CRAZY FAN! :)
Saturday, September 28, 2013
PERSEDIAAN SOLID FOOD~
SATE~
MACAM WEEKEND~
ASSALAMUALAIKUM...
start minggu lps mcm bz je life aku skrg. Terkejar2. Alkisah pg tadi, lps suami p keja aku pon ter-tido blk sbb rasa berat kepala je sbb mlm tu tido lambat sbb umarfaiq x blh tido. Haaa paham kannn? tetiba suami call ajak makan roti canai. Aku yg tgh mamai ni dok blur2 lg. Dok tnya skrg pkl brapa,sempat ke,blablabla. rupa2nya tayar moto abi pancit so abi malas nk p keja lewat2,bek ambek halfday trus. Fineee! i love it! 5min kemudian suami pn sampai dgn hensemnya. Yelaaa nak p keja kannn. Anak tgh tido so kna tunggu bgn tido dlu baru keluaq sbb kesian x nak ganggu tido dy. Elok dh naik keta aku pn mula la mengada tringin nk mkn nasi lemak berlauk pulakkk!
mujoq suami rajin melayan,sanggup p tmn ria semata2 nk brekpes. waaa puas hati dpt mkn nasi lemak berlauk,mcm2 lauk plk tu. Mak cik yg juai tu kemain eksaited nampak kami. mcm2 soalan dy tanya.Katanya suami aku masa bujang dulu slalu mkn situ. Tetiba mai dh bwk anak bini wahh anjakan paradigma sgt! Makcik tu mmg peramah rupanya. Slalu mkn bergilir tp kali ni kakak jual roti canai tu tlg pegangkan anak maka umi abi pn kemainnn makan berdua sambil mengimbuau kenangan masa kja 1 opis dlu. blk umah,suami p repair moto sesiap. Lps tu tetiba ujan lebat. Suami ckp nk p keja nek keta. Aku mcm x percaya je. Keja almost 3yrs ni kali pertama p keja nek keta huuu. Kesian abi yela jem kt penang nti bkn sikit. Kalo tau nak naik keta bek p pg td ja. Rugi ja cuti halfday.
Suami ckp xpa, asal dpt spent tym dgn anak bini pon dah rasa berbaloi2, xdak apa yg nk dirugikn. Fine. Act aku pn rsa mcm tu. Rasa best sgt! Rasa mcm weekend sbb blh brekpes dgn santai je. :)
Thursday, September 26, 2013
KENDURI FAREWELL~
ASSALAMUALAIKUM...
well aku mmg dh berjanji dgn opismet oppps ex-opismet hewhewhew utk buat kenduri pada 15-9-13. So spt yg dijanjikan pg tu sblm subuh lg mak dh bangun utl masak memasak. Aku mntk tlg mak je msk sbb nk masak utk 20org mkn je pon. Aku lps subuh baru masuk dapoq. Tlg potong2 bawang, grg ikan dan masak sayur. Yg lain mak yg masak semua. Tq mak tlg anak manja mak ni! menu hari tu : gulai ayam, sayur kobis, sambal sotong kurita, ikan grg, sambal belacan & ulam timun. Air,jus nenas. Kau mampu??? Mmg saja buat menu ala kampung sbb nak kan kelainan. Org2 sblm ni punya kenduri samaa je asyk ayam masak merah dgn dalca. So kita make it different ok! Dlm pkl10.30 baru kmi bertiga gerak ke loqstaq. Wahhh baru resign x sampai sebulan dah ada aura2 rindu kt opis sobsss! :(
lps letak makanan, makan2 kejap dlm pkl1.20 kmi gerak ke jitra utk ziarah keluarga pak ndak. Saja la dtg sini dh alang2 mai loqstaq. Lgpon dh lama dok plan nak mai nak mai tp x mai pon. So today we make it! x ssh pn nk cri umah pakndak ni sbnrnya. huhu...sempatla sembang2 kejap pastu b4 pkl4 dh grk blk loqstaq plk. Plannya nak p muzium padi & pusat sains. Tp bila lalu kt tasik jubli emas tu tgk ramai org mcm ada karnival je trs singgah. Lgpon masa dh suntuk nk p sana pon. Nawaitu nak lepak2 tepi tasik ja tp tgk ada byk pertunjukan plk. So sempat la cuci2 mata kt situ tgk pertunjukan basikal, bmx, skateboard, wall climbing dll. Xtvt sehat sgt!
