CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 1, 2014

MUF - SETAHUN

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, dlm setahun ni byk benda yg anak umi dah 'dapat'. Dah lama x update perkembangan anak, padahal ada benda yg dari sebelum setahun dah 'dapat'.

Gigi - masa umur 9 bln mcm tu baru tumbuh sebatang. Masa bulan januari lps, ntah macamana umi tergerak hati nak belek gusi dia. Tetiba ada rasa gigi terkeluaq sikit. Ya rabbi umi punya eksaited tu sukar digambarkan. Rupanya mcm ni ye sindrom mak-mak. Anak yg tumbuh gigi mak yg seronok, kalah wak doyok. Dia mula tumbuh gigi atas dulu, sebatang pulak tu. Mmg lawak laaa dgn gigi sebatang tu dok renyeh merata :p



Gigi kedua, atas jugak sebelah gigi pertama. Pastu baru tumbuh gigi bawah. So for now gigi dia 4 batang je, dah lama dia stay dgn gigi 4 batang ni. Ntah bila gigi lain nak kluaq xtau.



Dan entah sejak bila dia pandai gigit org. Jgn main2 dgn gigitan dia. Kalo dia geram SANGAT mmg dia akan gigit mcm harimau dok terkam tu memang lawak bila dia buat mcm tu . Biasa yg suka bg dia marah ni maksu la. Selalu dia geram kat maksu, gigit. Dia punya gigit tu sampai lekat bekas, sampai lebam tau. Memang gigit sungguh2. Umi pon penah kena, marah apa ntah kat umi pastu gigit. Haha. 
ada jgk masa dia gatal gusi dulu, saja2 dia gigit bahu umi. Tgh dukung elok2 tau2 dok gigit bahu. kdg2 mai dok buat 'manja', rupanya gigit paha umi. Grrr betoi!

~ muka bangun tidoq ~

Bila dah ada gigi ni, lagi pandai la dia makan sendiri. Mcm nugget contohnya, bagi je dia pegang dan dia akan makan sendiri. Dia gigit sikit2 sampai habis, makan sambil main. Nasi pon umi dah x blend sesejak ada gigi ni, Makan nasi mcm biasa je.

Dan yg masalahnya kalo jumpa apa2 dia mesti nak gigit. Kalo dulu jumpa benda nak masuk mulut, skrg up sikit la sbb blh gigit. Mmg x blh lepa bab ni, semua benda dia nak masuk mulut. Jumpa polisterin dia gigit. Jumpa belon dia gigit sampai pecah, pastu serpihan belon ada dlm mulut. Kalo benda keras dia gigit sampai meleleh air lioq. Risau betul takut sampai patah gigi pulak. Semua benda laaa kiranya dia gigit! paling dia suka gigit kertas, sbb lembut kan. Kdg2 tgk kertas berlubang kat tgh, kadang tgk carik kat hujung. tau dah mesti dia punya keja. Cuma setakat ni dia cuma GIGIT dan kemam dlm mulut, tak telan pon. So anytime umi perasan ada benda yg dia gigit, cepat2 umi korek mulut dia. Setakat ni semua benda la umi berjaya korek balik. Even kertas pon dia just gigit dan main2 dlm mulut je, bila korek biasanya dpt blk. Bahaya betoi!

~ ada brannn??? ~
salam - dah pandai kalo nak balik ke nak p mana2, mesti nak salam. Kalo dulu kena kita 'ajar' suruh salam baru dia salam. Tapi sejak masuk setahun ni umi ada suatu hari tu dia sendiri yg sua tangan nak salam. Yg lagi best, dia salam cium tangan ok!!! umi x ajar pon yg ni, dia pandai sendiri. Dah tu pandai pulak, tau pulak timing bila kena salam. Kalo saja2 suruh dia salam, dia xmau. Tapi kalo mmg nak pi mana2 habes semua org dia sua tangan nak salam. Kadang2 sampai 2-3x, jenuh pulak nak melayan.
Cium - pon dah pandai sebelum setahun, tapi jarang2 sgt dia cium. Kena kita sua pipi kat dia dulu baru dia laga kat kita, tu pon sikit ja. Tapi yg umi perasan bila dah setahun ni, just cakap "muah umi sikit", dia yg akan sua mulut cium pipi umi. Siap nganga mulut dan ada bunyi "aaaaa" bila cium. bangun pagi kalo nampak umi kat sebelah, senyum kat dia, dia akan cium jugak! Geram betol!!! :)
Kalo soh cium al-quran pon dia akan cium, faham dah maksud cium tu gamaknya.

~ muka takmau tidoq ~
Babai - yg ni dah lama dah mmg pandai. Tapi sesejak setahun, dia tahu pulak babai tu perlu bila nak pegi mana2. dok saja2 dia x babai, tapi bila nampak sesapa pakai tudung, or abi pakai smart, mmg tetiba dia akan babai semua org. Mcmlaaa org nak bawak dia! kekadang tu yg malu sendiri, nampak umi pakai tudung terus berlagak babai org, last2 umi x bawak. Kan dah nanges, malu dan pilu hahaha

Bercakap - tak pandai cakap lagi, tapiii ramah tu memang tak tahan. Kalo dah blh cakap nanti ntah mcmana la. Tara x blh ckp pon dok bebel mcm2 potpet. Dia main sorang2 pon dia bebel. Dia jumpa org kt mana2 dia akan 'tegur'. dah pandai 'bercerita' kat umi guna bahasa jerman. Tapi ada ketika akan terkeluaq jgk perkataan dari mulut dia, tapi lama2 sekali la. Contoh "yaq" utk ayaq, "nah" kalo dia nak hulur brg. Ta ta ta ba ba ba tu biasala. tapi yg umi perasan dia makin faham apa yg kita cakap or bagitau dia.

