CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label NAFSU SI GEMOK. Show all posts
Showing posts with label NAFSU SI GEMOK. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

LA TEA GARDEN CAFE~

ASSALAMUALAIKUM...

ptg tu abi blk terus ajak p survey walker utk anak lalu p beli car seat. umi pon ikut je tanpa byk tanya sbb tgk abi mcm nekad je. memula singgah love garden usha walker. pastu terus ke bertam beli car seat. mak aihhh jauh bebeno! lps beli tu abi tanya nak makan apa. umi sebenarnya tringin nak try saraa tomyam. tp yg terkeluar di bibir "ikut b je, syg x kesah" hewhewhew mithali sgt jawapan.


bkn apa, umi tgk abi mcm eksaited.je nk bg umi rasa chicken chop kat satu kedai ni. tp abi x ingat nama kedai tu. dia tau kedai tu dari blog. rupanya dlm diam2 abi suka search psl makanan yg sedap2 kt penang. mementang umi suka makan. terharu sgt walaupon terasa diperli hewhewhew. dan yg lbh terharu, b4 ni abi dh penah usha lokasi kedai ni. dh alang2 kami kt bertam maka mlm ni adalah mlm yg sesuai utk kami try. maka berpusinganlah kami di situ mencari kedai ni. tp x jumpa pulak. umi dh curious. abi biaq betoi. yeke niii penah dtg. yakin semacam je dia.


lalu abi pon call lah chef itew. haa ni pon terharu. abi siap save number chef tu. chef tu ckp kedai dy dpn petron. kami pon pusing cari petron. lain mcm je umi tgk. bayang petron pon xde. so abi call lg. rupanyaaa kedai dy dh pindah ke sg. dua. uwaaaaa mmg la x jumpa kt bertam tu! abi tnya nk g ke? kalo ikut umi mestila pilih saraa tomyam. tp tgk kesungguhan abi, umi setuju aje pegi sg dua. lgpon dh alang2 sampai situ kan, teruskn aje. walaupon hakikatnya umi dh mula ngantuk wuwuwu.


sampai sana, umi agak terpegun dgn konsep kedai ni. asalnya rumah kayu yg dijadikan restoran. ohhh umi tringin sgt nk tggal kt umah kayu mcm ni!!! suasana kedai ni agak romantik. nak makan pon ada feeling2 gedik gituuuu hahaha! umi mkn chicken grill manakala abi nasi grg kampung. alhamdulillah sedap! tp bkn sedap gila, but tetap sedap. haaa paham kewww? dan dgn suasana kedai ni, uols mesti x sangka harganya x la mahAl mana. standard harga mcm kedai biasa je. umi rasa mcm x kenyang, so tambah fries plk. alasan konon nak share dgn anak.

~ bkn nak tunjuk muka abi yg kacak, tp nak tunjuk sinki kat belakang tu, guna mesin jahit jadikan sinki ~


masa tgh mkn tu, chef fahmi, tukang masak western yg abi call td dtg kt kami. mai sembang2 lbh krg. baik orgnya, sgt humble. muda lg, baya2 kami je. kemain anak pon buat ramah, sampai chef fahmi pon suka dia.
mlm tu pkl1 lbh baru kami sampai umah. cari nahas betoi pi makan je sampai ke sg dua!


Wednesday, April 10, 2013

NASI ARAB STARGATE~

ASSALAMUALAIKUM...

6 Mac 2013 - ada rezeki lebih. share dgn kaknot nk belanja 1 opis mkn nasi arab. kebetulan, hri tu suami ada urusan rasmi kt loqstaq. weehuuu! pg tu mai opis suami yg hantarkan. ohh sukaaa!!! sampai opis pkl8.30, xdak sapa sampai lg, nice sgt! sbb tu laaa aku slalu mai opis lambat. kalo mai awal slalu kena tunggu kt bawah. amboiii alasannnnn sgt jusiza!

masa tunggu kt bawah tu aku dh rasa pening2. dgn cuaca yg agak panas, aku cuba bertahan. 20min kemudian baru kak ema sampai. yg bestnya, elok je masuk opis terus aku meloya dan berlari ke tandas. di situ aku muntahkan hampir sebaldi isi perut yg terdiri drp air yg aku sarapan td. seksa. sakit sgt. nak mc, nanti takut ada yg argue aku sngja mc sbb suami mai loqstaq, nak blk skali leteww~ maka aku tahankan aja ketidakselesaan badan ketika itu.


tym lunch, suami dtg ambek aku. kami menuju ke stargate arabic food. dah lama tringin nk try sini, akhirnya berjaya jugak. aku ambek mcm besa je, masi mendy ayam. dah spesis x mkn kambing, mai restoran arab pon bedal ayam jela kejanya. dan rasanya, perghhhhhhhhh mmg terbaek! pada aku, ni la nasi arab yg plg sedap antara nasi arab lain yg penah aku makan. siyes! nasi tu cukup rempah, ayam cukup rasa. sup, sambal, semua sedap. mmg menyelerakan! dan mmg berhajat sgt nak makan lg kt sini, tp masa x mengizinkan. sobbsss... harap lps pantang nti dpt la makan. sedappp!


