CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 21, 2013

3 pagi~

ASSALAMUALAIKUM...


jam dh menunjukkan pkl 3am tp aku msh blm tido. 
Pg td bertolak dr merbok. Hr ni suami keja, jd aku la yg tpaksa melepaskn suami p keja dlu. Waaa rasa mcm nk peluk xmau lps! :(

odw p kja, singgah bli nasi kt singkir. Sampai opis 9.05pg. Tp xmkn pn nsi tu, at last perut masuk angin. Saket sgt. Dah tu kaknot plk ajak mkn nasi arab lunch nt, so 3/4 dr nasi tu bg ke abg is. Aku cuma ambk ns sket & meratah teloq kuning saja. 

Tghri kluaq lwt sket. Nk try nsi arab kt tesko mergong, ttp. So p kat abu amir, shahab. Pastu trs ke jln putra, ada kja sket. Blk opis dh pkl3.30pm.

Ikt ht nk blk merbok, tp badan rsa penat sgt! sbb tym lunch td x tido kan...so blk kja trus tidoq. Then bangun solat,mandi & mkn megi cup je. Sbb msh terasa kenyang mkn nasi arab. Pastu on9 sambil tgk movie, sambil chatting dgn suami. Pastu hapdet entry sambil abeskn kek karamel yg kak shida bg,pastu minum susu. Molek sgt pdhal dh pkl 12.30 dh.

And now msh x tido2 lg. Mmg cri nahas la!


***pg td masa nk p kja sempat puji diri sendiri yg masih mampu pakai t-shirt tanpa menampakkan perut. Skali lps mkn nasi arab tu, perut cekang kemain. Bulat semacam jek. Nampak la mcm ada tembikai dlm baju ;p


Published with Blogger-droid v2.0.6

EVOLUSI SEORANG AKU~

ASSALAMUALAIKUM...

Perghhh tajuk, mcm buku sejarah dunia pulak! padahal nak crita ttg aku dan penimbang, wahahaha! idea ini tercetus setelah ramai yg hairan dan kagum dgn aku sejak mengandung ni. org lain mengandung berat naik, tp aku mengandung makin ramping. gitewww ayat aku menambah hahaha!

ok seingat aku, masa aku darjah 6, berat aku 36kg. kalo x silap la. mmg normal, kiut miut selayaknya seorang kanak2 la kan. lps tu form 1 masuk asrama, nahhh terkena kejutan budaya. budaya apa? budaya makan! yela mkn kat asrama kan ikut tym gitew, sehari sampai 5x. berat aku naik sampai 45kg kot kalo x silap. dgn tinggi aku yg x seberapa masa tu, aku kelihatan sgt menakutkan! sampai mak aku pesan suruh jg badan. tp dh nama pn budak2 kan, mcm inesen ja, "apa itu penjagaan badan???"

masuk form 3, aku mula kuruih blk. aku x pasti kenapa, tp aku syak ni sbb aku terlalu kuat study. nahhhh kau bajet gud2 je kan study sampai kurus. tp itulah hakikatnya, masa form 3 aku makin kurus, spt sediakala. ok dah kembali jelita. masa form 4&5 aku x ingt sgt, tp yg pasti berat aku xde perubahan sgt la, menten je selayaknya seorang remaja. cuma pernah suatu hari masa tu ribut, aku tgh berjalan kt koridor. akibat angin yg terlalu kuat, aku sampai xdpt nak imbang badan dan hampir2 terbalik. haaa kurus x?kurus x??? =p
lps spm pon sama, sampai la aku masuk politeknik....

~ sem 1 : 2006 ~
kalo dulu kan...ramai kawan2 ckp aku ni terlalu kurus. sampai ada yg panggil aku bini popai. sobbbsss. xkan aku seburuk itu? aku rasa aku ada la jgk potongan2 tertentu. giteww~ tp masa tu berat badan bukanlah satu isu. maklumlah baru nak melangkah ke alam politeknik, masih kanak2 lg. x kesah pon psl berat badan semua ni. yela selama ni pon aku ni bknlah yg jenis jaga makan sgt. pesen makan mmg bedal je tp berat x naik, so x kesah sgt la kan. berat susah nak naik tym study sbb cos kmi ni advance sket. kna stay up sampai pg, mkn tak terurus, panjat tangga sana sini, mmg bz la!

