CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label DIARI UMI. Show all posts
Showing posts with label DIARI UMI. Show all posts

Friday, October 2, 2015

AKTIVITI MALAM JUMAAT~

ASSALAMUALAIKUM...

Khamis lepas, ye ni citer khamis lepas. i mean, bulan lepas. 10 SEPTEMBER 2015 ( KAHKAHKAH ) umi tgk fb, ada kuliah ustaz fawwaz malam tu di masjid sg layar. terus sms abi. abi ok je nak pi. cuma kalau ikutkan abi nak ajak pi kuliah ustaz Abdullah khairi di lahar yoi. tapi takpela, pilih yg dekat.

tapi ptg tu umi tengok umarfaiq mcm demam. badan panas. tak aktif. nampak gaya cancel la. anak dah dua nak pegi mana2 kena utamakan anak. kalau dah anak demam kesian la nak heret dia kan.
hari tu siang umi makan nasi goreng waktu pagi. utk umarfaiq pon buat nasi goreng jgk. senang. bahaha! petang time anak2 tido baru umi masak. sempatla masak sotong masak thai, teloq goreng dan bayam goreng. abi balik so makan sama2 dgn abi. memandangkan tak jadi pi kuliah abi decide dgr kuliah rakaman kat YouTube ja. konon nak dengar lepas maghrib. tapi biasala banyak 'roadblock' hewhewhew.


at last abi terlelap. umi layan anak sambil tengok tv. pukul brapa ntah baru abi bangun. tukar syif jaga anak pulak hewhew. dah pukul12, adik pon dah tido umi biasala mula lapaq. terusss buat cekodok cheese. kemain tauuu cekodok pon nak di-cheese-kan. pastu bancuh teh.

~ abaikan 'deco' kat belakang ~

elok nak ngadap YouTube adik pon jaga. takpela. layan YouTube sambil menyusu anak sambil makan. sedap sangat cekodok kan, kuliah baru mukadimah cekodok dah habes. hewhewhew makan je lebih choiii!

~ sepah la apa pon takpa asalkan tak kacau umi abi dengar kuliah hewww ~

kuliah pertama yg kami dengar dari ustaz fawwaz. kuliah tentang zaman pemerintahan khulafa ar rasyidin. umarfaiq makin sihat so dia mula nak membuas kan. jenuh juga la nak layan dia bagi dia diam. umi abi gilir2 dukung ubayy. kemain ubayy pon dengar kuliah. sejam lebih jugak la.

~ tukar panggung sebab battery weak. tapi seat maintain, VIP ~

pastu mula la nak sambung sikit lagi. buka forum pulak. bila adik dah tido di ribaan abi, umi lipat baju sambil dengar kuliah tu. dengar forum seround ja, pastu masuk bilik sbb abang umar dah ngantuk. abi tidokan adik dalam buai, umi dodoi abang sampai lena. 

~ tukar tempat lagi ~

then sambung lagi forum dari ustaz Abdullah Khairi dan ustaz dr izhar. dah buka sekali memang mula la mak buka lagi dan lagi. konon nak buka sekejap seround ja at last tunggu sampai habes jugak. pukul 3.30 pagi juga la.abi tu dah la keja esoknya. huhu


gitulah salah satu cara kami habeskan masa bersama. itu pon kena curi masa. bukan senang nak ada masa rilek2 bersama. apa pon caranya, asalkan bersama yg tersayang inshaAllah kita akan happy :-)


Wednesday, August 19, 2015

PUDING ROTI SOS KASTARD~

ASSALAMUALAIKUM...

ok aktiviti petang seterusnya, yg dah lama berlalu hewhewhew.

akibat tgk resepi kat fb, terusss rasa lapaq rasa nak buat tergedik2 haaa! ajak kak ila & haney mai buat sama2 since buat sorang tiadalah nikmat. lagipon buat desert ni renyah, tak koserrr nak buat sorang. buat ramai2 senang, pakat bahagi tugas.


haney bahagian kacau bahan nak rendam roti. pukul pakai tangan jew sampai sebati.


kak ila bahagian potong roti dan susun dlm loyang.


aku bahagian buat sos kastard.

masing2 buat sambil tgk resepi. gilir2 haaa passing tab sbb nak tgk resepi. lawak betoi. tapi berkesan cara ni sbb kerja jadi cepat dan mudah.


dah siap bakaq kat umah kak ila sbb oven dia besaq. berangkutla segala loyang segala sos kastard tu haaa.

jangan tanya resepi kat aku sbb malasss sgt nak taip. kalau rajin gugel la sendiri. kat fb aku ada share. tapi kami buat tak ikut resepi sgt. resepi kata 10keping reti tapi kami hentam 2 bungkus roti sbb nak dapat banyak LOL. Maka dapatlah 2 loyang besaq + 1 loyang kecik kehhh!


puding ni blh je makan panas2 or bila sejuk. tapi aku of course suka panas2. ya rabbi nikmat sungguh! family aku pon kemain suka, siap boleh tapau bagi kaklong sbb banyak.

nak buat lagi lepas ni, entah bila. sbb aku bukan suka benda renyah2 ni. hewhew~

selamat mencuba uols!


Sunday, August 16, 2015

BANANA CHOCOLATE MILKSHAKE~

ASSALAMUALAIKUM...

sekarang ni waktu ptg adalah waktu melayan umar kalau dia tak tidoq. dan kalau adik tidoq, blh la umi layan abang lebih. mcm minggu lepas, tetiba dia mintak milo. padahal baru je lepas minum susu. umi tau, dia boring sebenarnya tu yg mintak bukan2. tetiba umi ada idea. instead of bagi milo baik bagi something yg interesting dan healthy kan. gituhhhh

tetiba teringat pisang yg mak metua bagi ritu. anak memamg suka pisang. umi pulak failed la kalau suruh makan pisang begitu saja.dah byk kali try makan, mmg telan tak lepas. tapi goreng pisang/cucoq kodok umi makan pulak. so to be fair kan, lets do something!    

hentam ja tgk barang apa ada, then hentam ikut suka. tadaaaa umi namakan dia BANANA CHOCOLATE MILKSHAKE. bahan2, pisang, milo ( kalau ada serbuk cocoa lagi best kot?), susu tepung full cream (blh guna apa2 susu termasuk susu cair) dan susu pekat secukup rasa. cara, blend ja semua bahan. kalau nak sejuk tambah ais dan blend. siappp!



