CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KAWAN KAWEN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN KAWEN. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

WALIMAH WANI & ARIFF

ASSALAMUALAIKUM...

18/1/14 - memandangkn anak dh sihat maka kmi sekeluarga ke walimah wani. Wani ni kawan kenal atas kawan je sbnrnya. Tp memandangkn kmi ni geng2 architecture rajin lepak sesama tu yg rapat. Wani plk jns sempoi layan je kmi ajAk p mna. So senang la nk dpt kimia tu.


Konon la nak pegi lps zuhur. Pkl3 baru kluaq, lan mai ambek. Kami kannn xde keta masa ni. Kalo ada pn suruh lan ambek jgk haha. Dah la keluaq lewat, singgah beli hadiah pulokkk. Pkl4 baru sampai umah kenduri padahal tmn nilam dekat ja ponnn! di sana jumpak kak siti dan abg syg dia ewah. Ptt la beriya tggu kitorang, rupanya kak siti pon ada perutusan nak bg. Alhamdulillah yg gurls semua dh setel dlm archi team nih.


Makanan kt umah wani mmg sedap. Kami plk mmg lapaq. Haaa bedal cecukup lewww. Pas makan jumpa pengantin utk bergambo. Aaaa pelamin diy je but yg plg aku in love sgt sbb ada pokok sakura. Wani buat sendiri uols dia pi tebang ranting pokok mana ntah. Kagum iols ok.


Blk kenduri mmg lemau. 3 beranak lena terbungkang. Maklumla anak pn bkn sihat 100% lagi. Meragam la bila p umah kenduri mcm tu.


Wednesday, January 22, 2014

WALIMATULURUS DUA SAHABAT~

ASSALAMUALAIKUM...

22/12/13 - ahad tu semua sebok dgn urusan msg2. kakcik ke alor setar, kak ana bersiap utk ke langkawi, kami nk blk sp. Tp sblm tu pakat2 nk ke umah mak ndak dulu. Kenduri aminah, my bespren yg diupgrade jd cousin wehuhuhu.

~ anak kalau tgk pengantin mmg cenggitu laaaa ~
Aku la ni silap percaturan. Lupa bwk bju nk p mkn kenduri. So nak x nak kna blk sp dlu la. Grrr. Dh la lewat dh. Pkl 3 baru hegeh2 nk ke knduri. Dh kata bezpren, xkan nk p mkn je kn. Mstila stay lama sket. Tegur2 sedara mara yg mai. Siap jumpa bonda lina kt situ.


Bgmet dgn kak nora sampai sama2 dgn kmi. Mak ayah dgn kak ana sekeluarga serta bgteh dan isteri sampai kemudian. Mmg stay lama la. Kmi nak mkn x perlu risau sbb anak, ramai yg rebut nk tlg ngasuh kahkah. Dah la mood dia x elok sbb ngantuk. Naseb lerrrr.

~ kesiannn anak dah letih! pastu sabotaj gambaq umi abi ~
Lps kenduri aminah, rushing ke kenduri pinat plk. Msa knduri belah pompuan aku xdan p sbb clash byk knduri. So sukahati aku je p knduri belah laki kt sg layar. Dkt sket haha. Masa kmi sampai org dh punggah khemah. Sampai ati tau wuuu.haha. Mujoqla kmi pn mmg knyng so mkn bihun sup jela. Itu pon naseb je ada balance lg. Yg bestnya p lmbt ni dpt mkn smbil borak dgn pngntin la. Baru syiokkk!


Puas hati dpt jgk hadiri walimah dua sahabat ni. Aminah, kawan baik masa kekecik dulu. Meja sebelah2, mkn sama2, study sama2. aku ingt pg zaman kmi nak upsr. Hari2 aku akan kayuh beskal p umah dia study sesama. Nak study tu sikit je tp nak mkn kuih mak dia yg lebihnya hikhik. Tak sangka at last aku kawen dgn sepupu dia yg kacak ehemmm.

~ pengantin yg gojes sangatttt! ~
 Alhamdulillah syukur sgt dia dh selamat bertemu jodoh. Agak terkilan x dpt hadiri akad nikah dia haritu sbb clash dgn akad nikah bgmet. Dh janji dgn dia nk p tym dia nikah tp last minute bgmet nak nikah tarikh tu uwaaa. Xpela, aku kirim doa je.

