CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 21, 2015

21 JUN 2015~

ASSALAMUALAIKUM...

patutnya hari ni 21/6/2015, AHAD, 4 Ramadhan adalah due date aku. Huuuu. Due date dr. Aishah bagi plk 16/6/2015. Alhamdulillah baby nak keluaq awai, 15/6/2015.

to be honest, utk pregnant kali ni mmg aku syak akan bersalin awal, cuma tak tau la awal tu awal bila huhu. Naluri aku la dok pikir mcm tu dari awal lagi. Sbb tu masa packing bag pon aku packing style beranak terus. I mean, bkn packig utk warded dulu baru beranak.

Dan mmg berharap sangat kali ni tak mau la induce bagai mcm dulu. Kalau boleh nak merasa mcmana sakit semulajadi dan proses yg dilalui tanpa induce. Takmau warded dulu baru beranak, takmau dok ward lama2 sbb nanti akan rinduuu umarfaiq. Kalau boleh nak rasa sakit, pegi spital terus beranak. Alhamdulillah, Allah kabulkan. Mmg aku melalui proses bersalin yg sangat mudah. Lepas bersalin esoknya terus discharged. Satu malam jela berpisah dgn umarfaiq. Itu pon seksa taktau nak habaq huuu.

Alhamdulillah, boleh kata semua benda yg aku nak buat/makan dapat dilaksanakan sebelum beranak. Cuma kalau ikutkan hari selasa planning nak makan nasi arab, Lan nak belanja baby sebelum beranak. Aku plak planning alang2 nak keluaq makan tu nak la photoshoot sikit dgn abi dan umarfaiq, maternity memory gitewww. Nampaknya tak kesampaian. Huuuwaaa!

pastu mak metua ada bagi kuah kacang segera. Khamis tu dah buat cucur udang. Ada lebih lagi kuah tu, ingat pagi isnin tu nak pegi cari tauhu (takua) nak buat tauhu sumbat. Tak sempat jugak nampak gayanya.

Dan sepanjang pregnant ni aku kurang sgt baca surah amalan utk mengandung sbb aku lebih pulun baca al-quran. Cuma yg aku amalkan hari2 pon surah lukman, surah lain bila berkesempatan ja aku baca. Dekat2 nak beranak hari tu aku baru perasan eh dah nak khatam pon? eksaited bagitau abi yg aku ada 2juzuk je lagi nak khatam, harap2 baby blh sabar. Dan alhamdulillah pagi isnin tu even tgh sakit contraction aku gagahkan jugak utk habeskan al quran. Masa tu dah tinggal 1juzuk je. Syukur sangat sempat habeskan jgk, alhamdulillah!!! Dah habes baca quran baru rasa tenang nak beranak hiksss~

Cuti sabtu ahad sebelum tu pon alhamdulillah sempat setel semua benda. Kemas umah mak, kemas umah kami, angkut barang sikit2. Minggu tu pon rasa cool sikit, isnin beranak aman je. Huhu.

so far alhamdulillah. Sesungguhnya Dialah sebaik2 perancang.

Friday, June 19, 2015

RAMADHAN 2 : TAHAJJUD

ASSALAMUALAIKUM...

dari ustaz idzhar,

Ustaz pesan bulan ramadhan ni kalau blh jgn tinggal solat sumat tahajjud. Kalau tak mampu bangun waktu sepertiga malam sekalipon, kita kan nak bangun sahur. So alang2 dah bangun tu buat tahajjud sesiap.

Kalau lapar/mengantuk sangat2, bersahur dulu. Lepas sahur, curi waktu utk tahajjud. Bkn lama pon kan? ni la peluang kita nak amalkan tahajjud. Inshaallah bila dah terbiasa buat, lepas ramadhan nanti pon kita akan buat.

Selamat beramal uolls!

salam ramadhan penuh sayu dari iols~

Wednesday, June 17, 2015

17 JUN KETIGA~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah...genap 3tahun kami bersama melayari bahtera rumahtangga.

Dan tahun ni lbh bermakna sbb umi telah selamat melahirkan mujahid kedua kami pada 15 Jun 2015. nahhh hadiah termahal dari umi huahuahua

Kalau setiap tahun kami laki bini pakat kalut nak buat seprais, tapi kali ni masing2 kalut jaga anak sorang satu hukhukhuk

Syukur atas segala kurniaan~

Sunday, June 14, 2015

PERSIAPAN BEG HOSPITAL UMI~

ASSALAMUALAIKUM...

memang sebok pasal bag baby je, beg umi takpe kalau sesak2 blh mintak tlg abi packing hehe. tapi alhamdulillah sempat jugak sediakan beg umi. tu pon masa 37w baru siapkan. tapi tak letak dlm keta lagi sbb tak siap sepenuhnya lagi. siap yg basic je huhu.

utk anak kedua, barang umi mmg tak banya pon. umi cuma kena beli set bersalin dan pad ja. nursing bra, panties dan stokin beli tambah je. yg lain mmg takdak apa pon. 

dalam beg umi cuma letak towel, baju utk balik dari spital, kain batik sehelai, alatan mandi, selipar, stokin, breast pad, maternity pad, pad biasa, dan krim/minyak panas. umi bawak krim herba mak bidan je sbb kalau bwk yg jenis2 minyak/botol ni takut tertumpah.

ini beg utk emergency kalau tetiba sakit terus nak pegi spital. in case kalau overdue kena serah diri, kena add on beberapa item lagi sbb kalau warded sebelum beranak ada certain benda yg kena tambah. contoh, telekung, sejadah, yaasin, quran, panties dan pad. brg makanan, tak payah semak2 beg nak bawak. nanti mintak je abi bawakan. dan umi dah pesan sesiap kat abi, nanti masa umi dah dlm LR, suruh mak masak nasi sesiap. lepas beranak kompom lapaq! masa umarfaiq dulu nasib baik beranak pagi, tengahari dah dapat nasi. mak pon bawakan nasi. ada beberapa kenalan aku yg beranak malam, menggelupoq lapaq lepas beranak weh. so korang standby sesiap jgk tau!



masa beli pad, abi terkejut tgk umi ambek banyak. umi cakap nifas 60hari oi, mmg kena beli stok sesiap. kang habes nanti nak soh abi beli takut salah. sbb umi guna pad ikut keperluan. i mean ikut flow. utk flow mcmni guna pad jenis ni. berdasarkan pengalaman lalu, maternity pad tu tak guna sangat pon. guna masa kat spital je. masa kat umah guna pad biasa je. sbb tu umi beli byk jenis, ikut keperluan (kadar aliran) nifas. paling byk guna yg LIBRESSE jenis pink tu. yg tu mmg paling sesuai guna utk nifas sbb nifas biasanya keluaq sikit2 ja. sesuai pakai yg pink tu sbb nipis tapi saiz still mcm pad biasa dan ada wing. sangat selesa.

