikittt jeee yg lbh tu umi pnya la haha! lps solat asar, tidokan anak, umi abi ke rmh kami plk utk sambung kerja2 mengecat. Tinggal anak kt rmh. Masa tgh mengecat tu makngah pakngah dtg dgn kakyong dan abg muhammad serta anak umi. Anak nampak umi trs loncat. Tp umi dukung dia kejap je. Umi bg blk kt makngah sbb umi nk sambung mengecat. Anak akur je. Alahaiii maafkan umi nak terpaksa buat mcm ni di birthday awak :(

~ lil boss sebok pilih kek~

umi cat sampai lps maghrib ja pastu blk umh sbb nak tgk anak. Anak baikkk je kt umah. Tq syg! umi dh pesan ke abi jgn blk lewat. Kita ada agenda. Lps umi siapkan anak, abi pn blk. Tp dh pkl9++ jgk. Umi sebenarnya nak bawak anak mkn kat secret recipe. Tp tgk jam mcm dh nak ttp, umi tapau jela. Sbb x nak la nt tgh sedap2 ambek gambaq org dh nk tutup kedai wuuu. So umi decide tapau dan mkn kt kfc.


Tapau 2 slice kek. 1 anak punya 1 umi punya. Tp 2-2 perisa kegemaran umi kekeke! kt kfc ambel yg set tuesday apa ntah tu. Murah! ayam 4ketul + nugget 6ketul baru rm16++ je. Air tapau mineral sbb air masak anak lupa bawak. Haaa jimat lg tu kekeke!


Happynya umi tgk anak umi happy sgt makan. Berselera btl. Suap ayam dia makan, suap nugget dia makan, suap kek pon dia makan! kek cheese tu dia x buat muka pelik pon bila makan! Siap tunjuk2 lg nak makan kek. Alahaiii x sia2 abi beli mahai2.


~ umi, tolonggg laaaa buang! ~
Umi besala pulun bg anak pakai topi birthday tu. Anak apa lg, buang la. Dia bkn suka pakai topi. Nak plk topi tu fancy, suka la dia buat mainan. Org meja sebelah tgk anak pakai topi tu dia tanya "birthday ke?". Rupanya dia pn bwk anak dia mkn situ sbb bday anak dia. Chinese boy, 4yrs old.

~ anak kena usik kakakaka ~

mcm besala anak kalo makan dan happy mesti dia jerit kesukaan. Selamber la dlm kfc pn dia bt mcm tu. Dh la pakai bday hat lg laaa org tgk dia! bising betol. Tp tetap sgt comel ok!!!

~ anak berhingus, kurang sihat ~
kek tu umi terpaksa curi2 tapau kt umi sikit ye nak. Umi yg tringin hoiii! x sangka anak umi pn suka. Taste umi sgt tau awak ni! hewhewhew~

Sampai umah dh dkt pkl12, tp iwan, kakyong & abg muhammad still x tido lg. Dok main. Anak pn join sekaki la. Dh mmg pesen dia tido lewat.

~ kegembiraan anak, tak ternilai ~
Hope anak happy dgn birthday dia hari ni. Act umi mmg rancang nak bawak dy bfast kt mcd, pastu jln2. ptg ingt nk bwk p tmn jubli. Tp dh abi cuti, cancel la. Sbb tpaksa setelkan hal lain. Hrp anak faham. Rasa bersalah sgt2, tp apakan daya. Abi ckp xpela x pegi mana2 pn, asalkan dpt tgk muka anak bini pn dh puas.

Umi pn hrp anak faham. Even kmi tak sempat bawak p jalan2, harap anak terhibur dpt luang masa dgn kami. Maafkan kami sbb awak tpaksa temankan kami buat keja. Hrp awak tak kesah malah terhibur sbb nampak muka umi abi sepanjang hari.


Kami syg awak. Kecik2 je kami buat mcm ni. Besar esok kmi x layan mcm ni dh tau. Bkn apa, xmau ajar awak mkn kfc. Abi bkn suka. Xmau ajar awak mkn mewah2 sgt. Bkn berkira bkn kedekut. Tp nak awak belajar hdp sederhana. Belajar bersyukur dan tidak meminta2. Belajar insaf dgn org lain yg mungkin x bernasib baik mcm awak. Cukuplah sekadar awak tau kami sayangkan awak.
Nanti awak baca entry ni awak faham la yer :)


umi takkan lupa detik2 kelahiran awak. Kami sayang awak, sayang MUHAMMAD UMAR FAIQ BIN AMIR RIDWAN


Saturday, April 26, 2014

MAHLIGAI CINTA - CUCI RUMAH

ASSALAMUALAIKUM...

10/4/2014 - mlm ni abi ajak pi ukur rumah. Katanya utk estimate brapa byk cat yg nak kena beli. Aku rasa mcm krg bijak je cara tu. Tp xpela ikut jgk. Sbb mmg chewi nak mai pn kakaka. Abi dh la blk lewat, pkl12.30 lbh baru mai. Ajak shahir sekali. Mujoq dia blm tido. Si kecik tu pn blm tido, so bawak jgk. Naik moto ja. Mmg la nampak tak elok bawak anak kecik mai tgh2 mlm mcm ni kan, tp bila pk blk nti pn dia akan tggl kt sini. So apa salahnya bawak jgk. Lagipon nk tinggal kat sapa, maktok dia tido dah huhu.