kemain suka anak umi haaa! siap request nak gelas mcm umi. simple but boleh buat anak gembira dan sihat. pisang ni byk khasiat.

act umi penah tgk sblm ni menu kat RESTORAN KAPITAN ada banana chocolate blended. bila order dia cakap takdak. fine umi order chocolate blended plk dia kata takdak, yg chocolate2 smua takdak. deyyy anneyyy dah tu tak payah letak dlm menu la grrr!

dan susu pisang, umi tak penah dengar sampaila mama fana yg perkenalkan. sedap hoiii dia bagi! dah la jauh nak dapat. pastu baru2 ni tgk kat dreamon butik kat seberang jaya ada, terus umi borong. but at last umi rasa benda2 mcm ni blh ja buat sendiri kan? asalkan kita kreatif, apa pon blh jadi :-)


p/s : umi habaq update blog guna tab bkn sbb nak habaq beli tab baru, tapi nak habaq kata takdannn nak buka laptop skrg ni. grrrrrrr tauuu :p


Sunday, June 7, 2015

MENGIDAM BAJU~

ASSALAMUALAIKUM...

ewahhh mengada pakai alasan mengidam kan? padahal kalau ayat tu diolah dapat la kita ayat 'baju idaman' huahuahua

act umi ada berkenan satu jubah dan blouse ni. berkenan pon sebab ada SALE ja okkayhhh! tgk sale dulu baru berkenan, gituuu teknik bijak berbelanja dari umi. kebetulan jubah ni nursing friendly dan paling penting preggy mommy pon boleh pakai.

hari tu dah pegi butik dream on dgn mama fana. masa tu tgh sale la, tapi saja tak beli sbb belum ada bajet. umi target nak beli jubah nuur tu utk pakai masa besday umarfaiq. memang nak jubah nuur kaler hijau, so umarfaiq pon boleh la pakai baju hijau-biru umarfaiq tu. see, besday anak tapi umi yg pakai baju baru, anak pakai baju sedia ada je, kena ikut kaler umi pulak tu. so umi dah nampak tema besday nanti mesti kaler hijau-biru la kan (umi pakai tudung biru kononnya)

tapiii bila time umi nak beli tuuu sale dah habes. kalau beli kena beli dgn harga biasa. what??? sale dlm 20%-25% gitu kot. gilaaa rugi la! dek kerana umi kedekut, umi takmau beli kalau harga tak sale. tu yg masa besday umarfaiq umi pakai baju kaler lain. tema tah ke mana hahaaa~

satu lagi benda yg umi berkenan, ayesha blouse. mengandung ke tak mengandung semua boleh pakai. pon dah belek2 masa sale ritu, umi berkenan kaler grey. sama jgk, lepas sale harga kembali normal. oh no! terus tak jadi beli la kan? 

tapiii tetiba jumaat minggu lepas umi tgk instagram dream on butik cakap ALL items from MASYARABIA ada sale 50%. seriously??? tergedik2 umi nak pi tau! mujoq pikiaq baby dalam perut ja. kalau tidak mmg jumaat tu jgk umi terjah wuuuu. 

kalau boleh umi nak booking dan bayar teruih, pastu suruh abi tolong pick up jela. umi try contact wassap dream on tapi tak berbalas. grrrr! 

lalu umi dapat idea, mintak tolong mummieh erin jadi personal shopper umi. opis dia kan dekattt je dgn dream on tu! bukan apa, kalau lambat kanggg takut melepas leeee benda cantik sale 50% weh, sapa taknak sambaq kan?



tapi mujoq la pagi selasa tu mama sms awal. dream on baru bukak kami dah terjah. alhamdulillah, rezeki ibu mengandung. jubah nuur kaler hijau dan blouse ayesha kaler grey masing2 tinggal 2 helai ja. yg lain tinggal jubah nuur kaler turqoise 4 helai. tu ja ada, yg lain sold out. fuhhh! memang betul2 kena dgn apa yg umi nak. mmg sampai2 terus sambaq tak pikiaq panjang huhu.

see, tu la yg dikatakan rezeki. umi terlepas sale 20% dulu, tapi umi dapat sale 50% bonus dgn kaler yg memang umi nak. alhamdulillah. puas hati. walaupon dah hujung2 pregnancy, nak jugakkk! haha! tq mama tunaikan impian mak buyong mengidam mengada ni. kalau kita lewat sikit mungkin dah melepasss haha!


Tuesday, December 23, 2014

LUNCH DENGAN ABI~

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni abi half day leave. sbb nak habeskan baki cuti tahunan. elok sangat la, boleh temankan umi. temankan umi? konon je.

mementang lah hujan, kemain sedap je hero2 tu tido. umi pon pegi klinik sorang jelah, senang. balik klinik, siap barang nak masak utk lunch pulak. dah siap, bosan pulak. terusss join hero2 tu tido. wahhh nikmatnyaaa tido pepagi dlm hujan dgn kesayangan, terus teringat cameron! bahaha

pukul 10.15 umi bangun, arghhh malasnyaaa nak bangun! dah la dah lewat, sakit perut la pulakkk! pukul 10.30 ngam2 sampai klinik. setel urusan, pi kedai frame pulak siapkan tempahan customer. balik umah tengok anak dah gebu gebas tunggu umi depan pintu. alololo omeyyy anak umi bahaha!

tenyeh2 anak sat, pastu umi terus bersilat kat dapoq. mula2 ingat nak masak kat abi dgn anak ja. masak lemak bayam & ayam goreng pon dah cukup. pastu dok pikir nak buat ke tak sambal hijau bilis. sebab umi belum tentu lalu makan. kang buat penat je. tapi at last umi buat jugak, sbb pikir boleh bagi 'pedas' kat abi jugak. mintak tolong abi yg tumbuk cabai dan basuh semua perkakas memasak hehehe. pastu goreng telur jugak utk hero kecik.



pukul12.30 kami makan. abi sebenarnya tak suka masak lemak. umi cakap try la dulu, masak lemak dgn sambal bilis ni memang bergabung meletoppp. sekali abi try, haaa baru dia tau langit tinggi ke rendah hekhekhek. bersemangat abi makan. hero kecik pon, kemain suka masak lemak. dan yg lebih pelik, umi tetiba boleh makan nasi. omaiiii! ambek nasi lbh kurang 3 sudu, habes. so mintak abi tambahkan nasi. MAGIC ok!!! 

