CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label CUTI-CUTI CINTA. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI CINTA. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

MELANCONG KE PULAU PINANG~

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti deepavali, kitorang merancang nak pegi penang. Kekonon nak pegi moms care. Umi dpt baucer hari jadi, nak pegi tebus la. Umi dh suruh abi je yg tlg tebus, tp abi beriya nak bawak umi pegi penang jgk. Ok laaa mari kita jalan2. Setelah dibelek jadual, minggu ni je free utk kami bertiga. So mmg dh eksaited nak p. tetiba baru abi ingt, “eh minggu ni deeapavali la, jem. Kita pegi lain kali la”. Umi pon terpikir benda yg sama sbb thn lps masa deepavali pn umi pegi penang dgn myteam, gilaaa jem! Tp dah sbb umi dah eksaited, umi x kira umi nk pegi jugak! Abi mcm “alaa nak pegi jgk ke…” haha. Tp abi pesan siap dh kalo jem nanti jgn nak bebai2 kehkehkeh.


Hr jumaat tu lps abi blk keja baru kami pi umah abg kt penaga. Pkl7 lbh jgk baru bertolak. Sampai sana makan nasi kt sana. Mlm tu kebetulan final super spontan yg buat kt sp tu, sakan laaa kami dok gelak. Anak pon kemain la pak long mak long melayan dia. Suka la dia main kat tempat baru.



 Mlm tu umi tido lewat, mcm besa la xblh tido. Suka jee tenung anak dan abi tido. Sambil tgk tv sambil tampaq nyamuk utk kesayangan2 umi. Pkl4 ++ baru umi tido. Pg tu anak bgn dulu dr umi. Siap babai paklong dia pi keja, umi dok terbungkang lg. kemain diaaa blh plk pi ronda lg kan.


Umi pon konon nak keluaq awal pg ke penang, last2 pkl12 lbh baru keluaq. Yelaaa dok ralit lyn tv dulu. Anak pon siap tertido semula, bgn awal kan td. Elok kami nak keluaq elok anak pon bangun. Alhamdulillah perjalanan nak ke penang melalui jambatan idok leee jem pon. Sampai queensbay mall tu terus ke moms care. Belek punya belek x rasa nak beli apa pon lg. so abi soh survey dulu, nti dtg beli lg. yeayyyy!



 Umi Cuma beli food container yg super comellls je. Pastu pegi daiso. Umi ni dah kemaruk sgt nk pegi daiso kahkah kesian! Xde beli apa sgt pon, just survey brg2 umah. Byk sgt brg umah yg comel2, tp x beli lg sbb nak masuk umah nti baru beli.


Then abi pi surau, umi tunggu kt luaq. Anak lena. Hai laaa anak. Pastu xtau nak pi mana dah. Alaaa qbay tu apa je yg adaaa. Utk shoping blh la. So berhenti camwhore jap sambil bincang nak mkn apa LOL. Umi rasa better makan kat kapitan. Setakat kedai dlm qbay tu kat mall2 sp pon ade. Kata mai penang kannn mesti la pekena nasik kandaq baq hang!



 Sebelum mai lg umi dah survey nasi kandaq line clear or beratur. Tp memandangkan umi dah lapaq sgt, dan nak mudah, better pi kapitan je. Pkl3 dah oi mestila lapaq. Sebelum keluaq dr qbay tu sempat beratoq panjang semata2 nak dapatkan belon dr clown. Bila ada yg mai sembang kami ckp ni haa anak x pdn dgn kecik nak belon. Padahal kami yg eksaited kahkah!


Mcm besa, claypot briyani chicken laaa pilihan kami. Hai dah mcm xde menu lain kan hahaha! Kemain dedua lapaq, tinggal anak dlm stroller sambil kami dedua makan xnak gili2 dah. Tp anak pon dengki kan xnak bg kerjasama, kejap je dok dlm stroller pastu nanges. So abi jaga anak umi terus makan dgn lahapnya. Tiba giliran abi makan, dia siap tambah2 lg. coihhh!


Pastu, ingatkan nak blk terus. Odw balik tu abi ckp dia nak tunjuk satu tempat best, dah lama dia teringin nak bawak umi. Umi pon xtau apa nama tempat ni tp layan jgk la, best! Duduk sembang tepi pantai tu mmg layan habes. Dpn tu mcm ada mall baru nak bukak. Tgk banner tulis maritim plaza. Xpe nanti dh launched kite dtg lg tgk tempat ni utk org kaya mcm paragon mall x haha.



