CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

PANGGILAN ITU....

ASSALAMUALAIKUM...

KHAMIS : sampai je umah,terus aku terbungkang sesorang dlm bilik. letih sgt la konon. Then tetiba enset bunyi
kringggg.....kringgggg....kringggggg..... <--- ringtone enset aku mmg bunyi mcm tepon umah
rupanya Kak Long aku yg call,nak inform yg kak ipaq aku dari sabah akan blk KEDAH esok bersama dua org anaknya *anak menakan aku la*
aku yg pd awalnya mamai lagi terus terjerit.sampai pecah speaker fon kak long.oke tipu~

JUMAAT : jumpa sale kat Sunway Carnivall.ohhh poket kering gilak bln ni.tapi terkenangkan anak menakan,sambaq jgk sehelai sweater! x sabaq nk jumpak esok!

SABTU : bangun pagi2,gosok gg,terus serbu umah kak ipaq!!!!
Yong nampak je aku,terus lari.konon x mau la berdamping dgn aku kan.fine aku faham la dh lama x jumpa kan. aku pon layan baby je. oh mak kau tembamnya baby!!!patot la abah dia kata mcm belon!!!bulat oke!!!
tapi baby baik sgt,xdak nanges2,tido pon senang ja.puas aku cubit2 geget2 pp dia! rasa mcm GCB la! oke ayat over~



pastu aku acah2 Yong,oke ja dia dok gelak2.siap men aci ligan lagi kat umah org kan,lantakkk la kan!muahahaha.at last aku pon nk blk sbb nk kena blk A.Star. elok aku nk balik,si Yong ni tetiba nanges nak ikut aku!!!


ingat kejap je,rupa2nya nanges x henti2.ayaqmata dah lencun abes.puas aku pujuk tp dia xmo lepas aku.at last aku terpaksa bagi kat mak cik dia cepat2 dan terus balik. aku sempat dengar Yong jerit panggil "umi....umi....umi...."
oke sebak amat tym tu!bergenang ayaqmata aku tym drive.sampai skrg terngiang2 panggilan dia tadi.sayu hoiiiii!!!!

p/s : esok kak long nak ambik yong balik umah,demmm rasa nak ponteng keja jaa!!!!

Thursday, July 7, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY - AKU MEMANG HOT,SO WHATTT???

ASSALAMUALAIKUM...

saja hari ni aku nak buat hot. dah ramai suka sgt stalk aku kan,buat aku rasa mcm aku ni hot gilak. maka mai sini aku tambah paras suhu hot aku~

cuba kau buka google image. then searh nama kau.apa yg kuar???
oke takpa.lantak la apa pon yg kuar,aku pedulik hape kan?muehehehehe
tapi sekarang cuba kau taip JUSIZA kat ruangan search tu. apa yg kuar???


ini kan???muahahaha!!!amacam retiss enuff???
bak kata kak nott : "kak nott try search nama bdk2 opis sorang2,semua kuaq mcm2.tp taip nama ju,teruih kuaq muka dia!"
haaaaa...HOT kan?kau hado?????

oke saja pulun.babai~

***now opismet dok gila baca blog aku.demmm malu hoi!!!! =.=

HAPPY BIRTHDAY SAHABATS~

ASSALAMUALAIKUM...

entry ni khas utk wish besday kat sahabat2 aku.saja aku x wish kat depa,konon2 lupa la.then bajet nk buat entry,kira seprais la nk bg depa terharu.alih2 asek bz ja,entry ke mana wish ke mana. tapi xpe la kan,asalkan niat kita ikhlas.ampa terima ja la nooo~

27 JUNE 2011
SELAMAT HARI LAHIR kepada sahabat terawal aku kat SMKAB, SITI SYAMIMI A'AZMI a.k.a MIMI


act aku ni se-tuisyen dgn MIMI tym darjah 6.saling jeling2 ja,pakat x tegoq.tym darjah 6 aku wakil sekolah dlm Pertandingan Kuiz Agama kat SK TIKAM BATU,sekolah MIMI.jumpa lg tym tu.itu aja pra-pertemuan kami

but at last,bertemu + berkasih di SMKAB. kam seBILIK + seKATIL.katil dabel-storey,aku di bawah dia di atas.sgt kebetulan! masa mula2 masuk SMKAB dulu mmg RAMAI sgt yg tanya "eh,ampa dua ni kembaq ka???"
ohman,kembaq celah mana xtau la.kami berdua sampai pi belek muka depan cermin,cari point kat mana yg depa kata kami kembaq???

