CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 1, 2013

ADA DUIT KENA DIAM-DIAM~

ASSALAMUALAIKUM...

haaaa dah cita pasal rezeki kan tadi... besa la bila ada duit lebih sket ni, bkn blh hingaq2. kalo hingaq2 sgt semua pakat nak mintak nanti. sapa nak mintak? haaa contoh, ni boipren aku sorang ni. kemain lg hujung2 thn ni dan2 buat prangai. start minggu lps lg dia dh mula tunjuk tanda2 sakit. iaitu btri kejap je flat, padahal baru charge. tp penyakit dia tu makin kronik bila suami bgtau nak bli itu-ini kt aku. dan2 dia pon on-off-on-off ikut suka hati dia. tgh msg elok2 terpadam, tgh nak tayang gambaq makanan kt fb terpadam, tgh cari contact terpadam, tgh tgk gambaq kt gallery ponnn terpadam. amboi kemain nazak kau ye.

paling menyusahkan bila dia terpadam tgh tido. hambekkk alarm x bunyik!!! yg ni mmg aku nak marah! aku ingt nk gagah dlm minggu ni je, khamis ni blk sp nk beli kt cs. tp ptg td, dia bkn je nazak, tp mmg dh arwah. aku dok on9 tetiba hp terpadam, then charge pon mmg xde efek. langsung x blh on. grrrrrrrr sgt! so mmg terpaksa jgk dapatkan bateri ptg ni! dah la tgh sedap2 msg dgn suami. post kt wall suami utk gitau yg hp dah flat. tp heran npe suami x komen. rupa2nya hr ni suami blk awal (bos bg blk awl utk sambut new year) so mmg dia x respon.

ptg td lps keja terus pegi sentosa, cari btri. act btri aku tu dh kembong pon, siap aku boh selotep lg kahkahkah! td masa nk bli aku mntk btri ori, dia kta xdapat nk bg la mahal la. yg ada btri AP, tp bkualiti la. hrga rm50. pastu dia pegi dptkan btri dr mana ntah, dan dtg dgn btri ori. katanya tinggal btri ori saja, tp dh td dia janji hrga rm50, so aku dpt la btri ori dgn hrga rm50. ntah la betul ke ori tu, tp apa yg aku tgk mmg sama sebijik sgla info2 kt btri tu dgn btri lama aku. bedal jela. wuuuuuuu melayang rm50, x suka! then dh masuk situ, jln2 cari 'baju' baru utk boipren aku ni. kasi sopan sket, asyek bogel je tu yg dok jatuh pecah berderai! kaler hijau xdak, so hentam la kuning pon. no more pinky2 mcm dulu, kali ni kuning striking punya! beli yg rm10 ja, sbb kedekut. ingt nk tukaq screen protector yg diamond, tp hrga rm20. so rasa membazir, xmau tukaq!boooooooo~

lps tu alang2 dh masuk pekan, singgah zon ria utk dapatkn baju tido. saja nak tambahkn koleksi baju tido wuwuwuwu. tp bila masuk situ, terpandang baju baby. ohhh terus pi belek2 dan sambaq 3psg tanpa perlu berfikir panjang. pastu beli kain buaian. even bkn jenama pureen/anakku/dll, aku beli serta-kerta jgk sbb ada kaler hijau! kalo brand lain slalunya ada biru & pink ja. hahaha abeslaaa anak umi nanti kena dera pakai semua hijau! baju tido umi dpt sepasang jaaa wuuuu~ blk singgah gemilang beli nasi lemak. pg td mkn roti ja, tghi mkn sizzling so mlm mmg lapaq gila2. terkejut bila bukak nasi lemak tu tgk ada ayam 2 ketul!!! uwaaaa rejeki! :)





Monday, December 31, 2012

REZEKI HUJUNG TAHUN

ASSALAMUALAIKUM...

jumaat hri tu dok msg2 dgn suami mcm besa, tp rasa pelik je bila tetiba mcm2 soalan pelik ditanya suami. suami tanya aku ada tringin nak ke mana2 x, kalo mampu dia bawak. pastu bila aku mintak izin nak pi beli tilam bby, suami soh tunggu dia sbb dia nk belikan. bila ckp umi nak upah, novel. suami ckp mmg dh ada peruntukan utk novel umi. hasihhh pelik. apa aku sebut je semua dia kemain beriya kan.

rupa2nya mmg tidak syak lg, suami dpt rezeki hjg thn. rezeki baby katanya. haippp, rezeki baby je? umi? hehhh umi mesti mencelah jgk tahu! hahaha! syukur alhamdulillah, suami naik gaji lg, byk jgk. pastu dpt duit insentif lg. mmg rezeki. suami siap bentangkan bajet lg. yg best peruntukan utk umi paling banyak hahahahaha umi sukaaaaaaaa!

syukur alhamdulillah. sesungguhnya rezeki tu dtg dr Allah. kalo ada lebih, alhamdulillah. dan sebenarnya rezeki itu jgk merupakan satu ujian (istidraj). kdg2 Allah bg rezeki utk menilai sejauh mana kita mensyukuri nikmat itu. semoga kami tidak mudah lupa/lalai. dan sentiasa bersyukur dlm apa jua keadaan~

TRAGEDI 20.12.2012


ASSALAMUALAIKUM...