btw today our lovely son turned 5months old. Hoho so umi abi bwk dia pusing tasik bg makan ikan hahaha! best gila lepak tepi tasik niiii dgn family tau!!! kemainnn lg umarfaiq suka tgk ikan pakat kelupoq makan. Makanan ikan ada dijual di sini dgb harga rm1 sepaket, Kami beli 2. Nanti umarfaiq dh besar sket kita dtg lg ye. Awak bg sendiri plk kali ni. Kita beli 3 bngks makanan ikan LOL. Umarfaiq asyik dok buat gelak galak dia sampai ramai aweks aweks dok tgk dia. Sesambil tu tgk abi wahhh suka la abi tewww! :p
Lps tu kami grk ke opis semula sbb nak ambk brg2 kenduri td. sblm blk td lg umi dh mula rasa sakit perut. So niat nk ke menara tpaksa dibatalkan sbb umi mmg sakit x tertahan. Gagah je dukung anak dr a.star - sp. umi pnya x larat sampai anak terhantuk kepala kt keta hewhewhew~
Wednesday, September 25, 2013
BALIK KAMPUNG~
ASSALAMUALAIKUM...
mggu ni pnya weekend blk kampung je. Ahhh kampung sgt pdhal merbok jewww pon! jumaat tu suami blk keja trus blk merbok. Mlm tu umi apa lg, order koteow kerang trus. Sedappp tau merbok punya!
sabtu ddk umah je. Pg tu abi buatkan nasi grg weweweeee. Ptg tu makngah pakngah sekeluarga mai. Dlm pkl6.30 kami keluaq p umah naqiah jap. Blk tu, abi p surau mcm besa, umi ddk dgn umar & maktok. Mlm tu mcm besa jamu ustaz makan. Menu, ikan siakap besaqqq gila kau!
Esoknya, ahad tu pg abi belikan umi nasi lemak special. Lps tu umi cuma tlg grg ayam je kat maktok. Konon nk blk lps zohor, last2 pkl4 baru grk blk hehhh! Dah la hindustan pon syok2. memula kami singgah celcom centre & bank islam. Pastu p hasani jap. Maktok la niii mimpi apa ntah soh umi beli buku resipi puding??? pastu singgah tesco, semata2 nk beli bahan nk buat solid food umarfaiq. Beli epal & pear. Nak ambk avocado & brocoli sesiap abi kata xpayah,nti nak buat kta dtg lg. Ok baiklah. Mlm tu umi masih x lalu nasi. So umi grg megi. Sedap gila tau, tp pedas so ramai yg xnak tumpang. Legaaa blh umi mkn byk hewhewhew
Tuesday, September 24, 2013
MIMPI~
ASSALAMUALAIKUM...
sejak akhir2 ni kerap mimpikan arwah tok
Xde mimpi pelik2 mcm dulu pon
Mimpi biasa2 je
Mimpi sembang2 mcm besa dgn tok
Bila bangun tido baru 'sedar' yg tok dah xde
Baru sedar ohh mimpi rupanya
Dan yg kerap jgk mimpi gigi patah
Beberapa kali dah mimpi ni
Bila siang dok saja2 tringat gigi patah
Baru sedar yg gigi patah tu dlm mimpi rupanya
Haisshhhh x bestnya!
Sunday, September 22, 2013
SESI MERAP ABI~
rasa mcm dh lama x berweekend since sebok g klantan la g kl la. So minggu ni rasa mcm nak merap abi hihihi. Pg sabtu tu relax2 lajak tido tiga2 branak. Lps zohor baru keluaq. Memula p makan. Lapaq nasi kandaq. Mcm besa la mesti la ke hussain nasi kandaq pilihan umi. Menu, ayam masak roast + daging masak hitam + sayur kobis. Makan bertambah2 laki bini ni :p

Lps tu singgah hasani nk beli souvenier utk boss. Beli pen, khas utk boss sign plan wahhh kau juicy! Then planning nk ke amanjayamall sbb umi nk bli bnda alah tp b4 tu singgah manjaku sbb nak beli alatan utk solid food umarfaiq.

Masuk amanjayamall terus nampak benda alah tu. Ambek semua design yg ada haa puas hati kau! Dah la comel murah plk tu. Ni semua gara2 tpengaruh dgn member fb yg uplod gambaq benda ni. Haaa jgn memain dgn umi!

Dah dpt apa yg umi nak terus blk dgn aman. Haaa gitu je prangai kau??? Then sblm smpai umah singgah econsave utk beli brg kenduri. Niat nak bwk umarfaiq p tmn jubli tp hujan so cancel.