~ada rupa kembaq ka???~
tapi kami berdua mmg rapat la,even kami berlainan kelas. kira semua org tau,kalo sebut JUE aja automatically appears MIMI.alaa,lebih kurang mcm sweet kapel la~muehehehehe
dia satu2nya kawan yg aku penah pi umah.kami slalu tukaq2 baju.pastu slalu beli baju,seluaq&selipar/kasut sama.bajet suwit la tu~
kalo mak aku mai bawak makanan mesti share dgn dia,begitu sebaliknya.kalo beli makanan mesti makan dgn dia,kalo sikit kami akan share.result PMR sama,SPM pon sama even dh berlainan skool tym tu.oh lagi suwit kan~

kami ni sebenarnya sgt berbeza dlm pelbagai aspek.tp still blh serasi~perbezaan x menghalang kami bersahabat.contoh paling senang, MIMI ni jenis skema & berdisiplin *sbb tu dia jd pengawas* sedangkan aku kaki segala kaki la kan. yg paling aku kagum dgn MIMI,dia ni jenis yg sgt kuat study *kompom x mcm aku* ambitious dan berpendirian tegas.

28 JUNE 2011
SELAMAT HARI LAHIR kpd ahli MYTEAM, YATZ HUHU *nama pesbuk* a.k.a YAT. tp memandangkan aku ni sengal,aku suka panggil dia YATUN.suka hati aku la kan~

~kenangan tym besday YATUN yg ke-19~
YATUN ni kwn aku dari sekolah rendah lg.tp kami mula rapat masa darjah 6.style gang dok meja depan.pastu dok buat kemas,perasan gang kami ni mcm #SPICEGIRLS muehehehe
dlm gang kami,aku & YATUN ja yg berjaya ke SMKA,tp dia ke SMKA SIK.tp iman dia lg rapuh dr aku,awal2 lg dia dh blah.x sesuai dgn jiwa kot,aku xtau la apa alasan dia.hehehe
dia kembali ke SMKPLM. maka tym form 4 la baru aku jumpa dia semula.dan kami lg sekali menubuhkan sebiah lg gang yg #perasanbagus iaitu MYTEAM.hahaha

~cuba teka mana akuJUSIZA???~
alhamdulillah,sampai skrg hubungan kami sesama gang masih utuh even dah 6tahun meninggalkan alam sekolah.kami still buat reunion setiap tahun,set gathering tym lapang.slalu YATUN adalah mastermind dlm setiap event.dia yg plg rajin text sorang2 ahli.hehehe

~bila la mau begini lagi~
YATUN ni bg aku sorang yg GARANG!tp dia sgt SWEET,tambah2 bila senyum :)
dia jgk sorang yg bersih/kemas dan jgk sorang yg appreciate apa pon pemberian org.

29 JUNE 2011
SELAMAT HARI LAHIR kpd sahabat aku dr SMKAB jgk, NA'IMAH ZUKI. dia ni xdak nama glamer,mmg aku panggil naimah ja.tp dulu2 tym gedik2 lg aku panggil dia NAIM,dia pon hentam ja menyahut kan~

NA'IMAH ni pendek cita perwatakan dia mmg jaooooooooooh *jaoh beno* beza dgn aku.tp memandangkan aku ni jenis easygoing maka aku sental je kawan dgn sapa pon,asalkan org tu suka berkawan dgn aku.aku suka buli NA'IMAH ni dulu.alaa,buli2 manja jer.hihihi

~beliau yg paling kanan~
 byk jgk kenangan aku dgn NA'IMAH ni. dia ni jenis baik,maka dia slalu layan je karenah aku.tapi yg paling aku x leh lupa dan akan ku kenang sampai bila2 adalah part di mana NA'IMAH ni slalu BERCERITA kat aku malam2.slalunya mlm jumaat la,sbb esok tu cuti.bercerita yg bagaimana?