Haaaa nak sgt tarikh cantik kan? Nahhh aku dah catat sejarah pada 20.12.2012. baikkkk punya kenangan!
Pagi2 aku ke insurans utk hantar borang claim tu. Lps tu singgah pasar tani beli bubur lauk fevret tu kan. Sampai opis lbh krg 9.30 gitu. Tghri aku tidoq je sbb rsa letih sgt. Bangun tido kepala rasa berat sgt. Buat keja pon mereng2 je rsa. Lps tu ptg rsa mcm lapaq, tgk fana wassap gambaq coklat aku pon turun nak bli coklat jgk. B4 naik opis Nampak sandwich, mcm best je. So beli la sandic ayam. Masa mkn tu x de rasa apa yg pelik pon…


Pkl 6.30, gerak blk ke merbok ikut jalan yan. 15min drive, dah mula rasa mcm x sedap badan. Tp gagahkan jugak. 5min kemudian, rasa mcm makin parah. Tp gagahkan jugak. Nak tahan sampai merbok baru muntah.konon. dlm pada tu x henti berdoa spy Allah pinjamkan aku kekuatan, agar aku dpt bertahan. Tp 5min kemudian lg, aku rasa mmg dh blh tahan. Kebetulan ada Caltex kt tepi jln, aku singgah dgn harapan nk ke toilet. Tp malangnya stesen minyak kampong kan, mana la nk ada toilet bagai. So aku berhenti tepi jln area Caltex tu. Konon nak bukak pintu dan muntah dr dlm keta saja, sbb tau dah x sempat nk keluaq nak cari port muntah bagai. Tp elok ja aku tekan brek, free gear, terus tersemboq muntah kat situ jugak. Aku Cuma sempat beralih ke kanan. So muntah x kena stereng, kna bhgn tepi keta. Alahaiiiiiiii abesla anak ikan mak noksss!!! Lps tu capai plastic yg lapik tong sampah mini dlm keta tu, then sambung muntah dlm plastic tu. Muntah keluaq sisa sanwic. Banyakkkk!!! Aku dah xtau nak bt apa. Mmg panic. Sblm teruskan pjalanan sempat aku bersihkan sisa2 muntah tu sket, cuci takat mampu je. Baju & seluar ada tkena muntah sket. Tp apakan daya, terpaksa teruskan pjalanan.

Kalo nak soh suami dtg ambek pon, suami x sampai merbok lg. lgpon dah nak maghrib. Alang2 aku dh kotor, keta pon dh kotor, gagahkan aje la drive blk, buat apa nak nyusahkan suami ye dok. Sebolehnya xmau suami susah hati. Aku just msg suami spy jgn pi surau, tunggu sampai aku blk. Lps 10min teruskan pjlanan, aku mula pelik bila tiba2 terasa nak muntah lg. terus bg signal ke kiri, bhenti di tepi jln dan muntah lg dlm keta. Mujoq la aku ada plastic spare dlm keta. Muntah lagi…byk. Kali ni keluaq buih putih + sisa sanwic sket2. Then dah selesai still teruskan perjalanan. Xsabaq rasanya nak sampai umah. Sbb perut dah mula rasa ‘xbest’.

Bila drive dlm 10min, tetiba perut memulas dan rasa nak muntah lg. pelik! Cpt2 bg signal ke kiri lg, bhenti di tepi jln (dpn hospital yan) dan muntah lg. kali ni mau xmau tpaksa muntah dlm plastic yg berisi muntah td sbb stok plastic dh abes. Yuckkkkkkkkkssss! Kali ni muntah keluaq ayaq kuning mcm slalu, mungkin ayaq hempedu sbb pahit sgt. (selalunya lps kluaq ayaq kuning ni dh x muntah, sbb ni sisa last). Kebetulan suami call, Tanya ok ke x. kali ni aku dah x blh nak bselindung. Nak ckp pon suara tersekat2. Nak gagah drive, x brani ambek risiko sbb dh maghrib. Kalo aku gagah drive, kang nak muntah lg, kt mana aku nak bhenti? Jln ke dpn dah masuk jln2 sunyi. So aku decide nak tunggu suami dtg ambik kt hospital jela, sbb ramai org. xdela takut sgt nak tunggu. Suami plk masih odw dan blm sampai umah. Baru kt sp. Wuuuuuuu~

So aku masuk dlm perkarangan hospital yan, syukur dpt parking plg depan, plg dekat dgn pintu masuk & wad kecemasan. Hajat di hati Cuma nak tumpang parking dan tunggu suami dtg aja. Tetiba elok parking, terasa nak muntah lg!!! sambung muntah dlm plastic lg. perut pon memulas semacam! Lps muntah, terus kluaq dr keta dan berlari ke wad kecemasan. Jumpa atendan, Tanya toilet kat mana. Amboiii jauhnya toilet, kna kluaq ke blkng wad. Berlari aku ke toilet, semua org tgk aku dgn muka pelik. Bila pi toilet, terus buang air besar, then muntah lg. sumpah aku hairan kenapa aku muntah byk kali sgt. masa ni aku dah lembik. Rasanya seluruh tenaga aku dah lumpuh sbb semua benda aku dah buang. Aku berjalan pelan2 dan kembali ke wad kecemasan. Duduk di bahagian menunggu, konon2 nk tunggu suami dtg. Siap berhajat nak tgk cinta itu milikku episode akhir kt situ. Kemainnn! Padahal duduk x sampai seminit, tetiba sakit perut lg. kali ni aku dah cirit-birit. Lps tu muntah lg. sampai tercungap2 nafas. Mmg rasa penat sgt-sgt-sgt dan rasa nak pengsan. Aku berpaut kat counter top sinki utk bertahan. Kali ni baru terasa nak tgk muka sendiri kt cermin. Masyaallah, pucat lesi wajah aku! Badan aku pon panas amat!