rasa mcm nak nanges je bila boleh makan nasi setelah beberapa bulan tinggalkan nasi. rasa nikmatnyaaa dpt makan masakan sendiri pulak tu. cakap kat abi "b kena cuti hari2 la kalau mcm ni, barulah syg boleh makan nasi". abi senyum je. takut nak jawab letewww hahaha! abi cakap start minggu ni sampai hujung tahun abi keja selang sehari huhu. kemarin keja, hari ni cuti. esok keja, khamis cuti krismas, jumaat keja balik. isnin depan keja, selasa cuti. rabu keja, khamis cuti new year pulok haha. umi suka!suka!suka! :)

dah kenyang, abi pon siap2 pi keja. yg peliknya anak tak nanges pon bila abi pi keja. puas dah kot abi ngasuh dia tadi. elok sampai opis abi call cakap mak call suruh pi makan. mak masak banyak ingat kami nak makan kat sana dah kata abi cuti. adoilaaa kesian mak huuu.

masa anak tido ptg, umi tido sekaki. mmg letih & ngantuk sangat. sebelum balik abi singgah pasar malam taman ria. umi order pita ayam, tapi tak juai pulak. kecewa! abi belikan nasi lemak ayam berempah, ayam lebih hahaha. umi makan nasi sikit je, then meratah ayam. abi makan nasi sbb nak habeskan lauk siang tadi. tak henti mulut abi cakap sedap, alhamdulillah. 


sempat solat maghrib berjemaah di rumah, isyak ingat nak berjemaah kat surau. sekali pi tengok ada ustaz daaa. sempat join kuliah kejap je la. lps isyak pi umah mak, sbb abi nak makan kat umah mak pulak. jangan tak tau ye laki aku mmg juara makan NASI! pkl 10.30 baru balik umah kami. abi layan arrow, umi on9. anak main sorang2 pastu kacau abi tgk tv kekeke.

***erkkk tetiba tengah update blog ni sakit kepala la pulakkk :(

Tuesday, October 14, 2014

SHOPPING MACAM MAK JEMAH

ASSALAMUALAIKUM...

wahhh rasa lamanyaaaa tak menaip blog guna laptop uolls! asyik dok hupdate pakai hp ja sobbsss~

ni kisah kemarin. umi bangun awal, buatkan sarapan utk abi. teman abi sarapan. pastu bila abi dah pi keja anak merengek, kena la susukan dia. pastuuu umi ter-krohhh skali kehkehkeh! pukul11 baru terjaga. tu pon sebab anak yg kejut. saja umi buat2 takmau bangun, nak usik dia. kesian tgk dia berusaha keras nak kejutkan umi hahaha. sampai buat muka fed up kehkehkeh. rupanya dia nak soh umi bukakan stokin dia ja. lepas umi buka terus dia tak kacau umi dah.

bangun2, terus siapkan makanan anak dan umi. masak simple2 utk kami berdua sahaja. lepas mandikan, teman anak makan pulak. lepas tu anak pulak temankan umi solat hoho. last minit plan dgn kak ila nak keluaq. pukul 2.30 kak ila datang pick up weols.

~ sementara tunggu makngah ila mai ambek ~
memula pi CS, teman kak ila isi borang apa ntah. sementara tunggu kak ila tu mcm besa laaaa umi kalau mai cs ni memang pi bahagian baju baby je. tapi hari ni haney on duty, so sembang2 dgn dia. haney kan jaga bahagian toys, anak apa lagi, menggelabah tgk mainan banyak! hasil gelabah tu dapatla jugak mainan utk dia satu set. umi tanya nak baju ke nak toys??? tapi umarfaiq tak boleh jawab lagi. kalau dah besaq pandai cakap nanti mesti pilih toys. tapi sebab tak pandai cakap lagi, dapat 2-2 kahhhh! untunglaaa

dah dapat toys, umi bawak ronda cari baju pulak. mcm besa haney la kena tolong jaga dia sebab dia aktiffff sangat! umi nak pilih baju pon susah. dah umi ni kalau pilih baju berjam2. maklumlah nak yg murah tapi lawo, kehhhh!




haney umpan dia dgn ball sebijik, riuh la dia dalam the store tu. habes dia sepak ball buat mcm kat stadium grrr! promoter2 kat situ pakat usik la dia. geram tgk dia yg over tu tau!


dapat la dia 2 pasang baju. grrr sangat umi yg keja anak yg shopping bahaha! tengok la dia kemain kalut sambaq barang2 dia, syok umi beli hadiah kat dia. pandai tauuu kecik2 lagi dah shopping mcm mak jemah! huhhh! umi ni mampu tengok jelaaaa

bila kak ila dah setel, kami ke SP fastprint pulak. mujoq la umi bawak bekal milo dalam botol susu dia. habesss sebotol dia bedal. ha tau pon letih berlari dalam the store! dia dah ngantuk sebenarnya sebab dah sampai waktu tido dia. tapi kedai tu dekat ja so tak sempat tido dah sampai. umi sorang je turun, anak tinggal dgn kak ila. nanti aku buat entry KHAS utk sp fastprint ni utk servis dia yg mcm PUAKA tu ok. buat aku tertunggu mcm tunggul dlm tu sampai lbh setengah jam. mmg biadap sgt. nanti laaaaa!


bila aku masuk keta tgk anak dah tertido. sayu hati aku tgk anak mcm tu. aku mmg takkan maafkan staff sp fastprint yg sgt biadap tak pikir pasal org lain. mujoq ada kak ila. kalau tidak jenuh aku nak angkut anak masuk kedai tu dok tercongok kat situ dgn anak ngantuk. 

lepas tu kami pi ambek mak kak ila kat tempat keja, hantar balik umah. aku pon solat asar dulu, baru kami gerak ke taman jubli pulak. nak makan coq udang lah konon! elok kami sampai ja, hujan turun. kesian anak, tak boleh la beriadah. takpe nak kita riadah mulut je hewhewhew! 


pegi pukul6 lebih, coq udan pon dah sold out sobbs! frust! mujoq ada ubi kentang yg lebih2, boleh la order habuan anak. umi dgn kak ila order ABC dan laksa, share 2 org. sbb kami dah kenyang tapi saja gatai nak lepak2 kunun hekhek. anak pon makan banyak. kemain happy lagi dia!


