CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 15, 2014

PENGALAMAN BERSALIN SECARA INDUCE PART III

ASSALAMUALAIKUM...


ok amacam dah fefeeling kegentingan tu? mai nak sambung

lps nurse tu berlalu, aku dah mcm mayat hidup atas katil tu. aku mcm berserah jela. hp ada je di sisi aku tp aku nak pegang fon nak call suami aku pon x mampu. tangan menggeletar. dlm dok tahan sakit tu mmg aku risaukan suami aku jgk sebenarnya. dia dah sampai LR lps subuh lg. tp langsung xdak perkhabaran ttg aku. langsung tak dpt berhubung. last contact masa dia bagitau dia dah sampai dan aku pon bagitau yg aku masih kt ward sbb tunggu turn nak ke LR. dalam kepayahan tu aku call fana. aku tau xdak point pon aku call dia, bkn blh mengubah keadaan pon, tp aku xtau nak buat apa. masa call dia pon aku tak tau apa yg aku merepek sebenarnya, ntah dia paham ke tidak sbb masa ckp dgn dia aku dlm separa sedaq. tgh dok ckp dgn dia tu la ada nurse mai check patient lain. mujoq la Allah hantaq nurse yg prihatin ni bertugas waktu tu. dia tgk keadaan aku mcm org gila (walaupon tgh ckp fon) dia tanya "adik, kenapa?" terus aku cakap "saya sakit sgt dah...rasa nak meneran"

dia cakap yaka...dia soh tunggu sat. lps dia check patient tu trs dia mai kat aku utk check VE. sblm tu dia tanya kenapa pakai pad lg, aku ckp sbb terkencing. dia kata xpa, kencing ja, mmg sakit mcm tu.  masa ni aku dah x rasa apa bila dia buat VE. langsung tak sakit dan tak rasa apa. dia cakap "eh, dah 6cm! kena pi LR cepat ni!" dia berlalu dalam kalut2. dlm pada tu ada nurse lain yg tenangkan aku, suruh mengucap, selawat... kebetulan ada dua org doktor bertugas mai nak check patient. Ya ALLAH, terima kasih atas pertolonganMU! sorang doktor laki dan sorang doktor pompuan, chinese. doktor pompuan tu just check perut aku dan berkata "aiyooo sudah mau keluaq ni! baby dah masuk laluan! kena pi LR cepat!" keadaan jadi kalut tiba2. sorang kata LR penuh, tp ada sorang lg ckp dah ada kosong. depa baruuu ja call kata LR dah ada kosong. Allahuakbar, besarnya kuasaMU! doktor suruh cpt2 bawak aku turun bawah. nurse dok kalut nak cari wheelchair. doktor kata mana blh pakai wheelchair, dah nak beranak sgt ni, tolak pakai katil terus!

nurse tadi tolak aku dgn katil2 tu. aku masih dok berguling kesakitan. nurse tadi tak henti2 tenangkan aku. tq nurse! sampai LR aku terus ditukarkan baju. dimasukkan drip. kalo tak silap aku masa tu dh pkl9.30 pagi. ada doktor muda & cantik dtg buat VE. masa ni dah 7cm lbh krg, katanya. cepatnya! aku target satu jam satu cm, mungkin pkl1 baru bersalin. awal2 masuk LR td trs aku request ke nurse nk bg suami masuk teman. tp aku sedia maklum la ada 2 bilik je yg suami blh masuk, dan bilik aku bukanlah termasuk dlm bilik itu. tp aku request jgk "nurse...blh tak sy nak jumpa suami saya dulu sblm beranak? sbb dia mai dr lps subuh td lg tp xdpt jumpa sy. plg tidak pn tlg bagitau suami saya yg sy dah masuk LR? sbb dia bkn tau ni saya ada mana"

nurse ckp nanti dia tanya ketua kat LR tu. aku tgk ketua tu indian, pompuan agak berusia. muka mak aihhh garang! sah laaa xdak peluang dah ni. nurse td sambung la buat keja dia. apa yg dia buat pon xtau la huhu. aku dok tahan sakit ja. sakit kuat mcm sblm turun LR jgk. cumanya bila sakit blh sedut gas, ok la kan berbanding tadi dok peluk palang katil ja. ada jgk depa tinggal aku sorang2 kt dlm tu, tp kejap jela. masa kena tinggal rasa seram hoiii dok sorang2 dlm tu! pastu nurse tu dtg blk dan buat keja dia. tetiba nurse india yg muka garang tu dtg, "siti jusiza, ni suami awak nak jumpa" aaaaaaaaa terus rasa nak terjun katil. but, tak blh. fine. nampak suami dtg rasa mcm longlai. rasa seluruh kesakitan dilepaskan sekaligus! suami x ckp apa, aku x ckp apa. hanya mata kami memandang. perghhhh!

