CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ANUGERAH TERINDAH. Show all posts
Showing posts with label ANUGERAH TERINDAH. Show all posts

Friday, December 19, 2014

MENGESAN KEHADIRAN SI KECIL DI DALAM RAHIM~

ASSALAMUALAIKUM...

semalam saja la belek2 draft. nahhh tetiba ternampak entry ni. baru prasan yg aku tak update secara rasmi pon pasal mengandungkan umarfaiq dulu. tup2 keluaq entry alahan. diva sangat kau!

nahhhh flashback tahap melampau tentang mcmana kami mengesan kehadiran si kecil ni dalam rahim :)

7 Julai 2012
Masa tu kami kat Pahang, makan kenduri dan hanimun. Gituuu~ mmg dah tau kalo ikut kiraan waktu tu aku ptt period. Tp rancangan nak ke Pahang tu mmg dh lama plan, so xkan nak cancel. Alaaa lgpon perkataan hanimun tu sebenarnya blh membawa maksud mcm2, jgn asyik pikir ituuu je! Tgk tv berdua pon dikira hanimun bg aku tau!
Walaupon tau waktu ni ptutnya aku period, tp aku ttp berdebar2. yela, kalo x period tu tandanya mengandung la ye dok? Amboiii typical sgt pemikiran aku kan. Gedik sgt nak berdebar bagai padahal baru nikah x sampai sebulan, xdak sapa nak tanya pon dah ada isi ke blom, kahkahkahkah! Dan spt yg dijangka, mmg aku period. Sobbsss sedih la konon. Masa bgtau suami tu, bkn bgtau aku period tp bgtau “syg x preknen, wuuuu”. Sgt mengada! Tak sampai sebulan lg nikah oiiiii!

24 Julai 2012
Waja, kereta kesayangan kami hilang. Tp xtaula kenapa, masa keta kami hilang, dlm hati aku terdetik, “ni mesti Allah nak bg rezeki anak kat kami”. Ya, mmg benar itulah yg aku rasa. Aku rasa Allah ‘ambek’ harta dunia kami sbb nak gantikan dgn harta dunia akhirat, iaitu anak. Pada aku Allah nak uji kami sbb kami terlalu byk ‘jln mudah’ sepanjang bertunang, menikah, bulan madu, gaji naik, dll nikmat yg Allah dh bg. Jd pd aku mungkin Allah nk uji kami dulu sblm bg kami nikmat lg. sungguh aku pikir mcm tu, aku sendiri xtau knapa.
Tp aku x suarakan hal ini kat suami. Yela kang dia berharap, tp x betul, frust pulak. Itukan Cuma andaian aku…..
Dan andaian aku tamat di situ. Sjk aku period hari tu mmg kami xde langsung bercakap psl anak dah. Aku pon tak pikir psl anak dah. Bkn maksudnya kami takmau anak, tp x sempat nak sembang bab2 anak ni. Lgpon kami kan PJJ, masa yg kami ada utk luang bersama x byk, bila jumpa pon ada je xtvt bersama famili masing2. jd soal anak sepi seketika~

2 Ogos 2012
Aku blk sp. Masa kami berbuka puasa, tetiba suami tanya aku, bila pttnya aku period. Tersentak aku masa tu! Sbb b4 ni suami penah pm aku masa kami dok chatting, tanya bila aku cuti. Aku yg bendul ni pon ingatkan cuti raya ke apa. Rupa2nya cuti period. Aku pon jawab tanpa syak apa2. dan hari ni suami tanya lg. sungguh aku pelik. Bila aku jawab “patutnya kemarin, takpon hari ni”.

Suami senyum, dan terus cakap “haaa kalo mcm tu syg dh lekat laaaa” (nada suara dan intonasi suami masa tu, sumpah aku xkan lupa sampai bila2). Aku terkejut dgn stetmen suami! X sangka sampai ke situ suami pikir. Sungguh aku berdebar sgt masa tu. Aku menyangkal sekeras2nya. “alaaaa ni blm kira period lewat laa. Mungkin esok lusa mai la period tu. Mmg benda ni x tetap”.

Suami masih tersenyum. “xpela, b nak seronok jgk”. Aku dah susah hati… susah hati sbb tgk suami terlalu teruja. Yela, kalo x btl nanti, aku takut suami frust! Suami siap letak telinga kt perut lg! maka mlm tu Aku slow talk dgn suami… “b, blm tentu syg preknen laaa. Period ni mmg x tetap sgt, tambah2 kita baru kawen. Hormone pon x stabil. Lagipon baru lewat sehari je…b jgnla berharap sgt, nanti b jgk yg frust”…aku bersuara dgn serius.

Suami masih senyum “alaaa x pela b nak seronok suka2 je…kalo x preknen pon xpe, b x kisah pon. Awal lg kan…tp biaqla b nak seronok dulu”. Ah sudah! Mcm angau pon ada laki aku ni. “tp syg takut b yg frust nantiiiiiii”.

Suami pujuk aku, “insyaallah, b x akan frust. Kan b ckp td, b saja je suka2 nak seronok. Kalo ada alhamdulillah, kalo xdak lg b redha je. Syg jgn bimbang, k?”
Fine, aku mengalah. Lgpon aku xtau nak ckp apa lg.


3 Ogos 2012
Ada date berbuka puasa dgn erin & fana. Pada mereka aku luahkan apa yg tjadi. Fana, selaku doctor peribadi yg aku suka2 mengaku, ‘memantau’ tahap kesihatan aku. Mengikut firasat beliau, berdasarkan jawapan kpd soalan2 yg dia lontarkan, kemungkinan aku mengandung. Hahhh lg berdebar2 aku! Tp aku still x bukak mulut kt suami. Yela, benda x sahih lg kan…

4 Ogos 2012
Demam makin menjadi2, tp demam ni rasa lain mcm. Aku jd berat kepala dan x blh bangun. Plg teruk, aku pitam. Mujoq suami sempat ‘sambut’ aku. Sepanjang hari mmg aku baring ja.