Sebelum meneruskan perjalanan abi bawak pusing2 tgk design2 umah kat situ sambil sembang2. Kami laki bini mmg mcm ni, suka bersembang mcm2. Perjalanan diteruskan ke padang kota lama. Masa ni agak jem sikit mungkin sbb dh ptg kan.



Kat pdg kota alhamdulillah rezeki kami senang dpt parking even org ramai. Yg best xdak mangkok ayon yg mai dok mintak duit parking, sbb ada penguatkuasa dok jaga. Sementara abi pi surau umi suapkan anak makan kt tepi2 pantai tu. Layaaan! Abi beli milo ais pon lama gila, org ramai katanya. Yg lawaknya abi ckp kedai yg mr. arrogant berlakon tu penuhhhh manusia! Hahaha spesis terpengaruh dgn tv heeee. Umi pon mujoq org ramai ja, kalo tidak ntah serbu jgk kahkah!



 X blh nak lama2 kt pdg kota tu sbb nak blk awal takut jem dkt feri. Kami duduk santai2 je sambil tgk gelagat manusia. Padahal org ramai yg tgk gelagat anak kami. Dah la pakai baju rimau pastu dok buat happy terlebih dok jerit2. Org semua pakat tgk dia. Masa kami tolak dia dlm stroller pon org tgk dok senyum2, sampai abi malu. Coihhh


Masa naik feri kemainnn anak feeling2. Mcm besa la sebenarnya umi abi yg over eksaited. Anak rilek jeee menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah. Masa kt feri pon org dok tegur2 baby tigger ni, pandai dia buat muka bg org geram kt dia. jenuh umi abi bwk ‘lari’ takut org mintak nak dukung dia haha!


Alhamdulillah perjalanan kami hari tu dipermudahkan. masa berharga bersama kesayangan tak ternilai harganya. semoga Allah terus memelihara ikatan ini. semoga kita semua kekal berbahagia.



umi, mmg jenis x kesah dibawak berjalan ke mana pon. even sekadar lepak2 makan cendol, asalkan bersama kesayangan dah cukup bahagia buat umi. melihat senyuman anak gelak tawa anak, hilang segala masalah dunia.



dan entah kenapa umi suka penang. mungkin sebab dekat, dan byk tempat blh explore. yg penting ada pantai. blh hirup2 angin pantai. haaa gituuu. ni pon kami sekadar jalan saja2 je, blm explore penang betol2 lg. apa pon tq abi. even penat, sanggup korbankan hari cuti utk bawa anak jalan2.


Tuesday, December 24, 2013

MELANCONG KE ALOR SETAR~

ASSALAMUALAIKUM...

4/10/2013 - blk merbok hari jumaat. Lps abi blk keja, lps maghrib trs gerak. Sampai sana, kakcik sekeluarga dah sampai. Stgh jam kemudian bangmet plk sampai. Wahhh meriahla! masa kami sampai depa tgh bbincang ttg xtvt nk meronda esoknya. Demmm! umi mana bwk baju nak jalan2!!! :(
masa sampai tu terus bg umarfaiq mkn. Kemainnn suka sgt dia sampai terjerit2! lastu baru tkr baju dia. Mlm tu umarfaiq tido lewat lg. Nak main dgn umi, nk sembang dgn umi. Ntah bila kami terlelap pn xtaula, tp yg pasti pkl2++

~ pemandangan MASJID BUKHARI ~
5/10/2013 - esok tu konon nK keluaq pkl10.30, at last pkl12++ baru keluaq dr umah. Umarfaiq pn x bawak baju jalan2, pakai jela seadanya. Sampai loqstaq, mkn kat tat nasi ayam. Dh lama x mkn kt sini,sjk dgr khabar angin psl kedai ni dulu. Pastu singgah solat kt masjid bukhari. 3thn lbh ddk loqstaq, x penah mai masjid ni huhu...kesian! dlm pkl3.30 jgk baru blh gerak ke muzium padi. 


