CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 13, 2011

10 JUN 2011 - PENANG GANGSTER

ASSALAMUALAIKUM...

WARNING : IBU MENGANDUNG ATAU BAKAL MENGANDUNG ATAU YG ADA KAITAN DGN LOYA2 DILARANG MEMBACA ENTRY IN KERANA MENGANDUNGI UNSUR POYO YG TERLAMPAU.KANAK-KANAK BAWAH UMUR HARUS MENDAPAT PEMANTAUAN DARI IBU BAPA ~ sekian

oke gua tau skrg ni tgh demam KL GANGSTER. rata2 dok sebut pasal depa ni. ahhhh,ingat gua heran??? ni nk habaq mai, lu org semua dok kecoh pasai KL GANGSTER, lu org tau dak kat utagha pon byk gangster yg masih b'keliaran??? kalo x tau, baek lu org jaga2. sbb depa ni lg GANAS dari apa yg lu pikirkan.

Jumaat lepas satu pertemuan hidup - mati antara geng PENANG GANGSTER telah terjadi tanpa dirancang. pertemuan ini dijangka MELETOP krn ia melibatkan para ABANG LONG terkenal di sekitar PENANG.
mai sini gua nk perkenalkan sapa itu PENANG GANGSTER!!!

~Cik Kiah @ JAI~
 makhluk yg mengidam sgt nak makan FISH n CHIPS ~ serrremmm

~ErinAzizan @ AJIB~
Kalo aku potong kau 18 bahagian baru kau tau apa erti PENYESALAN

~Jusiza @ MALEK~
Lu kasi gua mati dulu lah baru gua diam!

dan memperkenalkan OTAI GANGSTER pada hari tu
tak kira la lu abg long ka ayahanda ka
v
v
v
v
v
v
v
v
~Naim @ ZETTY (?)~
amacam gerun dak tgk rupa mereka??? ke rasa nk sekeh sorang2???muahaha. oke2 aku xmo ngarut dah. alkisahnya kami gangster2 penang ni telah bertemu KL GANGSTER ni pada pukul5.30 ptg ni GSC Sunway Carnivall. oke sumpah best dpt jumpak gangster2 KL tu weyh!!!

~aku tak takut mati tapi aku tak nak mati~
sepanjang dlm wayang tu mmg mata aku x berkerdip! bg aku ni FILEM MELAYU TERBAIK yg pernah aku tgk. semua unsur & jln cerita seimbang. ada ganas,sedih,lawak,mmg complete! aksi2 pulak perghhhhhhhhhh!!!!! terangkat okeh! sampai aku rasa nk bangun then join depa gaduh! muahaha. keseluruhan filem ni mmg terbaik, cuma yg aku x puas hati adalah : 

~eh,sorry inteprem~
i)  aku tertanya2 apa yg gangster2 tu buat kat family MALEK sepanjang dia bercuti?
ii) apa pulak yg KING buat dkt mak SHARK??? mmg aku tertanya2 sampai skrg
iii) SYAMSUL YUSOFF - dr sulu sampai skrg ketegaq xmo dengaq ckp aku! aku dh kata dia x pandai berlakon, nk jgk berlakon! haisshh, ketegaq thp apa la dia ni. setiap filem dia WAJIB aku tgk kat pawagam, sbb aku mmg adore semua filem dia. cuma aku menyampah gilak dgn lakonan dia. coihhh!!!
iv) ENDING biasa2 aja~
~abang long fadil tiada dlm gambar~
apa pon mmg tak rugi sapa pi tgk. aku pon bercadang mahu tgk berulang kali di pawagam. sapa yg belom tgk, cepatttttt!!!! 
~para gangster yg dah cuci tangan mcm malek~
sebelom beredar aku nak tunjuk gambaq yg merayu penampaq dari kalian semua

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

KAMI 
PENANG GANGSTER

Sunday, June 12, 2011

9 JUN 2011 - ABIL?????

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni mmg aku free, tp amat bz. *x paham sudah*
Segala2nya bergantung kpd meeting. So dah almost 1 pm aku tgk meeting mcm oke je, maka aku msg ABIL lg utk lunch. Ekceli geng opis pon p lunch reramai. Tp aku x join sbb nk lunch dgn abil. Abes aku kena kutuk! Huwarghhh!