Selaku bks TA abi srh sketch bentuk umah. Kemain berlagak kau nak sebut jawatan lama kau ye wahai surirumah? padahal benda tu bdk tadika pn tau! sajaaa nak poyo kan? Ukur gitu2 ja. Mcm takdak point nak ukur. Sbb shahir bg cadangan spya beli dlu 1 tong cat, tgk blh dpt byk mana ruang. Nti tau la nak agak. Brilliant jgk kepala otak dia ni. Alaa tu pn sbb dia baru cat umah dia kakaka!


so mlm tu xdela nak ukur2 sgt. Lbh kpd menyembang je. Anak pn kemahennn teruja masuk umah baru yg luasss terbentang. Suka sungguh dia merangkak rata rmh! shahir pn teruja main dgn anak. Paham2 la karenah anak teruna kecik tu, sapa yg tak terhibur dgn aksi galak dia tu. kami singgah minum kat sani char koteow. Berlagak la aku skrg ni, ckt hjg lorong ja wakaka! Pkl2 baru blk umah. Itupon anak kn trs tido. Pkl3.30 baru dia lena itupon tak nyenyak. Pkl4.30 baru umi dpt tido dgn aman!


11/4/2014 - siang bawak anak p kenduri umah makngah, cukur kepala cucu baru dia. Lps tu singgah umah cik nani, melawat cucu baru dia jgk. Blk tu bg anak tido, umi running pegi survey harga cat. 4-5 kedai jgk aku p, akhirnya aku dpt bt perbandingan harga. Penat semacam je rasa. Masa drive mata rasa berat ja. Tp gagah jgk sbb nk tlg abi. Esok abi xpayah la survey dah, trs pegi beli ja.


Blk umah, anak dh jaga. Malam tu tggu abi habes kuliah baru pegi. Bawak iwan & najwa. Shahir mesti la. Pkl10++ baru pegi. Anak suka sungguh tgk byk alat2 mencuci. Dr awal lg dia dh teruja. Bila kami stary semboq ayaq lagi laaaaa dia keluarkan jeritan jantan dia tu. Habesss jiran2 pakat mengintai apa laaa yg bising sgt tu! mmg dgr suara dia ja!


Utk malam ni kami sabun semua lantai. Kasi berseyyy punya! Lantai tak kotor pn tp saja nak fefeeling masuk umah kann kakaka! anak akhirnya tlh dibogelkan. Dia merayap satu umah dgn ayaq sabun tu. Iwan plk dok buat lagak wipeout kat dia, laaagi la dia menjerit. Lantak la nak, janji selamat dan x kacau umi abi bt keja.


dkt pkl2 baru kami blk. Itupon singgah minum lg. Kali ni makan ckt skali. Upah cuci rumah haha padahal main ja lbh! anak sampai kecut kaki tangan sbb byk main air. blk umah mcm biasa la bkn dia tido trs. Dkt pkl3 baru dia lena. Fuhhh!

12/4/2014 - pg ni aku pegi kenduri tahlil dkt2 umah ni. Abi bwk anak p kenduri cukur kepala cucu cik nani plk. Abi ckp asyik umi ja datig dgn anak, kali ni biaq abi bawal plk. Aku x kisah. Asalkan xdak org tuduh yg aku buli suami. Dah la x keja, anak srh abi jaga. Hewhewhew! pkl1++ abi blk, bawak anak trn dgn carseat sbb anak lena. Nyenyak sggh! alahaiii comelnya perangai awak anak oi!


Lama dia tido dlm tu. Sampai umi abi blh solat dulu. Abi ckp anak well behave sgt. Abi baca tahlil dia ddk diam je dkt abi. Tak kacau tak jerit pn. Pandai anak berlakon ye. Dpn calon mertua tunjuk sopan sgt! kakakaka


Pkl4++ kami keluaq beli cat. Blk tu mcm dh lewat so decide mlm la baru start nak kikis cat lama. Ptg tu p naik moto ja, pasang mangga pintu grill. Amboiii mentang2 umah dkt, sukati je nak p mai p mai khennn! masuk usha2 apa plan mlm ni.


Lps maghrib, ada org mai hantaq tv. Kemahennn abah! dgr kami nak pindah trs p beli tv baru. Tv lama nk bg kat kami. Kami takmau pon paksa jgk. Suruh angkut tv lama tu mlm ni jgk. Amboi sgt! sementara anak lena, kami berdua p dating. P makan sesiap dan beli nasi utk anak. Blk dlm pkl10.30 trs p umah bawak iwan. Iwan dgn abi buat keja, aku suap nasi anak.


Anak mana la mau kan. Mesti nak join depa buat keja. Jenuh umi ligan! x lama kemudian maktok dan tokwan mai singgah tgk2 umah. Aku pass anak kat depa soh bwk blk sbb anak berak kakaka. Lps tu abi & iwan trs sambung keja. Aku update blog. Kdg2 je tlg sapu2 sawang kehkehkeh. Dlm pkl2 baru depa stop bt keja. Fuhhh!



blk umah tgk anak baru lena. Mak tidokan dlm buaian. Kami blk bersihkan badan. Tak terus tido, dok lepak main psp. Pkl3 angkat anak tido ats toto. Abi mengaji smpai pkl4 lbh. Pastu sembang2 kt dapoq sambil usrah sampai pkl4.30 pg. Abi trs tido. Aku laaa yg terkebil2 xblh tido. Masa usrah kemahennn ngantuk x menahan. Syaiton sgt

SANAH HELWAH PAK LONG~

ASSALAMUALAIKUM...

7/2/2014 - kebetulan, bday paklong jth pd hari jumaat. Kaklong kabo ke abg yg aku dgn suami & umarfaiq ja akan mai umah depa mlm tu sbb nk tgk maharajalawak mega final. Padahal mak abah najwa yong semua nak p. Celebrate bday abg.kebetulan sgt! Ngadeeeeenya tua2 nk sambut bday kan? :p



mak buat masi grg, aku buat popia. Mak abh semua btolak lps asaq. Aku tunggu abi blk dlu baru p. Solat maghrib dlu, pkl8++ jgk baru gerak. Kesian depa lapaq dah hahaha. Bila kami sampai trs start makan. Kak long beli pizza. Dan sebijik kek pandan layer, seprais la konon. Kahkahkah!


