CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 29, 2013

PUREES FOR BABY~

ASSALAMUALAIKUM...

18/9/13 - Umarfaiq dh start mkn solid food di usia 5bln 3hari. Its better than 3months mak tok dh kalut nk bg mkn pisang ok! Eksaited nk bg anak mkn, kemain sgt feeling dia. Start bg mkn ptg due tu masalah x sempat sbb siang tu pegi klinik cucuk 5bln pastu balik baru beli keledek & carrot. Masa anak tido mula la bersilat kt dapoq. Feeling berbunga2, sama mcm feeling tym nak masak kt asben LOL!

~ ini abi yg suapkan ~
Setakat ni umarfaiq dah start makan bermula dgn keledek, carrot, epal, pear, kurma, labu, zucchini & avocado. Hari pertama umarfaiq start mkn, tunggu abi blk keja baru bg. Berdebar2 sgt ok nk tgk reaksi anak! maktok tlg pegang anak, umi suap, abi rakam, maksu tlg tgk. Dh mcm nak bersunat plk ramai2 dok bt kalut mcm tu. 1st tym makanan masuk mulut, anak buat muka pelik! hahaha! yelaaa kan asyik minum susu je tetiba mkn benda asing mestila dia rasa lain sgt!



 memula umi bg separuh je dr bekas baby bullet tu. So satu bekas baby bullet tu cukup la utk sehari. Tp makin lama nampak umarfaiq mcm 'x puas' je mkn. So umi bg satu bekas utk sekali mkn. Sehari 2x mkn, pg dlm pkl11-12 dan ptg dlm pkl7. even umi x kerja, kenapa buat frozen puree? sbb sekali blend tu xkan nk blender sikit2 kan. so umi buat sesiap stok makanan utk seminggu. lagipon, kau ingat umi x keja so goyang kaki je kt umah? hehhhh

~ alahaiii kesian sgt tgk expression umarfaiq masa ni~
Alhamdulillah setakat ni umarfaiq mmg lgsg x memilih makanan. Apa yg umi bg semua dia redha ja hahaha! Xde nak memilih even frozen ke fresh ke apa. Cuma setiap kali beralih puree dia bt muka pelik. Yelaaa rasa lain2 kan. Kelakar sgt tgk muka anak! lps tu bila dia dh 'sedap' mkn dia akan 'marah' kalo kita lambat suap. Bila dia dh kenyang je dia mcm xmau telan tp bila umi 'paksa' dia telan jgk. Mmg selalunya dia mkn sampai habes. Setiap kali lps makan dia akan 'menjerit2' tanda suka hahaha comelll sgt! Utk permulaan, dia mmg xpandai makan kalo x betul2 halus. Nk mkn kena guna 'bantuan' air masak. 1st tym, buat puree keledek & carrot tu umi x pandai nak agak lg so puree pn mcm x brapa nak halus. So serdak2 yg x brapa halus tu umarfaiq mcm susah sgt nk trima. Maka utk puree berikutnya umi potong dadu dgn lbh halus dan blender dgn lbh lama.

~ puree keledek ~
Cara2 buat puree - mula2 kupas kulit. Pastu potong dadu. Then steam / rebus. Tp umi prefer steam sbb zat dia dpt dikekalkn. Lps tu blender dgn breastmilk or air masak. mudah kan??? so mommies, apa lg alasan anda? =)


puree carrot
umi rasa umarfaiq x sesuai mkn carrot. sbb dia poo poo keras dr biasa. first tym tgk najis dia lps mkn carrot ni terus umi gelak, sekeping-sekeping keluar. hahaha! so umi decide utk hold dulu carrot ni


puree epal
umi x pasti samada sesuai ke x dgn umarfaiq. sbb umi x ikut 4 days rule. jadi 2-3 hari je sbb stok habes, sbb umarfaiq dh start mkn 2x sehari


puree pear
pon sama mcm epal. umi just habeskan stok yg ada. rasanya mcm umarfaiq kurang poo poo jugak. masa mula2 makan, umarfaiq buat muka pelik haha!

puree kurma
kena buang dulu kulit kurma tu ye mommies sbb takut terlekat kt lelangit anak. rasanya kurma plg bagus sbb lps makan umarfaiq x sembelit dan poo poo lancar. tp puree kurma ni likat pekat melekat, kena guna byk air. dan kurma ni mcm cpt kenyang, mkn sikit pon dh kenyang
*tak sempat snap pic*


puree zucchini
percayalaaa yg umi pon xtau apa itu zucchini. men gugel jaa pastu mujoq la kt tesco ada label kahkah! zucchini ni mcm timun ja lbh kurang. dia mcm byk air so bila blend jgn letak air banyak sgt.


puree avocado
avocado x payah steam. just belah tgh, buang biji then korek isi dia, blend with some water. kata org, avocado ni sgt berkhasiat. aku rasa, mcm tawar je tp lemak2 gitewww. alhamdulillah even tawar, umarfaiq xde pulak buat muka pelik mcm masa mula2 dia makan pear / epal.


puree labu
ok je kot dgn umarfaiq. rasa manis2 buah giteww. cara buat sama je mcm puree lain.


tp overall punya makanan mmg buat umarfaiq kurang poo poo. mungkin sistem penghadaman dia x berapa lancar. yelaaa 1st tym try makanan selain susu umi kan. antara buah yg x perlu steam adalah avocado, pisang & betik. blender / mashed mentah2 gitu je.

ok itu dulu utk bab puree. kalo ada masa umi will update about mixed puree & cereal for umarfaiq.



3 comments:

Zai Zamree said...

wah...umar dh try mcm2 ye...syabas

cik Anggur said...

makanan baby..org tak baby pn terliur tgk ! huishhh

NuR IzZaTi said...

nanti nak try la.. zati bagi bbur..puree carrot n puree kentang je kat Mikhail..

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...