CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 13, 2014

DUNIA MASA KINI~

ASSALAMUALAIKUM...

to be honest, aku rasa dunia kita skrg ni x selamat. I mean, tgk la hari ini. Mcm2 kes jenayah berlaku. Bunuh sana sini, senanggg je! Kejap2 tembak sana kejap2 tikam sini. Itu bunuh. Belum lg rompak samun ragut bagai. Siang2 terang2 dpn org ramai pn org berani lg buat jahat. Mudah je nak terjah masuk rmh org utk samun. Tgh sidai baju blh kena samun. Mcm2!

Itu kes jenayah. Blm lg cerita bab2 kejadian2 tanpa diduga. Anak meninggal sbb terkunci dlm kereta, kena dera oleh pengasuh, anak terjatuh longkang dan dibawa arus, ayah reverse kereta terlanggar anak, anak terjatuh balkoni, dll yg nak mention pon takut. Minta dijauhkan kejadian2 mcm ni. Takut sgt sbb kita tak tau takdir kita mcmana :(


sungguh aku berasa tak selamat. Dlm dok selesa, kdg2 aku akan beringat hal2 mcm ni. Tak blh selesa sgt. Tambah2 bila ada anak. Allah... Dia saja yg tau mcmana aku risaukan keselamatan anak aku. Setiap hari berdoa moga Allah lindungi dia dr benda2 tak elok. Risau sgt ttg keselamatan dia. Dia kecik lg. Jauh lg perjalanan dia. Ntah apa takdir dia, jln hdp dia.


Nak plk masalah2 anak2, remaja & belia zmn skrg, yg mudah buat kemungkaran. Tanpa segan silu buat dosa. Maruah diri blh dilelong. Buli, gaduh. Allah... Istighfar byk2. Takut sgt! Dunia makin maju makin ke depan tp moral makin mundur ke belakang. Tugas kita sbg ibubapa masa kini sgt mencabar. Bkn senang nak didik anak. Dan bkn kuasa kita utk mengawal segala masalah dr menghampiri anak kita. Kalo mampu aku nak je tepis segala anasir2 jahat dr mendekati anak2 aku. Takut sgt. Takut anak kita x kuat menghadapi dugaan masa hadapan.


Sbb tu tak henti2 berdoa


Mohon Allah lindung anak2 aku sentiasa
Moga ditetapkan iman anak2 aku, dipelihara akhlaknya, dimantapkan akidahnya.
Moga setiap langkahnya dirahmati
Moga hatinya cekal meniti gelombang kehidupan
Sbb umi abi tak blh pimpin dia selamanya







Friday, April 11, 2014

PANTAI BERSIH SAKSI KASIHKU (BLERGHHH)

ASSALAMUALAIKUM...

3/2/2014 - abi masih bercuti. Planning hari ni ke penang. Setelkan apa yg perlu disetelkan. Pertama sekali ke rumah mira, kawan abi di perda. Pegi hantaq hadiah sbb masa kenduri dia 1/2 hari tu x dak rezeki nak menghadirkan diri. Kmi mmg nak mai, tp keadaan mmg x mengizinkan. Buktinya, hadiah ni la hewhewhew. 

Kebetulan dia plk xdak, keluaq dgn suami letewww auwww bestnyewww pengantin baru! (kau dah kenapa)
passing hadiah ke mak mira aje. Dan kami dpt goodies bag LOL bestnya! lps tu terus ke hospital seberang jaya nak melawat makcik haslina, mak si mummieh erin nu ha. Dulu tokcik haslina mai melawat umarfaiq masa baru lahir dulu, so kini umarfaiq pon ingin berbuat demikian. (sama la dgn mira, dia mai walimah kami di merbok sbb tu kami usaha nak mai walimah dia)


Sampai sepital, kami bergilir utk solat asar dulu. Lagipon anak tido, bg chance la sket. Usai solat terus mencari makcik haslina. Aku agak kaget melihat persekitaran HSJ ni. Aaaaa patutla bila baca bab pengalaman bersalin kt sini ada je review krg enak. Wad kat sini terlalu padat! aku pn rasa krg selesa, ditambah dgn bau2an yg ada.

Makcik haslina kelihatan sihat. (kenapa aku rasa ayat2 aku skema semacam je dari tadi???) dia ditahan sbb nak check itu nak check ini blablabla. Apa lg, beletiaq sakan la dia hahaha. Tadah telinga la dgr mAkcik haslina kompelin. Dah lbh 10 hari dia ditahan kt situ, maunya tak membebel. Selamberrr dia je sound mana2 nurse/doktor yg buat keja x best haha! Bravo!

masa kami sampai tu pakcik azizan ada. Lama kemudian baru mummieh sampai. Umarfaiq sukahati dia je meragas katil tokcik haslina. Mulut bising mcm selalu. Mujoqla sepital tu pon mmg bising. Kalo tdk mau kena hanbat dah LOL. lama jgk kami di situ. Sampai anak dh buat muka bosan. Alaaa anak ada agenda letewww!


agendanya nak menyinggah kat pantai bersih nu haaa. Dah lama umi janji nak bawak tp x bawak pon. Dah la waktu suntuk, dah nak dkt maghrib kami sampai tu. Anak umi ni, mmg campak je kat mana pon, x penah kata dia takut or x suka.


Dia nampak je pasir terusss kuis2 kaki. Dari kuis2 je sampai duduk main terus. Bila abi korek pasir dia pulak yg lbh2 tlg korek jgk. Tak padan dgn jari haluih! tp bila abi kambus (tanam) dia sepXWaruh badan dlm pasir, nanges kuat kemahen. Haaa tahu takut! :p


Lps tu abi saja bawak dia acah2 main air pantai plk. Kelupoq dia sbb suka. Selamberrr ja dia jalan2 dlm air tu sambil abi pimpin. Air dok mai kat dia pon dia tak takut langsung! bila abi angkat ke pasir semula, nanges. Sbb nak main air. Aduiii la anak!  bkn abi pimpin dia, dia plk conduct abi nak jalan ke mana


memandangkan anak pandai main dkt pantai nanti umi belikan set mainan pantai tu ye. Nanti blh la kita bina mahligai cinta pasir kita bersama ye? Perghhh tinggi imaginasi!


memikmati suasana sunset di sana amatlah mengagumkan. Subhanallah sungguh indah alam ciptaanMu. View yg sgt jarang dpt lihat. Melihatkan telatah anak dan abi situ buat hati umi sebak. Sebak dlm bahagia.