tgh dok tunggu menu tu tetiba tokey kedai tu mai ambek gambaq kami. gambaq weolls masuk dlm page fb depa tau! wahahahaha jakun la kau jusiza! bkn apa, nak habaq yg kedai ni nampak besa ja, tp pengunjung dia, hmmm uols blh tgk sendiri dkt page tu. restoran ni terletak kt area tesco stargate tu. kedai hujung sekali. silalah try, mmg x rugi! harga pon berpatutan. kalo yg biasa rm9, set besaq rm13~ mmg berbaloi!

Thursday, March 21, 2013

NASI ARAB MENDY - LAGENDA HEIGHT

ASSALAMUALAIKUM...

suatu ptg khamis tu, xtau la mcmana blh terjebak ok sembang psl nasi arab dgn kak shida. kemainnn kak shida pon semangat bg link ttg review2 nasi arab di sekitar kedah. sampai akhirnya aku tertewas. ptg tu jgk msg abi, dan abi on je. wahahaha bahagiaaa!


so mlm tu lps ke klinik utk scan baby, terus serbu nasi arab mendy kt lagenda height. xtau pon kt mana, men hentam ja carik mujoq jumpa. sbb kedai ni row pertama dpn jln besaq, so x susahla nak cari. cuma mata kena tajam utk baca signboard kedai ye~


aku order nasi mendy ayam, sama la suami pon. kami dua2 x minat kambeng hewhewhew~ ayaq aku ambek jus tembikai susu. ayaq rasa mcm besa ja. tp nasi tu mmg sedap! aku xtaula kat mana sedapnya, tp yg pasti sedap la. kira mlm tu baby kenyang la sbb umi makan nasi. tp separuh jela, separuh lg sedekah kt abi. suami aku mmg mkn nasi byk. nasi arab yg menimbun tu dia mampu habeskan, siap tambah ambek nasi aku lg!


aku xtaula mcmna kak shida ckp dia makan x sedap. tp aku tgk ayam kak shida mkan lain je dr aku makan. mungkin kak shida salah order kot, wahaha! stakat ni, mmg yg ni plg sedap la yg pernah aku makan compare dgn kedai2 lain yg pernah aku try. nak tau kedai lain tu kat mana kna godek entry2 lama aku. xbrani nk kondem lebih2 wuhuhu. apa2 pon semuanya bgantung pd lidah masing2 ye~


Wednesday, March 20, 2013

KEK MARBLE FUNKY~

ASSALAMUALAIKUM...

xtaula knapa kan, dh hujung2 preggy ni bernafsu pulak nak buat kek. terpaksa laa keluarkan oven yg dah sekian lama berhabuk tu. kali ni terppikat dgn kek pelangi kak shida tu. gerammm tgk kaler2 dia tu. well i ni kan mmg suka la kalo kaler ceria2 ni, seceria hidupku, gituuuu~

lps tgk kek kak shida tu terus smngat membuak2 nak baking. terus pi cari pewarna kat kedai kek sayang mcm kak shida habaq. ohhh terujanyaaa masuk kedai kek, mcm2 ada!!! jakun skjap! tu la nama kata pompuan tp x penah nk p tempat2 mcm tu. skali pi terus teruja. utk percubaan pertama, aku x branai laaa nak boh mcm2 kaler mcm kak shida tu. kang x nampak rupa kek plk. maka aku just ambek kaler biru, hijau & pink. siyes suka tgk kaler biru tu, nmpak rare. then ambek paste perasa butter vanilla~

~adunan pertama ni byk biru, kaler jd x brapa ceria~
maka jumaat, misi membaking pon bermula. bahan2 lbh buat kek pandan terhebat hari tu ada lg. just kna beli susu & buttercup je. mujoq laaa kedai kt umah aku tu ada juai buttercup. kalo tidak mau hangin nak pi econsave semata2 beli buttercup. elok sampai umah kak ila mai lepak umah aku. apa lg, ajak dia join. dia pon teruja la nak tgk bakat terperap aku kan. skali bila nak start buat kek, tgk resipi, baru perasan yg telur xdak kt umah aku. ohhhhhhhh sumpah stres!!! tpaksa la start keta pi beli teloq pulak. ohhh dugaan sunggoh! tp aku masih tabah demi kek ni.

lps tu mula la buat kek ni ditemani kak ila. kira dia jd assisstant aku la, tlg sapu marjerin kt loyang, tlg kacau adunan kaler2 tu, tlg kemas2 bila dh siap. bila setel semua, mula la bakaq. dah separuh jalan bakaq, baru teringat! resipi kak shida bg tu utk loyang 8", tp loyang aku cuma 4" or 5" ntah. arghhh terus stress! dh dpt bayangkan dah apa yg bakal terjadi.


dan ramalanku benar belaka. kek aku 'melimpah' mcm apam tu, terkeluaq dr loyang. dan bhgn tgh x masak. tpaksa buat mcm kek pandan hr tu, bakaq lg 2-3 kali wahahahah kau mampu??? tp mcm besa laaa, walopon rupa failed, tp rasa tetap mantop! mak kak ila siap mintak resipi lg!

