CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 28, 2014

AL - FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM...

tadi...malam tadi. Kami takdak xtvt apa. Saja nak try lepak kat ruang tamu. Abi nak kunci gate sesiap, aku tak bagi. Aku cakap nanti la...rasa macam nak 'keluar' lagi, padahal takdak nak p mana pon.

Aku layan tv & anak, abi tgk movie kat laptop ja. Pastu abi dok ngusik2 anak sampai nanges. Umi dok pujuk2 anak ntah macamana terpegang hp abi.

Umi nampak ada 2 messages dari celcom. Biasanya kalo msg celcom memang automatik delete, tapi mujoq tertekan 'read' jugak. Ada misscall dari abah dalam pkl12.30 tadi.asa tu dah pukul1.15 pagi. Dalam anak dok nanges tu aku cakap kat abi "nak call abah balik boleh?"

selalu kalo dah lewat macam tu mmg aku tak return call dah. Tapi Allah gerakkan hati utk call. Sambil2 nak pujuk anak, sebab dia suka bunyi telefon. Tak jadi guna fon abi. Aku ambek hp aku dan call mak, sebab rasanya abah mesti dah tido. Mailbox jawab. Terpaksa call abah jugak. Bukak loudspeaker, automatik anak pon diam. Mak yg jawab.

Terus mak tanya "kata cik G meninggal betui ka???"

aku blur.

"Cik G mana?"

"cik G hampa la!"

"cik lorong kita ka?"

"iskkk cik G salam la! tadi haji badli (kawan abah) call habaq kata cik G takdak dah. Bangteh pon sampai dah tadi"

"takkan kot! kami tak tau apa pon. Salah org kot aih!"

"ishhh nak salah pasai pa pulak! dia pi tengok. Bangteh hat naik moto besaq tu pon ada tak kan salah lagi!"

"dia tau mana? Dia kenai tang mana? Org lain kot ni..."

"lailahailallah...awat pulak tak kenai! haji badli dok kot2 situ jugak.meninggal takdak sakit apa pon, sabit penat ja..."

bila dengar perkataan PENAT tu terus aku mengalah. Ya, aku terpaksa akui yg cik G memang ada asma. Sebab kami penah pi umah dia masa tu dia tak berapa sihat. Dia bagitau yg dia ada asma.

Aku suruh abi call sapa2 tanya kesahihan, dalam masa yg sama still on the phone dgn mak. Abi call mak dia. Ya, berita itu benar. Cik G meninggal pukul10 malam tadi. Baru aku hang up fon.

Terus airmata aku berjuraian.

Sungguh aku TERGAMAM. sangat tak sangka.

Terlalu pantas. macam tak percaya.

Abi decide nak pegi ziarah. Aku teringin sangat2 tapi tak elok bawak anak. Dah lewat sangat. Lalu abi hantaq aku dgn anak kat umah mak, abi pi sorang naik moto. Masa atas moto pon aku masih mengalirkan airmata.

Masih tak percaya.

MATI ITU PASTI

MATI ITU DEKAT

AL-FATIHAH

Wednesday, June 25, 2014

PENYERI HIDUP~

ASSALAMUALAIKUM...

MUHAMMAD UMAR FAIQ - bukan saja penyeri hidup umi abi, tapi dia penyeri bagi semua orang yg menyayangi dia.

Dari kecik lagi dia punya banyak akai yg boleh buat orang terhibur. Ada jaaa akai baru dia tunjuk saban waktu. Sampai semua orang suka dia. Jiran, saudara, kawan, semua suka 'mai' cari dia.

Dia saaaangat ramah! semua orang dia boleh join sbb tu orang pon suka dia. Macam2 telatah dia 'tunjuk' yang buat org 'geram' sesangat dgn dia.


Baru2 ni bila cuti sekolah start, kak ana & na balik kampung. Dan semua balik merbok jugak, kecuali kami sebab abi ot. Hari2 berkali2 na tanya bila umarfaiq nak balik merbok. Wuuu! bila kami sampai ja depan umah depa dah siap buka pintu pakat sua muka ramai2 sambut kedatangan kami. Meriah sangat bila semua berkumpul!

semua pakat berebut nak dukung umarfaiq. Pakat dok kerumun depan pintu. Tetiba dengar pintu dihempas, gedegum!!! rupa2nya uwais yg tutup pintu. Dia jeles sebab semua org bagi perhatian kat umar hahaha! mak long ana cakap "padan muka uwais sombong sangat". sebenarnya uwais jenis tak mau kat orang langsung. Org nak main dgn dia pon takmau, apatah lagi nak dukung. Dia mau dgn mama babah dia & pakngah ja. Kak ana & na bosan la, nak main dgn dia macamana.


Tapi umarfaiq pulak lain sesangat. Dgn semua org dia mau. Semua org dia ok. Ramah like umi letewww hekhekhek. Dia baru sampai pon dah byk 'perangai' dia tunjuk. Yang best bila berkumpul ni, biasanya akan ada ole2 utk dua hero tokwan ni, umar & uwais. Mak long ana belikan keta bouncing utk depa, makngah pakngah belikan sepasang baju yg sama, paknjang (abi) belikan baju jugak yg sama corak tapi lain kaler. Apa2 mesti beli dua utk depa. Best sangat! untunglaaa!

Bayangkan bila kami sampai malam tu, semua pakat berkumpul semata2 nak tgk gelagat umar & uwais. Padahal masing2 lapaq, tapi sanggup tak makan sbb dok layan karenah umar & uwais. Yang mencuri tumpuan umarfaiq la kan. Dulu kecik2 uwais suka 'buli' umar. Tapi sejak umarfaiq pandai 'jerit', memang uwais pulak takut kat dia.