dah la umi dulu nifas mmg lama, 60hari ++, lepas tu pulak period tetiap bulan mmg lancar dan teratur. tak pernah missed. taktau la sbb makan shaklee (membantu seimbangkan hormon) atau mmg dah jenis regular mcm tu. wallahualam.

dan berdasarkan pengalaman umi yg warded awal sebelum bersalin, panties dan pad mmg guna banyak. lepas VE/masuk ubat, dah mula keluaq darah sikit. darah akan keluaq continuosly sikit2 bersama lendir. sbb tu tak selesa dan umi kerap tukar pad. lepas turun air ketuban pon byk kali jugak tukaq pad sbb lagi banyak lendir/air asyik keluaq. act benda tu normal, tapi umi tak selesa tu yg rajin tukaq pad dan panties. masa contraction dasyat sampai terkencing tu pon umi pakai pad. nurse suruh kencing je takpe, tapi umi tak selesa, geli. so nurse suruh kepit pad haha. tu pengalaman umi la. org lain tak tau la. tapi umi sedia sesiap panties dan pad bebanyak. 

tu je kot barang umi. oh ya, breastpump kena standby jugak in case baby jaundice/NICU ke, kena perah susu bagi. tapi mintak dijauhkan la ya Allah. moga2 semua dipermudahkan.


Saturday, June 13, 2015

3 TAHUN KITA~

ASSALAMUALAIKUM...

27 REJAB yg lalu, bersamaan 16 Mei lepas genaplah usia perkahwinan kami yg ke-3 menurut kalendar Islam. hehehe. untung kawen time cuti ni, senang nak ingat heee. memang la kalau ikut hati nak cari tarikh yg cantik2, tapi kebetulan kalut sgt nak menikah kan time tu, belek2 kalendar tgk israk mikraj. selain sbb cuti, kita nak abadikan tarikh tu la kan.

tetiap tahun (mcm dah berpuluh tahun je kawen kan) kalau anniversary mmg kalut laki bini ni pakat nak buat seprais huu. tapi tahun ni slow down sikit. bukan sbb kasih sayang dah tak mekar, tapi sbb nak beranak kannn. tak pikir dah pasal kami, fokus kat anak2 je. 

awal2 tu umi ingat jugak tarikh tu dah dekat, tapi jumaat tu tetiba lupa. tgh malam dah masa dok bersiap nak tido dah tetiba ternampak iklan israk mikraj kat tv terus sambaq tangan abi, "b...syg lupa esok israk mikraj...happy anniversary..." spontan je cakap mcm tu huuu. abi pulak senyum lain mcm pastu terus bangun pi mana ntah melilau dlm umah.


bila umi bangun nak ke dapoq tgk abi mcm terkejut. terus abi suruh masuk bilik, konon2 bilik ada bau something. ekkk. umi rasa biasa je ponnn. bila umi keluaq bilik baru abi hulur kad. rupanya abi sembunyi kad dlm peti ais! bajet comel la tu? bahaha. dah tu siap rembat gambaq kami yg tergantung dlm bilik utk selit dkt kad tu. kad pulak kosong je, takde tulis apa pon. kata abi supaya blh recycle utk guna tetiap tahun. hampehhh sangat perangai kannn.

terkejut jgk umi. selalu abi tak ingat yg tarikh 27 rejab ni. kata abi saja ja bg kad tu. takde apa pon. takde serius2 celebrate mcm tahun2 lepas. act pagi jumaat tu umi mimpi abi romantik. terus gitau abi. abi ckp mcm pelik pulak tetiba nak mimpi2 bagai. so dia ingat tu signal dari umi laaa nak suruh ingat tarikh tu. padahal umi tak ingat pon. huuuu


mcm 1st anniversary dulu, umi dlm pantang. kebetulan hari tu abi cuti. mak abah pulak takde. tinggal kami je kat umah mak. umi hairan tgk abi keluaq umah wal pagi, balik siap tlg siang ikan bagai. rajin terlebih sgt. bila umi masuk bilik tgk sejambak bunga ungu dah ada dlm pasu. terharuuuuuuuuu sangat! ingatkan abi buat seprais sbb anniversary la. padahal kata abi dia saja ja beli bunga tu utk umi, tak ingat plk pasal anniversary. grrr. kiranya dia dah ter'selamat' la haha.


alhamdulillah tahun ni dpt spent tym sama2 sbb cuti jgk kan hari sabtu. kebetulan mmg dah plan nak ke penang. 2in1 la kiranya. syukur masih dapat luang masa bersama dua anak hiksss. 

masih byk yg perlu dibaiki. moga jodoh kita kekal hingga syurga. 


Friday, June 12, 2015

MUF : SUSU FORMULA~

ASSALAMUALAIKUM...

sebagai mak, mesti kita nak bagi yg terbaik utk anak kita. Tapi, tahukah anda bagi kategori susu ni, istilah 'TERBAIK' itu adalah subjektif? Maksudnya kalau dia kata susu A ni the best, tak semestinya susu tu the best utk anak kau. Mungkin utk anak kau susu B yg the best. Faham tak? Alahhh mak mak mesti faham. Dan satu lagi, tak semestinya susu yg mahal tu yg paling bagus ok. Bagi aku senang je, susu formula ni semua sama je. Asalkan susu je. Kalau nak susu terbaik cuma susu ibu. Setel. Huuuu
Untuk umarfaiq, mmg dari awal target susu murah2 je. Bukan berkira dgn anak, tapi mcm aku ckp la, susu semua sama ja huuu. Murah ke mahal, yg penting sesuai dgn anak. Tapi mestilaaa kalau blh cari yg murah2 sudah. Hohoho

Dok nampak yg murah ni cuma dutch lady dan dugro. Jenama lain blh tahan harganya. Sebelum ni umarfaiq minum susu2 sample ja. Nampak gaya umarfaiq ni mmg mudah dari segala segi. Bagi susu cap apa pon semua dia bedal. Dah tu susu2 sample plk mestila yg mahal2 kan. Risau jgk umi ni haaa buatnya dia dah besa minum susu mahal, direjectnya susu murah. Jenuhhh!



nak dijadikan cerita, masa umarfaiq warded sbb demam dulu masa tu laaa stok susu sample nak abes pon! maka pesan kat abi la beli susu anak. Abi pon blurrr la nak beli susu apa kan dah tak penah2 beli. Masa kat kedai abi call aku tanya nak susu mana so aku cakap cari yg murah. Abi baca satu2 brand mana yg blh dipertimbangkan as murah tu kan huhu. Dlm kekalutan tu aku main sebut ja dugro. Dan alhamdulillah umarfaiq blh terima dugro even sblm ni dah besa minum susu mahal huhu...