~kali ni lebihkan pink~
dek krn menyedari di mana silap aku, maka aku berazam nak buat lg keesokan harinya. kali ni aku yakin 100% mesti jd punya! pagi2 buta blk dr klinik singgah econsave, beli gula kastor & buttercup. heran suami tgk aku beli benda tu. dgn bangganya aku habaq nak buat kek lagi. xpuas hati yg smalam. senyum je dia dgn gelagat aku. so ptg tu set dgn mak pulak utk temankan aku buat kek. sbbnya nak bahagi loyang. maksudnya, adunan utk loyang 8" tu, aku buat 2 loyang. 1 aku punya bakaq dlm oven elektrik, 1 mak punya bakaq dlm oven guna dapur gas tu.


punya semangat nak buat kek ni, tgh2 hujan guruh kilat semua aku buat ni. awal tu suami siap pesan lg kalo x larat x payah la buat kek, sbb dia tgk aku mcm x larat sgt. tp kek punya pasal, gagah jgk! lps masuk dlm oven, tinggal kt mak sbb aku kna pi klinik. blk dr klinik tgk kek aku dah masak. waaaaaaaaaaa menjadi!!!! ohhhh lihatlahhh donia, aku bangga!!!


terus pesan kat mak, kal nak bg kat org, bg yg mak. yg aku ni simpan nk bg kat metua. gituuuu! metua pon teruja ja tgk aku bwk kek warna-warni. haaa kaler tu main peranan penting tau! tgk kaler dah terpikat, apatah lg rasanya. mmg sedap tak terkata. makan pulak panas2, mmg yummy! dan disebabkan kek ni jgk paras gula aku naik 6.8, dem!


dah tau rahsia dan teknik yg btl, lps ni ingt nak buat kek kaler2 yg ada mcm2 rasa. cthnya pandan choco berry tu. tapi...bilanya nak buat ntah. due date dah dkt, baru hegeh2 nak membaking. propa sgt! mak metua ckp, "buat la sementara blh buat ni". senyum je mak metua tgk aku bwk blk kek ni. mesti dlm hati dok pikiaq menantu dia buang tebiat apa tetiba rajin pulak bawak bekal ayaqtangan sendiri kannnnnn~



Tuesday, March 12, 2013

NASI ARAB - ABU AMIR

ASSALAMUALAIKUM...


20/2/2013 - tringin nak makan nasi arab. dengaq cita ada kedai baru area tesco stargate & tesco mergong. decide pi yg tesco mergong sbb ada keja area situ. tp bila pi sana, kmi cari kedai x jumpa. ada la satu kedai makanan arab, tp x buka. maka terpaksa la lajak pi kt shahab jgk, restoran abu amir. kat sini mmg sllu mkn dah dulu, sbb bos sllu blanja kt sini.



slalu kami mai makan briyani. tp kali ni aku nampak ada menu baru, nasi mendy. maka aku order nasi mendy ayam. tp yg mai, aku rsa xdak beza pon dgn nasi briyani yg aku mkn dulu. rasa pon, so-so je. kira kesimpulannya, not my choice la. tp kalo uols nak try ok jer, kot2 la kena dgn selera uols. harga sepinggan dlm rm11 mcm tu kot.

Monday, March 4, 2013

KEK PANDAN JUSIZA~

ASSALAMUALAIKUM...

jumaat yg hening, tetiba mood nak buat kek dtg membuak2. siap mimpi2 bagai. maka x blh dibiarkan! kena buat jgk! kek apa lg yg aku reti buat, kek pandan jela kan. tu pon mujoq blajaq dgn kak shida. kalo x mmg harommm la aku nk buat kek bagai ni. aku ni bkn la hantu kek, apatah lg nak buat kek kannn~


so memandangkan xdak alat penimbang ajaib tu, maka sukatan aku ikut naluri keibuan yg ada jela muahaha! kemain putaq kek dpn tv sbb nak tgk beto (drama hanya padamu). kira sambil putaq kek sambil mata kt tv la kannn. kali ni resipi aku tambah susu full cream dutch lady. konon nak hasilkan kek yg lemak berkrim disukai ramai la kan. bila dh tambah susu yg berbentuk cecair, secara logiknya perlu la tambah tepung sket kan? kebetulan tym nak bubuh tepung tu mak aku balik. kemainnn dy dok "oppp...oppp..." x b aku boh tepung byk, takut keras.