Memandangkan masa dh suntuk, kami pusing2 kt tgkt atas je. Rugiii sgt byq tiket rm5 tp x pusing habes! dulu masa kmi mai tiket cuma rm2 ja, skrg dh mahal wuuuu. Pastu skrg ada khidmat photoG kt atas ni. Kalo nak ambek gmbaq byr rm10 dpt gambar & kalendar. memula photoG tanya kami nk ambek gmbaq ke x, kemain blagak ckp xnak. Dia tnya kt kakcik, pon ckp xnak. Tetiba bangteh yg nak! Katanya bkn senang kmi nk kluaq ramai2 mcm ni. 


PhotoG ni agak pro bg kami sbb dia pandai tarik perhatian umarfaiq bg senyum. Kami dia suruh menten senyum, biaq dy yg agah umarfaiq. Dan hasilnya mmg anak umi senyum sakan. Good job! dah tu dy bkn main print sebarangan ja, dia snap byk2 bg kami pilih, kalo x puas hati dy snap lg. Bila tgk gambaq tu cantik, kakcik plk tringin nk ada 1 letak kt umah dia. Pastu abi tengok umi dgn umarfaiq senyum cantek abi plk tringin nk letak kt umah kami. Hasilnyaaa, 3keping la kami beli!


Tapi syg laaa kmi x round abes pn muzium padi ni sbb masa dh suntuk nk ke pusat sains plk. Pusat sains ni masuk percuma ok. Yg ni pon umi dh besa mai hehehe. Umi mmg suka tempat2 mcm ni. Anak bg ke bgmet la bgteh la, umi abi gila dok melayan benda2 sains dlm tu. Kt sini pon xdan main habes sbb kmi rushing. Lgpon tutup pkl5, kmi masuk pn dh pkl4.30++ huhu.

~ testing kanta ok, bkn selfie depan cermin LOL ~
Lps tu singgah solat kt masjid sultanah. Umi pn xtau masjid tu katna,nama jaaa dok loqstaq 3thn lbh huhu. Ingatkan nak blk trs, tp pakteh ajak minum2 dulu. Org lain mkn kuih ATAU nasi lemak je, umi makan kuih DAN nasi lemak LOL! sampai umah pn dh maghrib. 

~ masuk adalah PERCUMA ~
Planning mlm tu nk keluaq makan ramai2, tp memandangkan mak sakit kaki & uwais pon demam so bgmet tapau jela mkn ramai2 kt umah wuuuu. Umarfaiq mlm tu acah2 je lena. Umi baru nk dating2 dgn abi, teman abi buat keja, dia pon jaga la. Haishhh! Last2, mcm besa tido lewat jgk!

~ simple OOTD ~
Alhamdulillah walaupon cuma pegi alor setar tapi tetap terasa nikmat sbb bkn senang nak kumpul ramai2 mcm ni. asalnya bangmet ajak ke cameron, tp aku rasa x baloi nak pegi sehari je. hazuan cadang ke perlis, tp aku rasa mcm jauh je. even mak pon rasa mcm x larat nak jln jejauh. at last suami cadang ke alor setar saja. jenis aku, mmg x kesah pegi muzium ke zoo ke hatta library sekalipon aku enjoy je asalkan masa tu dihabiskan bersama keluarga. masa yg sgt berharga bg aku! 

so, kau org KEDAH, dah pegi keeee tempat ni? =p


Friday, March 8, 2013

CUTI2 CINTA - TELUK BATIK

ASSALAMUALAIKUM...

cerita basi, ttg xtvt masa cuti kerismas dulu. lantak la kannn hahaha!
awalnya tym cuti tu nk p klantan, tp kan masa tu klantan dilanda banjir, maka cancel la. aku dh lama cadangkan pi perak je, jln2 makan angin then blk. mak xmau, nak p klantan jgk. konon kelasss sgt la tu kannn nk p klantan sesaja. at last kna ikut ckp aku jgk wahahaha!

pagi tu kemain aku bangun awl sbb nk masak terung masak jusiza tu kan. request dr suami la katakan, sanggup tu bangun awal! mak bangun lg awl la utk masak lauk2 lain. lps subuh, bersiap2 semua pastu singgah makan roti canai dulu. alas perut sesiap sbb jap g sampai sana baru nk makan bekala makanan tu. lps sarapan baru gerak ke penaga, abg dh siap sedia tunggu tepi jln. masa ni la baru urusan permbahagian kereta dilakukan. mak & abah di transfer ke keta abg, najwa mcm besa la mesti menempek kat anak ikan. abah yg drive, sbb abg pegang kamera. mak & kak long jd datin kt blkg.