Friday, October 10, 2014

PENANGAN DAGING KORBAN~

ASSALAMUALAIKUM...

musim raya haji biasala kan semua kenduri pakat jamu daging. aku ni pulak daging memang fevret lah. raya pertama, kenduri di surau aku dah bedal daging cukup2. daging fresh la katakan. esoknya pulak kenduri aqiqah uwais di merbok. pon menunya daging la kan. makan daging lagi. sebelum tu dah kemain meratah sup tulang, dok pulun geget daging2 kat tulang tu.

malam tu, mula rasa tak best. 2 hari makan daging banyak non stop. mula la rasa nak muntah rasa pening. yg paling tak best sakit perut. dah tu sembelit tahap dasyat. daging kan lambat hadam. hambekkk!

malam tu aje ntah berapa kali ulang masuk toilet. esoknya celik2 mata cari toilet. pastu dok marathon la sehari ke toilet. rabu baru lega betul2. itu pon masih ada sisa sakit perut tu. aduhaiii

makan ni nikmat. tym makan tak ingat dunia. tapi kena tanggung risiko la kalau nak bernikmat-nikmat ni ye dok

Thursday, October 9, 2014

MINGGU LEPAS~

ASSALAMUALAIKUM...

Minggu lepas, kami 2-2 busy. Abi setiap hari balik malam (OT). Aku pulak hari2 keluar rumah. Ada je urusan nak kena selesaikan. Rasa 'penat' bila kita dah besa terperuk kat umah tetiba nak kena start keta,kunci umah,angkut anak pegi somewhere.

Hari2 keluar,keja umah pon tak jalan. Paling menimbun, baju yg dah basuh tapi tak berlipat hekhek. Abi dah beli mesin basuh besaq, takde alasan la tak sempat basuh baju. Lepas ni beli mesin lipat baju pulak yeee! :p
Masak pon ala kadar. Gamak malas, tapau je. Rasa tak best sgt bila terpaksa keluar umah. Tapi terpaksa, demi bisnes. Gituuu.

Ingatkan aku je terasa kesibukan tu. Rupanya abi pon sama. Jumaat abi sms cakap rindu. Hari2 balik lewat, tak sempat borak2 manja2 macam selalu. Huhu...

Itu baru abi sorang keja. Cuba bayangkan kalau umi masih bekerja? Kena OT. Apa agaknya nasib anak? Mujurlah sekarang ni umi sibuk macamana pon umi masih ada depan mata anak. Keluar sana sini pon dok usung anak.

Umi will do the best for u, son!

Wednesday, October 1, 2014

BAD DAY~

ASSALAMUALAIKUM...

Yesterday was my bad day. Patutnya hari ni kena keluaq beli sayoq. Or else iols tak lalu makan kalo takde sayoq. Tapi bila anak bangun kena bagi dia makan dulu. Buat pasta cheese. 1st tym ni buat pasta. Awal2 ok la dia makan. Lama2 dia luah balik. So umi la yg terpaksa habeskan. Sedap rupanya pasta cheese ni. Tapi makan 2-3 sudu dah kenyang. Padanlah anak pon tak lalu makan banyak.

Lepas bagi makan kena bagi dia mandi pulak. Selalu bg mkn dulu baru bg mandi, tapi kali ni saja eksaited nak bg mkn pasta haha. Lepas anak mandi patut dah kena keluaq, tapi terpikir nak masak nasi sesiap pulak. Ntah mood rajin apa yg mai, terbuat nasi minyak pulak hewhewhew. Setel masak nasi, dah dekat pukul1.

Keluaq pi kedai sayoq kat tmn sri wang ni, tgk2 pekerja dia sedap dok tidoq. Maksudnya dh tutup kedai lewww. Terusss lajak pi tesco. Ewah2 mementang musim gaji kan, hari2 pi tesco. Yeehaa boleh beli cendawan! kes tgk 5 rencah 5 rasa buat masakan cina, tu yg gigih pi tesco nak beli cendawan. Tapiii masa dok shopping kat tesco tu mula rasa lembik lutut. Sebab lapaq. Menyesal pulak pi teso uwaaa.

Balik dari tesco tetiba hujan lebat. Uwaaa terus aku rasa nak meraung! mana taknya, sebelum keluaq tadi aku dah jemur baju. Tgk cuaca panas elok, terusss basuh cadar & semua selimut Uwaaaaaa! Sebelum balik umah singgah petronas sbb nak bayaq bil. Selamberrr je dia cakap mai lps pkl2.30, sbb depa nak tukaq shif. Jebon betoi dia tak nampak ka hujan lebat gila, aku dgn usung anak lagi nak soh mai sekali lagi pulak?

Memandangkan aku dah lapaq gila, singgah kedai tepi umah beli koteow sup. Hujan2 pekena koteow sup sedap hoi! tapi nampak tak, apa yg aku plan semua tak menjadi. Pi tesco sbb nak beli bahan buat sup, last2 tapau jgk. Sup tu bagi ke anak sikit habuan makan dgn nasi. Mujoq aku buat masi minyak, berselera la sikit anak makan. Kesian, anak pon sama lapaq mcm aku.

Lepas makan, terus bagi anak tido sbb dia dah ngantuk sesangat. Masa anak tido aku sambil2 masak. Buat ayam madu uols, ala2 nasi ayam tu. Tapi hujan lebat. Guruh kilat bagai. Setel goreng ayam aku masuk teman anak dlm bilik. Takut wehhh. Kilat berapi! sumpah rasa nak nanges. Nak lari pi umah mak pon tak boleh sbb hujan lebat, angin kuat, guruh & kilat lagi. Mampu berdoa je. Tapi anak kemahennn tido makin sedap!

anak tido dari pkl3, pukul6 baru dia bangun. Masa tu hujan dah reda. Aku pon sambung buat sup cendawan. Bagi anak main air dulu bagi warm up mood dia dulu. Pastu nampak pisang yg mak metua bagi terus buat goreng pisang. Buat kalut2 sbb dah maghrib, nak lari pi umah mak. Sempat la makan nasi dulu. Perghhh nikmatnya rasa mkn nasi minyak + ayam + sup cendawan + sambal kicap.