Terima kasih atas bahagia ini Ya Allah. Syukur diberi peluang merasai semua ini. Terima kasih atas segala nikmat yg telah dipinjamkan. Sayu memikirkan andai satu hari nanti antara kami terpaksa berpisah. Wuuuu kau dah kenapa umi asal pergi pantai je mula laaa nak berfikiran jauh :(


baju anak habes basah dan kotor akibat pasir dan air pantai. Kami terpaksa menyepara bogelkan dia sbb nanti kotoq keta. Abi jirus2 bdan dia dgn air then balut dgn towel ja. Pastu mcm besala singgah umah maklong paklong dia utk solat dan mandikan dia.

Konon jela nak singgah sat. Sekali paklong dia bukak cita tamil sambil jamu satay & singapore pie. Tak ke mengkhayalkan tu? Ralit je abi layan. Rajnikhan oiii! at last pkl9++ baru bertolak balik. Itu pon dgn penuh rasa berat hati. Kalo ikut hati nak tido situ ja. Motor baju semua ada dh kalo abi nak p keja esok. Saja la xmau pulun sgt LOL.


lagipon kami nak singgah tesco. Sipi2 je sampai pon. Mujoq tesco tak rasa nak tutup lagi. Sempatla beli brg kejap.


Tengkiu abi layan umi & anak. Like always, masa kita bersama terlalu berharga. Moga kekal dlm ingatan moga kekalkan aktiviti mcm ni evem anak dh 7 nanti LOL!!!!!


Thursday, April 10, 2014

EVOLUSI PERKASAM~

ASSALAMUALAIKUM...

pd aku perkasam ni mknan org tua. Aku tgk org2 tua ja yg minat. Kmi yg muda2 ni x penah sentuh. Penah la jgk aku cuba2 nk mkn, cuba2 cubit rasa sikit. Euwww mmg kenot go la weh! Kdg bila mak grg perkasam mmg aku ttp hidung, konon vusukkk la kan. Amerika sgt prangai tuhhh! tp aku suka serdak2 beras dia, sdp. Bila mak grg perkasam, aku kaut beras dan bawang ja gagaga.


tp suatu hari, tok tiri suami bg ikan perkasam yg dia bt sendiri. Sedappp weh! aku siap blh meratah lg. tp yg ni xde pon beras2 tu, tp sedap. Tak busuk. Dan baru2 ni abah beli ikan perkasam kt baling. Ponnn aku blh mkn. Mcm eh??? Aku siap meratah NON STOP ok! lps tu mula la hati resah gelisah tak ketahuan. Jd teringin sgt nak mkn perkasam. Mujoq la kwn fb aku ada yg jual perkasam!

~ perkasam daging ~
selasa ritu aku gi pick up kt opis dia, perkasam daging & perkasam ikan. haaaa kau penah dgr perkasam daging??? Aku 1st tym dgr tau! perkasam ayam pn ada. Tp sbb aku minat daging so try daging dlu. Bg aku sedap la,xde masam sgt pon. Yg ikan pon sama. Just nice je rasa dia. Tp aku x brapa suka ikan puyu, aku suka ikan lampam lg. Cececewahhh sesejak mkn perkasam ni dh pandai kenal ikan uols!!! kahkahkah

~ perkasam ikan ~
Kemarin pn aku grg perkasam lg. Ntah kenapa laaa jd ketagih. Aku mkn dgn nasi & kicap, berlaukkan perkasam. Act xde laaa nikmat sgt pn. Bila mkn tu rasa sedap mcm biasa je. Cuma bila lps mkn, mcm dok teringat mcm dok teringin ja. Rasa mcm sedaaaaap ja kalomkn perkasam. Parah! penyakit apa ntah lagu ni.
Sakan la perkasam skrg ni. Ada daging ada ayam. Ntah2 nt ada udang sotong bagai plk. Ntah2 nt ada perkasam grilled blackpepper!

Wednesday, April 9, 2014

B2B - EDISI BAJU NIKAH

ASSALAMUALAIKUM...

mmg impian aku utk pakai warna PUTIH masa menikah. mmg la zaman skrg ni org dh x kesah pakai kaler apa pon, tp aku ttp x minat. putih nampak bersih. putih lambang kesucian. sesuci hubungan kita yg bakal dibina. *kau dah kenape???*

aku rasa pernikahan aku ni blh dikatakan rushing jgk. aku xde masa nak pk tema ka wedding dream ke jadah. xdan nak prepare lawa2 sobsss. ntah mcmana aku dpt idea nk buat dress tu pn aku xtau. yg aku tau bila sebut nak menikah aku terus terbayang design tu secara spontan. aku nak baju yg bkn saja pakai nikah tp lps ni still blh pakai kenduri haaa gitu. maksudnya xmau la over sgt. dan xmau la kain lace yg merelit merelap tu. dh biasa sgt tgk org pakai. dah la mahaiii

masa beli kain ditemani oleh erin & fana. mmg depa ni byk bersama aku masa zaman akhir bujang aku dulu. beli kat nagoya kt tesco seberang jaya. padahal nagoya sp pn bersepah kahkahkah!


kain pilihan aku satin kaler putih. eh mcm flat je kan asal nikah je satin. selera mak jemah gitu la. dan yg plg mak jemahnya, aku pilih satin yg semeter RM6 SAHAJA for my nikah outfit! haaa kau mampu??? semua org mcm x percaya jeee aku pakai kain semeter rm6 utk nikah. dah kenapa kalo pakai kain murah x sah ke? kehkehkeh kasaq nau ekau nih... bkn apa, aku tgk kain yg semeter rm16 pon lbh krg je dgn kain murah yg aku beli. buat apa nak membazir? sama je jd baju blh pakai blh nikah serupa tu jgk.

pastu aku pilih kain lace bunga apa jadah ntah yg kononnya masa tu latest collection la. semeter rm32 mak aihhh mahai oi! tp aku beli jgk sbb berkenan sobbsss. utk lelaki mmg just baju melayu warna putih, which is sekayu la dgn aku. means semeter rm6 jgk LOL kesian bakal laki dpt bini kedekut! act mmg la suka tgk abg tunang iteww pakai mini jubah, nampak la ala2 soleh pak arab bagai. tp dh mmg dr dulu berangan bakal suami mesti pakai baju melayu putih masa nikah. baru aura seri pengantin tu membuak2 haha.


pastu upah jahit kt kwn abah je, tukang jahit kampung ni haa. upah baju melayu rm65 sepasang. baju aku xpasti la samada rm55 ke rm60 ke rm65, x ingat dah huhu. act hakak ni pn xnak dh ambek tempahan tp dh sbb alasan nk menikah, dia pon kena pulun siapkan awal sbb aku nak jahit manik. tu pon x awal jgk. 