Depa pakat dok perati gelagat cucu2 tokwan tu. Kelihatannya uwais lebih banyak 'berundur'. umar nak kawan dgn dia tapi dia lari. Kalo mama babah dia dukung umar, mau dia meraung sebab jeles. Bila pasang keta bouncing yg maklong ana bagi, uwais lari sbb takut. Sedangkan umar siap angkat keta tu nak belek mcmana keta tu boleh bouncing hahaha! uwais asyik menempek dkt mama babah dia ja, yg umar pulak pi merata langsung tak heran pon kat umi abi dia. Umar main dgn semua org, uwais duduk diam ja. Umar suka approach uwais tapi uwais 'lari'.


Banyak hari kami kat merbok maka banyak lah perangai sebenar umarfaiq yg depa dapat lihat. Uwais byk duduk diam ja, umarfaiq ni mcm besa la lagi ramai org lagi dia ligat. Semua org dok tgk karenah dia ja la. Dia LANGSUNG tak duduk diam! ada satu malam tu mcm biasa, pakat dok berhimpun tgk gelagat 2 hero. Tapi uwais duduk kat baba dia. Umar la dok buat show sorang2. Macam2 dia buat yg buat depa tergelak. Tapi bila dia buat ekspresi muka pelik2 dia yg pelbagai tu, semua tergelak besaq!!! selama ni depa dengaq ja umi cerita pasal muka pelik umar tu, kali ni depa dpt tgk sendiri. Pakcik kata dasyat umar ni, bukan satu muka ja dia buat, macam2 muka dia boleh buat. Makcik pulak suruh kami record aksi umar dan hantar ke world funniest record. Bahahaha! umarfaiq pulak bila semua org bagi perhatian kat dia lagi sakan laaaa dia tunjuk hero!


pastu umi bagitau yg dia jugak boleh buat muka sebek yg pelbagai. So pakcik pon usik dia, pura2 marah dia. Umar pon apa lagi, sebek la. Dia buat muka sebek pon lawak! Sebelum nak teriak tu dan lagi buat muka sebek mcm2 pastu baru teriak. Jenuh depa gelak kat dia. Tapi sekali dia teriak memang susah nak berhenti sbb dia sedih la kan dia tgh syok tetiba org marah dia. Umi taktau mcmana depa pujuk dia sbb umi lari pi mandi masa tu.


Kami balik dari ahad - selasa. Riuh dan meriah di merbok bila semua ada. Tapi hari selasa, semua pakat balik serentak, tinggal la mak ayah berdua wuuu. Kesian mak ayah. Bila ramai2 riuh tetiba semua balik serentak terus sunyi. Umi sempat bawak kak ana singgah umah kami sebelum balik kl. Umarfaiq pon mesti 'terasa' jugak kesannya. Dah biasa ramai yg layan dia tetiba kena dok berdua ja dgn umi.
Umi puas hati sgt sebab balik kali ni semua boleh tgk telatah umarfaiq. Byk hari depa spent tym dgn dia, main dgn dia. Sukaaa sgt bila depa terhibur dgn gelagat dia.

moga awak membesar menjadi insan yg disenangi. Jangan sakitkan hati orang. kalo kita tak dapat bagi sumbangan kat org sekalipon sekurang2 nya jadilah insan yg menyenangkan hati org.

setakat ni mmg takdak gambaq umar&uwais bersama, sbb uwais selalu larikan diri takmau kawan dgn umar hahaha! kecik2 takpa, besaq nanti kena kawan bebaik tau. jadi mcm abi dgn paklong zaidi!

Tuesday, June 24, 2014

TIPS MEMBELI BERUS CAT

ASSALAMUALAIKUM...

Ewah ewah mentang2 baru cat rumah, kemahennn nak bagi tips bagai. Padahal b4 ni tak penah kesah pon pasal benda alah ni. masa nak cat umah ritu, haruslah sediakan alatan lengkap kan. One of them is berus cat. Nak beli berus cat ni bukan sebarangan rupanya. Sbb abi cakap ada berus cat yg mengandungi DNA khinzir bahaha kau paham ke idokkk? Hal ini diperakui oleh shahir jugak. Dia pesan soh hati2 nak beli berus cat.



Lalu abi call ustaz aminuddin nak mintak pencerahan. Katanya takut la kan terkena berus bulu khinzir, tak pasal ja satu rumah jadi najis mughallazoh. Tapi ustaz cakap kalo kita taktau dimaafkan, tak perlu samak2 bagai tak perlu risau. Yela kita beli ja, bukan kita tau berus tu buat pakai apa. Bukan ada tulih kata ingredients pakai bulu babi kan? (cadbury pon sat ada babi sat takdak, inikan pulak berus cat. Who cares???)

so takpela kita pasrah aje. Tapi masa pi beli kalo tak silap abi tanya cina jual tu kot berus tu ada DNA kninzir ke tak. bahahaha jujur betoi! so cina tu pon haruslah xtau kan lalu dia bagi berus yang pakai NYLON. Dah nama nylon, bukan bulu so harap2 selamat la dari sebarang unsur babi. Tak kesahla berus ni lembut ke tak, asalkan konfiden sudah. Lagipon sedap elok ja aku ngecat. Brand san cora, tak mahal pon. So nak selamat, beli aja berus yang pakai NYLON.

Monday, June 23, 2014

SANAH HELWAH YONG~

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu dah celebrate bday pak long, hari ni bday yong plk. Bday dia 28/2/2014 tp celebrate sabtu 1 mac sbb paklong maklong ada. Mak buat mee kari.