Lps makan pakat tersadai la kenyang. Depa blk umah sbb mmg x bajet nak tidoq. Kami bertiga ja stay sbb mmg malas nk blk dan nak layan MLM final hehe. Sepahtu u deserved it!

Friday, April 25, 2014

SANAH HELWAH UWAIS~

ASSALAMUALAIKUM...

5/2/2014 - genap setahun dah umur uwais. Kejap jeee masa berlalu! teringat lg saat2 sama2 mengandung dulu. Teringat yg maknjang org pertama jumpa muhammad uwais bin mohamad hazuan.

Last minit kakcik gitau nak buat kenduri sempena bday uwais. Mujoq kak ila ada, ajak dia teman. Anak plk ntah apa penyakit, xmau kat makngah ila dia. Beriya punya xmau. Dan ntah kenapa sepanjang perjalanan ke kulim tu anak menangis dasyat2. Bila makngah pujuk makin menjadi. Sahhh mmg dia xsuka kat makngah. Anak oiii jgn berlagak sgt! makngah tu laAa yg hari2 jenguk awak tau!

Nak berhenti bg susu pon kena pk byk kali sbb jalan kat situ sunyi. Dengar je laaaa anak dok nanges, sabo jela makngah tahan. Umi bwk keta pn mcm nk gila. Sampai kat satu deretan kedai baru umi berani berhenti utk bf kan dia. Itupon lps bf diam sekejap je, pastu mengamuk balik. Tgk muka makngah ja mengamuk. Aduiiii


Aku ni dh la mmg fail jalan KULIM. campak la aku ke daerah mana pn sblm ni, in sha allah aku reti je pegi sorang then gamble cari jalan.tp kulim ni pegi berkali2 pn ttp fail. Dushhh! bawak kak ila dgn harapan dia dpt tlg tunjukkan jalan. Tp ntah kenapa aku rasa lain mcm je jalan yg dia tunjuk tu. Jauh bebeno! ambek masa dlm 1jam setengah utk sampai kulim je. Dushhhh!

Sampai sana, majlis dah bermula. Tp mujoqla belum potong kek lg hehe. Laksa sedap sgt aaa best. Sate pn ada. Makanan sampingan lain pn byk. Masa sampai tu mak ayah dan alawiyah dh sampai (padahal masa bertolak td lbh krg je wuuu) bangmet pn dh ada sana tp kena blk awal sbb nk masuk keja pkl7. abi plk sampai dlm lbh krg pkl7, dtg dr office penang.

Abi blk bertolak sama2 dgn mak ayah, sblm maghrib. Aku saja blk lps maghrib sbb malas nak singgah2 surau. Lps solat tunggu kakcik pack makanan utk kami, sampai pkl9++ jgk baru bertolak blk. Wuuu lewat! :(

Time blk alhamdulillah anak behave sgt. Naik keta kejap je trs lena sampai SP.
Selamat ulangtahun kelahiran uwais syg. Moga jd anak yg soleh. Mak njang syg mujahid maknjang!

KFC CHICKEN WRAP~

ASSALAMUALAIKUM...

Macam biasa, kfc keluaq iklan apa mesti nak try. Kali ni KFC CHICKEN WRAP. dulu punya keluaran dah try. Yg rasa blackpepper tuhhh yg berasap bibiaq tuhhh. Iols suka, cuma panas lada tu spoil.



Nak menerai pon tgh2 malam daku nih. Pastu mula hairan kenapa penimbang curang. Pkl11++ baru p makan. Mcm biasa, kfc jam besaq. Memandangkan kami ada kupon, so guna kupon diskaun rm10. Order set chicken wrap, cheezy wedges. Kengkonon nk mkn kfc tu sbb senang anak blh makan sekali (mashed potato) padahal umi yg teringin lebih2.

bg aku sedap laaa chicken wrap yg baru ni. Just nice. Ingatkan umi ja yg lapaq, rupanya anak pon lapaq gedik2. mashed potato tu panas lg dia dah kelupoq nak makan. Habes mashed potato, sambung cheezy wedges plk. lps makan nai keta trs tido kekenyangan. Sama2 lah kita diet ye anak.

Wednesday, April 23, 2014

ANAK YANG RAJIN~

ASSALAMUALAIKUM...

anak baik umi ni, mmg rajin sgt. Dari sebelum merangkak lg, masa dok menjulur tu lg dh rajin tlg umi. Skrg ni laaagi la rajin sejak dh pandai merangkak dah pandai berdiri.

Kalau dulu masa menjulur blh kemas2 bhgn 'ground floor' je, skrg dh blh berdiri blh laaa kemas sampai '4th floor' rak baju dia tu. Suka sungguh dia kalo dpt kemas rak baju dia tu. Kalau biaq dia main pastu tetiba diam tu tau dah la, mesti tgh dok kemas rak baju dia. Bila umi marah, laaaagi dia suka dan teruja sampai terjerit2 sambil gelak. Aduhaiii


Taktau la kenapa, anak teruna umi ni suka sgt mengemas baju. tambah2 baju yg dh dilipat. Laaagi dia geram! Kalau nampak baju yg dh dilipat sehelai pon dia akan terkam. Baju2 yg maktok dia dh lipat dh byk kali jd mangsa dia. Habis satu rumah! baju2 umi stakat ni umi sempat selamatkan sbb umi sentiasa berwaspada haha. Cuma rak baju dia tu jela mmg xdpt nak kawal.

Kalau baju2 dlm timba yg belum dibasuh tu pn dia suka jgk. Kalau dia jumpa dia akan 'kemas' sampai timba tu kosong semula, pastu dia blah mcm tu je. Sabau jela! mlm2 kalo dia x tido lg, dia bosan mmg dia akan cari baju utk mengemas.