~ sem 2 : 2007 ~
berat aku masa mula2 masuk poly dulu dlm lingkungan 40-42kg gitu je. sila percaya!!! lps tu masa lps praktikal naik la dlm 45-47kg mcm tu. masa ni dah mula curious. haishhh rasa mcm gemok ja, tp ttp x amalkan pantang dlm makan. risau2 gitu ja. hahaha! tapi... masa sem last, berat aku dah mula cecah 48-50kg. hahhh punca? sbb aku dok umah sewa yg complete dgn dapur, makan aku rajin masak sendiri. jadinya sentiasa mkn dgn berselera. lps tu bila buat keja sampai pg, wajib la ada stok makanan kan. makanan pulak bkn spesis2 biskut, roti, atau kekacang. tp makanan penahan mengantuk aku adalah jns2 nugget, ayam grg ayamas, daging beger, sosej dan sewaktu dgnnya!

~ sem 5 : 2008 ~
dah la last sem mula membesar secara perlahan2, abes study plk keja makan-tido je. badan plk dah x byk bergerak, x aktif mcm masa study dulu. maka berat pon mula la nak pam2. kalo x silap dah mula naik ke 53kg masa thn 2010. tp masa dok kl turun 2kg, jd 51kg sbb kat kl kan hari2 aku jln kaki p lrt, nek bas, jln plk sket ke opis. 3bln turun 2kg je jadi la kannn. lps tu blk stay sp semula, mmg harom la nk kurus kan!

~ sem 6 : 2009 ~
hari2 mak masak sedap. keja skali dgn bf, tym lunch mesti la lalu makan sesangat kannnnnnn. itu x termasuk gedik nak brekpes sesama lg tu. bkn lapaq sgt pon tp sja gedik. tgh mlm kdg2 lapaq beger bf mai hantaq. dan hasilnya..... x payah aku ckp la kan...

masa ni mmg seteress. setiap kali aku uplod gambaq, mmg komen2 smua sama ja, kagum sgt2 la konon mcmna aku blh gemok. keji sgt kan! kalo terjumpa member2 lama lagi laaaaaaa tadah telinga jela. bila jmpa adik bradik pon sama, ada yg sampai x kenal aku! sobbbsss~
masa ni mmg stress. rasa meluat sgt!

~ konvo : 2010 ~
sampai la 2012, mmg berat x penah kenal erti menurun. dah bertunang, nak kawen pon berat tak turun2 jgk. sampai aku fed up. yela dah keja makan pon mesti la sedap2, pastu keja duduk ja dlm aircond ngadap komputer, mana nak kurusnya??? at last aku redha jela... bertunang dgn pipi mcm kuih pau. nikah badan mcm belon. tp xpa amir tetap syg kan??? =p
suami masih simpan gambaq pasport yg aku ambek bbrpa minggu sblm nikah. mak aihhh, aku x sanggup nak tgk! tp suami tergamak simpan dlm wallet. aku suruh bakaq, dia xmau. nak tunjuk kat anak2 katanya. wuuuuuuu sampai hati!!! masa sblm kawen aku dok timbang berat dh mula mencecah 55-57kg. pastu lama2 jadi 60kg!!!

tp skrg, sekali lg org yg lama x jumpa aku, akan kagum bila jumpa aku semula...sbbnya, aku dah kuruih sket dr sebelum kawen dulu. lps kawen, berat 60kg++, lps mengandung turun almost 10kg jgk la :)
kagum la sgt kannnnnn????
harap sgt bila breastfeed nti berat akan makin turun. pastu sibuk urus suami, anak dan keja, akan membuatkan aku makin kuuuuuuuuurus! gitewww impian buat masa skrg!

***gambaq tym 2011 & 2012 x perlu la kan....muahahaha!




Monday, February 18, 2013

PETUA SUAMI - ISTERI

ASSALAMUALAIKUM...