~nampak tak anak ikan aku kt cermin tu tgh membelah arus?wahahaha~
dr penaga kami pi isi minyak dulu, mak yg sponser minyak anak ikan wahahahaha sukaaaaaa! lps tu naik tol kt kpla batas, then keluaq juru. lps tu mula la mengharungi jln kampung. kalo ikutkan nk p taiping tu bknnya jauh pon kalo nek heway. tp kami mmg sengaja guna jalan lama, sbb abg nak feeling2 lalu masuk kampung bagai. dia nak imbas kembali jalan/pemandangan yg dia penah lalu satu ketika dulu. gituuu kita ikut ajew~


sepanjang perjalanan tu kalo kami jumpa tempat apa yg kami rasa menarik, kami stop. kira mmg btl2 jalan2 makan angin la kan. contohnya spt tasik empangan ni. mmg nice view la! feeling semacam je sepanjang melalu jalan ni sbb mata dijamu dgn tasik nan luas. ala2 pemandangan nak p kelantan melalui tasik banding gituu... ohhh indahnya ciptaan Allah!


bila dh sampai taiping tu, konon2 nak lepak makan nasi kat dpn tasik taiping tu, skali nahhhh nak parking pon xdak tempat. sbb org terlalu ramai. nak masuk zoo pn x blh. maklumla cuti skolah kan. maka kami terpaksa membawa diri sobsobsobsss...kami ikut je abg bawak ke mana. at last sampai la kmi ke satu tempat, ala2 kampung/dusun xtau nk ckp tp yg pasti ada sungai yg sgt menarik! kalo x silap tempat tu nama TERUNG ke apa ntah uwaaa~


sampai2 ja terus hampaq tikaq dan bukak bekalan yg dibawa. mmg nikmat sgt makan nasi tepi sungai mcm tu. yg pastinya sungai  ni sgt jernih, sejuk & bersih! percayalah yg aku hampir2 jeee nak selam punggung dlm tu sbb terlalu teruja nak mandi sungai. dan sesungguhnya aku sgt menyesal sbb x bawa baju spare sobsss T___T


bekalan yg kami bawak smua licin. amboiii lapaq sunggoh ka? aku jgk laaa yg main penyet2 je nasi sbb x brapa lalu. lps makan, si menantu kesayangan ni mcm besa la, x payah suruh pon dia basuh pinggan. basuh pinggan kt sungai tu, best! yg si isteri sebok main ayaq sambil jerit2 nak mandi. alaaa preknen kan, mana blh basuh pinggan~ #tampaqsedaih

~amboiiii kendid ni, jadahnya laaa aku dok merepek tu~
lps makan, basuh pinggan, pakat main celup2 kaki sat. yelaaa semua nak mandi tp x bawa baju spare. yelaaa mana nak tau nak mai sungai ni, unplanned kan. sambil tu 3g dgn yong hahaha bestnyaaa bg dia jelesss! errrr blh tak kalo aku x mengidam makanan, tp mengidam nk mandi sungai ni? blh x nak ckp baby yg nak dtg sini lg? ohhhh ayaq sungai ni sgt bersih, sejuk dan lapang (tanpa batu kt tgh sungai)

~really adore dis pic!~
since hr msh awal, dan agenda kami nk lepak2 tasik taiping tu tgendala, maka abg ajak lajak ke teluk batik. aku pon mcm nk lompat2 la sbb pernah ada keinginan nk pi sana gara2 baca blog kak nadya ni, tgk dy pi teluk batik nek bot bagai. terus teruja ckp "yeayyy nak pi teluk batik, nak nek bot!". semua org pandang aku pelik jaaa. bot apanya kan? aku ckp la aku tgk 'kawan' aku pi teluk batik naik bot. depa buat muka pelik lg dan biarkan aku. perjalanan ke teluk batik agk jauh jgk la bg aku, atau lbh tepat bg wanita yg sdg bawa perut mcm aku.


