hari ni cuti maulidurrasul. Pagi2 buta dh ronda dgn suami pusing kampung. Lps subuh, gilir2 mengaji. Pastu baring2 sambil suami ceritakan kisah zaman nabi dulu, sambil tangan pegang baby. Kemain baby tendang2, faham ke abi cita apa?
Lps tu p beli pulut ikan masin, then pusing kampung nek moto je. Sejuknyaaa angin kampung. Udara nyaman je! well aku kan org bandar sbb tu suami suka bawak pusing kampung utk merasa suasana kampung mcmna. Gitewww gediknya!
Masa ronda2 td ternampak budak2 sekolah dan tadika tgh bersiap2 utk berarak sempena maulidurrasul. Serta merta aku teringatkn kenangan zaman aku skolah dulu. Masa tu kt fardhu ain. Stiap kali maulidurrasul, aku sgt eksaited!!! Lbh eksaited berbanding sambut merdeka. sbbnya kami akan pakai lawa2, dan berarak sambil berselawat mengelilingi taman. Aku, selaku insan yg popular sejak kecil lg, slalu ditugaskn utk pegang bunga manggar or sepanduk. Makna kata aku slalu berada di depan la hohohho. Lps berarak, akan ada jamuan makan di surau.
Sgt rindu kenangan itu! Syahdu sgt. Dah lama x merasai kemeriahan maulidurrasul. Aku tgk fardhu ain skrg pon dh x berapa nak imarahkn maulidurrasul ni. Hr ni juz ada mkn2 ja kt surau, xdak pon perarakan mcm dulu!
semalam lps kuliah, ustaz ajak selawat ramai2. sungguh aku sebak masa berselawat tu. Xtau kenapa. Syahdunya lain mcm. Dlm hati aku sempat terpikir, "kalaulah Rasulullah masih ada......" tp ayat aku tergantung sampai situ ja. Xmampu nak pikir lebih jauh. X tercapai akal.
Salam maulidurrasul. Semoga kita sama2 menghayati erti maulidurrasul. Berselawat ke atas baginda, dan menghidupkan sunnah baginda!
Published with Blogger-droid v2.0.6






2 comments:
salam maulidul rasul :)
salam maulidur rasul kak ju :)
tak sabaq nak tunggu baby keluaqqqqqqq
Post a Comment