CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 29, 2013

MELANCONG KE PULAU PINANG~

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti deepavali, kitorang merancang nak pegi penang. Kekonon nak pegi moms care. Umi dpt baucer hari jadi, nak pegi tebus la. Umi dh suruh abi je yg tlg tebus, tp abi beriya nak bawak umi pegi penang jgk. Ok laaa mari kita jalan2. Setelah dibelek jadual, minggu ni je free utk kami bertiga. So mmg dh eksaited nak p. tetiba baru abi ingt, “eh minggu ni deeapavali la, jem. Kita pegi lain kali la”. Umi pon terpikir benda yg sama sbb thn lps masa deepavali pn umi pegi penang dgn myteam, gilaaa jem! Tp dah sbb umi dah eksaited, umi x kira umi nk pegi jugak! Abi mcm “alaa nak pegi jgk ke…” haha. Tp abi pesan siap dh kalo jem nanti jgn nak bebai2 kehkehkeh.


Hr jumaat tu lps abi blk keja baru kami pi umah abg kt penaga. Pkl7 lbh jgk baru bertolak. Sampai sana makan nasi kt sana. Mlm tu kebetulan final super spontan yg buat kt sp tu, sakan laaa kami dok gelak. Anak pon kemain la pak long mak long melayan dia. Suka la dia main kat tempat baru.



 Mlm tu umi tido lewat, mcm besa la xblh tido. Suka jee tenung anak dan abi tido. Sambil tgk tv sambil tampaq nyamuk utk kesayangan2 umi. Pkl4 ++ baru umi tido. Pg tu anak bgn dulu dr umi. Siap babai paklong dia pi keja, umi dok terbungkang lg. kemain diaaa blh plk pi ronda lg kan.


Umi pon konon nak keluaq awal pg ke penang, last2 pkl12 lbh baru keluaq. Yelaaa dok ralit lyn tv dulu. Anak pon siap tertido semula, bgn awal kan td. Elok kami nak keluaq elok anak pon bangun. Alhamdulillah perjalanan nak ke penang melalui jambatan idok leee jem pon. Sampai queensbay mall tu terus ke moms care. Belek punya belek x rasa nak beli apa pon lg. so abi soh survey dulu, nti dtg beli lg. yeayyyy!



 Umi Cuma beli food container yg super comellls je. Pastu pegi daiso. Umi ni dah kemaruk sgt nk pegi daiso kahkah kesian! Xde beli apa sgt pon, just survey brg2 umah. Byk sgt brg umah yg comel2, tp x beli lg sbb nak masuk umah nti baru beli.


Then abi pi surau, umi tunggu kt luaq. Anak lena. Hai laaa anak. Pastu xtau nak pi mana dah. Alaaa qbay tu apa je yg adaaa. Utk shoping blh la. So berhenti camwhore jap sambil bincang nak mkn apa LOL. Umi rasa better makan kat kapitan. Setakat kedai dlm qbay tu kat mall2 sp pon ade. Kata mai penang kannn mesti la pekena nasik kandaq baq hang!



 Sebelum mai lg umi dah survey nasi kandaq line clear or beratur. Tp memandangkan umi dah lapaq sgt, dan nak mudah, better pi kapitan je. Pkl3 dah oi mestila lapaq. Sebelum keluaq dr qbay tu sempat beratoq panjang semata2 nak dapatkan belon dr clown. Bila ada yg mai sembang kami ckp ni haa anak x pdn dgn kecik nak belon. Padahal kami yg eksaited kahkah!


Mcm besa, claypot briyani chicken laaa pilihan kami. Hai dah mcm xde menu lain kan hahaha! Kemain dedua lapaq, tinggal anak dlm stroller sambil kami dedua makan xnak gili2 dah. Tp anak pon dengki kan xnak bg kerjasama, kejap je dok dlm stroller pastu nanges. So abi jaga anak umi terus makan dgn lahapnya. Tiba giliran abi makan, dia siap tambah2 lg. coihhh!


Pastu, ingatkan nak blk terus. Odw balik tu abi ckp dia nak tunjuk satu tempat best, dah lama dia teringin nak bawak umi. Umi pon xtau apa nama tempat ni tp layan jgk la, best! Duduk sembang tepi pantai tu mmg layan habes. Dpn tu mcm ada mall baru nak bukak. Tgk banner tulis maritim plaza. Xpe nanti dh launched kite dtg lg tgk tempat ni utk org kaya mcm paragon mall x haha.



Sebelum meneruskan perjalanan abi bawak pusing2 tgk design2 umah kat situ sambil sembang2. Kami laki bini mmg mcm ni, suka bersembang mcm2. Perjalanan diteruskan ke padang kota lama. Masa ni agak jem sikit mungkin sbb dh ptg kan.



Kat pdg kota alhamdulillah rezeki kami senang dpt parking even org ramai. Yg best xdak mangkok ayon yg mai dok mintak duit parking, sbb ada penguatkuasa dok jaga. Sementara abi pi surau umi suapkan anak makan kt tepi2 pantai tu. Layaaan! Abi beli milo ais pon lama gila, org ramai katanya. Yg lawaknya abi ckp kedai yg mr. arrogant berlakon tu penuhhhh manusia! Hahaha spesis terpengaruh dgn tv heeee. Umi pon mujoq org ramai ja, kalo tidak ntah serbu jgk kahkah!



 X blh nak lama2 kt pdg kota tu sbb nak blk awal takut jem dkt feri. Kami duduk santai2 je sambil tgk gelagat manusia. Padahal org ramai yg tgk gelagat anak kami. Dah la pakai baju rimau pastu dok buat happy terlebih dok jerit2. Org semua pakat tgk dia. Masa kami tolak dia dlm stroller pon org tgk dok senyum2, sampai abi malu. Coihhh


Masa naik feri kemainnn anak feeling2. Mcm besa la sebenarnya umi abi yg over eksaited. Anak rilek jeee menghayati keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah. Masa kt feri pon org dok tegur2 baby tigger ni, pandai dia buat muka bg org geram kt dia. jenuh umi abi bwk ‘lari’ takut org mintak nak dukung dia haha!


Alhamdulillah perjalanan kami hari tu dipermudahkan. masa berharga bersama kesayangan tak ternilai harganya. semoga Allah terus memelihara ikatan ini. semoga kita semua kekal berbahagia.



umi, mmg jenis x kesah dibawak berjalan ke mana pon. even sekadar lepak2 makan cendol, asalkan bersama kesayangan dah cukup bahagia buat umi. melihat senyuman anak gelak tawa anak, hilang segala masalah dunia.



dan entah kenapa umi suka penang. mungkin sebab dekat, dan byk tempat blh explore. yg penting ada pantai. blh hirup2 angin pantai. haaa gituuu. ni pon kami sekadar jalan saja2 je, blm explore penang betol2 lg. apa pon tq abi. even penat, sanggup korbankan hari cuti utk bawa anak jalan2.


2 comments:

cik Anggur said...

bru ja balik dr brcuti d penang

Kira Sakura said...

kan kekadang bila anak buat muka comey bg org geram mmg rasa nak bawak jauh dari org. takut org nak ambik.

kami takut sebenarnya kalau org x kenal mai nak dukung ank huuu

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...