~ 19/5/14 - tokwan ajaq menulis! ~
Gol - yg ni tokwan ajaq. Dok join tokwan tgk bola la ni yg pandai dah dok ber-gol sakan. Tokwan sorak gol, dia ikut. Lalu tokwan pon sebut byk2 kali ajaq dia. Sekali ajaq ja, lps tu pantang nampak game bola kat tv dia pulak akan ajak kita kata "gol" (guna bahasa dia tapi dgn nada yg btl) sambil tunjuk2 tv. Dia pulak terlebih pandai. Tokwan ajaq tgk bola ja, tapi dia asal nampak apa2 sukan ja dia pulak yg kata "gol". contoh, badminton & sukma, kalut dia tunjuk tv sambil buat aksi "gol" dia.
Lori - pantang nampak lori, mesti dia jadi kalut dan tunjuk2 sambil ckp "yeeeeee yeeeee". Bas pon "yeeee" van pon "yeeee" hahaha. Tapi kalo nampak lori besaq2 mcm lori sampai tu lagi dia suka. Nampak lori parking tepi jalan pon dia kalut tunjuk.


Yg paling latest skrg ni, sejak masuk umur setahun ni pandai pulakkk 'buat muka'! mana dia belajaq ntah, tetiba dok buat mimik muka pelik2 kat umi. Saja2 dia buat. Selalu dia buat tym umi dok suap dia makan. Tapi skrg dh pandai tunjuk mimik muka dia tu kat org ramai. Sampai kerut2 kening dok buat muka. Kdg2 kat kedai makan pon dia buat kat sapa2 dia rasa nak buat. Apa pesen ntahhh hahaha
Selain tu dia pandai jugak dok nganga mulut dpn kipas, mcm kita dok buat masa kecik2 dulu. Yg ni sebelum setahun pon dia dah pandai. Jumpa kipas dok pusing dia pon ikut sambil nganga mulut  bunyi "aaaaa". ada jugak dia tepuk2 mulut dia dgn tapak tangan sambil bunyi "aaaaa" :)


apa yg pasti umarfaiq ni mmg tak takut apa pon. Maksudnya bagi je apa pon dia tak takut, bawak pi mana pon dia tak takut. Contoh, kucing. Dia langsung tak takut kucing, malah kucing yg takut dgn dia sbb dia mmg main dgn kucing mcm kucing tu anak patung. Siap penah rabat atas kucing. Lipas lalu pon dia x takut, siap dok tunjuk2. tp kalo lempaq lipas kat dia geli la haha!

kalo balik merbok dia suka panjat tangga. Mula2 dia buat biasa je, mcm 'x minat' dgn tangga. Tapi bila org ralit, tgk2 dah sampai atas!

skrg ni dah pandai berkomunikasi sikit2. Mcm kalo dia nak pape, dia akan tunjuk. Nak nasi ke nak air ke, dia tunjuk. Kalo kita bagi sesuatu, tapi dia nak benda lain, dia akan geleng/tepis dan tunjuk apa yg dia nak. So faham la apa yg dia nak tu. Dan dia pon dah faham apa kita sampaikan kat dia.

~ hulur stokin umi huhhh ~
Pastu skrg ni dah pandai bagi/hulur barang kat org. Kalo dia bagi, kita kena ambek pastu cakap "maceh...pandaiiiii" sambil tepuk tangan. For sure dia akan lompat gembira. Kdg2 dia punya happy tu over tauuu! tapiii kalo org tak ambek, dia akan marah or bebai tau! kalo ambek tapi ckp pandai or tepuk tangan, dia akan diammm sambil tgk org tu. Hikhikhik

Selain tu, skrg ni kalo nak capai sesuatu barang, dia pandai bagi usaha lebih. B4 ni dia capai takat tangan dia sampai ja. Tapi skrg dia akan jinjat dan meraba2 benda atas meja/almari. Even dia x nampak sbb tinggi, dia gagau je asal dapat apa2. Geram la jgk sbb lps ni kena beware la kalo nak letak benda2 kecik or bahaya, kena 'ukur' dulu dia blh capai ke x.

Yg paling menghiburkan hati ramai org, dia ni senang bergumbira. Maksudnya kalo dia happy dia akan 'menari'. Pantang dgr bunyi muzik, x kira la muzik apa, mesti dia akan menari. Kalo tgk hindustan tu, bila mai part lagu dia akan sebuk menari sama. aduhaiii! Yg x tahan kalo dgr azan ke zikir ke apa2 ayat quran, dia akan turut sama berzikir, sambil tunjuk2. Goyang kepala kemahen, sama je gaya mcm menari. dari usia 3-4 bulan lagi, dia dah pandai tgk azan. Kalp dgr azan kat tv je, mata tu mmg tumpu kat tv ja :)


hmmm...tu je kot stakat ni. Kalo ikut byk lagi akai dia, tapi x larat cerita semua. Syukur sgt diberi peluang menjadi pendamping anak setiap masa. Umi la org pertama yg dpt tgk apa2 perkembangan dia. Hari2 dapat nikmati aksi2 dia. Dapat kongsi momen2 indah dgn dia. 

umi mungkin x macam mak org lain, yg ada gaji ribu2, yg blh bagi anak segala kemewahan. tapi umi ada masa yg terlalu berharga dgn dia. moga Allah kekalkan kasih sayang kita

1 comment:

Kira Sakura said...

alhamdulilah makin panjang dah akal dia, makin bijak dah. jadi anak soleh tau umar faiq

sama la uwais sampai skang takde gigi. mula kami buat besa. tp bila org duk ckap tue ckap nie. tergoyah jugak perasaan tp tgk umar pun 9 bulan baru tumbuh gigi. lega balik perasaan hihihii

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...