5 Ogos 2012
Jumpa doktor. Act masa ni doktor dh syak kata preknen, tp doktor xmau test lg sbb period baru lewat 4-5hari. Masih terlalu awal utk detect, takut false –ve je. Tunggu seminggu baru check, sbb masih terlalu awal. Aku faham, sbb fana pon ckp benda yg sama. Cuma aku terpaksa jgk jumpa doktor hari ni sbb xlarat, nak mc. Doktor just bg ubat demam, pening, loya dll.


Nak buat seprais kt suami, mmg xla kan. Ofkos la suami sebok nak tau doktor ckp apa. Dah mmg dr awal dy yg eksaited lbh. Tpaksa jgk bgtau “doktor syak syg preknen, tp msh tlalu awl utk check. so, jgn berharap sgt. Sbb kemungkinan jgk mungkin syg mmg demam/letih/hormon ke apa.”

6 Ogos 2012
Mcm besala kan mesti refer kt dokter fana. Dia pon syak aku preknen, tp jgn terlalu yakin. Tp dlm masa yg sama dia dah nasihatkan spya aku mula jaga pemakanan, jgn angkat benda berat, dan lain2 nasihat yg mmg khusus utk ibu mengandung.


Dan aku yg terlalu eksaited, mula membeli pregnancy test kit. Hajat hati nak beli yg digital tu, konon sgt. Skali kt farmasi area opis aku tu ada 1 jenis ja. Rm6, bedal jelaaa~


Lps bukak posa terusss test! Kemainnnn~ p aku tgk jalur yg kedua mcm kabur. So aku x berharap sgt. Fana suruh wasap gambaq result tu. Dan lg 1, fana tanya “ada tak dia habaq suruh test masa 1st urine in the moning???” wahahaha mana aku tau! Eksaited sgt nak test sampai x baca arahan dah coihhh!!!

7 Ogos 2012
Wasap gambaq kt fana. Tau apa dia ckp??? “weyyy mcm ni mengandung la bengonggggggg!!!” haaaaaaaa mana aku tau!!! Xpenah mengandung kannnn #mh
katanya dia tunjuk kt semua kawan2 dia kt spital, semua kta preknen. ohhhh mana aku nak letak muka? malu la aku dgn dokter2 kt situ. mcmana nak branak kt situ nanti??? (mai tampaq aku sedaih, bajet depa kenai aku, bajet aku fasha sandha/diana danielle, booo)
Apa pon syukur sgt. Tp still ‘berhati2’, xbgtau sapa2 lg termasuk suami. Fana pon pesan jgn heboh2 lg, sbb benda masih baru. Bab2 preknen ni bkn blh suka2 hati nak heboh kt org, sbb benda ‘xnampak’.

15 Ogos 2012
aku ambek cuti hari ni. terpaksa. lantak le bos nak kata apa. pagi, pi interview dgn mak abah. syukur ada mak abah yg sentiasa jaga anak perempuan depa ni haaa even dah ada suami. balik tu, tengahari terus aku laju2 pi klinik. memula pi klinik azhar kat taman ria. sekali doktor rehat daaa. pukul3 baru ada doktor. coihhh. aku tgk kat senarai cawangan, ada cawangan kat taman keladi. terus aku call dan buat appoinment kat tmn keladi je, dekat sikit. tak kuasa aku nak mai taman ria jauh2 lagi haaa.

rezeki aku, kat cawangan taman keladi tu ada doktor pompuan. terus terang aku cakap period lewat dan tak sedap badan. doktor suruh buat urine test. jawapan doktor sgt rock, "mengandung ni cheqqq oi". bahahahaha. aku mintak nak scan, doktor takmau. rugi duit ja katanya sbb kandungan baru 5minggu lebih, tak nampak apa lagi haaa.

petang tu kami ada xtvt berbuka puasa dgn bff kat damiral's perda. aku pi dgn fana, abi balik keja terus singgah, yg lain2 dtg masing2. balik dari iftar tu, sepanjang jalan dok sembang hal ni je la dgn fana. dok cerita planning iols nak buat seprais haha. oh ya sempat order mc flurry kat suami. hikhikhik.

malam tu, masa suami pi tandas aku letak upt test yg doktor kat klinik tadi bagi, beserta kad ucapan ringkas. "tahniah, u'll be a father! :)" 

sweet tak iols? act dlm kepala ni mcm2 idea lagi nak buat seprais haaa. tapi semua ada dlm kepala jelah haha

pastu aku keluar. bila suami masuk, aku curi2 intao kat luar. dah agak dah, suami aku bukan tau upt test tu menatang apa, tak penah tengok kekdahnyaaaa kahhh. thats y aku selitkan kad jugak bagi dia paham.

bila suami dah baca, aku nampak suami mcm kaku. terus aku masuk bilik sambil senyum. suami tetiba peluk dan cium aku dgn air mata berlinang. sungguh reaksi suami benar2 di luar jangkaan aku. yelah suami kan memang dah syak aku preknen, so aku tak expect la dia nak terkejut sangat. tapi sangkaan aku meleset. suami betul2 sebak dan menangis dalam kegembiraan. sampai aku pulak terdiam dan kaku, taktau nak kata apa.

rupanya begitulah lelaki. nampak di luar biasa2 je, nampak mcm tak kisah nampak cool. tapi bila bab hati dan perasaan ni, kalah perempuan!

alhamdulillah. syukur ya Allah atas kurniaMU.