Baru ingt nk mntk tlg umi beli kek, tgk2 mak long blk bwk kek dah. Kemahen call mak long cakap "maklong, kakak nak kek besaq...."



sekali maklong bwk mai kek kecik komplen pulak -.-


lps asaq pakat2 makan. Xdak jemput sapa pon, kami2 ja. Saja la habuan budak tu seronok. Lagipon complete family kami berkumpul, tu yg buat makan2.


Sedap sgt mi kari maktok. Umi makan x peduli anak dah. Mak long yg take over, sampai maklong x blh makan haha! paklong plk suap kek ke anak. Makan sakan anak umi ni. Semua benda dia x tolak grrrr!

Kejap je yong dh besaq. Dia anak menakan yg sulung. So masa kak fazren mengandungkan dia tu umi ni heksaited kemainnn! masa baby baru 5bln dlm perut umi dh start beli baju kt dia. Siap stress bagai sbb nak beli baju tp xtau baby boy ka gurl haha! mmg umi byk betoi beli baju kat dia.


Maktok pn apa kurangnya. Masa tu umi kat pahang, maktok siap msg kata dok berangan psl cucu 'boi ka gel'. jenuh umi pikiaq gel apa, rupanya 'girl' -.-

umi ingat lg detik2 kelahiran yong. Masa tu umi kat johor, tido umah paklong. Kami p jomheboh d melaka. Maktok kabo kak fazren dah masuk wad. Umi kejap2 msg tanya "dah beranak ke blm???". Nebesss sgt! sampai stress dan x senang duduk selagi x beranak haha.


Dan sbb yong la umi kerap blk sp. Setiap minggu blk kedah! jenuh tok wan supply duit tiket. Anak menakan sulung, gitu la. Dia nak apa semua umi layan. Ada masa umi bawak pi taman or makan kfc.
Dulu dia x suka kat umi. Dgr umi cakap fon terus lempaq fon abah dia kata. Geram iols! Tapi bila dah besaq dah pandai dia ok la. Siap sayang umarfaiq mcm adik sendiri, pandai kakyong!


kejap je dah besaq. Dah ada adik 2 org pulak tu. Moga jadi kakak yg baik. So dlm 4-4 cucu maktok, dia ajelah pompuan. Wahhh diva la kau! ada 3 adik laki wohoho!

Dah tu pulak dia ni salah satu makhluk pesen zaman sekarang, kaki SELFIE. mana dia belajaq xtaula. Setahu umi mama dia bkn kaki bgambaq. Abah dia apatah lagi. Umi pon bkn kaki selfie. Tetiba mai dia kemahennn! hari tu umi belek kamera, dia cakap "umi mai sat, kakak nak ambek gambaq kakak". 


haaahhh umi paham dah! sbb dlm kamera fon maktok & wan dah penuh gambaq dia selfie. Umi bg kamera pastu buat2 bz x tgk dia, saja nak tgk dia buat apa. Sabaq jelaaa, gaya kemainnn dgn silang kaki segala. Padahal yg nampak muka ja pon. Lps dia selfie, belek kamera jenuh tepuk dahi tgk pose dia. Tu kalo selfie. Kalo org lain yg pegang kamera pon sama. Tak payah mintak dia senyum ka posing, dia nampak org pegang kamera dia sendiri yg akan posing. Masalah betoi! bajet hottt


happy besday nur hanis farizza bt mhd hafidzul yg ke-5.

Wednesday, June 18, 2014

CERITA GAJI

ASSALAMUALAIKUM...

koranggg kalo dapat gaji apa perkara PERTAMA yg korang akan buat? Sesetengah org akan makan 'besar', bayar bil, bayar hutang, shopping, dan mcm2 la setahu aku.

Aku sebagai wanita, yes memang shopping la benda pertama yg aku akan buat! Dulu masa belum kawen, dapat je gaji terus serbu mall. Kadang2 kalo xde org nak temankan pon sanggup pegi shopping sorang2. Bila dah bertunang, mula berubah sikit. Shopping tetap shopping, tapi kali ni lebih kpd barang nak kawen la.

Bila dah kawen, xdan nak enjoy berlebih2an dah mengandung pulak. So bila dapat gaji ja terujaaa sgt beli brg baby!!! kiranya sejak mengandung lagi, perkara pertama yg aku akan buat bila dpt gaji adalah SERBU KEDAI BABY!


Bila dah dpt anak, rupa2nya keterujaan tu makin menjadi2. Sebelum gaji lagi dah belek2 gugel, cari apa yg nak kena beli bulan ni. Takdak benda nak beli pon, kena jugak cari bagi ada bahaha! Nak pulak aku baru 'berkenalan' dgn Apple Baby House, mmg lagi sakan la keterujaan tu. Dapat ja gaji hari tu, mesti terus msg abi kata balik lambat. Sbb nak terjah ABH dulu. Duduk situ mau berjam blh habes. Setiap kali pi mesti pusing sampai habes. Capai ja apa benda yg ada. Kdg2 xtau nak beli apa pon tetap pusing2 cari apa yg blh dibeli. Sampai tak sedar kdg dah malam masih dok terpacak kat kedai tu wuuu.


Kalo hari dpt gaji mmg lps isyak la baru sampai umah. Kesian anak umi balik lambat. Tapi xpe kan nak sbb umi bawak hadiah utk awak hekhekhek. Kdg tu 2-3 hari jugak la dok pi ABH tu, selagi gaji tak luak. Gitu perangai mak2. sejak ada anak ni mmg tak peduli langsung nak shopping brg umi. Sampai tak perasan kasut & handbag umi dah mcm belacan -_-

Gaji aku mmg takde guna utk bayar pape. Gaji aku mmg 100% utk kegunaan aku. Duit mengasuh anak pon abi yg bayaq. Siap bagi lagi duit belanja utk aku. Sbb tu masa nak berhenti keja dulu abi tak ragu2 sgt. Yela aku keja ke tak keja sama je, dia yg tanggung semuanya haha. Dan sbb tu la aku blh berhenti keja sesuka hati ja. Cumaaa yg aku perlu risaukan hal shopping la. No gaji no shopping.