Bila dah habes paket tu kena la beli yg baru kan. Aku lupa nak rekod sepaket tu tahan brapa lama. So call kakcik tanya biasanya sebulan brapa paket diperlukan. Kakcik ckp lbh kurang 4 paket. Kiranya kalau 3 paket tak cukup, kalau 4 paket ada lebih. Tercekik sat aku dengar. Banyaknyaaaa??? Errr...selama ni dah biasa takde bajet utk susu, tetiba nak kena spent utk susu jadi terkejut tak tahuan hohoho.


Kali ni aku sendiri yg pilih susu, still stick dgn dugro sbb ada yg perasa madu. Dah ada madu, sedap sikit la kot kan? Mmg saja taknak ambek perisa coklat. Kalau perisa sayur/buAh pulak mahal. So ambek perasa madu. Kali ni aku catat bila tarikh mula buka susu dan tarikh habes. Utk paket 900g tu tahan 2minggu ja dgn umarfaiq,tu pon kdg tak sampai 2minggu. Nangesss!

masa mula2 bagi susu kat umarfaiq, aku tak ikut sukatan yg diberi. Kalau tak silap 1sudu = 1oz air, tapi aku buat 3sudu = 7oz sbb nak jimat. Kalau ikut sukatan dia parahhh laaa. Lagipon bila pekat sangat tak sedap, umarfaiq buat muka pelik. tapi bila ikut sukatan yg aku buat tu susu jadi ceroi la. Sampai la suatu hari masa balik merbok, aku tgk susu uwais dan muhammad punya la pekat. Tu pon depa minum tak habes pon slalu. Tapi anak aku ni bagi susu ceroi susu murah pon telan ja tak byk bunyi. Terus aku rasa bersalah :(

maka lepas pd tu aku tukar sukatan jadi 4sudu lebih susu utk 7oz air. Baru la nampak elok sikit rupa susu tu. Tak ceroi tak pekat, just nice.

Masa mula2 diperkenalkan dgn susu botol, aku agak kekok sikit. Terkejut bila umarfaiq kerap mintak susu. Aku taktau itu normal ke tidak. Bayangkan even tido malam pon setiap 2jam dia akan mintak susu. Gila apa wehhh jenuh la! Bayangkan kalau dia tido dari pkl1-10 pg, lebih kurang 4-5 kali dia mintak susu. Nangesss umi haaa! pampers sampai bocor sejak dia amalkan susu botol ni. Dah kerap sgt minum. Dan selera makan pon berkurang sikit bila dah amal susu botol ni, tapi dia still makan. mcm uwais, makan pon tak brapa, susu pon tak brapa minum sgt. tapi umarfaiq ni tak pernah minum susu tak habes. 7oz tu mmg sekali teguk ja. alhamdulillah mmg tak pernah membazir la. kadang dia mintak susu lagi umi cakap susu habesss abi tak beli kahkahkah!


cuma sekarang ni baru la nampak normal sikit. kalau sebelum tido dia dah minum susu, esoknya dalam waktu subuh mcm tu baru dia minum pulak. kadang kalau umi bermurah hati, dlm pukul10 pg tu umi bagi lagi. kalau tidak, umi buat dekkk je haha. kalau dulu pantang terjaga ja akan merengek nak susu. now kalau terjaga masih boleh dipujuk tepuk2 sampai lena tanpa susu.

alhamdulillah, bab susu formula pon dipermudahkan. umarfaiq mmg anak yg mudah dan memudahkan. kadang2 kalau umi terlupa bawak susu dia or susu dia tetiba habes masa kat kampung, umi 'pinjam' ja susu uwais. tak pon bagi je apa2 air letak dlm botol, pon dia ok. :)




Thursday, June 11, 2015

PERSIAPAN BARANG BABY KEDUA~

ASSALAMUALAIKUM...

utk anak kedua ni, memang lammmmbat sgt buat preparation. bukan sbb tak excited, tapi sbb sibuk. mcm2 hal yg terjadi kan. dah tu, umi pon taktau apa yg nak kena siapkan. jadi blurr sekejap huuu.

pampers newborn, mmg abi dah beli awal2 sebelum GST sekali dgn stok pampers umarfaiq. so yg tu dah setel lama.


ini barang pertama yg kami beli masa 19 april 2015 (31w). yg konon utk emergency tu, semata2 utk beg labour room sahaja. kot2 terdesak beranak awal kan, siap beg emergency ja dulu, beg lain pepandai la abi isi. tapi alhamdulillah sampai sekarang baby tak keluar lagi. but beg emergency tu still menten la.


26 april 2015 (32w) baruuu boleh basuh baju2 abg umarfaiq yg dulu. tu pon puasss susun jadual, nak cari masa lapang nak buat semua tu. bizi bebenor kau ye? terujaaa sangat tgk baju2 baby dok tergantung tu, comelllsss! walaupon bukan baju baru, tapi perasaan teruja tu sama jaaa mcm masa basuh baju umarfaiq dulu. sambil sidai sambil terbayang baby dok godek2 kecik comel heeee~



bila sidai ni, baru perasan yg baju utk dalam pantang tak banyak. i mean baju newborn yg kecik. kalau ikut yg betul2 kecik ada tak sampai 10pasang pon. yg lain tu byk yg 3-6bln punya. itupon kalau ikut saiz abg umarfaiq, sampai setahun pon muat lagi. mmg la taktau lagi adik ni nanti kecik ke besaq, tapi umi rasa tak salah kalau tambah baju newborn utk adik. tambah sikit jeee~



benda yg paling banyak, booties and mittens dan stokin. yg ni memang banyakkkk! mana mai pon tak tau hahaha. ni la padah bila umi kerja dulu. balik keja menyinggah, mula sambaq sikit. mentang2 murah. tak sedaq asyik dok beli ja. itu belum kira yg org bagi, yg ada dlm set hamper/hadiah. tu yg jadi byk. so utk adik umi beli 1set yg mickey tu ja. huuuu~ beli byk2 pon bukan tahan lama. kalau jenis kaki umarfaiq yg panjang ni, mmg pakai sat ja la.



lampin, memang tak beli dah la. pakai yg lama, sbb bkn pakai harian pon. byk buat as bedung ja haha. selimut, pon langsung tak beli. sbb selimut umarfaiq ada lbh krg 6helai. byk dah tu. jarang guna selimut baby ni, sbb umi prefer guna napkin. dah la umarfaiq pesen tak suka tido pakai selimut, so selimut mmg elok2 belaka lagi huuu.


