Test ajeee
CRAZY FAN! :)
Friday, March 10, 2017
Saturday, May 14, 2016
MENGAH~
Assalamualaikum...
Tak mengantuk, tapi tak larat sgt2 nak buat keja
Abi dh terlentang Lena
Mujoq ada umarfaiq setia teman umi
Even dia ngantuk tetap tunggu umi utk tido
That's why he deserves upah hikhik
Love you abg umar!
Gagah siapkan packing
Esoklah tulis address
Tak larat duduk lama2
Rasa mcm nak buat keja sambil baring kalau boleh!!!
Pkl1.15 stop buat keja
Tak mampu duduk dah
Kalau rehat malas pulak nàk sambung
Stop aje lah
Kejut abi temankan ke dapur
Tgh berjalan pening
Abi tolong hidang teh ais Dan air masak
Cicah roti Susu dgn teh Alhamdulillah sedap
Sambil makan sambil pejam mata sambil air Mata meleleh
Abi sambil duduk teman umi makan pon blh Lena, hampeh!
Umarfaiq bersila tgh2 dapur tgk drama umi abi hihi
Dah 1.30am, I need to go
Baring adalah nikmat terbesar
Tapi kekangan kerja bukan setiap masa blh baring
Moga umi terus kuat
Love,
Umi gojes
Wednesday, March 23, 2016
MY MESSY LIFE
ASSALAMUALAIKUM...
lama betoi tak update blog. Byk benda nak cerita, tp nampak gayanya berlalu sepi. Cewahhh
Kalau yg follow fb/IG umi tau la apa aktiviti umi skrg ni.
Yaaa I'm busy as PERSONAL SHOPPER! yg taktau apa ITU personal shopper, nanti ada masa umi cerita.
Honestly umi tak sangka akan busy sampai mcm ni. Niat nak buat side income shj, tup tup dah jadi permanent job pulak.
Mmg tunggang langgang la umi mana nak ambk order, sorting out item, pos bagai PLUS jaga anak sendiri. Almost everyday umi tak tido malam siapkan kerja. Ehhh terlajak cerita plk. Nantila cerita psl PS ni hewww.
Nak cerita yg umi busy. Selalu awal bln 3 dah kalut buat preparation birthday umar, ni nàk masuk April dah apa pon tak plan lg ni uwaaa. Dulu ADA masa, duit kurang. Now ADA rezeki lebih, masa pulak takdak. Sungguh duit tak blh beli semua benda, hewww
Hajat nak bercuti dari thn lps bertunda sbb mcm2 hal jadi. So nekad awal tahun ni MESTI pergi Cameron!!! Tapi mcm besa hampeh jgk, sbb takde masa. OK lah dah ADA bajet lbh, takyah pi Cameron kita pi langkawi. Takyah rancang takyah booking bagai, kita pi ja bila2 pon àda masa. Ponnn sampai skrg tak dapat pi lagi. Sekali lagi, duit tak dapat beli semua benda. Uwaaa.
Abi cakap OK la tu, dah 2 Kali pegi KL unplanned, ganti balik Cameron n langkawi. Coihhh tak àci la!
I'm still looking forward for our holiday dear abi! Jangan sampai umi up ke Sabah or krabi pulak yewww~
Kesihatan, mmg tak menentu. I mean umi cepat penat. Ku sangkakan faktor usia. Abi cakap umi melanggar fitrah mañusia, tu yg asyik penat. Mana ADA org tak tido hari2. Mau nya tak letih lesu bagai.
Kesian jgk anak2. Umi sibuk, abi oT. Mujoq ADA maktok tokwan dok dekat boleh melayan merap.
But still, kami ADA Cara utk curi masa bersamà. Makan2, pusing2 taman, shopping (yg ni paling BEST), lepak Kat umah sambil umi buat keja, abi buat keja umah hihi.
Umi harap umi tak melampau dlm bekerja. I mean tak melebih kerja sampai lupa mana yg lbh penting.
