ASSALAMUALAIKUM...
12 April 2013 - Jumaat
balik keja, suami terus masuk bilik. aku pon buat xtau jela kot2 suami nak tukar baju ke apa. tp bila tgk suami lama sgt dlm bilik, pastu keluar bilik masuk pulak, aku jd curiga. bila aku nak masuk bilik, suami tahan dan suruh aku tutup mata. tanpa byk karenah aku ikut je. then suami tarik aku ke sudut katil dan buka mata aku. "untuk umi, abi & baby" hohoho terus rasa nak nanges. thanx suami still belian saya bunga walaupon dah jd kekasih tua awak =p
baby, bunga tu tanda 'welcoming' utk sambut kehadiran awak dlm hidup kami =)
13 April 2013 – Sabtu
Hari ini adalah hari di mana aku terpaksa menyerahkan diri
kpd hospital. Perasaan, HANYA ALLAH YG TAHU! Mlm tu, aku xdpt tido. Pkl4++ pg baru
aku tido. Aku on9 sambil tgk tv, manakala suami setia menemani aku. Tp teman
sambil berdengkur la hoho. Bila nk tido, aku kejut suami masuk bilik. Suami
sambung tido tp aku masih tak dpt lelapkan mata. Nak kata aku risau/takut, ntah
lah. Sbb aku sendiri xtau apa yg aku rasa/pikir sampai aku x blh tido. Dlm
pkl5++ baru aku lena, dan bangun semula bila azan subuh.
Lps solat, aku & suami sama2 baca yaasin. Baca sambil
duduk mengahadap satu sama lain. Sblm tu suami ambek segelas air beralaskan
sebiji pinggan. Kami memulakan bacaan yaasin. Ntah kenapa rasa syahdu lain mcm
kali ni. Kemudian suami baca doa. Dan ketika inilah airmata kami berdua jatuh
berderai. Selain waktu usrah, rasanya ni lah kali pertama kami menangis
semahu2nya mcm ni. Pertama kali aku tgk airmata suami mengalir tanpa henti.
Sungguh aku sayu mendengar setiap butir doa suami utk aku & baby…
Usai berdoa, suami suapkan air tadi kat aku. Air tu air
yaasin yg kami baca td, sambil tu suami doa sekali la. Lps minum tu, sesi maaf
bermaafan pon bermula. Sekali lg airmata kami laju mcm hujan. Mmg tak
terbendung. Nak ckp pon tersekat2. Plg aku ingt ayat suami “b mmg sentiasa
maafkan syg. Sbb b x sanggup nak marah
syg lama2. Kalo b marah kt syg, cepat2 b akan maafkan syg. Sbb b takut kalo
tiba2 ajal b sampai, b x sempat maafkan syg. B xmau mati dlm kdaan marahkan
syg, x sempat maafkan syg”
Ya, terima kasih suami. Sesungguhnya redha suami itulah yg
aku sentiasa harapkan dlm setiap langkahku. Ewahhh sikit!
Lps sesi maaf bermaafan ala2 hari raya, sesi peluk2 pulokkk.
Peluk sbb xtau nk ckp apa dah, kalo ikut hati byk lg yg nak diluah. Tp semua tu
tak terucap dah. Cuma mampu menangis dlm dakapan suami ohhh sedih sgt! Lps tu
tetiba rasa loya. Tahan punya tahan sbb xnak muntah, at last termuntah jgk.
Mujoq ada pinggan yg buat alas td, muntah ats pinggan tu la. Keluaq semua ayaq
yg minum td. Then lari ke bilik air, sambung muntah lg. keluaq ayaq ja semua.
Sobbsss~
Kemudian aku rht2 sat. dlm fikiran aku, pg ni admitted wad,
pg ni jgk masuk ubat. So mlm dh blh beranak kalo contraction cpt. Maka pg ni
haruslahhh makan sedap2 kan. Fana siap pesan ambek nasi lemak lauk over2 sket.
Aku mmg dh order nasi lemak pon, lauk ayam+sambal sotong kering. Nikmat. Makan
sampai abes. Lps makan, sesi gedik2 dlm bilik pulak. dah nak beranak baru teringat nak buat maternity fotosutttt coihhhhhhh!
