ASSALAMUALAIKUM...
Ini bukan kisah dongeng, walaupon tajuk mcm poyo je bahaha.
Ini kisah benar, antara aku dan emas.
Sebagai wanita, paling tidak pon mesti ada jugak sekerat emas nembaluti tubuh. Ye dok? tapi tidak aku. Aku takdak secebis emas pon kat badan.
Sebenarnya aku dah fed up dengan emas. Banyak sejarah hitam antara aku dengan emas.
Dulu kecik2 mak ada belikan aku rantai emas. Maklumlah tiga org anak laki, tetiba lahirnya aku. Eksaited mak abah belikan rantai even aku masih baby. Masa aku berumur setahun lebih (kot), mak kata aku GIGIT rantai tu sampai PUTUS. kau mampu? Bahahaha
Masa umur 4tahun (kalau tak silap) aku pakai cincin emas. Suatu hari masa tengah dok main kat luar rumah, ada lori apa ntah lalu. Kalau tak silap aku lori sampah kot eksaited nak tengok lori punya pasal, aku letak tangan kat pagar zink. Aku syak cincin aku tersangkut kat pagar zink tu lalu jatuh. Sebab aku sendiri tak sedar bila cincin tu hilang. Balik umah masa mak basuhkan tangan aku mak yg perasan eh mana cincin? cerita kat mak kat mana aku main tadi. So mak try cari kat tempat tu tapi takde. Apa pon cincin ni masih misteri sbb aku sendiri tak ingat bila dan di mana sebenarnya cincin tu jatuh. Sobsss
Masa umur 5 tahun, hari pertama kami berpindah ke taman sri wang. Aku masih ingat, hari Isnin. Hari pasar malam di taman sri wang. Eksaited la ni nak pi pasar malam. Seumur hidup tak penah pi pasar malam. Memula aku jalan dengan mak abah. Pastu mak nak beli bawang, mak soh aku ikut abah. Abah pimpin tangan aku. Masa tengah berjalan tu aku terasa rantai aku cuba ditarik dari belakang beberapa kali. Aku pusing belakang. Aku nampak sorang laki cina (aku agak) berseluar pendek warna koko dan berbaju merah. Masa tu aku budak lagi, baru pindah pulak tu. Mana la aku tau dia nak ragut rantai aku. Kalau aku tau aku dah terajang anu dia.
Tapi tu semua KALAU. sebab hakikatnya aku hanya mendiamkan diri. Entah. Budak lah katakan. Taktau apa erti RAGUT. Sungguh aku taktau. Akhirnya dia berjaya meragut dan terus bergegas jalan laju2 melarikan diri. Aku pulak, elok rantai tu cabut je terusss nanges kuat2 bagai nak gila. Abah panik dan heran la. Yelaaa tengah jalan elok2 tiba2 melalak, tak ke abah cuak???
Abah tanya aku "awat?awat?"
Aku jerit sambil nanges "nak rantaiii...nak rantaiii..."
abah dengar tak jelas "haa? nak sate?? Ok tapi janganlah teriak"
bahahaha. Hadoi. Lastly aku tak ingat mcmana abah paham ayat aku. Bila abah tanya sapa ambek aku tunjuk arah laki tu pegi. Abah ligan sambil dukung aku, tapi haruslah si jahanam tu dah takdak.
Jenuh abah usung aku merata sambil aku masih meraung. Semua pakat tanya kenapa kenapa, abah pon mcm dah hilang arah habaq aku kena ragut kat semua org. Dah la tak kenal sapa2. Masa tu kes ragut kira rare la, tu yang semua pakat kecoh.
Aku taktau la at last mcmana aku diam dan mcmana malam tu berakhir. Apa pon aku memang takkan lupa kenangan tu. Ngeri kot. Dah la rantai tu special. Ada loket huruf J lagi tau. Sobsss :(
Lepas tu aku tak ingat dah apa barang kemas yg aku pakai. Bahaha.
Then sebelum bertunang dulu, mak ada buat seprais haa kalau tak silap lebih kurang time birthday aku. Mak belikan gelang emas. Kemain suka haaa mcm mami jarum. Tapi masa tu zaman aku pi keja naik moto. Hari2 pakai-bukak sweater. So gelang selalu tersangkut kat sweater, lalu putus. Memula pegi kedai semula utk sambungkan. Pastu putus lagi, mak ikat dengan benang. Pastu putus lagi kat tempat lain pulak, aku fed up. At last aku tak pakai dah.
Cincin tunang dan kawen. Memula pakai elok la. Pastu mengandung dan melahirkan umarfaiq, aku kurus teruk. Sampai longgar habes semua cincin. Bayangkan tengah makan nasi lemak kerang tetiba cincin terjatuh. Mujoq aku tak telan cincin tu sbb ingatkan kerang. So sebelum keadaan lebih parah baik aku stop pakai yg longgar tu.