Anak, kecik2 awak rajin sgt. besaq nt mohon rajin jgk tau! jadi anak soleh kebanggaan umiabi. 

~Love u anak~

Thursday, April 17, 2014

BUATMU, ANAKANDA~

ASSALAMUALAIKUM...

15 APRIL 2014 - genaplah usia mujahid umi ni setahun. Allahuakbar, cepatnya masa berlalu! rasa mcm baru semalam melahirkan awak. Sakit bersalin pon masih 'terasa'. rasa mcm baru semalam abi azankan awak. Allahurabbi... Pantasnya masa berlalu!

masih teringat pertama kali reaksi abi bila dpt tahu ttg kehadiran awak dlm rahim umi. Teringat segala suka duka masa mengandungkan awak. Walaupon perit menanggung alahan, penat letih lesu bagai, tp kami terhibur. Sbb sjk dr dlm perut umi lg awak dh pandai menghiburkan kami. Awak menendang2, berguling2. Kdg2 umi abi saja 'kenakan' awak. Kami panggil2 awak sbb nk suruh awak tendang. Kalo awak 'tidur', kami kacau2 awak. oh ya, masa dlm perut, kami panggil awak Baby tau :)



Masa awak lahir, semua org teruja sgt! sbb awak comellllllsss dan rambut lebat sgt! Semua org suka awak. Dan awak sgt baik. Awak langsung tak menyusahkan umi abi. nanges pelan jeee mcm pompuan! kekeke. masa umi abi tinggal awak utk bekerja, awak langsung tak menyusahkan maktok. Awak baik sgt. Senang sgt nak jaga awak!

semua org suka awak. Awak baik dgn semua org. Awak mudah dibawa ke mana2. Awak senang nak urus. Biar je awak main sorang2, awak langsung tak kacau umi dah. awak manja, tp awak x melampau. Awak mmg ada tokoh anak sulung! Cuma, awak tido lambat! kekeke


kehadiran awak telah mengubah seluruh kehidupan umi. im totally not me ok! jadual hidup umi berubah kerana awak. setiap apa yg umi buat, awak no 1. sampai umi sanggup berhenti keja, semata2 sbb awak. umi nak luang masa yg singkat ini bersama awak. umi bahagia sgt spent tym dgn awak. ke mana2 awak teman umi sbb awak baik sgt tak meragam. bravo! besaq nti jd driver & bodyguard umi okayhhh!

umi dah terbiasa melayan awak sampai kdg2 umi rasa kesian nk bg awak adik. umi takut umi x dpt bg perhatian kt awak mcm selalu. takut umi x kuat nak layan karenah awak lg. abi ckp awak perlukan kawan. hmmm... nanti lah ye? 

Awak ni byk sgt akai byk sgt gaya yg buat org suka awak. Mengada2 tau! suka buat 'akai' baru yg menghiburkan. Comel ok!!!


umi harap awak akan kekal menjadi insan yg menyenangkan dan disegani semua org sampai awak besar nanti. membesar dgn sihat menjadi anak soleh dan mujahid yg berjuang di jalan Allah. 

umi sayang awak. maafkan umi abi kalau ada kurang dlm kami mendidik awak. maafkan kami andai ada krg dlm kasih sayang kami. kami cuba sebaik mungkin utk kebaikan awak. kami cuba yg terdaya. terima kasih kerana mejadi anak baik yg memahami kami. terima kasih krn tak meragam setiap kali kami terpaksa tinggalkan awak. kami cuba bagi yg kami mampu, didikan dan kesenangan. yg lain terserah pada awak. umi abi harap awak gunakan didikan kami sebaik mungkin. moga awak pandai memilih jalan.

doa umi sentiasa mengiringi awak


Tuesday, April 15, 2014

PENGALAMAN BERSALIN SECARA INDUCE PART III

ASSALAMUALAIKUM...


ok amacam dah fefeeling kegentingan tu? mai nak sambung

lps nurse tu berlalu, aku dah mcm mayat hidup atas katil tu. aku mcm berserah jela. hp ada je di sisi aku tp aku nak pegang fon nak call suami aku pon x mampu. tangan menggeletar. dlm dok tahan sakit tu mmg aku risaukan suami aku jgk sebenarnya. dia dah sampai LR lps subuh lg. tp langsung xdak perkhabaran ttg aku. langsung tak dpt berhubung. last contact masa dia bagitau dia dah sampai dan aku pon bagitau yg aku masih kt ward sbb tunggu turn nak ke LR. dalam kepayahan tu aku call fana. aku tau xdak point pon aku call dia, bkn blh mengubah keadaan pon, tp aku xtau nak buat apa. masa call dia pon aku tak tau apa yg aku merepek sebenarnya, ntah dia paham ke tidak sbb masa ckp dgn dia aku dlm separa sedaq. tgh dok ckp dgn dia tu la ada nurse mai check patient lain. mujoq la Allah hantaq nurse yg prihatin ni bertugas waktu tu. dia tgk keadaan aku mcm org gila (walaupon tgh ckp fon) dia tanya "adik, kenapa?" terus aku cakap "saya sakit sgt dah...rasa nak meneran"

dia cakap yaka...dia soh tunggu sat. lps dia check patient tu trs dia mai kat aku utk check VE. sblm tu dia tanya kenapa pakai pad lg, aku ckp sbb terkencing. dia kata xpa, kencing ja, mmg sakit mcm tu.  masa ni aku dah x rasa apa bila dia buat VE. langsung tak sakit dan tak rasa apa. dia cakap "eh, dah 6cm! kena pi LR cepat ni!" dia berlalu dalam kalut2. dlm pada tu ada nurse lain yg tenangkan aku, suruh mengucap, selawat... kebetulan ada dua org doktor bertugas mai nak check patient. Ya ALLAH, terima kasih atas pertolonganMU! sorang doktor laki dan sorang doktor pompuan, chinese. doktor pompuan tu just check perut aku dan berkata "aiyooo sudah mau keluaq ni! baby dah masuk laluan! kena pi LR cepat!" keadaan jadi kalut tiba2. sorang kata LR penuh, tp ada sorang lg ckp dah ada kosong. depa baruuu ja call kata LR dah ada kosong. Allahuakbar, besarnya kuasaMU! doktor suruh cpt2 bawak aku turun bawah. nurse dok kalut nak cari wheelchair. doktor kata mana blh pakai wheelchair, dah nak beranak sgt ni, tolak pakai katil terus!