14/6/12 hari khamis baru pi hantaq kat cik nah blakang umah utk jahit labuci. awal tu konon nak jahit sendiri laaa baru org kagum kannn. mana ada masa wuuuu. mujoq cik nah sudi nak buat. jumaat 15/6/12 dh siap dgn upah rm30 only!!! murah ok. aku just bekalkan manik dan gitau la nak bubuh tang mana. bab design bunga mmg serah kt kreativiti dia aje. dan alhamdulillah aku puas hati.


tudung, esok nak menikah baru kalut nak cari. veil pn sama. mujoq tini bg pinjam tudung dia, veil kwn dia. caca marba sungguh aku ni. sedih plk bila pk blk, nape laaa aku careless sgt hal tu. tgk la pakai tudung pn lilit ntah apa2, x tutup dada dgn proper uwaaa! kasut, kekonon je nk beli kasut mahal lawa2. sekali masuk XES tgk ada kasut sale 3pasang rm50 terusss sambaq. kebetulan ada plk kasut warna silver+putih dr kalangan sale tu. hahaha dasar nak berjimat! yelaaa pikir2 blk bkn nak pakai sgt pn kasut nikah ni. pakai nak pegi masjid jeee xkan aku nk beli yg ratus? puluh pn jgn harap hahaha!

bakal suami pakai baju melayu dgn sampin silver pinjam kt abg iteww. songkok pn pinjam yg abg iteww. sbnrnya dia x biasa pakai songkok. dan dia takut ayah marah pakai songkok hitam. masa hari nikah, dh masuk masjid baru dia pakai haha. bkn apa, family depa jns pakai kopiah. tp dh aku ni dr dulu berangan bakal suami kena pakai macam tu macam ni, terpaksa la dia ikut. lagipon kawen sekali ni jeee aku nak dia nampak segak kacak bergaya hahahaha!



tadaaa makcik taknak kalah! mmg saja aku beli kain lbh sbb nk buat kt pwincess sorang ni ha. xnak kalah kau siap komplen lg kenapa baju dia xde labuci warna merah mcm baju umi. merah tu kaler FAVOURITE dia ok! menjadi tumpuan la dia hr tu. mujoq x dak bdk laki pakai baju melayu putih, kalo tidak umi kawenkan kau skali! kahkah


aku x malu mengaku pakai baju murah je. selagi blh berjimat, kita berjimat. asalkn PUAS HATI. yg penting ikatan yg sah tu. ramai jeee yg puji bajutu ehemmm! 

terima kasih semua yg terlibat



Tuesday, April 8, 2014

REVIEW : JUS PERAWAN D'HERBS

ASSALAMUALAIKUM...

sebagai seorang isteri dan ibu yg telah melahirkan anak, aku mmg dok terpikir nak amalkan sesuatu utk dalaman. Maklumlah org pompuan ni byk yg kena jaga. Sekarang mmg laaa ok, nanti umur baru 30 badan dh mula kerepot. Aaaaaa no! kenapa aku rasa perlu makanan tambahan ni? Sbb kita bkn mcm org tua2 dulu, jaga badan jaga pemakanan. Wanita nowadays mostly main hentam jaaa nak makan apa.

So jalan mudah, makan je produk kesihatan yg byk dijual skrg ni. Tapi kan terrrrlalu byk produk kesihatan seumpamanya skrg ni. Mcm2 jenama mcm2 pilihan. Kalo tgk Wanita Hari Ini tu hari2 org dok promosi produk mcm2. kalo p kedai plk bertimbun2 produk mcm2 jenama, sampai tak tau nak pilih yg mana.
Dan dlm byk2 jenama tu aku tertarik dgn produk d'herbs. Sbb aku minat pengasas dia bahaha! bkn minat apa, tp sbb aku 'kenal' dato' & datin ni dr zaman depa bertunang lg. Kalo x silap aku baca kisah depa dlm majalah harmoni. Sweet je. Tup tup now dah jd dato, dan ada produk sendiri! dah la umur sama dgn aku, dah jd jutawan dan anak 3. wow sgt ok!!! jeles iols.



Dan mmg aku yakin dgn bahan2 yg digunakan dan kelebihan2 yg ada pada jus perawan gold ni. Tp tiba2 mcm jd fenomena plk produk harum malam. Aku jd mcm 'goyang' jgk la kan. So aku review la 2-2 produk ni. tp kebanyakan review yg aku dpt dr blogshop, so mmg review yg baik2 belaka la.of course semua produk bagus. Tak membantu la aku utk buat pilihan. Aku nak review dr pengguna.

Aku rasa mcm nk cuba harum malam. Tp 3 kedai yg aku p semua habes. Kebetulan masa kedai ketiga tu jus perawan ada dpn mata. Saja la tnya akak tu ok ke x. Dia kata ok, dia mmg amalkan jus perawan. Aku tnya mana lg bagus, dia kata dia prefer jus perawan lg sbb harum malam lbh kpd menghilangkn bau ja, tp jus perawan menyeluruh. Xpela, kita try dulu. Lagipon harga murah, RM30, botol besaq jgk.

Memula aku makan x konsisten  maksudnya on-off, kejap makan kejap x. Start minggu lps baru aku btl2 amalkan. Makan 2x sehari, pagi dan malam. Baru seminggu lbh, dah nampak kesannya. Aku baru prasan yg kulit tangan aku makin cantik. Bukanlah cantik gebu mcm emma maembong tu, tp at least ada perubahan berbanding sebelum ni. Sbb kulit tangan aku ni jenis kering kusam, tp lps amal tu nampak elok sikit. Dan aku jugak perasan tumit aku yg merekah teruk jugak tetiba berkurangan. Wow, ini BONUS! Aku ingat jus perawan ni utk dalaman ja, x sangka bagus utk kulit jugak. Mmg btl2 bonus lah. Keputihan mmg EXTREMELY berkurangan. Bab dalaman tu x blh nak cerita. Nak tau, kena cuba sendiri lah! gitewww! Tak salah kita cuba. Kalau ok, teruskan. Bahan2 yg digunakan pon asli.



