CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 27, 2010

WALIMAH YUS & KAK SHA



ASSALAMUALAIKUM...

22.11.2010
pergi kenduri yus&kak sha kat dewan kilat,alor star.
yus ni kawan amiridwan masa kat abm dulu.
tapi dh mcm kwn aku jugak.
aku kan peramah,semua kwn2 dy aku join =)
mula2 ingat dh x jadi g kenduri ni.padahal amiridwan dh apply cuti awal2 lagi.
last minit baru confirm jadi.

~saja nak tunjuk kami bawak hadiah~



best sgt tgk pasangan pengantin ni.yus kecik je,bila pakai kot nampak mcm pakai sarung guni =p
kak sha cantik sgt!kisah cinta dyorang ni,sgt2 touching ok!
alhamdulillah,akhirnya mereka dpt bersatu jugak atas nama suami-isteri.


~selamat pengantin baru~

apa yg paling best,yus dan kak sha sgt baik melayan kami.
rasa berbaloi sgt beli hadiah :)
tak sia2 dtg jaoh2.penat taw drive.tapi rasa berbaloi sgt.
pengantin yg mintak nak ambir gambar ngan kitorang.
see???syokk x???
aku pon apa lg,rasa mcm terlupa sekejap.
ingatkan amiridwan&sitijusiza adalah pengantin :p

~abaikan  pengantin.fokus pada diri sendiri yg sdg terawang-awangan~
pangggg!!!
satu tamparan utk menyedarkan diri sendiri.
sudah2 la berangan...org bg peluang kejap je,aku lebih2 pulak.
sedar la diri sikit,jusiza.
xkan nak naik pelamin dgn saiz mcm ni???
xnampak ke buruk benor saiz ang tu bila naik pelamin????
***pengsan***

~buruk benor kalo gambar kahwin aku nanti saiz mcm ni.
ntah2 makin besar???
xmau!!!!~
sebelum balik,cuci mata kat alor star mall.
xde apa yg menarik pon rupanya.
tp at least dh tunaikan keinginan tu :)



~memandu berdasarkan signboard shj~
odw balik,sempat lagi singgah mkn kat foodcourt simpang 4.
dh lama sgt ngidam mi bandung kat situ.
sedap sgt2.koteow goreng pon sodap.
mi bandung aku punya,koteow goreng amiridwan kena tinggal utk aku sikit.
nampak x mcmna proses pembesaran aku berkembang???
  

~sgt sedap!!!~
***bila pulak turn kwn2 yg dtg hadiri kenduri aku :p

HE'S 20

ASSALAMUALAIKUM...


Tanggal 20.11.2010,birthday amiridwan.saja aku x wish awal2,buat2 x ingat coz nk balas dendam dy lambat wish kat aku hari tu =p
act aku dlm dilema,samada nak celebrate ke x birthday dy.bangun tido terus berfikir,sampai ke tengahari tempoh berfikir.*otak aku sgt genius,sbb aku suka berfikir*
dlm pukul 1 baru aku dpt keputusan muktamad,kita celebrate!
seprais utk amiridwan.....yeeehaaaa


para jemputan pon aku xsure lg.nak celebrate berdua-duaan ke?mkn2 kat taman,potong kek,suap2 kek,berbicara dari hati ke hati,romantis kan???*uwerksss*
atau jemput kawan2 kitorang.celebrate ramai2,kasi havoc gempak cikit,baru happening kan?tp xtaw lak nak jemput sape.hadoiiiii
apa2 pon better aku masak dulu.


1stly,aku goreng bihun.sumpah ni 1st tym dlm hidup aku goreng bihun utk dijamu kat org.selama ni aku masak ala kedai je. *utk sorang mkn*
sambil tu,aku bancuh air ribena 1 botol besar dan sejukkan di dlm fridge. *skema lak ayat*
sambil2 tu jugak,aku masak agar2 buah.mmg mcm chef la aku,dua2 tangan berfungsi dgn baik.peluh pon habis berjejeran.*nasib la korang mkn masakan aku tu*
mak nak tolong,tp aku larang.
"tak payah la mak.nanti kalau mak tolong x nama la air tangan cek.cek nak dpt nama cek yg masak"
poyo je kan...


bila semua dh masak,aku pack bihun mcm org jual kat pasar mlm tuh.then kutip2 segala stok jajan yg ada kt umah tu.mak lak sponsor ketupat dan serunding,sbb mak ckp amiridwan suka.*tuuudia,mak tau selera bakal menantu*
semua kelengkapan aku sediakan termasuk sudu,gelas,tisu,plastik sampah,air basuh tangan dll.perfect kan???auwww!