nurse tadi tolak aku dgn katil2 tu. aku masih dok berguling kesakitan. nurse tadi tak henti2 tenangkan aku. tq nurse! sampai LR aku terus ditukarkan baju. dimasukkan drip. kalo tak silap aku masa tu dh pkl9.30 pagi. ada doktor muda & cantik dtg buat VE. masa ni dah 7cm lbh krg, katanya. cepatnya! aku target satu jam satu cm, mungkin pkl1 baru bersalin. awal2 masuk LR td trs aku request ke nurse nk bg suami masuk teman. tp aku sedia maklum la ada 2 bilik je yg suami blh masuk, dan bilik aku bukanlah termasuk dlm bilik itu. tp aku request jgk "nurse...blh tak sy nak jumpa suami saya dulu sblm beranak? sbb dia mai dr lps subuh td lg tp xdpt jumpa sy. plg tidak pn tlg bagitau suami saya yg sy dah masuk LR? sbb dia bkn tau ni saya ada mana"

nurse ckp nanti dia tanya ketua kat LR tu. aku tgk ketua tu indian, pompuan agak berusia. muka mak aihhh garang! sah laaa xdak peluang dah ni. nurse td sambung la buat keja dia. apa yg dia buat pon xtau la huhu. aku dok tahan sakit ja. sakit kuat mcm sblm turun LR jgk. cumanya bila sakit blh sedut gas, ok la kan berbanding tadi dok peluk palang katil ja. ada jgk depa tinggal aku sorang2 kt dlm tu, tp kejap jela. masa kena tinggal rasa seram hoiii dok sorang2 dlm tu! pastu nurse tu dtg blk dan buat keja dia. tetiba nurse india yg muka garang tu dtg, "siti jusiza, ni suami awak nak jumpa" aaaaaaaaa terus rasa nak terjun katil. but, tak blh. fine. nampak suami dtg rasa mcm longlai. rasa seluruh kesakitan dilepaskan sekaligus! suami x ckp apa, aku x ckp apa. hanya mata kami memandang. perghhhh!

suami sebenarnya KELU tgk muka aku tahan sakit. aku plk mmg xblh nak ckp apa. nak menangis pn x blh. muka suami masa ni mmg pucat. mata bergenang tp tak nanges. suami dtg suapkan kurma dan air zamzam sambil gosok2 kepala. Allah. tak tergambar perasaan masa ni. sebiji kurma pon aku payah nak habeskan, dan mmg tak habes pon. mujoq suami suap pakai straw, tu pn minum sikit ja. sebenarnya suami blh masuk sekejap je. tapi mujoqla nurse tu sporting, biar je kami berdua2an mcm tu. sebelum suap aku tu suami tnya dulu nurse tu blh x nak suap aku, dia ckp "xpe suap sikit xpe. suap la bg ada tenaga sikit" nurse tu tanya air selusuh ke, huhu. aku tak pasti la kami jawab ke tak soalan dia hahaha!

suami tunggu situ sambil belai rambut sambil tgk aku tahan sakit. sepatah apa x ckp. dia kata (lps dah bersalin la) dia sebak sgt tgk keadaan aku, mata aku terbeliak ke atas nmpak mata putih ja. takut dia tgk haha. sampai la satu ketika aku kelupoq kuat nurse pon kelam kabut suruh suami keluaq. masa tu 10min lg pkl10 kot. aku ingat nurse saja halau ja, tp tiba2 nurse tadi dan ada 2org nurse praktikal kot mai kerumun aku. dia kata ready naaa, bila contraction mai tu teran kuat2. aku hairan la ready apa. nurse tu kata nak beranak la. aku yg konon sakit teruk sgt td tu blh buat terkejut pi tanya "saya nak beranak dh ka???" dia kata yala dah 10cm. aku  mcm "haaa??? 10cm dah? cepatnya???" dia mcm nak gelak tp tahan. cis. dlm sakit2 td tu sempat lagi aku nebes haha. baby, we will meet soon!

bermula la detik2 push mengepush yg selama ni aku hanya lihat di tv saja. dan ternyata yg dlm tv tu semua dusta belaka kakaka! derrr, aku nak p beranak td minum milo segelas ja, mana ada tenaga sgt nak push. 4-5kali jgk aku push tp x lepas. bila aku berhenti push mendadak baby pon masuk blk. pttnya bila push kena tahan dan curi nafas baru btl. ssambil push tu aku rasa ter-poopoo. aku ckp "nurse saya terber*k ni mcamana???" dia kata xpe mmg org beranak akan terber*k kahakah lawak plk jawapan dia! aku plk push sambil menjerit. nurse pesan jgn menjerit sbb itu blh menghilangkan tenaga. aku pn dh sedia maklum pasal tu, tp tu la kan bila sakit ni bkn kita sedaq apa dah. aku prasan nurse gunting, tp langsung tak rasa sakit apa pn sbb kita tgh tanggung sakit yg lbh dasyat kan. so mummies, dont worry pasal gunting ok! mmg x rasa pon sakit tu in sha allah. aku cuma perasan nurse tu gunting dan rasa dia cuba bantu buka laluan. dan aku dgr perbualan depa sbb nurse senior (bidan) tu tgh ajar nurse praktikal tu. rasanya nurse praktikal tu yg buat semua, bidan tu cuma ajar je. dan lg aku dgr kahkahkah!