~abil teruja tgk aku pakai selendang. malu aku ditenung oleh abil~
~sbb dia kata aku nampak selekeh pakai tudung bawal! amboiii stetmen melodi tu~
Tym kuar tu,hujan rupanya! Coih! Terpaksa redah jgk sbb dah janji. Kali ni mmg aku niat nk mkn mekdi. Skali mekdi penuh la…terpaksa la p foodcourt. Mak aihhhh,penuh jgk! Tp redah jgk la sbb aku rushing. Memula aku nampak nasi tomato,terus serbu! Perghh,lama kot ngidam! Skali tym tgh beratur tu aku nampak mamat sebelah mkn nasi goreng ayam. Mak aihhh,mabelless semacam je aku tgk. Mata aku x kelip jerr tenung nasi brader tu. Akhirnya aku rasa mcm iman x kuat jer, terus aku p beratur kat nasi goreng ayam plak. Siap order ayam lebih lg! mmg terbaekk la,Muahahaha! Kali ni tercapai jgk hajat aku nk belanja si Abil ni.

~sedap amat! x sia2 aku tunggu lama~


Lama gila kot tunggu nasi tu. 1.50pm baru dpt nasi. Sempat mkn jela, tu pon kalut2. Then dah nk balik mcm besa la harus bergambar. Persyaitonkan mata2 dengki yg memandang. Si abil ni pulak saja je tau dok buat "sweet" dgn aku. Terharu oke! Dah tu bila aku nk blk dok buat ayat sedih & muka sedih plak.haisshh,sabo jela. Mujoq aku ni kental, kalo x dah lama banjir kat situ.hahaha

~abil sdg peluk aku ketat2~

8 JUN 2011 - ABIL AGAIN???

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni aku tapau nasi lemak awal2 lg. perghh sedap kot! Tiba2 aku kena g submit plan plak. Means kena g MBAS. Maka aku teringatkan si ABIL. So kali ni aku pulak yg ajak dia lunch. Tp mcm besa la,aku xmo mkn sbb dah kenyang nasi lemak itu. Juz jumpa borak2 sudah. Aku sengaja keluar submit around pukul12 dgn harapan aku blh jumpa Abil awal.

Sampai2 je terus aku bawak Abil ikut aku p submit,muahaha! Kesian dia dok sorang,kawan dia g dating.mujur aku jumpa dia. After setel hal submit,kami mkn. Aku ngidam cendol lak kali ni tp x jumpa pon tempat yg ada cendol. 1stly survey around foodcourt,tp xdak yg menarik. Tiba2 aku ternampak kedai tudung kt dpn foodcourt. Murah & menarik! Maka terrrbeli lah 1! Ekeke. At last kami lepak kat gerai dpn CT PLAZA shja. Abil je yg mkn,aku minum. Aku pilih nescafe sbb aku tau buat keja sat g mesti aku ngantuk gilak!


~sanggup berpanas sbb nk bergambar~

Abil ni plak lps ni akan jumpa GKSB & Hadi utk pergi kenduri umh Wany. Ohhh,aku sgt jeles amat ok!!! Mmg kak Kirah ada ajak, tp mana mungkin aku pegi kan. Kja byk kot! Huwarghhhhhhh! Kali ni mkn skali lg Abil ni bayar. Aku dah berebut dgn dia kat kaunter,skali si Anith col. Tym aku ralit ckp fon tu la dia byr. Grrrr! Geram betoi! So sbg ganti aku belikan pulak dia cekelat yg sama mcm aku bg anith. Sambil tu sambar mandian LIFEBUOY. Murah oke tgh sale kt GUARDIAN! 


SUKA 
^__^

Friday, June 10, 2011

TAWAKKAL SETELAH BERUSAHA

ASSALAMUALAIKUM...