Akhirnya aku gagahkan diri utk berjalan, sambil berfikir nk check ke doctor or just tunggu suami mai dan ambek aku blk. Tp bila dh start berjalan, aku tau aku tak berdaya dah. Jalan sambil pegang perut, sambil terhuyung-hayang, aku pi kaunter pendaftaran dan daftar di wad kecemasan. SENDIRI. Masa ni semua org pandang aku. Persyaitonkan mereka! Masa daftar t upon aku dh xmampu berdiri, kepala aku terjelopok atas kaunter. Haaa atendan t upon kelam-kabut la takut aku muntah kat kaunter dia kan! Cpt2 dia panggil kawan dia hulurkan plastic kat aku dan bawak aku terus masuk bilik kecemasan, zon kuning. Wahahaha tau takut! =p

Dh masuk bilik tu, aku mcm jakun ja. Ni kan my 1st tym, aku xtau nk bt apa. Tgk org dlm tu semua sakit2, dokter & nurse semua kalut2 belaka. Aku duduk kt kerusi, sambil megalami proses muntahan seterusnya. Kali ni keluaq sket ja, ayaq kuning lg. MA soh aku baring kt katil, dekat je dgn tmpat aku duduk. Tp aku langsung x blh nak bangun. 2-3x depa soh aku baring tp aku x berganjak. Rasa mcm nak ckp ja “sy xmampu berdiri niii mai la dukung sattttt!” bila dh rasa blh bangun, cpt2 aku stunt ke ats katil tu wahahaha! Masa baring ni aku mula rasa sakit perut yg amat sgt! MA & dokter mai kat aku Tanya apa masalah. Aku xtau nak habaq apa. Aku ckp muntah teruk, dan sakit teruk. Aku tunjuk bhgn mana kt perut yg aku sakit ni. Depa Tanya sakit perut bawah pusat tak, aku jawab x. aku yakin aku sakit kt satu bhgn ja. Sambil depa Tanya tu aku mintak dkter ambek plastic sbb aku rasa nk muntah lg. kali ni keluaq ayaq, tp kaler mcm koko2 sket. Aku syak darah. Sambil muntah sambil dkter tnya lg soalan samada ada pv bleeding or not, aku yakin xdak. Dan sambil tu jgk MA tu cucuk tangan aku rupanya. Sedaq2 tangan aku dah berjarum, darah meleleh2. Oh nooo! Tp masa ni mmg xrasa apa dh jarum tu, sakit perut aku lbh utama. Lps dh drip tu, depa tinggai aku sat. sbb byk lg pesakit lain mlm tu. Dan semuanya kes MENGANDUNG! (except sorang nenek yg sesak nafas)



Masa dokter tinggai aku tu, tetiba perut aku makin sakit. Kali ni punya sakit mmg aku xleh describe. Sakit sgt-sgt-sgt. Aku sampai menggelupoq, peluk besi tepi katil, golek2, mcm2 gaya la sbb xtahan sgt sakit tu. Ayaqmata dh meleleh masa ni, aku takut aku pengsan. Aku Cuma mampu baca ‘rabbi yassir wala tu’assir”, segala ayat lain semua aku x blh ingt dh. Ni ja mampu aku baca tu pon dlm hati ja. Lama2 aku rasa mata aku memberat, aku pejam mata. Gagahkn diri utk tido. Bila tido aku rasa legaaaa sgt, evn bkn lena sepenuhnya tp aku rasa lega dr kesakitan. Baru je gaya nak tido nyenyak sket, tetiba ada org mai tepuk paha. Haishhhh potong stim la pulak! Tgk2, suami aku dtg. Tanpa kata. Dia tenung je wajah aku. Aku pon xmampu nak kata apa masa ni. Ohhhh sahdu sgt masa ni. Aku x ingt dh apa yg kami bualkan masa ni. Dan aku xtau apa yg MA bualkn dgn suami. Yg aku tau aku nk tido. Tp bila dh terjaga tu, mula la sakit aku dtg blk. Memulas2 rasa perut aku. Mata still terpejam. Aku ‘terasa’ ada beberapa org memerhatikan aku. MA dgn suami/dkter, aku x pasti. Aku terdengar MA tu ckp “sakit sungguh ni…sy takut apendiks ja”. Lps tu aku xtau apa jd.