suami sebenarnya KELU tgk muka aku tahan sakit. aku plk mmg xblh nak ckp apa. nak menangis pn x blh. muka suami masa ni mmg pucat. mata bergenang tp tak nanges. suami dtg suapkan kurma dan air zamzam sambil gosok2 kepala. Allah. tak tergambar perasaan masa ni. sebiji kurma pon aku payah nak habeskan, dan mmg tak habes pon. mujoq suami suap pakai straw, tu pn minum sikit ja. sebenarnya suami blh masuk sekejap je. tapi mujoqla nurse tu sporting, biar je kami berdua2an mcm tu. sebelum suap aku tu suami tnya dulu nurse tu blh x nak suap aku, dia ckp "xpe suap sikit xpe. suap la bg ada tenaga sikit" nurse tu tanya air selusuh ke, huhu. aku tak pasti la kami jawab ke tak soalan dia hahaha!

suami tunggu situ sambil belai rambut sambil tgk aku tahan sakit. sepatah apa x ckp. dia kata (lps dah bersalin la) dia sebak sgt tgk keadaan aku, mata aku terbeliak ke atas nmpak mata putih ja. takut dia tgk haha. sampai la satu ketika aku kelupoq kuat nurse pon kelam kabut suruh suami keluaq. masa tu 10min lg pkl10 kot. aku ingat nurse saja halau ja, tp tiba2 nurse tadi dan ada 2org nurse praktikal kot mai kerumun aku. dia kata ready naaa, bila contraction mai tu teran kuat2. aku hairan la ready apa. nurse tu kata nak beranak la. aku yg konon sakit teruk sgt td tu blh buat terkejut pi tanya "saya nak beranak dh ka???" dia kata yala dah 10cm. aku  mcm "haaa??? 10cm dah? cepatnya???" dia mcm nak gelak tp tahan. cis. dlm sakit2 td tu sempat lagi aku nebes haha. baby, we will meet soon!

bermula la detik2 push mengepush yg selama ni aku hanya lihat di tv saja. dan ternyata yg dlm tv tu semua dusta belaka kakaka! derrr, aku nak p beranak td minum milo segelas ja, mana ada tenaga sgt nak push. 4-5kali jgk aku push tp x lepas. bila aku berhenti push mendadak baby pon masuk blk. pttnya bila push kena tahan dan curi nafas baru btl. ssambil push tu aku rasa ter-poopoo. aku ckp "nurse saya terber*k ni mcamana???" dia kata xpe mmg org beranak akan terber*k kahakah lawak plk jawapan dia! aku plk push sambil menjerit. nurse pesan jgn menjerit sbb itu blh menghilangkan tenaga. aku pn dh sedia maklum pasal tu, tp tu la kan bila sakit ni bkn kita sedaq apa dah. aku prasan nurse gunting, tp langsung tak rasa sakit apa pn sbb kita tgh tanggung sakit yg lbh dasyat kan. so mummies, dont worry pasal gunting ok! mmg x rasa pon sakit tu in sha allah. aku cuma perasan nurse tu gunting dan rasa dia cuba bantu buka laluan. dan aku dgr perbualan depa sbb nurse senior (bidan) tu tgh ajar nurse praktikal tu. rasanya nurse praktikal tu yg buat semua, bidan tu cuma ajar je. dan lg aku dgr kahkahkah!

sampai satu tahap aku rasa letih. nurse2 tadi pon dok bg kata2 semangat kt aku. sungguh aku rasa mcm serender. adik2 nurse tu pon kemahen sikit lagi kak cepat kak dah nampak rambut kak. haish malu hakak tauuu! tetiba dtg doktor muda & cantik td, tanya mcmana. depa ckp x keluaq lg, rambut baby dah nampak. doktor td terus buat2 kalut sambil pakai glove pakai apron sambil cakap kekuat "lekas lekas kuat lg kesian kat baby! ni tgk ni heartbeat anak dah slow ni! kita kena cepat!" Allah... aku punya kalut nak push, sampai lupa pasal heartbeat (ctg) anak!!! terus aku dpt mcm satu kekuatan luarbiasa. mcm crita hindusetan plk, tp tu la hakikatnya. bila contraction mai ja, terus aku push sekuat hati, tu pon x lepas, tp aku tahan dan curi nafas trus push lg sampai keluaq. Alhamdulillah berjaya!!! masa baby keluaq tu rasa mcm gedebukkk keluar haha. lps tu aku dpt rasa depa tarik baby pelan2 utk keluarkan keseluruhan badan dia. oh rupanya yg payah sakan kecoh2 td cuma nak keluarkan kepala dan bahu. masa baby keluaq tu aku x ingat dia nanges ke x. sungguh aku rasa ralat sgt sbb aku x ingat moment tu. tu la byk sgt tgk crita melayu. dlm crita melayu kan asal beluaq baby ja keluaq la suara tangis. tp yg ni aku btl2 x perasan, mungkin sbb letih push kot. ralat sgt.



