CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 31, 2012

SHOPPING @ WATSON

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps abes keja, mcm besala mood buat-apa-nak-balik-umah-sewa aku datang, mula la nak merayau. aku xtau apa yg aku nak. lps abes keja, singgah pekan rabu. jalan2 tgk2 baju. dah boring, dok pk nak p bazaar ke dak. sbbnya aku lapaq kfc sgt smalam. tp xdak geng nak mkn. akhirnya aku gamble. nak serbu kak yan di as  mall, ajak dia bukak kt kfc. nak msg takut dia xleh reply sbb tgh keja. so tukaq haluan ke as mall. sampai di simpang 4 kuala, tetiba rasa maaaalaaasss sgt nk ke sana! mula bt kptsn baru masa tunggu traffic light tukaq jd hijau. aku akan bbuka dgn kuih dulu, then lps solat maghrib baru pi kfc, sorang2. aku xmau tapau oke!


so terus singgah bazaar jln pegwai beli air & kuih. then blk umah sewa kjp around 6.20pm. sajala msg kakyan, ckp lapaq kfc. tiba2 dia balas "ang ni mcm tau2 ja, aku mmg nk buka kt kfc dgn kwn aku ni"
ohhhhhh inilah takdir org yg berpuasa! dia blh reply sbb hri ni dy cover kt ct plaza. cantek! so set berbuka kt kfc pekan rabu. aku lelap kejap then pkl 7 kuar g kfc. perghhh nikmatnya dpt mkn kfc!
mkn cpt2 then ikut kakyan pegi watson tmpat dia keja sbb aku nk beli brg, dan dia pon kena masuk keja...


yg kanan tu aku beli sbb harga dia sgt comel, di samping presentation dia pon sgt comel. korang teka brpa rm ni??? teka laaaaa~ ada watson cleansing wash + lotion 30ml, rm1! yaaa rm1 only! ptt benda ni jual kt kedai 1malaysia aja. LOL. (lps aku ambek benda ni, makcik pakcik abg kakak yg masuk watson tu semua ambek jgk!)
yg tengah pon sama, sbb murah+comel. losyen vaseline 25ml, cuma rm1.50~
yg kiri pon sama! beli sbb murah+comel. losyen enchanteur 100ml cuma rm1.80
so korang nampak x brapa losyen aku beli smalam?


haaaa yg ni korang blh agak kot aku beli kenapa? muahahahaha! sbbnya setiap pembelian brg rexona rm10 ke atas akan percuma deo spray tu! so aku yg suka benda2 percuma ni terus cari brg rexona. asalnya aku ni jenis pakai roll on. tp roll on harga semua takat rm9.90 je, jebon sgt! so tpaksa ambek deo spray bharga rm10.90, maka dptla free yg kanan tu muahaahaha!


dan yg ni...tentula utk suami. dan sejujurnya, niat aku nk p watson semalam sbb nk beli ni je. tp lain dh jadi. dasar wanita! wakakaka


blk aku singgah cawan cafe tapau makanan utk sahur, nasi putih+tomyam. coih dah naik harga di bln ramadhan! keji btl! slalu set tomyam rm6.50 je, skrg dh jd rm6.90! then aku singgah guardian plak, saja usha kot2 ada yg bkenan. at last xtau nak beli apa, sambat dove travel kit ni, sgt comel oke!!! harga rm5.88

so nampak x apa minat aku? yaaaa aku pantang tgk brg comel, such as travel kit, or trial stuff or apa2 jela yg kiut. dan yg pastinya murah! dan aku suka benda yg ada free gift comel2! muahahaha

4 OGOS

ASSALAMUALAIKUM...

4 OGOS 2012, aku xtaula kenapa raaaaaaaaamai sgt suka tarikh ni. pada tarikh ni, aku harus memilih 1 event dari 4event yg telah dijadual! gila! keempat2 tu sgt memorable kalo aku p! :((

antara event tersebut :

  • family aku akan balik kampung dan berbuka dgn family2 di sana. mmg setiap thn kmi akan blk buka posa ramai2 di kampung, kdg2 tido sana. sbb aku masih ada tok sebelah abah, tok wan sebelah mak.
  • family besaq wan ku ya akan dtg beramai2 buka posa kt merbok, iaitu umah mentua aku. perghhhh sumpah aku tringin nak join! dah la aku ahli baru, xpenah rasa buka posa ramai2 dgn family besaq ni :(
  • iftar kbu. dah lama aku x jumpa kbu ramai2, dan plg penting tringin nk jumpa muka baru. yg gerammmmnyaaaa melah, senah, joyah, peah semua kalut nak join. huh gedik betoi depa tu! dah la sejak nikah sekali pon aku x jumpa depa lg, tup-tup depa ramai2 nak join iftar. mmg gedikkkkkkk!!!!!
  • iftar SMKAB. yg ni lg x blh tahan. gila rindu kawan2 smkab kot! yg lagi geram, ramai pulak nak join! grrrrrrr! kami bdk2 smkab mmg susah nak jumpa sbb semua blajaq tinggi2 blaka, cuti x penah sama, dok obersi la apa la. so ni la peluangnya~