Shopping utk aku tak perlu la nak risau sgt. Shopping utk si kacak junior tu ja la yg aku perlu risaukan. Risau bkn sbb apa, tapi sbb dah hilang nikmat membeli utk anak. Percayalah wey shopping brg anak ni 10x nikmat dari shopping brg sendiri tau!

Tapi syukur alhamdulillah. Even aku dah tak keja, setiap bulan masih boleh shopping brg anak. Abi pon mcm paham ja, bila dpt gaji ja mmg bawak umi pi manjaku. Dah duduk sp, nak shopping brg anak kat manjaku la best. Masih blh beli something utk anak. Cuma bezanya, xdela aku suka2 nak capai itu ini. Apa yg aku nak ambek aku akan tanya abi dulu ok ke tak. Dan aku pon beringat sama la, takdela nak boros sesuka hati. Kata isteri mithali kannn!

Terima kasih abi sebab masih meneruskan legasi umi sampai sekarang. Bahagia sgt setiap kali abi bagi shopping barang anak wahahaha!


Dan aku pon pantang ada duit ja mesti nak beli something utk anak. Selalunya beli baju la sbb dia dah makin membesar. Kadang duit belanja yg abi bagi utk aku pon aku guna utk beli baju anak. Pantang keluaq mesti nak beli utk dia, tambah2 kalo dating dgn dia. Suka sgt bg 'hadiah' kat dia sbb dia baik sgt. Gituuu kesanggupan seorang umi. Taktaulah kenapa mmg asyik rasa nak beli untuk anak ja, padahal diri sendiri pon rasa mcm ada keperluan tapi ketepikan dulu keperluan sendiri.

Anak, umi abi sayang awak bukanlah diukur melalui material. Kecik2 mungkin kami mampu manjakan awak dgn cara mcm ni. Nanti dah besaq lain pulak caranya. Cuma awak kena faham, kasih sayang bukan diukur dgn material. Gituuuuuuuu

Tuesday, June 17, 2014

1st ANNIVERSARY~

ASSALAMUALAIKUM...

1st anniversary - taktau la nape aku rasa nebesss sangat. Mcmana aku teruja nak lahirkan anak dulu mcm tu jugak aku teruja counting days utk 1st anniversary dulu. Hari2 masa drive pi keja balik keja otak dok pikir mcm2 pasal tu. Nak buat seprais itu ini nak celebrate itu ini. Kepala otak geliga & kreatif sgt mcm ni la, last2 satu pon tak menjadi hahaha!

Kebetulan hari tu kami sama2 ambek cuti sebab nak bawak anak check up utk 2 bulan. Alhamdulillah setahun perkahwinan sudah dikurniakan mujahid penyeri rumahtangga, hadiah paling besar buat kami. Terima kasih ya Allah kirimkan hadiah ini :)


pepagi bawak anak pi klinik dulu utk checkup. Balik tu terus pegi village mall utk lunch. Makan kat fevret place, the chicken rice shop bukan sekadar nasi ayam krok krok krok. Ni 2nd tym keluaq makan bertiga. 1st tym dulu makan ala kadar laju2 ja, kali ni nak menguji umi abi la tatatertib makan bila ada anak.


Tak ingat pulak kami ambek set apa, tapi semestinya ayam braised. Dalam set tu ada sup sayur + sayoq toge + tauhu. Umi abi dah la dedua kelaparan, nak makan tak sabo2 lalu letak anak atas kerusi panjang. Biasala selalu makan sama2, ni ada anak mana reti nak bergilir. Comel je anak baring situ sambil mata meliar merata. Sambil makan sambil agah anak. Org sekeliling usha semacam je kan. Dan mungkin org ingat aku bengong letak anak kat situ. Tak kesahla janji aku tau aku awasi anak aku.


Umi abi pulak makan bukan tau sekejap. Nak meratah la nak tambah nasi la, lama2 anak bosan dan nanges. Hahhh masa ni la baru nak bergilir. Umi dukung abi makan, umi makan abi dukung. Yang paling cute bila anak tertido atas abi. Aaaaa subhanallah comel sangat both my heroes ni! Anak manja yee dgn abi!


lepas makan tak ingat dah pegi mana. Maklumlahhh entry anniversary jadah tahun ni baru nak up, memang sah2 la lupaaa! adui laaaaa sesejak ada anak gitu laaa takdan nak update blog setegar dulu. Gituuuuu!


Malam plan untuk dinner pulak. Kabo ke abi nak pegi makan tempat jauh sikit. Lepas maghrib keluaq umah. Abi ikut je direction aku bagi. Alah naik heway senang lah. Kami ke de pohon kitchen. Alhamdulillah mujoq kedai bukak. Kalo tidak nanges aaa mai jejauh tgk kedai tutup!

kedai memang tiptop memang romantik habesss! makan dalam dangau atas pokok uols! eh takdela atas pokok, tapi tinggi la. Kena panjat tangga. Abi memang tak bagi dan suruh makan bawah ja, tapi aku ketegaq jugak. Mai jauh2 sebab nak mak makan atas pokok. Sekali lagi buat keja gila, usung anak panjat dangau hekhekhek!