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

***suami saya mesti faham part yg BOLD tu kannnnnnnn =p

Sunday, February 17, 2013

PERUT CEKANG~

ASSALAMUALAIKUM...

khamis lps, dekat2 asar gitu
atau lbh tepat, lps makan nasi grg
tetiba perut aku mengeras
mengeras sgt-sgt-sgt
sampai tahap aku x blh duduk
sbb x selesa sgt dan sakit
mmg x blh nk buat keja
perut mengeras, dan rasa berat
gitewww~

terus masuk surau opis, snap gambaq
perlu ke tunjuk?
hehehehe x payah lg kot, nanti2 la
tp ada la sent gambaq kat pondan2 terpilih tu

sorang ckp "sayu pulak aku tgk perut ju"
sorang lg "lapaq pulak bila tgk perut ju"
dan sorang lagi...hmmm
"hampa x tgk perut aku lg...sebak terus kot"


8 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...


hari ni genap 8 bulan kami menikah
kelmarin genap 32weeks usia si kecil kami
32weeks = 8 bln jugak :)
(sapa yg keliru mohon rujuk pakar cara nak kira usia kehamilan)
x kesahla...yg penting kami bahagia
sekejap je masa berlalu
x lama lg baby lahir
mmg mcm x percaya!
skrg ni hati berdebar2 je
risau sgt pk tarikh bersalin dh dekat
mcm2 yg aku pk
mcm2 yg aku risaukan
hmmmmmmm....

semoga Allah melindungi kami sekeluarga
semoga Allah mempermudahkn urusan kami
semoga Allah terus memelihara kami

Thursday, February 14, 2013

SUAMI DAN BOLA~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam almost 12am baru suami pulang, wuuuu lapaq tau! bajet cinderella sgt suami i ni kannnn~ sblm tu mmg dh bajet nk denda suami sbb blk lewat, denda buatkan milo ais. tp belum sempat buka mulut suami dah offer, "nak milo ais x?" hohoho mestilah nak, tp x jd denda la kan sbb suami sendiri yg offer. tgh2 mlm turun mkn kat dapur. betapa lahapnya aku pekena burger daging cheese, sampai tak tunggu suami dh. aku mkn sementara suami bancuh milo. gitewww mithalinya! elok suami sdh bancuh milo aku pon siap mkn hahaha!

lps tu teman suami makan nasi pulak. sambil tu sembang2 merapu mcm besa. act aku x kesah pon kalo suami tido umah zaidi smalam, sbb aku blk pon nak rest ja. kalo kesah pon sikit ja. baby yg kisah kot. hihihi~ tp mujoq la suami aku bijak kan, cancel dgn zaidi dan blk utm teman umi & baby katanya. baby cepat tendang tanda suka! muahahaha! aku ingatkn suami nk tido umah zaidi tu sbb mmg depa dh besa kalo zaidi blk mesti spent tym sesama. rupanya smalam ada agenda lg besaq. depa nak pi tgk bola katanya. hahhh bola jadahnya pulak kan. suami kata smalam ada perlawanan penting, umpama mcm malaysia vs indon contohnya. coihhh penting la sgt!

perlu ka aku rasa bersalah? sbb b4 ni kalo suami nak keluaq tgk bola aku bg je, x kesah pon. tp smalam aku xtau ttg game tu, huhuhu. at last aku rasa aku x perlu pon rasa bersalah. sbb bola dgn aku, sapa lg penting??? kihkihkihkih~ act aku agk terkejut bila tau suami aku ni minat jgk bola luaq negara ni. sbb aku ni just minat bola dlm mesia ja, hat luaq mmg aku x minat LANGSUNG! yg aku tau dia minat bola pon bila suatu hari dy 'mintak izin' nk tgk bola kat mamak dgn siblings. heran aku, sjk bila dy minat bola luaq ni. katanya dy mmg minat laaaa. coihhh aku ja yg taktau. dan mmg takmo ambek tau pon. suami ada bgtau team fevret dy, tp aku langsung tak ingt. haaa tu mmg tanda xmo ambek tau sgt laaa tu hahaha.

bila kita x ambek tau senang la sket. xdela nak rasa bersalah sgt bila kita tau ada game. buat2 tak paham suami nk tgk bola, buat2 mcm xtau pape kan. suami pon mesti la rasa serba salah nak keluaq umah kan. hahaha. tp aku mmg x kesah sgt pon suami nk keluaq lewat pg utk tgk bola. aku bkn jns mengongkong. cuma kna tgk kdaan jgk la kan. kalo aku sihat walafiat xde pape pegi jela. tp kalo dr awal si isteri dh x sedap badan, xkan suami  nk keluaq jgk kan. mmg cari gaduh tu namanya. hohoho~