Mlm tu lps isyak kluaq p tesco plk cari brg. Konon nk kluaq kejap je. Konon jela sbb lps tu singgah kedai fevret utk dinner. Dlm keta susukan anak sesiap pastu sampai umah anak diserahkn ke abi sbb umi nk tlg maktok utk sediakan bhn masak utk esoknya. Sampai pkl1++ jgk la kmi kt dapoq tu.
Friday, September 20, 2013
CUCUK 5 BULAN~
ASSALAMUALAIKUM...
17-9-13 patutnya umarfaiq kena check up utk 5bln. Tp umi lupa kahkahkah! tp kalo ingt pn mngkn umi x p jgk sbb msh x berapa nak sehat. So kami p esoknya, rabu 18-9-13. pkl10.30 baru kluaq umah sempat lg singgah mkn roti canai LOL. yelaaa umi lapaq hoi! sampai klinik pkl11++ dah. Mcm besa p timbang dulu. Berat umarfaiq utk 5bln ialah 5.8kg, naik 100g je dr bln lps -.-
masa tggu turn tu ada nurse praktikal mntk tlg dgr presentation dorang.hmmm kesian pnya psl ok kan jela. Lgpn mmg nk bf anak pn kt bilik tu. Sambil depa present sambil umi bf haaa ambek kau! Aku tgk nurse yg present tu pon terketar2 je tgn hikhikhik. Sekali aku tanya soklan haaa hambekkk terdiam terus! Jgn memain dgn hakak yewww nampak je pakai ikut dan makcik2 mcm ni, ingt hakak taktau keee apa yg korang present :p
Masa tunggu turn nak jumpa nurse tu umarfaiq dh mula lapaq & ngantuk. Dah mula merengek2. Tgh bf nombor umi naik. Jumpa nurse sambil bf la jawabnya. Pastu anak tido. Tym nak cucuk tu tpaksa la kejutkan dia bangun dulu. Mestila mood dia x baik dh kacau dia tido. Tym cucuk kemainnn la bergema suara dia nanges! tp mujoqla anak umi ni baik sesangat. Nanges kejap je pastu diam la. Syukur alhamdulillah
Wednesday, September 18, 2013
HADIAH HARI CUTI~
ASSALAMUALAIKUM...
kemarin, 1m'sia bercuti. Sempena hari penubuhan m'sia. Even umi dh tak bekerja, hr cuti tetap hari yg m'gembirakan sbb abi cuti. Hari cuti jela peluang kmi nk spent tym.together.Tapi...umi tlh spoilkan segalanya. Ptg Ahad tu lg umi dh sakit perut. Sakit yg amat sgt memulas2. Sampai umi terimbau sakit masa nk beranak dlu. Sempat la jgk ckp kt abi "sakitnyaaa perut!mcm skt nk branak dulu. Ni yg takut balik nk preknen ni!" wahhh sempat lg kau!
masa umi skt tu kmi msh berada di a.star. Umi syak angin je so tahan xmo p klinik. Kalo angin besanya kalo kentut sedas-dua lega la. So sampai je umah umi tidokan umarfaiq. Pastu abi urut umi satu badan konon nak keluarkan angin. Lps tu umi baring2 dlm bilik,anak umi serahkan hak penjagaan kt abi. Maktok & tokwan bz sbb jiran tetangga memenuhi umah, memasak utk kenduri di umah esoknya. Ada buat kenduri arwah sket. Mlm tu umi langsung xjamah apa2 makanan. Perut umi masih sakit memulas. Abi sempat keluarbutk beli air halia kekonon nk buang angin.Mlm tu sblm tido, menangis teresak2 kt suami. Jd apa ntah,sakit perut tp nanges mcm ada masalah besaq haha. Abi pon tpaksa melayan sambil mata bukak separuh sbb letih :p
Lps dedua kesayagan umi lena,umi msh xblh lena. Ada jgk tlelap,tp kejap je sbb rasa sakit. Beberapa kali jgk umi bangun utk ke toilet. Rupa2nya umi cirit-birit. Sah,ni semua sbb slh mkn,bkn angin. Mmg rasa seksa sgt nk tggu siang. Umi serender,mmg kena ke klinik. Believe me, kalo x sbb nak susukan anak mmg umi xkan ke klinik. Umi rela sakit pastu ulang-alik ke toilet sampai 'habis', pastu lega la. Tp ni umi sakit sampai xmampu nk baring nk susukn umarfaiq pn. Pg tu umarfaiq nanges lapar susu tp umi xdapat nak susukan. Abi la tepuk2 pujuk dia, sampai umi dh lega sket baru umi dpt susukan dia. Pastu dia pon lena blk. Alahai kesian anak umi ;(
Lps subuh, kami ke klinik bersatu kat pekan. Tu je klinik 24jam yg aku tau. Memula ingt nk bwk anak, sbb takut xdak org nk tengok2 dia. Sbb sblm pkl7 lg jiran2 dh mai utk tlg masak, so bz la.Tp umi mak berjalan pn x larat,umi decide utk tggl je dia. Pesan kat maktok soh dukung kalo dia terjaga sbb umi akan cuba blk cpt. Bila ke klinik,sah doktor kata slh makan sbb perut memulas. Masa ni umi dh rasa lembik. Mmg xlarat sesangat. Blk umh umi mkn ubat tanpa brekpes pn pdhal ubat kna ambek slps mkn tawakal jela. masa ni umarfaiq dah terjaga pn. Yela anak umi ni mana biasa tido ats katil tanpa umi.