bila nak baking, tanya suhu kt kak shida. dia ckp bakaq 45min, suhu 150. aku ni yg kebetulan 1st tym nak membaking ats kaki sendiri, rupanya takut2 nak guna oven. dgn harapan mak aku reti guna oven tu, skali mak aku pon x berani guna oven letrik ni. selama ni mak aku buat kek pakai oven yg letak atas dapoq gas tu. hahhhh sudah! maka terpaksa la aku memberanikan diri utk guna oven tu. disebabkan takut dan berdebar2, aku main test2 plak tym nak bakaq tu. bakaq 30min, suhu 100. pepandai je kannnnnnn!

skali bila oven tu bunyi 'tinggggg', nahhh kek aku xdak rupa kek pon!!! dok jd adunan mcm td lg. so tambah lg 15min masa kecederaan. skali lg aku gagal. kek aku cuma terbakar bahagian atas ja, yg bawah msh lg adunan td. maka kali ni terpaksa ikut ckp sifu. nak hangit pon hangit la (sbb dh bakaq byk kali) asalkan x jd adunan yg langsung x blh mkn tu. maka bakaq la 45min,suhu 150.
sambil tunggu kek masak, aku ke dapoq utk buat dadih perisa cappucino. jgn tanya kenapa aku tlalu rajin mlm tu. haaaaa bila bunyi 'tingggggg" ja, terus aku berlari mendapatkan oven.


tadaaaa ni la hasilnya! its look yummy kannnnnnn??? muahahahaha! amboi fana kemain lg kutuk kek aku buruk! heyyyyyy biaq buruk rupa, janji hati bersih tau! mcm tu jugak la kek aku ni. luaq je buruk. tp bila makan, haaaa berebut2 tahu??? rasanya mmg x perlu dipertikaikan lg. licin tahu? siap metua bagi kt metua lagi tauuuu.

kau mampu bg kek mcm ni kat metua???






Tuesday, June 26, 2012

NAFSU MAKAN JUSIZA SUDAH KEMBALI~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam, tengahari dah bedal nasi sampai rm5.20~ utk dinner, dok teringin koteow th'ng, tp x buka. so xtau nk makan apa, ikut je mana keta pegi. sedaq2 dah ada kt area sentosa. so target bihun sup gani la. elok kt traffic light nk ke gani, tetiba teringat tomyam. tetiba teringat malam first dinner dgn suami. ohhh rindunya! terus tukaq lane, nak mkn tomyam~

gila weyyy, dr situ nak ke tempat tomyam kt area as mall tu jauh kot! kalo tau nk p makan tomyam kt situ better pergi dr opis ja. tp nafsu makan punya pasal sanggup dr opis - gani - as mall - umah sewa, satu rotation perjalanan yg sgt x patut!

bila sampai kedai tomyam tepi jalan area as mall tu, target nasi putih + tomyam + telur dadar. masa tgh tunggu order sampai, tiba2 ter-rindu lg tym dinner sama2 hari tu. terasa nk mkn sama menu mcm mlm tu. so bila makanan dh sampai, mintak tambah lg, ayam masak pedas! wakakaka~ ternyata aku tak kerugian sbb ayam masak pedas kat situ mmg sedap. tomyam n telur pon sedap! plg best, sirap limau ais. saaaaaaaangat sedap! mungkin lg sedap dr leboss. sbb dia punya masam tu lain mcm, best sgt!

bayangkan lah mcmana aku blh habeskn semua tu sorang2? wakakaka~ mcmana nak diet niiiiiiiiiiii~ bluekkkk

dah sampai umah sewa, solat semua bagai, baring2 la. konon nak lelap sejam-dua. sedaq2, heran kenapa tv3 ada drama melayu. patutnya smalam ada cita cina. skali tgk jam, dah pukul 3pg!!! maka aku pon sambung la tido sampai ke pagi~ ni la rekod paling dahsyat aku penah buat. tak penah aku tido lama mcm ni. xtau la kenapa badan terasa letih yg teramat letih! =_=


***sedih wuuuu dinner tanpa suami =l


Saturday, March 31, 2012

KEK PANDAN RESIPI RAHSIA JUSIZA

ASSALAMUALAIKUM...


seumoq hidup aku sbg jusiza ni kan, x penah sekali pon aku buat kek. aku ni bknlah suka sgt dok sesaja nyup-nyap kek ni. kalo masak2 terus potong n makan xpe. lps tu mmg x sentuh dah la. tp hari tu masa tgk kak shida buat kek, tetiba dpt hidayah. tgk dia buat rasa macam "coihhhh sonang gila buat kek ni. semudah mengunyah tuttifrutti jewww"
so kemarin mood nak buat kek tetiba membuak. tetiba nak beli semua bahan, termasuk penimbang tu. mak ckp org sukat pakai cawan ja. aku ckp "eh x blh. kak shida pakai gram. nti takut sukat x sama"





kak long kata kat umah dia semua kelengkapan nak buat kek ada. maka aku terus pecut ke penaga utk ambk brg2 buat kek kat umh kak long. gila semangat betoi. hek elehh padahal aku mmg suka barang free kannn~kalo tidak xkan la ramai sponserrrrr~ oke fine tutup cita!


