CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 20, 2015

MUF : KRONOLOGI PEMBEDAHAN ( PART 2 )

ASSALAMUALAIKUM...

selepas buat keputusan utk tidak ke hospital lagi, kami menjalani kehidupan seperti biasa. yes, bengkak tu makin besar, tapi masih terkawal.

3/5/2015 ( ahad ) - bangun pagi ni tetiba aku nampak bengkak di dada umarfaiq dah mula timbul 'mata' utk air bisa keluaq. ok ini serius. terus wasap fana. dia cakap pegi spital asap. tapiii kami tak terus pegi. sebab hari tu sangat bizi. kami setelkan dulu segala urusan, dan decide utk pegi malam selepas kenduri. sementara tu, umarfaiq dah mula nak garu2 kat tempat bengkak tu. maklumlah bila keluaq air bisa tu mestila dah mula gatal kan. jenuh jugak nak tahan dia dari garu huhu. dia pon bukanlah boleh garu kuat pon sbb sakit kan, tapi tangan tu la takut kuman kang masalah pulak huhu.


sementara tunggu abi balik kuliah, sembang2 dgn mak metua & biras. sambil2 tengok umarfaiq bermain. tengok dia punya happy tu, rasa bersalah sangat. dia tak tau kejap lagi nak hantaq dia pi spital. tengok dia punya happy, rasa pilu sesangat bila mengenangkan yg dia tak tau pape. dia taktau dia bakal dapat sakit. sungguh umi sebak. mujur mak metua dan biras yg bagi semangat. demi kebaikan umarfaiq. maafkan umi, sayang :(


10.30 pm - gerak dari merbok. mashaAllah, hujan lebat yg amat. memang tak nampak jalan. tawakkal ja kami. alhamdulillah dlm pukul11 gitu sampai spital. sampai2, terus rasa nak pitam tengok ramai sungguh umat manusia. sangat ramai dari yg aku penah tengok sebelum ni. redha jelaaa


sementara tunggu turn tu abi la yg melayan umarfaiq. main mainan, main lukih2. tapi lama2 bila dia bosan, mula la dia tunjuk taring. berlari sana sini dlm spital tu sambil mulut bising pot pet pot pet. bila ambulance mai dia lari keluaq tengok ambulance. dia langsung tak duduk. memang setiap masa berlari. can you imagine??? sampai abi kena berdiri dekat entrance utk perhati dia. semua org dok tengok dia pelik. dada bengkak kemain tapi berlari sana sini even dah pagi. ramai yg tanya dia sakit apa, tak percaya letewww haha!

4/4/2015 ( isnin ) - lebih kurang pukul 2 pagi baru sampai turn kami, fuhhh! doktor tengok pon dah bagitau memang kena masuk ward. yes, kami memang dah ready pon. masa doktor pegang nanah umarfaiq tu, abi nampak airmata dia bergenang sbb tahan sakit. anak umi memang mcm tu. kalau sakit dia tahan je. takde nak meraung meracau.  im proud of you my mujahid! btw sebenarnya masa dok tunggu turn ni umi dah perasan bengkak umarfaiq tu dah mula naik 'mata' nanah.

~ keadaan bengkak masa sampai hospital ~
masa odw masuk ward, umarfaiq masih ceria mcm biasa. pot pet tak kenal letih even dah pukul 2 lebih masa tu. bila dapat katil je terus melompat. wahhh kau ingat kita check in hotel ke? masa doktor mai 'interview' pon kemain sebok dia menjawab apa doktor tanya.

setel urusan warded, umi suruh abi turun ambek barang cecepat. sebab umi tau umarfaiq bila 'terkurung' mcm ni mulalah nak mengantuk. sementara abi turun tu umi main dgn dia, alih perhatian. tapi tu pon dia dah mula merengek. mujoq abi pantas.

3.30 am - selesai tukaq pampers, bancuh susu semua, umi perasan nanah umarfaiq mula pecah. so sebelum dia tido better la bawak jumpa doktor. doktor lap dan 'tutup' dada dia supaya tak meleleh. masa doktor dok 'proses' dia kepala dia keras je mcm robocop sbb tahan sakit / seriau. umi nampak dia mcm tak puas hati kat doktor, siap jeling dan jegil kat doktor lagi haaaa!

umi ingat abi nak balik, esok mai pulak. rupanya abi tetap nak teman kami sampai pagi. memanglah umi konon2 kesian kat abi, tapi sebenarnya umi legaaa bila abi ada. bukan umarfaiq ja perlukan umi utk teman, umi perlukan abi hekhekhek.

umi dakap umarfaiq, tapi dia dah mula meracau. aduhhh. dia mengamuk suruh bukak kapas kat dada dia tu. dia meracau tapi mata pejam. ngantuk sangat dah la tu. akhirnya umi bukak jugak supaya dia tido dgn selesa. lepas bukak kapas tu terus dia lena dgn nyenyak nya. memang muka letih habes. maklumlah penat berlari sakan tadi.


masa dia tido ada doktor mai. doktor bagitau pukul 4 pagi umarfaiq kena start posa. pukul 8 pagi akan masuk nama utk operation dan inshaallah kalau ada kosong dlm pukul 10 pagi gitu dah boleh operate. fuhhh alhamdulillah! umi dgr boleh operate esok terus rasa lega. bukan apa, umi kalau boleh nak setel benda ni cecepat. leceh sgt kalau kena warded tunggu turn bagai weh.

