CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ULAT BUKU. Show all posts
Showing posts with label ULAT BUKU. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

NOVEL UNTUK DIJUAL! ~

ASSALAMUALAIKUM...

dengan ini aku nak lancarkan (ewahhh) novel 2nd hand utk dijual. seriusssss sayanggg sgt novel2 ni semua! tapiii aaa nanti nak pindah umah malas nak angkut banyak2. plus xtau nak simpan ktne dah. dulu2 simpan semua novel ni sbb nak buat collection, konon nak baca di masa akan datang. konon jela kan. sejak ada anak ni mimpi laaaa nak baca novel bagai ni. so jalan terbaik, jual je.

kenapa uols kena beli novel aku? hahhh kena tu kauuu!

- novel aku semua in good condition, i mean VERY GOOD 
- novel aku semua berbalut sbb aku ni jenis sayang buku, dpt je buku terus balut, baru blh baca
- semua novel2 aku ni cuma baca sekali je, sbb aku tak bagi pinjam. aku sayang novel aku so x bagi org pinjam hakhakhak
- yg penting murah uollls! murah sbb berbaloi dgn condition buku tu

kebanyakan novel yg aku jual ni novel cinta. sbb novel RAMLEE AWANG MURSHID masih berkira2 nak jual ke tak. mcm biasalaaa konon nak buat collection. 

baru semalam aku upload, belum habes upload lg dah bertubi2 wassap masuk. sungguh x sangka rupanya ramai yg minat novel preloved ni ye. abi cakap aku blh mark up harga sbb novel2 aku semua in VERY GOOD condition lg, lagipon ramai yg 'berebut'. takpelah, mungkin depa berebut sbb aku letak harga murah kot. siap bg diskaun lg uols kalo ambek lbh dr 1! haaa mmg xdak ciri2 usahawan kakakaka. xpela aku jual pon bkn sbb nak untung sgt. best tau bila ada yg sama minat dgn kita, rasa semangat nak share. 


kalo nak pos, makan cost lg tu yg aku xmau juai mahai sgt. abi gelak je, aku plk risau org nak kena byq postage padahal rata2 yg wassap x kisah pon nak bayaq postage LOL. so better cod kalo nak beli novel teal2 tu. blh pickup area SUNGAI PETANI, PENANG, MERBOK, PENDANG haaa gitu. 



~ AKU BUKAN MISTRESS ~
 BOOKED

~ RANTING CINTA SI PLATO ~

~ SUAMI AKU USTAZ ~
 BOOKED

~ GURAUAN BERKASIH ~

~ ARCA KASIH ~

~ ARCA KASIH ~

~ THE WEDDING BREAKER ~
 BOOKED


~ MENTAL ~

~ SUAMIKU VAMPIRE ~

 ~ DENGAR KATA HATI ~

~ PERCAYA ADA CINTA ~

~ AWAK SUKA SAYA TAK ~



~ CONTENGAN JALANAN ~

~ SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU ~

~ DENYUT KASIH MEDIK ~

~ ADAMARYAM ~

~ AWEK CHUCK TAYLOR ~
BOOKED


in sha allah kalo ada masa nanti aku upload baju preloved plk. do visit my ig, search preloved_by_juicy

sebarang pertanyaan email me : juicy_hijaukuning@yahoo.com

so, enjoy!

Sunday, February 3, 2013

REVIEW : CINTA HIGH CLASS

ASSALAMUALAIKUM...

Novel ni merupakan gabungan dua cerita dari dua penulis – satu dr suara hati seorang isteri, satu dr mata hati seorang suami. Kedua2 cerita mempunyai perkaitan. Tp pada aku novel ini tak mcm novel sgt, lbh sesuai dikatakan sbg buku motivasi.Sbb lbh byk ‘ilmu’ yg disampaikn berbanding cerita. Pada aku la kan…..



Masa baca novel ni, terasa diri aku sgt kerdil. Terasa mcm ruginya masa remaja yg telah aku sia2 kan. Terasa mcm byknya kekhilafan aku di masa lampau. Tp xpa, blm terlambat utk aku memperbaiki diri. Apa yg disampaikan, blh dijadikan pengajaran utk generasi muda zaman skrg. Aku yg dh berkahwin, blh memperbaiki kelemahan dr sudut lain pulak.

