CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MENU HAMIL 2. Show all posts
Showing posts with label MENU HAMIL 2. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

BILA MAK MELAYAN ANAK YANG MENGANDUNG~

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin, isnin memang dah janji nak belanja mak lunch kat kedai kak maria. pukul 12.30 kami dah keluaq. konon nak makan ayam/ikan je, saja je nak dating dgn mak. sekali pi, rezeki mak buyong ni haaa ada mcm2 pulak pilihan ikannn. 

nampak ikan besarrr, tapi taktau ikan apa. kata kak maria, ikan merah. terusss ja ambek tanpa tanya harga weh. mak ambek ikan temenung ja. sakan sangat selera anak yg mengandung ni kan.




tengah dok makan mak bagitau, selalu ikan besaq mcm ni mau cecah rm20-30. yela ikan tu sama standard mcm kami dok makan ikan bakaq kat tanjung dawai tu haa. erkkkk dan dan rasa nak tercekik!!! ya ka??? selalu set ika temenung rm5, set ayam rm6, so umi bajet set ikan merah umi ni agak2 dalam rm10 je kot. wahhh pepandai je kannn! 

bawak rm30 jeee, ada hati makan besaq mcm org kaya tak tanya harga kan? selalu mcm tu tau perangai! mak kata takpe makan je, dah teringin kan. nanti mak bayaq. hahaha!

kedai kak maria ni juai nasi set. dalam set tu ada nasi putih + kuah kari + ulam + sambal belacan + lauk + air. lauk ikut kita la nak pilih lauk apa, harga berbeza. air ikut depa bagi kot. tapi kami memang dah kenal dgn kak maria & suami ni, depa pon kenal sagt dah dgn umarfaiq ni haa. siap bagi air extra utk umarfaiq. memandangkan khamis lepas umi pi makan berselera kemain, tu yg kemarin ajak mak pi pulak. 


memang sedappp weh! kuah gulai cukup rasa, perfect, sambal belacan cukup rasa. ikan pulak dia goreng panas2 tau. kita nak makan baru dia goreng. mcm ikan yg umi ambek ni memang besaqqq, rangup sangat. ya Allah nikmat sungguh dapat makan berselera mcm tu!

mak memula mcm tak percaya je kan umi ambek ikan besaq tu. yelaaa nak makan sorang je. tapiii bila umi dapat habeskan ikan tu haaa terbeliak bijik mata mak. anak pulak kemain mulut pot pet pot pet pastu dok sebut "umi makan...abesss" ewahewah mcm salah umi pulak habeskan ikan tu. anak pon terkejut memula tengok ada ikan besaq pastu tetiba yillekkk kahkahkah

mujoq la masa umi nak pi bayaq, total cuma rm24 sahaja, fuhhh! lega hahaha! alhamdulillah memang puas hati la makan mcm tu dgn harga begitu kan. kami makan dari org penuh kedai sampai kak maria dah nak tutup kedai haaa punya sedap dok meratah ikan hahaha!

lepas dah kenyang singgah kedai print, ambek barang umi. pastu singgah kedai frame, tempah frame customer. then ke sekolah najwa pulak utk pick up dia. pastu bawak mak shopping kat long wan pulak, layankan aje. lepas tu umi bawak mak ke kedai DIY dlm tesco pulak sbb nak bagi mak kelabu mata tengok barang kat situ. seperti yg dijangka memang mak teruja pon haaa! 


penat sungguh lepas makan kenyang2 pastu jalan merata. anak teruna tu pon penat haa tawaf merata. maksu dia belanja eskrem pulakkk. eskrem tinggi mcm gunung jerai, dia pulak tau jilat jeee, bila nak habesss oi! at last yg menitik meleleh lagi banyak dari masuk mulut huhu. 

malam tu mcm biasa abi balik merbok utk ke kelas tajwid, kami stay kat umah mak la sampai abi balik. order set roti bakaq je kat abi, itupon dekat pukul12 baru abi balik. makan tengahari tu kenyang sampai malam itu yg malam makan roti ja huhuuuuu~


selalu umi mcm ni la. tak bekerja ni hikmah dia bukan saja boleh jaga anak luang masa dgn anak, tapi boleh luang lebih masa dgn family, especially mak. kadang mak nak ke mana2 umi layan je. kadang umi nak ke mana2 mintak mak pulak teman. bahagia tu Allah je tahu mcmana. selagi hayat depa ada ni la nak luang masa dgn depa pon. depa bukan mintak harta kita. tapi masa kita tu yg penting. 