~manja kan aku dgn naim ni~
NA'IMAH ni kaki novel,same goes to me.but tym tu aku mana ada wet nk beli novel byk2 kan.kebetulan NA'IMAH ni ada byk novel sbb adek-badek dia suma gurl,so dia dh baca byk novel2 terbaru. maka hasil pembacaan dia tu akan disampaikan kpd aku melalui penceritaan lisan pulak.cuma bezanya nama hero+heroin dlm novel tu ditukar kpd nama aku dan mana2 boy yg aku admire.tp tym tu aku tgh admire kat abg senior ni nama dia NAIM,maka lagi senang la NA'IMAH ni nk transfer story.kadang2 kami duduk kat tangga,bilik stor,koridor & katil utk bercerita.terharu sgt NA'IMAH sanggup layan aku sampai mcm tu :)
NA'IMAH mmg pandai bercerita dan aku sgt kagum sbb dia blh cita sebijik mcm dlm novel!

maka kepada semua sahabat2 aku ni, selamat hari lahir yg ke-23 semua. semoga dimurahkan rezeki kita,diberkati kehidupan kita.amin~

Friday, June 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY ITA!!!

ASSALAMUALAIKUM...

23 JUNE 2011 - ulangtahun kelahiran salah seorang sahabat aku iaitu Rozita Che Wan.
ehhhh,silap! gila aku nk kawan dgn janda hot cenggitu! err sahabat aku ROZITA MOKHTAR


sem 1 : aku mula kenal ITA masa kat poly. aku suka usik dia. sbb dia ni jenis baik. aku suka la ambek kesempatan. aku suka sembang dgn dia. best apa ntah. tapi kami x la rapat gila. cuma aku suka dia ja *aku bkn lessy*

 

sem 2 : rapat sikit2,sbb sama hostel. mcm besala,suka sembang dgn dia. selalu la lepak dgn dia tym boring2. dia ni pendengar yg setia. bayangkan,ada kawan aku ni tgh eksaited bercerita kat ITA ni. dlm masa yg sama ITA ni dah ngantuk sangat,tp x sampai hati nk biarkan kawan aku ni. maka ITA ni sanggup pegang kelopak mata dia supaya tak tertutup semata2 nk layan kawan aku bercerita. mmg pendengar setia gilak kan!

sem 3 : kurang rapat sbb aku dok umah sewa,dia dok asrama. tp still luang masa sembang2 ngan dia kat kelas *aku ni xdak keja len ka?asek sembang ja*
sem 4 : praktikal la! *x jumpa la*

 

sem 5 & 6 : mula rapat dgn ITA sbb dok satu umah sewa. slalu jgk kongsi masakan dgn dia. dan dia adalah pembonceng moto aku, maka mmg rapat. bila kat umah sewa,aku suka pi bilik dia sembang2, x pon dia dtg bilik aku. best ngadu kat dia. apa2 mesti aku minta pendapat dia. kalo ada masalah pon aku refer dia,even bkn utk minta tlg tp cukup utk mengadu. aku suka melawak dgn ITA,dia suka layan dan kadang2 dia pon blh mereng jgk.


KUALA LUMPUR : masa aku keja kat KL,aku dok serumah dgn ITA. mmg rapat gila la! bayangkan bila balik keja mesti sembang2 dgn dia! *sembang lagi???* xtau la sembang apa sgt tapi hari2 mesti sembang,gosip,ngadu dgn dia. sumpah aku paling rindu kenangan kat KL dgn dia.

dia slalu teman aku pi jalan2 kat MASJID INDIA setiap weekend. kalo pi mana2 slalunya ajak aku. slalu bawak aku pi tgk ARCHIMAFIA men futsal. selalu masak sama2 dgn dia di hujung minggu,sorang 1 lauk. tetiap hari jumaat pi pasar mlm ngan dia. pi konvo pon dgn dia,tido sebilik.

 

Kalo beli baju pape mesti refer/tunjuk kat dia. slalu bercerita dgn dia ttg kawan,family,kerja,fesyen,artis,dll. dan dia pon sama jgk. selalu refer aku kalo ada pape. kira kami selalu la amalkan "sharing is caring" ni.


sejak pindah blk SP,mmg rindu gila kat ITA. even ada amiridwan,mlm2 aku still rindu ITA sbb teringat malam2 kat KL slalu lepak dgn dia,tgk tv sama2. rasa mcm x lengkap ja hidup. mula2 pindah slalu jgk msg2,chatting. still dgr masalah dia. tapi lately aku rasa dah jarang sgt contact ITA. aku mmg bz gila skrg ni.