Novel ni byk mengupas isu2 yg pada kita Nampak remeh, tp hakikatnya itulah asas yg perlu kita kukuhkan. Terutamanya dlm bab adab2 ketika bertunang. Sebenarnya dlm masyarakat skrg, byk benda yg kita abaikan dr segi hukum agama.

Aku nak ulas byk2 pon x blh, sbb aku rasa korang KENA baca sendiri! Antara bab yg menarik perhatian aku, atau yg membuka mata, atau menjelaskn lagi dgn lbh terang adalah :

-          Keutamaan ttg monogami dlm islam
Kita asyik dok dgr poligami tu sunnah nabi, tp hakikatnya dlm ni ada bukti kukuh yg monogami itulah sebenarnya yg utama. Dan ada cerita2 masa mana nabi ‘menolak’ poligami. Juga dikupas isu2 menarik mengenai poligami.

-          Fatwa hati
Kagum dgn qani’ah yg terlalu memelihara ‘hati’nya. Mmg ada kalanya kita Nampak mcm qani’ah ni sebenarnya keterlaluan, menyusahkan perkara yg mudah, mengharamkn yg halal, dll tp hakikatnya itulah sebaik2 tindakan. Ya, nak pelihara sesuatu yg lebih besar, bermula dari menguruskan hati/niat. Mungkin itu cara qani’ah nak memelihara/mendidik dirinya.

Adab bertunang
Terlalu byk adab2 bertunang yg blh kita jadikan iktibar drp buku ni. Antara yg menarik perhatian aku, bermesej/ber-emel sentiasa di’cc’kan kpd org tgh/ibubapa. Juga diterangkn mengenai keperluan/keharusan/kelonggaran ttg melihat bakal isteri/suami dlm islam.

Adab malam pertama
Ada beberapa kisah mlm pertama berlandaskn islam yg blh kita ambil iktibar.

Mengurus rindu
Dijelaskan bagaimana Dr.Muslih yg cuba menahan/melawan nafsu dr terus berkhayal ttg tunangannya dan berusaha menumpukan perhatian thadap pelajaran agar tidak diganggu benda2 lagha, hatta berangan2. Begitu juga dgn Qani’ah yg menguruskn rindu dgn baik ketika berada di Damsyik dan sepanjang tempoh pertunangan.

Dan byk lg la isu2 menarik yg blh dijadikan pedoman. Pada aku, buku ini amat sesuai untuk SEMUA lapisan masyarakat, believe me! Dan secara peribadi, aku sarankan sgt2 kpd anak2 remaja (khususnya) kita yg baru nak mengenal keseronokan alam remaja agar baca buku ni dr skrg. insyaAllah, mereka akan faham apa kepentingan dan impak apabila kita menjaga kehormatan diri.
Apa yg pasti, aku akan hadiahkan buku ini kpd anak2 ku kelak, terutamanya anak gadis. Isnyaallah~

Akubg 5/5 bintang~

Saturday, February 2, 2013

REVIEW : ADAMARYAM

ASSALAMUALAIKUM...

mcm besa, nak tau sinopsis sila gugel sendiri. adamaryam ni kategori novel thriller kalo x silap aku. dan mmg jiwa aku la novel2 mcm ni kan. ada la jgk  diselitkan kisah percintaan, tp itu bukan point utama. cuma kisah percintaan tu digarap dgn baik agar synchronized dgn persoalan utama.


Persoalan utama : code X. projek terbaru dr syarikat matsushirota, di mana adam adalah engineer yg bertanggungjawab dlm projek ni. Garapan yg baik, plot penceritaan yg teratur dan mudah difahami walaupon novel ni merupakan novel thriller. Cuma pada awal penceritaan di mana penulis nak memperkenalkan watak2, yg tu agak ‘slow’ sikit. Tp bila dah start kpd jalan cerita tu, mmg buat kita nak baca lagi dan lagi. Walopun byk bahasa kejuruteraan yg digunakan, dan aku mmg x paham istilah2 kejuruteraan tu semua, tp jln ceritanya still blh difahami.