~ errr yg ni abg umarfaiq punya heee ~

shopping barang anak pulak masa 35w hari tu. fuhhh mujoq la sempat kan. buatnya beranak awal, kesiannn adik. kalau masa umarfaiq dulu, shopping barang baby sampai 3x. itu yg shopping dgn abi. yg umi shopping sendiri tak kira lagi huhuhu


set sabun mandi satuuu utk kegunaan harian. padahal bila kemas2 stor hari tu jumpa banyakkk lagi sabun/shampoo/losyen/bedak umarfaiq yg tak guna huuu. termasuklah bedak berubat agnesia dan aiken, so tak payah beli dah. wet tissue beli yg ni dulu, nanti dah habes refill je. sabun tu ada lagi yg umarfaiq punya, beli standby je dah alang2 masuk dlm bajet khennn~


set penjagaan diri, ewahhh! yg abg umarfaiq dulu ada lagi, tapi takpela, beli baru jela. lebih terjamin kebersihan huhuhu.


beg baby! beli bag ni pon sbb rasa mcm perlu. tak ingat pulak dulu masa umarfaiq pakai beg apa??? sbb sekarang pakai beg yg dpt hadiah. so sebelum bersalin pakai beg mana ye???hahaha~
towel pon saja beli spare sesiap, even dah ada towel baru yg dpt masa besday umarfaiq ritu. biaq la simpan byk2 sesiap. nanti anak 2 bkn senang nak shopping2 dah huuu.
yg kecik comel tu, sapu tangan. rasa mcm mahal, tapi beli jugak. sbb sapu tangan ni sama konsep mcm kerongsang dan getah rambut. suka menghilangkan dirir. beli la byk mana pon, end up mesti berkurang huhu. so beli pi la sesiap. yg abg umar dulu pon ada byk ntah mana hilang ntah. sapu tangan ni beli khas utk baby, yg kain btl2 lembut.



baju, beli masa kami pi penang. niat nak beli masa shopping barang baby, tapi masa kat aeon tu tgk baju baby murah dan lawa2, terus sambaq la senang. tak beli banyak pon. beli utk topup2 je. habuan adik merasa la jugak baju baru kan. kali ni mmg saja beli baju saiz newborn / S / 0-3m sbb kesian adik nanti baju dlm pantang tak banyak. baju besar2 takpeee, baju abg kan hadeeerrrr



baru ni pegi CS, alahaiiii ada baby&children fair la pulokkk! baju baby murah2 weyyy lawa2 pulak tuuuu grrr! brand disney pon byk yg mark down price grrrr dugaan apakah ini??? mujoqla umi ni blh dikatakan jenis penyabar so dapatlah umi kawal nafsu. kalau tidakkkk, aaa mcm2 umi sambaq! tu pon sempat la sambaq baju disney sepasang, sbb tak tahan design lawa dan murah. grrrr


Even stokin dah banyak, hati tetap tak boleh tahannn tgk stokin comel2 ni. ini pon puas istighfar, kalau ikut hati semua design nak ambek. comey ya rabbi. huhuhu

setakat ni, tu ja la dulu. brg2 lain mcm breast pad, breastpump, storage bottles, set tilam dll semua pakai abg umarfaiq punya. kesimpulannya, utk anak kedua ni tak byk sangat la pakai duit. tapiii berpeluh jugak laaa hahaha!

memandangkan jantina baby pon belom 100% sure, beli pon sikit2 je la. nanti la tunggu baby keluaq baru kita shopping lagi ye.

p/s : nama baby pon belum pilih niiii


Monday, June 8, 2015

GIFT DARI KELAB DRYPERS DAN DUMEX MAMA CLUB~

ASSALAMUALAIKUM...

4/6/2015 - KHAMIS : tetiba bangun tido nampak posmen singgah umah, kebetulan sangat tau! dah boleh agak benda heee.tadaaa, beg dari kelab drypers. comeyyy sangat beg ladybird ni wehhhhh!



umarfaiq pulak nampak je beg tu terus bunyi WOWWW! ewahhh! pastuuu terus galas, pi kat pintu

"mi, bukak pintu ni, umar nak pi skolah ni..."

"mi, ambek kasut umar, umar nak pi skolah ni..."

pastu lari mai kat umi pulak 

"mi, peluk...umar nak pi skolah sat"


ewahhhhhhhhhhhhhhhhh! teruja sungguh dia. dah tu hari2 la mengamuk nak pi skolah. jenuh! dah malam pon suruh umi bukak pintu nak pi skolah. nangesssssssss~


umi pon sukaaa sangat dgn beg ni. even umarfaiq ada beg lain, tapi beg ni simple dan cute. cukup utk isi brg basic pampers/baju/sabun in case nak 'pos' umarfaiq ke mana2 hikhik

5/6/2015 - JUMAAT : mak call ada parcel sampai. aku syak susu sample la sbb hari tu depa call tanya alamat betul ke tak. aku suruh tukaq ke alamat mak, kot2 la lambat lagi nak sampai kan kang beranak duduk umah mak. tup2 dah sampai.


aku ingat susu sample kecik2 mcm slalu tu. rupanya sekotak weyhhh! melompat gembira. tapi kan dah hujung pregnancy, rasa mcm rugi la kan. bila baca balik info, susu ni sesuai utk ibu mengandung dan menyusu. terus teruja! perasa coklat pulak tu. alhamdulillah. utk lepas beranak nanti dah ada susu :))

7/6/2015 - AHAD : tengah sibuk bersiap nak pi kenduri nampak posmen datang lagi. bila posmen selit 'surat' celah tembok mmg aku tau dah itu bukan surat biasa, tapi ada 'isi' kat dalam sbb tu depa tak letak dlm peti surat, sbb tak muat heee


rupa2nya sample pampers drypers pulak. wahaaa suka suka suka! mmg request sample ni sbb nak try tgk elok ke tak. kalau ok, tak bocor, dan tahan lama/lasak nak proceed utk penggunaan malam umarfaiq. 

so dalam tempoh beberapa hari ni asyik dapat gift, tentulah gembira. terhibur hati seorang ibu mengandung yg sedang menghitung hari. kahkahkah bahagia 


alhamdulillah


Sunday, June 7, 2015

MENGIDAM BAJU~

ASSALAMUALAIKUM...

ewahhh mengada pakai alasan mengidam kan? padahal kalau ayat tu diolah dapat la kita ayat 'baju idaman' huahuahua

act umi ada berkenan satu jubah dan blouse ni. berkenan pon sebab ada SALE ja okkayhhh! tgk sale dulu baru berkenan, gituuu teknik bijak berbelanja dari umi. kebetulan jubah ni nursing friendly dan paling penting preggy mommy pon boleh pakai.