Kemudian MA tu mintak aku pi toilet utk ambek urine. Dia soh suami bawak aku ke toilet. Aku yg perasan gagah ni pon turun dr katil dan berjalan dgn suami utk ke toilet. Baru jln 3 langkah, baru sedaq yg aku ni lembik, rasa nk jatuh, xmampu jln, nak muntah. Yg lg best, suami pon xtau toilet kat manaaaaa! Baru dok kalut nak cri toilet! Ohhh masa ni aku rasa nk cekik suami! Kehkehkeh! Aku bersandaq kt pintu bilik apa ntah, suami dok jenguk2 cari toilet. Mujoq aku ternampak sinki, terus aku lari dan muntah kat sinki bilik apa ntah. Lantak laaaa janji aku x muntah kat lantai ye dok? Byk aku muntah, keluaq ayaq koko-kehijauan. Hairannn kenapa byk sgt muntah ni! Suami urut2 belakang dan terus ambek wilca (wheelchair) utk aku. Kemudian tolak aku ke arah toilet yg sebenar. Nahhh toilet kat utara tp td kmi pi ke selatan mmg x jumpa laaa~ Masa kencing utk urine test, aku cirit-birit lg.pelik betoi, apa kaitan muntah dan cirit (ehhh?). lps dh bg urine, nurse suruh aku baring je kat katil tepi toilet tu spya senang aku nak lari in case nak muntah or berry. Lps aku baring, suami selimutkan, dtgla makhluk Allah xtau apa jawatan, mintak suami tunggu kt luar. Sobbbsssss~ :(


tp masa ni aku rasa ok sket. Sakit perut memulas2 tu dtg skali-skala je. Bila baring tu aku gagahkan diri utk lena. Sbb bila lena baru aku xrasa sakit. Legaaaaa sgt bila dpt lena. Sesekali  aku terjaga bila sakit perut yg amat sgt. Pastu lena blk. Pastu jaga bila sakit, then lena balik. masa lena, ada MA mai kejut tanya nama aku. Fine baru nak perasan ke kehadiranku di sudut terpencil itewww? Bila dah lena lama, aku terjaga. Aku rasa mcm dh lama tdo so aku miscall suami, dia faham tu tanda aku nak jumpa dia. Stelah bjaya menyelinap masuk, aku mintak dia tanya dokter  “utk apa aku di sini lg”. amboi kemain ayat aku kannn x padan dgn sakit. No what I mean is, knpa aku perlu tidur/tunggu di sini lg, apa kedudukan aku skrg. Kalo nak masuk wad bagitau, kalo xdak apa2, bg blk. Aku Cuma nak tau kedudukan aku dgn lbh jelas. Suami ckp nti dia cuba tanya, sbb td dia dh kna marah dgn dokter cina tu sbb tnya kedaan aku. Sesumpah punya amoi! Aku soh suami tanya MA & dokter india yg rawat aku td, dokter cina tu bkn tau apa2 pasai aku! Grrrr~

suami jumpa dkter, then kembali kt aku. Rupanya aku kena tunggu kt situ sbb depa tgh tggu result ujian darah aku. Fine la kan mcm tu. At least aku tau apa matlamat aku termangu kt situ. Sekali lg suami ‘dihalau’ keluaq, sbb mmg xblh tunggu dlm wad kecemasan. Aku x kisah pon, aku paham prosedur. Lps suami keluaq, aku sambung tido. Tidurku terjaga tatkala ada org kejutkan aku. Ohhh rupanya dokter  cina yg kerek tu! Dy dtg bersama maklumat ttg aku. Rupanya ada jangkitan kuman dlm darah aku. Zassss gerunnya aku dengaq! Dia ckp kena masuk wad, tambah ayaq. Ok aku redha. Perkara plg aku takut, terjadi jua. Wuuuuuuuu~ beberapa saat kemudian suami mai kat aku, sambil tersenyum. Tenang je tgk senyuman suami sendiri. Suami masuk sbb nurse yg panggil, bagitau aku kena masuk wad. Yg aku pulak beriya ckp kt suami “b, tlg ckp kt dokter yg syg takmau masuk wad. Syg dah sihat la…dh muntah berak abes dah, blk umah tido ok la…xdak apa pon buat apa nak masuk wad”. Yela baru bangun tido dan rasa freh sket masa tu, mmg aku rasa sihat la. Elok je abes ayat tu, tetiba perut aku memulas balik. berkerut muka aku tahan sakit. Suami pon “haa tu la syg kena masuk wad jgk…kalo balik umah nanti syg sakit mcm ni b garu kepala xtau nak buat apa”. Malas nak layan ckp suami, sbb rasa nak muntah tiba2. Cpt2 ‘lari’ ke toilet, muntah dan cirit-birit lg. kali ni muntah kaler merah-koko, aku pasti itu darah!