bila sampai ja teluk batik, aku mcm pelik. "ni ka teluk batik???mcm pantai merdeka je pon?????" protes aku dgn tidak puas hati. depa smua heran tgk aku. maksud depa tu, apa la yg aku expect kt teluk batik ni?xkan aku xtau teluk batik ni pantai kan...hahhh aku ingt teluk batik ni kena naik bot mcm pulau aman tu. rupa2nya nek bot pusing2 pantai tu je. mungkin bot tu la yg kak nadya naik. sobssss. aku ajak depa naik bot, semua x bg, sbb aku mengandung. uwaaaa!


dah laaa ramai gila makhluk pd hari itu. sampai tak nampak pemandangan pantai nan indah tu. dah tu nampak mcm ramai indian je kannn. mak & najwa yg nak pi toilet pon tpaksa menahan derita bila tandas full dan langsung takdak peluang nak membuang sebarang air. at last kami cuma jalan2 ambek gambaq sajo. dan aku, sempat pekena sate ikan. sedaaaaaaaap! lps tu kami gerak ke lumut pulak. solat jamak then bhenti ambek angin kt lumut tu. bhenti sembang2 dan blk. gituuu! pastu singgah kedai yg juai brg2 mcm ikan kering, ikan bilis dan sebagainya tu. tp aku sarankan, better beli kat tanjung dawai aja. jauh lbh murah kat tanjung dawai tau! so kami x beli apa pon, melainkan 100g sotong kering, wahahaha!


lps tu kami pon meneruskan pjalanan pulang. masa ni aku dah mula nak bebai. sbb rasa letih sgt. dok terbayang mcmana nak go on blk jln lama, sdgkan perut dah mula x selesa. nk tukaq seat dgn najwa (aku ddk blakang dan baring), najwa plk tido. so dok tahan x selesa tu sorang2. pastu mak call tnya nak makan mee udang ka dak, sbb plan asalnya mcm tu. or nak beli lauk then masak. sempat ke nak masak? mak ckp abg nk blk kot heway, maghrib nti sampai la. hahhh terus aku on! blk kot heway ok la, xdak laaaa lama mcm jln yg kmi mai td. so singgah la kt tepi jln tu utk beli seafood segar. murah gila weh! kami beli ikan apa nama ntah aku lupa & ketam.


so sampai umah abg, semua pakat kalut masak. yela dh lapaq kannnn. dah tu resipi aku masak plg last skali, smua dok menitik ayaq lioq ja tunggu. aku masak juicy's chilli crab, utk resipi tunggu next entry ya. ikan yg beli td dibuat gulai. mmg heaven la mkn dgn nasi panas2. dlm pkl11 baru kami gerak blk sp plk. fuhhhh mmg letih la! sehari suntuk berjalan. act abah x bg aku ikut sbnarnya, kan aku baru je kluaq wad sblm tu. tp tu la degil sgt nk p jgk kan, tu yang letih memanjang je. penat sgt tp xpela, asalkn dpt bawak bby p teluk batik tu pon jadi la....


Thursday, January 31, 2013

HONEYMOON~

ASSALAMUALAIKUM...

nampak gayanya la kan, plan nak pi hanimun buat kesekian kalinya tpaksa dibatalkn terus.
hri tu cuti sultan kdh mmg nk pegi tido pulau aman, berdua. tapi... mak abah x bagi. dan aku pon ragu2 nak pi. sbbnya itu kan pulau. kami nk p berdua ja, takut la nti jd apa2 nk mintak tlg sapa? in case saket ke apa tgh2 mlm, mana nk cri bot nk ke seberang? seram pulak bila memikirkannya...

nak pi tym raya cina, tak kesahla ke mana pon, tak blh jgk. sbb tym tu kakcik dh bersalin, ayah pulak nk ke mekah. takkan kami nk 'tinggalkn' keluarga. tym ni la nk spending tym dgn family pon.
hmmm...nampak gayanya mmg sampai beranak la xleh pi bercuti dah. lps ni kalo nk pi bercuti pon kena bawak si kecik :p

suami ckp xpela x pi hanimun pon. sbbnya awal2 kawen kmi dah ke cherating, pastu langkawi, then cameron. baru2 ni suami ada ckp "rezeki kita dr awl kawen asyik b'peluang pi hanimun ja..."  btl jgk kan. dlu dh berpeluang bercuti berduq. ok la tu ada jgk kesempatan merasa bercuti berdua byk2 kali. rupa2nya sbb si kecil ni dah x sabaq2 nak ikut abi umi bercuti :)


hmmm...xpela kan. tunggu baby keluaq la kita pi bercuti. kita p dgn mummieh mama deddieh semua tu. biaq deddieh mengasuh baby, umi abi dating :))