Sementara tunggu abi balik kami dok umah mak sbb abi ot. Dalam pkl11 baru abi sampai. Balik umah, segala kepenatan dan kesakitan hati terbalas bila abi cakap "sayang......tak boleh berhenti la...sedap sangat"

Huhu alhamdulillah. Berjaya menambat perut suami. Punah hasrat abi nak diet  :)

Wednesday, September 24, 2014

KERJA YANG TAK PERNAH SELESAI~

ASSALAMUALAIKUM...

aku bukan nak merungut
Tapi aku heran sungguh kenapa surirumah byk sgt keja nak kena buat?
kadang aku heran, apa la yg byk sgt keja tu?
aku sendiri tak perasan keja apa aku buat
Sedaq2 dah berlalu satu hari yg memenatkan
Tapi bila pikir2, balik apa yg aku buat hari ni? Kenapa byk lagi keja tak setel?

Korang memang takkan faham
Korang kena jadi surirumah baru boleh faham
Dulu aku sakit hati jugak bila org cakap "syok la hang dok umah tak payah buat keja"
sekarang kalo org ckp mcm tu aku senyum ja
Aku anggap org tu belum cukup matang hakhakhak

Keja seorang surirumah tak penah habes
Nampak mcm remeh kan masak,kemas umah,basuh baju,lipat baju,jaga anak
Tu je, dok rumah sehari takkan tak boleh buat?
keja membuta letewww

Mcm aku cakap tadi, kalo kau nak tau kau try la resign dan jadi surirumah
Aku bukan cakap sesedap mulut
Aku penah keja dan aku dah rasa sendiri perbezaan
Kadang2 aku rasa nak menjerit kekuat
Sebab byk benda aku nak buat, tapi takdan buat

Keja harian boleh buat takat termampu ja
Mcm kemas umah, hari2 boleh sapu sampah je
Sedangkan aku kalau boleh nak clearkan stor, kemas2 kabinet, susun2 pinggan mangkuk bagi elok, kemas2 dapur bagi teratur,lap2 lantai,lap peti ais & mesin basuh

Baju2 pulak boleh basuh dan sidai je
Lipat kalau ada masa
Kalau tak sempat sumbat je dalam bakul
Aku memang dah beli bakul besaaaaq khas utk baju2 yg takdan lipat
Sedangkan kalau ikutkan aku nak susun2 semua almari baju, nak kemas ikut jenis baju, nak clear rak2 baju

Langsir, dah 4bulan beli tapi sampai sekarang tak sentuh lagi
Nak jahit sendiri la kononnya
Abi cakap kalau lepas raya langsir tak siap abi nak tampal sliding door dgn surat khabar
Uwaaa kejam tau!
tapi mujoq abi tak buat heee
Sbb abi faham aku bukan saja2 taknak siapkan

Aku bukan saja sibuk dgn keja umah dan anak
Tapi aku jugak kena curi masa utk siapkan tempahan kufi
Curi masa ok!
maksudnya itu keja sampingan
Aku takmau bisnes mendahului keluarga
Biasanya aku kena stay up utk buat kufi
Tunggu anak dan suami tido baru aku boleh buat
Aku taknak buat tym anak tak tido
Rasa mcm kesian kat dia main sorang2
ntah...bila tak bekerja ni memang feeling mcmtu
Rasa mcm setiap masa kena layan anak

Celik mata je dah siap kena mula tugas
Kena mandi sebelum anak jaga
Siapkan makanan dia
Bila dia bangun kena mandikan dia, bagi makan
Sedangkan aku sendiri lapaq nak gila
Tapi kena tahan sebab kena utamakan anak
Anak dah kenyang baru boleh masak utk aku
Biasa pukul 3-4 baru blh makan
Lepas aku makan tidokan anak
Bila anak tido kena buat minum petang utk dia pulak
Dia bangun tido kena layan dia pulak, bagi makan & mandi
Kalau sempat bawak keluaq main depan umah

Malam, prepare makan aku plk
Aku jenis tak makan benda yg sama dlm sehari huhu
Mlm biasa aku goreng mee ke koteow ke bihun ke buat megi ke pape jela
Dan nak kena layan makan suami
Tengah malam kena masak sesiap utk bekal abi keja esok
Aku suka masak tgh malam sebab malas bangun awal utk masak hehe
Pastu kena tidokan anak
Lepas anak tido baru boleh nak design kufi

Itu perjalanan seharian aku
Itu tak termasuk masa yg kena curi2 utk basuh,sidai & lipat baju
Curi2 masa layan anak main
Dan jugak utk ibadah
Bila tak bekerja ni kalau boleh nak kena lebihkan ibadah
Cari masa utk dhuha,tahajjud,mengaji,al-mathurat
Semua tu pon kena pandai curi masa

Jadi jangan ingat aku dok umah goyang kaki
Kadang2 org mai umah mengejut
Kalau nasib baik dpt la tgk umah bersih teratur
Kalo nasib lebih baik, tgk la umah mcm tongkang pecah

Anak aku main memang akan bersepah umah
Susun pi la mcmana pon,satgi dia akan 'tolong' susun jugak
Org yg faham, akan faham la
Yg tak faham, lantak la
Aku tetap akan layan tetamu sebaik2nya
Walaupon maluuu dgn umah yg berterabur haha

Aku tak merungut
Cuma nak mengadu hahahahaha
banyak benda aku nak buat, tapi takdan buat
Nak kemas rumah pon takdan apatah lagi nak deco umah
Biasanya weekend baru boleh buat keja lebih
Itupon kalauuu takdak pi mana2, tak balik merbok, tak makan kenduri

Aku bangga dgn kerjaya aku
Aku harap dpt uruskan masa dgn lebih baik
Aku tak kesah sgt rumah berterabur asalkan anak aku tak berterabur
Asalkan aku boleh layan dia makan dia main itu yg lebih penting
Apapun aku bersyukur sgt diberi peluang menikmati pengalaman ni
Tak semua wanita bertuah mcm aku

Anak, awak juga bertuah tahu?

Sunday, September 21, 2014

BLOGGING~

ASSALAMUALAIKUM...

rindunyaaaaaaa nak jadi blogger tegar mcm dulu!
byk yg nak diceritakan dan dikongsikan
Byk xtvt yg aku buat
Byk kenangan yg dilalui
Tapi satu pon x sempat nak abadi dlm blog ni
Wuuuuu
Kekangan masa
Kan aku dah kata jadi surirumah ni bukan mudah
Kalo dulu bekerja blh jgk update tym rehat
Tapi sekarang mana ada waktu REHAT secara rasmi?
Aku dok on9 pakai hp ja
Jgn risau aku baca jugak blog korang kdg2
cuma aku tak komen jela
Jimat data kahkahkah
On9 ni pon dgn tujuan utama utk berbisnes
Dan utk wassap
Yg lain sampingan je
Ada masa, layan
Rindunyaaaa blog!
nanti kalau tetiba keluaq entry basi jgn tanya pasai pa ok!