Walaupon aku mmg dah blh mengagak sapa dalang yg sebenarnya (xtaula sbb kesilapan penulis ataupon aku ni bijak sgt) tp unsur2 saspens dlm novel ini tetap ada. Dan unsur  sedih masa part bani tu, mmg aku sebak! Part adam dalam keadaan genting pon, mmg terbaik! Part Maryam diculik, dan berusaha menyelamatkan maruah dan nyawa, mmg disampaikan dgn baik.

Selain tu, latar cerita yg berkisar sekitar penang, membuatkan aku blh imagine setiap babak yg terjadi. Purfek! Hahaha. Dan suasana pekerjaan dalam kilang, disampaikn dgn baik. Sampai buat aku rindu zaman aku keja kilang masa lps spm dulu. Watak beghi dgn slang klate mmg menghiburkn dan bsahaja. Watak Maryam, disampaikn dgn baik, sederhana aje. X mcm sstgh novel yg terlalu ‘over’ menonjolkn watak heroin yg serba sempurna. Sedangkn Maryam Cuma digambarkn sbg gadis kilang yg naïf, yg bertudung dan menjaga solatnya. Ini reality! Dkt kilang mcm2 pesen org ada, tp org yg mcm Maryam x sampai 10% pon.  Watak adam, suli, bani, lina, juga disampaikn secara sederhana namun kita masih dpt menghayati kesemua watak itu dan sgt ‘hidup’.

Jadi bg aku, keseluruhan novel ini amat memberangsangkan. Jalan cerita yg amat lain dr yg lain, babak2 yg jarang ada dlm novel2 lain, penghayatan yg baik, penyampaian yg memberangsangkan, membuatkan aku sanggup bersengkang mata semata2 nak habiskan novel ni. Walopon kita Nampak bukanlah suatu kes berat spt membunuh, ancaman, psikik, misteri  atau sebagainya, tapi unsur saspens ttp ada! Jadi, kpd mereka yg bukan penggemar novel jiwang, aku mmg suggest novel ni.

Aku bagi 4.5/5 bintang~

Sunday, January 27, 2013

REVIEW : AKU BERCERITA

ASSALAMUALAIKUM...

karya RAM, mmg x pernah miss aku baca. dan utk novel terbaru ni, aku berbangga krn aku adalah antara manusia terawal yg mendapatkannya (jeling2 kak shida anwar). maka itu, jutaan terima kasih kpd suami muahahaha!



aku ringkaskan jela ek, aku mmg x suka sinopsis2 bagai ni. nak tau sinopsis pi gugel sendiri. aku nak terus bg pendapat je. ok, novel kali ni, RAM guna konsep lain sket. konon2 ada 5 cerita dlm 1 novel. dan kesemua cerita tu ada kaitan dgn cerita utama. aku jd tertarik dgn persoalan "apa kaitan iteww???". tapi akhirnya, aku kecea. amat kecewa. sbb 'kaitan' itu bukanlah spt yg aku harapkan/bayangkan. 

kelima2 cerita yg terdapat dlm novel ni, sgt2 mabelles, sgt saspens, sgt amazing, sesuai dgn gaya penceritaan RAM selama ni. cuma aku x suka konsep keseluruhan novel ni. loose sgt! bg aku, kelima2 cerita ni dh amazing, so kalo ada perkaitan yg 'kuat' baru lg superb novel ni. malangnya, aku hanya enjoy membaca kelima2 cerita dlm novel ni, berbanding persoalan utama. antara kelima2 cerita dlm ni, cerita "bunian" dan "cinta matiku" paling menambat hati aku.

so keseluruhannya, aku bagi 3/5 bintang.