Kami berdua order chicken gril dan ayaq apa ntah tak ingat. Kalo tak silap ayaq ambra. Sedap! masam2 maneh gitu. Sekali lagi kami prektis makan kat luaq bila bawak anak haha. Memandangkan kami duduk kat dangau ni ada la privacy sikit. senang aku nak menyusukan anak. Pastu dia lena pelan2 aku letak dia baring kat bawah.


Tapi tempat2 mcm ni haruslah banyak nyamuk kan. Mujoq la aku ada bawak lilin. Sebenarnya lilin ni aku bawak kengkonon nak pasang ala2 candle light dinner la kan. Bajet nak makan dalam suasana romantik. Tapi last2 malu nak buat hahaha! mujoq ada jugak guna lilin ni. Aku pasang habuan halau nyamuk la supaya anak aku blh tido nyenyak dan kami boleh makan dengan aman. See aku terlajak bijak kan? Bahahaha!




"sampaiiiii hati depa makan tak ajakkk saya!"

makanan tu sedap sangat atau sikit kot sampai kami berdua makan kejap ja habes. Pastu rasa tak puas. Abi cakap order la lagi, makan bagi kenyang bagi puas. Memula malu2 kucing last2 panggil waiter bawakkan menu. Belek punya belek kami order kids platter meal. Untuk umarfaiq kan kan kan? Waiter tu tanya 2x, macam tak percaya. Makan 2 org tapi makanan ada 3. Rilek la dik, takkan tak biaseee!
Anak tido kejap pastu terjaga. Eh ke kami yg makan lama?bahaha! Elok la kami pon dah nak balik masa tu. Mai jauh2 harus la makan banyak dan lama, baru berbaloiii kannn! 


Balik umah, setelah berhempas pulas tidokan anak yg sememangnya susah nak tido, aku buat akai mintak tolong abi pi dapoq kot. Kalo tak silap aku suruh dia bancuh ESP utk aku. Padahal aku nak lengahkan dia supaya keluaq bilik. Saja tunggu dia dah nak lena baru mintak yg bukan2 supaya dia rasa malas tapi terpaksa jugak buat hahaha!

masa abi keluaq aku pon cecepat kemaskan meja tepi katil dan letak hadiah & kad kat situ. Pastu pasang lilin. Perghhhh habeh romantik sgt la tu???


Pastu buat2 tido supaya bila abi masuk dia akan terkejut & terharu gituuuu! saja buat2 lena dan biarkan dia baca kad aku yg berjela2 tuuu. lepas tu abi kata apa ntah tal ingat wuuu. Baru bukak mata sebab malu dgn ayat2 cinta sendiri hekhek.

Tu jela yg sempat buat utk 1st anniversary. Maklumlah nak buat apa pon kena pikir situasi anak dulu. Kalo ikut aku nak pakat dgn org restoran tu. Nak bagi depa yg bawakkan hadiah tu. Tapi takde masa nak singgah2 nak plan utk itu. Pastu konon nak buat akai letak hadiah dlm bonet supaya masa tgh makan pura2 suruh abi ambek brg dlm bonet lalu dia pon terkejut melihat hadiah di situ. Tapi cancel sbb nanti aku tak dpt lihat reaksi dia pulak. Macam2 lah plan sebenarnya tapi satu pon xdan nak realisasikan bahahaha!


apa pon semua tu sampingan ja. Kebetulan ada rezeki dan ada masa, dapatla buat mcm kita nak. Padahal kalo ikutkan aku tak kesah pon pasal hadiah pasal sambutan. Yang penting kasih sayang antara kami makin kukuh dan sentiasa mekar, itu dah cukup. Sebab kasih sayang suami yang melimpah ruah adalah satu nikmat dunia yang terindah.


Baru satu tahun - banyak lagi halangan dan dugaan yang menanti kami di hadapan. Entah apa rencana Dia buat kami di masa akan datang. Moga kami saling menghargai masa yang dipinjamkan. Setiap hari yang dipinjamkan, moga kami dapat nikmati sebaik2nya.



Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

terima kasih kerana menjadi lelaki hebat buat kami. terima kasih atas kenangan kita bersama.

Sunday, June 15, 2014

MUF - SI KAKI PANJANG

ASSALAMUALAIKUM...

panjang - itu yg selalu org rumuskan ttg anak umi. Kurus & tinggi, pakej model gituuu bahaha!  Masa mula2 lahir pon memang dah nampak ciri 'panjang' dia tu, mmg dari kecik xde debab2 lemak berlebihan haha.



Hari dah cerita bab baju kan, macamana untungnya bila anak kurus. Baju new born pon masih muat sbb anak kurus. Tapiii berbeza dgn hal kasut & stokin. Sbb anak umi ni kaki dia kurus panjang. Dari baby2 lagi, booties dia byk yg tak muat. Pakai sekali-dua gitu ja. Sama jugak stokin. Bila beli, blh pakai 2-3x ja, pastu mula la tumit dok kat tapak kaki huuu.

~ bila abi lipat baju gini la jadinya. umi tgh berpantang masa ni ~
Sampai akhirnya umi malas dah nak beli stokin. Kalo beli yg saiz besar kang longgar plk. Bila longgar dia tak selesa mula la nk buang plk. Last umi beli stokin pon masa nak pi cameron ritu. Itupon pakai sekali tym kat cameron tu ja la, lps tu xblh pakai dah. Sbb tu sejak brapa bln ntah umi dah stop bagi dia pakai stokin. Pi jalan memana selamber ja bawak anak berkaki ayam. Mmg nampak krg kemas tapi kesah apa hahan lagipon cuaca panas kannn koserrr nak stokin bagai.