~ awat anak tu? ~
Pinat, kawan baik dari form1 masa kt smkab dulu. Sama2 satu kelas dr kelas uthman sampai la kelas ibnurushd. Meja mesti sebelah2. Rehat ke solat ke makan ke mesti sama2. even dorm lain2 tp kami menten je rapat. Kawan plg sempoi sama2 buat keja nakal kt asrama. Yg plg penting kawan sama2 lewat ke skolah. Kalo aku lewat dia tggu, pastu kena denda sama2. sweet dak? Love you pinat! plg penting, dia adalah kawan pertama yg tatap wajah umarfaiq. Sbb kebetulan dia p spital masa tu nak lawat anak sedara bf dia (laki dia skrg). pastu tetiba dia nampak abah aku. Terus dia tegur dan ikut abah mai kat ward aku. 10x sweet ok!

Wednesday, November 6, 2013

PERTUNANGAN NAQIAH~

ASSALAMUALAIKUM...

Kejadian dah lama berlaku tp baru skrg thegeh2 nk cerita. Bkn apa, tuan badan sdiri cool je xkan aku nak lebih2 kan. Kan ke pertunangan tu perlu dirahsiakn. So aku x berani sgt nk up lebih2 hal org. Hal aku sendiri xpeeee. Tp skrg baru nak cerita sbb x lama lg dia dah nak nikah. So cerita nikah tggu la thn dpn hewhewhew.


28/6/2013 - jumaat, abi keja umi cuti so blh la pegi. Masalahnya, how to get there? Keta ada driver ada tp carseat xde hewhewhew. Si erin tu keja jgk jumaat. Mujoq laaa last minit si fana tu blk. Ade laaa supirnya hoho! Tghari fana mai jemput kt umah hohhh feeling datin2 sgt!


Act eksaited sangaaaaaaat nk p e-day naqiah ni sbb dia adalah bff pertama yg bertunang (after me LOL) dan jugak eksaited sbb bawak umarfaiq jenjalan lewww. Berdebar nak tgk dia behave ke x. Amboi anak umi mcm besalaaa nek keta ja senyap. Syok aircond keta mama gamaknye. Masa sampai tu rombongan x sampai lagi. Sampai2 ja terus duduk bersila bergosip, anith ada jugak kahkahkah! lps tu makan. Mak aiii makanan sedap gilaaa tak sia2 aku tahan perut x makan dari rumah.


Lps makan lepak2 dlm bilik naqiah. mcm lambat lg rombongan nak sampai, keluaq photo2 dulu. Sempat laa jumpa aswad & bini dia yg tgh mengandung. Lama x jumpa sewad ni. Dulu dok merapu sesama skrg usung bini. Tp aku apa kurangnya, dh usung anak haha!


lps tu rasa anak mcm dah mengantuk dah mula merengek aku masuk dlm bilik semula. Stok susu bawak sebotol je, dah habis. Nak direct bf pon xboleh sbb gatai pakai dress yg x bf friendly. So dodoi jelaaaa cara manual. Anak pon kemainnn ngadewww nak mama yg dodoi!!! fuhhh mujoq la umarfaiq ni bkn pesen yg buat prangai teruk2. so masa rombongan sampai tu aku dalam bilik menemani anak tido, maka aku x sempat la menikmati detik2 bersejarah saat depa sarung cincin tu. Coihhh nampak sgt p nak makan je kannnn!


bila gamak dh lewat tu tpaksa jgk keluaq bilik sbb nak balik kan, sblm balik wajib laaa photo2 dulu kat pelamin. Kalo tidak sesia laaa mai jauh2! usung laaa anak tgh tido pon gagah jugak nak photo2! Lps bergambaq dgn tak malunya nak makan kek pulak kannn. Jakun x blh nampak secret recipi katekauuu! si omma anith tu lagi laaa sakan, siap rasmi potong kek coihhh sambil potong sambil verangan leteww! punya la sedap kami bersila sambil menikmati kek, sampai sedara2 naqiah yg kecik2 pon takut nak mintak kek kat kami. Gengster sgt tau!


