CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 23, 2015

MY 12 AUGUST~

ASSALAMUALAIKUM...

12 Ogos 2015 - genaplah usia seorang umi 27tahun. erkkk tercekikkk je rasa bila sedaq dah tua T___T

seriously tahun ni memang umi takde expect apa2 hadiah/surprise dari abi mcm tahun2 sebelum ni sebab dah plan nak belanja family makan. umi yg nak belanja tapi abi yg bayar hewhewhew! see, tak malu tauuu nak jgk tu celebrate birthday sendiri. maka sebab tu la yakin yang abi tak bagi pape dah la.

selasa malam tu saja suruh abi bawak abang umar pi umah mak sebab kesian dia seharian tak keluaq rumah. umi dok umah ja dgn ubayy. umi dok umah pon mandom ja tak buat keja umah pon sebab adik tido kejap2 jaga. so umi lepak je dalam bilik dgn adik.


nak dijadikan cerita, umi kunci pintu bilik. ntah la tetiba malam ni rasa nak kunci pulak. dlm pukul 12 lebih gitu abang and abi balik. dengar la bunyi ketukan pintu dan suara abi 'ajar' anak panggil umi buka pintu. umi pon dukung la ubayy lalu buka pintu. maka terserlah la dua ketul lelaki kesayangan di muka pintu. yang kecik tengah pegang 'hamper' dgn penuh hati2 dan yang tua tengah 'ajar' yang kecik cakap "happy birthday umi"

Ya Allah! terkejut sungguh sampai umi terkaku seketika. nak pikir pon taktau nak pikir apa. riak muka umar comelll sangat, dgn senyum2 bangga dapat sua benda tu kat umi. kalau tau umi dah standby kamera tau! terus ajak lelaki2 itu pi ruang tamu sbb nak ambek gambaq. maka paksa anak berlakon mcm tadi. lebuh kurang la gaya dia, cuma kali ni galak lebih la bila umi dah tau seprais dia. 

adik tengok abang mcm tak puas hati je kannn hahaha! tq abi!!! tidoq dalam senyum laaa :-)
esoknya, rutin macam biasa. pagi sempat la buat bekal untuk abi. sebagai memperingati birthday sendiri maka request roti canai kat abi. ikut hati nakkk je ajak abi breakfast kat kedai. tapi anak 2, abaikan jela dulu haha!


lepas tu membelek 2 lelaki kesayangan tu. syukur ya Allah dapat peluang rasai semua nikmat ni. sempena birthday sendiri, umi masak nasi ayam hahaha. awal2 lagi dah sedia bahan sesiap. potong semua sesiap, perap ayam. pastu gi tido dgn anak2 kejap. then bangun tengahari baru masak.


macam biasa la bila masak mesti ada roadblock mcm2. sampai pukul 2 lebih umi tak boleh makan lagi. kak ila sampai dalam pukul 3 mcm tu. konon nak lunch sama2. tapi umi baru makan sekerat jala adik dah nanges2. at last makan bergilir dgn kak ila. petang lepas kak ila balik (tapaukan nasi ayam utk mak) kami tido kejap. tujuan supaya memastikan anak2 mendapat tido yg cukup utk malam ni hewhew.


abi balik time maghrib. even dah tau nak keluaq makan abi tetap makan nasi ayam sbb tak tahan godaan nampak sedap kannn kahkah! abi yang mandikan umar & ubayy sbb umi bila dah mandi taknak buat keja apa dah kehkeh. dlm pukul8.30 baru kami gerak. masing2 gerak tak sama, jumpa di kedai je lah. setakat ni 3biji keta diperlukam utk full of family kami.


mujoq umi dah order sesiap so sampai2 boleh terus makan. bangpit order satay 30cucuk, pastu kejap je abes. then abang tambah lagi 20cucuk. no cake, tapi kaklong bawak cheese tart dan kuih apa ntah yg bentuk aiskrim tu.


Alhamdulillah puas hati sangat tengok wajah kekenyangan insan2 tersayang. memang niat dah nak belanja mak utk birthday ni. yela pada tarikh ni mak yg bertarung nyawa nak lahirkan aku, so mak la yg selayaknya dapat reward. tapi kalau belanja mak abah takkan tak belanja kaklong skali sbb kami berkongsi birthday pada hari yg sama. dah belanja kaklong & abang takkan tak belanja bangpit pulak. kesimpulannya, belanja semua :-)

cuma yg spoil sikit sbb mak, najwa & bang ngah demam. so depa makan ala kadar je. tapi ok la, at least tercapai hajat nak makan2 semua family sebelum bangpit balik sabah. puas hati sangat birthday kali ni dapat raikan bersama seluruh ahli keluarga.


syukur dengan segala nikmat yg ada. di usia ini dikurniakan 2 cahaya mata pengiring ke syurga serta bahagia di samping suami tercinta cukup buat aku rasa sangat beruntung. moga bertambahnya usia diiringi dgn pertambahan iman dan amal.

terima kasih semua yg wish, moga Allah balas kebaikan berganda buat kalian. Aamiin :-)


last but not least terimalah seketul birthday gurlll sedang mengerjakan ketammm!


4 comments:

Unknown said...

Hepi besday ummi Jue. Wehh awat muka nmpak mcm 21. Ishh xleh jadi neh. Hehehe

Zai Zamree said...

amboi umar...bkn main lg dia renyih...galak sungguh...hihihi...

sm la mcm k.zai...x kisah pon x smbut besday gah2 jnji dpt blnja mak pon dh cukup.br rs puas ati...

hepi besday ummi :)

cik Anggur said...

hepy bufday jue !!

arysha_fayyadh said...

Assalam jus,
happy belated birthday naaaa

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...