so pg tadi, bangun2 tido terus serbu dapoq. dh x peduli ttg bfast. semangat nak buat kek hijau punya pasai. ya ampunnnn sapa yg tgk gaya aku buat kek kompom x langgan mustika dah semata2 nk gelak-golek2 tgk maharaja lawak. lebih baek tgk aku, kompom gelak punya. punya la berterabur segala tepung gula semua. habeh berlemoih.





nak buat kek sebiji pon habeh selerak dapoq. dah tu berjam2 pulak baru nak siap. hekhekhek. dan ini adalah teaser. motif ? nak habaq pengisar pon hijauuuuuuuuuuu, tu blm tgk kek lg! hokhokhok
dah siap adun semua aku soh mak yg masukkan dlm oven sbb aku xreti dan takut.
aku menanti dgn penuh sabar dan berdebar. debarannya lebih hebat dari debaran menunggu rombongan keluarga AR dulu (stetmen love hunger)


dan apabila siap, keluarkan dari oven, jenuh gelak kat diri sendiri. spesis mcm aku yg suka mkn panas2, terus potong dan mkn on the spot. see the colour? pandan ori ni! dah la backdrop pon hijauuuu kan, xnak kalah!





nampak sedap kan???bernafsu je tgk kan? no doubt, rasa mmg not bad la, lbh kurang la dgn kek kak shida dulu. semua yg tgk aku uplod kat fb pakat mintak nak-nak je kan. korang semua ni kan aku dah pesan, jgn percaya sgt cinta muka buku ni. dlm fb kemain cun melecun, tp bila jumpak?hurmmm~
so itulah yg terjadi kat kek aku. sapa yg tgk semua tergoda, lemah iman. padahal depa xtau behind the scene. meh sini nak tunjuk


ni la rupa sebenar kek tu masa baru kuaq dr oven. mmg fail! tp rasa oke la, sedap la jgk utk 1st attempt mcm aku ni kan (saja nak habaq byk kali)





tadaaaaa!!! ini alah perkara sebenar di sebalik kebenaran! hakhakhak! buruk gila weh rupa dia! ni bkn salah aku tau. ni semua salah loyang aku yg terlalu tebal dan tinggi. but dont worry. dont judge a cake by its appearance sbb walaupon rupanya begini tp rasanya amat menjilat jari! (saja nak ulang lagi)


so, selamat beramal, renung2kan~

Monday, March 26, 2012

SELERA JUSIZA

ASSALAMUALAIKUM...


AHAD - masih bertungkus-lumus menyiapkan drawing surau. pagi kak not belanja nasi lemak utk semua org. thgari order bihun sup ja mkn kat opis. tp bihun sup terbaek la. malam, OT. tp b4 ot pakat pi pekena kat gemilang sedas. habuan pemacu tenaga. 


 


aku cuba nasi lemak gemilang. dah lama teringin, sbb dulu tgk AR mkn. abg is yg asalnya order double plate pon, terus tukaq menu lps tgk nasi aku yg kebetulan sampai dulu. mmg terbaek la nasi ni, x sia2 korang cuba! sepinggan RM5 sahaja. malam tu ralit buat keja, tanpa sedaq dah pukul12 a.m baru balik. aku, sani & Zzaidun ja yg OT.


ISNIN : menyambung sisa2 terakhir detail surau. sekali lg kak not belanja nasi lemak utk semua org. tym rehat, geng laki pakat keluaq pi zefee. kak not order nasi grg ayam. honestly aku mcm dh muak nasi grg ayam zefee tu. so, no thanx jela. aku dok kt opis sambil buat detail sket2. tp bila dah pukul1.30 lebih baru aku terpikir nak mkn nasi siap2 utk tghri, sbb mlm aku cadang nk mkn kek or buat sandwic je. entah syaitan apa yg merasuk aku (sekali lg), tiba2 aku terasa nk mkn nasi kfc. 


 


so aku terus memecutkan diri ke kfc berdekatan iaitu di simpang kuala. aku ambek set c, nasi + ayam 1ketul. maka makanlah aku sorang2 kat kfc tu sampai menjilat pinggan~ pukul2 lebih sikit (je) baru aku masuk opis pulak. at last detail berjaya diprint! well done!