mak metua pulak tak mcm mak. mak metua bukan jenis boleh keluaq rumah sesuka hati. kalaulah mak metua mcm mak, haihhh memang umi angkut dua2 pi shopping ka pi kopi2 ka huuu. apa pon umi sayang dua2 MAK ni :)


Thursday, April 2, 2015

COCONUT SHAKE DI SUNGAI PETANI

ASSALAMUALAIKUM...

just a quick update. nak update hal2 serius, anak dah bangun tido pulak. hmmm... so kita update pasal makan jela. cepat dan pantasss~

macam biasa cerita basi. entah bila pegi pon dah lupa. sesejak mengandung ni kan biasa la mengada. pantang nampak org post gambaq makanan ja terusss rasa nak terjah. so satu hari ada org post dlm group pasal COCONUT SHAKE. auchhh terus terbayang coconut shake klebang. jauhnyeeee nak merasa. dulu abg duduk johor selalu la pegi melaka. tapi masa tu coconut shake tak viral lagi. mungkin sbb masa tu pakai friendster -.-


tengok gambaq dlm group tu agak tempting. katanya harga rm7, tapi utk promosi selama 2 hari sahaja harga rm5. zasss esoknya terus ajak kak ila pegi terjah. nak jugakkk harga promosi.

gerai tepi jalan je. org sungai petani mesti tau punya. kedai ayaq nyoq depan ikm, taman peruda. memang lejen situ. order satu ja coconut shake utk dikongsi. utk anak, order ayaq nyoq biasa. 

~ makngah rajin tolong korekkan isi nyoq ~

masa duduk tu hidung ni terbau2 laksa. tengok sekeliling mcm takde jual laksa pon. dekat menu tu tulis BIHUN SUP. bayangkan 3x umi buat2 tinjau2 kedai, nak pastikan dari mana datangnya bau laksa tu. tapi tak jumpa ponnnn signboard 'LAKSA'. 

Dah 3x bangun-duduk akhirnya umi nekad nak bertanya. tak puas hati kena tanya jugakkk. tanya pakcik tu ada jual laksa ke tak. dia terus tanya nak berapa. ohhh ada rupanyaaaa. terus order. umi bukanlah penggemar laksa sangat. takde niat pon nak mai makan laksa. tapi bila hidung dah bau tu mana tahan oi! 

~ sebokkk nak lap hidung makngah takut berlemoih ~

laksa dia pulak sedappp! tak makan dgn cabai pon dah pedasss! rare sangat tau! paling penting, served dalam pinggan. apa yg peliknya kan? memang tak pelik, tapi umi suka laksa yg di-served dlm pinggan. tak suka yg served dlm mangkuk. gituuu perangai pelik2~ hewww

ayaq nyoq pulak, mak aiiiiii penuh sebiji nyoq weh! mujoq order satu ja. itupon jenuh nak habeskan. ada eskrem, jagung, dan bahan2 tambahan lain. banyak, tak kedekut bahan. jenuhhh nak perabeh la. isi nyok pon banyak dalam tu. rasa, umi biasa2 ja. maksudnya umi taktau la yg klebang tu rasa mcmana. yg ni, pada umi ok la, rasa ayaq nyoq yg dicampur bahan2 la hehehe.

~ dia pon sakan menyedutttt ~

yg pasti kembung perut. yela dah menelan laksa pastu nak menelan ayaq nyoq pulak. ambek masa utk habeskan. anak pon ambek bahagian utk tolong habeskan coconut shake umi sbb dia dah tumpahkan ayaq nyoq dia. grrr~


Thursday, January 15, 2015

MISI MENCARI AYAM!

