CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 24, 2015

MUF - TERJELUAK/MUNTAH

ASSALAMUALAIKUM...

mommies,perasan tak baby2 selalu terjeluak susu kan? kalau org kedah ada yg panggil ter-muak. alaaa lebih kurang mcm muntah susu lepas minum tu.

tapiii yg peliknya umarfaiq TAK PERNAH terjeluak. haaa boleh percaya tak? hoho. dulu aku pon pelik jugak kenapa anak aku tak pernah terjeluak. siap risau bagai sbb aku ingat baby2 wajib terjeluak hoho.

tips taknak bagi baby terjeluak, biasa je. lepas minum susu sendawakan dia. tepuk2 belakang bagi baby sendawa. kalau ikut cara yg betul memang kena tepuk kuat2 tau. tak percaya kau tengok nurse buat mcmana. gedebuk2 dia buat haaa. tapi ada teknik la. kau jangan nak gedebuk sebarangan pulak. mcm aku dulu mmg aku tepuk agak kuat (tapi tak sekuat nurse buat haha) sampai ramai yg tegur. tapi aku buat dekkk je sbb aku tau kuat tu tahap mana hoho. hasilnya, berkesan apa sbb baby mmg tak terjeluak pon.


pernah SEKALI ja dia terjeluak itu pon masa kami bawak dia pi opis kat alor setar. masa tu umur dia dalam 3-4bulan mcm tu kot. bagi dia minum susu masa dlm keta, elok sampai loqstaq terus terjeluak. saja tauuu nak sabotaj umi yg tgh vogue kan? sekali tu jela dia terjeluak, mungkin sbb pening abi pecut keta gila2 sbb takut tak sempat berbuka posa huhu.

disebabkan dia tak pernah terjeluak jugak la dia sentiasa berbau wangi. agaknya la kan. sbb ramai yg cakap umarfaiq ni wangi, bau baby2 masih 'ada' even dia dah 10bln mcm tu. bau baby tau bukan wangi bedak ke apa. ni bukan aku cakap ok ni org yg cakap. bukan aku puji anak sendiri ok. (alah kalau puji anak sendiri pon awatnya hewhew)


tapiii baru2 ni masa warded, dia ada batuk2 sikit. bukan batuk berkahak tapi mcm batuk sbb gatal kerongkong atau org kedah sebut garai rengkong. bila tidur je dia terbatuk2, sedih sgt umi tgk dia tido mcm terseksa je. satu hari tu umi bagi dia susu sebotol then umi tinggalkan dia dgn abi sbb umi nak ke toilet. tetiba dari dlm toilet umi dengar anak umi batuk dan tersedak. terus umi keluar. rupa2nya betul, anak umi MUNTAH wey! habes katil & lantai penuh dgn susu yg dimuntahkan. lepas minum susu dia batuk, batuk tu la buat dia termuntah. mujoq abi sentiasa ada temankan umi jaga anak kat spital. kalau anak sorang2 masa tu xtaula apa akan jadi. mujoq abi pantas angkat anak dan tepuk2. wuuuu
balik dari spital, batuk anak mcm tak hilang. dia masih batuk2 time tido. umi cuma standby urut2 belakang dia takut termuntah. 


suatu hari masa tido siang (dalam buai) dia batuk lagi. itu biasa. tapi bila nampak gaya mcm tak surut umi pi tepuk2 belakang dia. then umi angkat kepala dia sikit dan tepuk lagi. tak lama lepas tu zasss abes dia muntah susu. memang banyak. maklumlah sebelum tu dia minum susu 7oz. luluh hati umi tengok anak muntah mcm tu. even dia muntah susu je dan dia pon tak nampak 'payah' / sakit umi tetap sedih huuu.

dan ahad baru ni masa tido malam pulak dia batuk2 lagi. act batuk tu memang sentiasa ada dan yg peliknya jadi time tido je huuu. dalam pukul4 lebih mcm tu dia minum susu. elok habes sebotol susu tu dok batuk2. umi pulak dok mamai lagi, tepuk2 belakang dia sambil mata terpejam hekhek. lama jugak dia batuk sampai mengganggu mimpi umi baru umi terbangun dan tepuk/urut belakang dia. then umi angkat kepala dia sambil gosok belakang badan dia terusss muntah susu selambak. mujoq umi mmg dah standby halakan mulut dia ke tilam dia. batuk dia mcm tak hilang lagi. umi terus2 gosok/urut belakang dia, 3kali jugak dia muntah. memang banyak. alahaiii nak nanges umi tengok anak umi muntah gitu. walaupon dia cool je tapi umi pulak lebih2 sebaknya. then terus angkat dia pi basuh badan, kesian dia sejukkk gedik2 pukul5 pagi kena ayaq hoho. then umi peluk dia sampai dia tido semula, kesian betul anak umi ni.


mujoq kebetulan kemarin abi kena masuk opis pukul11, feng shui katanya hahaha. umi dah angkut toto umarfaiq masuk bilik air dan sembur utk buang muntah. satu umi dah masukkan dalam mesin basuh. ni untung beli mesin basuh besaq siap2, time emergency mcm ni mmg senang. selebihnya abi yg basuh. abi tonyoh guna tangan,kasi betul2 bersih kahhh. then keringkan guna mesin dan sidai. tengkiu abi. bayangkan toto umarfaiq tido ada 4 helai,umi lipat kasi tebal. yg atas sekali kena paling banyak, yg lain semua kena sipi2. haaa jenuh basuh!

umi taktau la di mana silapnya sampai muntah2 mcm ni. maktok kata cacing.umi pulak syak sbb batuk tu ja. dia geli tekak, batuk2 sampai tak terkawal then terrrmuntah sbb baru lepas minum susu. kadang umi pikir mungkin tak boleh minum susu sambil tido sbb susu tak sempat hadam sbb tu bila batuk senang muntah. tapi mcm tak logikkk je sbb selama ni baby memang minum susu sambil tido hoho. cuma selagi mampu, bila dia lepas minum susu umi akan gosok2 belakang dia. malam tu jeee umi tgh mimpi apa ntah best sangat tu yg tak gosok hahaha.

so mak2 sekalian, anak uols mcmana? selalu ke muntah mcm ni?


3 comments:

Zai Zamree said...

Aqil slalu muntah tp bkn tiap minggu.

kdg sbln 2 muntah skali camtu.slalunya time dia tdo mlm.batuk2 trus muntah.

mak pon kata cacing sbb dia suka sgt tdo tonggeng

Unknown said...

selalu anak km muntah. sebab diajar makan moi blend sampai ke besaq. bila dia rasa ketoi2 sikit dalam moi tu terus muntah. sakit hati ni Allah ja yg tau. yalah dah berjaya habiskan mangukuk besar moi tau2 sebab ubi yg kecik tu habis keluaq semua huuuuu. dah masuk setahun 6bulah dah pun. tapi bnda2 len boleh ja makan cuma mai tang part moi dia xmau ada ketoi2. sadis.

Kira Sakura said...

bagi kami ok sangat dia muntah bila batuk tu sebab secara logik kahak akan keluar sekali dan takkan jadi kahak simpan dalam dada dia.

tapi uwais susah nak muntahkan kalau batuk jenuh kami suruh dia muntah sambil tepuk belakang. dia setakat buat bunyi wekk wekk aje. geram betoi rasa haaa

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...