Monday, December 10, 2012

AKU, DIA & NOVEL~

ASSALAMUALAIKUM...

amboiii kemain depa dok hapdet pasai novel...aku pon xmo kalah la. hai dah nama pon blogger serba boleh, mestila org cita apa kita pon mampu cita. x gitew??? wahahaha~

hmmm...memandangkan koleksi novel aku semua masih dlm kotak (simpan sbb nak kenduri hari tu) so xblh la nak tayang gambaq koleksi novel aku mcm yg erin tayang koleksi novel dia yg ciput tuuuuuuuuu. jadi mari aku cita ttg kisah sadis aku dan novel. al-kisahnya terjadi pd thn lps, area february 2011 kalo x silap. haaa cukup basi dak? gambaq2 ni semua dok dlm draft dr thn lps, tp hari ni baru nak taip ohhhh kagumnya dgn diri sendiri!

tym tu kan aku x blk sp tau. kenapa aku x blk blh refer sini~ dah tu merajuk pulak kan. blk keja aku terus blk umah. tetiba syapit, kwn AR call ckp nak dtg umah bg something. haishhh aku dah berdebar dah. nak bg smthng mesti la dr AR, xkannya syapit yg nak bg aku smthng. pastu terpikir jgk, xkanla AR mai loqstaq x bgtau aku kan. xkan dy xmo jmpak aku dah mai jauh2. tp ego pnya pasal, x jugak msg AR. 


syapit mai umah sewa dan bg bungkusan ni. aku tgk, dlm kepala aku "ohhh nasi tomato". muahahaha. dlm kepala aku ingt AR suruh syapit hantarkan nasi tomato kat aku. sbb aku suka nasi tomato mak syapit buat. tp bila pegang, ehhhh bkn nasi la!!! kebetulan masa tu aku mmg dah siap2 nak keluaq ambik kak yan. so lps syapit blk aku pon keluaq. sementara tunggu kak yan abes keja, aku lepak kt ict sorang2. sambil tu buka la bungkusan hadiah yg misteri sgt tu. ohhhh alangkah terkejutnya aku!


masa tu msg AR, tnya dy kat mana. sah, dia mmg mai loqstaq sbb nak bg hadiah tu. aku jd geram gila dah mai loqstaq x roger aku kan. katanya, dah aku xmo ckp dgn dia, so dy xmola ganggu aku, takut aku x suka. cesssssssss! puiiii sgt tau! lps tu aku pon set ajak jumpa kejap. apesal laaaa cerdik sgt mai jauh2 xmau jumpa, semata2 nak bg hadiah. geram aku! b4 jumpa dy aku p makan dgn kak yan dulu sbb AR dh makan, dan ada hal dgn syapit kejap.


lps kami makan baru ke ict semula dan di sana jumpa la AR bertemankan syapit. terus hilang segala rajuk-mengada-nak M aku tu. puiii punya perangai kan! aku pon dah x ingt lps tu AR blk sp or tido umah syapit. apa pon agak terkejut dpt seprais mcm tu. motif dy bg novel tu sbb dy tau aku mmg tgh nak bli novel tu, cuma masa kmi pi survey sbelum tu novel tu xdak. so dah aku merajuk, terus dy pi cari. 


nahhh kau nampak siap beserta dgn surat cinta rasmi lagi. wahai jejaka di luar sana, kau mampu ke tulis surat cinta atas kertas koyak dari buku mcm ni? kau mampu???

apa pon, inilah karangan upsr saya yg bertajuk AKU, DIA & NOVEL. sekian


Thursday, October 4, 2012

REVIEW : SUAMI AKU USTAZ

ASSALAMUALAIKUM...

Aku rasa ni pestaim aku review novel ye dok? ok la bkn nak review sgt la, lbh kpd komen je. act novel ni dah lama aku teringin, berdasarkan tajuk yg catchy dan komen2 yg memberangsangkn. dah bbrpa kali p kedai buku, tp setiap kali tu la TERLUPA nak beli.