~SEM 3 : ita eksiden.aku yg jaga dia dan sapukan ubat serta beli makanan dll.bersyukur dpt berbakti kpd sahabat~

~SEM 5 : kenangan semasa besday aku yg ke-20! thanx a lot,sgt terharu sampai menitis airmata~
~SEM 6 : beg sama,baju pon sama.ni mmg kegilaan kami,suka beli sama2~


dear my ITA : 

HAPPY BIRTHDAY ITA SAYANG!


semoga kebahagiaan yg ko kecapi skrg akan kekal selamanya dan segala derita ko yg dulu pergi menjauh...aku kat sini sentiasa mendoakan yg terbaek utk ko!
maaf jgk sbb dah lama sgt x contact ko. aku bukan takat bizi,tp serabot amat.mcm2 benda yg ada dlm kepala aku. jadual aku pon padat. harap ko faham. but aku x penah lupakan ko! *amacam geliss tak*

thanx sbb rajin baca blog aku *skrg baca lagi tak???*

bila nak ada blog??? *follow aku teruih!*

aku menanti utk dgr ko mengadu ttg PERISTIWA BIRTHDAY ko tahun ni!!! *masih sama mcm tahun lepas kah???*

thanx sbb layan aku,pernah jadi sahabat aku *moga kekal selamanya even jauh*

maafkan aku kalo ada buat salah silap tanpa aku sedar *mintak halal semua yo!*

P/S : sory lambat,aku bz. but aku x lupa oke!miss u ita!

Wednesday, June 22, 2011

WORDLESS WEDNESDAY~

ASSALAMUALAIKUM...
 

 Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.

P/S : Sila teka mana aku?

Tuesday, June 21, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY NEW BBFF!!!

ASSALAMUALAIKUM...

mai sini nak publish BBFF aku.apa menatang BBFF tu? oh bukan Birthday Boy For Free yer. tapi BestBoyFriendForever oke!


tadaaaaa! oh mak kau terjun! *ayat latah aku yg lazim*
kenapa,x percaya? yer, ni boipren baru aku,x caya jgk??? hahahaha
sila translate maksud BBFF tu dlm bahasa melayu oke. tolong rujuk kamus.


kami kenal melalui KBU. baru sgt berkenalan.
tapi rapat + mereng mcm dh kenal sejak kecik. luckily dua2 masuk kepala.
*ada lagi ahli musalman tp kita fokus pada besday boi dulu ye*

~nampak sgt gambaq curi~
mula2 kenal...takut nak tegur mamat ni. muka siyes mcm tok mudim,ngeri-ngeri-malu nak tegur.
but once try cuba nasib, tgk oke aja. sepoting la jgk.
at last,oh,mereng bersama rupanya~
abg naim ni jgk hot oke! x caya??? aku ada bukti oke.
bak kata erra pajira, "bangganya kita dpt layanan spesel dari abg hot ni!"

SELAMAT HARI LAHIR KE-25

~with anith~
  SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI
*ucapan stended tp ikhlas*

~with CK~

SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP


~with kak SHIDA~
 SEMOGA BERBAHAGIA SELALU

~with GKSB~
SEMOGA SEGERA MENDAPAT JODOH
*mengapa mesti ucap pada gambaq GKSB???*

~with ERIN~
SEMOGA IMPIAN & HARAPAN TERLAKSANA


akhir kata dari kami,semoga abg naim sentiasa berbahagia menjalani onak duri kehidupan ni.
sedih,gembira,kecewa, adalah mainan dunia. semuanya terletak pada kita utk menanganinya. kita yg akan menentukan hala tuju hidup kita! so kita enjoy! *bajet nora danish*

~sweet kan???~
tapi yg ni lagi suwittt!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


~HAPPY BIRTHDAY ASYRAFULNAIM~

Monday, June 20, 2011

PAGI2 DAPAT PELUK TOK-BESTNYA!