hari tu dah pegi butik dream on dgn mama fana. masa tu tgh sale la, tapi saja tak beli sbb belum ada bajet. umi target nak beli jubah nuur tu utk pakai masa besday umarfaiq. memang nak jubah nuur kaler hijau, so umarfaiq pon boleh la pakai baju hijau-biru umarfaiq tu. see, besday anak tapi umi yg pakai baju baru, anak pakai baju sedia ada je, kena ikut kaler umi pulak tu. so umi dah nampak tema besday nanti mesti kaler hijau-biru la kan (umi pakai tudung biru kononnya)

tapiii bila time umi nak beli tuuu sale dah habes. kalau beli kena beli dgn harga biasa. what??? sale dlm 20%-25% gitu kot. gilaaa rugi la! dek kerana umi kedekut, umi takmau beli kalau harga tak sale. tu yg masa besday umarfaiq umi pakai baju kaler lain. tema tah ke mana hahaaa~

satu lagi benda yg umi berkenan, ayesha blouse. mengandung ke tak mengandung semua boleh pakai. pon dah belek2 masa sale ritu, umi berkenan kaler grey. sama jgk, lepas sale harga kembali normal. oh no! terus tak jadi beli la kan? 

tapiii tetiba jumaat minggu lepas umi tgk instagram dream on butik cakap ALL items from MASYARABIA ada sale 50%. seriously??? tergedik2 umi nak pi tau! mujoq pikiaq baby dalam perut ja. kalau tidak mmg jumaat tu jgk umi terjah wuuuu. 

kalau boleh umi nak booking dan bayar teruih, pastu suruh abi tolong pick up jela. umi try contact wassap dream on tapi tak berbalas. grrrr! 

lalu umi dapat idea, mintak tolong mummieh erin jadi personal shopper umi. opis dia kan dekattt je dgn dream on tu! bukan apa, kalau lambat kanggg takut melepas leeee benda cantik sale 50% weh, sapa taknak sambaq kan?



tapi mujoq la pagi selasa tu mama sms awal. dream on baru bukak kami dah terjah. alhamdulillah, rezeki ibu mengandung. jubah nuur kaler hijau dan blouse ayesha kaler grey masing2 tinggal 2 helai ja. yg lain tinggal jubah nuur kaler turqoise 4 helai. tu ja ada, yg lain sold out. fuhhh! memang betul2 kena dgn apa yg umi nak. mmg sampai2 terus sambaq tak pikiaq panjang huhu.

see, tu la yg dikatakan rezeki. umi terlepas sale 20% dulu, tapi umi dapat sale 50% bonus dgn kaler yg memang umi nak. alhamdulillah. puas hati. walaupon dah hujung2 pregnancy, nak jugakkk! haha! tq mama tunaikan impian mak buyong mengidam mengada ni. kalau kita lewat sikit mungkin dah melepasss haha!


Saturday, June 6, 2015

BERTIGA SEBELUM MELETOP~

ASSALAMUALAIKUM...

2 JUN 2015 : SELASA - pepagi buta dah dapat sms dari mama fana tanya dah beranak ke belum. kalau belum nak ajak ronda. umi sebenarnya ada planning dgn maktok, tapi ptg la. setelah di-adjust, ok set! sbb umi nak pi dream on butik. mama pon cepat ja sampai. janji pukul11 tepat pukul11 la dia sampai. anak tgh tido pon umi kejut sbb nak keluaq. bila nampak mama terus menggeletis.

~ kemahennn lepak tunggu umi shopping yerrr ~

wahhh rupanya mama datang bawak baby baru. berbaloi la kita ronda jauh sikit. so kali ni kita test baby city pulakkk. anak tak sempat makan, bawak bekal makan dlm keta jew haha pulun sangat. sampai je dream on terusss sambaq apa yg umi nak. fuhhh mujoq dapat! nanti umi cerita bab ni.


umi dok belek-test baju, dia kalut cari mama mana, mama mana? ewahhh tak boleh berenggang nampak? ngaderrr~ dah 'dapat' mama boleh pulak selfie kannnn~
overrrrnya muka tu kannn


dah dapat apa yg umi nak terus balik sp. kesian mama tak makan lagi. tak tau nak makan apa, mama decide nak makan kat blackwood. umi ikut je sbb umi dah sarapan nasi lemak sambal sotong. skrg ni umi wajib ambek sarapan kalau tidak perut masuk angin pastu kentut put put put erkkk~

umi selalu dok lalu ja tepi blackwood ni, dok bau kopi dia kemain sedappp je menusuk hidung. tapi tak berani nak masuk sbb takut tak mampu bayaq kahkahkah. yela tgk kedai mcm eksklusif kannn. so bila mama ajak ok la kan at least blh try.


kemain la anak tuuu mentang2 ada sofa dan bantal, dia siap minum sambil baring. memang santai habes. ingat ni rumah kita ke nak oiii?


dah tu mama tanya nak makan apa pepandaiii je tunjuk kek red velvet. ewahhhhh! umi nak tiramisu la! tapi dah dia pepandai tunjuk RV takkan umi nak gaduh dgn anak?


aussie latte
umi ni dah lama tringin nak minum kopi ada lukih2 ada buih mcm ni wahahaha! tapi taktau kat mana nak carik. mujoq la at last jumpa jgk. rasa kopi sama ja. rupa tu yg penting. cuaca sejuk2 mcm tu pekena hot coffee perghhhh!


red velvet cake
sedap, tak muak, besaqqq! RM11.50/slice tapi berbaloi sbb tinggi berlapis2 huhu


anak tuuu kemain pilih kek mcm dia nak makan sangat. makan laaa 2-3 suap pastu main ja lebeyyy! tempat luas kan sesuka hati dia ja merayau dlm tu grrr. at last umi yg terpaksa makan. see terpaksa ok?


lepas makan mama hantaq kami balik rumah. mcm besa la anak suruh mama masuk umah, tak bagi mama balik. adoi la. tapi mama tak masuk la dah kami nak kena keluaq dgn mak tok pulak kan. tu pon punya la lama da dok berdrama dlm baby city sebelum mama balik.

tq mama bawak kami jalan2. baru perasan yg kita pi dream on kat seberang jaya nuhhh semata2 nak beli baju umi ja. ingatkan mama nak shopping jugak wuuu. rasa bersalah pulak :(


lepas ni ntah bila boleh santai2 mcm ni lagi. sebelum ni masa bujang tetiap minggu jumpa. dah kawen pon kerap jumpa lagi. dah ada anak ponnn kerap dating dgn anak. tapi lepas ni anak berganda2 mcmana agaknya nak lepak2 mcm ni lagi? nanti hujung tahun mama pulak kawen, lagi laaaaa terbatas masa kita.

