CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 5, 2015

SET ROBOCAR POLI~

ASSALAMUALAIKUM...

weekend sebelum raya haji ritu macam biasa balik merbok. selalunya ahad kami akan balik semula ke SP. tapi minggu tu kebetulan pakngah umar MC sebulan, makngah pulak cuti sekolah, so depa stay merbok. umi pon alang2 depa ada nak lah jugak stay, bagi umar spent banyak masa dengan pakngah makngah. lagipon ahad malam tu tetibaaaa umi sakit perut cirit birit grrrr. abi habes kuliah dah lewat so malas la nak packing barang nak balik lagipon sakit perut sampai tak boleh bangun. abi pon tido dengan umar sebab nak bagi umi rest. tapi umar 3x ulang alik bawak bantal dan selimut nak tido dgn umi. sedih sebak sayu hati umi :(

isnin tu umi memang lemah satu badan sebab dok ulang alik pi membuang tapi tak makan tak minum. mujoq la ada makngah pakngah layan umar. seronok la umar boleh main dgn makngah pakngah tanpa berebut dengan uwais hewhewhew! kesiannn sangat sebab umi memang tak mampu layan dia. petang tu tetiba umar mai mintak izin nak ikut makngah pakngah. kata depa nak ke sp ada urusan, saja nak bawak umar.

maghrib umar balik, sambil dikendong oleh makngah sebab tertido. tapi elok letak je atas tilam terus lompat bangun. maunya tak bangun rupanya bawak balik buah tangan pakngah belanja.


umi ingatkan beli benda biasa2 je la, sekali tengok satu SET ROBOCAR POLI yg boleh transform tu! grrrr betoi! padanlah teruja to the max! mahai wei benda tu (bagi umi) tetiba pakngah belanja mau tak meloncat. eh kenapa umi teruja lebih? yelaaa umi yang perkenalkan benda tu kot hewhew. umi yg geram dgn benda alah tu. tetiba dapat free, suka la.


lagipon kan umi teringin sebelum ni, tapi mahal taknak la beli. beli yg biasa je tu pon dia suka serupa tu jugak. cuma dah boleh agak, bila dia transform tak jadi mula la bebai suruh umi tolong. ni yg umi malas ni huuuuu~

poyo tau benda alah ni nak berkotak bagai, siap ada manual lagi mcmana nak transform. koserrr umi nak layan! 

~ set transport ~

umar punya suka sampai kalut nak pi umah tok mah nak tunjuk kat tokmah & wan. sapa2 yg dia baru jumpa semuaaaa dia tunjuk dan bagitau pakngah dia bagi.

~ bila transform jadi robot, sedia untuk membantu ~

umi tanya makngah, umar mintak ka mainan tu? makngah cakap tak langsung, tapi pakngah memang dah lama nak beli. siap deal dgn sorang penjual nak mai hantaq kat merbok, tapi org tu selasa baru boleh hantar. pakngah dah tak sabar tu yg gamble pi cari kat sp. rezeki umar faiq, dapat jugak kat dia huuu! 

~ ROY / RESCUE ~

~ HELY / HELICOPTER ~

~ AMBER / AMBULANCE ~

~ POLI / POLICE ~
Alhamdulillah rezeki umar selalu murah. macam2 dah pakngah beli kat dia. ramai org sukaaa beli mainan kat dia. selain pakngah, paklong pon sama. paklong tu dia yang minat sesuatu mainan tapi tak boleh main, tu yg beli kat umar. minggu ni beli set keretapi, tetiba beli kereta polis besaq, tetiba beli kereta polis ada lampu pulak. itu belum kira beli baju lagi.

ingat ye umarfaiq, selain umi abi, mak/ayah saudara jugak antara insan yg wajib dihormati. mohon panjangkan silaturrahim dgn saudara mara andai umi abi dah tiada. 


2 comments:

Unknown said...

kami dan beli hely ja. tupun dah tercabut dia punya tangan hahaha

Kira Sakura said...

habis hati la tu si umar faiq hihihihi. alhamdulilah rezeki anak kan. tak disangka2 kdang2

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...