Wednesday, February 13, 2013

LEMAU~

ASSALAMUALAIKUM...

pagi td, dh siap2 semua nak pi keja
tetiba rasa nak muntah
mcm bea, tahan sb x mo muntah
'saket' laa muntah2 ni
suami ckp kalo nk muntah, muntah je
jgn tahan2 #sambilurutbelakangisteri
akhirnya aku termuntah jgk
muntah yg kuning mcm awal2 pregnant dulu
sikit ja, tp seluruh urat perut rasa berpusing
(muntah dlm besen yg mmg suami dh spare dlm bilik)

lps muntah terus turun bawah bersihkan mulut
salam2 mak, kakcik & uwais then pi keja
sampai opis, mmg x sedap badan sgt2
perut x selesa, kepala x selesa, badan lemau
dh la bby pon krg menendang pg ni
slalu subuh2 dh menendang
mmg risau!
sblm pi keja suami dh keluarkan arahan
kalo bby x bergerak jgk cpt2 pegi klinik!

kat opis, aku tido je
mmg x larat sgt2
then mkn nasi lemak sket, sambung tido
around 11am, alhamdulillah bby kembali aktif
sangat aktif!
so aku pon decide takkan ke klinik
tym rht tido kemain nyenyak
12.45 dh start tido muahahahaha
pkl3.30 mintak tlg bdk praktikal belikan mi grg & horlicks ais
lapaq hoiii hahahaha!
lps tu baru la bl bt krja dgn aman

mmg dr awl dok terasa nk blk merbok
tp memandangkn badan letih & perlukn rehat, mcm cancel la kan
tp dkt nk blk kja bru dpt tau naqiah x blk umh mlm ni
kak nurul plk, aku bru teringat dy cuti kawen
so mestila kena blk jgk!
nk blk merbok, tp suami soh blk sp sbb dy nk tido umah zaidi
tapi....hati aku memberontak nk blk merbok jgk!
biaqla suami xdak umh pon, nk blk merbok jgk!

so here i am
7.30 baru smpai merbok td sbb blk lambat
then suami ckp dy cancel tido umh zaidi
sbb nak blk tido dgn baby
wuuuu huhuhu
now tgh tggu berger daging cheese dr suami
lapaqnyaaaaaaaaa
sumpah sgt lapaq!
how dare suami blk lambat
sobbbbbbbbbssss

***mekasih abi sbb basuhkn muntah umi. kalut nk p keja sampai lupa pasal muntah. kehkehkeh

Wednesday, February 6, 2013

NEWBORN~

ASSALAMUALAIKUM...

syukur alhamdulillah...
akhirnya kakcik dah selamat melahirkan anak
baby boy ok! *pitam mak njang mcm ni* hahaha
kemarin elok je sampai umah suami call gitau kakcik dh bersalin
rasa mcm x percaya sgt! cepatnya!

act mmg aku dok berharap kakcik bersalin kemarin
sbb kemarin aku half day
blh la terus pi sepital
eksaited tau nak dpt baby!
tuptuptup dh dkt maghrib baru dpt tau kakcik bersalin
sobbss...mak pon x sempat tgk lg kemarin
sbb kakcik bersalin ptg
bkn rezeki mak njang la mcm tu
uwaaaaaaaaaaa xsabaq nk tunggu esok!
nak tgk baby!


pg td hazuan uplod gambaq baby
putehhhhhhhh comeyyyyyyyy
ohhh x sabaq mak njang nk belek!
tp now bby & kak cik x blk umah lg :(
kak cik tambah darah, bby pulak kuning...hmmm
maknjang  doakan yg terbaik utk semua
hope esok mak njang dpt peluk baby!

***abi ckp nak soh baby panggil mak njang 'umi chik'. werkkkkkkkk xmau! =p


Monday, February 4, 2013

WEEKEND : MINGU 25 - PACKED!

ASSALAMUALAIKUM...