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, December 13, 2012

CUTI-CUTI CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

rezeki, bkn saja dlm bentuk wang/kekayaan.

oke itu mukadimah. aku nak bebel bab rezeki dlm soal vacation

sejak sebelum kawen, sjk blajaq kt pahang, aku dh ckp kat suami. kalo kami ada jodoh, lps kawen aku nak sgt bawak dia mai pahang, especially tc. sbb pahang & tc, tempat yg sgt cool, cantik & best bg aku! dan alhamdulillah, belum pon sempat kami merancang, Allah dh rancang lbh awal utk kami! tetiba kami sekeluarga mmg kena pi pahang utk kenduri kazen aku, nora. syukur, sambil pi kenduri sambil honeymoon. mmg x jangka! :))

pastu, aku ada la jgk pasang angan2 nk bwk suami pi langkawi. sbbnya seumur hdp laki aku ni xpenah pi langkawi, sedangkan aku ni dah muak ke sana. sekali lg Allah permudahkan. tetiba aku kena ke langkawi utk urusan submission. pelan yg nk disubmit plak mmg byk, sesuai sgt la angkut suami skali kann~

pastu nak pi cameron. konon tringin stroberi cokelat. konon tringin nak merasa tempat sejuk. tup-tup abg dan mak kabulkan impian aku. on the spot je planning, terus on.

dan skrg tgh teringin nak lepak2 tepi pantai dgn suami. x kesahla bbq ke makan2 ke or sja duduk2, tp nak pi pantai. cadangnya nak pi mnggu ni, tp aku rasa mcm bz lak. tup-tup zaidi post kt wall suami ajak lepak pantai. ohhhhh apakah ini???

syukur sgt2, setakat ni apa yg dihajati (x berharap sgt pon) mudah2 je Allah tunaikan. syukur dgn peluang yg diberi :)

Wednesday, November 28, 2012

CUTI2 CINTA - CAMERON HIGHLANDS

ASSALAMUALAIKUM...

KHAMIS
mak abah sampai elok maghrib. suami xdpt jemput aku sbb OT. lps solat maghrib kt masjid baru gerak blk sp. singgah mkn kt simpang 4. around 10.30pm baru sampai umah. sempat rehat sekejap, then terus basuh2 baju. lps basuh sidai. kol12 baru suami sampai umah. kesian tgk suami. wuuu nak nanges je rasa tgk muka letih suami. dalam kol 1pg baru kami gerak bllk merbok. sbbnya nak ambek baju2 suami & beg travel kitorang yg ada kt sana. aku mmg letih + ngantuk tahap gila, tp xberani tido dlm keta sbb nak temankn suami drive, dan takut suami pon terlelap tym drive.
bila sampai sana, kemas2 x sampai 10minit pon. hajat nak jumpa mak & ayah metua b4 g cameron x tercapai la jgk sbb depa dh tido. xkan nak kejut, kan terkejut pulak kan. so lps dh siap gerak blk sp. tp tym ni aku dh xtahan, aku terlelap dlm keta. sedaq2 ujan lebat, sgt lebat! sampai suami xblh drive mcm besa. bawak slow sgt. kol3 pg baru sampai sp!
sampai2 trus tido. xtgk apa dah. kol5 dh kna bangun pack baju. aku mmg xmampu nk tlg mak masak, sbb mak pkl3.30 dh bangun utk masak. mmg x lah kan! lps kemas baju, mandi, solat subuh baru blh gerak. lewat dr perancangan asal. semuanya sbb aku malas bangun awal. hahahaha

JUMAAT
btw kami bergerak dgn viva. mcm sardin sket la. sbbnya abg & kak long mmg dh sedia tunggu kt cameron. depa ada kursus kt perak, so lps kursus trus ke cameron, dh 2hari depa tunggu kami. kuikuikui~ 6.45pg gerak dr sri wang. lps tu aku xtau apa jadi. mak kata jam kat penang sejam lebih. sbb aku lena dr sri wang sampai ke simpang pulai.kahkahkah! aku dgn suami tidoq kt blakang. biaq abah yg drive. kahkahkahkah lg~ terjaga kt simpang pulai pon sbb abah behenti nak sarapan. tu pon aku xturun. semua org turun p toilet n beli makanan, aku sambung baring dlm keta. bila nak makan kt pondok baru aku bangun. ada yg makan nasi lemak, nasi grg, roti. aku makan jambu sajo. sobbbsss~