 


alang2 balik awal, aku rehat2 dulu. dh selesai isyak baru aku turun mandi & buat sandwic. alahhh buat jadahnya! aku cuma pakai sambal sardin yg lebih weekend jer. aku tambah sardin sket then panaskan. hukhukhuk. alhamdulillah kenyang sgt2! :)



***esok ke baling pulak. oh penat!!! T___T

Friday, March 23, 2012

MALAM JUMAAT

ASSALAMUALAIKUM...



act dah lama aku mengidam nak makan mee kari kat oldtown. xtau pasepa. 1st tym makan masa keja sama dgn AR kat SP dulu. lps mkn mmg kmi suka pi makan kat mana2. so spt yg aku maklumkn sblm ni, AR ni x reti pi tempat 'pelik'. maka satu hari aku ajak dy lepak oldtown. rasanya sbb tension/letih keja, dan ada benda yg kami nak sembang. lama jgk la lepak situ. tym tu la 1st tym aku merasa nikmat mee kari oldtown ni. tym tu rasa mmg sedap gila mee kari ni, sgt sedap! dan white coffee pulak, pekena tym baru lpas keja, ujan pulak, mmg nikmat! so sjk akhir2 ni aku mmg mengidam nk mkn oldtown, suddenly. dah rancang beberapa kali, tp x jadi.


so tadi, kebetulan kak not cuti. aku segan nak ikut geng laki pi makan. dah la aku keluaq lewat sbb nak discuss hal drawing. jd aku perlukan sesuatu yg pantas. sesuai sgt la kan! aku mmg x kisah pi sorang, lg selesa sbb aku x perlu nak ajak2 org, x perlu nak paksa2 org "eh jom la teman aku mkn kat oldtown". aku selesa pi sendiri. so pukul 1.30 lebih baru aku keluar tadi. pecut. mujoq la oldtown terdekat ada area opis aku, iaitu di jalan ke kuala kedah.

 

terus aku meluru masuk dgn gelojohnya, ambek meja paling depan, tepi pintu masuk. mcm apa ja kelakuan aku tadi =.=
punya la kalut, sampai2 terus tgk buku menu, then terlambai2 waiter konon nak marah sbb aku x nampak kelibat waiter nak mai ambek order (padahal dh tempat aku terlindung mmg x nampak la). nak marah punya pasai sampai aku lupa yg kat oldtown kan order pakai kod!!!
elok waiter tu sampai baru ion2 dlm kepala aku berfungsi! dem! sepantas kilat aku buat2 tanya ttg menu, sambil tangan pegang mencapai pensel konon2 aku mmg tgh nak order. jebon punya perangai! dah la waiter tu hensem gilaaaaa! =__=


tadaaaaa~ oldtown mee curry and oldtown white coffee (jadahnya dan-dan nak ckp omputeh!) mmg servis terbaik la sbb mmg cpt gila. x sampai 2min order ayaq dah sampai, disusuli pulak dgn mee kari ni. mcm tau2 ja aku tgh kelewatan.maka setibanya menu itu, terus aku makan dgn rakusnya tanpa mempedulikan alam sekeliling. sekelip mata ja licin mangkuk tu. tp itu bkn bermakna mee kari tu sedap-gila-nak mampos yer, tp sbb aku yg mmg lapaq-gila-nak mampos. agak terkilan krn mengapa mee kari itu x sesedap yg aku mkn dgn AR hari tu???
fine, now i've got the answer. rupanya apa2 pon makanan, klo mkn dgn AR, automatic akan jadi sedap. (besen plisssss)

 

malam pulak, berhajat nak buat bihun goreng. sampai ja umah terus rendam bihun. naik bilik tunaikan kewajipan semua. lepas isyak, mandi. hajat nak masak & makan sesiap sbb nak tgk episod akhir pelangi kasih. bila nak masak baru perasan yg perencah bihun goreng xdak. grrrr betoi! ni la padahnya bila shopping sombong xmau pakai bakul! mesti tercicir kat tsb td, sbb xdak pon dlm resit. terpaksa keluar beli perencah pulak. blk tu terus bersilat kat dapur. siap semua, semangat nak mkn dpn tv. sekali pelangi kasih dah nak habes! how dare aku x perasan yg tayang awal! bengong tv3 ni suka2 tukaq siaran, sama mcm bff dulu! grrrrrrr

Wednesday, May 4, 2011

KOTEOW TH'NG

ASSALAMUALAIKUM....

ampa semua mkn dak gi nih???
aku x mkn lagi...
samnggup berlapaq semata2 nk on9
nk update blog
sedih dak???
hahahaha mukadimah raih simpati :p

dun wory lah aku pagi2 hening td aku dh mkn
gila kau pompuan comel camni x mkn,ko caya ker???
jamak skali bfast dgn lunch
so mai nak kongsi menu hi-tea plak
werkkk tiba2 plak kan

x de lah...ekceli kan bila ptg2 kan
aku, naqiah & sorang lg mami jarum bernama wani
suka lepak santap koteow th'ng
ampa tau dak koteow th'ng tu apa???
ha,tu mesti nk sebut pon x reti!
x yah susah2 dok gentel lidah tu
ejaan je mcm vogue tp sebut koteow 'teng' jaa
huhuhu...aku pon xtau pasaipa ejaan dia gitu
bajet korea kot :p

koteow teng yg mabelles ni terletak kat medan teratai,jln pegawai
mmg dekat sgt2 dgn opis aku
so advantage la utk aku kan sbb minah 2 org ni kena dtg kat aku
dh la depa 2org blk awal,kena tunggu aku la kisahnya
ok padan muka mereka sbb aku sikit pon x kesian

koteow teng kat sini memang menjilat sudu!
sgt2 sdp wehhh,tiada kata secantik bahasa yg blh ungkapkan di sini
(makkk aihhhh)
kali pertama try sedap gila,aku rasa x puas
keesokan harinya kami pergi lagi
dan kali ni aku order yg mangkuk besaaarrrr punya!