Perghhhh.....ada yg x tidoq lg ka di luar sana???? kalo ada blh la geng dgn aku drp join KL GENGster plak!
oh,masa type entry ni mata aku x mampu buka dah.gila ngantuk + letih!

alkisah ttg semalam yg hangat~~~ *sila nyanyi dulu*
dah ptg baru aku dpt tau yg esoknya (khamis) ada meeting. skali nk WORKING DRAWING dlm saiz A1 oke!!! nak mampoihhhh??? aku floor plan pon x complete lg nk soh bg siap full set???
gelabah gila aku wei! sejuk abeh kakitangan kerajaan.

aku pulun la buat ptg tu,bajet nk stayback sampai kol 10 ka apa. skali Zzaidun ajak mkn dulu, then dtg sambung blk. kompom i xmo! skali dh melangkah keluar opis, xkan ku berpaling lg oke! *amek ko ayat aku*
at last aku terpaksa decide utk sambung keja kt umah. kol 9.30 blk, skali ujan plak dah. dgn perut lapaq tu redah ujan p medan simpang kuala. rasa sayu semacam je........huuuuuuuuuu *ngada*
opismet ajak lepak gemilang. aku xmo sbb kononnya lapaq nasi. skali p medan,nampak bakso. rasa mcm sedap je hirup bakso ujan2 ni kan... slurrrrppppp!arghhhh!
kali ni anak mak cik bakso tu yg bungkus. mak cik tu p mana ntah. aku mcm besa la,sentiasa mintak lebih. so utk bakso ni aku nk bebola daging tu & cabai lebih. mmg byk gila brader tu le tak,murah plak tu berbanding mak dia kira. hensem lagi tu. haish,untung!

sampai umah around kol 10,mkn2 sampai 10.30,nikmat sgt mkn sampai meleleh air idong!awww
lepas jer mkn terus terbungkang tido. yer aku tau amalan ini mat keji tp apakan daya,aku mmg x tahan sgt LETIH!
konon mintak tlg anith kejutkan pukul11, tp dok golek sana golek sini kol11.30 jgk baru aku bangun. then mandi & solat segala, on lappy.

tercangak aku dpn lappy tu xtau nk start keja dr mana.mmg ting tong dah otak masa tu. pukul brapa baru btl2 start keja,aku x pasti. tp mmg mata aku kembang je rasa tgk lappy. yela dh besa kt opis pakai LCD 21, mai kat umah guna lappy haluih ja. jenuh! aku pulun buat sampai pukul brapa ntah. sempat la jgk siap cincai2. pukul5 baru aku tidoq, tp tu pon x brapa nak 'lena'. tidoq pon mimpi keja! haish~

then pg tadi p keja seram sejuk je sbb keja x siap. dah la meeting melibatkan ramai pihak. aku dok pk mcm2 takut nanti bos kecewa,naik angin or pape jela dgn drawing aku tu. yela,mmg memalukan oke drawing aku tu! dah tu plak bos meeting punya lama. dr pukul10 sampai lunch kot! sepanjang tu jgk aku berdebar. skali dah abes meeting semua relax jer,xdak ckp apa pon.sampai ke ptg chill je.ohhh,LEGA oke! penat ja aku GELABAH! sampai EMO bagai. kesian amiridwan bimbang gilaks!hohohoho

so ptg tadi blk SP,mmg x tahan sgt oke! mintak tlg kak Kiera yg antar! :)
sekali terlepas bas pukul8 la..tunggu bas kol9 :(
at last kol10.45 baru sampai. sepanjang perjalanan tu mmg aku tido sampai meleleh la! gila letih kot. entah kenapa aku rasa bas ni mcm take tym lama sgt nk sampai sp. sampai aku dpt feel yg sama mcm aku nek bas blk KUANTAN. *over kan feeling aku???*
sampai station bas aku beli nasi lemak ayam berempah.curlassst oke!

p/s :

tadi 3 jam tunggu line tenet mcm harrrJ!

ptg gayut ngan HIDIR mmg buat aku rasa heaven. rindu ang hidiaqqq oi!

CK dah kembali ke tanah air! :)

thanx sgt ANITH & FARHANA NORSHAM atas kata2 semangat!

Wednesday, June 8, 2011

7 JUN 2011 - LUNCH WIF ABIL~

ASSALAMUALAIKUM...