at last 23/9/12 hari tu, blk dr checkup, singgah popular. saja jalan2. tetiba suami pegang novel ni dan tunjuk kat aku. niat dia nak gelak sbb tajuk tu lawak bagi dia. tp aku pulak terus sambaq dan ambek bayaq. heran dia dibuatnya! hahaha. aku bkn apa, kalo xbeli terus nanti lupa. aku sanggup beli even xdak diskaun. sobssss

pada aku novel ni sweet sgt! ni pandangan aku la. sbb aku rasa mesti ada yg x sependapat dgn aku. kalo ikutkan jalan cita novel ni biasa2 aja. xda konflik ke apa ke. cuma cita ttg rumahtangga Lisa dgn Ustaz Hafiz tu je. tp aku suka sbb sweet la. byk benda2 sweet yg terjadi. novel ni blh buat aku tersenyum. bila baca novel ni terus aku teringatkan suami muahahaha! sbbnya walopun suami aku bkn ustaz tp dia suka jgk dok bg peringatan kt aku. saja2 dia suka nasihat bab2 agama, kongsi apa yg dia tau. so aku blh imagine mcmna rumahtangga Lisa & Ustaz Hafiz. pengisian ttg agama, xdela byk mana pon, tp kalo kita baca, kita automatik blh muhasabah diri sendiri. ni pada aku la. mungkin lain org lain pendapat.

cuma yg aku x blh 'terima' Lisa yg baru berumur 17tahun dah kawen. mmg la x mustahil, tp aku ttp xblh terima. agak susah utk aku imagine mcmana 'rupa' lisa tu. x dpt nak bayangkan mcmana bdk sekolah bila bersuami. so ada sedikit kureng di situ. apa pon sapa2 yg nak novel yg 'ringan' tp bermanfaat dan sweet, aku blh suggest la novel ni :)

maka dari 5 bintang, aku bg 3.5 = 3.5/5


Thursday, March 18, 2010

aku ULAT B.U.K.U

ASSALAMUALAIKUM


hehe...baca tajuk entry btl2...bunyi mcm poyo je kan...tapi itulah hakikatnya...*statement mcm siot*
act aku bohsan dok kat umh sewa ni.balik2 ngadap tv je. so beberapa minggu lepas aku msg kak long *kakak ipar aku,merangkap bini abg aku*

ju : kak long,nak pinjam novel leh x?bosan ar dok sini...novel yang lama2 pon xpe.
kak long : boleh jer...
ju : kalo leh nk ujang sekali...hehehe
kak long : ok...
ju : lagi 1,tlg belikan bakul baju yg jaring2 tu jap,xdan la nk g beli...hehehe..sory order byg sgt
kak long : ok...xpe la...

hehehe...see? itulah gunanya saudara...maka beliau pon dtglah dgn abg aku pd hari yg dijanjikan.byk jugak la dy bawak,sekurang2nya xdela aku bosan sgt sepanjang aku kat sini...thanx a lot kak long! u mmg best ar!!! =)
kak ipar aku ni sama minat mcm aku,suka baca novel.kitorang jugak berkongsi tarikh lahir yg sama,that y kitorang ley ngam. itulah yg dikatakan jodoh...so sape2 yg rasa ada adik,kakak or mak yg sama birthday ngan aku, berhati2 lah yer, kemungkinan jodoh kite kuat...hehehe...
memandangkan aku xde kakak, maka aku agak rapat dgn beliau,malah lebih rapat dari abg kandungku sendiri. bila cuti lebih cikit aku akan g umah dyorang di segamat. bkn sbb nk ziarah sgt pon, tapi nk abiskan baca novel2 dia, hehe... bayangkan, dy punya koleksi novel dah mencecah RM3000+++
siott tol...dah ley sambar moto sebijik dah tu ha, tak pon wat down payment keta. tp nk wat cne, minat mengatasi segalanya. selain tu, beliau jugak suka melanggan majalah mingguan wanita. mmg tiap2 minggu xpenah miss la.
abg aku lak suka layan ujang,gila-gila dan roda-roda.haishh,pendek kata umah dyorang ni mmg penuh dgn bahan bacaan la.that y aku suke lepak umh dyorang, sbb aku ni mmg ulat buku. =)

beberapa buah novel yg kak long bawak.sume yg baru
baik hati gilerr kak long aku kan

 koleksi ujang
ni pon sume yg baru2


~membaca budaya kita~



HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...