26 Ogos 2012
Masa ni usia kandungan aku 7minggu. Awalnyaaa buat buku merah?
Ya mmg awal. Terpaksa jgk buat hari ni sbb hari ni jaa masih bercuti. Lps ni
nak mintak cuti bkn senang. Kebetulan ahad, suami ada di sisi menemani. First tym,
semangat la mai awal kan. Alaaa awal aku tu dkt pkl 9 jgk la baru sampai. Nahhh
terkejut aku tgk klinik full mcm panggung wayang.
Pi kaunter, ckp nak bukak buku merah. Dia siap Tanya confirm
ke preknen??? Yes I am! So ikut prosedur biasa utk buat buku merah. Utk
permulaan, mmg byk benda yg perlu buat. Timbang berat, cek urine, hb, ambek
darah, jumpa nurse dll. Dah tu mai pulak hari ahad, nak pulak mmg musim org msh
dlm mood raya + malas pi opis, mmg sesak sgt! Tp aku xdela pulak nak komplen
tunggu berjam2 tu. Sbb aku fhm prosedur. Nurse berkali2 mintak maaf sbb lambat
dan terangkan utk first tym buat buku merah ni mmg lambat. Alaaa nurse, I tak
kisah pon!
Memula masa isi data kt buku tu, nurse siap bg penerangan lg
pasal perancangan keluarga. Eh nurse, sy baru nak buat buku, dh cerita psl
merancang??? Wkwkwk~ then part ambek darah yg plg aku gerun. Tunggu pulak dpn
bilik ambek darah tu, dok usha je muka patient2 yg kena cucuk. Kemain berkerut
mcm tahan sembelit. Amboiii sakit sgt ka??? Terus aku rasa lembik lutut. Sbb
aku ni mmg laaaa sgt tak suka jarum!!! Suami kat sebelah x putus2 bg motivasi.
Itu blm kira dr. fana lg, siap msg mcm2 bg kata2 perangsang yg cucuk tu x
saket, umpama gigitan semut halus sajo. Yolah kau! Dia ingt aku pi sorang, sbb
tu kemain dy beriya bg kata2 motivasi. Skali tau suami aku ada kt sebelah,
terus dia menyesal, wahahaha~
Masa kena cucuk tu, alahaiii aku rasa kenapa laaa lama sgt!
Nurse siap ckp lg “eh awat darah lambat sgt keluaq” ohhh lg laaa aku cuak.
Terpejam mata aku tahan ngilu. Nak kata sakit gila tux la, tp ngilu tu ya.
Yerkksss x suka! Rasa lembik je lutut lps kena cucuk tu.
REKOD :-
Berat : 60.5kg
Hb : 12.3
Tekanan darah : 110/70
Memandangkan aku gatal mulut pi habaq kata abah aku ada
darah tinggi & kencing maneh, terus kena set up date utk minum ayaq gula.
Alahaiii pdahal abah dpt kencing maneh x sampai setahun ponnn. Phewww~
Dkt pkl 1 jgk laaa baru selesai semua urusan. Gilaaa lama
kan~
![]() |
| ~ 2 set nasi ayam biasa + 1 set nasi ayam percik ~ |
lps tu terus suami upah makan nasi ayam cemara. Aku yg tamak, kemain nak
tambah ayam, nak meratah kononnnya. Suami pulak nak tambah nasi. Elok sgt la,
maka order ja 3set nasi ayam utk 2 org makan. X sedaq diri kata preknen. Last2 mkn x habeh pon. X brapa
berselera pon. Suami jugak laaa mangsa yg kena habeskan semua tu. Wuuuu~
***org lain dah berzaman hapdet psl buat buku merah, kau baru nak publish??? legend sgt jusiza!









2 comments:
kami rasa sebab ampa takut, ampa keraskan badan pasal tue darah takleh nak keluar kot. mungkin pasai tu kot. entah la betul ke tak teori suka2 kami nie :p
mmg legend sgt ju ni...dh nk bsalin br nk update psai buku merah...hehehehe
Post a Comment