Ohhhh..hari ni aku saaaangat letih oke!
kenapa??? ni aku nk cita la ni...adehhh

ok pagi2 sampai opis depa dok kecoh dpt kupon diskaun utk set brekpes KFC.pakat decide la nak beli.tp at last semua nk mekdi sbb kepsi pnya brekpes mcm x menarik. so kalo benda2 mcm ni ofkos la aku yg kena beli sbb aku pakar. aku blh bgtau harga sekali dgn tax oke! hahaha
mereka ni mcm besa order berger yg teloq tu,muahaha *mekdi ada crabby patty x???*

sebelum tu aku ke pejabat pos utk bayar bil air. 15min aku tunggu giliran,skali sampai turn aku. aku tunjuk bil & bg duit, org tu ckp "bil ayaq x leh bayaq kat sini dik"
WTFish!!! penat oi tunggu,dh la lewat dah. mekdi murah takat koi 11 ja!
*ampa penah dak bayaq bil ayaq kat pejabat pos???*
terus aku blah dgn hati yg membara *sebenarnya malu tu yg lebih*
pastu sampai City Plaza, kena MBAS dulu utk selesaikan beberapa hal.

after that baru terjah mekdi,mujoq sempat! aku order 8 set semuanya. mcm besala aku mintak sos lebih. then akak tu bgtau "creamer & gula blh ambik kat sana ye"
aku pon angguk "ya timakaseh"
padahal akak tu xtau yg aku dah kutip semua gula & creamer dlm plastik asing. skali dgn jem aku kebas!muahahaha!!! 
ko bayang kan la beb aku bawak 8 set mekdi tu nek moto.mmg tunggang langgang la. hahaha.
errr sebenarnya 8 set td tu x termasuk aku ya hadirin sekalian. aku pon xtau nape lately ni aku mcm loya ja dgn mekdi. rasa mcm x berminat langsung nk mkn. so aku singgah kat gerai beli nasi utk aku. mulia kan aku bersusah-payah angkut mekdi tu padahal aku x mkn pon T___T *oke blh lempang saya kalo mau*

elok aku sampai jer opis,tetiba"Anith" msg aku tanya ada mana bagai. aku bajet mesti dia wonder pasaipa aku x muncul kat twit lg *gila perasan nk mampoihhh*
skali ABIL daaa yg msg. rupa2nya dia nk ajak aku lunch. ohhh aku sdh mkn kot. dan paling penting aku bz amat oke! malas nk kuar sbb nanti take tym. tp bila pk pasal bdk abil tu, jd x sampai hati pulak. kang x jumpak kang nanges plak dia kt bandaraya lockstuck nun.oh x sanggup aku hampakan peminat cilik itu!
maka koi 1++ aku pecut lelaju p CT PLAZA. parking pon men hentam ja.

suka aku bila nampak abil eksaited jer gaya dia *mesti syiok sgt dpt jumpa kak kan???* bluekkksss
disebabkan aku dh kenyang kami minum2 je. oh lupa menu kami!!!
jeng jeng jeng jeng

v
v
v
v
v
v
v
v
v


uuudiaaa! eskacang! sumpah sedap tp aku x brapa suka sgt makanan2 manis ni *konon jaga kesihatan*
aku jgk x mkana benda apa ntah yg bulat2 warna-werni tu. abes aku mkn apa??? mkn ais + kacang sahaja!!!


abil dtg bawak kawan sorang,tp kawan dia ni senyap jer. mesti kes terkedu dgr aku bercakap nih! muahaha! x dan nk gossips sgt dgn abil,sbb aku mmg rushing. ckp pon lelaju jer. 
abil ni sebenarnya dtg tuisyen. so alang2 dia ajak la aku jumpa. rindu lattteww! ahaks! aku agak terharu oke!
sambil lepak tu aku ternampak kak yan on the way nk pi keja. aku ingat dia cuti rini.demm!