oh sebaknya! T___T

Friday, June 5, 2015

KESAN MENGAMALKAN SHAKLEE ESP SOY PROTEIN

ASSALAMUALAIKUM...

now dah almost 4 pagi, baru siap design sebuah kufi. konon je nak stop ambek tempahan, tapi bila sahabat merayu mula laaa nak lemah. grrr. takpela, anggap ja tu rezeki. rezeki mana boleh tolak. sepanjang mengandung ni walaupon mulut tak henti cakap tak larat tak larat, tapi still mampu siapkan tempahan. yg lebih amazing, proses design sekejap je. means Allah bagi ilham dgn mudah. Alhamdulillah. 

anak pulak kemain tadi buat kejutan pukul12.30 dah ajak tido. eh? biaq betoi? selalu pukul2 tak lena lagi hewhewhew. memula abi nak tidokan anak, tapi umi mcm rinduuu pulak so takpe biar umi je tidokan. anak nampak umi masuk bilik terus meloncat suka, "mi...lok mar" (umi, peluk umar). peluk punya peluk pukul1.15 jugak baru lena grrr. abi letak kepala terus hanyut. hampehhh~ mujoq umi tak hanyut sekali, kalau tidakkk, tak siap la tempahan umi ni. umi nak siapkan segera supaya sempat siap sebelum selasa. selasa umi nak pi penang boleh cod skali. tapiii kalau terberanak awal, abi la yg kena setelkan hihihi. at least umi dah siap design, abi dah boleh take over :)

so sebelum tidoq mai nak up entry sedaihhh. taktau nak cerita apa. mai kita cerita benda ringkas dan padat. ok umi nak share pengalaman umi mengamalkan ESP SOY PROTEIN by SHAKLEE. im sure kaum ibu mesti familiar punya la kan? masa mengandungkan umarfaiq umi amal dari 3rd trimester sampai lepas beranak. dan utk adik ni pon sama, inshaallah akan konsisten amalkan selagi terdaya. masa umarfaiq dulu lepas berhenti kerja umi pon stop minum dah sbb umi minum utk banyakkan susu. bila berhenti kerja dok direct bf, tak ambek supplement pon mmg susu melimpah. alhamdulillah.

utk adik ni umi ambek sbb HB rendah hari tu la. tapi umi tak amal secara disiplin sgt sbb yela kalut dgn umarfaiq warded hari tu kan, so setakat ni HB still sama, tak turun tak naik. tapiii kesan yg umi dapat masih sama mcm dulu. kesan apa?

1 - yg umi perasan, sejak minum ESP ni, kulit umi bertambah cantik. bukan nak perasan ok, tapi kita mesti tau hal diri kita ye dok? kulit tangan umi ni mmg jenis kering mcm nenek2, tapi bila consume ESP ni kulit jadi cantik la sikit dari sebelum ni. mmg boleh perasan benda ni.

2 - umi ni ada masalah tumit merekah. tapi bila amalkan ESP ni, kejap je tumit merekah tu berkurangan. hampir 80% tau masalah tu hilang. kiranya yg tinggal rekahan manja je. padahal umi amal baru sebulan, dan tak regular pon hari2.

yg tu kesan utama bila amalkan masa umarfaiq dan masa sekarang. dari segi tenaga umi tak reti nak describe sbb umi tak pasti sangat haha. 



tapiii masa mengandungkan umarfaiq dulu, umi mmg tak minum air kelapa ke apa, just minum ESP tu ja. hasilnya, keluaq la seketol bayi yg gebu gebasss! erkkk puji anak sendiri haha! ya, umarfaiq mmg ada kulit yg gebu dan cantik sejak lahir. dan sampai skrg dia tak pernah ada masalah ruam ka gatal nappy rash ka apa. kulit mengelupas pon takdak. semua jenis sabun dia blh pakai, takdak alah apa2. even rambut panjang pon dia tak pernah ada masalah kulit or gatal2.

dan ramai yg puji kulit dia lembut. umi pulak bila org puji anak mesti la nak berdalih sikit kan "eh mana ada, baby2 mmg semua kulit lembut"

depa kata dak, ada baby yg tak lembut jgk. kulit umarfaiq mmg lembut. even dah berusia 2 tahun lebih pon masih ada yg puji kulit dia lembut. especially bila depa pegang tangan dia hikhikhik. alhamdulillah. bukan umi saja2 puji naaa, ni worang cakap la bkn umi cakap. bila worang cakap baru umi perasan eh betul la tangan anak umi lembut LOL~ 

apa pon semua ni kurniaan Allah. bkn lah kalau minum ESP tu dijamin anak gebu. kalau tak minum anak legam. no no no. ni semua kebetulan, semua tu Allah dah tetapkan. gebu tak gebu pon anak kan, mesti laaa comel, sayang sepenuh hati. apa pon anugerah Allah kita mesti redha. 


Thursday, June 4, 2015

MUF : WEAN OFF~

ASSALAMUALAIKUM...

Hajat di hati memanglah kalau boleh nak susukan anak selama yg boleh. aku mmg tak tetapkan 2 thn ke brapa tahun, kalau boleh selagi mampu umi nak bagi yg terbaik buat umarfaiq. enjoy kot my breastfeeding journey. pengalaman paling indah menjadi umi, menyusukan anak. hadiah tak ternilai dari umi utk anak, anugerah berharga dari Allah. 

tapiii apakan daya. ditakdirkan aku mengandung. yes, mmg boleh je mengandung dan menyusukan anak. ramai je mak mak yg tandem nursing. menyusukan 2org anak serentak. tapi itu mereka, bukan aku. ditakdirkan masa awal pregnancy aku alahan teruk. langsung tak makan, muntah2, pening loya semua cukup. lalu bagaimana aku nak menyusukan anak???



aku terpaksa...terpaksa berkorban...sedih Allah je yg tahu. rasa bersalah sangat2 pada anak. org lain usaha mcm2 nak susukan anak, aku yg ada susu ni pi stop pulak. rasa down. rasa berdosa. rasa mcm dah rampas hak anak. mujoq laaa aku dapat sokongan dari kawan2. dapat sokongan dari geng group wassap. depa la yg bagi kata2 semangat. bukan saja2 nak berhentikan susu anak, kesihatan umi kena jaga, dan lebih penting kesihatan anak dalam perut. kalau dah umi sendiri kurang zat, apatah lagi anak dalam perut. dalam islam pon melarang kita mudaratkan kesihatan sendiri.