Wednesday, April 10, 2013

MATERNITY WEAR~

ASSALAMUALAIKUM...

dah dkt2 nak beranak ni, baru kalut nak share psl mengandung kannn~ saja ja nak kongsi, utk ibu2 hamil di luar sana, yg masih baru dan masih tercari2 maternity wear. tp utk ibu hamil sekitar utara jela. hikhikhik

Maternity pants
atau bhasa melayunya, seluar mengandung. aku beli seluar ngandung ni pon sbb kena 'marah' dgn nurse sbb pakai jeans. coihhh padahal masa tu aku baru ngandung 3bln, perut 'xdak' lg pon. dan plg penting, aku pakai jeans di bawah pperut, so soal ketat kat perut tu mmg x timbul. tp xpela, jgn melawan. kita beli aje sbb benda tu mmg perlu. first seluaq yg akku beli kat butik peace. ok la selesa. kain lembut, harga RM49.90. then pergi scarlet, jumpa seluaq mengandung tp ala2 seluaq biasa yg cantik tu (bahasa apa ni?), terus ambek. mmg cantik bila pakai. tapi, x brapa selesa sebenarnya sbb cawat rendah. rasa mcm x function je adjust getah kt pinggang tu sbb at last seluaq ni akan 'terlondeh' ke bawah perut. harga agak mahal, RM59.90. kali ke-3 aku beli juga di scarlet. beli sbb murah, rm29.90 je. seluaq ala2 seluaq slack. opismet semua gelak bila aku pakai seluaq ni, depa kata mcm seluaq org laki. konon aku tertukaq seluaq dgn suami. cesss! selesa jgk seluaq ni, cuma x selesa bila aku silap ambek saiz, terlebih labuh. so dlm 3-3 ni, plg selesa yg aku beli di butik peace tu~

Maternity dress
aku beli 2 helai ja. sbb leceh bila pakai maxi ni kena pakai kain dalam, huhuhu. lg satu, kena hati2 bila beli maternity dress ni sbb kebanyakannya akan singkat. nak cari saiz pon payah. slalunya saiz dah elok, tp labuh tu kurang. dan aku x suka sbb kalo pi check perut, leceh la hoiii nak selak2 bagai!

Blouse
majority blouse pregnant aku beli kt butik peace. sbb byk choice, cantik2 dan murah! selesa pon selesa. sehelai ja aku beli kt 1st lady. harga semua blouse x lebih dr rm50 sehelai. kalo kt scarlet byk yg jenis kemeja, hrga dlm rm59. oh mahal, so reject! hahaha~ ada 2 helai blouse aku beli kt kedai biasa2 ja. act tu bkn blouse utk mengandung, tp memandangkn perut aku kecik, maka muat je baju apa pon =p

Nursing bra
jgn ingat aku nak melucah kat sini. ada org xtau psl ni tau! bila preggy ni, saiz badan kita akn berubah. jd pastikan apa yg kita pakai tu btl2 selesa. kalo tak nti mula laaa nak mengamuk x ketahuan hala! pilih bra yg selesa, jgn ketat sgt. aku memula beli 2 helai ja nursing bra. beli kt scarlet, jusco perda tuuu. konon2 nak guna tym kat spital je. kat umah nanti selak ikut suka jela konon. tp bila tgk pengalaman kakcik, mcm perlu jeee nursing bra tu. so ajak suami shoping lg, nak beli lg. kali ni beli lg 2, pon kat scarlet. kali ke-3 beli kt cs, sehelai ja. beli sbb serba salah dgn salesgirl tu sbb dia layan baik2 sgt, tpaksa beli jgk sehelai sobbbssss~
aku mmg rekemenkan uolls beli kt scarlet sbb nursing bra kt situ ada byk jenis dan byk choice. harga kebanyakannya RM19.90 sahaja!!! pd org lain aku xtau. tp pada aku, even nursing bra, aku rasa perlukan padding jgk. bkn padding yg tebal push up tu, memadai la padding nipis agar kita selesa. ada jgk yg ada besi. terpulang masing2 punya selera. tak mcm audrey, even aku penggemar audrey, tp nursing bra dia mmg out! langsung xde padding, nipis, design mcm hapa ja hrga kemain rm49. mmg x laaaaa~

Maternity panties
yg ni terpulang. aku x beli pon. kalo kt scarlet mmg byk, tp aku x belek sgt sbb tgk design mcm nenek2. lagipon aku rasa x perlu. aku cuma beli panties biasa, tp cari saiz gajah~ wahahaha~


Monday, April 8, 2013

39 WEEKS ALREADY~

ASSALAMUALAIKUM...

39weeks - Allahuakbar, cptnyaaa masa berlalu! minggu lps dah start cuti. start cuti pon secara kebetulan mmg tetiba sakit. then mmg x pegi keja dah la. bila ddk umah ni, rasa bosan la pulak. keja rht ja, rasa lemau ja. bila terlebih rht mula la rasa nk keja. tp nak drive pi loqstaq tu yg x larat. huuu~ selera makan waktu siang mcm x brapa ok, tp malam kemain mkn mcm2. jd siang byk tido je. xpon kemas sket2 brg baby. maklumla rumah kecik, tp brg byk. sobbssss mmg nanges laaa nak atur brg umi dgn brg baby T___T

kesihatan, xtau la nak ckp. ada ketika ok, mmg ok la. tp bila mai sakit2 kt bwh perut tu mmg blh 'terjerit' tetiba. huhuhu. nak bangun pon rasa berat je badan. mujoq ada suami yg sentiasa bersedia berkhidmat utk 'angkat' bini dia ni. bila suami pi keja mak laa jd mangsa hahaha~ tido, mmg x nyenyak laaa. mcm besa la x selesa nak tido dgn perut besaq ni. lebih perit bila sakit. mmg ke kanan ke kiri serba x kena. sbb tu la siang mesti akan cover tido blk huahuahua~ skrg ni tgh amalkan banyakkan berjalan. contoh pi pasar mlm, uptown, shopping mall. konon utk mudah bersalin nanti la kan. tp kekadang bila tgh jalan tu tetiba sakit, blh terhenti dibuatnya. hohoho~ kdg2 berhenti utk rht. kdg2 tgh2 org ramai pon suami akan urut blakang kalo aku sakit tetiba kt tempat awam. nak drive pon mcm xbrapa mampu skrg ni. kalo x terdesak mmg xkan drive. buat keja umah sket, rht lebih2. wahaha~

~ gambar masa 38w. baju lovely2, cc : embun ~
dr segi emosi, mmg x tenteram. bila dah masuk fasa 'tunggu hari' ni, debaran tu kuat sangat! bayangkan laa hari2 mimpi yg aku dah bersalin, mimpi baby dll. psaan tertunggu2 tu mmg mendebarkan. sbg ibu, mmg sentiasa risaukan kdaan baby kt dlm ni. sungguh, umi xtau apa baby buat kt dlm. samada baby sihat ke x, selesa ke x. sbb tu rasa nakkk je bersalin cpt2. nak baby cpt keluar spya bby selamat dan umi blh jaga baby. haaa lbh krg gitu la psaannya. abi plk kerap pesan spya kira btl2 gerakan baby. kalo krg gerak cpt2 pi spital. amboiii kemain pesanan suami skrg ni dh ala2 dokter! wuuu~ dan sgt 'takut' bila suami tnya "baby sehat x hari ni?" "baby tendang kuat x hari ni?" "baby aktif x hari ni?"