so bila dh almost 2pm tu aku larik kejap pi Guardian. selain nk jumpa kak yan aku juga sebenarnya nk beli something utk Anith, kakak si abil ni. rindu kat dia & kesian dia sbb x leh ikut sesi bertemu retiss hari tu.
bila aku come back,terus ajak depa blk sbb mmg dh lewat. aku pon beriya la nk p bayaq sbb mmg aku dh niat nk belanja abil. skali dia ckp dah bayaq??? eeeee,sumpah aku geram. padan muka abil kena tamparan manjaku tadi. 
x patot tau abil belanja, dia bdk lg. dia kata dia yg ajak, so dia kena belanja. iskkk,nonsense! aku terasa spt membuli kanak2 bwh umur plaks! adehhh

apa pon sgt happy dpt jumpa adek ipaq ni even kejap. harap2 terubat la rindu dia kat kak ipaq dia yg lovely neh~ 
*lantakkk lah aku nk batak pon*


p/s : hari ni aku happy gilak sbb aku sangat hebat ketika men bolink tad. nantikan kisah benar ini~

Tuesday, June 7, 2011

DILEMA MEMILIH MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM...

harap semua faham dgn tajuk di atas yer.sesapa yg sdg dlm dilema nk pilih pasangan hidup sila tekan 'X' yer.muahahaha
Ok back to the topic.hari ini aku puasa.mak aihhh sekian lama x posa,skali posa abes lembik jadinya.sampai opismet pon nek menyampah dgr suara aku yg kononnya dah nazak sgt sampai ckp pon x dgr suara.mata berat jerk.mujoq bos & abg is meeting kat KL hari ni.blh la aku curik tulang.byk kali aku tertido sambi duduk.mata jd apa ntah,mcm ada gam!mmg x tahan sgt2!Tym rehat aku bedal pi landing dlm surau.mak aihhh,nikmatnya tidoq!siap mimpi2 indah lg~

hari ni dpt rezeki dr ALLAH. aku cuma panggil client mai sign dokumen, tetiba dia bg aku RM (mcm sedekah,duit kopi,etc la).oh semua terkejut oke.yg bg tu pon bkn org lain,tuan haji yg aku handle projek surau dia.alhamdulillah,rezeki bergolek. don wory aku x mkn sorang duit tu. aku mmg berniat nk blanja opismet la. tp hati aku tetap busuk.ptg td opismet nk beli kuih, aku x mo bg duit tu.sbbnya aku posa,so depa x payah gatai nk menyedap.hahaha.tp,sekejam2 aku,kejam lagi mereka. sedap je depa beli cucur udang dok mkn tayang dpn aku! waaaa,tercabar oke! harap aku dpt pahala lebih atas ujian dasat itu T__T

bila dah posa ni,perkara plg penting bg wanita benafsu mkn mcm aku ni adalah JUADAH BERBUKA PUASA.puas pikir nk mkn apa.kat lockstuck ni aku xtau kat mana nk mkn sedap2.byk kedai dh aku p tp kebanyakannya x memuaskan. pd mulanya aku ingat nk tapau nasi goreng ayam kat medan je. tapi bila seseorang menyebut tentang pasar mlm tadi,terus aku teringatkan nasi tomato.arghhh,dah lama lapaq nasi tomato oiii!


but sepanjang aku dok lockstuck almost 6 months ni,skali pon aku x penah p psr mlm.kat mana ada psr mlm pon aku xtau.sedih kan.maka aku mula bertanyakan opismet.Zzaidun ckp ada psr mlm kt area mergong.then dia jgk ckp ada sebuah gerai jual nasi tomato yg agak sedap.apa lg,blk kerja terus aku serbu.1stly p gerai nasi tomato dulu.sekali dh abes daaa...tinggal nasi putih jerk.oh dah sebak masa tu.so patah blk p mergong,cari pasar mlm.rasa mcm nak sampai kangar dah aku jelajah,1 psr mlm pon haku x jumpak!demmm!