maka antara keempat2 ni, sbg wanita berkeluarga, haruslah aku utamakan keluarga ye dok? tp masalahnya dua2 family buat event hari tu! adoiiiiiiiiiiiiiiiii~
kalo ikut turn, mmg turn umah aku la. tp x sedap plk nti org ingt aku queen control plk. kalo aku blk umah mentua, nti mak kecik hati plak sbb patutnya minggu lps kami blk kampung, tp dh minggu lps turn merbok, mak tukaq ke minggu ni. haaa ambek, kan dh bertindih! (nak kutey suami!)

so, sbg penyelesaian, sbg lebih adil, aku ada satu inisiatif baru! yg membuatkan ayat padan-muka-semua-event-aku-tak-pi terkeluar.
sabtu ni, aku akan ke langkawi. ya, bersama suami. puas hati! biaq kami berbuka posa di tepi pantai bersaksikan pohon nyiur melambai, bertemankan bayu pantai yg bertiup ohhh romantisnyewwww!

bkn saja2 oke nk p langkawi. aku ada kerja kat sana. dan alang2 suami cuti, baik aku pi dgn suami dr usung bdk praktikal. lebih selamat gitewwww~
sambil2 tu blh borong perfume. sumpah x sabaq nak pi langkawi!  hari2 aku gugel jenama2 perfume yg mahai2 spya senang nak shoping nanti. ya, mmg aku sengaja mention mahai tu.

tu pon mujoqla iftar bff joyah dah tukaq ke minggu depan. ohhhh bijaknyaaaa joyah ni! bakat kepimpinan dia tu mmg mengagumkan! so joyah plis handle ya!

Monday, July 30, 2012

HARI AYAM~

ASSALAMUALAIKUM...

uolls penah dengar hari pahlawan? hari warga tua? pasaraya hari-hari? tp korang penah dengar dak hari ayam???bila dan bagaimanakah sambutannya?ya, itu masih menjadi misteri. sekian

act kemarin aku ada keja kt sp dan baling. mak yg temankn sbb suami ot. ohhh sedihhhnyaaa! ptg, bbuka kat umah abg. masa kt baling, sepanjang jalan tu penuh dgn ayam golek. tengahari dh start golek. harga pulak cuma rm15 ja! berbanding dgn sp, sekor ayam golek mau rm18-19~



so dah eksaited gila pi beli ayam golek! weehuuuuu masa dalam keta tu aku xtaula brapa byk pahala aku hilang sbb dok hidu bau ayam golek tu =_=
sampai umah, solat then lps asar pi umah abg. suami dtg dr opis (penang), dlm 6.30 sampai. bila sampai umah abg, tepuk dahi tgk menu : ayam golek, ayam masak kicap, ayam grilled =D



plus lempong greng pedas,mmg terbaek! abah pulak beli sup gearboq, gila meleleh! mmg berselera berbuka semalam~

lps berbuka, solat jemaah dgn suami then terus blk sp. aku bawak viva, suami nek moto, jap g abah blk dgn persona abg. sampai sp, suami tinggal moto kat umah aku, then hantaq aku ke alor star nek viva. then suami blk merbok dgn viva, esk pagi odw p kja baru hantaq viva kat abah then ambek moto p keja. hmmm buat masa skrg tpaksa la bersusah mcm tu sementara nak dpt keta len. mujoqla dpt family yg sgt memahami~

LUPA ANNIVERSARY!

ASSALAMUALAIKUM...

lps publish entry td, belek2 newborn blog aku ni. scroll sampai bawah baru terperasan!

~abaikan perkataan married~


hoi, apesal ada 5 hari kat blakang tu??? baru la teringat anniversary kami...ya allah...punya la sebok dgn keta hilang, dgn posa dgn kenduri. lupa terus anniversary sedangkn setiap thn aku la yg paling alert...

suami? coihhh dia xkan ingat punya benda2 mcm ni. tetiap thn aku la yg dok eksaited, bg hadiah~ tp kemarin aku hadiahkn kain pelikat utk suami. saja2 bagi.kira hadiah la tu ek. khamis suami hadiahkan bunga utk aku, pon x sengaja (bkn sbb anniversary). tp x kira! nak hadiah lg! alang2 dh lupa aku xmau ingatkn suami. skrg dia dh jd pembaca setia blog aku. so mesti nti dia akan baca post ni. nak buat derk je. biaq dia tau sendiri :p

cepatnya masa berlalu....rasa mcm baru semalam post entry ni....kepada peng-komen entry ni, terima kasih! akhirnya kami selamat menamatkan ikatan ini ke fasa yg lebih baik :))

sekejap ja dah 4 thn kenal...alhamdulillah ikatan 4 thn ni kami x sia2kan. perkahwinan kami adalah bukti betapa kami serius sejak mula2 kenal~

thank you, husband!