So lps tu umi tidokan umarfaiq sambil umi tido skali LOL. masa ni umi tido mati. Umarfaiq merengek pn umi xsedaq,abi yg tkeover. Segala urusan mandikan anak jaga anak smua abi ambk alih,umi cuma susukan je. Tym org baca yasin umi dh blh bangun. Mgkn lbh segar lps dpt tido dan mandi. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan sgt meriah. Lps majlis selesai abi bergegas beli 100plus & bubur nasi utk umi sbb dh lbh 24jam umi xmakan apa2. umi gagah mkn sbg mhargai keprihatinan abi tu. Dptla habeskan suku je huuu. Pkl4 i tidokan umarfaiq dlm buai pastu umi tido dlm bilik smpai pkl6.30,anak abi yg handle. Bila bangun tgk anak & suami xdak wuuu. Tau dah mst abi bwk p ronda. Msg abi ckp nk tgk anak pastu baru nak solat. Rinduuu anak umi. Sian umi xdpt layan dia.
Mlm tu umi jz susukan umarfaiq ja. Yg lain abi buat. Umi dh ok sket dr sakit perut,tp umi demam pulak. Wuuuu. Mlm tu minum milo yg abi buat je utk alas perut. Act lapaq roti gardenia tp xsampai hati nk mintak kt abi wuuu. Dah la umarfaiq mcm buat prangai xmo tido. Nanges kuat kemain. Maktok dodoi xnak. Abi dodoi xnak. At last umi jgk yg kna dodoikan sambil bg susu sampai kami dedua terlena. Tgk2 abi pn dh terlena. Hmmm...kesian abi... 3hari cuti 3hari melayan umi :(
P/s : hari ni umarfaiq dh pandai jelir2 lidah =p
Thursday, September 12, 2013
ENJOY BEING A HOUSEWIFE~
ASSALAMUALAIKUM...
10/9 - ptg tu umarfaiq poopoo byk sampai bocor kena seluaq. So kna salin bju truih la. Kbtln abi msg ajk p kuliah ustaz kasim lps mghrb. So umi pakaikan baju melayu sesiap. Ewahhh! abi blk ptg tu order telur grg mata je kt umi,nk mudahkn umi katanya huhu. Lps mkn trs ke surau. Alhamdulillah umarfaiq well behave kt surau. Cuma dia ngantuk je. Lps isyak terus blk sbb hjn lebat. Umi blk mkn megi, umarfaiq dok nanges sbb ngantuk. So mlm tu kami tido awl. Pkl11.45 dah tido ohhh bangga umi dpt tido awal! pkl3 umarfaiq terjaga skali, pastu pkl6 terjaga terus. Awal bebenor dr biasa! umi solat masak nasi grg dkt abi dia dpk diam je, menerap pon x. berangan letewww!
11/9 - lps abi pegi keja, umi susukan & tidokan umar. Pastu umi sidai kain. Musim ujan ni, sidai kain berhari2 x kering lg huuu. Pastu kemas2 dapoq, basuh pinggan semua terus start masak. Umi masak kobis & terung, 2-2 menu fevret abi! pkl10.15 dah siap masak :)
Ptg tu umi tertido skali dgn anak.abi blk pkl8 baru sedaq. mlm tu abi mkn nasi berselera skali. Bangga umi tau! lps tu umi buat rajin. Nak buat menu spesel konon. Padahal roti bakar je pon. Pastu bakar sosej, grg telor separuh masak, buat teloq hancur plus kacang panggang. Tadaaa jadi la McJuicy (waklu) hahaha. Konon buat cecantik nk bg suami makan, nk pikat selera suami khennn. At last umi bedal sorang ke haha! mlm tu dlm pkl12 nampak umarfaiq mcm dh ngantuk. So tidokan dia. Suami pn tido terus la sbb nampak gaya mcm anak dh ngantuk dh ready utk tido. Tp xtaula apa masalah, anak x tido jgk. Bg susu sampai kenyang pn x lena lg at last umi serender umi angkat p ruang tamu. Umarfaiq x nanges tp x jgk lincah. Besa2 je. Umi tgk tv dia dok diam je. At last pkl2++ umi ngantuk. Angkut anak msk bilik, susukan dia terus lelap. Fuhhh!