sungguh, xtau mcmana nak hilangkan rasa nebes ni. cuma mampu mengaji & berdoa ja. umi & baby cuma mampu bertawakal kpd Allah. sbb baby di dalam. apa2 jadi umi xtau dan umi xmampu nak buat apa2. haishhh xtaula kenapa risau sgt! sbb tu rasa mcm dh ready sagt2 nak bersalin, nak bawak baby keluaq dan nak jaga baby. walopon nebes tu sangat laaa tinggi tp umi rasa umi kuat! :)

abi pulak, saaangat x sabaq nak jumpa baby! hari2 tanya baby, "bila baby nak keluaq ni? niii umi abi beli baju byk kt baby" =p

abi nak pi mana2 pon 'berjaga2' sgt skrg ni. even pi solat maghrib kt surau, bawak hp dan pesan kt umi kalo sakit terus msg, b bwk hp ni. bkn abi jaaa, mak tok dgn tok wan pon, pi ceramah pon pegang hp. xbrani letak hp dlm beg. takut umi call x dengaq. alahaiii kekadang rasa bersalah pon ada. rasa mcm dh buat semua org risau -,-

sungguh aku teruja nak tunggu baby keluaq. nak guna brg2 baby yg kami dah beli sakan b4 ni. nak peluk baby. nak bangun tido, nampak baby. nak susukan baby :)

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~


Monday, April 1, 2013

APRIL FOOL~

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni agak mencemaskan
semua org cemas
semua org kelam kabut
aku dh ckp jgn risau, jgn kalut
tp apalah dayaku nak menghalang mereka

td tgh lunch abi ckp
"syg...hari ni baby buat april fool kat umi abi mak tok & tok wan"
terus kami tersenyum
aku usap perut
"aipppp baby nakal nya???"

***semoga urusan bersalin dipermudahkan

Monday, March 25, 2013

9 bulan~

ASSALAMUALAIKUM...

xtau kenapa sjk diberi epoimen utk jumpa pakar pd minggu ke-36, mula la berdebar2 sgt nak tunggu masuk minggu tu. 36w = 9bln. ohhhh rasa nebes cmna ntah. berdebar2 sgt nk masuk 9bln. dan yg lbh buat aku berdebar2 adalah krn ramai jgk kawan2 aku yg bersalin pd minggu ke-36. jd minda aku dah set, masuk minggu ke-36 dh blh get ready la. terus masukkan beg spital yg dh 2bln aku siapkan tu ke dlm keta =p


dan aku telah menjalankan siasatan ke atas beberapa org kenalan ttg kelahiran mereka,

syazila : 36w
kak ema : 37w
naimah : 38w
kak lin : 39w
aini : 39w
ani : 39w
liyana : a day b4 edd
kak rai : 0n edd
kak cik : overdue
syaliza : overdue
fieza : overdue         

so berdasarkan data berikut, membuatkan aku lbh bersedia yg anytym ja baby blh keluaq. mama fana pon ckp baby dh cukup bln dah. kena bersedia fizikal mental. cuma harap2 jgnla baby keluaq masa aku kat loqstaq ni. minggu ni last daaa hrp baby dpt bersabaq ye syg~


dulu dok takut nak masuk 36w, padahal now dh 37w pon. sat ja masa berlalu. mcm xpercaya pon ada. dan last stage of pregnancy agak mencabar dr sudut kesihatan. kejap2 sakit rusuk, sakit pinggang, sakit urat. tym rht mmg rela xmakan, asalkan dpt tidoq dgn aman kt surau, xde lg nak letak2 kpala ats meja, baring terusss! blk keja, jgn ckp byk, mmg terus baring, sbb duduk lama2 kt opis mmg mengundang ketidakselesaan/keletihan. itu blm lg tym berulang sp-loqstaq! selera makan plk, alhamdulillah, blh je makan setakat nak hilangkan lapar tu. dan yg menghairankan, kerap plk aku membuang di akhir2 pregnancy ni, wuhuhuhu! sehari 4-5x masuk toilet. tido, mmg jgn berangan nk tido nyenyak ye. mmg akan terjaga jgk sbb sgt x selesa nk tido. 

maka dgn ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kpd semua yg mengenali aku, kalo2 ada tersalah terkasar bahasa terguris hati. mintak maaf byk2. doakan perjalanan aku dipermudahkan~


Thursday, March 14, 2013

PAGI INI~

ASSALAMUALAIKUM...


sejak smalam sampai pg ni, dh 5-6x ulang alik p toilet. mula2 ok lg, lama2 cirit-birit. pagi td bangun tido, terasa mcm sukar bernafas. relax dulu, baring2... dan bila nk p toilet, terus rasa mcm nk muntah. hairan jgk cmna blh nk muntah. dan akhirnya termuntah jua. muntah kosong, kuning tu tp byk. ya allah, sakit sgt! 

masuk opis lambat hr ni, 9.30pg. awl tu dlm dilema nk ke klinik or opis. tp akhrnya pilih utk p kja jgk sbb ahad & isnin ni aku cuti lg...wuuuu



Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, March 11, 2013

UMI YANG KUAT~

ASSALAMUALAIKUM...

sejak usia kandungan mencecah 34w, aku dh mula rasa saket pinggang. mana taknya kan, setiap minggu 2-3x berulang sp-loqstaq-sp-loqstaq. letihnya hanya Allah yg tahu. dan saket pinggang tu mmg xblh nk describe. plg teruk bila kt opis. dh la letih drive, letih keja, duduk lama2, baby plk mengeras, mmg x selesa sgt nk keja.


ya, mmg ramai jgk yg terkejut aku masih blh dok drive pi-mai-pi-mai. even nurse, doktor, jiran2, kawan2, kawan2 suami, sedara-mara, semua terkejut dan hairan. dan mak, adalah manusia yg paling bimbangkan aku . setiap kali aku nk blk mesti mak call soh hati2. kalo ikutkan mak, dia dh x bg aku pi keja.