ASSALAMUALAIKUM...

kemarin dah bangun awal, anak pon bangun awal. tapi umi malas nak bangun. lepas main2 dgn dia umi ajak dia tido balik wahahaha. anak yg tak ngantuk tu pon akur je, paksa diri dia tido. tapi umi lelap dulu hahaha

pukul12 kami bangun, main2 golek2 mcm biasa. tetiba rasa malas pulak nak masak. call mak, mak pon tak masak. nak ajak mak makan kat luaq, dah lewat. masa ni ikan bakaq byk yg dah sold out. terus decide nak mencari nasi ayam ketagih. (nanti aku review pasal nasi ayam ketagih ni okayyy kalau rajin leee hahaha)

terus mandikan anak, bagi kudap2 sikit sementara nak alih perhatian dia supaya tak kacau umi mandi. dah siap terus pi umah mak, tinggal anak kat mak sebab nasi ayam tu kat sungai layar, JAUH ok! bagi anak makan roti dulu sementara tunggu umi bawak balik nasi ayam ye.

sampai sana, mak aiii ramainya org! lama jugak menunggu. masa tunggu tu nampak ada menu moi jugak, tertarik lalu ter-order moi sup daging kicap utk umi hewhewhew. menarik kan nama menu tu?

elok nak balik pulak mak call soh pi ambek najwa kat sekolah. dah satu hal pulak. dah la panas lit lit, umi langsung tak jamah apa2 lagi. balik umah terkulai layu kejap. sanggup pi jauh2 tgh panas gitu semata2 nak cari apa yg dihajati wuuuuu adik oh adik!



alhamdulillah moi sedap, tapi mcm besa la umi makan separuh ja. nikmat sangat dapat makan, nak2 pulak dapat pau ayam anak, bukan dia makan habis pon hahaha

malam tadi pulak (semalam) ikut abi pegi kuliah Tuan Guru Haji Salleh kat masjid laguna merbok. lepas maghrib kami pi, solat kat umah sesiap. merempit je uolsss sebab nak cepat. senak perut umi. sakit bontot naik moto lelama. auchhh sangat!

balik, macam besa la mesti isi perut umi dulu. abi tanya nak balik ikut highway ke? (sebab highway dah dekat dgn masjid tu)

tersipu2 malu cakap taknak sebab nak makan grilled chicken kat HOTMAS. maka merempitlah kami ke sana. sambil tu sempat jugak jeling2 spring's leaf masa lalu kat jalan besaq tu. baru je nak berlagak tak payah berebut parking sbb kami naik moto. sekali tengok hotmas tak bukak. nangesssssss

abi tanya nak ke mana? nak cari chicken grilled jugak!

abi kata jom la ke spring's leaf

eh eh abi ni biaq betik. memang dlm hati dok nampak yg tu pon. tapi mahal la. tak yah laaa (padahal dalam hati melompat)

abi cakap takpeee. kan ke memang abi dah janji nak belanja umi makan kat spring's leaf. eh ye ke? bukan nanti2 ke? huhuhuhu

dalam kemalu2an maka merempitlah kami PATAH BALIK ke spring's leaf. eksaited haaa nak terjun moto. nak order honey lemon chicken.

sekali tengok kat pintu ada notis "new operation hour : 10am - 10pm"

nangesssssss! nmasa tu baru menjengah pukul 10. uaaaaaaaa

dulu tutup pukul12 ke 11 ntah. kenapa kau berubah??????

terus nanges atas moto. tengah berkobar2 nak makan kot, tetiba jadi gitu. sentap nurani umi.

abi cakap restoran mesra jaya buka, nak tak? 

taknak laaaaaa hari tu kan dah makan.

ewah sayang ni mcm rosmah pulak. dah makan kedai tu tak boleh repeat dah, kena pi kedai lain

ewahhh kau b, mcm lah penah makan dgn rosmah!

abi bagi last choice, big mouth.

eh eh eh b ni kenapa memahami sangat? memang semalam dok terbayang2 big mouth, tapi sakit kepala so malas keluaq umah. tetiba abi sebut, kuch2 hota hai sgt tau! 

terus setuju. lalu PATAH BALIK masuk highway, sbb big mouth dekat tmn sejati, dekat exit sp.

merempit kemain sbb big mouth ni last receive order pukul10.45 je. kami sampai dalam pukul10.10 gitu kot. fuhhh. umi cakap ni kalau grilled chicken takde jugak umi nak makan roti gardenia je, mogok. tapi esok abi kena belanja spring's leaf lah


dan setelah order, mujoq la ada jeee chicken grilled tu. alhamdulillah

dapatlah umi makan dengan bergaya. puassssss! sampai mak call tanya bila nak balik? tak larat jaga cucu dah letewww wahahaha

balik umah dgn kelegaan. tapi senak perut dan sakit bontot, penangan merempit lelama. kesian adik, cari makan punya pasal huuu. 

tengkiuuuuu abi. tapi abi hutang umi spring's leaf lagi tau!!! :)


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...