perlahan2 aku terima hakikat. biasala 1st time mommy mcm ni mmg over sikit. drama semacam nak stop susu je pon huuu. maafkan umi umarfaiq. umi harap umarfaiq dah dapat yg terbaik sepanjang umi menyusukan umarfaiq. huuu. 


ramai yg tanya apa tips nak wean off? jawapannya TIADA. Alhamdulillah Allah kurniakan aku anak yg sangat mudah dan memudahkan. mak cerita pengalaman mak mcm2 mak buat nak stop kan kami menyusu dulu. letak pencelup, letak milo, letak itu ini, letak cabai pon pernah! punya payah nak stop!

tapi umarfaiq, aku cuma cakap, "umarfaiq...umar dah tak boleh minum susu umi tau...umarfaiq dah jadi abang, susu ni adik punya..."


dgn kuasa Allah, umarfaiq seolah2 faham. dia tak mintak. bagi susu botol, dia minum je tak banyak soal. padahal masa tu dia baru setahun 7bln mcm tu. tapi aku tak berhenti secara drastik. siang je bagi susu botol, malam sebelum tido masih bagi susu badan. pelan2, sampai la dia dah boleh tido sendiri. sampai akhirnya dia sendiri tak request. memang mudah sangat nak berhentikan susu dia, tak sampai sebulan pon. cuma kadang2, dia mcm rindu. tengah2 main, dia mai kat umi dan tepuk2 dada umi. Allahuakbar, masa tu rasa sebak sangat. dia teringin tapi dia tau dia dah tak boleh ambek, yg tu adik punya. mak tok yg tengok pon sebak huuu. budak pandai, budak cerdik, budak besaq nak jadi abang, kata maktok. 

walaupon berhenti boleh kata dgn cara drastik, tapi umarfaiq boleh adapt. dia tak mengamuk pon. dia paham. biasanya org kalau stop bf akan mengalami bengkak susu or sakit2 breast. tapi alhamdulillah aku mmg takde masalah langsung. takde sakit2 apa. semuanya berjalan dgn lancar. semua ni dgn pertolongan Allah.


Wednesday, June 3, 2015

PENGALAMAN MENGANDUNG~

ASSALAMUALAIKUM...

dua kali mengandung, ada persamaan dan ada jugak perbezaannya.

ALAHAN : mengandung kali pertama, alahan teruk dari awal kehamilan sampai la ke trimester ketiga. terutama dari segi selera makan. dah hujung2 kehamilan baru ada upaya nak makan dgn aman. mengandung kali kedua, trimester pertama mengalami alahan yg sangat dasyat uwaaa. sampai umi fobia. sebelum tido kadang2 rasa takut nak hadapi hari esok. memang hari2 terbaring je, apa pon tak boleh buat. sampai mcm tu skali. tapi bila masuk trimester kedua alhamdulillah. masih alah, tapi on-off. ada ketika boleh makan, segala jenis boleh makan. tapi kalau mai angin tak lalu makan, kena bertabah la huhuhu.

MUNTAH : mengandung kali pertama kerap muntah. tapi biasanya sehari sekali je. dan muntah berlanjutan sampai ke 5-6bulan mengandung. mengandung kali kedua, last muntah 1/1/2015 (15w) lepas tu terus stop dah. tapi dlm tempoh alahan tu memang muntah kaw kaw. sehari 3x pon pernah weyhhh. cuma masa trimester ketiga ada muntah sikit, tu pon sbb umi tak sihat jadi terpengaruh la jugak lalu termuntah.

~ 18w6d ~
SIMPUL BIAWAK : masa mengandung kali pertama memang kerap kena simpul biawak ni. pendek kata mcm perkara biasa dah. tapi mengandung kali keda alhamdulillah mmg takde. pernah kena sekali je yg betul2 sakit, itupon dah trimester ketiga. masa tu kat merbok, mungkin sejuk kot. tetiba sakit gilaaa terus ketuk2 abi soh bangun. abi pulak blur la taktau nak buat apa sbb tak pernah jadi lagi huhu.

GDM : masa mengandungkan umarfaiq memang laaa banyak masalah bila dah tersangkut dgn GDM ni. GDM ni pon dpt bkn sbb umi kuat makan or makan manis2, tapi sbb umi tak makan tu la. tak tau nak terangkan mcmana, tapi pendek kata bila tak makan, gula kurang, tenaga takdak, pon blh membawa kepada GDM ni. bila dah ada benda ni paham2 laaa kena ulang alik klinik/hospital selalu la. memang letih. dah la tak lalu makan. takdak tenaga. kena pi mai pi mai plk. mengandung kali ni alhamdulillah sangat takde apa2, kecuali HB rendah. itupon masih terkawal.

~ 21w5d ~
BERAT : sama, dua2 kali mengandung berat turun hampir 7kg. sebab alahan kan. tapi masa mengandung umarfaiq dulu naik sekali je berat, tu pon 1kg. mengandung kali ni bila dah hujung2 ni, berat naik pulak, setakat ni dah naik 2kg hewhewhew. adik berat ka umi yg berat ni?

BENGKAK KAKI : alhamdulillah, memang dua kali mengandung takdak bengkak2 kaki apa. mentennn

STRETCHMARK : pon sama, takdak stretchmark utk dua2 kali kehamilan. cuma yg kali ni bila dah hujung2 preknen ni mula gatal2 perut. tapi gatal2 manja je. huhu

GATAL :  kedua2 kali mengandung, umi memang akan gatal2 kaki. garu sampai jadi parut haaa, memang tak tahan. tapi masa awal kehamilan je la.

~ 36w6d ~
MENGIDAM : umi mengandung mmg bukan pesen mengidam. teringin tu biasa la, tapi kalau tak dapat pon tak de la nak nanges meraung meracau. biasa2 ja. cuma masa mengandung umarfaiq dulu dah la alahan tak lalu makan. setiap hari kena ikhtiar sendiri la nak makan apa kan. kalau teringin ke apa pon rasa mcm malas nak layan. sbb utama, tau dah bkn lalu sgt pon. saja teringin ja. sbb kedua, PJJ kan masa tu, malas nak sebut kat abi kang abi redah mai loqstaq pulak. sudahnya makan je apa yg mampu. tapiii mengandung kali ni memang mewah dgn makanan. bila time lalu makan, mmg request mcm2 kat abi. apa je yg umi request mmg abi cari. kalau makan hari2 biasa ni pon order kat abi, tak pon umi keluaq pi cari sendiri. kalau request ala2 mengidam lagii laaa abi usahakan. rasanya faktor abi ada di sisi kot tu yg mengandung kali ni boleh dikatakan masih boleh jamah mcm2 makanan hehe. tapi ada jugak kdg2 umi rasa mcm teringin, tapi bila makan tak blh go on pon. huuu sorry abi! biasala, tekak org mengandung mana boleh ramal heee~