Act aku ni dh kenal sgt susur galur keturunan naqiah ni, sbb dh slalu sgt mai umah dia. Masa aku sampai tu mmg kena beramas mesra dgn makcik2 & tok dia dulu la. Sbb tu la eksaited sgt nk mai ni, nak tunjuk umarfaiq kt tok naqiah huhu. Tok naqiah pesan "ajaq anak dgn cara Islam". in sha allah tok! so lepas kami photo2 je terus tok dia mai hantaq dahhh bungkusan lauk2 dan kuih. Ohhh org mengantuk disorong bantal katil tilam sgt kan! Dah lauk sedap org bg bawal balik pulak, gilaaa x happy???


anith & fana pon x nak kalah, tunggu mak naqiah bungkus utk depa plk. Yela kata sedap mestila nak tggu hewhewhew. Rombongan pon dtg dh lewat so kami balik pon dh lewat, dah maghrib. Rasa bersalah sgt kt suami. Tp mujoqla ada bekal lauk tu so suami blk surau trs hidang lauk pbagai jenis + lazat utk hidangan mkn malam. Siap ada pencuci mulut lg. Nampak x ciri2 isteri hebat?


So naqiah, tahniah! im really happy for u! semoga Allah permudah urusan kawen nanti. Sesungguhnya aku sgt eksaited.



Btw masih terngiang2 kata2 hg "aku x percaya hg dh ada anak" (dgn nada yg sungguh x percaya haha)
demi sesungguhnya aku pon mcm x percaya jaaa p tgk kawan bertunang sambil usung anak. tapi aku fhm kenapa hg 'tak percaya' tu. Yeahhh, u know meeee!


Thursday, December 22, 2011

TRILOGI CINTA : LIYANA & OMAR

ASSALAMUALAIKUM...

suatu hari yang damai, aku telah menemani bespren aku, liyana utk akad nikah. mulanya ingat aku sorang, tp lepas deal dgn fasihah, fine kami pi berdua. lps zohor aku fetch fasihah then menuju ke umah liyana. lps tu kami terus ke Masjid Permatang Gedong. di sana rombongan pengantin lelaki dah sedia menunggu.

~detik2 akhir dia membujang~
aku, sentiasa bertenggek di sisi liyana. fasihah, was  my the photographer on that day. no wonder gambar dia xdak. muahahaha faseh jgn serik bawak camera pelishhhhh!~

~aku rasa mcm nak songlap je rantai emas nih~
sebelum ni dah byk (lah sgt) pengalaman aku teman kawan2 akad nikah. ambek berkat lah katakan. kot2 terpalit aura tu kat aku, siapa tahu bukan? ***tutup muka malu2
tapi kali ni, aku dapat saksikan mcmana omar, hasben si liyana ni, mmg muka cuak tahap gaban. sikit pon xdak bias2 senyum kat muka omar, apatah lagi manis2 kurma. muka omar mcm sembelit je memanjang.

~haipppp nak sondol2 pulak~
nak pulak, tok imam masjid tu ceramah punya la panjang. mak aihhhh lama gila kot dia ceramah! kalo 'sedap' dan lantang xpela, ni masalahnya dia ceramah dia sorang je dgr. aku dah tersengguk2 + kebas2. setelah lama menanti, barulah upacara akad nikah berlangsung. dgn sekali lafaz, maka sah lah liyana menjadi milik omar, sah lah liyana bergelar seorang isteri. dan seperti biasa, airmata aku bergenang lagi... sembilu dowh aku!

~pasangan pengantin baru~
ALHAMDULILLAH... semuanya berjalan lancar.
TAHNIAH
LIYANA & OMAR

**************************************************

selesai akad nikah, 26/11/2011 berlangsung pulak walimah di pihak liyana. sekali lagi aku pi. huahuahua~ kali ni dgn kawan2. aku plan dgn CK & fasihah aja. mula2 CK dtg umah aku, then fasihah fetch kami je umah liyana. di sana, aminah & muslihah setia menanti. ohhho, seksaitednya!