TRAGEDI RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM...

Mengenang tragedi hari tu... asalnya x plan pon nak blk merbok, tp dah tertinggal ic dan lesen, terpaksa la blk jgk. ptg itu, sebaik saja aku tekan 'publish post", terus aku shut down pc. berkobar-kobar la nak blk kononnya. aku turun dan jln mcm besa ke parking sambil pegang kunci keta. sampai kat kat parking jantung aku nak terkeluaq. aku nampak parking kosong. aku tau dah apa yg terjadi. tp aku cuba nafikan hakikat tu.

aku berjalan blk ke dpn opis semula then call suami, tanya dah bayar keta ke blm. suami jwb dah bayar sampai bln 7. trus aku khabarkan, "keta hilang". kesian suami...dia tgh buat keja, terbantut dgn berita tu. suami buntu xtau nk buat apa, dan minta aku call semula lps dia suruh.

aku naik ke opis dan bagitau opismet, semua terkejut. ya, mmg tragedi ni sgt unbelievable, sukar diterima akal. suami ckp dia akan mai kat aku bersama lesen. nti sama2 buat report. baru aku teringat yg suami bermotor, maka aku mintak tlg abg temankn suami, buat semangat. tp malangnya tym tu suami dh menghala ke sp. maka aku mintak tlg abah pinjamkn viva kat suami. 

aku blk umh sewa dgn menumpang bang mie, sementara tunggu suami sampai. around pukul 7 lebih, pak cik sampai dgn mak cik. depa mai utk tgk aku, bg semangat kt aku. awal tadi pak cik dah call kawan2 dia di unit peronda. aku tolak pelawaan mak cik pak cik utk buka posa sama2, sbb aku nk tunggu suami dtg. ya, i just need my husband!


sementara tunggu suami aku berbuka dgn mak ema dan kak ila dulu. mkn cepat2 dan terus solat maghrib. makan sikit je, sekadar ambek hati mak ema sbb aku xde selera makan dan cuma nk makan dgn suami! dalam pukul 8 suami sampai. aku tgk wajahnya...sgt tenang...masih sembang dan bergurau dgn aku spt biasa.

sampai  balai polis, buat report. then jumpa pegawai penyiasat. lewat malam jgk baru setel. lps tu baru dpt makan. kesian suami, lewatnya makan :(
kami  makan di restoran siam area simpang 4 ke kuala kedah. ajak shapit join. suami mkn nasi grg, aku koteow grg. sembang dgn shapit sampai 11 lebih sbb shapit ni dlu keja dgn pejabat insurans. byk nasihat dan info dr dia. lps tu baru gerak blk ke sp. asalnya nak blk merbok sbb suami nk siapkan drawing, tp disbbkan aku x larat, suami pn x larat kmi stay sp dlu. 
penat. ya, sgt penat!

esoknya kami ke bank utk setel hal loan. then blk merbok, nek motor. masa kat bank ujan lebat. terpaksa tunggu ujan berhenti baru blh jalan. masa tu rasa sayu sgt. rasa bersalah. kalo x sbb aku mungkin kami x susah mcm ni :(
hri tu kmi berdua x keja. EL. esoknya lagi, pagi2 kami ke pejabat insurans di alor setar utk setel hal insurans plk. masa ni pinjam viva ayah. lps setel, suami hantaq aku blk umah sewa. aku masuk kja half day, suami plk xsempat nak ke opis. maka cuti lg la~

Saturday, July 28, 2012

BERAKIT-RAKIT KE UTARA~

ASSALAMUALAIKUM...


hari tu konon kan aku berlagak gila suami nak ambek xmau. haaa tu la len kali apa yg suami cadang tu ikut aje ye~
alkisah khamis hri tu presentation boral abes almost 5pm. cepat2 aku soh tikah antaq aku ke pekan rabu, nek moto oke! punya la lama aku tunggu, seketol bas ke sp pon aku x jumpa. ramai lg yg bersama aku sdg menunggu bas ke sp. depa tunggu sjk 4.30 pm lg. sah! bas xdak la ni! 
dari 5.30, oke sabar mungkin bas pkl 6. bila 6.30, dah mula cuak. mustahil bas yg ada setiap setengah jam, sekali pon xmai dlm tempoh 2jam? pasti ada yg x kena. 6.30 lebih suami call, dia dh tanya stesen bas sp, org sana ckp bas ada je. bas last baru ja jln. fine! maybe disebabkn bas penuh, maka bas x lalu pekan rabu, terus straight ke sp. ya, tu aje yg aku blh pk. aku ada dua pilihan. first suruh suami ambek. second, soh kak yan ambek hen buka posa dgn dia then blk bas kol8.30mlm. kita tgk sapa yg cpt yer~