Lps tgk hasil yg memberangsangkan ni aku pn kaji la lg ttg kelebihan jus perawan gold ni. rupa2nya mmg ramai yg kata BEST. best mcmana kau kena la try sendiri. dan ada jgk yg guna utk tujuan nak dapatkan anak. wallahualam. cubalah apa yg blh ye dok? lagipon harganya sgt berpatutan. dan Rupa2nya mmg banyak pon khasiatnya. antaranya:


1) Membantu merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2) Membantu menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3) Membantu menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
4) Membantu menegang & mencerahkan kulit.
5) Membantu melambatkan proses monopous.
6) Membantu memberikan tenaga dalaman wanita.
7) Membantu meningkatkan sistem imunisasi.
8) Membantu mengurangkan senggugut.
9) Membantu menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.


Cara penggunaan Juice Perawan D’Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.


setakat ni aku mmg puas hati. lps ni ingat nak try kopi primadona d'herbs pulak. masa beli JPG ni ada free sample sepaket. sedap! aku ni mmg caffein addict. so drp aku dok minum kopi2 merapu tu baikla aku minum kopi ni ye dok, ada jgk khasiatnya. nak kena bodek abi soh beli ni. nanti kalo dh consume iols review k!

byk lagi produk d'herbs yg korang blh try. cer gugel. tak pon tgk la wanita hari ini. atau kalau plg malas pon, tgk iklan tv je. byk sgt. setakat ni aku mmg tertarik. kaklong aku, pakai lipstik d'herbs. katanya byk lipstik yg dia try menyebabkan bibir kering. tp lipstik d'herbs ni tak, bibir rasa lembap ja. sbb tu dia stick dgn lipstik d'herbs tu sampai skrg, tak tukar dah!

ini review ikhlas berdasarkan pengalaman.

TERUJA YG LUAR BIASA?

ASSALAMUALAIKUM...

kalo sapa2 yg perasan, kmi sebenarnya dh beli rumah hampir setahun yg lalu. Tp sampai skrg tak setel lg. Tp yg tu lain kali la aku cerita. Bcoz i don want to spoil my day.

5/4/2014 - sabtu
Kami mmg ada agenda hr ni. So bgn pg terus terjah kedai roti canai.masa lalu kt situ nampak ada lori askar, besaaaar. Sah! penyewa dh nk pindah. Lps mkn kmi pn singgah ziarah tgk depa dok angkut brg. Ini kali pertama aku jejak kaki dlm rmh kami. Selama ni dok usha kot luaq ja sobsss. Suami ja yg pnh masuk dlm pn masa mula2 nk beli dulu. Tym tu aku dlm pantang, sbb tu tak blh mengekoq. Terujaaa ok pertama kali jejak kaki ke bakal rumah sendiri!

6/4/2014 - ahad
Pagi2 lg abi dh kejut, katanya kita ada byk keja nak kena buat hari ni. Aaaa malasssnya! Sementara aku dok malas tu, abi dh keluaq jumpa penyewa utk ambek kunci. Patutlaaa semangat sgt abi kejut aku kannn. Pertama sekali abi nak bawak aku tgk rumah yg dh dikosongkan. Sukanya tgk wajah teruja abi! Dia kata nak umi tgk dulu, ambek feel supaya umi tau nak buat apa dgn rmh tu. Dan fikir nak CAT kaler apa, yeayy!

kami tidokan anak dan tinggalkan kat mak, lalu kami berdua ke bakal rumah kami dgn beberapa peralatan nak cuci2 sikit2. yg plg penting nak vakum cecelah sliding door tu. Sementara abi buang tu aku pi cuci sawang yg ada sikit2. Sekali lg round2 sekitar rmh. Sambil jalan abi tanya "syg suka dak dh ada rumah sendiri?" terus terhenti langkah kakiku. Taktau nak jawab apa. Senyum ja.



balik umah, makan nasi, solat,suapkan anak makan, terus keluaq pulak. Memula ke mr.diy beli segala mangga. Bkn utk dicicah ye, ini mangga keselamtan! dan beberapa peralatan lain utk masuk umah. Pastu terus ke pejabat loyer. Sekali lg malas nk crita psl loyer buruk ni. Kemudian pusing2 nk survey hrga cat, tp semua kedai cat x buka sbb AHAD. Ok fine. Lalu kami trs ke kedai brg elektrik di lagenda height utk survey mesin basuh. Cecewahhh! Pastu p happy home, beli lg peralatan2 yg perlu. Teruja sgt ok!!!



blk tu singgah solat di sstesen minyak, lalu trs blk merbok. Tp tetiba umi lapaq ayaq, singgah bujang utk beli air. Pastu nampak klinik 1 malaysia, saja try nak p check telinga aku yg makin hari makin gatal. Sebelum tu terjumpa hakak syafinaz ramli dpn klinik. Setiap kali mai bujang/uitm mesti aku tringat finaz. Kali ni terjumpa btl2. sembang2 kejap je sbb dh nk maghrib. Kemahen anak gatal gelak mengekek.



Blk merbok, solat maghrib then abi p kuliah. Aku stay umah. Lps abi blk baru naik bilik ats utk ambek brg2 kami. Dasar penakut. Nak kena tunggu abi dlu baru berani. Lps tu dlm pkl11 baru gerak blk sp. Singgah umah mak, hantaq anak bg depa jaga pastu kami kembali ke bakal rumah kami utk letak brg dan pasang mangga. Ajak shahir sekali utk teman. Kemahennn sukaaa sgt skrg ni beli brg dah blh letak kt umah sendiri!!!

Teruja tu, mmg tak dpt dinafikan. Even cuma rmh 2nd hand, tetap eksaited sbb ni titik mula utk kami memulakan hdp berkeluarga. Perasaan tu sukar digambarkan. Dan apa yg kami perasan, bkn kami je teruja. Tp org sekeliling pn turut berkongsi keterujaan ini. Parents, siblings, sedara mara, sahabat2 terdekat, semua nampaknya turut teruja. Xtau nak bagitau mcmana, tp mmg itu hakikatnya. Rupanya seronok beli rmh ni. 10x seronok bbanding beli kereta!



Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan kesenangan


Thursday, April 3, 2014

HARI KELUARGA PAS~

ASSALAMUALAIKUM...

2/2/2014 - ini antara hari yg kami sgt nanti2kan. Buat julung2 kalinya Pas cwgn tmn sri wang akan mengadakan hari keluarga. Abi AJK bhgn pemuda. b4 event ni dia la plg sibuk meeting sana meeting sini cari bahan bagai. Akhirnya hari ni tiba jua. Pepagi lg kami sekeluarga dah bersiap. Manusia plg kalut, laki aku lewww. Aku siap2kan anak dlu pstu bg ke abi bawak pegi padang dulu baru aku blh bersiap.


~ pembahagian kumpulan ~

Memula skali pendaftaran. Pastu perasmian, makan. Then bahagi kumpulan. Aku dgn abi sama geng, umah hijau gitewww. Memandangkan anak x cukup tido, ngantuklah dia. Mintak abi blk ambek tikaq utk hamparkan dia atas tu. Aku bawak toto ja, tikar lupa bawak. Selamber ja aku susukan dia kt situ. Mintak org cover line sket. Kejap je anak dah lena. Letak ats tilam tu tidoq terbungkang. Baikkk je anak x kacau umi abi beriadah. Letak kt tikaq tu biaq maksu dan kawan2 tgk2 kan dia. Umi abi sibuk hoi!


abi lah urusetia abi lah yg masuk acara. Yelaaa ramai org tua dgn bebudak je. Yg sweet 20-an mcm kami ni x byk. Mujoq abi ada bini cekap mcm rosmah. Yg teguh  membantu suami dlm segala urusan. Gituuu. Abi kena rekod pemenang bg setiap acara. Acara plk berlangsung serentak dlm satu2 masa. Laku aku dgn cekapnya tlg rekodkan mana2 acara yg abi x sempat. Wakakaka puji shendiri


Umi masuk acara bowling kelapa. Gaya aku biasala, buat semua org gerun. Maklum la aku je peserta muda, yg lain makcik2. mesti depa seram tgk aku, mesti anggap aku pesaing. Tgk gaya lah kan. Tapi semua tu propa ja. Aku lah satu2nya makhluk yg lempaq haram satu pon tak kena. Malu beb! malu jeee kt makcik2 yg sekali lempaq je jatuh semua botol. Abi kemain sorak bg semangat. Tp tetap x berhasil. Blerghhhh memalukan sungguh! Tp pedulik hapa la kan. Sbb sapa yg masuk semua dpt hadiah. Wakakakakakaka marah makcik2 tew

~ see menantu - pak metua berganding bahu ~

abi masuk acara larian. Nak masuk kategori org tua, nanti sure la menang ke abi. Nak masuk kategori remaja, sure la abi kalah. At last abi kena masuk kategori remaja. Bersaing dgn anak2 muda yg masih segar bugar staminanya. For sure la abi kalah LOL. tp xpa. Abi kalah tipis jewww. Umi tahuuu abi herooo!



Najwa masuk 1 acara jew, trus juara bahaha. Acara kutip kacang hijau guna chopstick. Mak masuk 1 acara je tp x menang. Abah masuk acara apa ntah tetiba dpt no 2. kemahennn. Pastu masuk gusti lengan for sure la abah kalah bahaha. Gusti lengan ni dok nampak cik napi laaa cempyen. Tgk badan sasa kemahennn.


Tp abah masuk tarik tali. Sakan sungguh tarik. Mak risau abah sakit ja dok over sgt tarik2 tu haha. Abi pon masuk tarik tali. Alaaa kuat kew tew hewhewhew. Cecomelll jew dok tarik2 tali bagai. Abi dgn abah sama ja dpt no 3&4. penentuan main baling dadu ja haha.


Di hujung2 tu ada acara utk laki bini. Yg ni kami masuk la kata sweet kapel kannn. Act kmi agak menjadi perhatian sbb kami antara psgn muda yg ada. Yg lain baya2 mak abah ja. Kalo ada pn yg muda, x kawen lg. So kemahen laaa bebudak tu dok usik kami konon sweet kapel. Nak2 plk tym abi tlg suap aku makan sbb aku tgh riba anak tido. Gituuu gigihnya lakibini nih.



acara lakibini ni yg main lambung2 belon tu. Nebes jgk nih. Takut sgt kalah awai. Td dah malu baling boling nyoq x kena sasaran. Ni kalo kalah awal ni malu berganda la kat pasangan makcikpakcik nih. Baling2 punya baling dpt jgk no 3. tu pn x prasan. Bila tiba part kmi terkeluaq tgk tggal lg 2 pasangan ja ada. Maknanya kami dpt no 3 la kan? terusss catat nama shendiri sbg pemenang tempat ke-3 lol.


Cabutan bertuah plk, mak abah abi semua dpt hadiah. Aku JE yg tak ong hoi. Gewammm sgt tau! Aku dok genggam je number, siap target pemanggang ajaib. Last2 habuk pon xdak. Sekali lg malu berganda. Tumpang hamper abi jew laaa.


Alhamdulillah program hari tu berjalan dgn lancar. Terasa kemenangan di pihak kami. Kami ni cuma kawasan ja, tp mampu anjur hari keluarga mcm ni. Walaupon skop komuniti kecik tp kami berjaya anjur benda besaq. Kami dapat sponser dr byk pihak. Hadiah pn ada org sponser. Makanan pon ada org sponser. Siap ada kaunter check mata percuma dr syarikat optometris.




Agak kesian kat anak. Bila tiba masa tido utk kali kedua, dia tak selesa nak tido. Org ramai, bising. Dia mengantuk tp xdpt tido. Kesian tgk muka dia. Tp dia tak meragam. Baik je. Ramai yg tlg mengasuh. Sampai la ke acara kemuncak, akhirnya dia tertido atas riba umi. Nyenyak sungguh. Maka kami x join jamuan. Abi blk ambek keta dan angkut kami blk. Selain sbb Anak tido, kami perlukan kereta utk angkut hadiah LOL. blk umah, ank sambung tido dlm buai sampai ptg. Lama dia tido, letih sgt la tu. Umi abi lepak2 dpn tv. Nak tido, x lena plk.