Tahukah kalian yg ini gedik bkn sebarang gedik? Sampai suami
yg bkn kaki camwhore ponnn blh terjebak skali. Semua ni sbb naluri dr hati
ewaahhh! Yaaaa! Memasing masih dibelenggu rasa syahdu ketika ini. Rasa mcm
sedihhh sgt nak ‘berpisah’ dgn baby. Yaaa mmg x sabar nak jumpa baby, tp dlm
masa yg sama sayu je rasa nak ‘berpisah’ dgn baby. Yela dh 40minggu baby bersama
kita, skrg tiba masa nak kena lahirkan dia ke dunia pulak. Rasa tu lain mcm
sgt!
Konon nak pi spital awal kan, last2 dkt pkl10 jgk baru
gerak. Sblm tu singgah 7e & fairy utk beli milo dan roti sbg bekalan utk
berada di spital nanti. Sampai ja spital, terus daftar. Suami tunggu kat luar.
Mcm besa, check berat, urine & tekanan darah. Then masuk bilik, pasang ctg.
Syukur laaa kali ni doctor x buat ve hohoho. Lps tu depa soh pi ambek beg
spital semua, sementara depa siapka dokumen. Aku keluar dapatkan suami dan
tunggu di situ sementara dipanggil utk masuk ke wad. Sambil2 tunggu tu sempat
lg layan conan wahahahaah!
Kemudian aku dibawa ke wad. Bersama aku ada 2 lg wanita yg
akan ditempatkan di wad bersama aku. Suami teman sampai ke wad. Then aku salin
baju, pakai unifom pink tew. Auwww sweet sgt! Lps tu suami ‘dihalau’ dan
dibenarkan kembali bila waktu melawat nanti. Awal2 aku dh order nasi arab. Mmg
dh set dlm kepala sblm mai spital lg wahaha! Maka waktu rht suami dtg bersama
nasi arab dan Horlicks ais. Kellasss kan nasi spital xmau! Coihhh. Tp masa
suami mai tu aku masih kenyang. So sembang2 dgn suami, then suami tido. Kesian
suami, letih. Aku pulak dok layan psaan soran2. Pkl2 suami pulang ke sri wang.
Aku tertido skjp. Pkl3 bangun solat. Solat kt tepi katil ja, mujoq aku dh spare
sejadah sesiap. Lps tu baru mkn nasi arab, tp x habes. Aku gagah makan jgk, tp
rasa nak muntah. So aku serender!
Hari ni adalah hari rehat2 dulu. Esok pg baru masuk ubat.
Ahhhh penat je aku makan over2 bagai konon nak ambek tenaga utk push! Ptg tu
tym melawat, suami,kakcik,hazwan,uwais,mak & ayah metua dtg melawat pulak.
Sukaaaa sgt! Sesungguhnya kedatangan mereka telah menyalurkan sedikit
semangat buat aku. Terima kasih sgt2! Lama x jumpa uwais, dh besaq dan comel
sgt! Gerammm! Tp yg xbestnya, suami dtg lambat tp ken blk awal sbb nak blk
merbok dgn mak ayah metua. Sobbsss. Sumpah rasa nak nanges.
Tetiba rasa sunyi.
Maka lps depa blk, aku tido. Lps solat maghrib, aku baca ‘bekalan’ yg aku
bawak, sampai isyak. Lps solat isyak, sembang2 dgn patient lain kejap. Lps tu
baring2 tgk siling. Motif, xmau tido awal sbb takut mlm nti x blh tido hahaha!
Tp at last ttido jgk sejam. Lps tu bangun semula. Akak yg sama2 warded dgn aku
siang td, kena turun labour room dah sbb bukaan dh 4cm. kemudian ada patient
lain plk masuk. Biarkan. Aku sambung tido. Tp sesungguhnya aku mmg xmampu tiido
dgn aman kt spital. SETIAP 1 JAM aku mesti terjaga. Sama situasi mcm dkt
hospital yan dulu…..
Ok takat ni dulu. Nanti cerita beranak lain kali ye. Haaaaa
gilaaa panjang lantak la kannnn kahkahkah =p
















6 comments:
sm gak prasaan ms msuk wad hr tu...sayu pdhl msuk sbb sakit biasa2 ja :p
memula baca sebak pastu senyum pastu debar...
apa pun tak sabar nak tgu part 2
cepat sikit hoihhhhhh hupdatenya :p
Saya tak terduga macam ni rupanya...perjuangan seorang ibu..
teringin nak tahu kesudhanya...follow sini.
alaa..bestnya dah photosut bagai~kmi xdan la..sbb tem nk msuk wad mmg xdan nk hengat dah amek2 gambaq tuh..ala ruginyaaaa~tgu next baby la..
bukan selalu dapat bergambar kenangan dengan perut memboyot tu kan.. ;)
Post a Comment