bila semua dh settle baru aku teringatkan kak ct.terus msg dy join.then soh dy ajak wani,dy pon on.pakat dgn lan,pon ok je.kiranya amiridwan sorang je xtau.hehehe
pastu baru aku mandi dan bersiap segala.


then aku g cucuk duit dulu,pastu beli kek,then tunggu kak ct dan wani kat tmn rekreasi lagenda height.
mak aihhh,punya la lambat dyorang nih.mcm mai dari changlun jerk!amiridwan dah panas je dok tunggu aku xsampai2.hehehe
pas kak ct & wani sampai,aku g jemput amiridwan.janji nk g village mall konon,alih2 berhenti kat citu.bengang la dy.pakai baju baru,seluar baru,bajet aku nak belanja pizza?kfc?sory cikit,mkn bihun je taw!hahaha...dy terpinga2 jugak pd mulanya.tp bila nampak wani&kak ct,terus jd malu2 biawak.sekeh jugak kang!terharu la tu,kankankan???
lepas tu baru lan menyusul...ternyata amiridwan xsangka aku akan buat sampai mcm ni...romantik kan aku nih?????mesti ramai lelaki teingin nk jadi pakwe aku kan??? *dusshhhh kena penampar sendiri*


~juadah~

 ~para hadirin-->sorang tukang snap~

~aku paling suka pic ni.nape???sbb nampak lovely+cweet.tp bkn aku&amiridwan tau!!!
ni ha,si wani & lan.nampak chomell je dlm pic ni.suka!
korang jgn marah ye =p~

~slah 1 sbb knapa aku beriya beli kek--->amiridwan ckp seumur hidup dy xpenah 'potong kek'.
so,ni sejarah la dlm hidop dy.
xheran la muka jakun semacam je kan =p


~kek mocha--->fav aku,hehehe

~this the besday boy.
suke!mcm bdk 12thn =)



Wednesday, November 17, 2010

welcome misz BEN~Q

ASSALAMUALAIKUM...


1stly, aku ingin memanjatkatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi....ya,aku sgt gembira hari ni,gembira yg xdpt diluah.alkisah pg tadi aku sibuk mengemas bilik,maklum la nak raya...tiba2 terpandangkn laptop kesayangan aku yg berada di satu sudut dlm bilik.niat hati mmg nk kebumikan je laptop tu dlm stor.yela,dh hampir 9bln dia koma *kalo org ngandung dh dpt baby pon*. tp tiba2 tergerak hatiku nk test tekan2 *rindu sebenarnya*. bila tekan,xde respon.huh,frusssssttt! tp tiba2 aku perasan mcm ada lampu yg nak menyala,tp xmampu.aku cuba pasang charger,then try tekan start lagi....
jengjengjengggggggg........
laptop aku bernyawa seperti biasa.siap semua file dlm keadaan sihat walafiat.i don't believe this!!!
dek kerana terlalu gembira dan nak kongsi kegembiraan ni dgn Amiridwan,maka kami lunch sekali hari ni *beliau belanja walaupon aku yg gembira bagai nak histeria*.
dan sekarang laptopku bernyawa seperti laptop normal lain...hidup kami kembali bahagia seperti dulu!!!
~SYUKUR ALHAMDULILLAH~








damn miss u misz benQ!!!

Friday, August 27, 2010

R.I.N.D.U

ASSALAMUALIKUM.............

waaaahhhhhhhhh....sekian lama x mengupdate blog.....sgt2 rindu =(
byk cerita yg nak dikongsi...
baik suka mahupon duka....
yang pasti.........
aku sangatlah bz =9

Sunday, March 21, 2010

Nilai Tudung Wanita

ASSALAMUALAIKUM


Tadi, saja rindu2, baca balik email2 yg hanamichi penah sent kat aku. maka terbaca lah email ni. lama x baca, dah mula lalai cikit. fahamilah ye~~~

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.



Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


~renungkanlah~

Friday, March 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY

ASSALAMULAIKUM

i'm glad to wish ~happy birthday~ to my luvly brother,
MHD HAFIDZUL BIN MHD NASIR
~semoga panjang umor
~dah tua2 ni,matang la cikit
~ubah2 ler prangai burok tuh..ngeee
~moga murah rezeki


beliau ni abang yg paling rapat ngan aku.otak sewel punya org.tapi dy jenis x berkira ngan adik-beradik. kalo xde dy,ntah bila la aku bley pakai henpon.sbb dy la yg bg aku henpon masa aku form4. tym tu dy nak masuk askar. sebelom berangkat dy bagi kat aku henpon yg dy baru pakai beberapa bulan.



pastu dia belikan nokia 3660 kat abg aku yg sulung, harganya RM1100. dy bagi mcm bg gula2 jerk..

then dia belikan aku pulak nokia 6630 sbg hadiah aku dpt result cemerlang dlm SPM. *result x sampai 20A pon,hadiah beriya*


tergedik-gedik la aku bila posmen antar bungkusan berisi henpon nih.abg aku nih,askar.menetap di sabah. dia beli henpon ni kat sabah then pos kat aku. masa tu henpon ni kire plg latest punya keluaran nokia la. dy beli dgn harga RM1400. *sekarang RM250 dah ley dpt,sial!!!*
aku mmg riak giler la tym tuh. yela, masa tu kawan2 sume pakai henpon monofonik lg, yg ley baling kepala hanjing tuh.kire aku plg maju la tym tuh.mmg aku syg giler enpon ni. dek kerana sayang itulah aku still pakai enpon ni sampai skrg. biarla org nk kate ape pon.aku xheran cikit pon,janji aku rasa best.dan keadaan henpon ni still sama mcmna dy bg aku dulu, 1 benda pon aku xtukar,termasuk housing. *sgt berkira nk tukar2 sume tuh* even abg aku beli mahal,tp sgt berbaloi. sbb sejak aku pakai dari mac 2006 sampai sekarang,xpenah sekali pon henpon ni masuk spital. malah dah berkali2 jatuh berkecai *sampai aku kutip balik komponen2 yg tertanggal* still xrosak langsung.itulah beza henpon dulu2 dan skrg.

eh,cite psl henpon lak...hmm...dulu kecik2 aku mmg nyampah giler ngan abg aku sorang ni.dy selalu belasah aku,sakit siot. tp aku belasah dy jugak,tp aku tidaklah sehebat beliau. *waaa*
dulu2 kalo dy tersentuh aku walau hanya terkena bulu roma sekalipon,aku akan pukul dy,mcm tu jugak la dy. kira kami mmg xley duduk dekat2 la.sampai aku selalu berdoa spy abg aku ni cepat mati je! *astaghfirullahalazim*
even mcm tu pon,aku taw yg aku selamat bila dy ada. dulu kat sekolah kalo ader sape2 kaco aku, mmg cari nahas la jawabnya.ada skali tu tym darjah 1,aku ngadu ader bdk tarik kain aku. *tarik yer,bkn londehkan* esoknya terus dy g cari budak tu n belasah dy idop2 *takkan nak belasah org mati pulak*
tapi bila aku masuk asrama tym form 1,hubungan kami dah jadi baik. setiap kali aku balik rumah, mesti dy akan belanja aku itu ini. masa tu barulah aku sedar rupanya abg aku ni sayang kat aku.sebelom aku masuk asrama dy dah pesan, "sapa kacau hang habaq kat aku,biar aku ajaq dy. kalo baju hang hilang selai pon habaq,aku cari balik 10 helai kat hang"
waa,tacing siott tym tu....

bila aku kat poly, dy slalu kol aku. maklumla, dy dok jaga sempadan filipina lah, pulaulah, hutan lah, mestila bowink tahap cipan nye. that y dy slalu kol aku,ckap merapu2. setiap kali kol, dy mesti soh panggil member aku ckp ngan dy, kalo x dy xkan letak fon. kdg2 dy msg :
~ dik ju, 1+1 brapa?
~ dik ju ang gila kan
~ dik ju aku ensem kan

see...? sewel kan abg aku.aku jugak selalu pau dy...
~bang pit, ang ygk adik ang pakai kasut terkoyak ni, ang x kesian ka? *maka dptlah aku sejumlah wang*
~bang pit, mai RM100, aku xdak duit nak balik kedah *padahal bila dy bg duit aku gi beli baju kebaya,hahaha*
~bang pit, nak itu, nak ini,blablabla......