at last decide nk mkn nasi beriani kt lorong haji taib area pekan rabu.dgn penuh harapan la aku pegi,siap dh pk lauk apa nk tambah bagai.situ mmg sedap nasi beriani dia.skali aku sampai,xdak sapa pon.adoiiii!dlm byk2 hari, hari ni jgk dia nk tutup pon! oke masa ni airmata dah meleleh bersama angin yg menderu~~~
puas pk nk mkn apa.nasi goreng ayam for sure dah abes tym tu. at last terpaksa akur pilih nasi lemak royale.aku x pasti la nasi lemak ka nasi beriyani ka,tp yg pasti nasi MAMAK. tempat ni sgt pemes oke,siap masuk tv lg. tym sampai sini dh pukul 7.nak beratur kompom 30minit. sbb kat sini mmg ramai oke! nak beli 1 bungkus nasi ja,tp beratur,mak aihhhh...nasi kat sini mmg sedap,tp sumpah aku geli dgn mamak.tp disbbkan sedap,terpaksa la pejam mata.sepanjang beratur tu aku tunduk ke lantai ja.kalo aku tgk diorang buat keja,sumpah aku muntah hijau!
aku bedal nasi + ayam goreng + hati ayam + terung = RM5 jer.murah oke.


elok sampai umah elok azan maghrib.cpt2 siap sedia nk mkn.sampai lupa bca doa berbuka,baca doa mkn jer.astaghfirullah~
at last aku berbuka minum air kosong je sbb xsempat beli.aku x hingin nk beli air kat kedai royale tu sbb air dia saaaaaangat x sedap! dah la mahal kalah oldtown! air kosong pon boleyh la,jaga kesihatan, x gitu Cik Gayah?apa pon bersyukur la even x dpt mkn nasi tomato,sekurang2nya aku dpt mkn jgk. org len yg xdak apa nk mkn nu,ada depa memilih??? kena sedar tu jusiza ~~~ nak mkn tolong jgn ngada sgt!

"TERIMA KASIH x terhingga kpd my buddies Erra Pajira & Abg Naim sbb concern pasal saya"

p/s : nak posa lg hr ni tp xdak makanan utk sahur T__T

Friday, June 3, 2011

SEHARIAN BERSAMAMU

ASSALAMUALAIKUM...

semalam tido lewat gila,almost 5 am. then pg tadi bangun kepala pusing2.tp itu bkn 1 masalah besar. yg menjadi masalah aku adalah aku kerap kali berulang ke tandas. kenapa aku kerap ke tandas??? aha,sbb aku nk berkebun!!!
so td dah kol 9 pon aku still kt umah,baru nk bersiap.tiba2 angin malas aku dtg.ditambah pulak dgn hasutan cik kiah,lagi la hilang mud aku nk g keja.aku xdak masalah setakat nk ponteng 1 hari,tp aku risaukn keja2 aku.well,aku xkan tenang dok umah kalo keja aku x siap.aku yakin org len pon mcm aku jgk.tp now keja aku yg urgent tinggal nk prepare surat utk submission shja.setelah berfikir panjang,akhirnya aku terpedaya dgn hasutan duniawi.oke aku x p keja hr ni.logik jgk la kan,xkan nanti kat opis aku nak ulang-alikke tandas.mesti malu kan~~~

maka pg td kami berdua bertolak blk ke sp. maka aku ambik kesempatan utk makan di kedai yg pemes dgn gulai ikan termenung tuh.owhh,ramainya org.kedai ni pagi2 buta dah jual nasi berlauk.AWAS ya kalo korang dtg around kol 12 tu maybe hanya tinggal tulang sahaja,sgt pemes okeh!


see???gila fresh ikan dia.paling penting gulai ni saaaangat sedap hokeh! kami ambek 5ekor sahaja


ini menu kami,simple je.sambal belacan tu mmg gempakk,terbaekk sgt! ni persamaan aku dgn CK : kami mesti order air kosong!


nahhh,tgk kami mkn sampai licin! sungguh mebelles!

then dah kenyang kitorang teruskan perjalanan,sepanjang perjalanan tu mmg gegar la keta dgn gelak tawa kami.dah tu siap berkaroq dlm keta,mmg gaya mcm nak blk kampung beraya! pastu aku ajak CK singgah site kejap,nk ambek gambaq sket.oh kira aku MC pon oke la sbb aku buat keja jgk kan?kan?kan? 
odw balik bujang (umah CK) tu,kena lalu Yan.opppsss,singgah pulak kat Pantai Murni.adoi la,mmg gila bila kami berdua bergabung.xdak keja betoi dok berposing kt pantai tu berdua!