minggu lps abi dh bg arahan yg umi dah x payah drive. biaq abi yg jemput kalo nak blk sp. oh no-no-no umi x setuju! buat apa nk menyusahkan semua org? abi dah cukup penat dgn keja, dr penang nk ke loqstaq plak, mmg x ptt. alang2 umi dah lalui, biaqla umi lalui sampai abes. lagipon xlama dah nk jmpa baby kan.... :)


lps saket pinggang, aku dpt saket 'baru' plk, sakit rusuk belah kanan, btl2 atas perut tempat tido baby tu. sungguh aku dh xtau nak buat mcmna. setiap kali saket, cuma mampu bertahan, baca apa yg ptt, picit2 sket. slalu positifkan minda, "semoga umi yg kuat akan melahirkan baby kuat". ya, mmg itulah kekuatan yg aku pegang selama ni. dan tak sangka, suatu hari sblm tido, suami bisik kt aku benda yg sama. "insyaallah, dgn kekuatan syg lalui semua sakit ni akan melahirkan baby kuat jugak, mcm umi dia". allahuakbar! xsangka naluri kami sama. 


mcm semalam, elok sampai umah sewa ja terus saket yg sgt2. nak duduk xblh, baring pn x blh. nk p klinik pon xblh nk drive. dok bergolek jela ats tilam tu. solat pon cpt2 sbb saket. at last lps mandi, baring2 nak tido. tp ttp xleh tido. lama2 sakit makin berkurang la jgk. pkl2 pg baru blh tido. dan pg td, masuk opis lewat. saja, nk rehat kejap lps subuh. kalo ikutkan hati nak je mc, tp mengenangkan lps ni byk lg aku nk kna cuti sbb byk lg appoinment, tpaksa batalkan niat tu dan gagahkan diri ke opis. lg satu kalo blh xmo p klinik sorang2 kt loqstaq...nak p tym abi ada, blh sama2 tgk baby :)

apa pon umi harap umi blh bertahan sampai at least hujung bln ni. kalo baby mau keluaq awai, 31.3.13 pon ok jgk! :)


Monday, March 4, 2013

MIMPI YANG TAK SUDAH~

ASSALAMUALAIKUM...

haaa jadah apa plk dok nyanyi lagu ibnoriza ni kannn? xdela... nak cerita ttg tidur aku skrg ni. act sjk 28w of pregnancy, aku mula dihantui oleh mimpi2 pelik. yg bagi aku agak 'menakutkan'. contoh, mimpi hospital, nak beranak, dah beranak, nak susukan baby, tgh susukan baby, tgh belajaq cara uruskan baby, dll... aku mula gugel dan risik2 kat kengkawan yg lain, ramai yg ckp itu adalah perkara biasa. mereka jgk pernah alami mimpi yg sama. fine, aku terima.


tp sejak 2minggu lps, aku mula mimpi benda lain pulak. xdela mimpi bukan2 sgt, tp lbh kpd mimpi sbb tido x nyenyak. atau gangguan tido. eh xtaula nak ckp mcmna. sejak 32w ++ ni perut aku dah makin menampakkan tumbesarannya (alhamdulillah). jd bila perut besaq, tido pon mula la x selesa. ke kiri x kena, ke kanan x kena, menelentang pon x kena. bila tido, setiap kali nak alih position, mesti aku akan 'tersedar' sbb sakit nak beralih position tido tu. maka itu la tido x brpa nak nyenyak, kejap2 terjaga.


ada ketika kalo aku tido nyenyak sgt disebabkn keletihan melampau, aku mmg x sedaq apa dah. tp bila jaga je, perut dah sakit. ini yg paling bahaya! sbb aku x sedaq masa tido tu aku ada tertindih perut ke apa. tp aku yakin la mmg aku tertindih perut, xkira la dr tepi ke depan ke, yg pasti sakit tu mmg sakit sgt. bila jd mcm tu mmg takut sgt, rasa bersalah sgt dkt baby. lps tu mula la tunggu reaksi baby dgn penuh debaran. bila baby tendang ja, rasa syukur sgt! :(


dan skrg, mmg x blh tido kt opis mcm slalu dah. i mean, tido dgn meletakkan kpala atas meja. sbbnya, perut akan terasa sakit sgt! perut dah besaq, dah x blh nak tunduk2 bagai. td seharian aku sakit perut akibat tertido kt opis plus aku mmg penat sbb weekend penuh xtvt, pg td drive dr sp ke loqstaq. bila blk umah dan baring rasa legaaaa sgt! esok kalo perut mengeras dan sakit lg, aku nekad nk mc. mmg tak tertanggung rasanya nak tahan sakit perut sepanjang hari kt opis. buat keja dgn kdaan perut sakit mengeras, amat terrible!


uolls kalo rajin gugel la posisi tido yg btl tym preggy ni yer...tp tu la...tido ni kan separa sedar. even kita tau position tu salah, kalo dah tido x sedaq apa tu, mmg x leh nak elak. tp kalo masih mampu sedar, mmg kita akan 'terjaga' bila nk alih position. so mmg akan berlaku gejala krg tido dan akibatnya sentiasa mengantuk ketika di opis. biarlah...ini semua pengalaman. kita je yg tau rasa mcmana :)



Sunday, February 17, 2013

PERUT CEKANG~

ASSALAMUALAIKUM...

khamis lps, dekat2 asar gitu
atau lbh tepat, lps makan nasi grg
tetiba perut aku mengeras
mengeras sgt-sgt-sgt
sampai tahap aku x blh duduk
sbb x selesa sgt dan sakit
mmg x blh nk buat keja
perut mengeras, dan rasa berat
gitewww~

terus masuk surau opis, snap gambaq
perlu ke tunjuk?
hehehehe x payah lg kot, nanti2 la
tp ada la sent gambaq kat pondan2 terpilih tu

sorang ckp "sayu pulak aku tgk perut ju"
sorang lg "lapaq pulak bila tgk perut ju"
dan sorang lagi...hmmm
"hampa x tgk perut aku lg...sebak terus kot"


