CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2016

MENGAH~

Assalamualaikum...

Tak mengantuk, tapi tak larat sgt2 nak buat keja
Abi dh terlentang Lena
Mujoq ada umarfaiq setia teman umi
Even dia ngantuk tetap tunggu umi utk tido
That's why he deserves upah hikhik
Love you abg umar!

Gagah siapkan packing
Esoklah tulis address
Tak larat duduk lama2
Rasa mcm nak buat keja sambil baring kalau boleh!!!

Pkl1.15 stop buat keja
Tak mampu duduk dah
Kalau rehat malas pulak nàk sambung
Stop aje lah

Kejut abi temankan ke dapur
Tgh berjalan pening
Abi tolong hidang teh ais Dan air masak
Cicah roti Susu dgn teh Alhamdulillah sedap
Sambil makan sambil pejam mata sambil air Mata meleleh
Abi sambil duduk teman umi makan pon blh Lena, hampeh!
Umarfaiq bersila tgh2 dapur tgk drama umi abi hihi

Dah 1.30am, I need to go
Baring adalah nikmat terbesar
Tapi kekangan kerja bukan setiap masa blh baring
Moga umi terus kuat

Love,
Umi gojes

Wednesday, March 23, 2016

MY MESSY LIFE

ASSALAMUALAIKUM...

lama betoi tak update blog. Byk benda nak cerita, tp nampak gayanya berlalu sepi. Cewahhh

Kalau yg follow fb/IG umi tau la apa aktiviti umi skrg ni.

Yaaa I'm busy as PERSONAL SHOPPER! yg taktau apa ITU personal shopper, nanti ada masa umi cerita.

Honestly umi tak sangka akan busy sampai mcm ni. Niat nak buat side income shj, tup tup dah jadi permanent job pulak.

Mmg tunggang langgang la umi mana nak ambk order, sorting out item, pos bagai PLUS jaga anak sendiri. Almost everyday umi tak tido malam siapkan kerja. Ehhh terlajak cerita plk. Nantila cerita psl PS ni hewww.

Nak cerita yg umi busy. Selalu awal bln 3 dah kalut buat preparation birthday umar, ni nàk masuk April dah apa pon tak plan lg ni uwaaa. Dulu ADA masa, duit kurang. Now ADA rezeki lebih, masa pulak takdak. Sungguh duit tak blh beli semua benda, hewww

Hajat nak bercuti dari thn lps bertunda sbb mcm2 hal jadi. So nekad awal tahun ni MESTI pergi Cameron!!! Tapi mcm besa hampeh jgk, sbb takde masa. OK lah dah ADA bajet lbh, takyah pi Cameron kita pi langkawi. Takyah rancang takyah booking bagai, kita pi ja bila2 pon àda masa. Ponnn sampai skrg tak dapat pi lagi. Sekali lagi, duit tak dapat beli semua benda. Uwaaa.

Abi cakap OK la tu, dah 2 Kali pegi KL unplanned, ganti balik Cameron n langkawi. Coihhh tak àci la!

I'm still looking forward for our holiday dear abi! Jangan sampai umi up ke Sabah or krabi pulak yewww~

Kesihatan, mmg tak menentu. I mean umi cepat penat. Ku sangkakan faktor usia. Abi cakap umi melanggar fitrah mañusia, tu yg asyik penat. Mana ADA org tak tido hari2. Mau nya tak letih lesu bagai.

Kesian jgk anak2. Umi sibuk, abi oT. Mujoq ADA maktok tokwan dok dekat boleh melayan merap.

But still, kami ADA Cara utk curi masa bersamà. Makan2, pusing2 taman, shopping (yg ni paling BEST), lepak Kat umah sambil umi buat keja, abi buat keja umah hihi.

Umi harap umi tak melampau dlm bekerja. I mean tak melebih kerja sampai lupa mana yg lbh penting.

Doakan urusan umi dipermudahkan :)

Wednesday, February 3, 2016

MEREMPIT DAN KOMUTER~

ASSALAMUALAIKUM...