KHAMIS :  3.1.13 - pagi beli nasi kandaq kt pknk. rasa mcm tringin nasi kandaq tu yg pg2 dh terjah situ. sbb nasi kandaq kt sini melayu, bkn mamak. ptg, blk merbok. suami sampai lewat sket. so nak hilangkn letih, sembang2 dulu dgn mak. kemain mak cita pengalaman mak masa bersalin kt semua anak2 mak. sukaaaaaa!!!! lps solat semua dok dapoq, teman mak masak.mak metua masak, aku dok bertwitter. gitewww mithalinya! lawak la mak ni. x bg aku basuh pinggan. siap berebut2 lg kt sinki. at last aku mengalah. lps isyak, layan big momma house. dh penah tgk dh cita ni, tp saja nk feeling2 tgk dgn suami plk. kebetulan bangteh xdak mlm ni, maka bahagialah aku berbaring dpn tv tu! lps tu, belek baju2 baby dgn abi. ya ampun, seronok tgk suami teruja tgk baju baby, sampai peluk cium baju tu. mak pon geram tgk baju2 baby, sbb aku beli mmg yg kecik2 comey ja, newborn pnya la katakan! :)

JUMAAT : 4.1.13 - semangat nak pi zon ria membuak2, nak beli baju baby lg. lagipon kebetulan abah nk pi umah abang tukaq moto. so pi skali la kan. tp last minit, dh nak bertolak abah x sihat. abah suruh kami je pegi. risau jgk nk tinggal abah, tp dah kmi semua dh bersiap, kna la pi jgk. dan tkar plan, biaq suami je yg ambek moto kt umah abg tu. so sblm pi umah abg, singgah zon ria kt tepi jln tu. xtaula apa nama tmpt tu, kepala batas kot. yg dpn kfc tewww. borong sakan lg baju baby! hahaha. yg bestnya, aku yg nak shopping tp mak yg beli byk. over tau! then terus ke umah kak long. just singgah solat, makan2 sket. abg & kak long dh standby nk dinner sesama, tp dh abah sakit, kmi x brani ddk lama. elok suami sampai, tukaq moto, then kami pon blk.

SABTU : 5.1.13 - hari ni jadual pack. mak abah blk kampung, nek moto gitewww, romantik kan? coihhhh hahaha~ dan kami, pepagi buta kna pi klinik utk ambek bsp test. lps tu singgah gerai roti canai terhebat sri wang tu. ohhh nikmat sgt tau dpt brekpes dgn suami mcm tu. lama kami lepak situ, kemain lg melepak ala kedai kopi. blk dh almost pkl10, apa pon xdan buat. kemas2 umah sket, then bersiap plak pi ambek bsp test lg. lps tu terus ke kedai keta di taman ria utk servis anak ikan kesayangan teww. then lan dtg ambek kmi kt kedai keta, pegi village mall. sbb ibu mengandung nak makan the chicken rice shop gitewww.


kali ni try menu baru la konon, ayam butter apa jadah ntah. sedap la jgk. ambek yg set, nahhh jenuh nak habeskn. kalo dulu aku la tukang habeskn makanan. tp bila preggy ni mkn takat alas perut ja. ohhh bazir!


lps tu ke amanjayamall, tgk wayang. aku la tringin sgt nk tgk cita jackie chan tu. puas pujuk suami "nak tgk cita tu jgk...nti dh ada anak xleh tgk wayang dah...sobbbssss...." gitewww ayat maut nk pujuk suami. lps tgk wyg, teman lan pi belek galaxy note. lps tu singgah tesco, beli brg sket.


 pastu kelam-kabut ke klinik plk utk bsp test lg. pastu bgegas blk umh aku utk solat dan ambek tapai yg mak dah siapkan. pastu bgegas ke tmn ria plk utk ambek anak ikan. then hantaq keta lan dan blk merbok. sampai sana, bihun smua dh siap dgn ayaq. so senang. oh ya, suami aku buat knduri kt surau sebenarnya. sbb tu kami kelam kabut. lps kuliah, edar makanan, terus blk sp plk utk bsp test lg. lps tu baru la suami drop aku kt sri wang, then hantaq lan plk kt tmn ria. fuhhhhhhhhhhhh gila penat! sobbbbsss :(