so sapa2 yg dok area lockstuck tu sila2 la mai sini
nk mai tu jgn lupa kontek aku,blanja aku skali
jgn bimbang ttg harga sbb semua mampu milik punya (mcm juai umah plak)
biasa RM3 shja manakala yg mangkuk bsr bg VIP mcm aku ni RM4 shja


tapi!!!!!! ini amaran paling penting!
korang kena hati2 sikit dgn pak cik juai koteow ni
aku pon seram sejuk jgk dgn dia ni
dah jgn pk bkn2
dia bkn pakai santau ke apa yg ampa kena bhati2 ni
tp kedai ni mcm chipsmore
sat dia bukak sat dak
mmg ikut suka hati - punya pasai - lantak dia punya konsep nk bukak bila
so naseb la tym ampa p tu dia bukak...

okeh itu aja
***entry psl mkn utk alas perut sendiri ^___^

Sunday, February 27, 2011

CHICKEN CHOP

ASSALAMUALAIKUM...

Last week blk SP nek moto
Mak & amiridwan dah risau sbb hujan lebat kt SP
Tp bila aku dah excited nk blk haruslah diteruskan jgk niat suci aku itu
Pi-mai-pi-mai
Pukul7 still kat a.star
Gila pecut sbb takut sampai lewat
Dah x peduli jln licin ke apa
Siap blh t’fikir
“kalo aku eksiden ni ok gak.jap gi ambulance dtg ambik cpt sikit sampai SP”
Mmg gila.cpt2 istighfar
dlm kalut2 tu sempat lg singgah beli jagung
utk yong,najwa & amiridwan

sampai SP lbh kurang pukul8
terus bt apoimen dgn amiridwan tggu dkt RESTORAN MESRA JAYA lagenda height
perut teringin sgt2 nk mkn chicken grilled
masa nak turun moto baru aku perasan yg penutup jagung cawan aku dah lesap
oh!rupanya dah terbang masa aku tgh pecut td
adehhh



walawehhh,nampak mebelles kan???
Ada nanas,bunga kobes,fries,mashed potato,coleslaw,kuah banjir
RM8.50 sahaja! B’patutan & mmg sedap!
Aku mkn mcm dah 10 hari xmkn
Sampai xsempat sembang apa2 coz fokus dkt mkn
Dah lebih 3bln rasanya aku mengidam nk mkn chicken chop
Gila lama kot tahan


Amiridwan pulak mkn nasi goreng ikan masin
Pon sedap!
Chicken grilled aku tibai sorang
Tp nasi goreng ikan masin dia kena kongsi dgn aku
Sbb selera aku mlm tu mcm jin
Mkn sgt b’selera! Dah lama x mkn mcm ni
Kat a.star,makanan sesedap mana pon
Xde feel mcm kat SP
Rasa puas camne ntah


Hahaha,nampak x mcmana licinnya aku bedal semua ni???
Amat enak & puas hati
ALHAMDULILLAH

Thursday, February 17, 2011

NASI ARAB

ASSALAMUALAIKUM...

semalam kena o.t lg
coz today sepatutnya abg is ada presentation
so kena tlg apa yg patut
masa tu ada aku,abg is,abg mi,kak cik,kak not & kak nina
bila jam m'hampiri pukul7 tiba2 bos cakap
"nak mkn dulu ke buat keja dulu? sbb sy ada good news ni"
kitorang pon excited nak tau
"presentation esok postponed minggu depan"
zassssssss sepantas kilat semua shutdown pc
huhuhu
lps solat maghrib,aku,abg is,abg mi,kak chik & bos je yg join
kak not & kak nina blk awal ada hal

restoran tu nama apa ntah
sumwhere area shahab
kawasan tu langsung x happening
aku yg xtau nk order apa
bedal yg senang sebut & selamat je
nasi beriani ayam 
air : barbican perasa peach
aku xtau air apa,kak chik yg promoted :)

nasi beriani dia sgt sedap!
tp ayam aku xbrapa suka coz ayam kukus
aku,abg is & abg mi mkn benda yg sama
tp mereka b2 guna sudu & garpu
aku sbg gadis melayu terakhir haruslah guna tangan
kalau bkn aku yg m'pertahankan adat melayu kita siapa lg kan
ok.itu alasan aku semata
sebenarnya aku xpandai mkn guna sudu & garpu
dan jgk sgt xpuas mkn gitu