dy jugak sgt sempoi orgnya.bila seluruh kerabat diraja aku bebelkan aku sbb bawa moto laju sgt, dy bersuara "salahkn dik ju buat pa,salahkn abah la,sapa soh beli moto laju2 kt dy"
waahh,sgt saportif di situ. dy jugak la yg ajar aku bawak moto masa umo aku baru 10tahun. pastu ada ke jadahnya dy ajar aku cane nak wheely wekang segala tuh...*tp aku x praktik ye!* bila aku dah berani bawak keta, dy turunkan pulak ilmu memandu kat aku...thanx a lot bro! *tapi aku geram gilerr sbb dy suka cabut sticker P aku! huh*

tapi tu dulu,seblom dy kawen.sejak dy kawen,xde dah panggilan or msg2 dr dy...sgt sedeyh! =(
dy nak kawen pon, akulah org yg tlg adjust. org laki ni, mula2 mmg berlagak mcm gaban,tapi bila dah nak kawen, mau terkencing tym nak gitau mak. maka akulah insan yg bertanggungjawab membantu beliau. dy poskan cincin tunang kat aku, dan soh aku gitau mak utk pinang gadis idaman beliau...dan sekarang beliau sedang berbahagia di samping anak dan isteri beliau...kalo dy nak dating ngan bini dy kan, aku la yg kena jadi pengasuh..haishhh!

~ini anak beliau yg sgt pintar dan ganas mcm bapaknya~

~ouhh, sgt rimdu ini budak!~

~see..? kecik2 dah gila nak pegang stereng~

~ni pulak dah pandai nk wat aksi superman~

Thursday, March 18, 2010

aku ULAT B.U.K.U

ASSALAMUALAIKUM


hehe...baca tajuk entry btl2...bunyi mcm poyo je kan...tapi itulah hakikatnya...*statement mcm siot*
act aku bohsan dok kat umh sewa ni.balik2 ngadap tv je. so beberapa minggu lepas aku msg kak long *kakak ipar aku,merangkap bini abg aku*

ju : kak long,nak pinjam novel leh x?bosan ar dok sini...novel yang lama2 pon xpe.
kak long : boleh jer...
ju : kalo leh nk ujang sekali...hehehe
kak long : ok...
ju : lagi 1,tlg belikan bakul baju yg jaring2 tu jap,xdan la nk g beli...hehehe..sory order byg sgt
kak long : ok...xpe la...

hehehe...see? itulah gunanya saudara...maka beliau pon dtglah dgn abg aku pd hari yg dijanjikan.byk jugak la dy bawak,sekurang2nya xdela aku bosan sgt sepanjang aku kat sini...thanx a lot kak long! u mmg best ar!!! =)
kak ipar aku ni sama minat mcm aku,suka baca novel.kitorang jugak berkongsi tarikh lahir yg sama,that y kitorang ley ngam. itulah yg dikatakan jodoh...so sape2 yg rasa ada adik,kakak or mak yg sama birthday ngan aku, berhati2 lah yer, kemungkinan jodoh kite kuat...hehehe...
memandangkan aku xde kakak, maka aku agak rapat dgn beliau,malah lebih rapat dari abg kandungku sendiri. bila cuti lebih cikit aku akan g umah dyorang di segamat. bkn sbb nk ziarah sgt pon, tapi nk abiskan baca novel2 dia, hehe... bayangkan, dy punya koleksi novel dah mencecah RM3000+++
siott tol...dah ley sambar moto sebijik dah tu ha, tak pon wat down payment keta. tp nk wat cne, minat mengatasi segalanya. selain tu, beliau jugak suka melanggan majalah mingguan wanita. mmg tiap2 minggu xpenah miss la.
abg aku lak suka layan ujang,gila-gila dan roda-roda.haishh,pendek kata umah dyorang ni mmg penuh dgn bahan bacaan la.that y aku suke lepak umh dyorang, sbb aku ni mmg ulat buku. =)

beberapa buah novel yg kak long bawak.sume yg baru
baik hati gilerr kak long aku kan

 koleksi ujang
ni pon sume yg baru2


~membaca budaya kita~



Wednesday, March 17, 2010

D.E.M.A.M =(

ASSALAMUALIKUM

masuk hari ke2 dah demam...semalam mmg langsung x ley bangun.mandi pon jirus air panas je.makan?lg la langsung xjamah...semalam dh rasa mcm x sihat, tp malas nk ponteng, since bru je kje 2minggu.tp bila g ofis, rasa mcm makin xbest lak.batuk mcm menjadi2 lak.mujur bos masuk awal. apa lg, wat2 la batuk mcm nk mampos dpn bos...hehehe...dy pon cuak je tgk aku mcm x berdaya dah nak idop. so dy soh aku g klinik dkt ng ofis ni. aku pon pi la sorang2, dekat je. bila jumpa doktor, dy check pernafasan aku.