AHAD : 6.1.13 - pagi ni ke klinik lg. uwaaa best suami teman! blk klinik dh tghri, dan lg singgah hasani. mmg sakan tapau novel kali ni kehkehkeh. abi senyum ja tgk gelagat bini dia. kemain sakit2 pon dan lg pk psl novel. pastu singgah mkn kt warung area wisma keladi. sedap! then blk merbok, baring2 jap, solat zohor pastu terus ke hospital yan plk. blk spital, terus terbungkang sbb letih sgt. suami plk pi mandikn anak ikan. ni la 1st tym anak ikan kami tu mandi wakakkaakak! lps isyak, kami blk sp semula~


Sunday, February 3, 2013

AYAQ TANGAN METUA~

ASSALAMUALAIKUM...

Sejak seminggu-dua ni aku mmg xlalu nasi
plg tidak pon aku meratah lauk ja
xtaula kenapa selera x menentu lg, padahal dah 7bln++
dan setiap kali blk merbok, mestila mak metua risau tgk menantu dia ni
apa pon xmau makan
plg tidak pon mkn daging beger or roti ja
puas mak suggest itu ini tp seua x kena dgn selera aku
mak aku penah pesan, makan la jgk sket ambek hati mak metua
kesian mak metua masak tp aku x mkn
nak buat cemana dh aku mmg x lalu

pg td, mak buat nasi grg
ayah x belikan nasi lemak kt aku mcm slalu la sbb mak dh buat nasi grg
jd nak xnak mak pon tapau la jgk nasi grg utk aku
walopon tau aku xlalu nasi
sbb xkan nak biaq menantu pi keja x bawak bekal, gitewww
mak kata xpala makan la sket2...wuuuu tq mak!

dan hari ni xtau la apa masalah aku
sakit perut2 sgt2, pastu lapaq tgedik2
jd lps tadarus, trus aku makan nasi grg yg mak bekalkn
sedap! dan tanpa sedar aku berjaya habiskan nasi grg tu!
rasa legaaaa sgt sbb bby dpt zat nasi tu
terus msg mak metua
"mak buat nasi grg sedap, jus makan abes"

haaa gitewww caranya nak bodek metua hoi! 
hahahahaha
suami ckp mak punya la happy
sampai suami tgh tido pon mak pi kejutkan nk tunjuk msg tu
sbnrnya mak bkn la suka sgt pujian tu
tp suka sbb aku dpt mkn nasi dan di samping tu mestilah mak rasa dihargai kan
haaaa gitewww la rahsia menantu kesayangan nk ambek hati metua
baguih pnya perangai kan mak metua pulak yg kena buat sarapan

AKHIRNYA~

ASSALAMUALAIKUM...

fuhhh...akhirnya dah beli pon kasut utk umi!
td lps keja terus ke gemilang stadium sbb nk mkn koteow grg
gigih kan, bknnya dekat gemilang tu
tp dh itu je yg umi lalu mkn, redah jgk la

lps mkn terus pi loqstaq mall
nk p amber mcm yg kak shida cadang, susah nak parking plk
pusing2 as mall tu, not bad la
walopon design mcm org tua tp still accepted la
xtau nk nk pilih yg mana dah
xtau nk suka yg mana
jd tawaq hati dah nk pikiaq pasal kasut ni
ptg ni mesti dapatkan jugak2


at last terjumpa yg satu ni
lembut je, sedap pakai
jenama x penah dgaq tp ddk 1 area dgn jenama2 mahal
so aku anggap dia pon kategori kasut mahal la jgk kan
hahahahaha
bedal terus yg tu, x pilih saiz dah
pink pon pink laaa janji kasut baru!

p/s : antara ciri2 kasut yg aku cari - xdak tali belakang, bkn jenis masuk ibu jari kaki, xmo material yg mcm plastik tu, flat, lembut

KASUT UTK UMI~

ASSALAMUALAIKUM...

perihal kasut, sampai skrg x setel2 lg
bkn sbb x cukup bajet, tp sbb x jumpa lg mana yg bkenan
dah tawaf rata mall sekitar penang, sp & loqstaq
tu pon xdak yg bkenan lg, haiyarkkk!
dok pakai ja sandal yg skrg ni, yg dh mcm belacan tu
mmg sandal tu sedap pakai lg
cuma rupa je dh mcm belacan disebabkn material dan kaler yg krg sesuai
malu sgt bila pi mana2 org tgk kasut mcm apa ja
tambah2 bila pi klinik
mak metua pon bila tgk sandal aku ckp 
"alahaiii kesiannya kasut jus!"
uwaaaaa!