Xlama kemudian dtg sorang nurse bawak wilca utk aku. Sah, aku akan dibawa ke wad.sobsss. kelakar sgt bila suami tolak aku nek wilca tu. Adoiii dah tua2 kena tolak mcm baby. Wuuu~ aku ditempatkan di wad bersalin, WAD MELOR 1. Mak aihhh seramnyaaa suasana wad tu. Maklumlah hospital yan ni kategori hospital desa, dokter pakar pon xdak. Dlm wad tu pon ada sorang jaaa patient dgn baby dia. Uwaaa serammm! Katil aku paling hujung, dkt dgn toilet. Wuuu seram lg! sesampai tu nurse terangkan prosedu/syarat ttg hospital, dan mintak aku sign. Sempat aku tnya agak2 brapa hari kena admitted (blm masuk wad dh tanya nak kluaq). Nurse plak jawab “selalunya x sampai seminggu”. Alahaiiii ingatkan x sampai sehari!!! Grrr~ Lps nurse pi, aku pinjam hp suami utk call mak. Hp aku btri flat trus, hp suami pon btri dok kelip2 dah. Aku serba-salah nk call mak, takut mak risau. Tp kalo x bgitau awl2 kang takut mak kcik hati pulak, xpon esok mak kelam-kabut pulak. So aku call jgk. Mmg nada suara mak x risau sbb aku ckp dlm nada ceria dan seolah2 takdak apa. Tp reaksi mak “sat g mak pi na? mak dok buat tapai ni, dlm pkl 12- 1 sat g baru blh pi”. Amboiii mak kemain malam2 buta nak mai sepital tgk aku kan! Dlm dok kata x risau tu… aku ckp elok2 kat mak spya jgn dtg…dah lewat malam, kalo mak mai kompom x blh masuk. Lagipon aku ckp yg aku sehat, saja dokter nk tambah ayaq ja…


Aku sempat sembang2 sat dgn suami sblm dia keluaq utk ambek brg2 aku. Dan aku order milo ais. Sbb bila dh sihat baru aku terasa tekak kering. Pahit mulut. Dahaga sgt! Mujoq laa aku ni mmg dlm pjalanan nk blk kampung, so brg2 aku mmg ada dlm keta. 15min kemudian nurse dtg bwk plastik berisi novel & charger hp. Ohh rupanya suami aku dh x blh masuk!!! Wuuuu sedih! X sempat nak laga2 pipi…sobbsss…lps tu aku pon tukar la uniform. Pink gitewww~ seksanyaaa nak tukaq baju sbb tangan berjarum. Lps tu aku minum milo ais sket, ohhh leganyaaa rasa! Tp tetiba nurse dtg bawak sebaldi ubat. Uwaaa  x sedap! Lebih parah, ada 2 jarum ubat yg perlu disuntik. Masyaallah, masa ubat tu dicucuk terasa sakitnya umpama jarum yg halus tajam sdg menjalar dlm salur darah. Berkerut2 muka aku, ketaq2 kepala tahan sakit. Lps mkn ubat aku baring. Tetiba ada nurse mai bgtau x blh cas hp. Amboiii kereknya kau! Setahu aku semua patient ada 1 plag, tp jgn kacau plag kuning. Aku buat2 x dgr, dia panggil aku lg. at last aku ckp “tlg cabut sat”, sambil aku baring mcm mak datin wakakakaka padan muka kau!


Pada mulanya aku risau sgt. Ni kan 1st tym aku kena warded, aku takut aku xblh tido. Yela dgn suasana seram, dah la aku dh tido masa kt wad kecemasan, takut mlm tu aku ssh tido, jenuh laaa. Tp sebaik aku letak je kapala, aku rasa mata aku berat. Ohhh ngantuk rupanya! Good! Senang la aku nak tido. Sempat msg2 dgn suami kjap je, lps tu tertido. Syukur blh lena, even kerap terjaga . aku terjaga pkl 1.30, 3.40 & 5.20 am. Masa trjaga yg last tu ingat nk cuba tido lg, tp terperasan yg ada nurse tgh ambek tekanan darah patient dpn, cpt2 aku bangun dan pegi ke tandas. Sbbnya takut nti xdak org aku takut plak nk ke tandas. Wahahaha kejinyaaa perangai! Elok aku kembali ke katil nurse ambek tekanan darah aku pulak dan dgr heartbeat baby. Syukur, baby umi masih bernyawa mcm biasa. Baby umi kan kuat! Pastu nurse suruh ambek urine. Mmg xla kan, aku kan baru je lps kencing. Lama lg la baru aku ambek urine tu. Lps tu aku dh xtido, aku baca novel dan ayat/surah amalan ketika mengandung. Masa ni aku dah lapaqqq sgt! Yela semalam langsung xmakan apa, dah tu buang segala isi perut. Mmg lapaq tahap gaban. Suami pulak comel je tlg galas henbeg aku semalam, pastu terus terbawak blk merbok. Tinggal la aku sehelai sepinggang!

­­­
Dlm pkl 7 nurse dtg bg sarapan. Roti sapu marjerin + milo. Roti tu kerasss sgt, x mcm gardenia ka massimo ka. Tp dek krn terlalu lapaq, aku makan seolah2 roti keras itu adalah pizza. Wuuuuu. Terlioq ja aku tgk patient dpn mkn biskut cicah milo. Sobbsss~ lps tu sambung baca novel, then dokter dtg. Aku buat muka habes ceria, dgn hrpn dokter percaya yg aku dh sihat. Dokter tanya samada masih muntah or cirit-birit. Dgn yakin aku ckp TAK! Last muntah/cirit adalah b4 masuk wad smalam. So good. Jd dokter kata kita tgk urine test mcmana. Then nurse dtg bwk ubat. Legaaa bila tgk xdak ubat berjarum! Lps tu aku baring2. Xtau nak buat apa. Sempat terlelap kejap. Pastu ada nurse mai nak ambek blood pressure & dgr heartbeat bby lg. pastu aku lelap lg, mai lg sorang nurse kejut aku. Rupa2nya nak cucuk ubat! Aiyakkk ingatkn dah xdak ubat jarum!!! Aku dh gelabahhh, xsuka sakit tu. Tp bila nurse nak cucuk, dy tgk tangan aku kt tmpt jarum tu dh bengkak. Bila dia pegang aku rasa sakit sgt. Dia kata kena tukar, sbb dh bengkak2. Mana la aku tau, aku ingt sakit tu biasala, aku kan x penah kena drip.