SABTU : 9 JANUARI 2016
sekarang musim abi sibuk. tapi umi rindu abi hukkkkhukkk! tetap nak curi masa abi, nak kacau abi. sabtu tu, plan something for us, just three of us, sorry ubayy hehehe. alkisah abi kena bekerja di hari cuti, sibuk katakan. abi nak singgah kedai borong kat permatang pauh tu haaa. umi yg recommend kedai tu. lalu hati umi mmberontak nak ikut! tapi abi kena keja, so how?


tinggg! umi yg bijak terus mendapat akal. firstly, umi naik keta hantar anak2 ke umah tok mah. then umi abi konvoi ke stesen ktm utk parking kereta. umi balik dgn abi naik moto. solat sesiap kat umah tokmah, tinggal ubayy kat tokmah, then bawak umar naik moto ke permatang pauh.

pukul 2 lebih dah kami bertolak. gila lahhh ni keja gila wey bawak anak merempit jauh2! mujoq la naik FZ, selesa sikit. abg umar kemain teruja bila bagitau nak naik moto pi penang. seronok diaaa haaa sampai takmau makan! 


dalam seronok2 tu umi tetap risau akan keselamatan kami. sentiasa berdoa moga dilindungiNYA. sepanjang perjalanan atas moto tu tangan umi tak lepas dari peluk abg umar dan pegang kepala dia agar abg umar sentiasa selesa dan tak takut. SENTIASA. biar umi tak selesa asalkan anak selesa. gituhhh. tak henti2 umi tanya "abg ok tak?" "abg takut tak?" "abg sakit kaki tak?" "abg lenguh tak?" berkali2 umi ulang tanya but jawapan abg semua positive. abg umar seems so enjoy his ride! sampai akhirnya abg umar terlena atas moto huhuhu. 


sepanjang atas moto tu umi dapat rasakan betapa bersyukurnya kita ni ada kereta ada kemudahan. mcmana la nasib keluarga yg takde kenderaan yg terpaksa ke mana2 berangkut dgn moto ja...wuuu

sampai je kedai borong tu terus cari apa yg abi hajati. umi pusing2 ja, banyakkk yg umi berkenan. tetiba abi cakap, "jangan lupa, kita naik moto ja" FINE. terus hilang mood shopping hahaha!

then kami ke mydin. alangkah terujanya umi bukan kepalang sbb tiba2 ternampak stesen ktm bukit tengah dekatttt jaaa dgn mydin. gila tak seronok! umi bajet kena pi butterworth laaa nak balik naik ktm satgi. dah la masa saaangat suntuk! tetiba jumpa stesen ktm dekat mydin rasa lega. tu pon masih kelam kabut.


parking je moto bagi umar main air pancut tu dulu. biaq dia enjoy, freestyle santai2 tapi dalam kekalutan haha. masalah umi abi, buang masa tang nak pilih makanan. terlalu byk sangat juadah sampai kami tak ketahuan nak makan apa. dok tawaf situ saja byk kali, buang masa.


last2 abi makan nasi lemak ja share dgn anak. umi makan kacang pool. gila weh ingatkan kena pi johor dulu baru dapat merasa, tak sangka penang pon ada. mujoq kena dgn tekak umi ini. gembira!


lepas makan, sempat lagi umi curi masa masuk dlm mydin. umi mencari sesuatu tapi tak jumpa wuuu sedih! terus berlari semula ke parking moto. maka berkejaran lah kami ke stesen ktm. TIME IS RUNNING OUT!

sesampainya di sana, kemain la umar teruja dan terkejut. "umi, ketapi!!!" hahaha tak dan dan dia berlari dan umi pon berlari beli tiket. dah la sunyi takda org. elok sudah beli tiket ketapi sampai, tepat jam 3.56pm (kalau tak silap). oh NO! maka berlarilah kami 3 beranak (abi dukung umar)  naik tangga turun tangga. abg umar kemain seronok siap jerit2, dia taktau umi ni semput nak gila dah. 


sampai ja di pintu komuter umi terus angkut umar masuk train. abi salam umar dan babai. umar terpinga2. umi explain yg abi pi keja, umi balik dgn umar ja. muka dia dah lain. siapa sangka kan tengah seronok2 tu tetiba abi tak ikut. mujoq la naik train. terubat sikit hati tu. tu pon mulut tak henti2 sebut abi, ubayy. sepanjang perjalanan tu mulut dia memang tak berhenti. hahahaha!


sampai SP, kami naik kereta yg diparking tadi balik umah tokmah ehehe! apa lagi sakan laaa dia dok bercerita! seronok umi tgk umar happy. abi memang busy sekarang, hari2 balik pukul2-3 pagi, kadang tido office. umi taknak anak2 rasa abi jauh. taknak anak2 rasa abi takdak. ketahuilah anak2 yg umi abi sentiasa nak yg terbaik utk kalian. sbb tu umi buat mcm ni. anak2 boleh spend masa dgn abi, umi pon boleh tumpang merap. eh! walaupon rushing dan penat tapi worth it. malam tu, abi tido office lagi.


yang penting kami bahagia :)

Monday, January 11, 2016

TAHUN BARU~

ASSALAMUALAIKUM...