6.45, kak yan still x reply msg aku, while suami tanya "nak abg pi ambek ke?"
gila kau maunya aku lompat kat situ, tp aku sedih sbb terpaksa susahkn suami. 5.15ptg aku x naik bas lg suami dh tanya kenapa x naik bas lg, inikan pulak dh almost 7pm. mestila dia risau. pukul berapa aku mau sampai sp???


maka terpaksa la suami mai ambek aku. sedihnyaaaa kesian suami! :(
tepat pkul 7pm baru suami gerak ambek aku :(


"abg...nek heway taman sejati tau cpt sket. pecut dlm 110km/j insyaallah setengah jam sampai la. sory susahkn abg. jap g syg belanja ayam penyet yer. blk jap g syg drive"


aku berusaha apa yg daya utk tebus rasa bersalah sbb tpaksa susahkn suami, sedangkn suami plk rasa itu tanggungjawab dia =_=


sementara tunggu suami aku bungkus teh ais utk buka puasa. waaupon suami cuma sampai lewat 2-3min, ttp la kena berbuka dulu. malangnya teh ais tu, yuckkksss! dkt straw tu ada kesan hitam, mcm kesan taik idong/plaster. sumpah aku x lalu minum. tp disbbkan darurat nk berbuka, aku sedut kt hjung straw, pedo xmau bg kena kesan kotoq tu. cukup stakat rasa di lidah, terus aku ikat blk teh ais tu, straw aku buang.


bila suami sampai, kelam-kabut aku ambek beg, sampai terjatuh teh ais tu. xpala, bkn rezeki. terus aku masuk keta, salam-laga-pipi dgn suami dan terus cari masjid. dlm keta sempat mkn kurma sama2. mula2 rasa nk mkn ayam penyet. tp masa odw tu tetiba teringat restoran arab yg menjadi sebutan hangat masa kini. terus ajak suami pi situ alang2 masjid pon ke arah tu :)

Thursday, July 26, 2012

KEMBALI BER-BAS

ASSALAMUALAIKUM...


tgh dgr BORAL presentation.hoiiii ngantuk.hoiiiii dah almost 4.30,bila.nk abes???aku nk blk sp hoi!
jap g blk nek bas.nek kt pkn rabu.dah laaaama x nek bas.kali ni kna kmbali la biasakn diri.aku x kesah pn.bknnya aku x biasa.siap blh tidoq lg wahahaha.
Masalahnya suami sgt brt hati nk bg aku nek bas,tp bt masa skrg mmg kmi xdpt pk jln lain.suami nk dtg fetch kt a.star pn tkt x sempat. Ni pon suami dok pjuk nak ambek aku separuh jln.haishhhh aku x kesah pn...malah aku xnak susahkn suami :(

p/s : hasben,don wory la! ^__^
Published with Blogger-droid v2.0.6

BUKAN REZEKI DIA

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps blk keja trs pgi bazaar stadium darulaman. jalan2 pusing2,xtau nk beli apa. masa jln2 tu ternampak kebab.hmm mcm best je sbb ada ayam dan kentang je,means ayam tu byk la trus beli tanpa fikir panjang. elok jln sket je ternampak plk kebab ni,sebijik mcm kebab kt kuantan.arghhhh ruginyaaaaa!!! mmg nampak sedap la! tp dh beli td,maka aku pn berlalu dgn muka sebek.
tp tiba2 masa berjalan tu aku terpikir, 
"mungkin rezeki si A, bkn rezeki si B...kalo semua org nk beli kt satu tempat aje,mcmna peniaga lain...hmmm..ye,bukan rezeki dia..."

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

BERPISAH JUA~

ASSALAMUALAIKUM...

sejak 2 minggu lebih aku start berulang-alik hari2 dr lockstuck-sp/merbok.ya,hari2.rela berletih,berhabis duit asalkn dpt luangkn masa dan berpuasa dgn suami.
tp hari ni...terpaksa la stay alor setar.x suka! x suka! x suka! :(
rindu suami.rindu berbuka sama2.rindu teraweh sama2.rindu bersahur sama2. :((
hari ni kali pertama berpisah di bln ramadhan.wuuu nangesss! mlm ni kena tido sorang.kena tido atas bantal sendiri.wuuuuu
mujoqla mlm ni ada CHUCK!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012

WAJA =(

ASSALAMUALAIKUM...


kereta suami saya hilang. saya yg drive. thats all. will update later.

:(

p/s : i love u husband! 

***sapa2 ternampak waja silver kehijauan, plat KBC 1122 sila inform saya yer. tq~

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...