ASSALAMUALAIKUM...

kejadian berlalu 10minit lalu. *blogger tegar kan*

aku jalan2 nak naik tingkat atas di sebuah umah.tak pasti umah sapa.
tiba2 aku ternampak 'tok',terus aku meraung.
aku atas tangga,'tok' ada kat bwh. aku cuma mampu gapai tangan 'tok',tapi tak mampu 'tarik' 'tok' ke atas.

cuma pertemuan singkat. 'tok' pesan kat aku
"jgn buat dosa kecil. sakit ooo kat sana".

aku angguk. kalo x silap 'tok' juga ada pesan supaya jgn lupakan dia. rindu 'tok' amat. sampai masa 'tok' kena pergi, aku 'tarik' tok perlahan2 dan akhirnya kami dpt berpeluk.
Ya Allah, bau 'tok',tangan 'tok',pelukan 'tok',semuanya REAL!!!
paling penting,sinaran mata 'tok' yg merenung aku....arghhhh!
badan 'tok' masih sama,jalan 'tok' masih sama.
masih sama seperti kali terakhir aku tengok tok bernafas.

pertemuan yg amat bermakna bagi aku. semuanya terasa benar.
segalanya masih terasa.
semoga ada lagi pertemuan antara kita~

kenapa 'tok' datang kat aku?rindu kah?
aku tak pernah lupakan 'tok',cuma dah lama x 'ziarah' 'tok'
atau aku terlalu leka,sampai 'tok' kena pesan kat aku ttg dosa?
dosa kecil?dosa besaq pon ceq buat, 'tok'......


p/s : masih belum ada kekuatan utk buat entry pasal 'tok',padahal sudah hampir setahun
 
Ya ALLAH...
cucurilah rahmat ke atas roh 'tok'
tempatkannya di kalangan org beriman~

AL-FATIHAH

SELAMAT HARI ABAH

ASSALAMUALAIKUM...

abahhhhhh!!!! *loncat2*
nak wish kat abah sebenaqnya. tp nak cita dulu kenangan aku dgn abah

dlm adek badek,aku plg rapat dgn abah. mungkin sbb aku anak bongsu + the only gurl.
kalo kuar,aku akan pimpin tangan abah,bkn tangan mak.
pergi umah org,aku akan duduk atas riba abah,bkn riba mak.*ngada even kt umah tetamu*
pergi kedai mkn,mesti duduk sebelah abah,bukan mak.
keluar shoping,ikut abah, bkn mak.
tym raya bila ambik gambar family,wajib aku duduk depan abah,then abah peluk aku dr belakang. *switt oke*

dulu2 takut nak langkah longkang.wajib abah dukung even dah darjah 2,3,4.
ptg2 abah suka bawak aku pi ronda2 nek moto.
pergi mandi air terjun,abah akan angkat aku letak atas tengkuk then bawak mandi kat tempat dalam.
ptg2 di bln ramadhan wajib ikut abah pi bazaar ramadan. kalo x nanti aku nanges.



kalo bang pit nak mainan apa2,mesti suruh aku yg mintak kat abah.
kalo abg2 nak pi mana2,mesti suruh aku yg ajak abah.

suatu hari ketika balik mengaji,bang pit melawak dgn aku.dia cubit sikit ja. terus aku ngadu kat abah. dan abah pulak terus rotan tangan bang pit,sampai kelupoq la dia. terkejut aku,x sangka abah akan buat mcm tu. *menyesal ngadu*

masa umur 5thn, aku belek2 jam abah. then aku terrrbaling kat atas meja.dan abah terrtampaq tangan aku.sikit ja pon,x kuat pon.terus aku tergamam.aku x pernah kena marah oke.then mak pulak yg 'marah' abah sbb tampar tangan aku.*ngada sunggoh*
itu kali pertama dan terakhir abah pukul aku.jentik pon x pernah!

memang aku rapat sgt dgn abah.tp ntah sejak bila,aku mula renggang dgn abah.renggang maksudnya sudah tidak manja lg.mungkin sejak aku dpt adik,atau sejak aku dh jadi anak dara,atau mungkin jgk sejak aku masuk asrama.aku x pasti.semuanya serentak saja.
yg pasti aku sudah pandai melawan ckp abah.apa yg abah ckp, satu pon aku x ikut.
apa yg abah ckp,semua aku bangkang.suka bertikam lidah dgn abah.
hinggalah aku dah masuk poly,atau lebih tepat,aku dah dewasa...aku mula kawal perangai sikit.kalo gaduh pon juz gaduh manja je.tp apa yg abah ckp aku x pernah sokong.sbb skrg aku dh jd geng mak.apa mak ckp aku kena back-up.apa yg aku ckp mak plak kena back-up.padan muka abah xdak geng sbb anak2 lelaki abah semua dah kawen.hahaha