Wednesday, April 2, 2014

PENGALAMAN BERSALIN SECARA INDUCE - PART II

ASSALAMUALAIKUM...

kahkahkah
(pehal mukadimah gelak sorang2)

anak dah dekat setahun baru gigih nak sambung hapdet pengalaman bersalin kahkahkah

ok sambung

14 APRIL 2013
pagi tu aku kemain berlagak bila org hantaq brekpes, cakap xmau. pastu tgk org lain makan mcm sedap je p mintak pulak, dgn alasan xmau ayaq ja, mi grg mau LOL. sedap la pulak. dalam pukul brapa ntah x pasti kena, induce. yg bestnya x kena VE dulu, terus induce ja. aku x ingt la mcmana rasa kena induce ni, tp xrasanya x lah sesakit yg aku gmbarkan. lps induce, kena baring lbh krg sejam x blh pi tandas bagai sbb takut ubat keluaq. tp aku konon nak lbh konfiden dan lbh berkesan kononnya, baring dkt 2jam, dok keras x bergerak LOL. tapi, aku rasa mcm xde kesan sgt. dkt tengahari baru terasa mcm ada contraction. cumanya contraction2 manja jela. sakit mcm senggugut sikit2.

lunch, aku buntu nak makan apa. sbb aku mula rasa x lalu makan. last minit baru teringat nak makan moi. mana nak cari moi yg sedap, x dpt pikir kat mana juai moi sedap. at last terpaksa request bubur mekdi kat suami. sory la, terpaksa langgar pantang mekdi. teringin bubur dan nugget. so waktu melawat tu suami dtg bawak apa yg dihajati bersama emak. sungguh, melihat 2 org kesayangan ni sedikit sebanyak menenangkan aku. even x mampu habeskan semua makanan yg suami bawak tu, at least aku berjaya jgk masukkan sesuatu utk perut. suami selamber jaaa mai ddk atas katil sambil urut2 aku. org tgk semacam je kan. lantak la, laki aku kan. takkan nak suruh kau plk urut aku? hewhewhew~



tapi yg tak bestnya, belum sempat habes waktu melawat, nurse dah mai nak check aku. helloooo x blh tunggu pkl2 ka? uwaaa... mak dan suami pon terpaksa beredar. suami sempat bisikkan kata2 semangat. nak berjihad kannnn. gituuuu! masa tu nurse pasang alat CTG. aduhaiiii rimasnyaaa sbb x blh nak bergerak. nurse tgk bacaan graf tu, dia ckp "wow". dia tanya sakit kuat ke. aku ckp takla, sakit mcm senggugut ja...dia ckkp bacaan ctg tu menunjukkan aku contraction kuat. entahla, aku x rasa apa pon...sakit biasa je, mcm senggugut... sepanjang ptg tu aku dok tahan sakit tu ja la. cuma makin lama rasa mcm sakit pinggang, lenguh2 pinggang. tp masih blh bertahan, cuma x selesa la.

ptg tu tym melawat suami dtg sorang. Allah leganya perasaan bila nampak muka suami! mula la yg sakit sikit2 tu jadi banyak LOL. eh tak, mmg sakit ok. contraction dtg continuosly tp masih mampu bertahan. suami dtg mintakdia tlg urut. ohhh rasa nak nanges sbb rasa lega sangat! even sakit tp rasa selesa ja bila suami urut. suami pon memlua urut biasa ja tp lama2 sekali dgn dia naik atas katil dan urut aku sambil duduk membelakangi aku. hahhh mampu? nurse2 dan org sekeliling dok usha semacam je kami tp kesah apa? aku sakit hoi. ampa nak tlg urut? dak jugak kan... so jgn kata apa. hahaha. sblm blk suami ada belikan makanan kat bawah sepital. aku dah ckp xnak sbb x lalu makan, tp tetiba tgk dia muncul dgn makanan. aaa mekasih abi!



mlm tu dlm pkl8 kot, doktor mai nak check bukaan. nebes iols tau! dah sakit mcm tu aku anggarkan ada la bukaan 3-4cm ka kan. sekali doktor check masih tiada bukaan! Allah... rasa kecewa sgt. huuuu. doktor kata kalau ada pon sikit ja, lbh krg 1cm pn xsampai. (rasanya siang tadi nurse ada check bukaan jgk kot...takbrapa ingat dah...nama pon entry basi haha...masa tu pon tiada bukaan) tp masa ni aku nampak glove doktor ada darah. dan mmg lps tu pn mcm ada bleeding sikit, mungkin kesan VE. punya la kecewa sbb tiada bukaan hahaha. lps tu apa lg, induce lg kali ke-2.

mlm tu, mula rasa x blh tido. tgh tido terjaga sbb sakit. Allah, sakitnya tak tergambar. mungkin inilah yg dinamakan contraction. aku sakit berguling2 atas katil. doa, ntah berapa banyak yg aku baca. apa ja yg terlisntas aku baca. ada ketika x tahan, aku bangun duduk ats kerusi tepi katil. bukan duduk relaks2 like a boss okehhh, duduk mcm2 posisi dgn harapan dpt kurangkan sakit. aku tgk org keliling aku. depa pon sama2 kena induce dgn aku pd waktu yg sama. tp aku tgk depa relaks jaaa.

aku tanya ikin, si katil sebelah. sakit x? dia cakap sakit, tp blh tahan lg. aku hairan kenapa dia relaks jeee. aku cakap aku sakit sgt. aku mula rasa adakah aku ni terlalu mengada. aku ke yg tak mampu tahan sakit? kenapa org lain relakssss jeee! uwaaa



tak berapa lama kemudian, aku terasa ada air panas mengalir. aku malu sendiri. tediaaa tak tahan kencing sampai terkencing dlm seluaq! sakit sgt letewww. bberapa minit kemudian, terasa air panas mengalir lg. ahhhhh baru teringat, air ketuban! malu berganda. adoila mati2 aku ingt aku terkencing dlm seluaq, rupanya air ketuban dah pecah. aku bagitau nurse yg bertugas. aku perlukan kain baru sbb kain aku basah sbb ketuban dah pecah. dia suruh aku ambil sendiri kain baru dan dia sambung bersembang. fine.