CK sedih sgt la tu nk berpisah dgn aku!awwwww


nampak x aku tgh pegang enset???ya,aku sdg bermesej dgn erra pajira ketika ini!

setelah spent masa around 10minutes gitu,sambung perjalanan ke umah CK.elok sampai,salam dgn mak dia bagai,aku terus buat kuak lentang dlm bilik CK.aku xtau apa yg dia buat kat luar,tp yg pasti aku mmg tido x hengat.letih oii ulang-alik p tandas!then kol2 CK kejut,aku tgk dia dah siap pakai cantik2 nk kuar.terkejut aku! terus akubangun,cari baju then bersiap.pastu mak CK plak suruh mkn dulu.x baik kan tolak rezeki???mak CK buat nasi ayam lak,awwww sukanya aku! *baguih punya perangai,mai umah org tidoq pastu bangun teruih mkn*

around kol3++ baru kami bertolak ke SP,terus terjah Central Square.tp pusing2 cari parking gila lama!x paham betol aku apa la yg ramai sgt kat CS hari ni. mujoq sempat jgk kami tgk KARAK pukul4.15
gelak jin aku bila harga tiket wayang cuma RM5.sebabnya aku nk belanja CK hari ni!hahahahaha
abeh wayang,haruslah posing2 gila sket *bajet mcm mai dr Australia*

 

aku suka gambaq ni!nampak CK mcm heroin jek spero nih

 

sama dak gaya aku dgn gengster2 kat poster tu???*angguk la weyh!*


ni CK yg soh aku cucuk bontot kartun ni.mmg sengal!!! 


ahh kau cucuk sampai terkentut budak tuh!


euwwww sedap jer aku pegang bontot bdk ni eh???

lps tu bajet nk karoq la,sbb xnak bg CK sedih sgt aku nk berkonsert esok.tp alih2 karoq dah tutup.yela,mlm jumaat semua hiburan ditutup okeh!so kitorang jln2 ja.pastu CK hantar aku blk umah.dia lepak sat kt umah aku.pastu dia nk blk,around 7.30 gak la.
oke tym ni aku sedih *mcm la nk p bertahun!*
CK pulak dgn gediknya ckp "kot2 la aku x jumpak hang dah lps ni,aku mintak maaf naa"
mmg pesen nk mkn penendang aku! *oke sebenarnya aku tacink*

aku harap CK berbahagia la di hari2 terakhir beliau di Malaysia ni.aku dah buat sehabis baik,ni je yg aku mampu utk hilangkan kekecewaan CK sbb xdpt join roadshow aku esok.harap CK happy.
kawan2 doakan CK selamat p & selamat pulang yer *dgn hadiah yg byk utk aku*

p/s  : suwitt dak kami??

Thursday, June 2, 2011

SAYA TAK SUKA MICKEY MOUSE!

ASSALAMUALAIKUM...

suatu waktu dulu (konon mcm lama gila) gambar hot aku tlh diupload di KBU.
ohhh aku teruja oke dgn gambaq tu.rasa mcm comey sgt la *mintak penampaqqq*
terus buat pic profile, tag amiridwan. dgn harapan beliau akan komen :
"sayangggggkenapa la u ni comey sgt???"
atau
"bertuahnya saya dpt awek secomey awakkkkk!!!"
atau
"awak lebih comey dr tikus mini"
atau....errr dah la kot nak perasan.

bila dia tgk jer gambar tu,dia x sempat komen. tp sempat la chat jap

Amiridwan :  oittt........telinga arnab!!!
(awal2 dah salah,mcmana nak puji???dah sah2 mickey mouse tu tikus,camna leh jd renab lak ni???)
Siti Jusiza  :  haiiiiiiii *gaya retisss*
Amiridwan :  :) *syok retiss balas komen*
Siti Jusiza  :  comey dak??komen! *paksa puji*
Amiridwan : comey......:)

oke cukup takat tu.kalo layan lg kang makin melambung dia puji.jenuh la aku nk tahan kekembangan hidong yg sedia kembang nih.