sampai satu tahap aku rasa letih. nurse2 tadi pon dok bg kata2 semangat kt aku. sungguh aku rasa mcm serender. adik2 nurse tu pon kemahen sikit lagi kak cepat kak dah nampak rambut kak. haish malu hakak tauuu! tetiba dtg doktor muda & cantik td, tanya mcmana. depa ckp x keluaq lg, rambut baby dah nampak. doktor td terus buat2 kalut sambil pakai glove pakai apron sambil cakap kekuat "lekas lekas kuat lg kesian kat baby! ni tgk ni heartbeat anak dah slow ni! kita kena cepat!" Allah... aku punya kalut nak push, sampai lupa pasal heartbeat (ctg) anak!!! terus aku dpt mcm satu kekuatan luarbiasa. mcm crita hindusetan plk, tp tu la hakikatnya. bila contraction mai ja, terus aku push sekuat hati, tu pon x lepas, tp aku tahan dan curi nafas trus push lg sampai keluaq. Alhamdulillah berjaya!!! masa baby keluaq tu rasa mcm gedebukkk keluar haha. lps tu aku dpt rasa depa tarik baby pelan2 utk keluarkan keseluruhan badan dia. oh rupanya yg payah sakan kecoh2 td cuma nak keluarkan kepala dan bahu. masa baby keluaq tu aku x ingat dia nanges ke x. sungguh aku rasa ralat sgt sbb aku x ingat moment tu. tu la byk sgt tgk crita melayu. dlm crita melayu kan asal beluaq baby ja keluaq la suara tangis. tp yg ni aku btl2 x perasan, mungkin sbb letih push kot. ralat sgt.



elok baby keluaq terusss nurse tunjuk tnya baby apa, and yes, BOY! sama mcm doktor dok scan, ada bebird hehehe! nurse bg anak kt aku utk letak atas dada. u know im speechless. masa nurse nak letak tu lg aku dok sebut "anak aku........" hahaha bkn nak sebut alhamdulillah ke apa. aduyaiii. bkn lupa ke apa tp itu perkataan pertama yg keluaq bila nampak muka anak. rasa mcm tak percaya, sampai terkeluaq anak aku anak aku byk kali huhu. bila dah tersedar sikit baru la mula baca apa2 yg patut kat dia. Al fatihah, ayat kursi, dan segala surah yg keluaq dlm kepala aku baca. lama jgk aku pegang baby sambil depa dok proses apa kt bawah tu aku pon xtau la. yg aku ingat depa seluk nk keluarkan uri. blh plk aku ckp "laaa x buang lg ka?" bidan tu senyum ckp belum, td beranak ja. jgn bimbang buang uri bkn sakit mcm beranak. malu iols ok. sambil tu selamber ja nurse cucuk paha aku. ubat kecut rahim kalo x silap. dan aku pon blh rilek ja kena cucuk. pdahal b4 ni tgk jarum pn dh gigil.



x lama lps tu depa ambek anak iols utk dimandikan. bermula la episod jahit menjahit. sekali lg aku tanya soalan bodoh, "laaaa td x jahit lg ka???" adoi la byk tanya betoi. mujoq nurse baik. aku ingat masa aku dok pegang anak tu depa dah setel la semua haha pepandai je. patutla x sakit haha. bila nurse nak jahit ni mula la aku seriau. terusss aku sedut gas byk2 sampai lalok. sampai kebas mulut. sambil sedut gas sambil sembang dgn bidan supaya kesakitan tu tak terasa. and i did it! aku langsung tak rasa sakit pn sepanjang proses menjahit. mcm2 aku tanya ke nurse, dia pn layan ja. dia ckp aku angkat punggung sikit ja, gunting sikit ja dlm 2cm. mcm2 lg yg aku sembang sampai aku rasa bosan dan lama aku tanya "x sudah lg ka, lamanyaaa jahit!" nurse senyum lg. dia ckp dia jahit byk lapis, mcm jahit baju. sbb nak bg jahitan betul2 kemas. dah siap jahit depa pakaikan pad dan tukar baju dan tukar katil. pastu ada nurse dtg sambil tolak troli berisi baby yg siap dimandikan dan pakai blanket yg umi beli. hijau uols! atototo comeyyyyyyyyyy!!!!!

depa bg anak utk disusukan. kemahennnn anak umi pandai dah hisap! gud boy! sejam jgk selepas bersalin baru selesai proses2 tu. lps tu depa usung keluaq dan bawak aku jumpa abi (wahhhh dah jd abi!). abi jd mcm tak tentu arah bila tgk anak dia. anak dia plk sebok nak hisap susu so dia x dpt tgk muka anak. hahaha anak main cak cak ye. kebetulan chuck ada kt situ, dia turun mai tgk baby. hahaha nasib la! abi tak lekang sebut "terima kasih sayang" kat aku. tu jaaaaaa dia sebut tak henti2. then aku ditolak ke katil wad pulak. rakan2 dlm wad tu hairan tgk aku dah beranak. cepatnyaaa depa kata. tadi ja dok guling2 sakit sekarang mai dah usung anak hahaha!



abi ikut mai kat wad, tlg aku apa yg patut. nurse pesan suruh bancuh milo ke bg air ke kt aku. abi kalut2 pegang milo. aku ckp nanti la kejap lg, mai setel katil aku g sedap tido dlu. trs dia letak milo dan mai tlg aku. aku suruh azankan anak, terus dia terpa anak dia dan azankan. tgh dia dok belek anak dia tu mai nurse mana ntah x bg kami tutup tirai dan bukak tirai kami tu. pastu suruh abi blk. grrrrr aku baru naik wad kot, dia ingt laki aku mai terjah gamaknya! dushhhh!