Wednesday, August 27, 2014

TAK BOLEH TIDO~

ASSALAMUALAIKUM...

bulan posa dulu kalo tido umah kami mmg aku tak tido langsung. Sbb anak teruna tu tido pkl2-3 pagi. Kalo aku tido pkl brapa nak bangun sahur ye dok??? So memang tak tido langsung, senang.

Tapi sejak raya ritu tak penah lagi aku stay up sampai pagi dah. Kalo anak tido pkl3 pon, pkl3 lah aku tido. Dah takde nak sahur dah, tido je. Abi puasa sunat pon tak bersahur la dah bini tak kejutkan sahur hikhikhik.

Tapiii malam ni mai dah penyakit tak boleh tido tu. Hari ni agak malas sbb bangun lambat. Bila bangun lambat mmg spoil mood nak buat keja. Tapi tetap kena buat sbb isnin dah 'cuti' sbb monday blues. Masak, makan, basuh baju, sidai baju, buat minum petang, siapkan anak, pegi kuliah. Balik kuliah singgah umah mak sat.

Balik dari umah mak, cecepat masak megi. Megi kari laksa meatball meletop nama resepi nya okayh! masak megi sbb hujan. Memang penyakit jusiza kalo hujan suka mengidam bukan2. Sedap je kan hujan2 ni hirup kuah megi. Sampai anak menitik air liur teringin tgk umi makan. No way la sayang k!

pastuuu dengan konfidennya pi minum radix campur pearl cafe lagi uols! cerdikkk sgt tgh2 malam minum cenggitu kannn. Pkl12.45 anak dah tido, tapi aku sampai skrg dah dekat pukul5 pagi tak tido2 lagi. Anak pon kemain tido awal pulak dia malam ni. Dah anak tido awal aku pulak mai penyakit tak boleh tido. Geram sungguh laaa hujan2 ni kalo dapat tido sedap la kannn. Hero dua org tu kemain berdengkur siap ngigau2 lagi. Melampaui batas betoi! uwaaaaa nak tido dlm hujan jugak!!! :(

Tapi hikmahnya, aku berjaya siapkan 2 tempahan khat kufi. Alhamdulillah. Hikmah buat keja dalam hujan, idea datang mencurah2. Dah 3 hari aku cuba design tak dapat2, tapi stay up malam ni tak payah pikir2 pon. pegang je pen zasss terus siap! selesai keja, sediakan sarapan utk abi sesiap. Esok pi keja ambek je, tak payah kejut umi. Bahahaha!

Oh mata, plisss la lena! esok banyakkkk keja umah nak kena buat :(


Friday, May 9, 2014

KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Akhirnya dah ada rumah sendiri, bermakna kami dah ada rumahtangga sendiri. Sebelum ni pjj, pastu stay kt umah mak. Even ddk sekali, itu blm dikira kehidupan berumahtangga ye anak2, sbb tumpang umah mak kehkehkeh.

Aku bangga sgt dgn suami aku, sbb dia bijak berfikir. Dia xmau sewa rumah, sbb rugi. contoh, Sebulan rm250 x 12 bulan, cuba kau convert utk bayaq rumah sendiri see, untung kan? Sbb tu kami xmau bazir duit byr sewa rmh, baik byr rmh sdri ja. Masa aku dlm pantang, kami beli rmh sesiap. Sbb mmg dh merancang lps ni nk resign, nak duduk dgn suami. Jadi perlu ada rmh, xkan nak menumpang rmh mak lg. sbb dh x keja kan, bkn mak kena mengasuh lg... Apa pn semua ni sbb rezeki jgk, dgn izin Allah yg maha mengetahui segala perancangan.


Cadangnya plg awal lps resign nk msk umh, or plg lewat hjg thn. Tp nk dijadikn crita, lawyer buat kja hampeh. So dh lari target kmi nk pindah. Dr hjg thn bwk ke awl thn, pon x siap lg. Puas ligan. Sbb umi mmg dok berangan nk buat 1st bday anak kt rmh sdri. Alhamdulillah, sempat jgk even belated sikit.

Sejujurnya, aku ada rasa terkilan sikit sbb x sempat merasai nikmat hidup berumahtangga sbg pengantin baru. I mean, lps sah akad nikah sama2 hdp berdua dlm rmhtangga sdri. Melalui fasa2 'perkenalan awal' berdua, fasa bln madu dlm perkahwinan. Bohong la kalau aku kata, aku x jeles dgn pasangan yg baru kawen dpt hdp bersama. Tp aku akur, ini takdir kami. Awal2 perkahwinan perlu pjj. Melalui fasa2 pengantin baru dr jauh, mengandung jauh dr suami.


Cukup takat tu, kami x betah berjauhan lg. Memandangkn kmi pn bli rmh di sini, elokla aku resign dan bina kehidupan kmi d sini. Kehidupan sbg sebuah keluarga selayaknya. Dulu masa pjj xpela tumpang mak abah, mak ayah. sbb sorang arah lain sorang lg arah lain hehehe.