So dia cabut jarum tu, beberapa minit kemudian dtg kembali utk cucuk tangan belah kiri pulak. NICE sgt kan? 2-2 tangan kena cucuk! *tepuk tangan utk diri sendiri* lps cucuk masuk air tu, nurse cucuk ubat pulak. Aku ni konon dh ready fizikal mental la nk tahan sakit. Tp tetiba aku heran, sbb just rasa ubat masuk, tp x rasa sakit. Nurse byk kali tnya sakit x, aku ckp x. ohhh rupanya smalam aku sakit sgt sbb tangan aku dh bengkak. Hakikatnya cucuk ubat tu x sakit pon!!! Ohhh kesalnya aku krn terpaksa menanggung kesakitan yg x sepatutnya aku tanggung! Lps tu aku tanya nurse bila aku blh blk. Nurse tu gelak2. Baru masuk 24jam dh tnya bila nak kluaq. Slalunya lbh 24jam baru depa lepaskn. Hasihhh aku masuk dh 11pm, nak tggu 24jam means kena stay smalam lg laaaaa. NICE!

Patient dpn plak, pg tu dh blh kluaq. Oh BAGUS, maknanya tinggal aku sorang je la kan??? Bagussss sgt! Pkl 11, aku call mak. Gayut kjap dgn mak. Eh x kejap, lama jgk. Padahal pkl 7++ pg td mak dah call hahaha! Sembang punya sembang lps tu hang up. Tetiba nurse dtg bagitau yg urine test aku ok, so dia tanya nak blk x. gila kau x nak!!! Nurse gelak ja tgk gelagat aku. Trus aku call mak, bagitau dh blh blk. Tkjut mak. Sbb baru td je call mak ckp mungkin kna stay lg sbb x ckup 24jam, ttiba ckp nak blk. Aku dgaq nurse2 dok gelak kt aku sbb x sabaq nak balik =p



Pkl 11.40 mkanan tghri sampai. Sedap jgk lauk kt situ! Aku mkn 2-3 suap sbb xlalu, mkn pon sbb lapar. Tp ok la, alas perut. Sblm balik kena ambik urine dulu. Then aku tunggu emak dgn jayanya. Dlm pkl 1 mak sampai, abah pi sola jumaat kt masjid bhampiran. So mak la yg uruskan pengeluaran aku. Mak bawak baju utk pakai balik, sbb aku kan mai sehelai sepinggang. Mak bawak skirt HIJAU + baju MERAH + tudung OREN. Fashionable sgt!!! Sblm blk sempat salam2 dgn nurse. Alhamdulillah nurse2 semua baik2 dan ramah, except sorang yg kerek yg x bg cas fon tu, mmg dia sorang ja yg kurang senyuman. Bila abah sampai, kami singgah lunch dulu, sbb mak xsempat masak la dh mai mengejut kt aku. Aku mkn bhun sup, tp x luak pon. Mak yg abeskan.
Then odw blk singgah merbok. Nak jenguk mak metua. Kesian mak, aku yakin mak risau sgt2 psl aku. Elok nampak je aku mak ckp “haa tu blh senyum, legaaa”. Kesian mak, mesti risau ingt aku sakit apa la. Sembang2 kejap, minum2 kejap then blk sp pulak. Mak metua tkejut aku nk blk sp, sbb ingt aku nk tido merbok. Alahaiii kesian mak! Aku bkn xnak tido merbok, tp aku x sihat lg, dh la xmandi lg. otak pon pk mcm2 lg. suami x ikut blk sbb nak cuci keta, bekas aku muntah tu. Wahahahaha! Sampai umah aku sambung tido lg. sbb badan terasa melayang ja. Mlm tu aku x makan apa pon. Pkl 11 mlm baru suami sampai sp, bwk roti gardenia inti coklat tu. Aku mkn dgn rakusnya!


Sunday, December 30, 2012

STRESS~

ASSALAMUALAIKUM...

arghhh tension je rasa!
hari tu kena warded
pastu demam sampai lembik
pastu bt blood test, result x elok
kmarin ptt test lg
tp kemarin jgk baru nurse call
mana sempat hoi!!!
kepala ni asyik pk je ttg kesihatan
aku sendiri xtau aku ni sihat ke x
stresss! sgt stress!

Monday, December 17, 2012

6 BULAN~

ASSALAMUALAIKUM...