SAKIT : bila hujung2 mengandung ni, jadi badan mcm berangin. errr i mean asyik nak kentut wakakaka! berbanding mengandung umarfaiq dulu, masa hujung2 pregnancy slalu sakit ulu hati. mungkin sbb baby dah penuh ruang pastu menendang2 ke atas sampai senak ulu hati. mengandung kali ni byk senak kat bawah. pastu sakit urat. ni mungkin kesan beranak terdahulu kot. adoi baru anak sorang dah sakit urat hewhewhew~

Tuesday, June 2, 2015

SET BERSALIN MAK BIDAN D'HERBS~

ASSALAMUALAIKUM...

dulu masa bersalinkan abg umarfaiq memang peninggg nak ambek set bersalin apa. puas tanya kawan2, gugel bagai, tapi tak dapat jawapan. kebanyakan kwn2 yg beli jenis set jamu ni cakap depa makan tak habes pon. sebab tak sedap, sebab malas, sebab dah sihat? ntah.

lalu aku ambek keputusan utk ambek set shaklee ja. sebab? ambek dari mengandung boleh bawak sampai ke beranak. haaa kan senang? jimat. tak habes makan time preknen kita forward ke berpantang pulak. haha. overall memang puas hati pon dgn produk shaklee. byk jugak aku ambek dulu. memang takdak masalah. 

tapiii tu la, sama je dgn kawan2 lain. even shaklee ni vitamin aku tetap makan tak habes. sebab? dah sihat kot. haha. start berhenti kerja tu aku mula malas makan vitamin. lama2 lupa. bila preknen pulak ni mula la belek2 balik vitamin tu. hmmm dah expired hoi! pejam mata terpaksa buang :(



kali ni, sajaaa gatai nak try yg tradisional pulak. yela dulu dah try yg moden (vitamin) ka, kali ni kita cuba yg jenis2 asli pulak. tengok hasilnya mcmana. lagipon terpengaruh dgn iklan2 tv sekarang ni kannn mcm2! memang dari awal mengandung dulu dah berkenan tgk set bersalin mak bidan d'herbs ni, siap dah pesan kat abi "nanti kalau sayang beranak nak benda ni la"

wahahaha. nak sbb berkenan ja. minggu lepas baru betul2 gugel tgk testimoni bagai. ada la berbelah bagi jugak nak pilih yg mana. tapi bila tgk review banyak yg berpuas hati dgn set ni, tak fikir panjang dah. jatuh hati sgt bila ramai yg puas hati dgn set ni. tengok isi dlm dia pon dah berkenan. tak sabaq nak makan jamu, gitu! lagipon aku mmg puas hati dgn produk2 keluaran d'herbs ni. kebanyakan yg aku guna mmg best. so yakin la kan.

yg paling penting harga berpatutan. harga pasaran RM199. Tapiii kalau uols nak beli dgn harga murah boleh order kat iols. RM170 sahaja!!! postage tambah RM10. dijamin ori inshaallah~


kandungan dalam set ni :

PATI HERBA MAK BIDAN
BEDAK SEJUK 
KRIM PANAS MAK BIDAN
KAPSUL JAMU MAK BIDAN
MINYAK TELON
TUNGKU HERBA MAK BIDAN
PERAWAN HERBAL WASH
free : MANDIAN HERBA MAK BIDAN

( nak tau fungsi lebih lanjut boleh gugel )

nanti dah pakai sendiri aku review ok kesannya. tapiii ntah bila laaa boleh review tu? anak 2 kannnnnnn~


Monday, June 1, 2015

SIGNAL DARI ADIK~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 37w. perghhh perasaan tu jgn cakap la, everytime nebes ja sekarang ni. tak tau nape. abi cuba tenangkan, tanya apa yg umi takutkan/risaukan, takut nak bersalin ka takut sakit ke apa...tapi jawapannya umi sendiri taktau apa yg umi gabra sangat. even dah ada pengalaman, nebes tu tetap ada huuu. bersalin weh, nak pi berjihad ni! kata umi kepada abi kakakakaka~

minggu lepas masa 36w3d, malam tu tetiba umi rasa sakit perut. errr bukan sakit mcm senggugut, bukan sakit nak berry, tapi lebih kepada senak. rasa perut berat mcm nak jatuh, pastu senak. memang biasa dah jadi mcm tu, tapi selalunya jadi kejap2 ja. bila baring hilang la. tapiii kali ni sakit tu berpanjangan. pergerakan mmg terbatas. tido mlm tu pon tak hilang jugak sakit, berlarutan sampai ke pagi. tido mmg tak selesa la dah rasa sakit, nak alih badan pon payah. dan perut keras mcm tembikai.

esoknya umi tanya kawan2 group. ada yg kata tu mungkin tanda2 awal yg masanya 'sudah tiba' wakaka. oh nooo scary! bukan apa, beg umi tak siap lagi, barang tak siap kemas lagi. nangessssssss~

~ 36w4d ~

lama jugak sakit tu berlarutan. dalam habes waktu dhuha gitu baru hilang sakit tu. lepas dari hari tu, umi perasan yg umi dah mula sakit pinggang. sebelum ni mmg takde sakit pinggang, tapi kali ni umi perasan ada sakit pinggang, tapi sikit jela. sakit manja gitu je. dan dah mula rasa sakit kat bawah, tapi sakit sikittt sangat. dan ada sesekali umi sakit kepala tiba2. 

itu antara kejadian2 sepanjang dlm 36w. wahwahwah adikkk, elok 36w terus bagi signal eh? hope adik bersabar sat naaa. bkn umi taknak jumpa adik, tapi biaq la umi setel semua benda dulu supaya kita boleh jumpa dgn aman dan tenang hiksss~

dulu umi induce, so umi tak taula mcmana tanda nak bersalin tu. umi ingat kena sakit bagai nak guling tu baru betul nak bersalin. rupanya kwn2 umi ada je yg tak sakit sangat pon, tapi bila cek bukaan dah 4cm. atau ringkasnya, tak semestinya tunggu datang sakit yg heavy baru betul nak bersalin. 

huhhh mana umi tauuu. tak reti nak beza la sbb dulu induce terus rasa sakit yg hardcore hihi. cuma kalau turun darah/leaking tu umi tau la.

harap2 kalau dah tiba masanya nanti umi tau la yg tu tanda dah nak bersalin. selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan. amin ya rabbal alamin~


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...