RAYA PERTAMA
sambung cerita pagi raya. mak metua goreng koteow, makanan lain ada yg pakat2 bawa balik. abi bawak umar pi tengok org sembelih lembu. kemain dia balik cerita lembu mati *sambil teleng kepala lidah terjelir*
di surau mcm biasala ada aktiviti melapah bagai. tak ketinggalan masak dan jamuan di surau. geng laki umah tu semua terlibat huhu. kami kat umah takde buat apa pon selain sediakan air dan standby kat dapoq. anak menantu makngah bawak mcm2 makanan termasuk nasi minyak. suka laaa umi!
mcm biasa umah metua adalah tempat berkumpul. umar suka la main dgn kawan2. abi petang baru balik. abi memang mcm tu, terlajak rajin. malam kami beraya umah helmi kawan abi. sebab ada nasi dagang sbb tu umi nak pi harharhar.
memang tetiap tahun wajib mai pon. mak dia pon dah kenal umi tapi taktau nama umi kahkah! sedap hoi nasi dagang. dah tu umi tibai mi kuah pulak. rilekkk je depan mak dia. memula kakak dia ngasuh ubayy pastu mak dia pulak sambung. maklumlah adik sado, mana org larat dukung lama2 huuu. abg umar pulak main dgn anak2 menakan helmi, siap dapat eskrem lagi. suka sungguh dia.
balik umah, tolong kupas2 bawang untuk kenduri esoknya. pakngah belanja akikah ubayy. umar dulu maktok belanja. alhamdulillah murah rezeki anak2 umi :)
malam tu abi tido di luar, umi tido dgn anak2. memang sekarang kalau balik merbok kena tido berasingan sbb tak muat katil haha. tapi pukul3.30 pagi umi terasa nak pegi toilet. saja cuba nasib mesej abi. TIBA2 abi reply! terkejut ok! sebab patutnya abi dah ke bulan la sbb siang tadi penat 'bekerja'. abi pulak pesen letak kepala ja terus ke ke bulan matahari bagai.
tapi kalau tak tido lagi tu tau dah la sebab apa, COUNTER STRIKE leeerrr! maka kami pon beriringan ke toilet. umi ni penakut. huuu. then abi pon tido sekali la dlm bilik, tapi kat bawah katil beralaskan toto la hewww~
RAYA KEDUA
Pagi tu tolong kupas ubi. yg lain semua pakat tolong mna yg patut. kiranya time org laki pi solat jumaat tetamu pompuan dah boleh makan la. menu daging masak kurma, g.ulai daging, ayaq asam dan nasi minyak. sedappppp!
umar sakan main dgn cucu mak ndak som. aweks la katakan, galak lew dia. ubayy, tido jeee padahal dia la pengantin huhu. mak abah pon mai tapi dah lewat petang. sbb hari tu banyak kenduri. kawan2 abi pon mai, tapi kawan sekampung jela. kami memang tak jemput sapa2 pon sbb bukan kami yg handle. segan huuu.
malam tu umi rasa nak tak boleh go dgn daging. umi cadang nak masak megi je. rupa2nya hazuan pon nak megi jugak. maka semua la ber-megi malam tu.pastu pakat layan movie acah2 seram ramai2. suka sangat, dah lama tak berkumpul mcm tu.
esoknya pagi2 lagi semua dah kalut bersiap. kak ana nak balik kajang, mak ayah nak ikut kakcik balik johor. kami pon bersiap nak ke kenduri. uwais dah pindah johor. kesian umar tahan sebak masa lambai uwais. memang kesian sangattt muka dia :(
sebelum zohor abi pi kenduri kat kampung dulu. lepas zohor kami ke kenduri kat sp, umah makcik zurina. then balik umah solat pastu abi dan umar sempat mandi lagi sbb panas. ubayy pon tukaq uniform. umi pon sempat take 5. fuhhh panas!
pukul 4 lebih baru gerak ke kulim. kenduri la sangat kan huuu. dah la gamble ja cari jalan ikut kad kenduri, mujoq jumpa. mujoq jugak masih ada lauk nasi dan lauk buat kami. tapi umi mcm dah kenot go dgn nasi minyak daging ayam bagai ni. pening huuu. lepas kenduri singgah solat asar di masjid taman selasih. pastu terus ke umah pakngah umar. sebagai habuan nak gembirakan umar yg sedih uwais dah pindah. umah pakngah dekat dgn umah lama uwais. kami terangkan yg uwais dah pindah, umah dah kosong.
malam tu makan koteow goreng ja sbb umi awal2 dah gitau takmau nasi. ubayy pulak buat perangai, mungkin sebab tak biasa dgn rumah baru. berkurung jela umi dlm bilik dgn ubayy. umar main kat luaq sampai terlena. sediih tau kalau anak tido tanpa umi. lepas angkat anak2 masuk bilik umi mula la selongkaq dapoq, lapaq kannn! tgh dok mengunyah kat dapoq tetiba umar lari mai. heee suka la umi blh tidokan umar:)
esoknya lepas zohor baru balik sp. sampai umah mak, abang dan kaklong dh sampai dari pahang. kakak dan bang ngah pon ada. suka laaa umar! pastu adik kaklong sekeluarga pulak datang. sakan la main dgn anak2 sedara kak long tu. mak buat mi kuah, sedap!!!
