17 Jun 2012 - 17 Disember 2012


subhanallah, cepatnya masa berlalu! 
alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk menikmati kebahagiaan ini
terima kasih ya Allah atas kurniaMu yang tidak terhingga

6 bulan nikah, baru aku berpeluang tgk video masa suami lafaz akad. ok, now aku menangis teresak2 sorang2 di keheningan malam ini. ya Allah, syahdunya detik itu.....


tgk balik gambaq aku, pucat. gambaq suami, lagi laaa pucat. dan gambaq kawan2 yg turut serta, pon pucat! hanya Allah yg tahu apa dlm hati kami masa tu. menanti saat utk diijabkabulkan, terasa seluruh darahku berhenti mengalir, seluruh nafasku bagai terhenti. detik paling bermakna dlm hidup kami.

syukur krn Allah memanjangkan jodoh kami sehingga sah menjadi suami isteri. syukur krn telah menyempurnakan sebahagian dr agama kami. syukur krn berjaya membuat syaitan menangis melolong menangisi pembinaan masjid ini.

terima kasih ya Allah krn masih memanjangkan jodoh kami hingga kini. doaku, moga kemanisan rumahtangga ini akan berkekalan selamanya. semoga rumahtangga ini terpelihara dari perkara2 mungkar. semoga kami terus tabah utk melayarkan bahtera rumahtangga seiring dgn syariatMu...

dan terima kasih krn mengurniakan tanda cinta yg tidak ternilai ini. sesungguhnya ini adalah dariMu yg tidak ternilai, tidak tebanding dgn mana2 harta kekayaan di dunia. syukur krn sentiasa mempermudahkan urusan kami. syukur jua atas ujian kebahagiaan ini.


suami,
maafkan saya atas segala kekurangan saya sbg isteri
sesungguhnya saya masih berusaha utk menjadi isteri terbaik buat awak
sentiasa berusaha untuk menjadi ibu terbaik utk anak2 awak
cuma...
saya juga manusia biasa
ada kala saya lalai
ada ketika saya alpa
ada detik saya tergelincir dr batasan
maka...
saya pohon agar awak sentiasa membimbing saya
sentiasa berada di depan saya
untuk memandu saya dan anak2 kita 
ke jalan yang diredhaiNya
terima kasih...
kerana menjadi suami terbaik buat saya
kerana memilih saya yg tidak sempurna ini utk melengkapi hidup awak
semoga...
awak terus bersabar dalam menjadi pemimpin rumahtangga kita
jangan mudah mengalah untuk membentuk saya dan anak2
jangan pernah jemu mendidik saya dan anak2
jangan berputus asa dalam melentur saya dan anak2
suamiku,
saya tidak mungkin mampu menjanjikan bulan dan bintang
tetapi saya berjanji
akan berusaha yang terbaik untuk rumahtangga kita
berusaha yang terbaik untuk anak2 kita
dan berusaha menjadi isteri yang meringankan bebanan suaminya
menjadi isteri yang membantu membawa suaminya ke syurga~


Sunday, December 16, 2012

BETIS~

ASSALAMUALAIKUM...

slalu kalo preggy ni mmg sinonim dgn 'tarik mengkarung' kan? org kl aku xtau panggil apa, tp kt kedah gitu la panggilannya. sebelum ni aku mmg slalu dah jadi tp aku xtau, sbb aku ingt 'tarik mengkarung' tu cuma jd kat jari. rupanya kat betis pon ye jgk. aku slalu jd bila nak mengeliat. amboi kemain berangan nak mengeliat sedap2, skali nahhh keras betis! mmg sakit sgt2! slalu aku akan picit2 kt perut betis yg lemak berkrim tu, then ok la.

pg sabtu hr tu tido kt umah abg. lps subuh baring2 dgn suami, tilam plak single. sambil nak kejut suami sambil mengeliat konon, skali keras betis. aku ni dah kelupoq sambil tunjuk2 kt betis, suami blh plak dok terkebil2 tanya "kenapa?kenapa?" waaaaaa mmg rasa kaki ringan jerrrkkk =p
setelah tgk aku mcm nyawa2 ikan baru suami paham dan urut2 betis, so ok la. blh bangun berlari mcm besa.

slalunya mcm tu la, jadi pagi2, lps urut ok la. tp kemarin, bila aku berjalan stil terasa sakit. ptg, soh suami urut sket. tp bila mlm masih terasa sakit. suami x jemu2 urut (mekasih sgt2) tp aku ttp rsa sakit lg. pg td, bangun tido, aku dh rasa xleh jalan. i mean, jln mcm org senget je terhinjut2. so pg td pi keja lewat. bawak keta mmg sakit sgt, keta manual kannnn. tu pon mujoq mmg awal2 lg suami dh bg kad tng sbb minggu ni nk blk byk kali. ni la padahnya bila keta dkt umah aku semuanya manual (amboiiii byknya keta kat umah kau!) so xleh la nak tukaq dgn abah ka abg ka~

bila pi opis, aku rasa kaki makin sakit. jln mmg xkira apa dah, buruk sgt. ada ketika aku terpaksa pi bilik meeting dan urut2 betis. aku mmg sengaja xmo pi klinik sbb kalo pi pon doktor cuma bg mc ja. malas la nk mc sbb selasa ni nak cuti lg utk checkup baby. so gagah jela. esok je keja, pastu blk. selasa, mak metua dah deal nak bawak pi mengurut :)