abah aku saaaaangat ada tokoh ke-abah-an oke! bayangkan,semua kawan2 aku tym kecik2 panggil abah aku 'aba h'.sampai jiran2 or mak budak pon panggil abah aku 'abah'. jarang sgt2 dgr org panggil 'pak cik nasir'. kalo dulu kecik2 aku marah semua org sebok nk panngil abah aku abah,skrg dah besar baru aku paham dan sangat bangga!!! *amiridwan xmo try panggil abah ka?*
abah jgk saaaangat lawak orgnya.suka bergurau dgn kawan2 aku,dgn budak2.
sbb abah sgt sporting.sampai skrg abah x penah marah aku.habis kuat pon abah bebel sbb anak dara dia asyik kuar ja.
aku ngan abah jgk suka gaduh bab minyak.aku sgt berkira nk isi minyak keta or moto :D
semua transport yg aku guna skrg,sekupang pon aku x penah kuarkan duit.semua abah yg tanggung.

ni sedikit luahan hati ceq utk abah,yg mungkin abah x pernah tau...
dan abah xkan tau...*sbb abah bbkn follower aku mahupon frens aku di FB*

abah........................................ 
*panjangnya dot-dot,konon mendayu2 sunggoh*
terima kasih sbb jaga ceq dr kecik sampai la ni
mak kata masa mak ngandungkan ceq,abah la yg jaga mkn minum mak
mak ngidam mkn bihun tym ngandungkan ceq,abah beli berbundle2 buat stok
(bila besaq tak penah tanya abah teringin nk mkn apa)
mak kata dulu masa dlm pantang,abah yg basuh lampin ceq
(bila besaq nk basuh baju abah pon berkira)

abah.....
terima kasih hantaq ceq pi sekolah hari2
hantaq pi ngaji nek keta even dekat 
(sbb ceq takut hanjing)
tima kasih bg didikan yg cukup kat ceq
hantaq pi sekolah agama dgn harapan ceq jd insan berguna
sejak kecik dulu abah slalu tegur ttg aurat
dari kecik lagi abah dh ajaq solat
setiap mlm abah suruh buat latihan tulisan jawi

abah...
terima kasih sbb.....
hampir setiap minggu melawat ceq masa kat asrama
selalu hantaq ceq balik asrama
selalu melawat ceq masa kat kuantan 
(bukannya dekat oke)
ambek ceq kat stesen bas tym subuh2 buta 
x pernah lewat bg duit setiap kali ceq mintak masa kat poly
(bila dah keja x reti2 nk bg duit kat abah???)
bagi moto utk kemudahan ceq pi kelas & praktikal
(nanti cek belikan abah ferrari)
sumbang laptop utk kegunaan ceq blajaq
(tapi bila abah nk men game ceq x bagi plak)
bawak ceq pi sepital tgh2 mlm
hantaq ceq belajaq dr kecik sampai besaq
hantaq cek balik lockstuck even ceq dah pandai drive
ajaq ceq bawak keta sampai ceq blh jd drifter
bagi moto baru kat ceq sedangkan abah pakai moto lama
bagi keta kat ceq even abah syg viva hijau tu



abah.........
ampun maaf sbb...
SELALU SUSAHKAN ABAH DARI KECIK SAMPAI BESAQ
TAK PERNAH DGR NASIHAT ABAH
SELALU BANTAH CKP ABAH
PINDAH DARI SEKOLAH AGAMA
TAK PERNAH MENYENANGKAN HATI ABAH
TAK JADI ANAK SOLEHAH MCM YG ABAH HARAPKAN
TAK MUSLIMAH MCM ANAK KAWAN2 ABAH
BUAT BENDA2 YG MEMALUKAN ABAH
TAK JAGA NAMA BAIK ABAH
PENTINGKAN DIRI SENDIRI
KELUAR RUMAH TAK PERNAH BAGITAU ABAH
dan macam2 lagi dosa ceq...

***airmata tak dapat dibendung lagi.kain sudah boleh diperah.mata sudah berpinar.tak mampu teruskan lagi

TERIMA KASIH atas segalanya,dan ampun maaf atas semua dosa ceq sejak ceq lahir sampai sekarang.hanya ALLAH yg mampu balas segala jasa abah.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KEDUA ORG TUAKU...
BERKATILAH SETIAP LANGKAH MEREKA...
AMPUNKAN DOSA MEREKA...
AMIN~

CEQ SAYANG ABAH!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...