doktor : uish,paru2 u very sensitive aa...
juicy : how?
doctor : u punya pernafasan shows that ur paru2 is very sensitive. u ada asma ke?
juicy : asma tu xla, tp i pernah beberapa kali overoxygen.
doctor : i takut u bkn overoxygen, tp asma sbb paru2 u tu...
juicy : sensitive maksudnya...?
doctor : u kena elak dr aircond...but xbley la pulak kan,ofis sume pakai aircond. u xbley terdedah dgn  habuk, asap dll. selain tu kurangkan mkn benda sejuk, contohnya sayur2an yg bersifat 'sejuk'.

kata2 doktor tu sama mcm doktor yg sebelum ni. org kena mkn byk sayur2an dan buah2an, tp aku terbalik pulak. sayur pe yg x sejuk, hampir semua sayur bersifat 'sejuk'. dahla sayur ni fevret aku! =((
pas check sume, dy bg ubat. nah ambek ko, ubat batuk je RM40! ubat mende lah gamaknya...mujur la medical cost bos tanggung. kalo aku kena tanggung, rela aku batuk seminggu dr buang duit mcm tu!

 3 jenis RM40??? jz ubat batuk...cekik darah sial!

aku mmg x berdaya dah bila hanya minum air tanpa makan apa2. ALHAMDULILLAH, mak sentiasa call. even aku sakit sorang2 kat cini, at least aku taw mak xpenah lupa aku. mula2 aku xmo bgtau mak,cz takut mak risau. tp aku dgn mak, manala blh berahsia.mak la org 1st taw aku xcihat.
pg tadi, aku g keje lewat, saje =p
badan mcm xbpe cihat sgt, tp batuk dh ok cikit. mujur bos masuk lewat, ley la aku tido puas2,huhu.. tym rehat aku beli nasi n lauk ayam. last2 aku langsung xsentuh nasi tu,buang je sbb mmg x lalu. tp ayam aku meratah, hehehe.
tym balik, bajet nk g beli bihun sup kat masjid jamek. tawakkal jela, moga aku x pengsan tgh jln. jln mcm org mabuk je...
 
maaf! maaf! maaf!
keluar sorang diri lg =((

bihun sup yg powerr tu pon aku rasa mcm air kosong je...tp sekurang2nya aku dah alas perut...ALHAMDULILLAH.....mlmnya pulak aku wat telur 1/2masak. ni la 1st tym menjadi telur aku. siyes aku xpandai wat, kadang terlebih masak, kadang langsung xmasak. tp mlm ni mmg terbaekk ar! =))

amacam, terliurrr x???



Monday, March 15, 2010

aku BEST

ASSALAMUALAIKUM

misi hari ini : money order
semalam tido lewat giler,kol5 kot.lupe lak yg hari ni ada misi penting...adehhhh...
kol10 pg mak n hanamichi dah call,kejut aku bangun *krn aku hanya elerjik pd bunyi hp shj*
bangun je terus sidai baju, siap2 dan mula la berjalan seorang diri menuju ke destinasi.

masa tgh jln tu sedih sgt...ni 1st tym tw nk wat benda2 gini.slalu sume abah aku yg handle.tp bila merantau camni, baru padan muka aku!
dan kalo hanamichi ada, pasti dy dah teman aku...sempat jugak aku terfikir, mujur tym cuti dulu kami dah guna waktu sebaik2nya utk bersama...huhuhu
dan maaf sekali lagi sbb terpaksa keluar sorang diri lg...

1st sekali perlu ke ampang park utk withdraw duet.
pastu ingat nk ke pejabat pos jelatek, sbb citu je yg aku taw. mujur la effa gitau dlm ampang park ada pejabat pos...huhh..kalo x naya ja kena patah blk.
ms dlm ampang park tu, aku jln2 ala2 org byk duet nk shopping la,padahal nk cari pejabat pos...aku cuak gilerr dah, x nampak bayang pejabat pos pon! aku nk byr duit konvo, tarikh tutup dh dekat. hari ni je peluang aku... ahhh, nak nanges dah kat citu!
mujur la last2 kt tingkat 3, aku nmpak mcm signboard pejabat pos...huh,ALHAMDULILLAH.....
cess,rupanya senang je nk wat money order ni,penat je aku gabra tadi!
selesai sume urusan kol11.40pg
tiba2 je rasa mcm nk mkn mcD, yela dh dkat kol12, dpt murah...*werkk*
maka pusing2lah aku mcm org bangang kat citu...lupa dah sayur2 kononnya nak masak tadi...tepat je kol12 terus serbu mcD. celaka tol rupa2nya jam mcD dah kol12.15 tghari! penat je aku pura2 shopping!

mkn berger je,hehe..lupe nk mintak large laaaa







Saturday, March 13, 2010

GILA2 PAGI

What cloth you wearing now?
jersi...*ntah la bley pnggil jersi ke x*

What colour is it?
blue blax + white

When your last meet with someone you love?
sblom dtg kl =(
about a month ago

Do you want to meet him/her again?
nak laa =(

What the last thing you eat?
sate!

