CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 3, 2015

PENGALAMAN MENGANDUNG~

ASSALAMUALAIKUM...

dua kali mengandung, ada persamaan dan ada jugak perbezaannya.

ALAHAN : mengandung kali pertama, alahan teruk dari awal kehamilan sampai la ke trimester ketiga. terutama dari segi selera makan. dah hujung2 kehamilan baru ada upaya nak makan dgn aman. mengandung kali kedua, trimester pertama mengalami alahan yg sangat dasyat uwaaa. sampai umi fobia. sebelum tido kadang2 rasa takut nak hadapi hari esok. memang hari2 terbaring je, apa pon tak boleh buat. sampai mcm tu skali. tapi bila masuk trimester kedua alhamdulillah. masih alah, tapi on-off. ada ketika boleh makan, segala jenis boleh makan. tapi kalau mai angin tak lalu makan, kena bertabah la huhuhu.

MUNTAH : mengandung kali pertama kerap muntah. tapi biasanya sehari sekali je. dan muntah berlanjutan sampai ke 5-6bulan mengandung. mengandung kali kedua, last muntah 1/1/2015 (15w) lepas tu terus stop dah. tapi dlm tempoh alahan tu memang muntah kaw kaw. sehari 3x pon pernah weyhhh. cuma masa trimester ketiga ada muntah sikit, tu pon sbb umi tak sihat jadi terpengaruh la jugak lalu termuntah.

~ 18w6d ~
SIMPUL BIAWAK : masa mengandung kali pertama memang kerap kena simpul biawak ni. pendek kata mcm perkara biasa dah. tapi mengandung kali keda alhamdulillah mmg takde. pernah kena sekali je yg betul2 sakit, itupon dah trimester ketiga. masa tu kat merbok, mungkin sejuk kot. tetiba sakit gilaaa terus ketuk2 abi soh bangun. abi pulak blur la taktau nak buat apa sbb tak pernah jadi lagi huhu.

GDM : masa mengandungkan umarfaiq memang laaa banyak masalah bila dah tersangkut dgn GDM ni. GDM ni pon dpt bkn sbb umi kuat makan or makan manis2, tapi sbb umi tak makan tu la. tak tau nak terangkan mcmana, tapi pendek kata bila tak makan, gula kurang, tenaga takdak, pon blh membawa kepada GDM ni. bila dah ada benda ni paham2 laaa kena ulang alik klinik/hospital selalu la. memang letih. dah la tak lalu makan. takdak tenaga. kena pi mai pi mai plk. mengandung kali ni alhamdulillah sangat takde apa2, kecuali HB rendah. itupon masih terkawal.

~ 21w5d ~
BERAT : sama, dua2 kali mengandung berat turun hampir 7kg. sebab alahan kan. tapi masa mengandung umarfaiq dulu naik sekali je berat, tu pon 1kg. mengandung kali ni bila dah hujung2 ni, berat naik pulak, setakat ni dah naik 2kg hewhewhew. adik berat ka umi yg berat ni?

BENGKAK KAKI : alhamdulillah, memang dua kali mengandung takdak bengkak2 kaki apa. mentennn

STRETCHMARK : pon sama, takdak stretchmark utk dua2 kali kehamilan. cuma yg kali ni bila dah hujung2 preknen ni mula gatal2 perut. tapi gatal2 manja je. huhu

GATAL :  kedua2 kali mengandung, umi memang akan gatal2 kaki. garu sampai jadi parut haaa, memang tak tahan. tapi masa awal kehamilan je la.

~ 36w6d ~
MENGIDAM : umi mengandung mmg bukan pesen mengidam. teringin tu biasa la, tapi kalau tak dapat pon tak de la nak nanges meraung meracau. biasa2 ja. cuma masa mengandung umarfaiq dulu dah la alahan tak lalu makan. setiap hari kena ikhtiar sendiri la nak makan apa kan. kalau teringin ke apa pon rasa mcm malas nak layan. sbb utama, tau dah bkn lalu sgt pon. saja teringin ja. sbb kedua, PJJ kan masa tu, malas nak sebut kat abi kang abi redah mai loqstaq pulak. sudahnya makan je apa yg mampu. tapiii mengandung kali ni memang mewah dgn makanan. bila time lalu makan, mmg request mcm2 kat abi. apa je yg umi request mmg abi cari. kalau makan hari2 biasa ni pon order kat abi, tak pon umi keluaq pi cari sendiri. kalau request ala2 mengidam lagii laaa abi usahakan. rasanya faktor abi ada di sisi kot tu yg mengandung kali ni boleh dikatakan masih boleh jamah mcm2 makanan hehe. tapi ada jugak kdg2 umi rasa mcm teringin, tapi bila makan tak blh go on pon. huuu sorry abi! biasala, tekak org mengandung mana boleh ramal heee~

SAKIT : bila hujung2 mengandung ni, jadi badan mcm berangin. errr i mean asyik nak kentut wakakaka! berbanding mengandung umarfaiq dulu, masa hujung2 pregnancy slalu sakit ulu hati. mungkin sbb baby dah penuh ruang pastu menendang2 ke atas sampai senak ulu hati. mengandung kali ni byk senak kat bawah. pastu sakit urat. ni mungkin kesan beranak terdahulu kot. adoi baru anak sorang dah sakit urat hewhewhew~

4 comments:

Zai Zamree said...

patut umi menten ja...alah teruk rupanya

Unknown said...

letihkan muntah. kuat ummi kuat! tak lama dah tu.

arysha_fayyadh said...

Assalam jus,
he3
akak time peknen kaaaaaaaaa
PANTANG TENGOK :P

Kira Sakura said...

tak sabo nak tunggu baby kali ni gegirl ke boboy hihihihi.

tapi tetiap kali pregnant pun memang indahhhhh aje kannn

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...