mengenangkan nurse pon buat xtau aku malas nak ambek port dah. aku tahan je sakit sorang2. sesekali contraction kuat yg dtg jenis menyerang tu, sampai goyang2 katil aku berguling. allah...allah...allah.... tak tergambar kesakitan tu. masa tu kalo ikut akal jahat yg tiada kesabaran, nak je suruh depa operate segera supaya kesakitan segera berakhir. tp aku tau itu adalah mustahil. i mean, saja2 nak suruh operate sbb x tahan sakit contraction. sapeee nak layan kau! nak tak nak aku kena hadapi. kena sabar menahan sakit. sekejap2 aku tgk jam. x sabaq nak tunggu pagi. x sabaq nak tunggu masa nurse mai melawat/check.

lbh krg pkl5.30 pagi, sekumpulan nurse dtg. macam besa, utk check bp segala tu la. depa hairan tgk aku. sbb keadaan aku mcm sakit sgt2. check bukaan, dah 4cm. aku tgk glove nurse tu ada byk darah. semua patient yg sama2 induce dgn aku semua bukak 4cm dah. cuma aku ja lain. aku sakit sampai ketaq2, sedangkan depa relaks ja. sakit2 manja gitew. akhirnya aku mengalah. aku mengadu jgk kat nurse2 tu, aku mmg dah tak tahan, sakit sgt! cotraction kuat, sekali menyerang tu ketaq kepala menahan. nurse suruh kami semua prepare nak ke labour room. yg mana 4cm dh blh masuk labour room. tp memandangkan LR full kami kena tunggu dulu, just bersedia jela. antara kami berempat, aku diberi keutamaan. sbb depa tgk keadaan aku mmg dh kritikal, contraction pon kuat. depan2 depa, bila contraction menyerang mmg aku ketaq satu badan menahan sakit. semua nurse pakat nasihat aku supaya tahan sakit, banyakka  istighfar, selawat. thanks!



aku diminta menelefon suami. tau dah call abi bkn nak angkat so aku call mak. itu pon gagah je sbb tangan dok menggeletar. mintak mak bagitau abi yg aku dah ready utk ke LR, tp xtau la bila nak beranak. baru bukak 4cm. suruh dia mai tunggu kat sana. tu je pesanan aku. sebelum ke LR aku mintak izin nak mandi. nurse2 tu menghalang sbb tgk kdaan aku membimbangkan. tp aku ckp aku x selesa dan rimas. aku nak mandi bg fresh sket nak bersalin. aku ckp yg aku BOLEH. aku tunggu bila contraction slow, cepat2 aku ke bilik air dan mandi. mandi pon lelaju ja sbb takut contraction mai haha. dan la jugak. cuma bila dah sudah mandi, tym pakai baju tu contraction ada mai rasa mcm nak rebah kt bilik air tu jugak!

lps mandi nurse2 tu suruh makan. aku ckp mmg x lalu nak makan apa pon. depa suruh jgk makan sikit, bancuh milo. aku minum milo segelas dan makan secebis roti. tu pon rasa nak muntah balik. aku dipindah ke katil lain. masih di wad yg sama, tp di bahagian lain. bahagian hujung, katil pon hujung. sbb katil aku ada pesakit lain nak masuk. bermula di katil baru tu aku dok tahan sakit yg menggila. ALLAH aje yg tau bila contraction makin kuat menyerang. keja peluk palang katil je. dgn kaki skali aku dakap haa. lamaaaa aku terbiar kt situ. aku tak kisah sbb aku paham la LR full. tp masalahnya, sampai satu tahap aku rasa mmg x blh tahan dah. aku picit emergency button, dtg seorang nurse praktikal. grrr nak buat apa hoi!

selang beberapa lama, aku tekan lg. tiada respon. selang beberapa lama lg, aku tekan lg. dtg la seorang staff nurse. tgk muka pon tau muka bajet. dia mai trs marah aku. "kenapa!?" aku nak ckp tp xdak daya keluaq. aku cuma cakap "sa...kit..." dia trs fire aku "sakit semua org sakit! dah tu saya nak buat mcmana? labour room penuh! awak nak beranak atas lantai??? tunggu situ, nanti depa panggil!"

pergh! aku rasa nak menangis. terus hilangggg semangat nak beranak yg aku kumpul berbulan2. longlai. aku nak p beranak tu bkn aku p menonong ja. mcm2 aku baca aku study b4 beranak. aku tauuuu nak beranak tu sakit. sbb tu masa sakit contraction berjam2 tu aku diam je. aku tahan sakit diam2, aku baca ayat2 yg terlintas di fikiran. cuma yg aku tekan emergency button tu sbb aku tau aku dah sampai limit. aku mmg dah tak tahan sbb sakit tu lain mcm... rasa mcm baby nak keluaq sgt, rasa nak meneran. tp aku tahannn tak bg meneran sbb takut. setahu aku, selagi tak cukup 10cm tak blh meneran. bila contraction mai, aku ketaq satu badan dan mata sampai terbeliak ke atas sbb aku tahan tak bg teran. hg ingat tahan nak beranak tu mcm tahan berak ka??? setiap kali contraction mai mmg aku terkencing (b4 ni tak pon, bila sampai terkencing tu yg aku tau aku dah sampai limit). aku rasa nak putus nyawa dah masa tu. dalam hati aku bersumpah, " KALAU JADI APA2 KAT BABY AKU, MEMANG AKU CARI NURSE TU SAMPAI LUBANG CACING".

aku taktau apa nama dia sbb aku MELUAT nk tgk nametag dia. tp aku ingat muka jahanam dia tu. dgn mimik muka dia masa dia maki aku tu, aku takkan lupa. aku tau la dia x blh buat apa LR penuh, but do something la! hg bukan baru keja sehari! kalo perlu aku beranak kt situ pon awatnya, pi cari doktor mai! lama kot aku terbiaq sorang2 kt situ. jiran2 kat wad tu mampu tgk je aku dok tahan sakit. cleaner, nurse praktikal. semua tgk jela aku dok tahan sakit sampai gegaq katil. malu? of course malu. tp masa tu dah immune, xdan nak malu2 dah. yg aku pk cuma nak keluarkan anak aku dgn selamat. btw nurse tu mmg psiko. sblm dia maki aku, dia ada maki patient dpn katil aku tu. patient tu baruuu lps beranak, berbadan besaq. dia tekan button nak mintak tlg sapa2 tlg bukakan kipas. mai nurse psiko tu dia berkata dgn angkuh dan kasar " tuuu butang suis, tekan yg tu kipas menyala! " hellooo kalau dia mampu bergerak dia tak panggil hang la!!!


hilang mood pulak bila ingat pasal ni...rasa mcm dah panjang... bersambung la...hewhewhew


Tuesday, April 1, 2014

HINANYA JADI SURIRUMAH~

ASSALAMUALAIKUM...

surirumah - dengar pn mcm low class ja kan?