8 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...


hari ni genap 8 bulan kami menikah
kelmarin genap 32weeks usia si kecil kami
32weeks = 8 bln jugak :)
(sapa yg keliru mohon rujuk pakar cara nak kira usia kehamilan)
x kesahla...yg penting kami bahagia
sekejap je masa berlalu
x lama lg baby lahir
mmg mcm x percaya!
skrg ni hati berdebar2 je
risau sgt pk tarikh bersalin dh dekat
mcm2 yg aku pk
mcm2 yg aku risaukan
hmmmmmmm....

semoga Allah melindungi kami sekeluarga
semoga Allah mempermudahkn urusan kami
semoga Allah terus memelihara kami

Wednesday, February 13, 2013

LEMAU~

ASSALAMUALAIKUM...

pagi td, dh siap2 semua nak pi keja
tetiba rasa nak muntah
mcm bea, tahan sb x mo muntah
'saket' laa muntah2 ni
suami ckp kalo nk muntah, muntah je
jgn tahan2 #sambilurutbelakangisteri
akhirnya aku termuntah jgk
muntah yg kuning mcm awal2 pregnant dulu
sikit ja, tp seluruh urat perut rasa berpusing
(muntah dlm besen yg mmg suami dh spare dlm bilik)

lps muntah terus turun bawah bersihkan mulut
salam2 mak, kakcik & uwais then pi keja
sampai opis, mmg x sedap badan sgt2
perut x selesa, kepala x selesa, badan lemau
dh la bby pon krg menendang pg ni
slalu subuh2 dh menendang
mmg risau!
sblm pi keja suami dh keluarkan arahan
kalo bby x bergerak jgk cpt2 pegi klinik!

kat opis, aku tido je
mmg x larat sgt2
then mkn nasi lemak sket, sambung tido
around 11am, alhamdulillah bby kembali aktif
sangat aktif!
so aku pon decide takkan ke klinik
tym rht tido kemain nyenyak
12.45 dh start tido muahahahaha
pkl3.30 mintak tlg bdk praktikal belikan mi grg & horlicks ais
lapaq hoiii hahahaha!
lps tu baru la bl bt krja dgn aman

mmg dr awl dok terasa nk blk merbok
tp memandangkn badan letih & perlukn rehat, mcm cancel la kan
tp dkt nk blk kja bru dpt tau naqiah x blk umh mlm ni
kak nurul plk, aku bru teringat dy cuti kawen
so mestila kena blk jgk!
nk blk merbok, tp suami soh blk sp sbb dy nk tido umah zaidi
tapi....hati aku memberontak nk blk merbok jgk!
biaqla suami xdak umh pon, nk blk merbok jgk!

so here i am
7.30 baru smpai merbok td sbb blk lambat
then suami ckp dy cancel tido umh zaidi
sbb nak blk tido dgn baby
wuuuu huhuhu
now tgh tggu berger daging cheese dr suami
lapaqnyaaaaaaaaa
sumpah sgt lapaq!
how dare suami blk lambat
sobbbbbbbbbssss

***mekasih abi sbb basuhkn muntah umi. kalut nk p keja sampai lupa pasal muntah. kehkehkeh

Sunday, February 3, 2013

KASUT UTK UMI~

ASSALAMUALAIKUM...

perihal kasut, sampai skrg x setel2 lg
bkn sbb x cukup bajet, tp sbb x jumpa lg mana yg bkenan
dah tawaf rata mall sekitar penang, sp & loqstaq
tu pon xdak yg bkenan lg, haiyarkkk!
dok pakai ja sandal yg skrg ni, yg dh mcm belacan tu
mmg sandal tu sedap pakai lg
cuma rupa je dh mcm belacan disebabkn material dan kaler yg krg sesuai
malu sgt bila pi mana2 org tgk kasut mcm apa ja
tambah2 bila pi klinik
mak metua pon bila tgk sandal aku ckp 
"alahaiii kesiannya kasut jus!"
uwaaaaa!

umi nk kasut yg mcmna pon xtau la
konon2 nak yg sedap & selesa (utk preggars kan), design x cantik pon xpa
konon ja...
bila belek2 yg dh selesa, ttp komplen bila design x cantik
besa la kan kalo kasut sedap2 ni slalunya design mmg mcm nenek2
sampai nak pakai pon x sampai hati walopon dh selesa

lg satu, mesti nak yg mahal
giteww syaratnya utk kasut umi
mmg mintak kena lempaq selipar kan! kahkahkah
konsepnya, kalo kasut mahal dh tentu selesa kan?kikikiki

kemarin ada la jumpa 1 kasut ni, jenama bata
xdela mahal sgt, tp selesa dan sgt cantik!
kaler nmpak young & energetic gitewww
tp sayangnya tapak agak tinggi pulak
tinggi sikit ja, tp aku xmo la ambek risiko
aku nk yg flat ja, sbb takut risiko tergelecek

hmmm...pg td abi bg duit, soh pi beli sendiri 
kot2 la terjumpa yg bkenan
wuuuuuuuuuuuuuuu :(


Wednesday, January 30, 2013

RAGAM PERUT~

ASSALAMUALAIKUM...

skrg ni kan, baby dah pandai buat lawak la
pastu dah pandai main2
buat lawak sbb apa?
yaaa hri tu kan baru aja aku terkejut perut tetiba besaq
tp lps tu aku perasan perut aku mcm 'kempis' blk
nampak kecik jeee
tp bila 2 hri blk sp, tetiba aku tgk perut besaq pulak
keras bulat comey je

tgh tgk tv, mak mai usap perut
"tudiaaa besaq dah!"
suami yg tgh nak duduk makan pon, terberhenti
sbb teruja tgk perut aku
terus mai kat aku dan belek2 perut aku then 
"haaa mcm ni la baru nampak mengandung!"
maka aku jelaskn kpd mereka
sebenarnya bila blk sp ja perut tetiba besaq mcm ni
masa kt loqstaq kemain kempis ja perut
mak kata mmg ada ketika dia mengeras, dia tonggek punggong =p
dan mmg blh rasa perut mengeras tu, kemainnnn
bila baby bergerak ja bergegaq perut umi
dah la skrg ni bby tendangg dr pelbagai arah
kiri kanan serentak dia bedal
sampai ke pinggang terasa gerakan
sampai umi duduk pon x senang sbb geli =p