~ suami aku sampai x sempat nak grooming. nampak sgt la kan mmg tak terurus dan serabut. tym ni aku dah warning, kalau x grooming xmau ambik gambaq! ~



lps tu baru teruskan perjalanan ke cameron. sepanjang nek bukit2 tu mmg aku xtido dah, dok feeling angin2 sejuk. kehkehkeh. sampai2 je terus ke CACTUS POINT, sbb abg & kak long mmg dh ada kt situ. lps tu singgah S' CORNER. masa kt sini aku dah nampak dgn jelas apa yg sebenarnya aku perlu shopping kt cameron ni. ya, pasti!!! lps tu singgah brinchang beli lauk tambahan. lps tu baru ke apartment kami di tanah rata. bapak jauhnyaaaaa. dah la apartment kami di tingkat 3, nice sgt nak panjat kannn~

~ ini bilik kami, weeee ~
bila sampai relax2 jap, then makan nasi yg mak bawak bekal tu. lps tu solat jamak sesiap. hajat nak mandi manda la konon b4 kuar jalan2, tp tu semua angan2 poyo sblm sampai sana. bila dh sampai tahu la. nak pijak kaki ke lantai pon xmampu! sejuk amat! sbb lantai apartment tu guna mozek. nak basuh pinggan pon terketaq2 sbb air paip lg sejuk dr air dlm peti ais umah aku~

~ yayyy suami dah hensem! mari bergambar dgn saya ~

so lps besiap2 around 3pm kami kuaq jalan2. 1st singgah BHARAT CAMERON VALLEY. saja2 singgah ok! snap pic lbh kurang, blah. sbbnya brg & teh kt sini mahal. dan mmg xdak apa nak beli or makan sgt pon, just singgah je~


~ bajet nak posing romantik peluk dari belakang, tp suami aku ni hampeh la nak posing2 romantik ni. wuuuu ~
~ tp bila mengarah aku posing kemain pandai. bijak je soh aku jadi huruf I, tau la aku ramping ponnnnnn ~
lps tu singgah bergambaq lg. aku ingatkan abg nak bawak pi mana laaaa kan. tetiba parking kat tmpat sunyi xdak org. rupanya nak ambik gambaq jaaaa~ haihhh fana & erin kompom bakal suka abg & kak ipaq aku ni, ada kimia kan bab2 fotosut nih~

~ maaf, baby yg nak ambek gambaq kt sini ~

~ hahhh kemain gengster semua pakai hitam, posing bajet nak rebut kawasan sgt ~
then destinasi seterusnya adalah yg aku tunggu2. iaitu ke ladang stroberi!!! kami p AGRO TOURISM. fuhhhh mencabar btl nak ke ladang ni. sbb kena panjat bukit yg curam. lps tu baru serbu pasar mlm brinchang. kt sini baru kami borong sakan, sbb murah! setel shoping, baru tuju ke tempat makan. kami mkn kt area kedai makan brinchang. menu mlm tu, steambot!


~ suasana di pasar malam. sempat lg posing sbb bosan gilaaa tunggu mak abah abg kak long. membeli apa ntah membelek semua benda. kami berdua dah tawaf dua kali depa x sudah lg. maka marilah bergambaq dulu. fuhhh ~
dah kenyang, blk ke apartment. semua dh lemau tym ni. org lain sampai bilik relax2, mandi then bkumpul ramai2. aku, sampai2 trus kroihhhhhhhh. hahaha baby penat ok! lps sejam tido baru aku bangun & mandi. lps tu kami menerima kunjungan dr kawan abah sekeluarga. kebetulan depa pon mai bercuti di cameron so depa nk mai tgk tempat penginapan kami. menyembang sampai pkl11 jgk la. lps tu semua org tido. tp aku dgn suami pulun layan movie best, GET SMART! phwww mmg best!