sabtu 2 januari 2016 - kemain pulakkk tetiba anak2 bangun awal. elok je dok buat muka comel dedua org. terusss ajak abi pi pekena roti canai huhu. roti canai sekangkang kera je pon dari umah tapi nak pi tu cukup payah, umi abi busy la katakannnn. kebetulan minggu ni umi cuti dapatlaaa luang masa macam ni. 




macam biasa kami jalan kaki je, saja nak sweet2. tapi ubayy abi tolak dalam stroller, tak larat dukung katenyaaa hahahaha! memanglaaa adik ubayy ni tau! ni dah kenapa baju abang sama kaler dgn stroller ni??? muahahaha! nampak tak taste umi mcmana huuu


sampai sana makan lelaju je sbb adik ubayy bukan mau duduk dalam stroller pon. bosan. huuu. kena bergilir dukung dia jugak. dah tu dia tengok je kami makan, hangin lerrr huuu~ balik umah dok relaks2 je kami huhu. ya Allah bestnya rasa bila dapat luang masa gitu. sama2 duduk kat sofa sembang2 sambil gugel sama2 pon dah nikmat sangat rasanya. 


lepas zohor kami keluar ke dewan kenangan, umi hunting for new iron. tq abi belanja umi iron idaman kahhh! kata je nak beli iron, tapi dah nama pon pameran, kemain laaa pusing cuci mata. lepastu pi taman ria, masa odw tu nampak brader juai roti benggali yg umi tringin tu. abi la yg offer. best tau abi ni suka prihatin benda yg umi suka. happy bukan kepalang dpt roti tu whoaaaa!


pastu pi lagenda heights utk makan dannn giliran abi pulak shopping. shopping cara lelaki, pi kedai aksesori kereta hahaha! umi makan dulu dgn umar sementara abi jaga ubayy sambil shopping. tak adil kan time umi shopping abi kena tunggu time abi shopping umi like "pegi jelaaa" hahaha!


lepas tu baru balik merbok. malam tu ada kenduri kat surau. both abang and adik so behave. balik, singgah uptown konon sekejappp je sbb nak beli tudung umi je. sekali abi pon terjebak nak cuci mata. pastu bawak budak banyak cakap + cerdik tu macam2 dia cerita tunjuk itu ini. umi pon hati tisu terus belikan dia baju ultraman. grrr sangat!

esoknya, kami makan nasi bungkus je hahaha malas masak. petang abi balik merbok sorang, kami dok umah tokmah :)


Monday, January 4, 2016

HUJUNG TAHUN~

ASSALAMUALAIKUM...

last entry bulan 10 kahkahkah! i am a busy woman now! haha! alahaiii memang tak sempat nak jenguk blog dah sekarang. bisnes+anak 2, memang taklahhh nak pegang laptop. baru2 ni pulak diuji anak dua2 org demam, seminggu jugak la. pastu bersambung dgn umi pulak demam seminggu sobsss. pastu seminggu lebih balik merbok sbb semua adik beradik balik, cuti sekolah kannn. sebulan lebih jugak tinggal umah kami. memang berhabuk+bersepah semua. umi dah serabut kepala mcmana nak kemas since umi pon busy dgn year end sale. 

khamis 31 disember 2015 umi masih sibuk ambek order. seriously umi memang nak closed order but tetiba baru perasan ada item yg salah beli so kena jugak pi butik. bila pi butik haruslah ambek order kan. sebelum ke butik hantar cik Lisa utk service aircond. eksaitednyaaa nak tunggu aircond sejuk bak honda accord kahhh! so hari tu pakai cik laviva abah jelah.


balik dari butik, makan, solat zohor, packing order sikit2 pastu terus ke poslaju. setel pos, teruskan perjalanan ke bertam. umi nak ke klinik utk rawatan, dengar kata situ bagus. kejap je kat klinik, takde patient. pastu mula la bawak tokmah ke kompleks kailan. tokmah mmg pantang mai sini, tetiba je ada benda nak beli. sambil2 tu umi cod barang customer. lepas tu tempat wajib umi pulak, kedai eco rm2 hahaha! rm2.12 okayyy!

balik tu kalut2 pi jemput cik lisa dgn abi. umi lupaaaa hari ni abi balik awai grrrr! setiap tahun memang bos suruh balik awai sbb new year, umi memang selalu tertunggu2 abi balik awai sbb nak merap pi jalan. tapi tahun ni umi yg lupa hewww~

lepas maghrib umi abi ubayy terus keluar utk makan2. ending new year ni umi belanja family. alhamdulillah atas rezeki. tapi sebelum tu kami singgah butik dulu sebab ada lagi yg order last minit. umi anggap ni rezeki dan yg paling penting umi buat sbb umi cuba sedaya upaya utk bagi yg terbaik buat customer. lagipon nak pi makan memang lalu sini, tu yg kami keluar awal dari family. depa keluar lambat sbb tunggu abah balik surau heeee


asalnya satu order ja tapi bila sampai butik tak sampai setengah jam order jadi berdesup. kan dah kata, kalau dah nama rezeki tu inshaallah senang je dapat. kalau bukan rezeki kita, usaha mcm mana pon belum tentu dapat. kami dok situ sampai butik tutup la. rasa sayu pulak bila staff tarik roller shutter tu, ntah, rasa sedih hahahaha! last customer last job for 2015. my good 2015.


