Di antara makanan yang telah dikenalpasti banyak mengandungi bakteria yang membahayakan ibu hamil dan janin dalam kandungan termasuklah:
keju lembut, daging yang kurang masak, jus segar yang cara penyediaannya kurang bersih, sushi (ikan mentah), dough biskut yang mentah, salad campuran, tiramisu buatan sendiri yang menggunakan telur tak dipasteur, ikan yang mengandungi merkuri berlebihan, sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh terlebih dahulu, taugeh mentah, makanan laut yang dibakar atau disalai, cangkerang mentah, ikan dari perairan tercemar dengan bahan kimia dari industri dan aktiviti petanian, makanan potluck kerana terbiar terlalu lama di luar peti sejuk, susu mentah yang tidak dipasteur, kafein yang berlebihan, alkohol, dan makanan bungkus/pek yang lama berada di luar peti sejuk. Oleh itu, ibu-ibu yang hamil tidak digalakkan mengambil makanan-makanan tersebut.
Kebanyakan ikan dan kerang-kerangan adalah selamat dimakan semasa kehamilan, dengan syarat ia dimasak dengan betul. Beberapa jenis sushi (seperti ketam kukus dan belut yang dimasak) boleh dimakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengelakkan daripada makan semua jenis makanan laut mentah.
Makanan laut segar dan mentah amat berisiko tinggi sebab ia mengandungi parasit seperti cacing pita yang jika menjadi terlalu besar akan merampas nutrien dari badan anda yang diperlukan oleh bayi anda. Membeku dan memasak akan membunuh parasit. Oleh sebab ini, kebanyakan restoran Jepun yang mengkhusus dalam sushi menggunakan ikan yang dibekukan berbanding dengan ikan segar. Anda boleh bertanya pada pihak restoran jika mereka membekukan ikan sebelum menghidangkannya secara mentah. Kebanyakan restoran menyelar sedikit ikan di bahagian luar, kemudian hidangkannya mentah tetapi anda akan lebih selamat jika anda memesannya supaya masak sepenuhnya.
Tiram, kerang, lala dan kerang-kerangan lain perlu dielakkan semasa kehamilan, kecuali ia adalah sebahagian daripada hidangan masakan panas dan dimasak dengan sepenuhnya. Ini adalah sebab, apabila mentah atau separuh masak, jenis-jenis makanan laut ini mungkin dicemari dengan bakteria dan virus berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Wanita hamil mudah kena keracunan makanan sebab kehamilan akan merendahkan sistem imuniti. Bakteria and virus selalunya dibunuh dengan cara masak yang sempurna yang membuatkan kerang-kerangan ini selamat dimakan.
Untuk keselamatan makanan laut di rumah, anda perlu masak kebanyakan makanan laut hingga suhu dalaman sebanyak 63 darjah C/145 darjah F selama 15 saat. Jika anda tidak mempunyai termometer, garis panduan yang disenaraikan di bawah akan membantu anda menentukan sama ada makanan laut itu sudah masak sepenuhnya atau tidak.
• Bagi ikan: masukkan hujung tajam pisau ke dalam isi dan tarik ke tepi. Bahagian tepi sepatutnya legap dan bahagian tengah sedikit jernih dengan serpihan akan mula terasing.
• Biarkan ikan selama tiga hingga empat minit untuk masak sepenuhnya.
• Udang dan udang galah akan bertukar ke warna merah apabila telah masak; isinya akan menjadi legap dan berkilau. Kekapis akan berwarna putih susu atau legap dan padat. Kerang tidak akan mempunyai darah.
• Bagi lala, kupang dan tiram, perhatikan tempat bukaannya yang menandakan ia sudah masak sepenuhnya. Buangkan semua yang masih tertutup selepas memasak.
• Apabila memasak makanan laut menggunakan ketuhar gelombang mikro, pusingkan hidangan beberapa kali untuk memastikan masak dengan rata. Selepas membiarkan hidangan seketika, periksa makanan laut di beberapa poin dengan termometer untuk melihat sama ada ia telah mencapai suhu yang sepatutnya.
Satu kebimbangan mengenai masakan laut, mentah atau dimasak, ialah pencemaran oleh pencemar persekitaran seperti PCB (poliklorin bifenil) dan dioksina. Disarankan supaya wanita hamil mengelakkan daripada makan terlalu banyak ikan berminyak sebab ia cenderung mengandungi pencemar ini berbanding dengan ikan isi putih. Walau bagaimanapun, anda perlu makan sedikit ikan berminyak sebab ia mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin dan nutrien lain yang baik untuk anda dan bayi anda yang sedang membesar. Hadkan pengambilan ke dua hidangan seminggu. Terdapat banyak pilihan, termasuk ikan-ikan:

- salmon
- trout
- kembung
- hering
- sardin
- pilchards atau sardin jenis besar
- salai
- belut
- teri
- tuna segar
- bilis
Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.
- Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
- Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
- Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).
Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.
Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan: - Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi
- Berkhasiat untuk kesihatan bayi.
- Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.
- Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
- Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

1 comment:
kesimpulannya kena masak betol2 semua bhan mentah
Post a Comment