elok baby keluaq terusss nurse tunjuk tnya baby apa, and yes, BOY! sama mcm doktor dok scan, ada bebird hehehe! nurse bg anak kt aku utk letak atas dada. u know im speechless. masa nurse nak letak tu lg aku dok sebut "anak aku........" hahaha bkn nak sebut alhamdulillah ke apa. aduyaiii. bkn lupa ke apa tp itu perkataan pertama yg keluaq bila nampak muka anak. rasa mcm tak percaya, sampai terkeluaq anak aku anak aku byk kali huhu. bila dah tersedar sikit baru la mula baca apa2 yg patut kat dia. Al fatihah, ayat kursi, dan segala surah yg keluaq dlm kepala aku baca. lama jgk aku pegang baby sambil depa dok proses apa kt bawah tu aku pon xtau la. yg aku ingat depa seluk nk keluarkan uri. blh plk aku ckp "laaa x buang lg ka?" bidan tu senyum ckp belum, td beranak ja. jgn bimbang buang uri bkn sakit mcm beranak. malu iols ok. sambil tu selamber ja nurse cucuk paha aku. ubat kecut rahim kalo x silap. dan aku pon blh rilek ja kena cucuk. pdahal b4 ni tgk jarum pn dh gigil.



x lama lps tu depa ambek anak iols utk dimandikan. bermula la episod jahit menjahit. sekali lg aku tanya soalan bodoh, "laaaa td x jahit lg ka???" adoi la byk tanya betoi. mujoq nurse baik. aku ingat masa aku dok pegang anak tu depa dah setel la semua haha pepandai je. patutla x sakit haha. bila nurse nak jahit ni mula la aku seriau. terusss aku sedut gas byk2 sampai lalok. sampai kebas mulut. sambil sedut gas sambil sembang dgn bidan supaya kesakitan tu tak terasa. and i did it! aku langsung tak rasa sakit pn sepanjang proses menjahit. mcm2 aku tanya ke nurse, dia pn layan ja. dia ckp aku angkat punggung sikit ja, gunting sikit ja dlm 2cm. mcm2 lg yg aku sembang sampai aku rasa bosan dan lama aku tanya "x sudah lg ka, lamanyaaa jahit!" nurse senyum lg. dia ckp dia jahit byk lapis, mcm jahit baju. sbb nak bg jahitan betul2 kemas. dah siap jahit depa pakaikan pad dan tukar baju dan tukar katil. pastu ada nurse dtg sambil tolak troli berisi baby yg siap dimandikan dan pakai blanket yg umi beli. hijau uols! atototo comeyyyyyyyyyy!!!!!

depa bg anak utk disusukan. kemahennnn anak umi pandai dah hisap! gud boy! sejam jgk selepas bersalin baru selesai proses2 tu. lps tu depa usung keluaq dan bawak aku jumpa abi (wahhhh dah jd abi!). abi jd mcm tak tentu arah bila tgk anak dia. anak dia plk sebok nak hisap susu so dia x dpt tgk muka anak. hahaha anak main cak cak ye. kebetulan chuck ada kt situ, dia turun mai tgk baby. hahaha nasib la! abi tak lekang sebut "terima kasih sayang" kat aku. tu jaaaaaa dia sebut tak henti2. then aku ditolak ke katil wad pulak. rakan2 dlm wad tu hairan tgk aku dah beranak. cepatnyaaa depa kata. tadi ja dok guling2 sakit sekarang mai dah usung anak hahaha!



abi ikut mai kat wad, tlg aku apa yg patut. nurse pesan suruh bancuh milo ke bg air ke kt aku. abi kalut2 pegang milo. aku ckp nanti la kejap lg, mai setel katil aku g sedap tido dlu. trs dia letak milo dan mai tlg aku. aku suruh azankan anak, terus dia terpa anak dia dan azankan. tgh dia dok belek anak dia tu mai nurse mana ntah x bg kami tutup tirai dan bukak tirai kami tu. pastu suruh abi blk. grrrrr aku baru naik wad kot, dia ingt laki aku mai terjah gamaknya! dushhhh!