SABTU
pg tu aku bangun plg lambat. aku dgr depa dok bebel, saja malas bangun. mak sampai call byk kali, saja aku bt malas. hahaha. penat sgt. rasa berat kepala. bila bangun terus mandi & berkemas. then brekpes mkn maggie cup. oh nikmatnya! hahaha~

~ syok tgk depa dok kalut2 tym ni. aku ja dok bercekak pinggang perhati depa wahahaha. suami mmg x bg aku bawak barang langsung kahkahkah. yg kat depan tu cara check enjin keta, yg menantu mithai kebanggaan mak tu, mestila tgh tlg mak kemas2 bonet  ~
lps dah packing semua brg, kami check out. lokasi utk hari ni, nak shoping2 segala sayoq kt pasar pagi. muahaha~ so destinasi mula2 adalah pi shopiping lg. shoping utk penghabisan stok duet. mmg all out la sbb dlm wallet aku sampai tinggal rm5, wallet suami kering trus. lupa pulak nak kena isi minyak utk pulang =p

~ akhirnya berjaya mendapatkan stroberi, lg besaq drpd stroberi mikero tp dgn harga yg sama. ohhh gelak bangga ~
lps tu giliran mak abah pulak shoping cara selayaknya usia mereka kat pasar apa ntah, mcm pasar tani la kt sini. cth brg shoping mereka adalah kobis, cendawan, brokoli dll~ mula2 jalan sekali la kami sekeluarga, at last aku x larat. surrender la. beli jagung sbb tringin. tp x sedap pon. siyes x sedap. bek beli kat mesia ja! (eh bajet ko pi landen plak) so mkn jagung sambil tunggu family kt keta~

~ amat poyo tak posing begitu di tepi jalanan? see keta2 yg berasakan? hujung minggu di cameron mmg begini ~
lepas tu perjalanan diteruskan ke ladang teh BOH PLANTATION. ohhh jalan nak ke sini sgt mencabar minda! mujoq la kami nek viva, kecik dan mudah muahaha~ aku seram sejuk je lalu jalan ni. sampai je kt sini, cuaca panas terik, tp kami x rasa kepanasannya. udara cool je. mmg best! aku pi toilet, mak aihhh, ayaq dia buat aku terjerit terlopong! sejukkk gila ayaq dia! perjalanan diteruskan dgn mendaki ladang teh. kak long tanya aku ni blh ke panjat2 ni? aku ckp hentam ja. tp sebenaqnya aku pon risau. kandungan baru berusia beberapa minggu, aku slamber je panjat2 nih~

~ baru nak mula panjat, kemain ceria & semangat la ~

~ dah separuh jalan, baru tau erti mengah. kena stop beberapa kali utk berehat di samping ambil gambar ~
~ mak dibuli. ampunnnnnn ~
bila sampai kat atas sana rasa puas sgt. kami just tgk2 sekitar tu je, nak makan org ramai sgt kt cafe tu. pastu borong teh kt kedai BOH. then masuk kilang buat teh, tgk mcmana teh diproses. lps tu satu hal pulak nak balik, nak kena turun pulak ladang yg kami panjat td, waaaaaa~


~ saya sayang suami saya. kau kesah??? ~

~ berehat lagi, sementara tunggu mereka. waaaa ni la nasib kalo berjalan tym bawak perut ~

~ dlm kilang. aku x paham mengapa najwa perlu posing mcm org mengandung, dan mengapa mak perlu buat muka seksi begitu. hidiaq pasti jelesss ~
lps tu perjalanan kami diteruskan utk pulang. tym odw tu singgah kat 'booth2' org asli kt tepi jalan. mak abah la nak beli rebung & petai. yg bestnya beli kt org asli ni, sbb murah dah fresh! kmi sampai kat simpang nak ke higway tu dlm pkl 3 ptg. singgah mkn dulu kt gerai dpn balai bomba tu, sbb semua dah lapaq. kecuali aku yg mmg xdak selera makan. wuuuu~ abg yg belanja lunch. aku cuma jamah sket2 ja sobbbssss~

~ gadis dan petai. kau mampu??? ~

~ gadis dan madu. tp maaf, saya x suka bermadu! ~
then kami teruskan perjalanan sampai la ke bukit gantang. singgah solat, dan saja lepak2 kt rnr. lama gila kt sana. aku beli jagung lg. then beli buah jambu air madu. auchhhhh sedapnyaaa~ almost 6pm baru kami bertolak balik. so sampai umah dah pkl 8pm. sekian~



HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...