aku xtau la sesopan mana aku mkn
tp sampai En.Rushdan tegur la
"is dgn mie mkn pakai sudu nampak x b'selera sgt. jue mkn pakai tangan nampak sedap ja"
then bos perhati aku mkn,dia ckp lagi
"jue, tu mak mentua lalu kat belakang!"
aku pon pusing belakang
bos gelak gila kat aku
adoiiii
kan org2 tua slalu ckp kalo pulun mkn makanan yg sedap sgt sampai mak mentua lalu belakang pon xsedar
so begitulah bos cuba nak sampaikan
hahahaha

then bila makanan kak chik,aqdah ayam dihidangkan
aku pau cabai melaka kak chik
dgn selamba nya aku patahkan cabai then mkn dgn ayam
semua t'kejut tgk aku mkn!
oh maaflah! aku mmg xpandai nak cover2 nih
mesti dlm hati bos
"jgn harap aku nk bawak bdk ni gi mana2 function!"
:p

kitorang ber5 mkn,bos tapau utk family dia 3bungkus
semua skali RM85 sahaja 
:p

Tuesday, February 1, 2011

MAKAN!

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps blk keja
perangai gila dah mai balik
GILA MAKAN!!!
tiba2 rasa nak makan2
mula2 ngidam bihun sup
bila sampai umah rasa nk mkn mi goreng pulak
problem : xtau kedai mana sedap???

mula la pusing2 sekitar a.star
then tym atas moto tiba2 angin kfc dtg
nk mkn takut lambat
then decide beli ayamas yg kena goreng sendiri tu
mula la cari TESCO

mak aihhhh
puas aku pusing satu a.star tp xjumpa tesco
bukannya x pernah pegi
tp tiba2 x ingat jln
nak nangis rasa
selepas 45minit pusing2 baru la jumpa
rasa jauh sgt

then sampai tesco terus grab ayamas drumet pedas
and nuget lembu
punya la kalut sbb dah lewat
sampai x perasan aku terambil nuget cap tesco
dan jgk x perasan harga ayamas punya la mahal,RM12.90
huhuhu
sblm blk singgah dpn tesco beli char koteow

then bila blk,mula flashback jln shortcut
mcm ada gps,senang je aku jumpa
rupa2nya umah aku dgn tesco tu dkt sgt2
blakang umah je!!!!
HAMPEH!
wat penat aku pusing je

sampai umah elok maghrib
terus mkn char koteow dulu coz takut kembang
then pukul10 baru mkn ayamas & nuget sambil tgk trilogi cinta
mula2 goreng 2ketul ayam & 2keping nuget
bajet diet

tp bila dah sedap mengunyah
rasa mcm nak lagi je
at last gi dapur goreng lagi
muahahaha
mcm mana la nak kurus ni???
:p

Thursday, January 13, 2011

TCRS


ASSALAMUALAIKUM

Psssstttt…

Semalam kan,ada sorang dermawan telah belanja aku mkn.
Yer,motif kali ni bkn nak makan2,tp mmg motif nk belanja.
Sempena apa?
Aku xmo ambik tau,yg penting org nk belanja,
Makan buat x tau sudah! Muahaha :p

Setelah berhari2 fikir nk pau ape kt si dermawan tu,akhirnya aku memilih The Chicken Rice Shop utk menyapulicinkan duit beliau.
Act aku teringin nk rasa ayam butter pe ntah,resipi baru yg dok iklan dlm tv tu.sekali promo tu dh abes daa…
sah sehingga 31/12/2010 only.haisshhhh :(

~oppsss...ada unsur men nyorok2 di citu~
So mkn mcm besa jela…aku wajib ambik ayam braised.
Yg lain ambik ayam roasted besa je.
Sapa2 yg ragu2 nk try ayam braised ni,jgn was2.try je,sbb sedap!
Wahhh,mmg besarrrr punya ayam aku kan!
Yg mcm pasembor tu,bkn pasembor mahu pon nasi himpit ye.
Itu adalah gado2. mula2 rasa mcm cekadak jgk sbb harga sepinggan gado2 ni RM5.90.oittt,sayur je pon! Dah lama teringin tp rasa mcm mahal je.
So since org nk belanja ni,ambik kesempatan dgn sebaiknya la.
Tp bila dh serve,rasa mcm b'baloi jgk sbb banyak dol. Yg penting sodap!
Tp kalo nk dibandingkan dgn kuah kacang kt kedai cucur udang mak jah,mmg x ley lawan la!hahaha
Ahh,mmg jenuh sgt nk habiskan semua makanan sbb ada nasi tambah lg 2 pinggan. Itu la,td begitu tamak mengorder!

Semua sekali RM48.05 sahaja.wekkk,sila bayar si dermawan.
Patut la kenyang sgt2,b'baloi dgn harga.
Sodap pon sodap.maklum la,mkn free! huahaha
Adehhh,mmg kalo bley nk tido kat situ je rasa!
Pape pon…

~TERIMA KASIH DERMAWAN~

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...