Thursday, December 13, 2012

CUTI-CUTI CINTA~

ASSALAMUALAIKUM...

rezeki, bkn saja dlm bentuk wang/kekayaan.

oke itu mukadimah. aku nak bebel bab rezeki dlm soal vacation

sejak sebelum kawen, sjk blajaq kt pahang, aku dh ckp kat suami. kalo kami ada jodoh, lps kawen aku nak sgt bawak dia mai pahang, especially tc. sbb pahang & tc, tempat yg sgt cool, cantik & best bg aku! dan alhamdulillah, belum pon sempat kami merancang, Allah dh rancang lbh awal utk kami! tetiba kami sekeluarga mmg kena pi pahang utk kenduri kazen aku, nora. syukur, sambil pi kenduri sambil honeymoon. mmg x jangka! :))

pastu, aku ada la jgk pasang angan2 nk bwk suami pi langkawi. sbbnya seumur hdp laki aku ni xpenah pi langkawi, sedangkan aku ni dah muak ke sana. sekali lg Allah permudahkan. tetiba aku kena ke langkawi utk urusan submission. pelan yg nk disubmit plak mmg byk, sesuai sgt la angkut suami skali kann~

pastu nak pi cameron. konon tringin stroberi cokelat. konon tringin nak merasa tempat sejuk. tup-tup abg dan mak kabulkan impian aku. on the spot je planning, terus on.

dan skrg tgh teringin nak lepak2 tepi pantai dgn suami. x kesahla bbq ke makan2 ke or sja duduk2, tp nak pi pantai. cadangnya nak pi mnggu ni, tp aku rasa mcm bz lak. tup-tup zaidi post kt wall suami ajak lepak pantai. ohhhhh apakah ini???

syukur sgt2, setakat ni apa yg dihajati (x berharap sgt pon) mudah2 je Allah tunaikan. syukur dgn peluang yg diberi :)

SEMALAM YANG HANGAT (BUKAN LAGU WINGS)

ASSALAMUALAIKUM...

semalam lps isyak suami msg "hai yayang..."
lps tu sampai ke sudah x msg dah
aku call byk kali x angkat
mmg dh agak dy tido
dan mesti suami tak sihat
sbbnya suami akan tido terus bila dia letih sgt 
or sakit kepala or demam je
tp dah aku ni bosan/risau sgt-sgt-sgt
call jgk berkali2
mmg no answer la kan

aku pon target nak tido dlm pkl 12
tp tgh tggu download movie sampai abes
elok dah 99% downloading
tetiba duniaku gelap gulitaaaaa
waaaaa blackout!!!!
sakitnyaaaa hati!!!
blackout dr awl kan bagus

dah blackout, kompom la xleh lena
dgn nyamuknya dgn panasnya
setiap masa tangan aku mengipas guna fail kertas
takut sgt bila sorang2 dlm gelap
tp mujoq ada bby dok godek2
dlm gelap pon aku blh senyum sorang2

cuma aku x henti berdoa spya Allah lindungi aku dan baby
yela dlm gelap ni mcm2 blh jadi
dunia kejahatan pon suka akan kegelapan
(ayat novel ramlee awang murshid wahahaha)

sementara xleh tido tu aku men game kt hp
mujoq bteri full =p
yela nk msg suami tido, men game laaa
syukur, lps sejam duniaku kembali cerah
baru laaa blh tido dgn aman

Wednesday, December 12, 2012

INSURANS~

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin dulu suami msg, minta tlg aku pi pejabat kurnia
utk ambek dokumen, katanya insurans kami dah lulus
ya allah, leganya rasa!
tp memandangkan aku bz, so pg kemarin baru aku pi
bila tgk jumlah yg insurans cover, rasa syukur sgt!
konon nak buat seprais kat suami
padahal suami awal lg dh tnya jumlah
cehhhh!!!

aku bknnya apa b4 ni kami takut sgt insurans cover lbh rendah dr loan bank
maksudnya nanti dpt duit insurans pon still kena hutang bank lg
tp alhamdulillah...
jumlah yg kami dpt melebihi hutang bank
maknanya nanti akan ada baki lg dr duit tu
syukur...rezeki baby agaknya =))


***lega bila benda ni setel. serabut sgt selagi benda ni tergantung! 

SUBHANALLAH~

ASSALAMUALAIKUM...

selama ni kan mmg aku dah perasan 
kdg2 bila aku mengaji
or dengar cd ayat2 quran dlm keta
bby akan bg respon
tp respon 'sipi2' ja
kdg respon kdg x

tp ptg td, ada zikir kat radio
aku pon ikut la zikir sama
dah radio tu kuat aku pon sama naik je dgn radio tu
tiba2 kan, baby yg awalnya tgh diam tido
tetiba tendang2 perut aku
kuat pulak tu

subhanallah...
baby bg respon drastik sgt
syukur bby dah pandai dgr
dh pandai bg respon
rasa sebak pon ada T___T

selalu yg aku perasan sblm ni
bby akan bg respon dkt abi dia
maksudnya bila abi nk blk, dia akan tendang2
kdg2 bila abi nak tinggalkn dia, pon dy akan tendang
amboiiii kemain syg abi dia kan!
=)

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...