Aku kagum dgn abah bila mak bgtau satu cerita yg aku tak penah tau. Rupa2nya, lps mak abah kawen dulu, abah buat rmh sendiri dlm kampung yg sama dgn wan tp di tanah yg berlainan. Mula buat umah kecik2, sikit2. cukup2 utk berteduh. Aku tanya, "dah sekampung, kenapa x ddk je dgn wan?" mak kata, kalo ddk dgn wan, tak aci la. Tak merasa la mcmana jerit perih asam garam rumahtangga yg sebenarnya. Abah dh jd ketua keluarga, dia nak dia yg tanggung sendiri keluarga dia biarpun susah masa tu. Aku jd kagum. Bg aku, itu satu pelajaran yg sgt penting yg ptt aku ambek pengajaran. Tq abah!


dan kini benda tu benar2 terjadi pd kami. Aku tak penah cerita benda ni kt suami, tp suami punya fikiran yg sama mcm abah! Mesti org heran kan, mesti ada yg kata, "setakat pindah tmn sri wang jgk, baik duduk jaa dgn mak abah!" haaa itula yg hg xtau. Suami aku berfikiran mcm abah. Berfikiran bahawa dia adalah ketua keluarga, kami adalah tanggungjawab dia. Cukup2 la mak abah bela aku dr kecik, xkan skrg dah kawen pn nak bergantung harap pd mak abah lg? Dan aku jgk kagum dgn suami aku yg mmg punyai rasa tanggungjawab even kami menumpang umah mak abah. Kami bkn ddk sesaja. Tetiap bln suami akan byaq bil & beli brg dapur. Hari2 biasa kdg2 suami beli brg basah. Dia akan sumbang apa yg terdaya. Masa aku keja dulu pn, duit mengasuh anak pn suami yg bayar kt mak. Katanya, itu tanggungjawab dia. Alhamdulillah aku bangga dgn suami yg tahu apa yg ptt dia buat.


Dan kini, Allah dah izinkan kami hdp bersama dlm sebuah keluarga. Even bkn lah hdp berdua mcm pasangan pengantin baru yg lain, kami bersyukur diberi peluang ini. Buat masa skrg, suami ada projek besar yg perlu diselesaikan. Jadi dia akan blk lewat setiap hari. Dan rmh kami pn msh dlm proses warming up, masih krg itu ini jd belum la merasai 100% hdp berkeluarga tu. Masih dok berulang umah mak, blh masak basuh baju je. Brg2 lain pn blm angkut pindah lg. Pelan2. lps ni barulah kami akan nikmati keindahan hdp bersama keluarga kecil kami. Ssh senang kami bersama.


Kalau dulu kt umah mak, nak masak senang je, capai je dlm peti ais. Semua dah beli, mak dh siang siap2, tggl nak masak je. Itu pn malas lg! nak makan apa, order je kt mak. Setiap hr x payah pening nk pk menu apa, semua mak tentukan. Bila ddk rmh sendiri ni merasa laaa. Nak apa kena beli, proses sendiri masak sendiri, pikir sendiri hari2 nak masak apa. kalo kt umah mak, nak mandi solat berak semua dgn senang hati sbb ramai assistant yg blh tlg jaga anak. Skrg kau merasalah mcmana nak handle anak sendiri ye! kalo kat umah mak sukahati laa nak tido pkl brapa bangun pkl brapa. Bangun awal dpt la tlg mak. bangun lambat, tlg makan terus je. Tp bila di rmh sendiri, kalau bangun lambat, meranalahhh! aku mungkin blh tahan lapaq, tp anak aku nak makan apa?



Kesimpulannya, bila di rmh kita suami lah ketua keluargA yg berhak dlm segala hal dan aku sbg isteri kena tentukan sendiri disiplin diri. Dan in sha allah bila btl2 tggl umah sdri nt aku nak ajar anak aku tido awal. Kalo kt umah mak ramai org, semua pesen tido lambat. Itu yg anak aku ln tido lambat. Tgh2 mlm dok main lg.

lepas ni apa2 masalah dan keputusan semua di bahu sendiri. dan akan merasa yg kehidupan tak selalunya indah. bukan selamanya nak manis belaka. semua bergantung pada kita nak handle. utk mereka yg masih belum dikurniakan rezeki utk hidup bersama or ada rmh sendiri or apa2 je kesulitan, teruskan berdoa and just enjoy ur marriage. apa pon situasi kita kena positif dan berbahagia dgn cara kita tersendiri. kalo kita rasa kita susah sedih ingat la ada pasangan lain yg lbh hebat diuji dari kita. 

Alhamdulillah diberi peluang ini secepat ini. Moga kami dpt bentuk keluarga kami dlm rahmahMu ya Allah.


Thursday, May 8, 2014

KEDUA~

ASSALAMUALAIKUM...

Selasa, 6/5/2014 - hari kedua hidup berdua bahaha. Hr ni xdpt nk babai abi sbb anak terjaga dan nk susu. Bila susukan anak tu biasala umi skali ttido kehkeh. Pkl10 baru umi bangun. Mcm biasa mesti mandi dulu. Belum pn sempat umi buat pape anak dh jaga, menangis2 dia. Pujuk2 x jln so bg susu lg. Tgk2 dh tertido. Ngantuk lg rupanya. Umi sangkut baju anak yg dh dibasuh. Tgh dok sangkut tu anak jaga, dlm pkl10.30++. Kali ni mmg btl2 jaga sbb dia senyum macam biasa. Agah2 dia bg dia pegang biskut oreo 2 paket ok la dia. Tp masa umi keluaq p sidai baju, menanges x sangga dah dia! Jenuh!


masuk dlm umah, mandikan dia. Lps mandi, dia xmau duduk. Dok menanges, buat perangai. Xtaula sbb nak demam, or sbb 'x suka' ddk umh ni. Nampak gaya mcm x blh nk masak je kalo dia terus2 bt prangai. So umi msg mak sesiap ckp anak buat prangai. Tp maksud tersiratnya, x blh masak sbb anak bt prangai lalu kena mkn kt umah mak la jwbnya kehkeh.


Pujuk punya pujuk akhirnya berjaya. Bg dia pegang oreo sekeping, makan sendiri, terus diam. Umi pn blh la start memasak. Mujoq ada sosej. Blh la masak sbb xdan nak perisi udang or basuh ayam, takut anak merengek semula. Hentam je masak apa pn. rupa mcm x sedap jeee kahkahkah! tp sedap la jgk! Dan masak sayur kacang buncis bersama tempe. Ahhh ini mabelesss ok! Umi blh masak dgn aman sbb umi ada assistant dapoq. Wahhh jgn memain!


ni haaaa budak rajin tu! mai sini, punggah dapoq pulakkk sbb dapoq plg byk brg. Habesss bekas bawang umi dia main, ubi kentang ntah golek mana. Kdg2 dia diam lama, tgk2 tgh dok picit2 pisang sampai lunyai. Aduhaiii. Bila boring, dia p ruang tamu pulak, kemas kat sana. Tak kisahla nak, janji umi blh masak. Sambil masak sambil suap nasi kat dia. Alhamdulillah habis dia makan.