Drink?
nescafe, lebih pg td punya

Favourite food?
apa shj b'bentuk ayam!!! tambah2 kfc =p *kecuali gulai*
Favourite drinks?
air 0..dan skrg ada fav baru, jus durian belanda...mabelless

Favourite colours?
semua org yg rapat ng aku msti taw....HIJAU
 
Favourite place to be?
hmm...ntah...campak je aku kt mna2, INSYALLAH aku ley survive

Favourite song?
lagu dulu2..aku layan jiwang ok!
skrg gila lagu aiman-cinta terakhir

Are you happy with your given name?
sgt2...SITI JUSIZA...ko penah jumpa ke???1 dlm 1juta tw!
pandai abah pilih =))


What is the one thing you like to do alone?
berfikir...berfikir dan berfikir
*bajet golongan cerdik pandai =p*
What’s a major fear or yours?
ular!!! xsuke  =((

Do you know anyone famous?
ntahla...rasanya aku dh femes..ko ptt tnya org len ni..
muaahaha

Describe your bed.
mcm pengantin *sbb lps abg aku kawen xtukar dh set bilik tu,huh!*

What do you carry with you at all times?
wallet yg tebal *resit je penuh*
hp *xpenah lekang,sampai dlm jamban pon bawak*
Do you prefer to stand out or blend in?
stand out =))

What kind of first impression do you think you give people?
aku plg xsuke bila tgk org yg mcm sombong giler..sgt2 pantang!!!
*kita manusia sama ja, xyah nk menyombong sgt*

Favorite communication method?
in person... tp jarang dpt peluang tu

What is your hidden talent?
edit gambor =p
tapi au teringin sgt2 nk menari...kecik2 dulu sll la menari

Do you have a problem changing clothes in front of friends?
yup... msti tutup2 gak
sbb kt umah pon aku begitu pemalu krn mempunyai abg2 =p

What should you be doing instead of this?
ntah lerrrr

Who was the last person who called you?
hanamichi kot =))

Are you ready?
ang ni tanya soklan pa??

What is the last gift you gave someone?
sedekah *bila ada rezeki lebih,tambah2 hari jumaat*

Does everything happen for a reason?
yup!

Do you consider yourself to be a nice person?
 blehla...tp org slalu nmpak yg jahat2 je...
*xpe,hanya DIA yg tahu =))*

Have you ever pierced your own body part or that of someone else?
gila!

Do you cry in front of your friends?
yup...aku mudah tersentuh doe...
sambil gelak pon ley meleleh airmata lg

Would you die to save the life of someone you dearly love?
of cos! *family only*
Do you have any married friends?
ada........latest,kinah yg sdg mgharungi detik2 bsalin
ntah dh bjya ke blom

Do you like thunderstorms?
kartun ke ribut2 tu???tanya mcm tuttt ja ang ni

What was your first job?
keje kilang =))
*tahan 2-3 hari ja =p*

What’s the strangest thing that’s happened to you in the past week?
Tido sambil duduk menegak dlm ofis

You have a crush, don’t you?
mosti laa

Who?
baca la blog aku..tanya je tau, baca x mau! bwelkk =p

Do you talk a lot?
YA ALLAH...soalan puaka ini..kalo ko g tanya kwn2 aku soklan ni, mau kena sekeh hidop2

Who was the last person you talked to in person?
ita-housemate

What are your plans for the weekend?
baca novel...basuh baju...masak

How much money would it take for you to give up the internet for a year?
x penah byr sesen pon lg...hahaha

Where’s your ideal marriage location?
tmn sri wang doe...confirm gempakkk

How long have you known your best friends?
best fren...?

What are you listening to?
lagu fevret dr blog aku ni ha...tacing siotttttt


What was the last thing you laughed at?
tym bergosip ng ita td

What do you wish you were doing right now?
nak blk umah, tido ngan mak =((

What musical instrument do you wish you could play?
gitar n drum..rasa ensem jerkkk *???*

If you could speak any language, which language would you speak?
arab

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...