CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 2, 2013

REVIEW : ADAMARYAM

ASSALAMUALAIKUM...

mcm besa, nak tau sinopsis sila gugel sendiri. adamaryam ni kategori novel thriller kalo x silap aku. dan mmg jiwa aku la novel2 mcm ni kan. ada la jgk  diselitkan kisah percintaan, tp itu bukan point utama. cuma kisah percintaan tu digarap dgn baik agar synchronized dgn persoalan utama.


Persoalan utama : code X. projek terbaru dr syarikat matsushirota, di mana adam adalah engineer yg bertanggungjawab dlm projek ni. Garapan yg baik, plot penceritaan yg teratur dan mudah difahami walaupon novel ni merupakan novel thriller. Cuma pada awal penceritaan di mana penulis nak memperkenalkan watak2, yg tu agak ‘slow’ sikit. Tp bila dah start kpd jalan cerita tu, mmg buat kita nak baca lagi dan lagi. Walopun byk bahasa kejuruteraan yg digunakan, dan aku mmg x paham istilah2 kejuruteraan tu semua, tp jln ceritanya still blh difahami.

Walaupon aku mmg dah blh mengagak sapa dalang yg sebenarnya (xtaula sbb kesilapan penulis ataupon aku ni bijak sgt) tp unsur2 saspens dlm novel ini tetap ada. Dan unsur  sedih masa part bani tu, mmg aku sebak! Part adam dalam keadaan genting pon, mmg terbaik! Part Maryam diculik, dan berusaha menyelamatkan maruah dan nyawa, mmg disampaikan dgn baik.

Selain tu, latar cerita yg berkisar sekitar penang, membuatkan aku blh imagine setiap babak yg terjadi. Purfek! Hahaha. Dan suasana pekerjaan dalam kilang, disampaikn dgn baik. Sampai buat aku rindu zaman aku keja kilang masa lps spm dulu. Watak beghi dgn slang klate mmg menghiburkn dan bsahaja. Watak Maryam, disampaikn dgn baik, sederhana aje. X mcm sstgh novel yg terlalu ‘over’ menonjolkn watak heroin yg serba sempurna. Sedangkn Maryam Cuma digambarkn sbg gadis kilang yg naïf, yg bertudung dan menjaga solatnya. Ini reality! Dkt kilang mcm2 pesen org ada, tp org yg mcm Maryam x sampai 10% pon.  Watak adam, suli, bani, lina, juga disampaikn secara sederhana namun kita masih dpt menghayati kesemua watak itu dan sgt ‘hidup’.

Jadi bg aku, keseluruhan novel ini amat memberangsangkan. Jalan cerita yg amat lain dr yg lain, babak2 yg jarang ada dlm novel2 lain, penghayatan yg baik, penyampaian yg memberangsangkan, membuatkan aku sanggup bersengkang mata semata2 nak habiskan novel ni. Walopon kita Nampak bukanlah suatu kes berat spt membunuh, ancaman, psikik, misteri  atau sebagainya, tapi unsur saspens ttp ada! Jadi, kpd mereka yg bukan penggemar novel jiwang, aku mmg suggest novel ni.

Aku bagi 4.5/5 bintang~

No comments:

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...