12/9 - esoknya umi & anak overtym la. Overtym tido LOL. mak ckp hari ni abah request nasi lemak dgn gulai ikan bilis je. Wow, interesting! so umi decide nak tambah sambal telor & sambal ikan bilis. Mujoq meletoppp! :)
mlm tu anak kena buli dgn umi, buat rambut pacak2. Malangnya rambut dh pacak anak plk kelek bear! Ohoiii anak macho plisss!
13/9 - hari ni jumaat. Rasa mcm nak cuti laaa haha. Surirumah pn kna ada cuti. Umi x masak hr ni, maktok je yg masak. Umi buat sayur je. Tp bila mlm, suami nk mkn nasi, tetiba rasa mcm nk masak jgk utk suami. Cepat2 ke dapur buat sambal ikan bilis & goreng telur. Mujoq jgk umi masak, sbb abi cuma mkn yg umi masak tu je. :)
Wednesday, September 11, 2013
BERCINTA DI MENARA ALOR SETAR~
ASSALAMUALAIKUM...
1/9 /13 - tarikh rasmi aku bersara dari RMS Architects. Hmmm nanti la cita psl tu. Blm ada kelapangan.
Ahad 1/9, aku still pegi opis. Setelkan apa yg ptt setel. Tghri, lunch kt mekdi. Lah belanja aku hewhewhew. Makan mcrib.sedap!!! ptg tu suami dtg loqstaq naik bas. Lps keja, join sani,lah & adik lepak kt gemilang. Buat kali terakhir. Konon.
Lps tu kami ke masjid zahir. Lps solat terus ke menara. Hujan lebat, sgt lebat! maka aku salin tudung dlm keta sesiap. Nasib laaa senget-benget. Mujoq kami sampai awal. Lif rosak, 1 je still function. Dpt la naik ke atas awl sket. Kt sana jumpa kwn aku msa kt smkplm, dy keja jaga kaunter hewhewhew. Rupa2nya dia kenal suami aku dan kwn2. Sbb dia dulu pn blajo kt kismec rupanya.
Sampai atas menara, terus makan. Btw,ini kenduri adik kwn suami aku,shapit. Mak shapit ni owner katering. Now mak dia dpt tender restoran kt ats menara tu. Sbb tu la blh buat kenduri grand mcm ni. Makanan jgn risau,mmg sedap gila. Aku add on laksa,pon sedap sgt2 sedap!!! memandangkn lif rosak, tetamu pn lambat la nk memenuhi menara. So blh la kami lepak lama sket kt ats tu. Yelaaa ingt senang ke nak naik ke sana free2 sambil makan2! Syok weyyy dating kt sana, romantik!
Gamak dh kenyang sgt baru turun bwh. Sembang2 dgn shapit & pak din jap pastu blk.b4 tu singgah opis aku dulu,ambek susu yg aku pam siang td. Masa tu dh pkl10mlm dh. Aku pam sekali je masa kt opis td. So after kenduri tu susu dh cekang sesangat. Sakit sampai kepala aku pon pening skali. Masuk keta je trs aku pam dlm keta! act kalo ikut hati nk je kami dating kt mana2. tp teringatkan si kecik kt umh tu mmg xsampai hati laaa nak berlama2. Kesian anak, tggl dr pg sampai mlm.
Odw blk,byk benda yg kami bualkan. Benda secret2 haha! dgn hjn lebat,drive pon slow ja.suami sambil drive sambil sembang,aku sambil pam sambil sembang.at last sampai ke sp dok pam lg,punya ralit sembang. Tp berbaloi,sbb dpt penuh botol besaq 9oz.elok sampai taman sri wang mak call kata anak xlarat duduk dah. Pkl11.30 sampai umah,anak tido.dok kejap je dia jaga pastu susukan sambil nk bg tido tp dia xnak tido. Nak main dgn umi abi dulu. Kami bertiga pon bonding tym la kejap b4 anak btl2 nak lena.
Xpe anak. Ni last umi tinggalkn awk. Mulai esok,awak manja la pepuas!