Kasut pon sama la jgk tapi umi x byk belikan dia kasut. Setakat ni cuma ada 5 pasang ja, setiap saiz ada sepasang ja. Tau dah pakai sat2 ja. Kalo dah stokin pon x pakai kasut apatah lagi la kan. P memana mmg kaki dogol ja. Waktu2 tertentu ja bagi pakai kasut, tu pon kalo rajin bahaha. Cuma bila dia dah blh jln ni ja baru konsisten nak bagi pakai kasut, itupon kasut sandal ja bkn kasut bertutup.

Disebabkan tinggi jugak, byk seluar anak yg cepat singkat sampai atas lutut. Baju besar elok dah, mai tang seluar singkat pulok. Lawak benor -.-

Saturday, June 14, 2014

JJJ - KEDAI MAKAN LEGEND

ASSALAMUALAIKUM...

Satu hari aku ternampak ada org post dlm group cari makan kat kedah pasal sebuah kedai kat singkir darat. Katanya murah. Menu simple2 ja, mee/bihun/koteow/maggi goreng & mee rebus. Perghhh. Aku kalo kedai2 kampung ni memang suka. Sama mcm mak. Kami mmg suka kedai2 kampung. Sbb 'rasa' dia lain sikit dari kedai2 kat pekan ni. Mcm kedai2 makan kat kampung aku, gitu la. Style depa lain.

satu hari masa kami kat merbok abi ajak aku ronda2, pekena cendol ke apa. Terus ajak abi pi cari kedai tu. Sebenarnya jauh jgk kedai tu dari merbok sbb kami naik moto ja. Tapi sbb nak puaskan hati isteri pi jugak la, padahal tengahari rembang masa tu. Even cuaca panas tapi naik moto sejukkk je sbb kena angin dan jalan kampung, byk pokok. Anak bukan main suka lagi naik moto jalan jauh2, slalu ronda dekat2 ja.

Act aku pon xtau kat mana lokasi kedai tu. Main hentam ja cari simpang. Mujoq betoi! mcm kami mai dari merbok, kena belok kanan kat simpang dpn masjid singkir darat tu. Pastu jalan sikit belok kanan lagi, dah nampak kedai. Taktau apa nama kedai sbb takdak signboard. Aku cam pon sbb tgk gambaq dlm group ja.


Kedai mmg legend betoi, ala2 zaman jepun gitu. Konon2 mcm shop lot la tapi style dulu2 punya. Kawasan pon sunyi ja. Mmg feeling kampung habesss hahaha! suasana dalam kedai pon ala2 bujang lapok gituhhh! Anak bukan main teruja tgk pakcik tu masak. Sampai ternganga mulut meleleh ayaqlioq dok perati pakcik tu.


Aku sebenarnya teringin nak makan mee rebus, tapi teringin jugak maggi goreng. At last order maggi goreng memandangkan ada anak susah sikit nak makan yg berkuah. Kami share ja sbb masing2 baru lepas makan nasi.


Memang sedap la maggi goreng dia, sedap cara kampung aaaaa sukanya! memula aku rasa sikit ja pastu bagi abi makan pulak. Sebab selalunya dia akan makan sikit ja selebihnya aku yang perabeh. Tapi aku tgk kemain sedap dia makan, tinggal aku ciputtt ja! saja la aku tak tegur sbb jarang sgt dia makan byk. Tapi kali ni dia punya dok feel makan sampai lajak.

Cer teka brapa rm??? Maggi goreng + teh ais + teh o ais cuma rm4.10 okayhhh! itupon dia ambek rm4 ja. Maggi goreng cuma rm2.30 tahu!!!!! memang best lah!


rupanya belakang kedai ni ada sungai. Lps makan kami saja pusing2 tgk sungai dan pemandangan kampung. Pastu tetiba hujan. Padanlah muka. Wakakaka!

Friday, June 13, 2014

JJJ - USOP MEE UDANG PULAU SAYAK

ASSALAMUALAIKUM...

mee udang pulau sayak, mmg femes amos la di utagha ni. Tapi malangnya aku tak penah pi pon. Mak rajin la pi, byk kali dah. Setiap kali pi sana mesti mak akan tapaukan utk aku.

Entahlah aku rasa biasa ja, takdak pon rasa nak pi sangat2. Tapi haney, jiran dpn umah aku tu haa dah bertahun teringin nak pi. Mak aku pon dah bertahun janji nak bawak dia, kak ila & aku pi tapi tak pi jugak. Dari kak ila tak masuk poli lagi sampai sekarang dah habes belajaq pon. Dari aku tak bertunang lagi sampai sekarang anak dah setahun wakakaka!



so baru2 ni haney mai sembang terkeluaq la cerita bab makan. Lalu haney pon tuntut janji dia. Mak pon kali ni janji sungguh2 nak bawak pi minggu tu jugak. So selasa 3/6/2014 pergilah kami ke sana. Pi sebijik keta ja sbb aku takmau bawak keta sendiri. Mak punya laaa nak bagi aku pi jugak, sanggup tak bagi najwa ikut dgn alasan najwa dah penah pi hahaha! mmg nampak kesungguhan mak.


Lepas maghrib baru kami pi sbb haney balik keja pukul 7. kalo pi ptg lagi feel la sbb boleh nikmati pemandangan pantai, boleh posing2 maut tepi pantai. Gituuuuh! but itsokeh kali ni kita pi makan jewww. Sebenarnya ada byk kedai mee udang kat pulau sayak ni, tapi yg pemes kedai usop ni la.
kami semua order mee udang biasa ja. Haney ja order yang special, lepas geram bertahun kempunan. Abah tgk haney ambek yg special dia pon tukaq jugak. Whatever lahhh!


yang biasa rm8 udang 3 ekor. Yg special rm11 udang 4@5 tak sure. Yg dabel tak pasti pulak brapa belas hengget, tapi yg pasti udang dabel la.