dah tu skrg dah pandaiii main nyorok2 plak
kalo dulu kemain org panggil dy bg respon
tp skrg ni kalo du tgh rancak bergerak
then umi panggil abi tekap tangan kt perut
terus dia diam, langsung x gerak!
bila abi dah lenguh, dah alihkan tangan
baru dia tendang pulak
amboiii nakal anak umi ni! 
nak main nyorok2 pulak dgn abi???
jd umi guna peluang ni utk usik abi
"baby xmo kawan dgn b la tuuuu" =p

semalam masa baby dok main2, umi berjaya 'tangkap' kaki dia!
saja x gitau abi sbb sekejap ja umi dpt 'pegang' kaki tu
kehkehkeh padan muka baby! =p


Tuesday, January 15, 2013

KEPERLUAN~

ASSALAMUALAIKUM...

lately ni kan kerap sgt aku membeli
ayat aku, "ni keperluan umi laaa" hahaha
ayat utk sedapkan hati sendiri
suami, dia x kisah pon
mungkin dia nampak aku mcm kuat shoping
tp mcm yg aku ckp, ini keperluan la! hahahaha

selasa lps, lunch kt tesco
apa lg, serbu butik peace la
target nk beli seluar ATAU blouse sehelai ja
tp bila pi, rambang mata!
kebetulan ada blouse yg mmg aku dh lama berkenan
blouse tu sama mcm kakcik
kaler yg aku berkenan pon sama mcm kak cik
jd aku pilih kaler koko, xnak la sama hohoho
dah tu ternampak blouse lain pulak
arghhhh mmg berkenan!
duit bawak ngam2 utk beli sehelai ja
last2 buat add math pulak kat situ
kira jumlah harga baju then tolak diskaun (sbb pakai member card kaknot)
pastu x cukup rm10, pinjam duit thor
kahkahkahkah gagah la umi ni!
so berjaya laaaa sambaq 2helai blouse :))

lps tu, dpt plak duit intensif
x byk, tp ok la drp xdak langsung kan?
umi dah ckp nak hulur utk beli brg bby sket
tp abi x bg, abi kata xpe guna duit abi hohohoho
kalo nk bg pon, bak rm50 ja
so xpela xpenting pon bab tu hihihihi

ptg plak, lps blk keja singgah ke zon ria pulak
sbb mmg dh lama nak mai, nak shoping =p
utk baby, umi beli set tilam
walopun bkn set tilam kabu, terpaksa bedal ja
sbb mak dah bising tilam x beli lg, takut xdan nak jahit bantal la sarung la apa la
so aku beli je dulu yg murah ni, stand by
pastu beli seluaq yg selesa utk umi pakai di rumah
dan jgk sepasang baju tidoq umi
juga pakaian dalam utk keselesaan ibu mengandung
nahhhh at last melayang lg duetttttttt hahahaha~

td pon sama
lps keja pi ambek cermin yg ditempah tu
sgt puas hati ok! x sabaq nak blk!
lps tu konon2 nak jalan2 je kt tesco, xmo beli pape
skali terrrmasuk kt kedai yg jual baju murah2 tu
kbnykan baju kt situ berharga rm19.90 ja (termasuk peplum tau!)
dan yg bestnya mmg ternampak baju yg display kt luaq tu
mmg berkenan sgt2!!!
akhirnyaaaaa terbeli jgk!
ye umi beli sehelai ja, len kali umi beli lg
kikikikiki

Thursday, January 10, 2013

6 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...

subhanallah...
sekejap je dah 6bln setengah usia kandungan aku
cepat sgt masa berlalu, sampai tak terasa
dulu bila tgk usia kandungan kawan2 24w, 30w, 36w,
rasa mcm jelesss sgt
dlm hati dok pk "bestlaaa depa dh lama preknen...lambatnyaa nak tunggu bby besaq"
haaa now mcm x percaya bila kandungan sendiri dah melebihi 20minggu


skrg ni bby mmg betul2 aktif
setiap masa menendang sampai aku sendiri tak pasti bila masa dia tidoq
kadang2 sampai pkl 3pg pon dok menendang lg
umi dok keja bby dok tendang, sampai 'lari' mouse di tangan
tgh tgk tv terjerit 'adoiii' sbb tkejut bby tendang
tgh makan pon bby gedebuk gedebak menendang
tgh dok on9 pon bby menendang sampai bergegaq perut umi!

dulu masa quickening aku berlagak dgn suami
sbb aku sorang je blh rasa bby gerak
masa minggu 21 ke 22 ntah, aku bgtau suami bby tgh tendang
dia geram sbb xblh 'rasa'
so aku saja letakkan tangan suami kt perut kot2 la dpt rasa
tetiba suami jerit 'haaa'
eh suami dpt rasa???
suami ckp ya! rasa gerakan halus

tp tu dulu
skrg ni bkn lg gerakan halus
setiap kali tgk tv, tangan abi mesti atas perut umi
sbb bby sentiasa menendang skrg ni
sampai nampak berut bergegaq
'geram' abi dibuatnya!
abi dok pikiaq bby buat apa, tendang mcmana, or tumbuk
sampai kerut2 muka abi pikiaq

perasaan masa bby tendang, sgt amazing
slalu umi senyum sorang2
sbb dpt 'rasa' buat apa pon berdua
termasuk solat, rasa syahdu sgt sbb solat berdua
pi mana2, buat apa, semua rasa berteman
dan teman yg sgt rapat
subhanallah...indah sungguh perasaan ni!

alhamdulillah, syukur kpd Allah krn diberi peluang merasai nikmat ini
setiap hari berdoa agar semuanya dipermudahkan
semoga Allah melindungi bayi ini
umi xtau apa kdaan bby di dalam
umi cuma mampu berdoa pd Allah
dlm masa yg sama syg umi sentiasa bertawakal pd Allah dr dlm 
kami sama2 menyerahkan segalanya pd Dia