Alhamdulillah... pada aku proses aku bersalin sgt mudah. suami ckp lps dia keluaq dr LR tu dia tak sempat duduk pon tetiba nurse panggil waris siti jusiza, dan ckp "tahniah, isteri awak dah selamat bersalin". dia kata cpt sgt. ya mmg cepat sgt, aku push tu kejap ja. Alhamdulillah Allah mudahkan setelah melalui ujian2 kecil. suami ckp sebelum dpt tau keadaan aku tu mmg azab. sbb dia taktau aku kat mana. nurse kata aku kat wad lg sbb LR penuh, dia naik wad tgk aku xdak. mmg la aku xdak sbb aku kan kena pindah ke wad hujung. nak plk bila dia nampak ikin ada je kat katil dia (btw abi tunggu sama2 dgn laki ikin) maka lagi berganda laaaa kebimbangan abi tu. blh bayang dak mcmana kekalutan dan kebimbangan tu? tapi bila nurse bagitau yg aku dah selamat bersalin, abi lega dan giliran laki ikin pulak yg risau. sbb isteri dia masih belum blh turun LR.



dan aku dpt tau, ikin dan sorang lagi 'geng' kami kena operate. dari subuh tu bukaan dok 4cm ja, baby xde tanda nak keluaq. malam jgk baru beranak pon. kesian laki ikin jenuh tunggu. sorang lg plk beranak normal tp malam baru beranak. so blh bayang dak berapa lama depa tanggung sakit? aku ni turun LR pkl9.30, pkl10.05 dah beranak. cepat sgt proses tu, lps aku keluaq siap blh bagi laluan ke patient lain. syukur sgt2! Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kali ni. hrp sgt kalo ada rezeki nak beranak lagi dpt dipermudahkan urusan jugak. kesian sgt tgk patient yg bertarung nyawa berpuluh2 jam, itu yg LR sampai penuh.

dan abi ckp yg nurse2 tu sampai naik meluat dgn dia. yela dia asyik dok tanya kt kaunter psl bini dia. macam bini dia sorang ja nak beranak wakaka. tp x blh nak salahkan laki aku la, dh kami mmg lost contact. depa patut bagitau betul la, ni tidak. laki aku xtau aku ada kat mana, mcmana dia nak tenang? dah tu bila aku dh turun LR, baru depa bgitau. masa tu depa annoying psl laki aku request nak masuk teman plk haha. dia siap ckp lg "x bg masuk xpa saya tunggu kat pintu ja pn xpa" LOL sgt laki aku ni kahkahkah! dan rupanya yg dia blh masuk tu bkn sbb aku request saja, tp sbb mmg dia pon request. kebetulan madam india tu ada, itu yg ada rezeki jugak berjumpa. syukur alhamdulillah.



dan benarlah org kata, sakit gila-sangat2 tu akan hilang sebaik saja tgk wajah anak. and yes, its damn true!!! elok tgk wajah anak kecik comel lote penuh darah tu, terusssss hilang pi mana ntah semua sakit ketaq2 pala tadi tu. mcm dah lupa ja yg baruuuu sat td aku sakit bagai nak putus nyawa. Allah besarnya anugerahMU...

selamat datang, anakku~


6 comments:

Anonymous said...

pengalaman paling berharga... akak dah rasa 2 kali melahirkan n memang x rasa serik nak bersalin lagi if ada rezeki...alhamdulillah.. :)

Kira Sakura said...

alhamdulilah. itu yg kami masa sakit takmau pegi sepital tue. sebab takut klu kita sakit xde sape nak mai tgk. klu kat umah blh jugak ngengada dgn laki hahahaha

syukur semuanya dah selamat. umar pun dah setahun :D

Zai Zamree said...

xleh byg sakit smpai ketaq kepala2 smua...emmm...emmm...nk juga rs bsalin normal

Mummy LiYzA ^^, said...

hehee,yg pnting skang hero dh besaq kan,dh stahun pon..bleh proses heroin plak nih~
psst..ampa tgk x tmpt jahit tuh tem dlm pantang?huuu,kmi tgk lps 2ari jahit tros xlalu makan..sbb terok kot~

Qaseh Ana said...

seriau aihhh baca kak jue pnya experience nie..huhuhu..scary merry~ tq akk sbb share..:D

NuR IzZaTi said...

terus rasa seram sejuk baca nii T__T Izzati bsalin oprate..kurang la rasa sakit tu +__+

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...