Bila dapat makan tu memang terus makan tak ingat apa dah. Anak pon join. Aku letak mee dalam pinggan kosong bagi kat dia, habes dia makan. Telur semua org kena bagi kat dia bahahaha! Yang paling taktahan si haney tu la, dapat ja mee udang special dia tu terus senyap. Makan tak panggung kepala langsung dah! Memang sedap rupanya. Cukup rasa. Manis udang tu memang terserlah. Nikmat betoi kopek2 udang besaq tu perghhh!


menu yg ada kat sini mee/koteow/bihun udang & nasi goreng udang sahaja. Kalo nak mee goreng udang atau tomyam dan masakan panas yg lain kena pi cawangan usop yg satu lagi, area2 situ jugak. Kat sini jugak boleh pilih udang dan bagi depa masak. Subhanallah besaq betoiii udang2 dia!!! lebih besaq dari tapak tangan aku pon ada. Sekilo rm70 sahaja siap masak. Perghhhhh!!!


HAPPY BIRTHDAY LAN!

ASSALAMUALAIKUM...

4 Jun - birthday lan. nak ingat senang je, tgk plat keta dia. KC* 4688 = 4/6/1988  Gituuu taktik lan nak bg org hafal bday dia. coihhh sgt :p

selasa minggu lps pi makan mee udang. blk tu dlm pkl11.30 tgk abi tido nyenyak. nasi pon x makan. dia terlelap. anak sungguh2 kejut abi tapi abi x jaga, nanges teruk dia. bila umi kejut abi sampai bangun, kemain suka dia dpt main dgn abi. gelak pon bunyi mcm berlagak jee. so masa umi mandi dan solat abi main dgn dia. sebenarnya anak demam. sbb tu dia asyik merengek je, x sedap badan. umi tampal cool fever dan jelum2. dek kerana lenguh sbb anak xnak lepas susu, umi surrender lalu letak dlm buai. mlm tu kami sekeluarga tido di bilik tetamu. anak tido x nyenyak, dok meracau. badan panas.

sampai esoknya masih macam tu. umi mmg ngantuk tapi gagahkan jua la kan. usaha jgk bagi mandi supaya dia segar. mujoq dia mau jgk makan bila bagi biskut dia. memula mmg umi pulun nak masak. tapi bila umi gerak je dia nanges, umi surrender la. start keta balik umah tok. mujoq  berdakap la dgn anak kat sana. plan nak p kenduri umah naqiah pon tpaksa dibatalkan. rasa bersalah sgt wuuu -.-




bangun tido ptg tu anak mcm dah ok sikit. dah blh main blh gelak2, tapi badan still panas sikit2. dan abi balik awal yeayyy! abi kabo nak keluaq mlm ni, dabel yeayyy! lps solat maghrib di umah mak kami blk umah kami kejap utk tukar baju. anak pulak yayak. dushhh! pkl8.30 baru keluaq umah. memula singgah sp farmasi utk beli vitamin anak. pastu singgah hasani. saja2 abi nak cari bahan bacaan ilmiah katanya. mmg xde target nak beli buku apa, sekali masuk mula laaa nak rambang mata. umi pau novel pon abi layan jeee xde niat pon nak bepi novel tapi bila terpandang rak buku fixi mula la terbeli. vavava

then ke tesco sbb nak beli harum malam. jus perawan dah habes so try yg ni pulak. then terus ke umah lan. dia dah pindah umah sewa nun kat bandar mutiara. dgn malam dgn hujan lebat, sampai kami sesat! grrr! rumah cantik2 tapi sunyi kawasan tu. blh ja nak tunggu kat kedai makan terus, takdela kami susah2 nak patah balik. tapi sbb nak tgk umah dia, dan sbb bday dia, gagah mai jgk la.


abi nak belanja lan sempena bday dia rupanya. gitulah org laki. xde nak wish2 bagai. tapi tetap ingat dan bagi hadiah cara lelaki bahaha! decide nak pegi big mouth. perjalanan sungguh mengerikan. hujan lebat amat, jalan gelap. takut betoi. mujoq kami sempat sampai. lps kami sampai terus depa gantung signboard 'close'. kiranya kami la pelanggan terakhir malam tu.

anak kemainnn lagi mcm biasa beramah mesra dgn pekerja kat situ. depa pulak melayan, lagi la sakan dia tunjuk mimik2 muka dia yg pelbagai tu. hegeh betoi! pkl11.30 baru kami gerak balik.

act mcm x best jgk tym hujan ni keluaq umah. sbb aku sgt suka hujan. tym hujan lebat kalo tido buka kipas dan selimut, perghhh nikmat! tapi berbaloi la sbb pi merata hahaha. kekenyangan sungguh!
happy besday lan. moga cepat ketemu jodoh


Thursday, June 12, 2014

MUF - ABC

ASSALAMUALAIKUM...

Isnin lepas, masa umi tgh masak sambil2 tu umi main la dgn dia. Pastu umi nyanyi A-B-C dgn 'pitching yg betul' kat dia. dia dgr umi nyanyi terus dia tunjuk2 kat playpen dia. Umi pon angkat la dia masuk dalam playpen tu. Rupa2nya dia cari buku ABC dia. Bila dah dapat terus dia hulurkan kat umi.