4.50 am - umi tak boleh lena pon. lelap kejap ja dlm 5minit gitu. ntah, ngantuk letih tapi mata takmau pejam. dok kelebek anak dan abi ja huuu. doktor kata pukul 4 nak cucuk ambek darah, mujoq la doktor mai lewat. sempat la anak umi lena dulu. kesian la dia, baru nak tido dah kena bangun. bangun utk disakiti pulak tu :(

pelan2 umi kejut anak, mujoq dia tak nanges. bawak pi bilik cucuk, dia dah tau tu bilik cucuk. dia mula gelisah. tapi sementara doktor dok prepare tu dia terlena balik. aduhhh jenuh jugak nak bagi dia jaga. bukan apa, umi taknak la depa cucuk dia time tido, nanti dia terkejut.


tu pon dia dlm mamai masa depa cucuk. apa lagi, meraung la dia. mujoq la sekali cucuk dah berjaya. tapi lambat jugak proses tu sbb doktor tu tengah ajar doktor sorang lagi. aduiii. kesian anak umi mcm2 perkataan dah keluaq dari mulut dia. jenuh umi pujuk, abi pegang badan takut kalau2 dia kelupoq. setel ambek darah dan masuk jarum, abi dukung balik ke katil semula. umi bagi jugak susu even dah lebih masa (puasa) sbb kesian ke anak. anak pon lena semula dgn senang. dah memang ngantuk dan letih, senang la dia lena.

~ nanah mula keluar sikit sikit masa umarfaiq tido ~
lepas pada tu memang anak lena sungguh. cuma sesekali dia sedar dia meracau panggil abi. sebab? masa cucuk tadi dia cakap takmau kawan dgn umi, dia menangis panggil abi. dia ingat umi geng dgn doktor sbb tu takmau kawan dgn umi, nak kawan dgn abi. padahal dia tak nampak abi dok pegang badan dia hahahaha. mujoq la dia meracau mcm mengigau ja, lepas tu lena balik.

abi tunggu sampai lepas subuh. dlm pukul 7 lebih mcm tu ada nurse tu baru masuk bertugas, dia halau abi. katanya ni ward org pompuan. ohhh kamonnn dia sangat kerek ok! abi pon keluaq ntah ke mana. elehhh kalau dia tak halau pon memang abi nak keluaq. cuma tak kena masa ja.

~ muka suci yg tak tau apa apa ~

masa abi tak dak umi tunggu umarfaiq tido je. memang nyenyak sungguh. kesian sangat tengok muka dia, letih. masa dok tunggu tu ada doktor mai bagi borang kebenaran pembedahan utk umi sign. pehhh berdebar debar dada umi nak sign hewhewhew. rasa mcm dewasa sangat dah umi ni, tak sangka! haha

lepas tu mcm biasa doktor round ward. umi diberitahu benda yg sama, cuma pukul berapa operation akan dijalankan umi taktau. actually umi tak selesa sangat. adik menendang kaw kaw punya. mungkin adik nak teman umi. tapiii masalahnya umi sakit sangat. duduk serba tak kena. org keliling tengok umi semacam je. lantak laaa. umi nak baring, tapi umi taknak kacau umarfaiq tido nyenyak. lagi pon biaq dia tido dgn selesa, kang umi tumpang jadi sempit huuuu.

dah la umi lapaq adoiii. ok nanti la sambung cerita. dah panjang sangat rasa.


4 comments:

Zai Zamree said...

besaqnya bengkak tu...merah ang ang...

syabas umar...kuat...

arysha_fayyadh said...

Assalam jus,
kesiannyaaaaaaaaaaaa
risau nengok nanak tu tau3
umar big boy tau3
kalo si abang fayyadh kaaaaaaaa
doktot ka nurse ka boleh hai2 kot jauh sajork
pehtu teruih bye2
sebelum nak proses dia kena dok ada sesi suai kenai dolu baru boleh mai rapat :P

Kira Sakura said...

kesiannya anak, sedih sgt kami tgk ;((((

umar memang kuat, sebaknya. kami yang sebak kt sini, ampa ritu tatau lah mcm mana menanggung kan.

tengok bisa nanah tu keluar terus kecut perot. tak sanggup nya tgk anak mcm ni ;(((

cik Anggur said...

kak sue baca smbil brgenang ayaq mata nie...hoiiiii umar yg kuattttttttttttt acik sue syg umar !!!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...