lepas tu terus ke restoran marina 4, tak lama lepas tu ngam2 family sampai. umi biar depa order. kalau ikut umi  nak belanja makan 'besar'. tapi menu kat situ terhad (tak macam tanjung dawai) tapi nak pi tanjung dawai jauh dan yg paling penting dah LEWAT. lagipon makanan kat marina tu semua sedappp! 


makan tak meriah mcm yg umi niat tapi cukup mengenyangkan la. semua sedap alhamdulillah, semua makan puas. ok la tu. abah kata bulan depan abah pulak belanja pi tanjung dawai. okayyy abah! balik tu memang letih teramat sangat tapi umi payah lelap huuu. 

pagi jumaat 1 january 2016 cuti new year umi dok kat umah tok mah, abang umar kemain tolonggg maksu kemas bilik. rajin nau anak umi ni! abi balik umah nak basuh baju katanya. tapi sampai ke petang tak muncul2. pkl3.30 umi pi cek tgk abi baikkk punya dok gilap perabot. rumah dah bersih kemas bersinar. umi cuci kaki je. alahai suami soleh saya kenapa baik rajin sangat? sayang awak 2016 makin banyak laaaaa! 


lepas kemas2 tu tetiba rasa nak cod barang customer kat seberang jaya. alang2 nak ke mydin. sajaaa abi mmg suka bawak bini dia pi shopping tempat baru tq sbb faham minat wanita kahhh! tapi dah gerak lepas asar, shopping pon rushing, tak nikmat. cuma nikmat bila abi kata ambek jeeee nak ambekkk apa kahkahkah! dah nama pon rushing, abi bagi lampu hijau, so tangan laju je laaa menyambar kahhh! maghrib kat surau mydin, alhamdulillah selesa.

~ budak gila stereng ~

kalau ikut banyak lagi umi nak try makanan kat situ, nak pusing bahagian itu ini, tapi rushing sbb nak makan nasi arab pulak lan nak belanja. eh ke umi yg suruh lan belanja? kehkehkeh suka hati je. tapi umi sempat beli coconut shake. beli kat kedai dekat entrance tau, ada plak JALAN JALAN CARI MAKAN. coconut shake rm3.80 sedap gila wooo. sampai teringat2 huuu~ dah keluar dari mydin, sempat lagi suruh abi duduk kat kerusi dgn ubayy (btw umar tak ikut sbb dia ikut maklong dia fuhhh kalau tidak jenuh satu mydin dia nak hahaha) sementara umi laju2 pusing kedai2 kat luar tu. sempat tauuu haha! dan akhirnya jumpa kedai humaira design lalu inform kat abi dan abi belanja baju lagi hahahahah (tadi dalam mydin dah grab)


balik laju2 pegi pickup lan, sampai sp pkl10.30 dah tapi takpe makan lambat baru nikmat nak makan puas2 sat gi hahaha! selalu kami makan nasi arab kat NASI ARABIAN MENDY kat lagenda heights tapi kali ni saja nak try AL HAURA NASI ARAB kat laguna merbok. org ramai gilaaa tapi mujoq tempat luas. paling penting, selesa! makan bersila so boleh la letak ubayy fuhhh! mcm biasa kalau makan dgn lan kami akan ambek set talam.


nahhhh segundi beras gamaknya ni hahaha! nasi banyak gila. makan sampai kembung. ayaq aku creamy coffee rm9.50 okayyy but the taste so-so je. dah kenyang perut melayut tak larat nak balik wuuu. sempat lelap dalam keta haaa! 

actually kat umah mak pon ada bbq dgn jiran2 but kami dah janji dgn lan. lagipon lapaq nasi arab haha! sampai umah mak ralit2 pkl1++ jugakla balik umah kami. nebes jugak ni 1st time balik umah sendiri after sebulan lebih tak balik huuu. bukan apa risau anak2 buat perangai. tapi alhamdulillah sebaliknya anak2 tido dgn mudah, termasuk umi kahkah rasa penat gila oi! abi jela dok mengemas umah lagi sobss~


***jumpa next entry :p

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...