then aku ingat hal tu berakhir di sini saja.tp rupa2nya tidak.kontrobersi sentiasa menghimpit diri yg femes! *mintak penendang pulak!*
tgh dok mesej2 tadi,lebih kurang sejam yg lalu,tiba2 beliau msg.......
"C..,mane dpt telinga tu,jahat x ajak B.... :("
"lockstuck...beli la wehhhh"
"pastu jalan2 pakai tu ek.....jahat......."
"awatnya???" *gaya muka kak limah*
"yela...x aci la, 6t kuar ng B kna pakai telinga tu... :( " *muka usop wilca*
"pasai pa???suka ka dak ni???"
"x kira...nanti kalo kawen,kena pakai telinga tu tym masak"

see...betapa sewelnya beliau ni,elok sgt la dgn aku.ekceli amiridwan ni jenis bebaik,muka ustad (la sgt),nerd (konon)...bila org mcm dia,jumpa org sewel mcm aku,dia rasa mcm aku ni suwittt gila la kan???umpama "awek aku kentalll je pakai tlinga tikuih tu jln2 kat bandaraya...kao hado???"
dia mcm jakun la dpt awek cam aku.hohoho.
babtu la aku semakin gila bila bersama dia,sbb dia suka melayan.kalo aku nak pose meniarap atas jln raya pon dia sanggup snap kan pic aku.that y la kalo kuar mmg penuh muka aku jela dlm camera.pose pelik2 pulak tu.xpenah lg la aku nk buat sesuatu then dia ckp "isk,x payahla,malu org tgk!" atau "jgnla buat mcm tu,buat malu je tau"


 oke berbalik pd gambar kiut aku tuh!
aku ingat dgn reaksi dia yg mcm tu,menunjukkan bahawa aku ni mmg SAH la comey.rupa2nya...naishhh
"B suka dak benda tu?"
"suka benda tu tp gambar fb C tu x bape cantik"
mak aihh sedapppp je kutuk aku kan???penat aku perasan!
"npe???semua org kata comey tau???" *xleh tima hakikat*
"kamera dkt kot,x cantik then muka C x bape ceria or segar bugar...cam letih...sbb tu xbape cantik...hmm tu la,len kali biar B yg ambik gambar..."
nah ambek kau.dia ni mmg suka bg kritikan pedas oke!jujur sgt pon payah kan?hahaha
sampai mcm tu dia punya penilaian.
oiiiii,dr pagi sampai ke mlm kot,mana la muka tak jd gitu! 

p/s : amiridwan suka telinga tikuih dr telinga aku! tetttt


Wednesday, June 1, 2011

DARI DIA KITA DATANG,KEPADANYA KITA KEMBALI~

ASSALAMUALAIKUM...

this is just a quick post.

pg tadi opismet aku,Faiz bagitau yg adik kepada ex-opismet aku,kak Nina Nashar telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan semalam.
INNALILLAHIWAINAILAIHIRAJIUN~

Mda lagi orgnya,baru berusia 19tahun,seorang wanita.aku x sempat p ziarah sbb keja.hanya bos pi melawat.xpala,hanya doa yg kukirimkan.
td tym rehat,means just now,aku blk umah jap sbb nk ambek card reader.
skali on the way balik aku selisih dgn van jenazah.dan van itu menuju ke masjid berhampiran.tidak syak lg itu pasti van yg membawa jenazah adik kak nina.aku sengaja slowkan moto,dan ikut belakang van tu sampai la aku belok ke opis.
mmg aku sengaja folow.aku nampak di dlm tu ada beberapa org perempuan di sisi jenazah.sebak sgt hati aku.aku kembali terlontar ke alam lamunan.teringat kembali mcmana perasaan aku ketika mengiringi jenazah arwah pak long dan tok.
sakit-perit-hiba-sayu
semua ada!!!hari yg paling suram ku kira ketika itu.persaan yg sangat aku x ingin,serta pengalaman yg sgt aku x ingin alami.tp apakan daya aku sbg manusia.

~MATI ITU PASTI,HIDUP INSYAALLAH~
AL-FATIHAH

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...