THE REAL PREGGY MOMMY~

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin, tergerak hati nak belek perut depan cermin
ya Allah, terkejutnyaaa tgk perut sendiri!
dah besaq rupanya! dan dah nampak btl2 mcm org mengandung!!!
bila tgk dr tepi, rasa ngeri pulak
sbb blh 'nampak' ada bby dlm perut
nampak perut mcm tergantung
bulat kemas
ohhh teruja sgt!!!

bila pegang pon dh xdak rasa lembik2
rasa tegap & pejal
rasa 'keras' baby
ohhh bahagianya!!!
patutla b4 pi kja senin lps abi sebok belek/tenung perut umi
@____@



patutla lately cepat sgt rasa sakit perut bila duduk lama2
rasa 'lenguh' perut
nak kepit kuku jari kaki amatlah seksa sbb perut menghalang
dan skrg tandas cangkung adalah musuh utama
even cangkung utk kencing skjap pon dh rasa sakit sgt
duduk atas lantai lg laaa x blh, nti x sedap  perut
tym rht pon xblh nk tido sgt
sbb bila tido letak kpla ats meja, perut akan rasa sakit
sbb perut dah hampir belaga dgn meja
dah x blh hugging suami sbb perut menghalang
solat pon slow sgt sbb kena 'pedo'
duduk kena tegak/bersandar, xleh bongkok2 sbb nanti perut sakit

now dah rasa mcmana susahnya ibu kita mengandungkan kita
subhanallah
semoga Allah terus memelihara kandungan ini
umi akan bertahan demi 'membawa' khalifah Allah yg sgt bernilai ini

***gambaq perut bff je dpt tgk. sbb terujaaa sgt tym jumpa dulu masih ramping~



Wednesday, January 2, 2013

BEG BARU UMI! ~

ASSALAMUALAIKUM...

ptg kemarin xtau nak makan apa
target nk pi pasar mlm kt as mall
blh singgah as mall beli vitagen & yakult
(sbb lately ada sembelit)
so pegi as mall dulu sbb senang dpt parking
target nk jln kaki je ke pasar mlm (bajet gagah)

tp malangnya bila masuk je as mall tu
aku disambut dgn sale yg menggila
ohhh apakah dugaan ini?
belek punya belek xda yg berkenan
tp tertarik dgn satu beg ni
besaaaaaq! rasa mcm best je kalo buat beg baju
a.k.a beg balik kampung
di samping tu target nak jadikan beg ke hospital nti
xtaula sesuai ke x, tp aku rasa ok je
baru nampak stylo pi spital ye dok?


so terrrbeli laaa beg tu hahaha
then beli vitagen & yakult
pastu mula la rasa letih setelah pusing mall
rasa mmg xmampu dh nak jln pi pasar mlm
since aku park keta pon dpn entrance as mall ni ja
so beli aje nasi grg  kampung kt foodcourt as mall tu :)

Tuesday, January 1, 2013

APPOINNENT~

ASSALAMUALAIKUM...


6/1/13 - ambek result urine 
15/1/13 - check perut
20/1/13 - jumpa dokter
Utk blood test,perlu segera
dalam masa terdekat ni jgk!
Nurse dh start ligan suami
Siap pi umah aku lg
Siap mintak alamat umah sewa kt loqstaq
Parah! stresss!
jnuh arrange mcmna nk cuti
Penat sgt mcm ni =.=



Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 30, 2012

STRESS~

ASSALAMUALAIKUM...

arghhh tension je rasa!
hari tu kena warded
pastu demam sampai lembik
pastu bt blood test, result x elok
kmarin ptt test lg
tp kemarin jgk baru nurse call
mana sempat hoi!!!
kepala ni asyik pk je ttg kesihatan
aku sendiri xtau aku ni sihat ke x
stresss! sgt stress!

Sunday, December 16, 2012

BETIS~

ASSALAMUALAIKUM...

slalu kalo preggy ni mmg sinonim dgn 'tarik mengkarung' kan? org kl aku xtau panggil apa, tp kt kedah gitu la panggilannya. sebelum ni aku mmg slalu dah jadi tp aku xtau, sbb aku ingt 'tarik mengkarung' tu cuma jd kat jari. rupanya kat betis pon ye jgk. aku slalu jd bila nak mengeliat. amboi kemain berangan nak mengeliat sedap2, skali nahhh keras betis! mmg sakit sgt2! slalu aku akan picit2 kt perut betis yg lemak berkrim tu, then ok la.

pg sabtu hr tu tido kt umah abg. lps subuh baring2 dgn suami, tilam plak single. sambil nak kejut suami sambil mengeliat konon, skali keras betis. aku ni dah kelupoq sambil tunjuk2 kt betis, suami blh plak dok terkebil2 tanya "kenapa?kenapa?" waaaaaa mmg rasa kaki ringan jerrrkkk =p
setelah tgk aku mcm nyawa2 ikan baru suami paham dan urut2 betis, so ok la. blh bangun berlari mcm besa.

slalunya mcm tu la, jadi pagi2, lps urut ok la. tp kemarin, bila aku berjalan stil terasa sakit. ptg, soh suami urut sket. tp bila mlm masih terasa sakit. suami x jemu2 urut (mekasih sgt2) tp aku ttp rsa sakit lg. pg td, bangun tido, aku dh rasa xleh jalan. i mean, jln mcm org senget je terhinjut2. so pg td pi keja lewat. bawak keta mmg sakit sgt, keta manual kannnn. tu pon mujoq mmg awal2 lg suami dh bg kad tng sbb minggu ni nk blk byk kali. ni la padahnya bila keta dkt umah aku semuanya manual (amboiiii byknya keta kat umah kau!) so xleh la nak tukaq dgn abah ka abg ka~

bila pi opis, aku rasa kaki makin sakit. jln mmg xkira apa dah, buruk sgt. ada ketika aku terpaksa pi bilik meeting dan urut2 betis. aku mmg sengaja xmo pi klinik sbb kalo pi pon doktor cuma bg mc ja. malas la nk mc sbb selasa ni nak cuti lg utk checkup baby. so gagah jela. esok je keja, pastu blk. selasa, mak metua dah deal nak bawak pi mengurut :)

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...