umi nk kasut yg mcmna pon xtau la
konon2 nak yg sedap & selesa (utk preggars kan), design x cantik pon xpa
konon ja...
bila belek2 yg dh selesa, ttp komplen bila design x cantik
besa la kan kalo kasut sedap2 ni slalunya design mmg mcm nenek2
sampai nak pakai pon x sampai hati walopon dh selesa

lg satu, mesti nak yg mahal
giteww syaratnya utk kasut umi
mmg mintak kena lempaq selipar kan! kahkahkah
konsepnya, kalo kasut mahal dh tentu selesa kan?kikikiki

kemarin ada la jumpa 1 kasut ni, jenama bata
xdela mahal sgt, tp selesa dan sgt cantik!
kaler nmpak young & energetic gitewww
tp sayangnya tapak agak tinggi pulak
tinggi sikit ja, tp aku xmo la ambek risiko
aku nk yg flat ja, sbb takut risiko tergelecek

hmmm...pg td abi bg duit, soh pi beli sendiri 
kot2 la terjumpa yg bkenan
wuuuuuuuuuuuuuuu :(


REVIEW : CINTA HIGH CLASS

ASSALAMUALAIKUM...

Novel ni merupakan gabungan dua cerita dari dua penulis – satu dr suara hati seorang isteri, satu dr mata hati seorang suami. Kedua2 cerita mempunyai perkaitan. Tp pada aku novel ini tak mcm novel sgt, lbh sesuai dikatakan sbg buku motivasi.Sbb lbh byk ‘ilmu’ yg disampaikn berbanding cerita. Pada aku la kan…..



Masa baca novel ni, terasa diri aku sgt kerdil. Terasa mcm ruginya masa remaja yg telah aku sia2 kan. Terasa mcm byknya kekhilafan aku di masa lampau. Tp xpa, blm terlambat utk aku memperbaiki diri. Apa yg disampaikan, blh dijadikan pengajaran utk generasi muda zaman skrg. Aku yg dh berkahwin, blh memperbaiki kelemahan dr sudut lain pulak.

Novel ni byk mengupas isu2 yg pada kita Nampak remeh, tp hakikatnya itulah asas yg perlu kita kukuhkan. Terutamanya dlm bab adab2 ketika bertunang. Sebenarnya dlm masyarakat skrg, byk benda yg kita abaikan dr segi hukum agama.

Aku nak ulas byk2 pon x blh, sbb aku rasa korang KENA baca sendiri! Antara bab yg menarik perhatian aku, atau yg membuka mata, atau menjelaskn lagi dgn lbh terang adalah :

-          Keutamaan ttg monogami dlm islam
Kita asyik dok dgr poligami tu sunnah nabi, tp hakikatnya dlm ni ada bukti kukuh yg monogami itulah sebenarnya yg utama. Dan ada cerita2 masa mana nabi ‘menolak’ poligami. Juga dikupas isu2 menarik mengenai poligami.

-          Fatwa hati
Kagum dgn qani’ah yg terlalu memelihara ‘hati’nya. Mmg ada kalanya kita Nampak mcm qani’ah ni sebenarnya keterlaluan, menyusahkan perkara yg mudah, mengharamkn yg halal, dll tp hakikatnya itulah sebaik2 tindakan. Ya, nak pelihara sesuatu yg lebih besar, bermula dari menguruskan hati/niat. Mungkin itu cara qani’ah nak memelihara/mendidik dirinya.

Adab bertunang
Terlalu byk adab2 bertunang yg blh kita jadikan iktibar drp buku ni. Antara yg menarik perhatian aku, bermesej/ber-emel sentiasa di’cc’kan kpd org tgh/ibubapa. Juga diterangkn mengenai keperluan/keharusan/kelonggaran ttg melihat bakal isteri/suami dlm islam.

Adab malam pertama
Ada beberapa kisah mlm pertama berlandaskn islam yg blh kita ambil iktibar.