~perghh hadiah sorang satu, no share-share. untunglah kawan semua dah keja~
masa kami sampai pengantin tgh bersanding. lama la jgk kami beratur nak ambek gambar dgn pengantin. besala kalo mai kenduri kwn2 ni, mkn letak tepi dulu, yg penting gambaq tu! eh, bkn gambar tu saja nak menggedik oke, tp semua tu kenangan. tak terungkap kot mcmana feeling aku bila unite dgn kawan2 di hari bahagia kawan sendiri.

~ohmennn bestnya dpt jumpa ashekin! :)~
ini ashekin! waaahhhh terujanya jumpa dia! duduk satu taman tp bertahun2 dah x jumpa, padahal hari2 lalu dkt umah dia. uwaaaa rindunya! cantiknya shekin skrg! ^__^

~inilah aminah.bestnya dpt jumpa tym ni!~
ni aminah. ni pon sama, nama ja dok satu taman tp jumpa 1thn 1x ja,tu pon tym sembahyang raya. best sgt2 dpt spent masa dgn dia hari ni sbb kami ni sangat rapat tym skolah rendah dulu. slalu study sama2. rindunyaaaaa :(
***yg baju hijau tu sila abaikan


ni akibat bila cameraman melepaskan genggaman lensanya. nampak cool ja bila jd photographer, tp bila sekali dah lps takhta, posing maut kau tau! cayalah fasihah!!! mmg pelamin ni kita punya kan?muahahaha~

~sama anggun kan?muahahaha bluekkks~
gambar aku & pengantin harus ada... wajiblah oke! demm la aku xmo pakai dah baju ni! baju ni buat aku nampak gemoks! percayalah weh aku x gemoks pon, ni semua sbb efek baju. abes hilang glam aku!

 

kan aku dah ckp, feel tu penting. di sebalik gambar2 ni, tersembunyi kegembiraan di hati kami semua. gembira sbb kawan kami dh selamat kawen, gembira sbb kami dpt bersama di hari bahagia dia, dan paling gembira dpt jumpa kawan2 lama. terasa mcm reunion kecik2. sebelum blk sempat jumpa dgn fahmi, jan & rahimi. oh lamanya x jumpa depa!


dgn berakhirnya episod walimah ni, maka lengkaplah trilogi kehadiran aku utk pertunangan, perkahwinan & persandingan liyana. lepas ni nantikan entry "menziarahi anak liyana yg comel!" pulak yerrrr :)

******************************************************
REVIEW ABOUT LIYANA


  • kawan aku ketika di SKPJ. dia masuk SKPJ masa darjah 4, dtg dari pahang katanya.
  • tym kecik2, dia suka tulis "cita-cita : pelakon & penyanyi" dlm buku biodata
  • sangat lemah-lembut sejak kecik lagi
  • suka gelak, lawak sikit pon gelak
  • bila gelak byk sket mula la muka merah + kuar airmata
  • blh tahan bila loyar buruk :p
  • aku sgt suka/selesa sembang dgn dia,fun sbb mcm ada chemistry
  • aku suka 'buli' dia
  • fahmi suka 'kacau' dia, mungkin sbb dia x segengster aku
  • dulu dia ada parut kat mulut, dia kata sbb lipas gigit
  • kawan sekelas aku masa kat SMKPLM
  • lepas sekolah, langsung x jumpa, hinggalah jumpa kat majlis tunang dia

Tuesday, October 18, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SRY~

ASSALAMUALAIKUM...


kejadian berlaku suatu ketika dulu,baru kini aku teringat nak post
aku & naqiah dijemput ke majlis perkahwinan kawan lama kami
SRY SYAZWANI
kawan sepermainan tym SKPJ dulu
naqiah yg paling beriya nak pi,heran btl aku
katanya : "kalo aku x p kenduri org,nanti kenduri aku org tak mai. dah byk kenduri org aku x p"
whatever la ck~


so around tghari ck pick up aku
kami pon redah jela umah sry ni
dah la dia jemput kat fb ja,mana kami tau umah dia pon
tiba2 aku teringatkan sahabat aku kat smkab,kak wan yg bkebetulan kenal sry
aku cuba nasib call kak wan yg dah brapa kurun aku x contact
mujoq kak wan tau! berpandukan direction kak wan,maka sampailah kami ke tempat kejadian




tym kami sampai pengantin sdg mkn beradab
kami pon mkn dulu sementara tunggu pengantin yg mkn konon2 ayu tu
lps makan, terus serbu pengantin yg tgh bersanding
gilaaa cunnya sry!
cantik! aku nampak dia seolah2 princesss!!!







dan bila ada sry syazwani, mesti ada ku shazwani
merpati dua sejoli sejak dulu lg
dua2 ni minat spice girls dulu
x sangka aku depa masih bersama. kagum!
sementara pengantin dok bersanding,kami bergosip la dgn ku
nice lah ku ni!