Tinggal satu lagi cincin. Lama2 pakai, jadi allergi lah pulakkk. Habesss jari aku jadi gatal2. Makin garu makin sodap. Dari 1 jari berjangkit ke jari lain. Memang teruk. Sampai kena air pon kelupoq. Nak masak seksa. Makan apatah lagi. Memang pakai sudu ja. Nasi, mintak tolong abi yg masak sbb yg jadi kat tangan kanan. Dah mcm2 ubat try. Kejap lega, pastu jadi balik. Lama jugak la benda ni. Start jadi gatal tu aku dah stop pakai cincin.
Dan yg paling latest, tinggal rantai je masih kukuh aku pakai. Tapiii sekali lagi nasib malang menimpa. Tengah aku dok sikat rambut, aku ter-sikat sekali dengan rantai dan PUTUS. duhhh. Apelah nasib aku ntah.
Akhirnya aku takdak satu pon barang kemas. Sobbsss.
Masyarakat hari ni pulak bukan kau tak tau, kalau perempuan tak pakai barang kemas je mula la nak pandang serong. Ewah ewah! hg ingat semua pompuan suka pakai emas? Ada yg rimas dgn brg perhiasan tau. Hg ingat semua pompuan 'boleh' pakai emas? Ada yg allergi gatai2 bila pakai emas. Hg ingat semua mampu pakai emas? Ramai yg tak mampu tau. Setiap org ada alasan tersendiri.
So tak payahla nak sibuk "ish kesian dia seurat emas pon takdak kat badan dia". besa yg kepoh2 mcm ni makcik2 la. Sebok sungguh kalau org tak pakai emas. Macam emas tu wajib sangat. Siap perli2 lagi. Aku pernah je sound sedara yg 'kalut' bila aku tak pakai emas. Hambekkk dgn aku. Rimas tau tak pesen hat dok kalut ni.
Abi pon selalu je cakap "kesian sayang...b tak mampu bagi emas kat sayang..."
hek elehhh pekebendeee emas! baik belanja aku makan sedap2, belanja shopping or vacation. Sbb for now aku tak rasa perlu lagi emas tu. Tunggu la dah tua2 sikit baru rasa nak pakai kot.
Dan satu lagi kalau kau rasa nak tayang2 barang kemas kau kat aku baik tak payah. Sbb aku sikit pon tak herannn dgn emas kau tu. Ada je sedara aku hat pesen jakun pakai brg kemas mai dok kipas2 tangan depan org nak bagi org tengok. Helllowww hg ingat ni zaman komunis ka org nak heran tengok emas hg hat ciput tu? Mcm nenek2 ja perangai coihhh
Kesimmpulannya, tak payah sebok2 dgn harta org. Jaga harta sendiri sudah la. Tak ke mana pon harta duniawi ni.






7 comments:
panjang sejarah dengan emas yer..saya pun kurang minat pakai emas. kalau ada rezeki nanti nak beli jongkong emas je terus hehe
betul aju..aku pun sama. tambah lagi aku sorang je anak perempuan..orang orang duk tanya tak kan anak tunggal perempuan tak ada emas langsung kat tangan. bapak dia pun bukan nak belikan...hu.hu. memang aku bukan jenis suka pakai emas.cincin kawen dan tunang pun pakai emas putih. baru2 ni aje beli gelang yang gantung2 tu..pakai tak sampai sebulan terus buang.
ada byk brg kemas tp x pkai.kdg2 ja pkai bl blk umah mertua/knduri.tu pon pkai cincin tunang n nikah ja.hat lelain simpan sbb rimas.
rntai bila tdo rs sangkut kt leher...susah nk nafas.
gelang klau msukkn Aqil dlm buai jala tu asik tsangkut2.
kesimpulannya bek xyah pkai...bahahahaha
mmg byk sejarah ko ngan emas ...
tp tak baik tau meargut dr leher budak kecik zaman dulu2 plak tu ..klu zaman skrg aku tak heran sgt
org mmg suka buat spekulasi murahan ~ lantak kn ajaaa tak yah layan
dasyat betoi pengalaman ampa dengan emas
kami masa preggy alergi dgn emas, pakai je mcm ampa la mesti gatal. tapi rantai tak pulak alergi. tang gelang dgn cincin je. last sekali smpi skang x pakai
cincin memang tak suka, gelang asyik sangkut kat baju lubang2 uwais. menyampah je rasa tmbh klu xblh tarik tu
dasyat betoi pengalaman ampa dengan emas
kami masa preggy alergi dgn emas, pakai je mcm ampa la mesti gatal. tapi rantai tak pulak alergi. tang gelang dgn cincin je. last sekali smpi skang x pakai
cincin memang tak suka, gelang asyik sangkut kat baju lubang2 uwais. menyampah je rasa tmbh klu xblh tarik tu
Post a Comment