Alhamdulillah... pada aku proses aku bersalin sgt mudah. suami ckp lps dia keluaq dr LR tu dia tak sempat duduk pon tetiba nurse panggil waris siti jusiza, dan ckp "tahniah, isteri awak dah selamat bersalin". dia kata cpt sgt. ya mmg cepat sgt, aku push tu kejap ja. Alhamdulillah Allah mudahkan setelah melalui ujian2 kecil. suami ckp sebelum dpt tau keadaan aku tu mmg azab. sbb dia taktau aku kat mana. nurse kata aku kat wad lg sbb LR penuh, dia naik wad tgk aku xdak. mmg la aku xdak sbb aku kan kena pindah ke wad hujung. nak plk bila dia nampak ikin ada je kat katil dia (btw abi tunggu sama2 dgn laki ikin) maka lagi berganda laaaa kebimbangan abi tu. blh bayang dak mcmana kekalutan dan kebimbangan tu? tapi bila nurse bagitau yg aku dah selamat bersalin, abi lega dan giliran laki ikin pulak yg risau. sbb isteri dia masih belum blh turun LR.



dan aku dpt tau, ikin dan sorang lagi 'geng' kami kena operate. dari subuh tu bukaan dok 4cm ja, baby xde tanda nak keluaq. malam jgk baru beranak pon. kesian laki ikin jenuh tunggu. sorang lg plk beranak normal tp malam baru beranak. so blh bayang dak berapa lama depa tanggung sakit? aku ni turun LR pkl9.30, pkl10.05 dah beranak. cepat sgt proses tu, lps aku keluaq siap blh bagi laluan ke patient lain. syukur sgt2! Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kali ni. hrp sgt kalo ada rezeki nak beranak lagi dpt dipermudahkan urusan jugak. kesian sgt tgk patient yg bertarung nyawa berpuluh2 jam, itu yg LR sampai penuh.

dan abi ckp yg nurse2 tu sampai naik meluat dgn dia. yela dia asyik dok tanya kt kaunter psl bini dia. macam bini dia sorang ja nak beranak wakaka. tp x blh nak salahkan laki aku la, dh kami mmg lost contact. depa patut bagitau betul la, ni tidak. laki aku xtau aku ada kat mana, mcmana dia nak tenang? dah tu bila aku dh turun LR, baru depa bgitau. masa tu depa annoying psl laki aku request nak masuk teman plk haha. dia siap ckp lg "x bg masuk xpa saya tunggu kat pintu ja pn xpa" LOL sgt laki aku ni kahkahkah! dan rupanya yg dia blh masuk tu bkn sbb aku request saja, tp sbb mmg dia pon request. kebetulan madam india tu ada, itu yg ada rezeki jugak berjumpa. syukur alhamdulillah.



dan benarlah org kata, sakit gila-sangat2 tu akan hilang sebaik saja tgk wajah anak. and yes, its damn true!!! elok tgk wajah anak kecik comel lote penuh darah tu, terusssss hilang pi mana ntah semua sakit ketaq2 pala tadi tu. mcm dah lupa ja yg baruuuu sat td aku sakit bagai nak putus nyawa. Allah besarnya anugerahMU...

selamat datang, anakku~


Sunday, April 13, 2014

DUNIA MASA KINI~

ASSALAMUALAIKUM...

to be honest, aku rasa dunia kita skrg ni x selamat. I mean, tgk la hari ini. Mcm2 kes jenayah berlaku. Bunuh sana sini, senanggg je! Kejap2 tembak sana kejap2 tikam sini. Itu bunuh. Belum lg rompak samun ragut bagai. Siang2 terang2 dpn org ramai pn org berani lg buat jahat. Mudah je nak terjah masuk rmh org utk samun. Tgh sidai baju blh kena samun. Mcm2!

Itu kes jenayah. Blm lg cerita bab2 kejadian2 tanpa diduga. Anak meninggal sbb terkunci dlm kereta, kena dera oleh pengasuh, anak terjatuh longkang dan dibawa arus, ayah reverse kereta terlanggar anak, anak terjatuh balkoni, dll yg nak mention pon takut. Minta dijauhkan kejadian2 mcm ni. Takut sgt sbb kita tak tau takdir kita mcmana :(


sungguh aku berasa tak selamat. Dlm dok selesa, kdg2 aku akan beringat hal2 mcm ni. Tak blh selesa sgt. Tambah2 bila ada anak. Allah... Dia saja yg tau mcmana aku risaukan keselamatan anak aku. Setiap hari berdoa moga Allah lindungi dia dr benda2 tak elok. Risau sgt ttg keselamatan dia. Dia kecik lg. Jauh lg perjalanan dia. Ntah apa takdir dia, jln hdp dia.


Nak plk masalah2 anak2, remaja & belia zmn skrg, yg mudah buat kemungkaran. Tanpa segan silu buat dosa. Maruah diri blh dilelong. Buli, gaduh. Allah... Istighfar byk2. Takut sgt! Dunia makin maju makin ke depan tp moral makin mundur ke belakang. Tugas kita sbg ibubapa masa kini sgt mencabar. Bkn senang nak didik anak. Dan bkn kuasa kita utk mengawal segala masalah dr menghampiri anak kita. Kalo mampu aku nak je tepis segala anasir2 jahat dr mendekati anak2 aku. Takut sgt. Takut anak kita x kuat menghadapi dugaan masa hadapan.