~dua org ni angau teruk dah~
~pelamin anganku...tlg jgn musnah~
~ok terok sgt dah~
lepas snap sana-sini, kami sambung mkn semula
kali ni aku meratah ayam pulak
hewhewhew
~ayam goreng berempah~
pastu baru bersurai~
tahniah diucapkan kpd sry
ang kawen dulu no, xpadan dgn rock!

Tuesday, April 26, 2011

TAHNIAH ATIRAH!

ASSALAMUALAIKUM...

ni nak story sket pengalaman aku menghadiri majlis akad nikah sahabat aku tym sekolah menengah dulu
benda ni dh lama berlalu tp baru skrg blh tayang gambar ok
terasa cepat benar masa blalu
awal thn baru ni aku attend dia punya engagement
tup tup nak nikah pulak dahhhh
adehhh

aku sanggup tau rempit dr a.star (alasan) semata2 nk attend majlis akad nikah secara real
agak gabai jgk coz aku sorang jer ahli myteam yg hadir
mmg nak kena btl diorang ni
xde smangat nk sapot langsung!huhuhuh
demi kwn aku bedal je noks
aku kawen nanti dia x dtg siap la!


pg jumaat tu tirah ckp adila nk mai
maka set la dgn dia
mujur ada jgk teman
adila pon on d way nk kawen jgk
tunangan org la katakan
sbb tu dia pon smangat nk attend
nak blajar katanya
errr...aku pon nk practise jgk what!

b4 ni aku cuma pernah hadir majlis akad nikah family jer
kali ni sahabat sendiri nk nikah,aku yg nebes gila babeng
seram sejuk cane ntah
tp bila selamat jer semua,saksi n tok kadi pon dok angguk2 baikk punya
terus airmata aku menitis dowh
ada feel cane ntah tym tu
itu baru kwn dowh!
aku pnya majlis sendiri nanti camne la agaknya yer
banjir pa masjid nanti! ^__^


Alhamdulillah....
akhirnya selamat sudah sahabat aku ni jd isteri org
waaaaa jeles!
lepas selesai majlis akad nikah kami gerak pulak ke rumah atirah
apa lg kalo bkn nak mkn
mmg terbaekkk la menu hari tu!


tp b4 tu layan si tirah ni fotoshut
bajet nk tunggu dia mkn skali
sambil tu leh nyebok tgk dia dok posing
iskkkkk....romantisnya suasana
tp awat laki dia buat muka glojoh camtu???
kena sensored nih!huuuuuu


at last penat tunggu tirah dia x sudah2 jgk
maka kami mkn dulu lah
lupa pulak org dah ada laki
mestila dah kenyang
waaaaaa

lps mkn semua bajet nak blk la
tp bila tgk pelamin dah kosong sbb pengantin b'gambar dlm bilik pulak
maka aura model aku pon tiba2 muncul
nak pulak si adila ni melayan je aku pnya gila nih
maka terhasillah aksi t'larang spt di bwh
awas don't try this at home! (umah kau ada pelamin ker???)




hahaha overrrr kan?
lantakk lah!hohohoh
cameraman yg tgh ambik gambaq si tirah ni pon sampai t'pegun tgk aku posing lg sakan dr pengantin
terus beliau mai kat aku nk ambik gambaq aku
aku pon stop la b'posing demi xmau ganggu konsentrasi beliau


ini pulak bersama salah seorang tetamu
bdk baru abes spm
ramah kemain!


sblom blk haruslah b'gambar dgn penantin ye tak
ambek berkat yo!
mana tau t'palit kat aku sket
ouhhhhhhhhhhh berangan!


dan gambar personal dgn pengantin
nak tunjuk kunun aku ni tetamu vvip jer


T A H N I A H
S E L A M A T  P E N G A N T I N  B A R U
^__^

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...