Doakan urusan umi dipermudahkan :)
Wednesday, February 3, 2016
MEREMPIT DAN KOMUTER~
Monday, January 11, 2016
TAHUN BARU~
Monday, January 4, 2016
HUJUNG TAHUN~
![]() |
| ~ budak gila stereng ~ |
Monday, October 19, 2015
SABTU WITH LOVE AGAIN~
HOTMAS WITH PARENTS~
Wednesday, October 7, 2015
PERSONAL SHOPPER BELLA AMMARA SUNGAI PETANI
CERITA RAYA HAJI (PART 2)
Monday, October 5, 2015
KISAH RAYA HAJI~
sebelum cerita ni jadi perkasam baiklah cerita cepat2 untuk simpanan masa hadapan.
raya haji biasa2 jer, takde la nak beria bagai. umarfaiq je ada baju baru, sebab masa raya aidilfitri ritu ramai bagi baju kat dia tapi tak sempat pakai. adik, last minit try baju melayu abang, muat. sarung aje lah. ada la baju tido je baru tu pon yg org hadiah. huhuhuhu. umi abi, biase2 jerrr. tapi umi sempat la jugak grab tudung raya kehhhhhhkehhhh!!!!
kami balik merbok dari hari sabtu sampai selasa. pagi selasa tu pakngah makngah umarfaiq yg tolong hantaq kami balik sp. patutnya boleh je stay terus kat merbok sampai raya. tapiii umi serabut teringat rumah yg tinggal gitu je tanpa kemas langsung. so kena balik jugak. petang selasa tu, pegi tesco dgn najwa (habuan tlg dukung ubayy hewhew) untuk beli tudung raya. tau lah umi kan kalau nak something memang dan dan tu jugak nak nak! tinggal umar dgn maktok sbb dia tido. so cepat la sikit keja umi huuu.
malam tu abi balik lewat. umi pulak banyak baju nak kena basuh. maka ajak najwa dan kawan dia temankan umi balik umah haha! upah depa dgn free wifi, laju la mau kan. abah yg hantaq kami balik tapi umar takmau ikut. dia ikut tokwan balik sana pulak. so abi balik nanti kena ambek dia pulak. umi basuh baju 4 round malam tu saja fuhhh! penuh rumah dgn baju yg disidai haha!
pukul 2 pagi pakat makan fries/daging burger/pizza teloq ramai2. anak2 pulak malam tu pukul 3.30 pagi baru tidoq. grrr memang tak jalan la keja umi kan! baru je nak seronok mengemas sikit tetiba umar mai cari umi dah. kena peluk dia bagi lena pulak. elok nak mengemas sikit adik pulak merengek. memang banyak la roadblock kalau nak buat keja. akhirnya keja umi jalan la separuh :(

berjaga sampai subuh, solat bagai kejut abi keja semua siap. lepas subuh najwa dan farzana dah balik. umi pesan nasi lemak je kat abi habuan kami makan tengahari ni. memang malas masak dah huhu. tapi umi dah bedal pagi2 lagi. tengahari mula la lapaq. nak keluaq, malasss nak usung anak2. goreng megi jela huuu. petang, tokwan mai ambek umar. tinggal umi dengan adik. malam tu umi makan cincai2 ja. rebus jagung yg kaknora bagi, buat mcm beli kat kedai. sedapppp!
dekat pukul12 baru abi balik, OT. nak cuti lama kan, kena la siapkan keja. umi memang macam mandom ja sepanjang dok tunggu abi balik huuu. bila abi balik siap2 terus ke umah mak.kesian umar umi tinggai dia lama. umi rindu tau!
dah sampai umah mak sangkut pulak kat situ sebab tibai ketupat dan rendang. sempat berkelah ketupat rendang tu kat umah kak ila. saja layan makbuyong yg balik beraya. pastu tibai nasi pulak kat umah mak dgn abi. adoiii diet apakah ini!
pukul 1.30 kot baru gerak balik merbok. syahdu pulak balik merbok waktu2 macam tu. saja merapu dgn abi, "kita ni serupa balik raya johor pulak masa ni baru nak sampai kampung hewhew"
tapi feel la mcm raya sikit bila balik time macam tu hehe. sampai merbok mak ayah je dah tido. paksu, maklong dan kak dina tak tido lagi sbb tunggu umar dan ubayy. umar macam besa awal2 ja malu2, lepas tuuuuuuu sakan! siap tido dgn maklong lagi!!! amboi sangat tau!
***hmmm nantila sambung hewhewhew dah pukul 5 pg









