Ohhh anak awak dah faham rupanya! tak sangka anak umi dah pandai! B4 ni umi dok nyanyi lagu ABC kat dia dgn pelbagai gaya. Sampaikan kalo dia tgh nanges pon blh gelak kalo umi nyanyi lagu ABC. umi nyanyi dgn gaya dan lagu sambil tunjuk buku tu, kemain sukaaa la dia. Sampai kadang tu umi rasa klakorrr dgn diri sendiri bahaha! anak punya pasal memang semua mak sanggup buat apa saja hoho



Rupa2nya anak bukam takat suka tgk umi menyanyi & menari, tapi dia faham rupanya. Tak sia2 umi tunjuk bakat kat awak ye anak. Moga Allah terangi hati awak dgn ilmu. Moga dimudahkan urusan awak dalam menuntut ilmu. Umi sentiasa doakan, itu je senjata umi.

I love u, anak!

Friday, June 6, 2014

BABY HIGH CHAIR~

ASSALAMUALAIKUM...

pasal high chair, tak penah terpikir nak beli sbb aku ingat benda ni mahal. penah tgk dkt manjaku sampai ratusss so mmg reject. kerusi je pon, sampai beratus. baik beli sofa. wakakaka gituuu bila umi urus kewangan.

ntah mcmana tetiba blh timbul isu psl kerusi ni, x ingat. kalo x silap masa kami makan kt springs leaf. anak guna high chair kt sana. abi cakap abi suka kerusi ni sbb kukuh, kaki dia stabil sbb lebar kt bawah. (sila semak buku fizik bab graviti utk kefahaman lanjut naaa hahaha). aku rasa high chair kt springs leaf tu sama mcm ikea. aku ingat ada anak member aku pakai, eira namanya. blk check kat website IKEA. omaiiiii high chair tu cuma rm40 je??? kalo nak tray tambah rm10 lg. omaiii begitu murah??? terusss wasap eira mintak gambaq high chair anak dia, afif luqman. sbb nak make sure yg high chair ikea sama mcm yg kat springs leaf tu. nk kompom kan btl ke kukuh.



bila eira send gambaq mmg nampak sama sebijik. kaki lebar kat bawah. terus umi teruja. mintak tlg eira belikan. bagitau kat abi psl ni, abi ok je. abi ckp baik mintak tlg kak ana beli je. see abi lg teruja? bila msg kak ana, rupanya ofis kak ana belakang ikea jeee! alahaiii terusss teruja nak gila. maafla bab brg anak ni mmg mak-mak over lebih. lalu masa raya cina ritu kak ana blk kedah bersama our baby high chair. aaaaa best!

yg ikea punya ni mmg stabil, besi kukuh. plastik pon tebal elok. mmg puas hati. dan yg lebih bahagia sebenarnya kak ana belanja kerusi tu. alhamdulillah rezeki anak! aku ada jgk research psl baby high chair ni. aku tgk kat giant/tesco harga rm80 tapi ada pilihan kaler merah, biru & hijau. mmg la teruja tapi mahal. dan aku ada baca review kata kualiti x brapa bagus. itu yg x berani ambek risiko. lagipon lbh baik kita pilih yg murah dan dah mmg yakin berbaloi.


anak mcm biasa, dia sgt 'mudah'. dia jenis ok jeee bg apa pon. mcm high chair ni, dia ok je duduk dlm tu. xde pon nak mengamuk nak turun ke apa. dia teruja lagi ada la! jadi mmg berbaloi la mak long ana belanja dia kan? kdg kami angkut high chair ni kat luar rumah. hahh poyo je kan? kesah apa. mmg ptg2 aku suka bagi dia makan kat luar. biar dia tgk bebudak main, ambek angin sambil makan. berkesan, sbb bila makan kat luar dia lagi berselera. cuma sebelum ni umi letak dlm stroller, kali ni angkut high chair tu haaa! sekarang kat umah kami high chair tu mmg letak kat meja dapur. bila makan, makan bertiga. dulu masa bukak posa kami letak dia dlm stroller, lps ni x sabar nak letak dlm kerusi dia dan bukak posa sama2 :)


bercakap pasal high chair ni, nak bebel sikit la kan. bila pegi kedai makan biasanya mmg ada disediakan kerusi baby, tapi jumlah terhad la kan. kalo bernasib baik, dapatla. tapi yg tak bestnya bila ada parents yg ambek kerusi baby, tapi anak depa tak mau duduk pon. kan ke kesian kat org lain yg nak guna? kalo tau anak takmo guna, apa salahnya pi letak balik supaya org lain blh ambek. penah jgk aku jumpa satu parents ni, ambek high chair utk anak depa. tapi lama2 anak depa ngantuk, si ibu pon riba la anak tu sampai tido. kebetulan aku mmg dah lama tunggu high chair ni yg kebetulan habis sbb semua customer guna. aku pon approach depa dan tnya nak pakai lg ke x, kalo xmo pakai dah aku nak guna. baru depa bagi. bukan apa, kdg2 parents tak alert benda mcm ni. dan mungkin kadang aku sendiri lupa. kena bear in mind, kalo yakin anak dah xnak duduk dlm tu, baik kita letak semula. bagi can pada mereka yg memerlukan. 


ada jugak kes kat satu kedai ni, ambek kerusi baby tapi anak dok atas riba. aku perati je depa, tgk xde pulak baby yg kecik. terus aku pi kat depa dan cakap nak ambek kerusi tu. akak tu pon muka ketat je. hello jgn penting diri boleh tak? anak kalo dah besaq gedabak tak payah nak kerusi baby sgt lah! kerusi baby utk baby je. benda ni mmg kecik ja tapi kita kena ada kesedaran jugak. bila dah terbiasa tu yg tak sedar2

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...