Mengurus rindu
Dijelaskan bagaimana Dr.Muslih yg cuba menahan/melawan nafsu dr terus berkhayal ttg tunangannya dan berusaha menumpukan perhatian thadap pelajaran agar tidak diganggu benda2 lagha, hatta berangan2. Begitu juga dgn Qani’ah yg menguruskn rindu dgn baik ketika berada di Damsyik dan sepanjang tempoh pertunangan.

Dan byk lg la isu2 menarik yg blh dijadikan pedoman. Pada aku, buku ini amat sesuai untuk SEMUA lapisan masyarakat, believe me! Dan secara peribadi, aku sarankan sgt2 kpd anak2 remaja (khususnya) kita yg baru nak mengenal keseronokan alam remaja agar baca buku ni dr skrg. insyaAllah, mereka akan faham apa kepentingan dan impak apabila kita menjaga kehormatan diri.
Apa yg pasti, aku akan hadiahkan buku ini kpd anak2 ku kelak, terutamanya anak gadis. Isnyaallah~

Akubg 5/5 bintang~

Saturday, February 2, 2013

REVIEW : ADAMARYAM

ASSALAMUALAIKUM...

mcm besa, nak tau sinopsis sila gugel sendiri. adamaryam ni kategori novel thriller kalo x silap aku. dan mmg jiwa aku la novel2 mcm ni kan. ada la jgk  diselitkan kisah percintaan, tp itu bukan point utama. cuma kisah percintaan tu digarap dgn baik agar synchronized dgn persoalan utama.


Persoalan utama : code X. projek terbaru dr syarikat matsushirota, di mana adam adalah engineer yg bertanggungjawab dlm projek ni. Garapan yg baik, plot penceritaan yg teratur dan mudah difahami walaupon novel ni merupakan novel thriller. Cuma pada awal penceritaan di mana penulis nak memperkenalkan watak2, yg tu agak ‘slow’ sikit. Tp bila dah start kpd jalan cerita tu, mmg buat kita nak baca lagi dan lagi. Walopun byk bahasa kejuruteraan yg digunakan, dan aku mmg x paham istilah2 kejuruteraan tu semua, tp jln ceritanya still blh difahami.

Walaupon aku mmg dah blh mengagak sapa dalang yg sebenarnya (xtaula sbb kesilapan penulis ataupon aku ni bijak sgt) tp unsur2 saspens dlm novel ini tetap ada. Dan unsur  sedih masa part bani tu, mmg aku sebak! Part adam dalam keadaan genting pon, mmg terbaik! Part Maryam diculik, dan berusaha menyelamatkan maruah dan nyawa, mmg disampaikan dgn baik.

Selain tu, latar cerita yg berkisar sekitar penang, membuatkan aku blh imagine setiap babak yg terjadi. Purfek! Hahaha. Dan suasana pekerjaan dalam kilang, disampaikn dgn baik. Sampai buat aku rindu zaman aku keja kilang masa lps spm dulu. Watak beghi dgn slang klate mmg menghiburkn dan bsahaja. Watak Maryam, disampaikn dgn baik, sederhana aje. X mcm sstgh novel yg terlalu ‘over’ menonjolkn watak heroin yg serba sempurna. Sedangkn Maryam Cuma digambarkn sbg gadis kilang yg naïf, yg bertudung dan menjaga solatnya. Ini reality! Dkt kilang mcm2 pesen org ada, tp org yg mcm Maryam x sampai 10% pon.  Watak adam, suli, bani, lina, juga disampaikn secara sederhana namun kita masih dpt menghayati kesemua watak itu dan sgt ‘hidup’.

Jadi bg aku, keseluruhan novel ini amat memberangsangkan. Jalan cerita yg amat lain dr yg lain, babak2 yg jarang ada dlm novel2 lain, penghayatan yg baik, penyampaian yg memberangsangkan, membuatkan aku sanggup bersengkang mata semata2 nak habiskan novel ni. Walopon kita Nampak bukanlah suatu kes berat spt membunuh, ancaman, psikik, misteri  atau sebagainya, tapi unsur saspens ttp ada! Jadi, kpd mereka yg bukan penggemar novel jiwang, aku mmg suggest novel ni.

Aku bagi 4.5/5 bintang~

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...