CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 8, 2015

KERANA DIA WANITA

ASSALAMUALAIKUM...

Jadi org pompuan ni, kena tanggung ‘sakit’ secara berterusan. Bermula dgn mengandung, sepanjang mengandung tu mcm2 sakit ada. Muntah, pening, sakit sana sini, penat bagai semua kena lalui. Lepas tu sakit nak beranak. Allahuakbar sapa penah lalui tau la mcmana sakit nak beranak sakit contraction semua tu. Tak tergambar rasanya. 

Dah bersalin, kena jahit2 pulak. Yang operate pon sama je sakitnya. Kena toreh perut yg berlapis2, kau rasa??? Dah bersalin, ingatkan dah lepas segala kesakitan? Tidak!

Dah bersalin sakit lepas bersalin pulak. Nak kencing berak pon pikiaq berpuluh kali sbb pedih/seriau bekas jahit. Nak basuh pon penuh hati2 sbb takut kuman tambah dgn nifas lagi. Itu belum bab sembelit. Sembelit lepas bersalin tu sakitnya mcm nak beranak sekali lagi, uwaaa! Kadang2 rahim nak mengecut tu pon rasa sakitnya. Jalan pon terkedek2 tahan sakit.

Bab menyusu, kadang anak menyusu sampai nipple melecet. Pedihnya tu sampai ketaq kepala. Tapi kena tahan demi anak. Anak pulak kuat menyusu, sampai lenguh sakit badan dok susukan anak. susukan anak sambil sengguk2 tahan ngantuk. Malam2 mmg takde la nikmat tido mimpi indah semua tu. kejap2 anak merengek, terus lompat bangun. Kalau kena bengkak susu pulak, tau2 la mcmana sakitnya.

Sakit badan sakit urat lenguh sana sini lepas bersalin tu, biasa la kan? Bertarung nyawa nak keluarkan seorang umat, ingat lepas beranak terus hilang sakit?

Dah tu kena pantang makan kena makan segala ubat kena jaga badan jaga kesihatan bagai. Semua untuk sapa? Untuk SUAMI.  See, bukan senang kan jadi pompuan? Bukan semudah mengandung, beranak, ok setel!

Sbb tu suami2 silalah hargai isteri anda. Emosi isteri dlm pantang ni jgn dibuat main. Silap haribulan boleh meroyan. Bukan senang dalam diri sendiri sakit, nak kena jaga anak pulak. Jadi suami perlu mainkan peranan. TOLONG isteri anda takat mana boleh. Isteri2 ni bukan mengada, tapi BERPANTANG ni hakikatnya mmg kena dapat rehat yg cukup, tak boleh angkat berat, tak boleh lasak, tak boleh macam2 lagi. Bukan sebab manja, tapi sebab nak jaga diri utk SUAMI jugak okayyy!

Suami  kena pandai main peranan, kena pandai ambek hati isteri. Ada masa curi2 cium isteri sedas, peluk sekali sekala, usap2 kepala sikit. Ada peluang urut2 la isteri sikit, walaupon tak pandai urut, at least terubat sakit isteri tu bila suami dekat. Sentiasa bertanya khabar, tak pon tanya isteri dah makan ke belum, ok ke tidak, sihat ke sakit kat mana2 ke, buat2 je la tanya haha.

Selalu2 lah puji isteri, berterima kasih kat isteri, atau cakap benda2 yg menyedapkan hati isteri. Bukan pi puji pompuan lain ka, cakap isteri busuk ka, apa ka, mmg cari nahas la tu! Sbb isteri dlm pantang ni, mmg la sedar diri tak terurus, tak wangi. Nak cantik utk suami pon tak sempat, selalu bau ubat je hoho.  Rambut mengerbang mcm hantu kak limah, asyik berkain batik ja, belum campur bau susu lagi.

kalau ada duit lebih bagi la bunga ke, baju ke, kad ke apa2 hadiah sbg penghargaan. memanglah jasa isteri tu tak ternilai dgn wang ringgit/hadiah tapi at least menggembirakan isteri mcm tu boleh buat dia senang.

Aku cakap ni mewakili semua pompuan. Ramai je kawan2 aku yg dok luah perasaan mcm2 bila dlm pantang ni. Biasala emosi baru lepas beranak ni, benda remeh pon blh jadi besar kalau tak kena gaya. So suami kena la pandai handle, pandai tackle bini. Jgn biar bini rasa ‘bersendirian’.

Lebih kejam adalah suami yg curi peluang utk curang bila isteri dalam pantang. Bagi aku suami mcm tu memang LELAKI JAHANAM. Ok bai! :p




4 comments:

Unknown said...

Hahaha. Ju ooo ju. Baca yang atas atas tu kami pun ikut senyum simpul bagai. Sekali sapai bawah lelaki jahanam terus gelak beso. Adoii.

Memang pun. Time pantang lah setan cucuk lebih nak hasut sbb badan kita pun koto. Terus teringat moment ruzz dlm pantang time raya. Siapa menangis sebab tak boleh makan sambal kicap bihun sup. Bongok sangat.

cik Anggur said...

YG TAK DLM PANTANG PON MUDAH TERASA HATI APATAH LAGI YG DALAM PANTANG......

Kira Sakura said...

tapi ada je perempuan yang tak mau jaga diri sendiri walau kita dah peringat. hentam itu ini. pantang jugak tapi pantang nampak. tatau la kurang ilmu atau malas cari ilmu. biarkan mereka

Unknown said...

huuu doa semoga lelaki-lelaki yang berasa di samping kita semua menghargai wanita disamping depa. aminnn

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...