"bini hg keja apa?" 
"x keja...dok umah jaga anak"
"laaa...awat x keja?jenuh la hg sorang ja keja nak tanggung keluarga"



"anak hg keja mana la ni?"
"x keja...jd surirumah jaga anak"
"sayangnyaaaa...mengaji tinggi2 tp x keja"



"lama x jumpa, hg buat apa la ni?"
"x buat apa pon..dok umah ja jaga anak"
"wahhh syok la no x payah keja...blh goyang kaki"


see? Itu la mentaliti masyarakat kita. Mcm hina ja jd surirumah. Mcm xda class. Mcm surirumah ni keja dok umah goyang kaki ja, tunggu laki balik.

Tau x, sebelum aku resign ni aku dah pertimbangkan byk perkara? Ini adalah jalan terbaik, bkn suka2 nak resign. Lagipon, sblm resign lg aku dah sedia maklum yg menjadi surirumah ni bkn semudah yg disangka. Mak aku surirumah, aku pn penah jd surirumah bila hujung minggu. Aku tau mcmana letihnya jd surirumah ni. Aku xtau nak cerita mcmana, tp kau cubalah. Cubalah jadi surirumah sepenuh masa seminggu. Kau akan tau apa yg aku maksudkan.


Tp xpela. Letih jd surirumah ni berbayar bila tgk anak membesar dpn mata. Bila anak makan hasil airtangan aku sendiri. Bila anak dpt susu segar setiap hari. Bila aku tau apa yg masuk/keluar dlm perut anak, sakit pening anak. Nikmat bila setiap perilaku anak aku yg pertama tau, aku yg pantau. Paling x ternilai masa yg aku luangkan bersama anak. Anak aku tido pkl 3 pagi, sapa yg layan sampai dia tertidoq? Setiap pg kalau dia bukak mata tp aku xdak, dia akan meraung. Kau tau apa rasanya? Nikmat yg tiada galang ganti

dan lbh nikmat bila dpt suami yg sentiasa sokong isteri. Yg sentiasa menghargai dan memahami. Yg tak pernah memaksa. Yg sentiasa reward isteri sbb jaga anak dia. Yg sentiasa bantu isteri jaga anak dan buat keja umah walhal isteri dia surirumah. TERIMA KASIH B!


tp x semuanya indah. Suami mmg la paham, tp org lain x. Dah mcm2 komen yg aku dgr. Contohnya mcm dialog diatas. X semua org paham kita. Paling penting, depa xtau SITUASI kita. Mmg la mulut org x penting, tp adakala rebah jua. 

Mcm org yg jd surirumah ni tak berguna. Keja goyang kaki menghabiskan duit laki. Malas keja. Padanlah gemuk. *efek guruh*


Kau semua rasa mcmana? Kau rasa aku x sayang laki aku ke? Kau rasa aku x kesian kat laki aku ka cari rezeki sorang2? kau ingat aku x jeles/sedih tgk kawan2 blh pegang duit sendiri? blh shopping itu ini? Aku ni biasa keja, biasa pegang duit, biasa p mai p mai tetiba kena dok umah jaga anak.  Blh bayangkan apa yg aku kena korbankan? but like i said b4, ini pilihan terbaik buat kami buat masa ini.


Rugi ada diploma? Kenapa nak rasa rugi? itu kan ilmu. Xkan rugi menuntut ilmu? Mungkin ilmu tu nanti yg akan aku gunakan utk ajar anak aku.

Mak aku surirumah. Xde pelajaran. Tapi mampu ja sara kami adik beradik. Mampu didik kami. Mak aku lah sumber inspirasi aku sebenarnya. Kau tau tak betapa aku kesian dgn kawan2 aku yg mak depa berkerjaya. Bkn nak kondem depa, just pengalaman aku. Kesian dkt depa sbb x dpt perhatian mcm kami adik beradik dpt. Setiap hari blk rmh makan masakan mak. Teringin nak makan apa ckp je mak akan masakkan. Setiap masa mak bersama kami. Kau tau tak aku rasa bangga sgt dgn mak aku??? Rasa bertuah sbb mak sentiasa ada utk kami!

keja ka x, semua ada pro n cons. Setiap benda ada la lbh ada kurangnya. Semua bergantung pada kita punya penerimaan.

Aku penah dgr satu rancangan agama ni. Bolehkah isteri tu x mau keja? Ustazah ckp BOLEH, ASALKAN ISTERI ITU REDHA. Redha mcmana? Redha dgn kemampuan suaminya. Kalau tau suami mampu takat tu ja, kena terima. Jgn plk komplen suami x beli itu x beli ini. Mintak yg di luar kemampuan suami. Komplen psl kemampuan suami.


Dan demi sesungguhnya aku mmg REDHA. Malah aku sentiasa bersyukur. Cukup makan pakai cukup kasih sayang, aku dah cukup bahagia. Kalau ada lebih alhamdulillah. Kalau kurang kita buat cara kurang. Dan aku sgt bahagia dan bersyukur dgn apa yg kami lalui skrg.

Pada aku semua ni bergantung pd suami isteri. Apa pn keputusan, rumahtangga kita, kita yg lalui. Dah tentu kita tau mana yg baik. Masing2 tau tanggungjawab masing2, batas2 masing2. Persyaitonkan cakap2 org sbb strangers x tau apa yg kita lalui.

buat masa ni aku selesa dgn cara aku. Andai kata suatu hari nanti aku dpt rezeki bekerja, at least aku puas hati sbb aku dah berpeluang luang masa yg terlalu berharga bersama anak. 24/7 kami bersama, nikmat yg takkan dpt sapa2 bg kat aku.

Sekian luahan hati seorang surirumah.


eh, EDUCATED HOUSEWIFE uols!

^__^

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...