Setel masak, basuh berry dia, dan tidokan dia. Dia nak tido berdakap. Kejap je lena. Bila angkat masuk buai jenuh kelupoq nanges! lama jgk berperang nk bg dia tido semula. Elok dia tido baru umi blh makan, solat & kemas dapur. Pastu kengkonon nk lipat baju, sekali dok dodoi anak sikit2 umi pon terdodoi skali kahkah.

Ingat hr ni nk p umah mak awai abb tgk ada tanda2 nk ujan. Tp x sempat sbb anak tido. Elok anak bangun elok hjn pn trun. Bkn hjn saja2, siap dgn guruh kilat sekali. Memula pk nk escape ke umh mak tym tu jgk. Tp pk2 blk, apa salahnya belajar harungi berdua. Maka tinggallah kami 2 beranak di rumah ini kehkeh. Anak pon ok je main lps dh bg mandi pakai baju segak2. trs umi solat sesiap.


Sdh solat trs p umah mak. Niat nk p tukaq seluaq ja sbb seluaq umi ada kt sana. Umi nk p pasar mlm & p hantaq bekas2 kenduri. Sekali maktok soh tinggal anak, x bg umi bawak. Kehkeh. Maktok ni comel tau, cucu pindah dekat pn rindu mcm apa jaaaa! :p

Lps maghrib, tidokan anak. Dlm pkl10++ baru dia bangun. Bg makan nasi lauk gulai ikan + kicap, abes. Umi mkn roti + nescafe, dia nk jgk. Jenuh berebut. Pastu dia main la mcm besa. Pkl1 baru abi dia blk. Blk umah kami, mcm besa bg abi makan. Tgk mood anak ok, umi kupas udang sesiap. Pastu trs tidokan anak. Kesian, anak mcm nk demam, ssh dia nak tido.

Itulah rutin baru kami. Masih cuba sesuaikan diri

Wednesday, May 7, 2014

BERDUA~

ASSALAMUALAIKUM...

Isnin, 5/5/2014 - nebes betoi hr ni dh start hdp berdua. Jd mcm blurr pn ada. Xtau nk buat apa, nk mula dr mana. Kikiki. Bgn awal, babai abi p keja. Pastu mandi. Tgh dok mandi anak nanges, merangkak sampai dapoq dh cri umi. Kesian btl. Angkat dia bg susu, lena semula. Umi nk p pasar tani bli brg basah sebenarnya. Tp anak tido. Nk p mengaji pn terbantut. Grrr. So Umi basuh kain2 buruk dulu. Pastu kemas2 dapur, setting apa yg ptt. masak nasi, grg nugget. Masak nasi guna dapur gas uols! nebes takuttt menjadi. Maklumlah org bandar *lempang*. mujoq laaa terer, nasi ok je *lempang skali lg*


Bila anak jaga, suap dia ppuding tp dia xmau. So trs angkut bawak p umh mak. Pos kt maktok kakaka. Kalo bwk dia p pasar tani susah sket la nk membeli. Umi nk beli byk niii. Rm50 licin gitu jeee. Besala rmh baru mana ada apa. Semua nk kena beli. Wuuuu #ciumduit

Pastu blk umh bf & mandikan anak dulu. Then baru gerak blk umah kmi. Tidokan anak trus. Pastu sidai kain buruk yg basuh td. Pastu baru mula nk masak. Dok teringin nk masak sotong lama dah so buat sambal sotong. Elok sudah je buat sambal anak merengek. Tgh dok tangguk anak tido, kaklong fon ckp dh ada dpn rmh. Surrender la niat nk tidokan anak huhu. Kaklong singgah ambek brg, sambil2 lawat anak sblm blk penaga.

Maka tinggallah umi dgn anak. Umi tinggal nk masak sayur dan gtg telur je. Mujoq anak behave. Sbb umi bg nugget seketoi, dia dok mkn nugget tu ja. Sedap gamaknya. Pastu umi nk suap dia nasi dia xmau. Memandangkn umi pn lapaq, umi bg lg seketoi nugget, umi mkn nasi. Bahahaha! nikmat hoi makan masakan sendiri di rmh sdri. Anak pn licin mkn nugget tu.


Lps mkn, ingt nk tidokn anak baru solat. Tp takut lewat plk anak nk tido sbb dh pkl2.30 masa tu. So solat la dgn dia. Mujoq dia tak kacau sgt. Elok selesai berdoa mak call. Ada jiran nk mintak tlg ambek husband dia kt sepital. Hmm bergegas blk umh mak plk. Kalo ikut plan umi nk lepak2 berdua kt umah sambil lipat baju. Maghrib baru nk p umh mak sbb abi blk lmbt mlm ni. Ni la tujuan beli umh dkt umah mak hehe. Utk keselamatan :p

Tp dh blk umah nak hantaq jiran tu, dok truih la. Susukan anak dlu pastu tggl dia kt maktok. Blk ambek jiran, susukan anak. Dia ngantuk tp mak xblh tidokn dia sbb xdak buai. Lps bg susu trus lena. Umi pn dakap je dia kt situ sbb hujan lebat masha allah, guruh kilat angin berdentam dentum haaa. Dlm hti bersyukur, mujoq laaa dh mai umh mak awal2. kalo kmi berdua je kt umah waktu ni mau nanges jgk. Umah kami tepi highway, angin lg dasyat!

Ptg tu, ramai anak2 jiran mai dok lepak kt umah mak sambil main dgn anak sambil menikmati kek bday anak hari tu. sblm maghrib umi blk umh makan nasi (hikhikhik) dan buka lampu bagai sesiap. Blk umh mak, solat maghrib then trs keluaq semula. Nak beli buaian anak dan isi minyak. Blk umah, pasang buai, trs tidokan. Anak tido dr pkl 9.15 - 10.20 huuu. Bangun tu mcm besala, main dgn org2 dlm umah tu. Umi plk, ntah syaiton apa pnya nafsu, masak megi plk pkl 12.30 mlm. Haishhh!

Anak mula dok merengek menangis tanpa sbb. Dia nk demam. Maktok dia la niii p bg main ayaq dlm kolah siang td. Grrrr btoi. Pkl1.30 abi sampai umah mak, trs kmi blk umah kmi plk. Siapkan makanan utk abi, temankan abi mkn kejap pastu umi tidokan anak. Ntah masa mana anak lena sbb umi pn terlena. Sobbssss! sedar2 dh pkl 4 pagi!!! kesian abi mkn sorang, tido sorang -.-


HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...