Sbb tu tak henti2 berdoa


Mohon Allah lindung anak2 aku sentiasa
Moga ditetapkan iman anak2 aku, dipelihara akhlaknya, dimantapkan akidahnya.
Moga setiap langkahnya dirahmati
Moga hatinya cekal meniti gelombang kehidupan
Sbb umi abi tak blh pimpin dia selamanya







Friday, April 11, 2014

PANTAI BERSIH SAKSI KASIHKU (BLERGHHH)

ASSALAMUALAIKUM...

3/2/2014 - abi masih bercuti. Planning hari ni ke penang. Setelkan apa yg perlu disetelkan. Pertama sekali ke rumah mira, kawan abi di perda. Pegi hantaq hadiah sbb masa kenduri dia 1/2 hari tu x dak rezeki nak menghadirkan diri. Kmi mmg nak mai, tp keadaan mmg x mengizinkan. Buktinya, hadiah ni la hewhewhew. 

Kebetulan dia plk xdak, keluaq dgn suami letewww auwww bestnyewww pengantin baru! (kau dah kenapa)
passing hadiah ke mak mira aje. Dan kami dpt goodies bag LOL bestnya! lps tu terus ke hospital seberang jaya nak melawat makcik haslina, mak si mummieh erin nu ha. Dulu tokcik haslina mai melawat umarfaiq masa baru lahir dulu, so kini umarfaiq pon ingin berbuat demikian. (sama la dgn mira, dia mai walimah kami di merbok sbb tu kami usaha nak mai walimah dia)


Sampai sepital, kami bergilir utk solat asar dulu. Lagipon anak tido, bg chance la sket. Usai solat terus mencari makcik haslina. Aku agak kaget melihat persekitaran HSJ ni. Aaaaa patutla bila baca bab pengalaman bersalin kt sini ada je review krg enak. Wad kat sini terlalu padat! aku pn rasa krg selesa, ditambah dgn bau2an yg ada.

Makcik haslina kelihatan sihat. (kenapa aku rasa ayat2 aku skema semacam je dari tadi???) dia ditahan sbb nak check itu nak check ini blablabla. Apa lg, beletiaq sakan la dia hahaha. Tadah telinga la dgr mAkcik haslina kompelin. Dah lbh 10 hari dia ditahan kt situ, maunya tak membebel. Selamberrr dia je sound mana2 nurse/doktor yg buat keja x best haha! Bravo!

masa kami sampai tu pakcik azizan ada. Lama kemudian baru mummieh sampai. Umarfaiq sukahati dia je meragas katil tokcik haslina. Mulut bising mcm selalu. Mujoqla sepital tu pon mmg bising. Kalo tdk mau kena hanbat dah LOL. lama jgk kami di situ. Sampai anak dh buat muka bosan. Alaaa anak ada agenda letewww!


agendanya nak menyinggah kat pantai bersih nu haaa. Dah lama umi janji nak bawak tp x bawak pon. Dah la waktu suntuk, dah nak dkt maghrib kami sampai tu. Anak umi ni, mmg campak je kat mana pon, x penah kata dia takut or x suka.


Dia nampak je pasir terusss kuis2 kaki. Dari kuis2 je sampai duduk main terus. Bila abi korek pasir dia pulak yg lbh2 tlg korek jgk. Tak padan dgn jari haluih! tp bila abi kambus (tanam) dia sepXWaruh badan dlm pasir, nanges kuat kemahen. Haaa tahu takut! :p


Lps tu abi saja bawak dia acah2 main air pantai plk. Kelupoq dia sbb suka. Selamberrr ja dia jalan2 dlm air tu sambil abi pimpin. Air dok mai kat dia pon dia tak takut langsung! bila abi angkat ke pasir semula, nanges. Sbb nak main air. Aduiii la anak!  bkn abi pimpin dia, dia plk conduct abi nak jalan ke mana


memandangkan anak pandai main dkt pantai nanti umi belikan set mainan pantai tu ye. Nanti blh la kita bina mahligai cinta pasir kita bersama ye? Perghhh tinggi imaginasi!


memikmati suasana sunset di sana amatlah mengagumkan. Subhanallah sungguh indah alam ciptaanMu. View yg sgt jarang dpt lihat. Melihatkan telatah anak dan abi situ buat hati umi sebak. Sebak dlm bahagia.

Terima kasih atas bahagia ini Ya Allah. Syukur diberi peluang merasai semua ini. Terima kasih atas segala nikmat yg telah dipinjamkan. Sayu memikirkan andai satu hari nanti antara kami terpaksa berpisah. Wuuuu kau dah kenapa umi asal pergi pantai je mula laaa nak berfikiran jauh :(


baju anak habes basah dan kotor akibat pasir dan air pantai. Kami terpaksa menyepara bogelkan dia sbb nanti kotoq keta. Abi jirus2 bdan dia dgn air then balut dgn towel ja. Pastu mcm besala singgah umah maklong paklong dia utk solat dan mandikan dia.

Konon jela nak singgah sat. Sekali paklong dia bukak cita tamil sambil jamu satay & singapore pie. Tak ke mengkhayalkan tu? Ralit je abi layan. Rajnikhan oiii! at last pkl9++ baru bertolak balik. Itu pon dgn penuh rasa berat hati. Kalo ikut hati nak tido situ ja. Motor baju semua ada dh kalo abi nak p keja esok. Saja la xmau pulun sgt LOL.


lagipon kami nak singgah tesco. Sipi2 je sampai pon. Mujoq tesco tak rasa nak tutup lagi. Sempatla beli brg kejap.


Tengkiu abi layan umi & anak. Like always, masa kita bersama terlalu berharga. Moga kekal dlm ingatan moga kekalkan aktiviti mcm ni evem anak dh 7 nanti LOL!!!!!


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...